KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS TINGKATAN 3 2014
i
ii
DOKUMEN STANDARD
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL
SAINS TINGKATAN 3
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iii
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
iv
KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA
vi
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
vii
3. KATA PENGANTAR
viii
4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard
1 1 1 1
5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P
2 2
6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian
4 4 4 4 5 6-9
v
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
vii
Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. viii
PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.
PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 2 waktu seminggu selama 14 minggu menjadikan keseluruhan 28 waktu setahun.
Guru berlatarbelakang opsyen Sains paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Kurikulum Sains Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan mengembangkan potensi individu agar berpemikiran logik, kritis, kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk menangani cabaran abad ke-21. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat; . 1. mengenal pasti struktur dan fungsi bunga 2. mengenal pasti pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk 3. mengenal pasti jenis-jenis daya 4. memerihalkan daya geseran 5. mengenal pasti kekonduksian haba pepejal 6. memerihalkan prinsip pengembangan dan pengecutan logam 7. memerihalkan zat terlarut, pelarut dan larutan 8. mengenal pasti asid dan alkali 9. mengenal pasti sistem tuas 10. memerihalkan bahan api fosil 11. memerihalkan petroleum Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Sains memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut: Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum
Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah Organisasi Standard Kurikulum Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.
Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
BIDANG: SAINS HAYAT 1.0 Memahami pembiakan tumbuhan
1.1
mengenal pasti struktur dan fungsi bunga
1.1.1 1.1.2 1.1.3
mengenal pasti dan melabel struktur bunga. memadankan struktur bunga dengan fungsinya. mengenal pasti bahagian pembiakan jantan dan bahagian pembiakan betina bunga.
1.2.1 1.2.2
menyatakan maksud pendebungaan . membanding beza antara pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk melalui persembahan multimedia. memerihalkan kebaikan pendebungaan kacuk dengan memberikan contoh.
(2 waktu)
1.2
mengenal pasti pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk (2 waktu)
1.2.3
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
BIDANG: SAINS FIZIKAL 2.0 Memahami daya
2.1 mengenal pasti jenis-jenis daya. (2 waktu)
2.2 memerihalkan daya geseran
2.1.1 menyatakan maksud daya. 2.1.2 mengenal pasti daya geseran, daya graviti, daya magnet dan daya elektrostatik melalui aktiviti. 2.1.3 memadankan jenis-jenis daya dengan contoh dalam kehidupan harian. 2.2.1 2.2.2
(4 waktu) 2.2.3 2.2.4 2.2.5
3.0 Memahami kekonduksian haba
3.1 mengenal pasti kekonduksian 3.1.1 haba pepejal. 3.1.2 (4 waktu) 3.1.3 3.1.4
menyatakan maksud daya geseran. mengenal pasti kewujudan daya geseran melalui contoh atau situasi. memerihalkan kebaikan dan keburukan daya geseran menjana idea kaedah untuk mengurangkan daya geseran atau menambahkan daya geseran dalam kehidupan seharian. menaakul kepentingan geseran dalam kehidupan.
menentukan kadar kekonduksian haba pelbagai jenis pepejal melalui aktiviti. menyusun mengikut urutan kadar kekonduksian haba pelbagai jenis pepejal. menerangkan maksud konduktor dan penebat haba. mengenal pasti konduktor dan penebat haba pada alatan yang digunakan dalam kehidupan seharian melalui aktiviti.
STANDARD KANDUNGAN 4.0 Memahami prinsip pengembangan dan pengecutan jirim.
STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 memerihalkan prinsip pengembangan dan pengecutan logam (2 waktu)
KRITERIA PENCAPAIAN 4.1.1 4.1.2 4.1.3
menerangkan pengembangan dan pengecutan logam dengan menjalankan aktiviti. menyatakan contoh aplikasi pengembangan dan pengecutan logam dalam kehidupan harian. menyelesaikan masalah mudah dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang pengembangan dan pengecutan logam.
BIDANG: SAINS BAHAN 5 .0 Memahami larutan dan kadar kelarutan
5.1 memerihalkan zat terlarut, pelarut dan larutan.
5.1.1 5.1.2
(6 waktu) 5.1.3
5.1.4 5.1.5 5.1.6
menerangkan maksud zat terlarut, pelarut dan larutan dengan menjalankan aktiviti. membezakan antara larutan cair, larutan pekat dan larutan tepu melalui aktiviti. menentukan faktor yang mempengaruhi kadar kelarutan iaitu suhu pelarut, kadar mengacau, saiz zarah zat terlarut dan isipadu pelarut dengan menjalankan aktiviti. mewajarkan kepentingan air sebagai pelarut universal. menyatakan contoh pelarut organik dalam kehidupan harian. memadankan pelarut organik dengan penggunaannya dalam kehidupan harian.
STANDARD KANDUNGAN 6.0 Memahami asid dan alkali
STANDARD PEMBELAJARAN 6.1 mengenal pasti asid dan alkali
KRITERIA PENCAPAIAN 6.1.1 6.1.2
(2 waktu) 6.1.3
mengenal pasti sifat asid dan sifat alkali melalui ujian rasa dan ujian kertas litmus. mengelaskan bahan-bahan dalam kehidupan harian yang bersifat asid dan alkali. menyatakan kegunaan beberapa jenis asid dan alkali dalam industri dan pertanian.
BIDANG: TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI 7.0 Memahami mesin ringkas
7.1 mengenal pasti sistem tuas (2 waktu)
7.1.1 7.1.2 7.1.3
menyatakan tuas sebagai satu mesin ringkas. menyatakan ciri-ciri tuas. mengenal pasti dan melabel ciri-ciri tuas pada alat yang menggunakan prinsip tuas dalam kehidupan harian.
STANDAR STANDARD D PEMBELAJARAN KANDUNGA BIDANG: SAINS BUMI DAN ANGKASA N 8.0 Memahami bahan api fosil
8.1 memerihalkan bahan api fosil (1 waktu) 8.2
memerihalkan petroleum (1 waktu)
KRITERIA PENCAPAIAN
8.1.1 8.1.2 8.1.3
menyatakan maksud fosil. menyatakan contoh bahan api fosil menyusun urutan pembentukan petroleum.
8.2.1 menyenaraikan contoh-contoh bahan berasaskan petroleum. 8.2.2 menyenaraikan kerjaya dalam industri petroleum. 8.2.3 meramalkan keadaan kehidupan manusia apabila bumi kehabisan sumber petroleum.
10
Terbitan:
20