STRATEGI DAYA TINDAK DIKALANGAN PELAJAR DAN BAGAIMANA MEMUPUKNYA
DR. WAN ANOR BIN WAN SULAIMAN, KB;PA SEKOLAH PSIKOLOGI & KERJA SOSIAL, UMS
PENGENALAN • Remaja sememangnya sinonim dengan golongan
pelajar sama ada pelajar sekolah menengah ataupun pelajar kolej dan universiti. • Pada peringkat inilah seseorang individu mula mengenali dunianya. • Remaja adalah suatu zaman perubahan dari peringkat kanak-kanak kepada perubahan kematangan secara menyeluruh sama ada dalam aspek morfologi, fisiologi, dan kemampuan kognitif yg berkembang mengikut peringkat umur.
• Remaja juga dilihat sebagai satu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosio budaya atau merujuk sikap remaja terhadap kehidupan.
• Secara tipikalnya, zaman remaja dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan peringkat akil baligh dan berakhir apabila memasuki peringkat dewasa.
• Ianya merupakan zaman peralihan atau transaksi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.
• Transaksi ini bersifat kompleks dan umumnya melibatkan pelbagai perkembangan tugasan seperti pencapaian identiti (Erikson, 1959), pembentukan intimasi dalam hubungan sosial (Verduyn, Lord & Forrest, 1990) dan persediaan untuk mencapai kerjaya (Steel, 1991)
• Dalam kepelbagaian emosi yg dialami oleh golongan ini, mereka pastinya tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai situasi yg menjadikan mereka merasa bimbang.
• Dalam situasi ini, golongan remaja ini seharusnya bijak dalam mengatur dan mencari jalan penyelesaian masalah kehidupan mereka.
• Menurut kajian, hampir separuh golongan remaja dilaporkan menghadapi kesukaran untuk berdaya tindak dengan situasisituasi menekan yang berlaku sama ada di rumah atau di sekolah ( Jas Laile Suzana Jaafar, 1996).
• Keadaan yang menekan ini termasuklah perubahan yang besar dalam kehidupan (penceraian ibu bapa, pertukaran sekolah dan kehilangan orang tersayang) situasi yang menekan (kemiskinan, kecacatan dan konflik) dan juga tekanan harian (peperiksaan, rakan sebaya dan adik beradik)
•
Strategi Daya Tindak (STD) Manusia sememangnya berkebolehan dan mampu mencari jalan bagi melindungi dirinya daripada sebarang bentuk ancaman sama ada berbentuk fizikal, emosi mahupun mental.
• Contohnya: seorang budak melarikan diri drp seekor anjing ganas utk mengelak dari digigit atau diserang
• Seorang remaja berdoa memohon perlindungan drp yang Maha Esa apabila dianiaya oleh rakannya.
Definisi STD
• Satu cara yang sering digunakan oleh manusia untuk membela dirinya daripada pelbagai ancaman. (Mahmood Nazar Mohamed, 2004)
Daya Tindak • Lazarus & Folkman (1984), mendefinisikan “daya tindak” sebagai satu bentuk tindak balas seseorang terhadap situasi tekanan yang dihadapi.
• Frydenberg dan Lewis (1993) yang menjelaskan bahawa strategi daya tindak sebagai satu cara remaja berusaha untuk beradaptasi terhadap desakan biologikal,emosi, dan tekanan sosial yang terjadi sepanjang tempoh keremajaannya.
• Menurut Mc Cubbin dan Mc Cubbin (dlm. Plunckett, Radmacher and Moll-Phanara, 2000), strategi daya tindak bermaksud usaha menggunakan tingkah laku untuk menyelesaikan pelbagai tuntutan yang dihasilkan oleh punca stres.
• Plunckett, Radmacher & Moll-Phanara, melihat strategi Daya Tindak dalam kalangan pelajar dari dua sudut iaitu Daya Tindak produktif dan daya tindak tidak produktif.
• .
Charles dan Michael (1994) pula berpendapat daya tindak terhadap stres boleh dibahagi kpd dua :
• Problem-focused : • Merujuk kpd usaha daya tindak untuk menghapuskan perkara atau situasi yg menggugat atau menghilangkan kesan stres.
• Emotion-focused. • Adalah usaha untuk mengurangkan perasaan negatif yang meningkatkan respon terhadap ancaman.
Situasi Stres Dalam Kalangan Pelajar • • • • • • • • •
Mengikuti ujian Persaingan mendapatkan gred yang baik, tuntutan masa, Kernah profesor dan pensyarah Persekitaran bilik kuliah. Perhubungan intim, konflik ibu bapa, masalah kewangan dan konflik interpersonal dengan rakan. Archer dan Lammin (1985)
• • • • • • • •
Percintaan, Kurang motivasi, Malas, Tidak tahu menguruskan masa, Tidak ada matlamat hidup, Harga diri rendah, Krisis identiti, dll
Strategi Daya Tindak Produktif • • • • • •
Sokongan sosial, melibatkan diri dengan aktiviti kolej, meluahkan masalah, mendapatkan nasihat, meningkatkan daya kerohanian, dan penyelesaian masalah. Plunckett, Radmacher and Moll2000),
Phanara,
• Pengawalan kognitif, • Istirahat • dan alih perhatian Diane dan Misty (1997) Bersukan, Beribadat di rumah ibadat, Melancung, Dll.
Strategi Daya Tindak Tidak Produktif • • • • • • • •
Penyalahgunaan dadah, Agresif, Marah, Merokok Lepak Aktiviti sosial yang tidak sihat, Memusnahkan diri/menyakiti diri Dll.
Analogi Bag Bag itu diumpamakan sebagai kepala manusia. Di dalam bag pasti banyak benda yang perlu diisikan. Ada yang penting dan ada yang tidak penting. Dalam fikiran manusia selalunya byk perkara yang hendak difikirkan menyebabkan seseorang rasa tertekan. Oleh itu, kita perlu fikir perkara yang penting dahulu untuk dilaksanakan dlm hidup kita.
TIP GAYA HIDUP SIHAT • Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.
• Pastikan tidur anda benar-benar berkualiti. • Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
• Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
• Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu
membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.