TEKS UCAPAN PENGARAH SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 10 KKLJ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALAHIWABRAKATUH. SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM KEMERDEKAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENGACARA MAJLIS. YANG BERHORMAT Ir TUAN HAJI HAMIM BIN SAMURI AHLI PARLIMEN LEDANG MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA PENASIHAT KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR YANG DI HORMATI PUAN HAJAH SAPIAH BINTI ALUAN PENGARAH KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR YANG BERBAHAGIA KP/WAKIL KP- masih tiada maklumat YANG BERBAHAGIA MANTAN –MANTAN PENGARAH KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR YANG DI HORMATI - PENGARAH – PENGARAH KOLEJ KOMUNITI ZON JOHOR DAN MELAKA - AHLI LEMBAGA JAWATANKUASA PENASIHAT KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR - DIF – DIF KEHORMAT 1
- PENGAWAI-PENGAWAI KANAN KOLEJ DAN PARA PENSYARAH - PARA JEMPUTAN YANG DI KASIHI PELAJAR – PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG, PAGOH DAN MUAR
ALU-ALUAN Alahamdulillah saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wata’ala kerana dengan keizinan dan limpah kurnianya , dapat kita sekali lagi bertemu di dalam semangat meraikan sambutan kemerdekaan, Hari Raya Adilfitri dan Menyambut Ulangtahun ke 10 Kolej Komuniti Ledang Johor, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Ir Tuan Haji Hamim bin Samuri, Mantan-mantan Pengarah kolej Komuniti Ledang Johor serta semua dif kehormat dan tetamu serta kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Ledang, Pagoh dan Muar di atas kesudian dan memeriahkankan lagi Sambutan Ulangtahun Ke 10 ini.
Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang istimewa dan saya berharap ia akan menjadi hari untuk setiap kakitangan dan pelajar di Kolej Komuniti Ledang Johor memperbaharui azam dan tekad masing –masing seterusnya menjadi pemangkin kepada proses transformasi yang sedang berlaku bagi meningkatkan kecemerlangan dan martabat Kolej Komuniti Ledang Johor di mata masyarakat di Daerah Ledang khas dan Negeri Johor amnya. Di mana transformasi akan membawa Kolej Komuniti
2
Ledang Johor di hormati dan di kagumi demi aspirasi “RAKYAT DI DAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN HADIRIN YANG DI MULIAKAN PROGRAM SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 10 Sesungguhnya Ingin Saya Nyatakan Di Sini Sambutan Ulangtahun Ke 10 Kolej Komuniti Ledang Johor Ini Di Sambut Secara 3 Serangkai Di Mana Dalam Masa Yang Sama Sambutan Hari Raya Adilfiri Dan Sambutan Kemerdekaan Negara Yang Ke 55 Di Sambut Sekali, Program Ini Berjalan Selama 3 Hari Ia Bermula Pada Hari Sabtu 15 Sept. 2012 Hingga Pada Hari Ini 17 Sept 2012. Pelbagai Aktiviti Di Jalankan Yang Melibatkan Keilmuaan, Keusahawaan, Keugamaan Dan Juga Semarak Kemerdekaan Negara Yang Ke 55. Dalam Masa Yang Sama Pihak Kolej Juga Menghargai PelajarPelajar Sijil Mondular Kebangsaan Yang Telah Tamat Pengajian Mondularnya Dengan Mengadakan Majlis Konvokesyen Mereka Pada Hari Pertama. Pelbagai pameran yang melibatkan agensi-agensi kerajaan dan pameran kemerdekaan di laksanakan juga. Pada hari kedua pula kursus –kursus pendek di jalankan dan program semarak kemerdekaan ke 55 dengan pertandingan lagu patriotik dan sajak kemerdekaan di laksanakan. Bagi menghargai masyarakat setempat sukan komuniti juga dijalankan pada hari kedua.
3
HAL KEMERDEKAAN HADIRIN YANG DI MULIAKAN Semangat kebangsaan hendaklah di jadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita capai kata-kata mutiara dari Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Ini bermakna kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spritual dan mental. Erti kemerdekaan yang di nikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya bangkit sebagai bangsa yang bermaruah. Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan kita sejak 1511 hinggalah ke perang dunia ke 2, kita telah mengalami 3 peringkat perjuangan di mana secara militan, secara keugamaan yang di pelopori oleh golongan ulama dan kemudiannya golongan nasionalisma. Oleh itu kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu di dokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mempercepatkan proses pembangunan negara kita yang tercinta Malaysia. Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan , itulah makna patriotisma. Kita rapatkan barisan dan lupakan perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara....mutiara kata dari Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri ke 4 negara.
4
Berdasarkan kata –kata mutiara tadi maka menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kemerdekaan yang di miliki dapat di pertahankan dan di kekalkan. Kerana tanpa ilmu pengetahuan dan kemahiran , kemerdekaan tidak ada ertinya dan kemerdekaan yang di perolehi adalah amat rapuh sekali. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 55 – JANJI DI TEPATI.
HAL ULANGTAHUN KE 10 KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR HADIRIN YANG DI MULIAKAN Kolej Komuniti Ledang Johor Bermula Di Sekolah Teknik Muar Pada Tarikh 01 April 2004 Di Mana Hanya Kursus Automotif Sahaja Yang Di Tawarkan Pada Masa Itu. Pada Tanggal 05 Oktober 2004 Kolej Komuniti Ledang Johor Telah Berpindah Masuk Ke Kampus Tetapnya Yang Tersergam Indah Di Parlimen Ledang. Dan Pada 01 Jan 2009 Kolej Komuniti Caw Muar Di Tubuhkan Dan Pada 15 Jun 2009 Kolej Komuniti Cawagan Pagoh Di Tubuhkan Di Mana Di Kawal Selia Oleh Kolej Komuniti Ledang Johor sebagai Induknya. Kolej Komuniti Cawangan Muar Menjalankan Program Sijil Kecantikan Dan Kolej Komuniti Cawangan Pagoh Menjalankan Program Sijil Dan Pakaian kini kedua –dua cawangan tersebut menjalankan kursus Sijil Mondular Kebangsaan mengikut bidang program yang berkaitan . Bermula Dengan 45 Orang Graduan Automotif Yang Tamat Pada 2005 Sehingga 2012 Seramai 853 Orang Graduan Bagi Persijilan Kolej Komuniti sepenuh masa Di Dalam Bidang Automotif, 5
Penyamanan Udara, Bakeri Konfeksioneri Dan Perakuanan Dan Perniagaan Telah Berjaya Menamatkan Pengajian Mereka. Bagi Sijil Mondular Kebangsaan Yang Bermula Pada Julai 2010 Sehingga Kini Seramai 229 Orang Dari Pelbagi Bidang( Servis
Kenderaan
Ringan,
Servis
Penyejukkan
dan
Penyamanan
Udara,
Pastri,Pengoperasian Perniagaan dan Perkeraniaan Perakuanan) Telah Berjaya Menamatkan Pengajian Mereka Dengan Jayanya. Sempena Ulangtahun Yang Ke 10 Ini Terlebih Dahulu Saya Ingin Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Yang Tak Terhingga Kepada Mantan-Mantan Pengarah Yang Terdahulu Kerana Di Bawah Kepimpinan Mantan-Mantan Pengarah Kolej Komuniti Ledang Johor Dapat Berdiri Megah Di Mata Masyarakat Ledang Khas Dan Johor Amnya.Bermula Di Sekolah Menengah Teknik Muar Hingga Lah Berpindah Di Kampus Sendiri Di Daerah Ledang Ini Pelbagai Program Yang Bertaraf Peringkat Kementerian, Negeri Dan Kebangsaan Di Jalankan Seperti Program Adikara Ironman Ledang, Program Jelajah Kemerdekaan Menyusuri Sungai Muar, Program PERSIS, Program Jelajah Kemerdekaan Parlimen Ledang, Program MARCAPADA, Kembara Mahkota Johor, Pertandingan Inoreka Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Program Kembara Kemerdekaan Kolej Komuniti Zon Johor Dan Rompin Pahang Dan LainLain Program Yang Di Jalankan Bagi Memenuhi Keperluan Pelajar Dan Masyarakat Setempat. Kejayaan-Kejayaan Ini Dapat Di Laksanakan Kerana Kepimpinan Dan Kerjasama Dari Kakitangan Serta Pelajar Kolej Komuniti Ledang Yang Tak Berbelah Bagi Mencurahkan Khidmat Bakti Dan Keringat Serta Kotmitmen Yang Tinggi Bagi Memastikan Kolej Komuniti Ledang Johor Sentiasa Berada Di Tahap Yang Terbaik. Tiada Rakyat Tiadalah Pemimpin Maka Kerjasama Ini Haruslah Dapat Di Teruskan Bagi Memastikan Kolej Komuniti Ledang Johor Akan Terus Cemerlang Dan Terbilang Pada Masa – Masa Yang Akan Mendatang.
6
Saya Juga Mengambil Kesempatan Ini Untuk Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Masyarakat Di Sekitar Parlimen Ledang Di Atas Sokongan Yang Di Berikan Kepada Program-Program Kursus Pendek Yang Di Jalankan Di Kolej Komuniti Ledang Ini. Malahan Ada Yang Telah Berjaya Di Lapangan Kursus Pendek Yang Di Ikuti Seperti Pengusaha Roti Dan Kek, Pengusaha Fotografi Dan Pengusaha Spa Dan Urutan, Pengusaha Homestay Dan Khidmat Urutan Yang Berjaya Di Bawah Naungan Kursus Pendek Yang Di Lakasana Di Kolej Ini. Hasil Ini Juga Adalah Kerana Kekuatan Dan Kemahuan Yang Tinggi Peserta Kursus Serta Kewibawaan Barisan Tenaga Pegajar Sama Ada Dari Kolej Sendiri Atau Tenaga Pengajar Jemputan. Satitistik Jumlah Peserta Kursus Pendek Adalah seperti berikut pada Tahun 2007 – 2378 orang peserta Tahun 2008 – 3094 orang peserta Tahun 2009 – 4410 orang peserta Tahun 2010 – 3434 orang peserta Tahun 2011 – 6475 orang peserta Tahun 2012 sehingga 01 September – 3012 orang peserta Ia Adalah Peningkatan Dari Tahun Ke Setahun di mana pada tahun 2011 jumlah peserta meningkat di sebabkan peruntukkan budget 1 Malaysia yang di peruntukkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Sepanjang 10 Tahun Ini Juga Kolej Komuniti Ledang Johor Telah Memperolehi Beberapa Kejayaan Yang Membanggakan Antaranya :
7
1. Mendapat Tempat Pertama Dalam Pertandingan Laman Web Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Kateogori Kolej Komuniti Pada Tahun 2009 2. Mendapat Tempat Pertama dalam Dalam Penilaian Portal/Web Bagi Sektor Awam 2011 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 3. Mendapat Penarafan 5 Bintang Dalam Penilaian Portal/Web Bagi Sektor Awam 2011 dari Ketua Setiausaha Kemneterian Pengajian Tinggi Malaysia 4. Anugerah Cemerlang Penarafan 5 Bintang bagi Malaysian Goverment Portals and Websites Assessment 2011 dari Ketua Setiausaha Negara 5. Naib Johan Pertandingan Keceriaan dan Hiasan Bangunan sempena Bulan Kemerdekaan ke 54 Peringkat Daerah Ledang tahun 2011 6. Naib Johan Pertandingan Sepanduk Terbaik Sempena Hari Kemerdekaan ke 55 Peringkat Daerah Ledang tahun 2012 7. Mendapat tempat ke 4 di dalam Pertandingan My Skills peringkat Kebangsaan kateogori Pertandingan Pastri pada tahun 2009 Sesungguhnya Kejayaan Ini Adalah Hasil Usaha Komitmen Yang Tinggi Di Tunjukkan Oleh Kakitangan Kolej Komuniti Ledang. Maka Sekali Lagi Saya Ucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Mantan-Mantan Pengarah, Kakitangan Dan Pelajar Kolej Komuniti Ledang Dan Masyarakat Di Parlimen Ledang Serta Ahli Jawatankuasa 8
Penasihat Kolej Komuniti Ledang Di Atas Sokongan Yang Di Berikan Bagi Memastikan Kolej Ini Mencapai Kejayaan Dan Meneruskan Khidmat Baktinya Kepada Masyarakat Dan Negara. Malahan Kita Juga Harus Berbangga Kerana Pada Tarikh 8 Ogos 2011 Telah Mencatat Satu Sejarah Yang Gemilang Kepada Semua Warga Kolej Komuniti Ledang Johor Di Mana Bangunan Kolej Komuniti Ledang Johor Telah Mendapat Perkenan Dirasmikan Oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Kita Harus Merasa Bertuah Kerana Kitalah Satu – Satunya Kolej Komuniti Di Dalam Negeri Johor malahan di Malaysia Yang Di Perkenankan Oleh Baginda Sultan Untuk Merasmikan Bangunan Kolej.
SAMBUTAN HARI RAYA ADILFITRI HADIRIN YANG DI MULIAKAN Saya Juga Ingin Mengambil Kesempatan Pada Hari Ini Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri Yang Mulia Dan Semoga Hari Ini Hubungan Siltulrahim Di Antara Kita Akan Tersemat Di Dalam Hati Dan Kita Dapat Merasakan Keistimewaan Adilfitri Ini. Selama Sebulan Kita Berpuasa Dan Bila Tiba Syawal Yang Menjelma Maka Kita Raikan Dengan Perasaan Gembira. Semoga Dif Kehormat Dan Tetamu Yang Hadir Dapat Menjamu Selera Dengan Perasaan Yang Gembira. Oleh Itu Marilah Kita Bersama –Sama Menguatkan Lagi Hubungan Ukhwah Sesama Kita Dalam Kita Memastikan Hubungan Ini Berkekalan Dalam Semangat Mengingati Kemerdekaan
9
Negara Kita. Salam Di Susun Maaf Di Pinta Saya Mengucapakan Selamat Menyambut Hari Raya Adilfitri Yang Mulia.
HADIRIN YANG DI MULIAKAN
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya , saya sekali lagi ingin mengucapakan terima kasih kepada Yang berhormat , yang berbahagia Mantan-mantan Pengarah,tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang sudi hadir ke program kita pada hari ini. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua pihak yang terlibat yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu dalam memberikan komitmen dalam pameran serta dalam merancang dan menlaksanakan program ini dengan lancarnya dan teratur. Kesemua ini adalah menunjukkan perpaduan yang tinggi di kalangan kita di dalam menjayakan sesuatu program. Semoga dengan semangat kemerdekaan yang tinggi negara kita akan terus bebas, aman dan makmur bagi membolehkan kita menikmati dan menghayati kemerdekaan yang sebenarnya.
Dalam Konteks Ulangtahun Ke 10 Ini Saya Percaya Kakitangan Dan Pelajar Kolej Ini Sentiasa Memahami Dan Menghayati Semangat 1 Malaysia Dengan Mewujudkan Dan Memelihara Suasana Kondusif, Dinamik, Berdaya Saing Dan Harmoni Serta Saling Hormat Menghormati Antara Satu Sama Lain. Semangat Dan Budaya Ini Amat Penting Untuk Di Pupuk Dan Di Semaikan Serta Di Amalkan Bagi Membantu
10
Menjayakan Misi Dan Visi Kolej Serta Program-Program Yang Telah Di Rancang Oleh Pihak Pengurusan Kolej Komuniti Ledang Johor.
Selamat Ulangtahun ke 10, Salam kemerdekaan dan Selamat Hari Raya Adilfitri. Dengan ini saya sudah ucapan saya dengan Wabilahitaufik walhidayah Wasalammualaiku....... Sekian terima kasih
11