papercollection
NAMA :......................................................... SULIT
KELAS : ........................................................ ANGKA GILIRAN : ..................................... IC : .............................................
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 EXCEL 2
02/01
BAHASA MELAYU KERTAS 1 OGOS 2010 1 JAM
SATU JAM
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan yang bertanda A, B , C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
_______________________________________________________________________ Kertas ini mengandungi 12 halaman bercetak 02/01 © Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
[LIHAT SEBELAH]
papercollection
Soalan 1 – 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1
Seseorang teman yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya ___________ ke kancah maksiat. 1A terjerumus 2B terperosok 3C termusnah 4D terikut
2
Masih terbayang-bayang di mata Pak Samad ____________ pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. A pahit getir B jerih payah C susah payah D susah senang
3
Sungguhpun pahit untuk ditelan, namun Joshua______________dapat menerima kegagalannya dalam ujian Matematik. A B C D
4.
akan sudah pernah sedang
Mak Zizah hanya memakai kain ______ sewaktu berada di rumah. A
batik
B
songket
C
basahan
D
pelikat
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.
5
Bola yang dibalingnya ke dinding itu_________________lalu terkena kepalanya. A B C D
melantun melontar menghentam menyentuh
papercollection
6.
7
Pintu rumah nenek Siah tidak dapat ditutup rapat kerana __________ pintunya rosak. A B C
kekisi bebuli sesiku
D
kekuda
Sejak berpindah ke taman perumahan itu seminggu yang lalu, Laili belum sempat untuk__________________ jiran baharunya. A B C D
tengok-menengok jenguk-menjenguk lihat-melihat kenal-mengenal
Soalan 8 – 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.
8.
Fuad tidak merasa menyesal melepaskan jawatannya sebagai pegawai tinggi A B di syarikat itu demi cita-citanya untuk membuka perniagaan sendiri. C Tiada kesalahan D
9.
Ramzila telah kehilangan sejambak kunci semasa dia dalam perjalanan balik A B dari pejabat. Tiada kesalahan C D
10 .
Sahizan tidak pernah membuat jahat semasa tinggal di kampung datuknya . A B C Tiada kesalahan D
11.
Para peniaga diminta menyimpan barang secukupnya untuk memenuhi keperluan A B orang ramai bila menjelang musim perayaan. Tiada kesalahan C D
12.
Senarai nama-nama pelajar yang akan menyertai lawatan ke Lembah Danum A B akan ditampal pada papan kenyataan. Tiada kesalahan
papercollection
C 13.
D
Usahawan tempatan perlu mencari peluang untuk memasarkan produk keluaran A B C mereka ke peringkat antarabangsa. Tiada kesalahan D
14.
Alat penghawa dingin itu perlu diselenggara secara berkala dari semasa ke semasa A B C Oleh juruteknik yang bertugas. Tiada kesalahan. D
Soalan 15 – 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15
I II III IV A B C D
16
I II III IV
Feri ke Langkawi itu dilambung ombak yang beralun-alun menyebabkan semua penumpang kecut perut. Jalan yang menuju ke taman itu beralun-alun sehingga menyebabkan kenderaan tidak dapat dipandu laju. Suara azan pada waktu subuh yang beralun-alun itu kedengaran ke seluruh kampung itu. Mereka terpegun dengan beralun-alun suara penyanyi wanita muda yang merdu itu. I dan II III dan IV I, II, dan III II, III, dan IV
Bersempena dengan perkahwinan anak tunggal ahli perniagaan yang terkenal itu, lampu yang berwarna-warni memancarkan seluruh kampung. Kejayaan Iran memancarkan ujian peluru berpandunya yang terbaharu telah mengejutkan musuh tradisinya, Amerika. Radio tempatan yang disiarkan di kawasan itu hanya memancarkan lagu-lagu nasyid dan patriotik. Cuaca pada pagi itu sungguh nyaman walaupun matahari telah memancarkan cahaya. A B C D
17
I II III
I dan II II dan III III dan IV I dan IV
Ulam-ulaman yang dimakan mentah-mentah bukan sahaja berkhasiat bahkan juga dapat menambahkan selera. Eksport petroleum mentah-mentah negara dikurangkan bagi menampung keperluan tempatan. Jawatankuasa mesyuarat tersebut menolak cadangan yang dikemukakan itu mentah-
papercollection
mentah. IV
Jangan makan nasi yang masih mentah-mentah kerana dapat menyebabkan sakit perut. A B C D
I dan III II dan IV III dan IV I dan II
Soalan 18 – 21 Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan. Jika tiada kesalahan tandakan D. 18
Nabil dan Zizan mempunyai peminat yang terdiri dari semua golongan-golongan masyarakat. A B C D
19
dari semua golongan daripada semua golongan daripada semua golongan-golongan dari semua golongan-golongan
Cikgu Salmah menerangkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam karangan itu kepada para pelajar.
. A B C D 20.
menerangi kesalahan bahasa penerangan tentang kesalahan bahasa menerangkan tentang kesalahan bahasa menerangkan kesalahan bahasa
Sejak kilang itu didirikan, kesemua anak-anak sungai di daerah itu telah tercemar. A. kesemua anak sungai B. semua anak-anak sungai C. semua anak sungai-sungai D. kesemua anak-anak sungai
21
Dari dahulu hingga kini ramai orang yang memperkatakan masalah pendatang tanpa izin ke negara ini. A B C D
banyak orang yang memperkatakan banyak yang memperkatakan ramai yang memperkatakan ramai orang yang memperkatakan
papercollection
Soalan 22 – 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22.
Pihak pemaju perumahan digesa agar membina lebih banyak rumah kos rendah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah. A. Golongan miskin sentiasa mengharapkan pemaju perumahan membina rumah kos rendah dengan lebih banyak. B. Rumah kos rendah hendaklah didirikan oleh pemaju perumahan kerana diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah. C. Golongan berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah, yang banyak dibina oleh pihak pemaju perumahan. D. Demi kepentingan golongan kurang berkemampuan, pemaju perumahan diminta supaya banyak mendirikan rumah kos rendah.
23.
Malaysia sebagai negara yang sedang membangun tidak harus terlalu mengharapkan tenaga buruh asing. A
Sebagai negara yang sedang meningkat maju, Malaysia tidak sewajarnya bergantung kepada tenaga kerja luar. B Malaysia tidak perlu mengharapkan tenaga buruh asing untuk membangunkan negara ini. C Malaysia sebagai negara maju tidak sepatutnya mengharapkan tenaga kerja asing untuk membangunkannya. D Pengambilan buruh asing di negara yang sedang membangun tidak patutnya dilakukan oleh Malaysia. 24.
Kempen inflasi sifar tidak berjaya sepenuhnya kerana kurang mendapat kerjasama daripada para peniaga. A Sokongan yang kurang daripada peniaga-peniaga menyebabkan kempen inflasi sifar gagal mencapai matlamat keseluruhannya. B Sikap para peniaga yang mahu mengaut keuntungan yang tinggi telah menggagalkan kempen inflasi sifar. C Keberkesanan kempen inflasi sifar hanya akan berjaya jika para peniaga memberikan sokongan. D Kurangnya kerjasama yang sepenuhnya daripada para peniaga menyebabkan kempen inflasi sifar telah gagal.
papercollection
Soalan 25 hingga soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25.
I II III IV A. B. C. D.
26.
Setiap kumpulan yang menyertai program ini terdiri dari sepuluh orang pelajar. Saya langsung tidak mengetahui tentang penyakitnya itu selama ini. Beg tangan itu berkualiti kerana dibuat daripada kulit buaya. Jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa kebakaran itu belum ditaksirkan lagi. II dan III sahaja. I, II dan III sahaja. II, III dan IV sahaja. I, II, III dan IV.
I
Encik Hassan menanyakan soalan yang berkaitan dengan sejarah Malaysia kepada muridnya. II Naik turunnya keputusan peperiksaan bergantung kepada kerjasama semua pihak. III Kakak memasukkan secebis garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari. IV Encik Ismail disebut sebagai bakal pengetua sekolah yang baru dibuka itu.
27.
A B C D
I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja
I II III IV
Adalah sukar untuk mengatasi masalah itu. Batu yang bertaburan di tepi jalan itu tersepak oleh saya. Penyanyi yang terkenal sekali di Malaysia ialah Datuk Siti Nurhaliza. Rombongan itu akan melawat Terengganu pada minggu hadapan.
A B C D
I dan II II dan IV I, II dan III I, III dan IV
Soalan 28 hingga soalan 30 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini. 28
Kecenderungan jurulatih bola sepak itu memilih pemain yang disukainya sahaja untuk bermain dalam setiap perlawanan penting menunjukkan bahawa dia bersikap ______. A B C D
pilih bulu. atas pagar. pilih kasih. berat sebelah.
papercollection
29
Walaupun perabot yang dibelinya itu agak mahal harganya, namun Adam tetap berpuas hati. Keadaan ini merujuk kepada peribahasa... A B C D
30.
alah membeli menang memakai. besar periuk besarlah keraknya. ukur baju di badan sendiri. ada rupa ada gaya.
Orang tua itu nampak sahaja pendiam tetapi dia sebenarnya handal berpencak silat. Peribahasa yang berikut sesuai bagi menggambarkan situasi di atas, kecuali A Seperti harimau menyembunyikan kukunya. B Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. C Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. D Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
papercollection
Soalan 31-35 Baca petikan prosa di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.
Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang, pagi- pagi hari, maka juragan pun bersiaplah naik ke darat diiringkan oleh anak-anak perahunya membawa naik anak itik itu. Maka baginda pun sudah hadir di atas singgahsana takhta kerajaan dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida, bentara, rakyat bala, hina dina hendak melihat temasya itu. Hatta baginda pun menitahkan seorang biduanda memanggil Ahlil Nujum Belalang dengan segeranya. Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan ke rumah Ahlil Nujum Belalang. Maka katanya, "Titah tuanku memanggil Ahlil Nujum; Juragan dan sekalian orang telah berhimpun di balai semuanya." Maka Ahlil Nujum pun bersiap-siapkan sirehnya lalu menghadap baginda. Maka sampailah di balairung seri. Maka titah baginda, "Marilah ke mari." Ahlil Nujum Belalang pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda, "Apakah hal Ahlil Nujum, hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya?" Maka sembah Pak Belalang, "Ampun tuanku beribu-ribu ampun, jenuh patik mencari di dalam buku tib patik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja ada di dalam dua baris tertulis di situ mengatakan demikian. Bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itik jantan betinanya dengan air. "Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatu terenang emas. Maka dibawa oleh dayang-dayang dipersembahkan kepada baginda. Maka titah baginda, "inilah air, Ahlil Nujum." Maka sembah Pak Belalang, "Kemudian dilepaskan seekor; mana-mana yang dahulu menyelam, itulah betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya. "Maka titah baginda, "Lepaskanlah." Sembah Pak Belalang, "Silakanlah tuanku melepaskannya. "Titah baginda. "Beta tiada tahu." Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan anak itik itu. Maka apabila dilepaskannya seekor di dalam terenang, maka anak itik itu pun lalu menyelam. Maka sembah Pak Belalang, "Itulah betina, tuanku. "Kemudian dilepaskan pula seekor lagi, lambat menyelam. Titah baginda, "Lambat pula menyelam itu." Sembah Pak Belalang, "yang lambat menyelam itu jantan, tuanku." Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu. Titah baginda, "Apakah benar juragan, betulkah seperti kata Ahlil Nujum beta itu?" Maka jawab juragan itu seraya menyembah, "Benarlah tuanku seperti kata Ahlil Nujum ini. Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?"
( Dipetik daripada Prosa Tradisional Pak Belalang, Antologi Tingkatan 3 ,Anak Bumi Tercinta)
papercollection
31. Mengapakah baginda memanggil Ahlil Nujum ke istana? A Baginda telah menyanggupi untuk bertaruh dengan juragan kapal. B Baginda ingin mendapatkan pandangan Pak Belalang tentang cara menentukan jantina anak itik. C Baginda ingin mengetahui jawapan tentang cara menentukan jantina anak itik. D Baginda mahu Pak Belalang mencari jawapan untuk baginda.
Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?" 32. Ungkapan di atas menggambarkan juragan seorang yang A B C D
tidak berpura-pura. tidak bercakap bohong. tidak membohongi raja. tidak mahu menyembunyikan jawapan.
33. Berikut merupakan nilai-nilai yang terkandung dalam petikan, kecuali A B C D
bercakap benar bijaksana taat setia jujur
34. Pilih urutan peristiwa berikut dengan tepat berdasarkan susunan peristiwa dalam cerita Pak Belalang. A Juragan menghadap raja persetujuan dicapai rahsia bocor. B Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan persetujuan dicapai. C Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocor. D Persetujuan dicapai juragan menghadap raja rahsia bocor.
nyatakan pertaruhan rahsia bocor persetujuan dicapai nyatakan pertaruhan
35. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? A B C D
Juragan terpaksa menyerahkan kapal dan segala muatannya. Pak Belalang dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Juragan menyesal kerana bertaruh dengan raja. Juragan dihantar pulang berserta dengan bekalan makanan ke negerinya.
papercollection
Soalan 36 hingga soalan 40 Baca petikan puisi tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.
SYAIR MUNGKIR JANJI Tuan berjanji berpegang tangan, Mengaku bersama menyingsing tangan, Tidak peduli tegah dan jangan, Umpama sungai tiada halangan. Tetapi akhirnya apalah sudah, Beberapa lama tangan menadah, Rupanya tuan meluahkan ludah, Umpama biawak bercabang lidah. Tidakkah ingat tuan berkata, Mahu bersama hina dan leta, Daripada hidup berputih mata, Biarlah tulang tercampak ke kota. Tidak ku sangka tuan tak ingat, Umpama lebah membuang sengat, Bila terasa api yang hangat, Lekas benar tuan merengat. Kalau begitu aku berpesan, Riwayat kita hapuskan kesan, Supaya tidak berhati bosan, Hilang segala resah dan resan.
(Dipetik daripada Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2, DBP)
36. Apakah yang dimaksudkan oleh penyair dalam rangkap kedua? A Penyair baru menyedari bahawa”tuan” suka menabur janji. B Penyair menyedari harapannya musnah kerana “tuan” mengkhianati janji . C Penyair sejak beberapa lama berharap agar janji ditunaikan oleh “tuan”. D Penyair memang merupakan orang yang suka berjanji .
papercollection
Rupanya tuan meluahkan ludah
37. Mengapakah “tuan” berbuat demikian? A B C D
“Tuan” tidak lagi suka akan penyair. “Tuan” mengalami gangguan kesihatan. “Tuan” lupa akan janjinya kepada penyair. “Tuan” tidak sanggup menghadapi cabaran.
38. Perasaan penyair yang tergambar dalam keseluruhan syair adalah A B C D
resah. sedih. bosan. kecewa.
Biarlah tulang tercampak ke kota
39. Gaya bahasa baris 4 rangkap ke-3 syair di atas ialah A B C D
personifikasi. hiperbola. metafora. simile.
40. Berdasarkan petikan syair di atas , apakah sikap penyair yang wajar diteladani? A B C D
terus terang ambil berat tolak ansur baik hati
papercollection
papercollection
SULIT
NAMA : ........................................................ KELAS : .....................................
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 EXCEL 2
02/02
BAHASA MELAYU KERTAS 2 OGOS 2010 2 JAM
DUA JAM
JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.
2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian A(i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.
3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk mnejawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10minit untuk Bahagian D.
1
papercollection
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak 02/02 © Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 2 JAM Bahagian A (i): Ringkasan [Masa yang dicadangkan: 40 minit] (20 markah) Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab keduadua bahagian tersebut. Terdapat tiga kaum majoriti di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India manakala kaum yang lain ialah Iban, Kadazan, Sikh dan sebagainya. Pascakemerdekaan negara kita telah mengalami pelbagai perubahan yang mendadak dari segi ekonomi, sosial dan politik. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan demi mengekalkan perpaduan di Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah bermula sebelum kemerdekaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Selain itu, Rukun Negara telah dibentuk dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 demi mengekalkan perpaduan. Kebanyakan negara asing amat mengagumi perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Persoalannya kini, apakah kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum? Salah satu daripada kepentingan perpaduan ialah menjamin keamanan negara. Setiap kaum mempunyai kepercayaan, adat resam, budaya, agama dan bahasa yang berbeza. Jika setiap kaum saling bertoleransi, maka pertelingkahan yang menyebabkan rusuhan kaum dapat dielakkan. Perpaduan juga dapat menjamin ekonomi negara terus berkembang dan masalah sosial pula dapat diminimumkan. Dari segi politik, pemimpin negara dapat berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memimpin negara ke arah kemajuan. Oleh itu, rakyat yang bersatu padu dapat mengekalkan kedaulatan negara dan seterusnya memartabatkan bangsa Malaysia di mata dunia. Tegasnya, perpaduan dapat melahirkan negara yang harmoni dan aman damai. Sementelahan, perpaduan amat signifikan untuk meningkatkan imej negara. Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur, peramah, murah hati, dan bersopan santun sepanjang masa. Sikap komuniti Malaysia yang mengagumkan ini menjadi elemen yang menarik perhatian pelancong asing untuk melawat negara kita. Pelancong asing bukan sahaja tidak berasa kekok semasa menetap di Malaysia, malah dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat. Oleh itu, pelancong asing dapat membawa balik pengalaman yang baik ke negara mereka dan menceritakan hal tersebut kepada orang ramai. Rentetan itu, integrasi kaum di Malaysia dapat meningkatkan reputasi negara di persada dunia. Perpaduan juga dapat menggalakkan pelabur asing untuk melabur di negara kita. Hal ini demikian kerana pelabur asing lazimnya lebih berminat melabur di negara yang mempunyai kestabilan politik. Integrasi kaum dapat menjamin ekonomi negara daripada merosot dan meningkatkan keyakinan pelabur 2
papercollection
asing. Pelaburan asing dapat meningkatkan pengaliran mata wang asing ke negara kita seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara. Secara tuntas, semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk mengekalkan perpaduan. Hal ini demikian kerana tanpa perpaduan, imej negara akan tercalar di persada antarabangsa dan berlaku kemerosotan ekonomi. Kejayaan mengekalkan perpaduan di Malaysia terletak kepada penglibatan dan kesungguhan semua pihak kerana hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Cetusan Pendapat, Dewan Siswa, Jun 2009.)
Bahagian A (ii): Pemahaman Petikan Umum [Masa yang dicadangkan: 10 minit] (10 markah) Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1.
Berikan maksud rangkai kata saling bertoleransi.
[2 markah]
2. Apakah cara yang dilakukan oleh pihak kerajaan demi mengekalkan perpaduan negara? [4 markah] 3. Pada pendapat anda, apakah kesan yang berlaku jika perpaduan tidak diamalkan oleh masyarakat? [4 markah]
3
papercollection
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 20 minit] (20 markah)
Berdasarkan rajah di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada zaman ini. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
DAN
Menyimpan maklumat e-mel
Laman sesawang DAN DAN
4
papercollection
Bahagian C [Masa yang dicadangkan: 40 minit] (40 markah)
Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.
1. Sewaktu pulang dari taman permainan, anda ternampak dua orang lelaki menculik seorang kanak-kanak perempuan. Ceritakan tindakan anda selanjutnya.
2.
Di kawasan tempat tinggal anda telah ada penduduk yang mengalami penyakit demam denggi. Huraikan langkah-langkah memerangi nyamuk aedes.
3.
Anda bercadang untuk mengemukakan cadangan kepada pengetua untuk menaik taraf pusat sumber sekolah. Tulis sepucuk surat kepada pengetua sekolah anda untuk mengemukakan cadangan tersebut.
4.
Semangat patriotik dalam kalangan rakyat di negara ini perlu dipertingkat. Bincangkan.
5. Peribahasa ‘Belakang parang kalau diasah lagikan tajam’ bermaksud orang yang lemah, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu, lama-kelamaan akan menjadi pandai juga. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
5
papercollection
Bahagian D [Masa yang dicadangkan: 10 minit] [10 markah]
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang anda telah kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3 (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii)
Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusof Pahlawan Pasir Salak, Mohd Ismail Sarbini Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin Panas Salju, Talib Samat Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh
Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
SOALAN TAMAT
6