TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO’ DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG PADA HARI ISNIN, 20 FEBRUARI 2012, PUKUL 10:30 PAGI DI DEWAN BANKUET, BANGUNAN CANSELERI, UMP KAMPUS GAMBANG
SALUTASI
Saudara Pengacara Majlis;
Yang Dihormat Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang;
Rakan-rakan saya:
Profesor Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);
Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd. Yunus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi); 1
Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);
Profesor Madya Zulkafli Hassan, Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti);
Haji Mustafa Ibrahim, Pendaftar;
Encik Zainuddin Othman, Bendahari;
Haji Ruslan Che Pee, Ketua Pustakawan;
Dekan-dekan,
Pengarah-pengarah
dan
Ketua-ketua
Pusat
Tanggungjawab;
Pegawai-pegawai MUIP;
2
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
KATA PEMBUKA
1.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Ta’ala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, maka kita berpeluang untuk sama-sama menjayakan majlis yang penuh bermakna pagi ini.
2.
Dengan penuh rasa sukacita dan takzimnya, saya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Yang Dihormat Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan ke UMP Kampus Gambang bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan zakat bagi pihak MUIP kepada UMP pada hari ini.
3
3.
Sesungguhnya, kesudian pihak MUIP untuk menyalurkan sejumlah wang zakat kepada UMP amatlah disanjung dan dihargai oleh kami. Dengan populasi semasa pelajar melebihi 7,000 orang di kedua-dua kampusnya di Gambang dan Pekan, UMP akan dapat pula memanjangkan sumbangan ini bagi manfaat mahasiswa Universiti ini yang memerlukan.
MERINGANKAN BEBAN
4.
Yang Dihormat Orang Kaya dan hadirin sekalian,
Alhamdulillah, UMP baharu sahaja meraikan ulang tahun kesepuluh penubuhannya pada 16 Februari yang lalu. Sepanjang sepuluh tahun kewujudannya, Universiti ini tidak hanya berdiri sendirian, namun turut disokong oleh pihak-pihak berkepentingan (stakeholders), dan ini termasuklah pihak MUIP.
4
5.
Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, jumlah populasi pelajar yang ramai dan meningkat dari tahun ke tahun mencabar pihak pengurusan Universiti ini untuk lebih peka dan sensitive dalam memantau keperluan kebajikan mereka.
6.
Dengan kepelbagaian latar belakang dan tahap sosio-ekonomi keluarga, tidak dapat dinafikan ada dari kalangan pelajar Universiti ini yang menghadapi kesulitan kewangan untuk menampung kos sara hidup
di
sini
berbanding
rakan-rakan
mereka
yang
lebih
berkemampuan.
7.
Walaupun kebanyakan pelajar Universiti ini menerima pembiayaan dari pelbagai agensi penaja, termasuklah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun terdapat juga kes di mana pelajar yang datang dari keluarga miskin atau berpendapatan rendah menyalurkan pula wang tajaan atau pinjaman tersebut kepada keluarga mereka.
5
8.
Keadaan ini amatlah merisaukan pihak pengurusan kerana pelajarpelajar tersebut tidak lagi mempunyai sebarang sumber kewangan untuk menyara kehidupan mereka di UMP apabila wang tajaan atau pinjaman telah dikirim sepenuhnya kepada keluarga.
9.
Justeru, melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, usaha pemantauan kebajikan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah sedemikian sentiasa dibuat dari semasa ke semasa.
10.
Ini juga merupakan satu cabaran kepada pihak pengurusan kerana lazimnya, usaha pengesanan pelajar yang bermasalah kewangan tulen adalah sukar melainkan mereka sendiri tampil ke hadapan atau setelah menerima laporan dari rakan-rakan mereka.
6
11.
Sehubungan dengan itu, sumbangan zakat yang diterima daripada pihak MUIP pada hari ini akan dapat disalurkan segera kepada pelajar-pelajar yang berkenaan. Insya-Allah keberkatan wang zakat tersebut akan membolehkan pelajar-pelajar ini mengikuti pengajian dengan lebih sempurna dan meraih prestasi akademik yang cemerlang
untuk
membela
nasib
keluarga
selepas
mereka
bergraduat kelak.
PENGHARGAAN DAN KATA PENUTUP
12.
Yang Dihormat Orang Kaya dan hadirin sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya dan pihak pengurusan Universiti Malaysia Pahang ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atas sumbangan zakat ini.
7
13.
Adalah menjadi harapan pihak kami bahawa kerjasama antara UMP dan MUIP tidak hanya terbatas dalam konteks ini semata-mata, namun dapat dikembangkan dan seterusnya dilestarikan meliputi aspek lain di mana peranan dan kepakaran pihak UMP dan keupayaan pihak MUIP dapat digembleng secara maksimum bagi manfaat masyarakat, Insya-Allah.
14.
Akhir kata, saya berdoa ke hadrat Ilahi mudah-mudahan kita semua dapat terus berkhidmat dan berbakti di jalan-Nya, dengan limpah kudrat dan iradat Allah Ta’ala yang menaungi kita selama-lamanya, Ameen.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
8