PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011 Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm
Syeikh Mahfuz al-Tarmasi: Tokoh Ilmu Qira’at Nusantara Sabri Mohamad, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Muhd Najib Abdul Kadir, Mohd. Akil Mohamed Ali & Hayati Hussin Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
Abstrak: Sumbangan ulama Nusantara dalam pelbagai bidang ilmu Islam begitu kerap dan acapkali dibicarakan di pelbagai pentas ilmu. Namun, agak jarang dibincangkan sumbangan ilmuan Nusantara dalam Ilmu Qira’at yang walaupun tokoh-tokohnya telah banyak menyalurkan sumbangan bakti mereka dalam bidang tersebut. Begitu jugalah jika usaha ke arah menonjolkan sumbangan ulama Nusantara dari sudut sisi Ilmu Qira’at tidak diketengahkan, dikhuatiri mungkin suatu hari nanti akan terkubur segala jasa dan sumbangan mereka yang amat bermakna. Untuk itu kertas ini akan membicarakan dan memperkenalkan salah seorang tokoh Qira’at Nusantara yang suatu ketika dahulu begitu terkenal di Timur Tengah dan alam Nusantara yang telah banyak menabur jasa dalam ilmu tersebut. Beliau ialah Syaykh Muhammad Mahfuz bin Abdillah bin Abd al-Mannan al-Tarmasi. Kertas ini juga akan membicarakan segala perkara yang berkait dengan latarbelakang beliau, sumbangan dan penulisan-penulisan beliau. Metodologi kajian pula menjurus ke arah kajian ke perpustakaan selain daripada website dan temubual. Hasil kajian mendapati bahawa Syaykh alTarmasi adalah merupakan seorang tokoh Qira’at yang tersohor yang sangat aktif menulis dalam bidang ilmu tersebut dan juga beberapa bidang lain.
PENGENALAN Ilmu Qira’at Quraniyyah telah melalui proses sejarahnya yang tersendiri, semenjak bermulanya era penurunan al-Quran itu sendiri di zaman Baginda s.a.w. Selanjutnya ia terus berkembang pesat di zaman sahabat r.a, tabi’in dan di era-era kegemilangannya yang berikutnya. Di zaman Baginda SAW, zaman sahabat r.a, bahkan di setiap zaman dan tempat terdapat tokoh-tokoh qira’at yang mewarisi ilmu ini seraya menjadi tempat rujukan manusia. Selain itu, mereka juga telah menghasilkan kitab-kitab dan karya-karya yang tidak ternilai isi kandungannya yang sehingga ke hari ini menjadi sumber pembelajaran ilmu qira’at. Di pentas Nusantara pula, tokoh-tokoh ilmu qira’at terus dikaji dan disebarkan segala macam sumbangan mereka seperti mana tokoh-tokoh ilmuan lain. Salah seorang tokoh yang maksudkan dan bakal dibicarakan keahliannya dalam ilmu tersebut ialaH, Syaykh alTarmasi. Biografi Ringkas Tokoh: Syaykh Muhammad Mahfuz al-Tarmasi merupakan salah satu ulama Nusantara yang begitu aktif dan banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Nama penuh beliau ialah Muhammad Mahfuz bin cAbdillah bin cAbd al-Mannan alTurmusiy. Dilahirkan di Termas, Pacitan, Jawa Tengah, pada 12 Jamadilawal 1285H/31 Ogos 1868M.
Gelaran al-Tarmasi terdapat pelbagai ejaan dan gelaran yang digunakan oleh beberapa penulis. Ada yang menggunakan dengan: al-Tarmisi, al-Tarmisi, al-Termasi, Mahfuz Termas dan dengan al-Tarmasi.1 Syakh Mahfuzh pakar dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Kerana kepakarannya itu, ia telah dilantik menjadi salah seorang ulama yang mengajar di Masjid Al-Haram suatu ketika dahulu. Antara kepakaran beliau sewaktu mengajar di Masjid AlHaram ialah dalam bidang Hadith dan Ulum AlHadith. Syaykh al-Tarnasi telah kembali ke rahmatullah di Mekah sebelum azan maghrib, hari Ahad malam Isnin, pada 1 Rajab 1338 H/20 Mac 1920 M.2 Beliau tampil sebagai salah seorang ahli Qira’at yang berketrampilan dan alim fiqh yang bermazhab Shaficiy.3 Oleh kerana banyak menghasilkan karya-karya berbahasa Arab yang menjadi rujukan ulama dan para pelajar di peringkat antarabangsa, beliau tidak banyak dikenali oleh masyarakat awam dunia Melayu.4 Hal tersebut samalah dengan ungkapan yang diungkap oleh Abdurrrahman Mas’ud yang mengatakan: ‘Meskipun al-Tarmasi merupakan tokoh penting, namun sejauh ini tidak terdapat informasi yang memadai tentang ‘alim Jawa ini dalam bahasa manapun, bahkan Indonesia’.5 Ayah datuknyanya iaitu Demeng Dipomenggolo I masih keturunan seorang punggawa Keraton Surakarta yang bernama Ketok Jenggot. Ia (Ketok Jenggot) adalah orang pertama yang
541
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
membuka hutan di daerah Pacitan yang akhirnya diberi nama Tremas. Perlu diketahui bahwa kota Pacitan adalah sebuah kota yang terletak paling Selatan dari seluruh Kota Kabupaten yang ada di Pulau Jawa. (Aziz Masyhuri: 2006:146)6. Pendidikan dan Pembelajaran: Untuk mengetahui latar belakang pendidikannya, nama para guru dan jenis ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh Syaykh Muhammad Mahfuz Termas tidaklah terlalu sukar kerana dalam peringkat pengenalan tercatat dalam beberapa buah karya beliau. Di bawah ini diterjemahkan petikan daripada sebahagian riwayat yang tercantum dalam karya Muhibah zil Fadhli jilid ke-4. Kitab-kitab yang dipelajari daripada ayahnya sendiri, Syaykh Abdullah bin Abdul Mannan al-Tarmasi, ialah Syarh al-Ghayah li Ibni Qasim al-Ghuzza, al-Manhaj alQawim, Fath al-Mu'in, Fath al-Wahhab, Syarh Syarqawi `ala al-Hikam dan sebahagian Tafsir alJalalain hingga sampai Surah Yunus saja. Semua kitab yang tersebut adalah dalam bahasa Arab. Sekurang-kurangnya dalam rangkaian ilmu fikah, tasawuf dan tafsir al-Quran. Setelah memperoleh ilmu yang banyak daripada orang tuanya sendiri, Syaykh Muhammad Mahfuz Tarmas berpindah ke Semarang dan belajar kepada Kiyai Muhammad Saleh Darat. Kitab-kitab yang dipelajari ialah Syarh al-Hikam (dua kali khatam), Tafsir al-Jalalain (dua kali khatam), Syarh al-Mardini dan Wasilah al-Tullab. Kitab yang terakhir ini mengenai ilmu falak. Perlu juga saya sebutkan bahawa kitab ini yang disebarkan berupa cetakan adalah ditashih dan ditahqiq oleh Syaykh Ahmad al-Fatani. Menurut Syaykh al-Marsafi, Syaykh Tarmasi adalah seorang yang terkenal peribadinya dengan akhlak yang baik, ramah tamah sewaktu berbicara dengan orang lain, tidak mencampuri urusan orang lain yang tiada kaitan dengannya dan rumah beliau di Mekah tidak pernah sunyi daripada diziarahi oleh orang ramai yang belajar dengannya.7 Para Masyaikh Al-Tarmasi di Mekah dalam Pelbagai Bidang: Antara masyaikh al-Tarmasi sewaktu menuntut ilmu di Mekah dalam pelbagai ialah seperti berikut: Dalam Bidang Ilmu Qira’at Syaykh Ahmad al-Minsyawi (w. 1314H/1896M), berasal daripada Mesir, yang dikenali sebagai muqri’ kepada ulama ini, beliau belajar Qira’at ’Asim dan tajwid, sebahagian Syarh Ibn al-Qasih ’ala al-Syatibiyah (tidak sempat khatam). Daripadanya beliau mempraktikkan membaca alQur’an dengan bacaan Imam ‘Asim dari jalur Hafs. Syaykh Muhammad al-Syarbini ad-Dimyati (w. 1321/1903), juga salah seorang ulama’ yang
berasal daripada Mesirr. Kitab yang dipelajari ialah Syarh Ibn al-Qasih, Syarh ad-Durrah alMudi’ah, Syarh Taibah al-Nasyr fi al-Qira’at al’ Asyar, al-Raud al-Nadir li Mutawalli, Syarh alRaiyyah, Ithaf Fudala’ al-Basyar fi al-Qira’at alArba’ah al-’Asyr, dan Tafsir al-Baidawi bi Hasyiyatih. Jika melihat kepada pendidikan ilmu Qira’at beliau dengan kedua-dua syaykh tersebut boleh disimpulkan bahawa Syaykh al-Tarmasi telah mendapat manfaat dan bimbingan pembelajaran ilmu Qira’at dengan secukupnya. Bahkan hasil daripada pembetukkan dan pengajaran kedua-dua syaykh tersebut jugalah yang akhirnya lahirnya Saykh al-Tarmasi sebagai salah seorang jaguh dalam bidang ilmu Qira’at Quraniyyah di alam nusantara dan tidak keterlaluan jika kita katakan diperingkat antarbangsa juga. Dalam Pelbagai Bidang Lain: Syaykh ’Umar bin Barakat al-Syami (w. 1313 H/1895 M), kitab yang dipelajari ialah Syarh Syudhur al-Dhahab li Ibn Hisyam, kitab ini disusun oleh gurunya. Syaykh Mustafa al-’Afifi (w. 1308/1890), kitab yang dipelajari ialah Syarh Jam' Jawami’ li Mahalli dan Mughni al-Labib. Sayyid Husein bin Sayid Muhammad al-Habsyi (w. 1330/1911), kitab yang dipelajari ialah Sahih al-Bukhari. Syaykh Muhammad Sa’id BaBasil, Mufti alSyafiiyyah di Mekah, kitab yang dipelajari ialah Sunan Abu Daud. Sunan Tirmidhi dan Sunan Nasaiiy. Sayyid Ahmad al-Zawawi (w. 1330/1911), kitab yang dipelajari ialah Syarh ’Uqud al- Juman, karangan gurunya itu, dan sebahagian kitab alSyifa' li Qadi al-’Iyad. Sayyid Muhammad Amin bin Ahmad Ridhwan al-Madani (w. 1329/1911), kitab yang dipelajari ialah Dalail al-Khairat, al-Ahzab, al-Burdah, alAwwaliyat al-'Ajluni dan Muwatta' Imam Malik. Sayyid Abu Bakr bin Sayyid Muhammad alSyata (w. 1310/1892), Daripadanya al-Tarmasi banyak belajar tentang hadis, terutama dalam menguasai kitab Sahih al-Bukhari.8 Syaykh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah alMakki. Syaykh Nawawi al-Bantani. Syaykh Ahmad al-Fathani. Hubungan dan kedudukan Syaykh Ahmad al-Fathani dengan Sayid Abi Bakr al-Syata adalah sangat erat, kerana sebuah karangan Sayid Abi Bakr al-Syata yang berjudul I'anah al-Talibin Syarh Fath alMu'in yang selesai ditulis bulan Syawal 1300 H. Sebelum cetakan pertama kitab tersebut ditashih dan ditahqiq oleh Syaykh Ahmad al-Fatani atas kehendak Sayid Abi Bakr al-Syata sendiri dan
542
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Syaykh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah alMakki. Sama ada sebelum dicetak (masih manuskrip) mahu pun setelah cetakan pertama, yang mula-mula mengajar kitab I'anah Talibin di dalam Masjid al-Haram ialah SyaykAhmad alFatani, semua murid Sayid Abi Bakr al-Syata pada zaman itu termasuk Syaykh Muhammad Mahfuz Tarmas hadir dalam halaqah atau majlis pengajian Syaykh Ahmad al-Fatani itu. sahabatsahabat seperguruan dengannya ialah Syaykh Wan Daud bin Mustafa al-Fatani (1283 H/1866 M - 1355 H/1936 M). Ulama Patani ini lebih tua sekitar dua tahun daripada Syaykh Muhammad Mahfuz Tarmas (1285 H/1868 M - 1338 H/1920 M), Mufti Pulau Pinang Haji Abdullah Fahim, lebih muda setahun (lahir 1286 H/ 1869 M), Tok Kenali, lebih muda dua tahun (lahir 1287 H/ 1871 M) dan lain-lain.9 Menurut al-Marhum Syaykh Mohd. Saghir: “Saya berkesimpulan sungguh pun nama-nama para guru telah disebut oleh Syaykh Muhammad Mahfuz Tarmas sendiri, namun masih banyak ulama lain gurunya yang belum beliau sebut. Di antara mereka seumpama Syaykh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syaykh Nawawi al-Bantani, Syaykh Ahmad al-Fatani dan lain-lain. Berdasarkan banyak maklumat saya pastikan bahawa Syaykh Muhammad Mahfuz Tarmas juga pernah pernah belajar kepada Syaykh Nawawi al-Bantani.” Ketika pengembaraan beliau di dalam menuntut ilmu, Syaykh Muhammad Mahfuz alTarmasi memiliki karya khusus yang mencatat semua sanad dari setiap ilmu yang beliau pelajari, beliau kumpulkan dalam karyanya yang berjudul Kifayah al-Mustafid. Muhammad Mahfuz alTarmasi tidak kembali ke Nusantara, bahkan memilih untuk berkarier dan berbakti di Makkah. Ketika beliau mengajar di Masjidil Haram, kebanyakan murid-muridnya terdiri dari kalangan orang-orang jawa. Antara lain ialah saudarasaudaranya sendiri seperti Dimyati, Dahlan, Abdul Rozaq, terdapat juga tokoh-tokoh lain yang setelah pulang ke jawa kemudian menjadi kiai besar di daerahnya masing-masing, seperti kiai Hasyim Asy’ari dari Tebuireng Jombang, kiai Dahlan dari Watucongol Muntilan, Raden Mas Kumambang dari Surabaya dan lain-lain lagi.10 Mankala antara ulama yang berasal dari luar Nusantara yang pernah menuntut dengan al-Tarmasi ialah Syaykh Sa‘dullah al-Maimani, dari Mumbai India, Syaykh Umar Hamdan, ulama yang kemudian dikenal sebagai pakar hadis terkemuka dari Haramain, Syaykh al-Shihab Ahmad bin Abdullah, seorang muqri’ dari Syria, Syaykh Abi Ali Hasan bin Muhammad al-Mashshat al-Makki.11 Penghasilan Karya: Syaykh al-Tarmasi termasuk salah seorang ulama yang berasal dari dunia Melayu
yang menghasilkan karangan dalam bahasa Arab dan dikenali ulama antarabangsa sesudah Syaykh Nawawi al-Bantani, Syaykh Ahmad al-Fatani, Syaykh Ahmad Khatib Minangkabau dan Syaykh Abdul Hamid Kudus. Beliau adalah seorang penulis yang produktif. Terbukti dengan hasil tulisannya lebih kurang berjumlah 20 buah kitab. Beliau sering menghabiskan waktunya di sebuah gua di gunung Hira’, di Lembah Mekah, untuk mencari inspirasi, untuk lebih produktif menulis, dan untuk mengasingkan diri sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w.12 Antara karya beliau sebagaimana berikut: Al-Siqayah Mardiyyah fi Asami al-Kutub alFiqhiyah li Ashabina al-Syafi'iyah: diselesaikan pada hari Jumaat, Syaaban 1313 H, risalah ini terdiri daripada tiga bahagian. Kandungannya membicarakan senarai kitab karya-karya dalam Mazhab Syafie serta namanama ulamanya. Dicetak oleh Matba'ah alTaraqqi al-Majidiyah al-'Uthmaniyah, Mekah (tanpa tahun). Mawhibah zi al-Fadl `ala Syarh al-'Allamah Ibn Hajar Muqaddimah Bab Fadl: kitab ini empat jilid dan tebal. Jilid pertama diselesaikan pada 25 Safar 1315 H, tebal 556 halaman. Jilid kedua diselesaikan pada hari Jumaat, 27 Rabiulakhir 1316 H, tebal 504 halaman. Jilid ketiga diselesaikan pada malam Ahad, 7 Rejab 1317 H, tebal 544 halaman. Jilid keempat, diselesaikan pada malam Rabu, 19 Jamadilakhir 1319 H, tebal 733 halaman. Keseluruhan halaman jilid pertama sampai empat ialah 2437 halaman. Kandungannya membicarakan fikah lengkap berupa syarah dan hasyiyah dalam Mazhab Syafie yang dibahas secara mendalam, ilmiah dan terperinci. Kitab khazanah keilmuan yang demikian tinggi dihasilkan oleh putera dunia Melayu yang penting tersebut dicetak Matba'ah al-'Amiriyyah al-Syarfiyah, Mesir, 1326 H. Kifayah al-Mustafid fima `ala min al-Asanid: diselesaikan pada hari Selasa, 19 Safar 1320 H. Kandungannya membicarakan pelbagai sanad keilmuan Muhammad Mahfuz bin Abdullah atTarmasi. Dicetak oleh Matba'ah al-Masyhad alHusaini, Mesir (tanpa tahun). Kitab ini ditashih dan ditahqiq oleh Syaykh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Makki, al-Mudarris Dari al`Ulum al-Diniyyah, Mekah. Manhaj Zawi al-Nazar fi al-Syarh alfiyah ‘Ilm Athar: diselesaikan pada tahun 1329 H/1911 M. Kandungannya membicarakan Ilmu Mustalah Hadith merupakan Syarh alfiyah ‘ilmi Athar karangan Imam Jalaluddin as-Suyuti. Daripada kitab ini dapat kita buktikan bahawa ulama yang berasal dari dunia Melayu berkemampuan
543
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
menulis ilmu hadis yang demikian tinggi nilainya kerana kitab ini menjadi rujukan ramai ulama antarabangsa terutama ulama-ulama hadis. Dicetak oleh Matba'ah Mustafa al-Baby alHalaby wa Auladuh, Mesir, 1352 H/1934 M. Cetakan dibiayai oleh Syaykh Salim bin Sa'ad bin Nabhan wa Akhih Ahmad, pemilik AlMaktabah An-Nabhaniyah Al-Kubra, Surabaya, Jawa Timur, Indonesia. Al-Khal'ah al-Fikriyah fi Syarh al-Minhah alKhairiyah: belum diketahui tarikh penulisan. Kandungannya juga membicarakan hadis merupakan Syarh Hadith Arba'in (Hadith Empat Puluh) berdasarkan yang disyairkan oleh Syaykh al-Qastallani dalam Hadis Bukhari yang berasal daripada perkataan al-Hafiz Abi Bakr al-Burqani. Menurut al-Marhum Syaykh Mohd. Saghir, ia ada dalam simpanannya dalam bentuk manuskrip yang merupakan salinan Haji Ahmad Dahlan bin Muhammad Minhaj, tokoh ulama Selangor. Menurutnya disalin daripada yang pernah dicetak oleh Matba'ah al-Amiriyyah al-Kainah, Mekah, 1315 H. Menurut riwayat bahawa kitab ini terdiri daripada 13 bahagian. Antara lain-lain Tarmasi ialah:
kitab
karangan
Dan perlu diketahui bahwa di antara kitab-kitab karangan Syaykh al-Tarmasi ada yang dipergunakan oleh hampir semua pondok pesantren di Indonesia, bahkan menurut beberapa keterangan menyebutkan kitab-kitab karangan beliau itu banyak juga yang dipakai sebagai literatur wajib pada beberapa perguruan tinggi di negara-negara arab, misalnya perguruan tinggi di Arab Saudi Arabia, Iraq dan sebagainya, bahkan sampai sekarang masih ada kitab-kitab karangan beliau tersebut yang dipakai dalam pengajian di Masjid al-Haram.15 Syaykh Al-Tarmasi menurut Kaca Mata Beberapa Penulis: Tidak keterlaluan jika kita katakana bahawa Syaykh al-Tarmasi adalah satusatunya nama yang mewakili seluruh ulama’ Nusantara lain yang mendapat tempat dan menjadi rujukan di sisi ulama’ Arab dan penulis-penulisnya. Dengan pengiktirafan tersebut sudah pasti ianya menunjukan kepada keistimewaan yang terdapat pada Syaykh al-Tarmasi sebagai salah seorang alim Qira’at yang disegani. Antara mereka yang melakukan demikian ialah:
Syaykh
ﺛﻼﺛﯿﺎت اﻟﺒﺨﺎرى اﻟﻤﻨﺤﺔ اﻟﺨﯿﺮﯾﺔ ﻓﻰ أرﺑﻌﯿﻦ ﺣﺪﯾﺜﺎ ﻣﻦ أﺣﺎدﯾﺚ ﺧﯿﺮ اﻟﺒﺮﯾﺔ ﻧﯿﻞ اﻟﻤﺄﻣﻮل ﺷﺮح ﻟﺐ اﻷﺻﻮل اﺳﻌﺎف اﻟﻤﻄﺎﻟﻊ ﺑﺸﺮح اﻟﺒﺪر اﻟﻤﻨﯿﺮ اﻟﻼﻣﻊ ﻧﻈﻢ ﺟﻤﻊ اﻟﺠﻮاﻣﻊ ﺣﺎﺷﯿﺔ ﺗﻜﻤﻠﺔ اﻟﻤﻨﮭﺞ اﻟﻘﻮﯾﻢ إﻟﻰ اﻟﻔﺮاﺋﺾ ﺑﻐﯿﺔ اﻷذﻛﯿﺎء ﻓﻰ اﻟﺤﺪﯾﺚ ﻋﻦ ﻛﺮاﻣﺎت اﻷوﻟﯿﺎء ﻋﻨﺎﯾﺔ اﻟﻤﻔﺘﻘﺮ ﻓﯿﻤﺎ ﯾﺘﻌﻠﻖ ﺑﺴﯿﺪﻧﺎ اﻟﺨﻀﺮ ﺗﮭﯿﺌﺔ اﻟﻔﻜﺮ ﺑﺸﺮح أﻟﻔﯿﺔ اﻟﺴﯿﺮ ﻓﺘﺢ اﻟﺨﺒﯿﺮ ﺑﺸﺮح ﻣﻔﺘﺎح اﻟﺴﯿﺮ
Kesemua karyanya adalah dalam bahasa Arab. Melihat kealiman beliau yang meliputi pelbagai bidang, Yasin al-Fadani (1917-1990M), seorang ulama Nusantara yang berpengaruh pada masanya dan tinggal di Mekah, menggelarnya sebagai ‘allamah, al-muhaddith, al-musnid, al-faqih, alusuliy, dan al-muqri’.13 Beberapa diantara karyanya tersebut di atas telah dicetak ulang di Mesir, Beirut dan Indonesia, sementara yang lain masih dalam bentuk manuskrip dan sebahagian yang lain telah hilang. Pada akhir tahun 1940-an ketika suasana politik memanas akibat gerakan komunis, kitab-kitab al-Tarmasi diselamatkan oleh keturunannya di pesantren Tremas. Satu dekad berikutnya terjadi bencana alam di daerah tersebut yang disebabkan oleh banjir besar. Untuk menjaga kitab-kitab al-Tarmasi, Kyai Harir (salah seorang cucu al-Tarmasi) membawanya ke Demak, Jawa Tengah. Namun sayang beberapa diantaranya tidak dapat diselamatkan.14
Syaykh ‘Abd al-Fattah al-Marsafi selepas menyifatkan karya Ghinyah al-Talabah: “… syarahan yang sangat bernilai dan aku banyak merujuk dan mengambil istifadah daripadanya…16 Dan sememangnya apabila dikaji kitab tersebut al-Marsafi acap kali merujuk kitab al-Tarmasi tersebut. Penulis buku, Tarikh al-Qira’at wa al-Qurra’, Dr. Mahmud Ahmad Sa’id al-Atrasy berkata: “Terdapat di Tanah Hijaz seorang syaykh yang bernama Mahfuz bin ‘Abdullah al-Tarmasi yang meninggal pada 1338H dan menetap di Mekah. Beliau sangat berpengaruh dalam pengajaran Qira’at dan telah menulis tentang Qira’at Ibn Kathir, Nafi’, Abu ‘Amru, Hamzah dan Qira’at ‘Asyarah”. Beliau turut menyenaraikan semua karya al-Tarmasi dalam ketegori karya-karya utama Qira’at.17 Pentahqiq kitab Is’af al-Matali’, ‘Abdullah bin ‘Ali bin Muhammad al-Mazm: “Syaykh alTarmasi tekenal dengan kesungguhan dan berjaga malam demi ilmu, sehinggalah beliau menjadi seorang yang hebat dan terkenal dalam ilmu Feqah, usul Feqah, Qira’at dan bermacam lagi dan banyak gurunya yang membenarkan beliau menjadi pengajar. Karya Qira’at: Walaupun Nusantara memiliki ramai lagi yang berkecimpung dalam Ilmu Qira’at serta memiliki kemahirannya yang tersendiri namun keistimewaan Syaykh al-Tamasi begitu menonjol dan berbeza dengan yang lain melalui penghasilan beberapa buah karya ilmu tersebut yang amat besar maknanya.
544
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Boleh dikatakan tidak ada mana-mana tokoh lain yang mampu melahirkan sejumlah mungkin karya yang begitu mendapat tempat di kalangan para penuntut Ilmu Qira’at. Namun begitu kita agak ’terasa’ dengan sebahagian besar karya-karya tersebut masih berada dalam bentuk manuskrip. Untuk itu tenaga yang berkepakaran dalam bidang ilmu tersebut amat dituntut agar khazanah penulisan tersebut dapat ditatapi dengan penuh bermakna oleh para peminatnya. Kita tidak dapat melakukan sorotan sebaik mungkin setiap karya Qira’at al-Tarmasi kerana kesukaran memperolehinya, namun akan cuba disorot seboleh mungkin dengan harapan akan ada ahli-ahli yang berkepakaran dalam bidang untuk melakukan kajian lanjut secara ilmiah dan mendalam. Berikut karya-karya Ilmu Qira’at Syaykh Tarmasi berserta dengan sedikit sorotannya.: اﻧﺸﺮاح اﻟﻔﺆاد ﻓﻰ ﻗﺮاءة اﻹﻣﺎم ﺣﻤﺰة رواﯾﺘﻰ ﺧﻠﻒ وﺧﻼد اﻟﺒﺪر اﻟﻤﻨﯿﺮ ﻓﻰ ﻗﺮاءة اﻹﻣﺎم إﺑﻦ ﻛﺜﯿﺮ ﺗﻌﻤﯿﻢ اﻟﻤﻨﺎﻓﻊ ﻓﻰ ﻗﺮاءة اﻹﻣﺎم ﻧﺎﻓﻊ ﺗﻨﻮﯾﺮ اﻟﺼﺪر ﺑﻘﺮاءة اﻹﻣﺎم أﺑﻰ ﻋﻤﺮو اﻟﺮﺳﺎﻟﺔ اﻟﺘﺮﻣﺴﯿﺔ ﻓﻰ اﺳﻨﺎد اﻟﻘﺮاءات اﻟﻌﺸﺮﯾﺔ ﻏﻨﯿﺔ اﻟﻄﻠﺒﺔ ﺑﺸﺮح اﻟﻄﯿﺒﺔ ﻓﻰ اﻟﻘﺮاءات اﻟﻌﺸﺮ
Kitab 1: Kitab pertama ini membicarakan Qira’at Imam Hamzah, imam yang ketujuh dalam Qira’at Sab’ah. Ia diperhalusi lagi dengan mengikut bacaan kedua-dua rawi beliau, Khalaf dan Khallad. Kitab 2: Memahami daripada judul karya tersebut, karya al-Tarmasi tersebut membicarakan Qira’at Ibn Kathir yang juga merupakan salah seorang Qurra’ Sab’ah. Kitab 3: Karya yang membicarakan Qira’at Imam Nafi’ yang bermula daripada bab usul hinggalah bab farsy al-Huruf. Kitab tersebut sedang dibuat kajian penulisan semula (tahqiq) oleh pelajar di Universiti Um al-Qura, Mekah. Kitab 4: Kitab ini sekali lagi mendedahkan bacaan Qira’at Imam Abu ‘Amru sebagai imam yang ketiga dalam susunan Qurra’ Sab’ah. Kitab 5: Kitab ini pula membicarakan sanad Qira’at. Kitab 6: Kitab yang mensyarahkan matan Qira’at yang dikarang oleh Imam Ibn al-Jazari yang bernama, al-Tayyibah. Matan yang membicarakan Qira’at ‘Asyarah tersebut adalah merupakan himpunan bagi semua Qira’at yang sahihah sahaja. Kitab Syaykh al-Tarmasi tersebut adalah merupakan salah sebuah syarahan al-Tayyibah yang masih dalam bentuk manuskrip yang sangat bernilai. Penulisnya telah mensyarahkannya dengan syarahan yang mantap serta dilengkapi dengan pentawjihannya. Menurut Syaykh al-Marsafi beliau sangat
mengambil tersebut.18
istifadah
daripada
kitab
Walaupun kebanyakan kitab beliau masih dalam bentuk manuskrip dan masih belum diterbitkan, ada juga beberapa pihak yang telah berusaha mentahqiqkan beberapa kitab-kitab karangan beliau dan dicetak. KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan tentang Syaykh alTarmasi dari awal hingga akhir boleh dirumuskan perkara-perkara berikut: Perlu ada suatu usaha besar daripada kalangan pakar-pakar ilmu Qira’at untuk mengkaji dan mentahqiq semula khazanah karya al-Tarmasi demi kesinambungan ilmu tersebut di peringkat Nusantara terutamanya. Syaykh al-Tarmasi lebih banyak menumpukan pada penghasilan karya berbentuk ‘al-Infiradat’, iaitu dengan menumpukan kepada penghasilan Qira’at secara individu. Ini terbukti apabila 4 judul daripada keseluruhan 6 judul karyanya yang tertumpu kepada ‘infiradat’ sahaja. Tidak dapat dipastikan keseluruhan karya infiradatnya mengikut tariq mana? AlSyatibiyyah ke? atau Jazariyyah ke? Semua persoalan tersebut memerlukan kepada suatu kajian untuk membongkarnya. Perlu diselongkar, kenapakan hanya Qira’at Hamzah, Ibn Kathir, Nafi’ dan Abu ‘Amru sahaja yang menjadi pilihan Syaykh al-Tarmasi dalam menghasilkan karya ‘infiradat’ Qira’atnya. Beliau sangat mengambil berat terhadap kepentingan sanad dalam pembelajaran dan pengajaran ilmu Qira’at. Sebagai bukti beliau telah menghasilkan sebuah karya yang khusus membicarakan tentang sanad Qira’at ‘Asyarah. Beliau juga adalah alim Nusantara yang pertama sekali yang mensyarahkan matan Tayyibah dan selepas itu belum kelihatan lagi syarahan lain yang boleh meneruskan usaha tersebut walaupun dengan bahasa melayu sekalipun. Al-Tarmasi bukan sahaja jaguh dalam ilmu Qira’at, bahkan dalam banyak ilmu lain yang seharusnya menjadi contoh dan tauladan buat. Banyak ruang yang boleh dikaji tentang syaykh besar ini, terutamanya dari sudut Qira’at. Para pelajar peringkat sarjana dan doktor faksafah perlu mengambil perhatian yang serius terhadap sumbangan dan warisan yang ditinggalkan oleh syaykh ini. Agar sukar bagi kita untuk mencungkil seorang tokoh besar Nusantara yang begitu besar jasa dan gahnya seperti Syaykh alTarmasi yang bukan hanya memiliki kepakaran dalam ilmu Qira’at, bahkan telah meninggalkan sejumlah karya yang boleh menjadi kebanggaan.
545
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
NOTA HUJUNG 17 1
2
3 4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
Muhammad Mahfuz al-Tarmasi, t.th, al-Khil‘ah al-fikriyyah sharh al-minhah al-khayriyyah, t.tp: t,pt, hlm.4 Al-Zirikliyy, Al-Aclam- Qamus Tarajum li Ashhar al-Rijal wa al-Nisa' min al-cArab wa alMustacribin wa al-Mustashriqin. 1984. Beirut: Dar al-cIlm li al-Malayin. Cet. 9. h..34. Ibid, h. 34. Syeikh Mahfuz at-Tarmasi - Ulama hadis dunia MelayuOleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH DALAM Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 21 Mac 2005, Abdurrahman Mas‘ud, 2006, Dari Haramain ke Nusantara, jejak intelektual arsitek pesantren, Jakarta: Kencana Pranada Media Group, hlm.159 http://www.kampusislam.com/?pilih= news&mod=yes&aksi=lihat&id=709. Al-Marsafiyy, ‘Abd al-Fattah al-Sayyid ‘Ajmiyy (t.t), Hidayah al-Qari’, j 2, c. 2. Madinah alMunawwarah: Maktabah Tibah. Al-Tarmasi, 1987, Kifayat al-mustafid fima ‘ala min asanid, Beirut: Dar al-Basha’ir alIslamiyyah, hlm.7-8 Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 21 Mac 2005. http://berandamadina.wordpress.com/2010/03/10 /syeikh-mahfuz-at-tarmasi-ulama-hadis-duniamelayu/ Al-Tarmasi, t.th., al-Khil‘ah al-fikriyyah, tarjamah, hlm. b-c. Muhajirin, 2009, Transmisi hadis Nusantara, Tesis Ph.D, Sekolah Pascasarjana, Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, hlm. 83-84 Abdurrahman, 2006, Dari Haramain ke Nusantara, hlm. 164 Abdurrahman, 2006, Dari Haramain ke Nusantara, hlm. 164. Abdurrahman, 2006, Dari Haramain ke Nusantara, hlm. 164. Abdurrahman, 2006, Dari Haramain ke Nusantara, hlm. 164. ‘Abd al-Fattah al-Sayyid ‘Ajmi al-Marsafi, Hidayah al-Qari, Maktabah Tibah, Madinah alMunawwarah, j. 2. h. 804-805.
18
Dr. Mahmud Ahmad Sa’id al-Atrasy, 2007, Tarikh al-Qira’at wa al-Qurra’, Dar al-Qimmah & Dar al-Iman, al-Qaherah & Iskandariyyah, h. 322 dan 326-327. Al-Marsafiyy, ‘Abd al-Fattah al-Sayyid ‘Ajmiyy (t.t), Hidayah al-Qari’, j 2, c. 2. Madinah alMunawwarah: Maktabah Tibah. RUJUKAN
Abdurrahman Mas‘ud, 2006, Dari Haramain ke Nusantara, jejak intelektual arsitek pesantren, Jakarta: Kencana Pranada Media Group, hlm.159 http://berandamadina.wordpress.com/2010/03/10/sy eikh-mahfuz-at-tarmasi-ulama-hadis-duniamelayu/ http://www.kampusislam.com/?pilih=news&mod=y es&aksi=lihat&id=709. Mahmud Ahmad Sa’id al-Atrasy, 2007, Tarikh alQira’at wa al-Qurra’, Dar al-Qimmah & Dar alIman, al-Qaherah & Iskandariyyah, h. 322 dan 326-327. al-Marsafiyy, ‘Abd al-Fattah al-Sayyid ‘Ajmiyy (t.t), Hidayah al-Qari’, j 2, c. 2. Madinah alMunawwarah: Maktabah Tibah. Muhammad Mahfuz al-Tarmasi, t.th, al-Khil‘ah alfikriyyah sharh al-minhah al-khayriyyah, t.tp: t,pt, hlm.4 Muhajirin, 2009, Transmisi hadis Nusantara, Tesis Ph.D, Sekolah Pascasarjana, Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, hlm. 83-84 Syeikh Mahfuz at-Tarmasi - Ulama hadis dunia Melayu Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH, DALAM Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 21 Mac 2005 al-Tarmasi, 1987, Kifayat al-mustafid fima ‘ala min asanid, Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah, hlm.7-8 al-Zirikliyy, Al-A’lam- Qamus Tarajum li Ashhar al-Rijal wa al-Nisa' min al-‘Arab wa alMusta’ribin wa al-Mustashriqin. 1984. Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin. Cet. 9. h.34.
546