INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1037
PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT BERJEMAAH DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM SITI ZALEHA IBRAHIM
[email protected], NORZIAH OTHMAN DR. PHAYILAH YAMA Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Ia sangat dituntut untuk melakukannya dan fadhilat sembahyang berjemaah sangat besar berbanding solat secara bersendirian. Ini bertepatan dengan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Solat berjemaah itu lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat”. Dan semakin ramai bilangan jemaah bagi solat yang didirikan maka semakin besar pula ganjaran pahala yang diperoleh. Kertas kerja ini menyingkap amalan solat berjemaah dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi Islam. Kajian dijalankan secara kuantitatif melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik ke atas tiga puluh orang pelajar. Dapatan kajian berbentuk deskriptif secara peratusan membincangkan tahap penghayatan solat berjemaah serta faktor yang mempengaruhi pelaksanaannya. Kekangan masa disebabkan oleh jadual pengkuliahan yang padat merupakan faktor utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kesukaran pelajar menunaikan solat berjemaah. Selain daripada itu, tugasan yang terlalu banyak, bacaan imam yang terlalu panjang dan pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca yang menyebabkan pelajar kurang mengamalkan solat berjemaah dalam kehidupan seharian.
Kata Kunci: Solat berjemaah, kekangan masa, imam, pahala.
1. PENDAHULUAN
Solat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal) Sebagaimana firman Allah S..W.T yang bermaksud: “…Sesungguhnya sholat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (An-Nisa:103).
Solat juga adalah tiang agama dan sebesar-besar ibadah yang mampu mendekatkan hamba kepada tuhanNya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
490
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya dia sudah menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya dia meruntuhkan agama”.
Solat segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Manakala dari segi syarak, solat bermaksud perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan berakhir dengan salam dan syarat-syarat tertentu.
Manakala solat berjemaah pula ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang atau secara beramai-ramai dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya adalah fardhu kifayah, manakala bagi sesetengah mazhab pula adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan sabda Nabi s.aw: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalil Solat Berjemaah Dalil pensyariatan solat berjemaah adalah seperti berikut.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiada ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat subuh dan isyak, dan andainya mereka mengetahui keutamaannya tentu mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak-rangkak” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
"Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menujuke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat." (Riwayat Abu Daud & al-Tarmizi) Saidina Uthman bin ‘Affan r.a. meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun
491
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.” (Riwayat Muslim)
“Sesungguhnya shalat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah shalat isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 657 dan Muslim no. 651)
Daripada Aisyah radhiAllahu 'anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Dua rakaat sunat fajar (yakni sebelum solat fajar/subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini (yakni dunia dan seisinya)." (Riwayat Muslim)
2. PERNYATAAN MASALAH
Kajian yang dilakukan oleh Seri Kartini Jurami (2013) ke atas 100 orang pelajar beragama Islam semester kedua pengajian di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar mendapati hanya 42% sahaja yang menunaikan solat fardu lima kali sehari.
Fenomena sebegitu turut berlaku di kolej-kolej komuniti di seluruh Malaysia. Puncanya adalah disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya dalam kalanngan pelajar-pelajar ini. Berdasarkan hasil dapatan kajian ke atas pelajar-pelajar muslim di Kolej Komuniti Selandar, Melaka mendapati bahawa tahap kefahaman dan pelaksanaan solat fardu mereka seharian berada adalah berada pada tahap yang sederhana. (Rahmat & Mohd Toriq, 2012).
Dapatan daripada kajian ini ternyata amat membimbangkan kita sebagai seorang Islam yang mengaku beriman kepada Rukun Islam dan juga Rukun Iman. Andai kata pelaksanaan solat fardhu masih berada pada tahap yang sederhana, maka tidak hairanlah hasil dapatan kajian oleh Mohd Syukri (2014) menunjukkan peratusan pelajar yang menunaikan solat secara berjemaah juga berada pada tahap yang rendah. 492
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Kajian yang dilakukan oleh Mohd Syukri (2014) ke atas 1000 orang pelajar Universiti Utara Malaysia mendapati bahawa pelajar jarang menunaikan solat fardu dengan nilai min yang tertinggi adalah 3.33. Kajiannya juga mendapati hanya 13.8% pelajar yang menunaikan solat berjemaah dan selebihnya sebanyak 76% responden tidak menunaikan solat berjemaah di masjid. Ini jelas menunjukkan peratusan pelajar yang menunaikan solat secara berjemaah masih berada pada tahap yang rendah. Secara tidak langsung, maka tidak hairanlah apabila hasil kajian yang dilakukan olehnya mendapati bahawa penghayatan ibadah solat dalam kalangan pelajar di UUM masih berada pada tahap yang rendah.
Justeru, kajian tentang penghayatan solat berjemaah dalam kalangan pelajar perlu dijalankan dari semasa ke semasa termasuklah di institusi pengajian tinggi Islam seperti Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor agar pelajar tidak terjebak melakukan kemungkaran. Bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang menegaskan bahawa sesungguhnya solat mampu mencegah diri kita daripada perkara buruk dan keji. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-kitab (Al-quran) dan dirikanlah solat.sesungguhnya solat itu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.”( Al-Anakabut: 45)
Hasil dapatan daripada kajian ini dapat membantu para pensyarah selaku pendidik mengetahui tahap kefahaman dan seterusnya penghayatan pelajar terhadap solat berjemaah. Hasil kajian juga berupaya mengenal pasti beberapa faktor yang mendorong pelajar melaksanakan solat berjemaah dan sebaliknya.
3. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan secara kuantitif melalui tinjauan secara soal selidik terhadap 30 orang pelajar pelbagai program pengajian dan tahap pengajian (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda). Borang soal selidik yang disediakan mengandungi empat bahagian (konstruk) dengan purata 410 item/soalan bagi setiap konstruk seperti dalam Jadual 3.1. 493
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Jadual 3.1: Item Soal Selidik
Bahagian
Jenis Konstruk
Bilangan Item/Soalan
A
Faktor demografi
B
Pengetahuan,
4
Penghayatan
dan
Faktor
10
Mendorong Pelaksanaan Soalt Berjemaah C
Faktor- Faktor Kurangnya Pelaksanaan Solat
4
Berjemaah D
Faktor-Faktor Lain
1 (soalan terbuka)
Item soal selidik ini dibina berdasarkan kepada kajian oleh Seri Kartini Jurami dan Fariza Md Sham. (2013) dan Napisah Hj. Humni et al (2004). Pensampelan rawak bertujuan dilakukan dengan melibatkan pelajar-pelajar tahap diploma dan ijazah sarjana muda pelbagai program pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dapatan kajian adalah dapatan awalan berdasarkan kajian bersifat rintis sebelum kajian sebenar yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
4. DAPATAN KAJIAN
4.1 Bahagian A: Faktor demografi
Jadual 4.1
: Taburan responden mengikut faktor demografi
Jantina
Bilangan responden
Lelaki
15 (50%)
Perempuan
15 (50%)
Fakulti
Bilangan responden 494
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Pendidikan
3 (10%)
Pengurusan dan Muamalah
13 (43%)
Akademi Islam
12 (40%)
Sains dan Teknologi Maklumat
2 (7%)
Tahap pendidikan
Bilangan responden
SPM
8 (27%)
STPM
1 (3%)
STAM
2 (7%)
Diploma
12 (40%)
Ijazah
7 (23%)
Umur
Bilangan responden
18 tahun
5 (17%)
19 tahun
7 (23%)
20 tahun
8 (27%)
Atas 20 tahun
10 (33%)
4.2 Bahagian B: Pengetahuan Dan Penghayatan Solat Jemaah
Jadual 4.2: Dapatan kajian bagi Bahagian B
No 1
Perkara Saya
faham
akan
pengertian
solat
berjemaah. 2
Sebagai seorang muslim saya digalakkan solat berjemaah.
3
Hukum solat berjemaah adalah sunat muakad.
4
Adakah
bacaan
imam
mempengaruhi 495
Kadang-
Ya
Tidak
29
1
0
(97%)
(3%)
(0%)
25
0
5
(83%)
(0%)
(17%)
19
8
3
(63%)
(27%)
(10%)
15
4
11
kadang
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
anda untuk berjemaah di masjid. 5
6
Saya selalu solat pada awal waktu.
Berzikir bersama jemaah yang lain selepas solat berjemaah.
7
Sentiasa mengajak rakan yang lain untuk berjemaah sama-sama.
8
Keluarga
saya
mengalakkan
solat
berjemaah dirumah. 9
Rakan saya yang mempengaruhi untuk tidak solat berjemaah.
10
Menunaikan solat berjemaah sekurangkuranya 3 kali sehari.
(50%)
(13%)
(37%)
5
3
22
(17%)
(10%)
(73%)
12
3
15
(40%)
(10%)
(50%)
7
3
20
(23%)
(10%)
(67%)
12
8
10
(37%)
(30%)
(33%)
6
12
12
(20%)
(40%)
(40%)
5
9
16
(17%)
(30%)
(53%)
Analisis Bahagian B ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu pengetahuan pelajar tentang solat berjemaah, penghayatan pelajar tentang solat berjemaah dan faktor yang mendorong pelajar untuk solat berjemaah. Kategori pertama terdiri daripada 3 soalan, kategori kedua terdiri daripada 4 soalan dan kategori ketiga terdiri daripada 3 soalan. Setiap kategori akan diterangkan secara terperinci seperti berikut.
4.2.1 Pengetahuan Pelajar Tentang Solat Berjemaah
Kategori pertama ialah pengetahuan pelajar tentang solat berjemaah. Sebanyak 3 soalan telah diajukan kepada responden. Untuk soalan pertama, bilangan responden yang faham akan pengertian solat berjemaah ialah 29 orang (3%). Manakala hanya seorang sahaja (3%) yang tidak memahami pengertian solat berjemaah.
496
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Seterusnya, untuk soalan kedua, terdapat 25 orang responden (83%) yang menjawab “ya” bagi soalan “sebagai seorang muslim saya digalakkan solat berjemaah”, Manakala responden yang menjawab “kadang-kadang” adalah seramai 5 orang (17%) dan tiada responden yang menyatakan “tidak”. Soalan yang seterusnya adalah “hukum solat berjemaah adalah sunat muakad”. Responden yang menjawab “ya” bagi pernyataan itu adalah seramai 19 orang (63%). Manakala yang menjawab “tidak” adalah seramai 8 orang (27%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” adalah seramai 3 orang (10%).
4.2.2 Penghayatan Pelajar Tentang Solat Berjemaah
Soalan yang seterusnya dikategorikan sebagai penghayatan pelajar tentang solat berjemaah. Soalannya adalah “saya selalu solat pada awal waktu”. Responden yang menjawab “ya” seramai 5 orang (17%). Manakala yang menjawab “tidak” seramai 3 orang (10%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” adalah seramai 22 orang (73%). Selain itu, soalan seterusnya ialah “berzikir bersama jemaah lain selepas solat jemaah”. Responden yang menjawab “ya” seramai 12 orang (40%). Manakala yang menjawab “tidak” seramai 3 orang (10%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” seramai 15 orang (50%). Soalan seterusnya ialah “sentiasa mengajak rakan yang lain untuk berjemaah sama-sama”. Responden yang menjawab “ya” sebanyak 23% mewakili 7 orang. Manakala yang menjawab “tidak” seramai 3 orang (10%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” seramai 20 orang (67%). Akhir sekali, ialah soalan mengenai “menunaikan solat berjemaah sekurang-kurangnya 3 kali sehari”. Responden yang menjawab “ya” adalah sebanyak 5 orang (17%). Manakala yang
497
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
menjawab “tidak” adalah sebanyak 9 orang (30%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” adalah sebanyak 16 orang (53%).
4.2.3 Faktor Yang Mendorong Pelajar Untuk Solat Berjemaah
Soalan bagi kategori berikutnya adalah berkenaan faktor yang mendorong pelajar untuk solat berjemaah. Bagi soalan “adakah bacaan imam mempengaruhi anda untuk berjemaah di masjid”. Responden yang menjawab “ya” adalah sebanyak 15 orang (50%). Manakala yang menjawab tidak adalah seramai 4 orang (13%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” adalah seramai 11 orang (37%). Soalan seterusnya, ialah “keluarga mengalakkan solat berjemaah di rumah”. Responden yang menjawab “ya” adalah seramai 12 orang (40%). Manakala yang menjawab “tidak” adalah sebanyak 8 orang (21%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” adalah seramai 10 orang 33(%). Akhir sekali ialah soalan tentang “rakan saya yang mempengaruhi untuk tidak solat berjemaah”. Responden yang menjawab “ya” adalah seramai 6 orang (20%). Manakala yang menjawab “tidak” dan kadang-kadang masing-masing adalah seramai 12 orang (40%). 4.3 Bahagian C: Faktor-Faktor Kurangnya Pelaksanaan Solat Berjemaah
No 1
2
3
4
Perkara
Ya
Tidak
Jadual yang padat
21
9
(70%)
(30%)
18
12
(60%)
(40%)
19
11
(63%)
(37%)
12
18
(40%)
(60%)
Pengaruh rakan sebaya
Tugasan yang diberi terlalu banyak
Imam membaca surah yang panjang
Jadual 3: Taburan responden yang menjawab bahagian C (soalan objektif) 498
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Bahagian C terdiri daripada 4 soalan objektif dan 1 soalan subjektif. Bahagian ini adalah berkaitan dengan faktor-faktor kurangnya pelaksanaan solat berjemaah. Antara faktor-faktor tersebut adalah “jadual yang padat”, dengan responden yang menjawab” ya” adalah sebanyak 21 orang (70%). Manakala yang menjawab “tidak” adalah sebanyak 9 orang atau (30%). Seterusnya, responden yang menjawab “ya” bagi soalan “pengaruh rakan sebaya” adalah sebanyak 18 orang (60%). Manakala yang menjawab “tidak” adalah sebanyak 12 orang (40%). Selain itu, bagi “soalan tugasan yang diberi terlalu banyak”, responden yang menjawab “ya” adalah sebanyak 19 orang (63%). Manakala yang menjawab “tidak” adalah sebanyak 11 orang (37%). Akhir sekali, bagi soalan “imam membaca surah yang panjang”, adakah ia mempengaruhi untuk tidak berjemaah. Responden yang menjawab “ya” adalah sebanyak 12 orang (40%). Manakala yang menjawab “tidak” adalah sebanyak 18 orang (60%).
4.4
Bahagian D: Faktor-Faktor Lain (Soalan Subjektif)
Soalan jenis terbuka atau “open ended question” yang memberikan kebebasan kepada responden menjawab dan jawapan diberikan dalam bentuk kualitatif. Daripada 30 orang responden, hanya 21 orang yang memberi jawapan kepada soalan tersebut. Jawapan subjektif ini adalah soalan yang berlainan dengan jawapan objektif yang sebelumnya.
Daripada 21 jawapan subjektif yang diberikan, 3 jawapan telah ditolak kerana terdapat persamaan dengan soalan objektif yang sebelumnya. Kemudian, beberapa jawapan yang sama telah dikumpulkan mengikut beberapa tema yang tertentu. Tema yang pertama ialah jarak antara penginapan dan masjid. Terdapat 2 orang responden telah menjawab dalam tema itu dengan menghuraikan, jauhnya qaryah dengan masjid dan perjalanan daripada penginapan ke masjid mengambil masa yang lama.
499
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Tema seterusnya ialah keadaan di masjid. Seramai 3 orang responden telah menjawab dalam tema ini dengan menghuraikan jemaah tidak melakukan saf yang betul, keadaan dan suasana masjid yang panas dan tidak selesa dan terlalu ramai orang di masjid.
Tema yang ketiga ialah bacaan imam di masjid. Terdapat seorang responden telah menjawab dalam tema ini dengan menghuraikan imam perlu membaca dengan suara yang merdu dan sayu untuk menarik orang datang ke masjid.
Selain itu, terdapat 4 orang responden telah menjawab dalam tema kepentingan ilmu dengan menghuraikan kurangnya ilmu, kesedaran, dan pengetahuan ilmu agama dalam kehidupan seharian serta tidak faham asas dalam solat jemaah.
Tema yang seterusnya ialah masa. Terdapat 3 orang responden telah menjawab dalam tema ini dengan menghuraikan setiap individu mempunyai tugas dan waktu yang terhad, hiburan yang ada di depan mata membuatkan kita lalai untuk menunaikan solat dan faktor masa. Tema yang seterusnya ialah pendedahan daripada ibu bapa. Terdapat seorang responden telah menjawab dalam tema ini dengan menghuraikan kurang pendedahan ibu bapa tentang solat jemaah.
Tema yang terakhir ialah faktor diri. Terdapat 3 orang responden telah menjawab dalam tema ini dengan menghuraikan diri sendiri dan hasutan syaitan, lalai dan leka dengan hal duniawi dan disebabkan diri sendiri yang malas untuk bersolat berjemaah dan kadangkala kerana terlalu letih sehingga membuatkan diri terasa malas untuk solat jemaah.
5.
PERBINCANGAN
5.1
Pengetahuan Pelajar Tentang Solat Berjemaah
500
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Seramai 29 orang responden (97%) memahami pengertian solat berjemaah. Fenomena ini menggambarkan bahawa para pelajar secara umum mengetahui kewajipan solat fardhu dan seterusnya memahami cara pelaksanaan solat secara berjemaah.
Dapatan ini menyokong kajian yang dilakukan oleh Wan Ismail Wan Dagang (2009) ke atas pelajar muslim di Sek Men Munshi Ibrahim, Segamat mendapati bahawa tahap pengetahuan mereka berkaitan solat fardu adalah tinggi dengan purata nilai min sebanyak 4.33%.
Seterusnya dapatan kedua tertinggi bagi item ini ialah 83% menyatakan bahawa mereka digalakkan untuk solat berjemaah. Manakala dapatan ketiga tertinggi ialah 63% menyatakan bahawa hukum solat berjemaah adalah sunat muakkad. Dalam mazhab syafie, hukum menunaikan solat fardu secara berjemaah adalah fardu kifayah. Walau bagaimanapun sebahagian daripada ahli syafi’iyyah menyatakan hukumnya adalah sunnat muakkad.
Dapatan kajian ini bertepatan dengan hasil kajian yang diperolehi oleh Mazdiana (1998) yang menyimpulkan bahawa sebahagian besar responden memahami tentang hukum solat berjemaah. Kefahaman mereka boleh dilihat apabila 85 orang respon 94.4% berpendapat bahawa solat berjemaah adalah sunat muakkad atau fardu kifayah. Hanya segelintir daripada mereka iaitu 5.6 % yang berpendapat hukum solat berjemaah adalah fardu ain.
Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Hasna (2015) ke atas 75 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester akhir Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka mendapati nilai min bagi pernyataan “Solat berjemaah bagi solat fardu hukumnya fardu kifayah” adalah 4.20. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa hukum solat berjemaah bagi solat fardu adalah fardu kifayah dan hal ini membuktikan mereka faham tentang hukum solat berjemaah. Ini menunjukkan bahawa responden sangat menitikberatkan solat fardu berjemaah di dalam kehidupan mereka.
5.2
Penghayatan Pelajar Tentang Solat Berjemaah
501
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Peratusan tertinggi pada item ini ialah 40% yang mana responden menyatakan bahawa mereka berzikir bersama jemaah yang lain selepas solat berjemaah. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Syukri (2014) ke atas pelajar Universiti Utara Malaysia mendapati bahawa nilai min bagi item saya berzikir dan berdoa selepas solat fardhu adalah 3.19. Nilai min ini juga adalah kedua tertinggi dalam item penghayatan amalan solat.
Seterusnya, peratusan kedua tertinggi iaitu 23% adalah pada pernyataan saya sentiasa mengajak rakan yang lain untuk berjemaah sama-sama”. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan hanya 5 orang (17%) sahaja yang menunaikan solat pada awal waktu. Dapatan ini juga disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Seri Kartini Jurami (2013) ke atas 100 orang responden dan didapati hanya 25% sahaja yang menunaikan solat pada awal waktu. Ini jelas menunjukkan bahawa hanya segelintir sahaja yang menunaikan solat pada awal waktu.
Dapatan seterusnya ialah 17% responden menunaikan solat berjemaah sekurang-kurangya 3 kali sehari. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Syukri (2014). Beliau mendapati nilai min bagi item “saya solat jemaah sekurang-kurangnya sekali sehari adalah 2.2105 dan nilai ini adalah rendah. Apa yang menyedihkan, kajiannya juga mendapati sebanyak 76% responden langsung tidak menunaikan solat berjemaah di masjid dan hanya 13.8% yang menunaikan solat berjemaah. Ini jelas menunjukkan peratusan pelajar yang menunaikan solat secara berjemaah masih di tahap yang rendah.
Terdapat beberapa faktor kurangnya kesedaran dalam ibadah solat iaitu latar belakang keluarga yang kurang didikan agama, kesibukan aktiviti kampus, teknologi media, kurang bimbingan agama, persekitaran dan rakan-rakan yang mempengaruhi pengabaian solat dalam kalangan mahasiswa.
Secara tidak langsung, faktor persekitaran dan pegangan agama yang lemah merupakan penyebab pengabaian solat dan meyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini. (M. Salleh :1985)
502
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
5.3
Faktor Yang Mendorong Pelajar Untuk Solat Berjemaah
Bacaan imam merupakan faktor yang tertinggi mempengaruhi seseorang untuk menunaikan solat berjemaah iaitu seramai 15 orang (50%). Dapatan ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Napisah 2004, yang mana 47 orang (58.8%) bersetuju bahawa bacaan imam turut mempengaruhi seseorang untuk menunaikan solat berjemaah.
Peratusan kedua tertinggi bagi faktor yang mempengaruhi seseorang untuk solat berjemaah ialah 40% iaitu keluarga saya mengalakkan solat berjemaah di rumah. Kajian yang dilakukan oleh Napisah (2004) menunjukkan bahawa amalan dalam keluarga menyumbang kepada pelaksanaan solat fardhu secara berjemaah. Amalan dalam keluarga merupakan faktor ketiga yang tertinggi yang mendorong seseorang untuk menunaikan solat berjemaah iaitu 80%.
40% pelajar menyatakan bahawa rakan tidak mempengaruhi untuk tidak melakukan solat berjemaah. Ini menunjukkan bahawa 60% bersetuju menyatakan bahawa rakan memengaruhi untuk solat berjemaah. Dapatan ini turut disokong oleh kajian Napisah 2004. Kajiannya menyatakan bahawa faktor kedua terbesar yang mempengaruhi seseorang untuk solat berjemaah ialah pengaruh rakan iaitu sebanyak 81.3%.
5.4
Faktor- Faktor Kurangnya Pelaksanaan Solat Berjemaah
Hasil kajian mendapati terdapat tiga faktor dominan yang mempengaruhi pelajar untuk tidak solat berjemaah. Faktor yang dimaksudkan ialah jadual yang padat, tugasan yang diberikan terlalu banyak dan pengaruh rakan sebaya. Dapatan ini turut disokong oleh kajian yang dlakukan oleh Napisah (2004) di mana hasil kajiannya mendapati bahawa faktor-faktor terpenting yang mempengaruhi kepada kurangnya pelaksanaan ibadah solat secara berjemaah ialah beban tugas dan pengaruh rakan.
503
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Hasil kajian mendapati jadual yang padat merupakan penyumbang utama kepada masalah kurangnya pelaksanaan solat secara berjemaah. 70 % pelajar menyatakan sedemikian dan 30% lagi sebaliknya.
Seterusnya, tugasan yang terlalu banyak menyebabkan pelajar tidak mampu menunaikan solat secara berjemaah. 19 orang responden yang mewakili 63% menyatakan bahawa tugasan yang diberi dalam kuantiti yang banyak menyumbang kepada kurangnya pelaksanaan ibadat solat secara berjemaah. Manakala 37% lagi tidak bersetuju dengan pernyataan “tugasan yang terlalu banyak menyumbang kepada kurangnya pelaksanaan solat berjemaah. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Napisah (2004) di mana seramai 10 orang responden (12.5%) menyatakan amat setuju dan seramai 42 orang responden lagi (52.5%) menyatakan beban tugas menjadi penghalang dalam pelaksanaan ibadah solat jemaah di masjid. Ini jelas menunjukkan bahawa 65% responden bersetuju dengan pernyataan beban tugas menghalang pelajar untuk solat berjemaah.
Hasil kajian mendapati seramai 18 orang responden (60%) tidak menunaikan solat berjemaah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Manakala 12 orang lagi (40%) menyatakan rakan sebaya tidak mempengaruhi mereka untuk menunaikan solat berjemaah.
Tidak dinafikan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar kepada perlakuan seseorang. Persekitaran sosial boleh menyebabkan seseorang ke arah kebaikan atau sebaliknya sebagaimana yang dinyatakan dalam kajian Eliade, M dalam Lutpi Ibrahim (1993).
6.
PENUTUP
Hasil kajian turut mendapati bahawa pengetahuan pelajar tentang solat berjemaah adalah di tahap yang baik.
Selain itu, kajian mendapati bahawa tahap penghayatan pelajar tentang solat
berjemaah masih lagi di peringkat yang rendah. Ini kerana, peratusan tertinggi pada item tersebut ialah 40% sahaja iaitu responden menyatakan bahawa mereka berzikir bersama jemaah yang lain selepas solat berjemaah. Bacaan imam merupakan faktor dominan yang mempengaruhi 504
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
seseorang untuk menunaikan solat berjemaah iaitu sebanyak 50%. Kajian juga mendapati terdapat tiga faktor utama yang menghalang pelaksanaan solat berjemaah dalam kalangan pelajar iaitu jadual yang terlalu padat, tugasan yang diberikan terlalu banyak dan pengaruh rakan sebaya.
Secara keseluruhan, kajian mendapati bahawa tahap penghayatan dan pengamalan solat berjemaah dalam kalangan pelajar KUIS adalah rendah. Sewajarnya lebih banyak program dakwah atau kempen perlu dijalankan untuk mengalakkan pelajar solat berjemaah. Semua pihak perlu berganding bahu untuk menjayakan pelaksanaan solat berjemaah ini.
RUJUKAN Hasna Bidin, Ahmad Syukran Baharuddin & Mohd Ismail Mustari. 2015. Kefahaman Ibadat Solat Fardu dalam Kalangan Pelajar Muslim: Kajian Tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Sains Humanika 5:3 Ismail Kamus, Dato’ & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. 2009. Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Lutpi Ibrahim. 1993. Antologi Pemikiran Islam. Kuala Lumpur: Hizbi. Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali al-Syarbaji, 2009. Al-Fiqh al-Manhaji: Kitab Fiqh Mazhab Syafie. Pustaka Salam Sdn Bhd Napisah Hj. Humni, Salehudin Hj. Sabar, Mahadi Hj. Khalid & Mohamed Razi Mohd. Suradi. 2004. Perlaksanaan Ibadah Solat Fardhu Di Kalangan Guru Pelatih Islam Maktab Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5. Rahmat Abdullah & Mohd Toriq Hj Sulaiman. 2013. Tahap Kefahaman dan Pelaksanaan Ibadat Solat Lima Waktu di kalangan Pelajar Muslim di Kolej Komuniti Selandar. Prosiding Seminar Penyelidikan. Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Rohidzir Rais. 2008. Soal Jawab Remeh-Temeh tentang Solat tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Seri Kartini Jurami & Fariza Md Sham. 2013. Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Islamiyyat 35(1.)
505
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Shukri Ahmad, Yahya Don, Wan Abdul Rahman Khudri Wan Abdullah, Mohammed Ibrahim & Shahril Fazli Mat Hussain. 2014. Penghayatan Solat Dan Pengimarahan Masjid: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014. Wahbah al-Zuhaili. 2002. Fiqh dan Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Ismail Wan Dagang. 2009. Hubungan antara Pelaksanaan Ibadat Solat dan Kederdasan Emosi dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Kajian di Dalam Satu Sekolah Menengah di Daerah Segamat. Tesis Sarjana. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2014. Al-Fiqh al-Manhaji: Ibadat dalam Fiqh al-Syafie. Darul Syakir Enterprise.
506