UNDANG-UNDANG WASIAT
LATARBELAKANG Pada zaman permulaan Islam, orang-orang Islam di berikan hak sepenuhnya untuk menulis wasiat, dengan syarat wasiat tersebut hendaklah ditujukan kepada ibu-bapa dan sanak saudara.Namun kemudiannya Islam telah mengenakan syarat, wasiat hanyalah kepada bukan waris dan tidak melebihi satu pertiga daripada harta peninggalan.
Samb…..
Begitu juga Islam telah menghapuskan adat buruk masyarakat Arab Jahiliyyah iaitu melarang kaum wanita dan kanakkanak dari mendapat wasiat. Islam mengiktiraf hak wanita dan kanakkanak dan meletakkan mereka di dalam golongan orang-orang yang berhak menerima wasiat.Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa (ayat 7) yang bermaksud “Bagi lelaki ada bahagian dari harta peninggalan ibubapa dan kerabatnya dan bagi wanita ada bahagian dari peninggalan ibubapa dan kerabatnya,baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang ditetapkan”.
HUKUM WASIAT
Firman Allah SWT: Diwajibkan ke atas kamu apabila seorang di antara kamu kedatangan tanda2 maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat utk ibubapa dan karib kerabatnya secara makruf. Ini adalah kewajipan atas org yg bertakwa. AlBaqarah: 130. Sblm turun ayat faraid dan mawaris, wajib wasiat utk ibubapa dan kaum keluarga.
Samb…
Ayat ini tlh dimansukhkan stlh turun ayat 11 surah al-nisa dan juga hadith “ tidak boleh berwasiat utk waris. Namun, wasiat hanya tidak boleh kepada waris sahaja. Bukan waris masih dibolehkan. Sabda Rasul: Sesungguhnya Allah tlh memberikan tiap2org empunya hak akan haknya oleh sebab itu tidak blh berwasiat utk ahli waris.
Samb…
Madhhab Shafii-Wasiat harus kpd waris:1. Jika dipersetujui oleh waris lain dan persetujuan itu diperolehi slps kematian pembuat wasiat. 2. Wasiat hanya boleh 1/3. Hadith Rasulullah melarang Saad Bin Abi Waqas. Abu Hanifah- blh wasiat semua jika tiada waris. 3. Wasiat sah secara bertulis atau lisan. Bertulis digalakkan dengan dua orang saksi.
Prinsip Wasiat Islam
1- Wasiat bkn pada waris dan tidak lbh 1/3. 2- wasiat semasa hidup sah dan mengikut hukum syarak. 3-perkataan difahami ada makna wasiat. 4-wasiat tidak cukup umur atau gila tidak sah. 5-Wasiat waris sah jika dipersetujui waris slps kematian pewasiat. 6-Wasiat dibuat slps ditolak hutang. 7-Wasiat tidak sah kpd pembunuh.
Kepentingan Penulisan Wasiat
1.Perlantikan wasi Perlantikan Wasi merupakan elemen terpenting di dalam penulisan wasiat. Ini adalah kerana Wasi haruslah seorang yang amanah dan adil kerana tanggungjawabnya adalah memastikan harta si mati diagihkan secara adil dan setiap waris yang sah dan layak menerima bahagian mereka.
Samb…
2. Pengisytiharan Harta Sepencarian Wasiat akan memastikan Harta Sepencarian diperuntukkan kepada pasangan sebelum pembahagian harta mengikut Hukum Faraid dijalankan. Harta Sepencarian juga dianggap sebagai hutang kepada pasangan dan ia juga dapat memudahkan proses tuntutan pasangan dan melindungi hak pasangan.
Samb….
3. Perlantikan Penjaga Bagi Anak Di bawah 18 Tahun Melalui wasiat, perlantikan penjaga bagi anak di bawah 18 tahun boleh dilakukan untuk menjaga kebajikan anak-anak sekiranya anda dan pasangan ana meninggal dunia secara serentak atau berturut-turut. Perlantikan penjaga yang sesuai akan menjamin masa depan anakanak anda.
Samb…
4. Membuat Kebajikan / Amal Jariah Di dalam wasiat, anda boleh memperuntukkan sebahagian daripada harta untuk diberikan kepada bukan waris (tidak melebihi 33%) bagi tujuan kebajikan. Amalan ini akan memastikan ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.
Siapa Patut Berwasiat?
Orang yang tidak mempunyai anak Seseorang yang tidak mempunyai anak lelaki Seseorang yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun Untuk melantik penjaga bagi anak tersebut Seseorang yang mempunyai anak angkat / tiri Anak angkat / tiri tidak mempunyai hak di bawah hukum Faraid Suami Melindungi hak harta sepencarian isteri Isteri Melindungi hak harta sepencarian suami Ibu / bapa tunggal Melindungi kepentingan anak-anak Anak Melindungi kepentingan ibu bapa
Undg2 Berkaitan Wasiat
Enakmen Wasiat 1959- Tidak terpakai kpd muslim. Enakmen Wasiat Selangor 1999 dan Enakmen Wasiat N.9 2003. S’wak- Ordinan Surat Wasiat Orang Islam Negeri-negeri lain-hukum syarak adalah terpakai.
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999
Enakmen Wasiat pertama di Malaysia. Pemakaian pelbagai mazhab. Cnth Blh wasiat pada waris s 26 dan wasiat wajib s 27. Sama spt undg2 Wasiat Mesir 1946.
S2 Definisi Wasiat
"wasiat" ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.
"marad al-maut
penyakit itu mestilah menyebabkan kematian si mati ; penyakit itu mestilah menyebabkan kebimbangan kematian dalam minda si mati dan mestilah terdapat beberapa tanda luaran suatu penyakit yang serius.
"wasi"
ertinya seseorang yang kepadanya diamanahkan pelaksanaan sesuatu dan meliputi seseorang yang disifatkan sebagai dilantik menjadi wasi oleh Mahkamah;
“Benefisiari"
ertinya orang atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan yang menerima faedah daripada sesuatu wasiat dan, berhubungan dengan hasil daripada sesuatu wasiat, termasuklah suatu tujuan agama atau kebajikan yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak;
S 4 - Pembuktian wasiat
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada apa-apa tuntutan tentang keesahan sesuatu wasiat selepas matinya seseorang pewasiat boleh diterima oleh Mahkamah melainkan ianya disokong oleh dokumendokumen yang ditulis atau ditandatangani oleh pewasiat. (2) Jika terdapat halangan yang besar yang menghalang pengemukaan keterangan dokumentar yang disebut dalam subseksyen (1), wasiat itu bolehlah dibuktikan melalui keterangan oleh dua orang saksi.
S 6 - Kelayakan pewasiat
a)telah mencapai umur 18 tahun;(b) tidak merupakan orang yang tak sempurna akal;(c)bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan(d)tidak dilarang daripada menguruskan hartanya. (2) yang tidak layak menjadi pewasiat menurut Hukum Syarak, wasiatnya adalah tidak sah kecuali dengan izin dan kebenaran Mahkamah. (3) Jika pewasiat dalam keadaan sakit, dia hendaklah waras fikirannya, balk ingatan dan memahami semasa wasiat dibuat. (4) Jika pewasiat dalam keadaan marad almaut, wasiatnya hendaklah tidak melebihi dari satu pertiga dari hartanya dan jika harta melebihi 1/3, wasiatnya hanya boleh diterima dengan persetujuan semua waris.
S11 - Cara-cara perwasiatan
(a)memberi harta atau bahagian yang akan diperolehi melalui pusaka, kepada benefisiari; atau(b)memberi pinjaman kepada benefisiari sejumlah yang ditentukan daripada harta pusakanya dengan tidak melebihi satu pertiga, melainkan dengan kebenaran semua waris. (2) seseorang boleh menentukan bahagian masing-masing warisnya dari harta pusaka dan, jika salah seorang daripada waris itu ditentukan bahagianya dengan melebihi kadar yang ia berhak, harta yang lebih itu hendaklah dianggap sebagai wasiat.
12 - Wasiat terbatal.
Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal jika- (a)pewasiat menjadi seorang yang tak sempurna akal dan mati dalam keadaan tersebut;(b)benefisiari mati sebelum pewasiat;(c)sesuatu yang ditentukan atau manfaat wasiat tersebut telah musnah sebelum kematian pewasiat; dan(d)pewasiat menarik balik wasiatnya.
S 17 - Penerimaan dan penolakan
(1) wasiat hendaklah berkuat kuasa apabila diterima oleh benefisiari sama ada secara nyata atau tersirat, selepas kematian pewasiat. (2) Jika benefisiari ialah seorang kanak-kanak yang belum cukup umur menurut Hukum Syarak, atau orang yang ditegah dari menguruskan hartanya, penerimaannya atau penolakannya hendaklah disempurnakan oleh wali hartanya. (3) Jika benefisiari ialah janin, penerimaannya atau penolakannya hendaklah disempurnakan oleh wali hartanya: (4) Jika benefisiari ialah suatu badan yang diperbadankan, penerimaannya dan penolakannya hendaklah dibuat oleh wakil sah badan yang diperbadankan tersebut.
Samb….
(5) Jika wasiat itu telah dibuat kepada kumpulan orang yang tidak diperbadankan, penerimaannya dan penolakannya adalah tidak diperlukan dan wasiat itu hendaklah dibahagikan kepada sekurang-kurangnya tiga orang dari kumpulan orang tersebut. (6) Jika seseorang benefisiari mati sebelum dia sempat menerima atau menolak wasiat, waris-warisnya hendaklah menentukan sama ada hendak menerima atau menolak wasiat tersebut.
S28 - Hukum Syarak
(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang berlawanan dengan Hukum Syarak hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu. (2) Jika terdapat apa-apa kekosongan atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, Mahkamah hendaklah menggunakan Hukum Syarak.
S 29 - Kuasa membuat kaedah.
Sultan, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta membuat kaedah-kaedah bagi maksud melaksanakan peruntukan Enakmen ini (a)borang, daftar dan dokumen-dokumen lain yang digunakan berkaitan dengan tindakan atau perkara yang dibuat di bawah atau mengikut Enakmen ini;(b)bentuk apa-apa sijil, notis atau lainlain dokumen yang dikehendaki bagi maksud melaksanakan Enakmen ini;(c) membuat pencarian-pencarian dan memberi salinan-salinan yang diperakui; dan(d)lain-lain perkara yang perlu bagi maksud melaksanakan Enakmen ini.
Akta Probet dan Pentadbiran
Mah Sivil berhak memberi geran probate dan surat mentadbir kpd wasi.
In the Good of Abdullah 1832.
wasiat seluruh hartanya diputuskan sah. Kesannya: Undg2 ini masih terpakai kerana s 100 Akta Undg2 Keterangan 1950. Kini selesai-Akta Undg2 Keterangan 1950 tidak terpakai krn ada Akta Keterangan Islam.
Sheikh Abd Latif & Ors Lwn Sheikh Elias Bux 1951 1 FMSLR 204
Elias wasiat 1913 dan meninggal dunia 1914.Wasiat bhg harta sama rata anak angkat, 2 balu dan anak perempuan. Saudara lelakinya Latif tuntut wasiat tidak sah. Mah Rayuan Selangor tlh putuskan wasiat hendaklah mengikut undang2 Islam. Org Islam tidak blh wasiat lbh 1/3 dan baki difaraidkan kecuali waris setuju.
Saedah Abu Bakar lwn Hj Abd Rahman 1983 JH 53
Simati wasiat bhw uruskan harta utk 10 tahun dari tarikh kematian dan slps itu hendaklah berikan kpd waris. Mah Tinggi Sngor – wasiat 10 tahun diuruskan oleh wasi dan kemudian slps itu dibahagikan harta kpd waris. Wasiat tidak sah.
Siti Yatim Lwn Mohamed Nor Bujai 1928 6 FMSLR 135
Wasiat lbh 1/3 harta pada seorang ahli waris adlh tidak sah.
Amanullah Ali Hassan lwn Hjh Jamilah 1975 1 MLJ 30
Simati wasiat semua harta pd anak lelakinya. Mah TinggiWasiat lbh 1/3 pada waris adalah tidak sah.
Status Sah Taraf Anak
Akta Wasiat 1950 tidak terpakai kpd org Islam Akta Umur Dewasa 1971, Akta Anak Angkat 1952, Akta Sah Taraf Anak 1961, Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Anggapan Kematian 1950 dan Akta Keterangan 1950-terpakai kpd org Islam.
Isu-isu Berkaitan
1. tempoh minimum dan maksimum kandungan sbg bukti nasab. 2. status anak tidak sah taraf. 3. Kedudukan anak lian.
Abd Razak v Maria Menado 1965 1 MLJ.
Mah menetapkan perkahwinan Islam dan kristian tidak sah namun anak dilahirkan adlh anak pasangan.
Ainan v Syed Abu Bakar 1939 MLJ 209
Anak lahir 4 bulan slps perkahwinan disabitkan anak sah berdasarkan s112 AK1950. Berlawanan dengan undg2 Islam ianya mesti tidak kurang dari 6 bulan.
Samb…..
Kini, negeri-negeri telah menggubal Enakmen Keluarga Islam dan menetapkan tempoh minimum adalah 6 bulan dan tempoh maksimum utk pengesahan adlh 4 tahun.
Thank You
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 50 MALAYSIAKU GEMILANG