Skrip MC PERKAHWINAN Edisi Terhad
Oleh TARIDI BIN MOHAMAD
1 Skrip MC Perkahwinan
MENUNGGU KETIBAAN PARA JEMPUTAN 1.
MUZIK SLOW Ketibaan Pengantin Perempuan Hadirin yang dihormati, kita menyambut ketibaan pengantin perempuan ke singgahsana persandingan dengan diiringi 7 flower girls ... Tanam serai berumpun-rumpun Disiram air setiap hari Lamah gemalai hayun tersusun Maklumlah kan dipanggil raja sehari
2.
Alu-aluan MC Bismillah.... Bersyukur kita bersama-sama ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNYA kita dapat hadir di majlis yang permai ini bagi meramikan majlis persandingan Cik/adinda Maryah Binti Hj. Morni dengan tunangannya En./adinda (Nama pengantin lelaki). Assalammualaikum dan salam sejahtera Hadirin yang dihormati, Saudara mara adik kakak kepada alhakirin, sahabat handai rakan taulan dari jauh dan dekat, dan keluarga dari sebelah pengantin lelaki, majlis mengalu-alukan kehadiran tuan/puan semua ke majlis persandingan Cik/adinda Maryah Binti Hj. Morni dengan tunangannya En./adinda (Nama pengantin lelaki). Yg telah selamat diijabkabulkan hanya baru semalam berlalu. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada hadirin sekalian. Nasi putih nasi lemak, Sajian makanan di waktu pagi, Terima kasih banyak-banyak, Sudi bertandang ke majlis ini. Tali belati pengikat kereta, Kereta diikat beroda besi, Di hujung pena menari kata, Merakam budi kenangan abadi.
www.desaguru.com
2 Skrip MC Perkahwinan
Pergi pengkalan mengikat rakit, Rakit diikat rapat-rapat, Budi tuan bukan sedikit, Akan dikenang sepanjang hayat.
Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi, Kalau tidak kerana tuan, Tidak majlis sepermai ini. Semoga Allah memberkati kehadiran kita semua pagi ini serta perjalanan majlis berjalan lancar. Dan dengan itu pula, kalau tidak terlalu berat yang kami mohon drpd tuan/puan yang budiman, yakni kalaulah boleh mintalah boleh, kalau tak boleh pun, minta dan mohon boleh, iaitu mengajak hadirin sekalian bersama majlis dari awal hinggalah akhir. Sekali lagi sanjungan kasih kami abadikan...Meskipun demikian, Dari Melaka ke Negeri Pahang, Singgah di Johor beli barangan, Kami mengucapkan selamat datang, Apa yang kurang dicaci jangan.
3.
Ketibaan Pengantin Lelaki Tuan/puan yang dihormati sekalian, majlis menyambut ketibaan pengantin lelaki dengan diiringi paluan kompang dari (Nama kumpln kompang dan diketuai) dan pencak silat...
4.
Doa Hadirin yg dihormati, majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat pengantin... Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat, Rafak susun jari sepuluh Minta doa biar selamat
www.desaguru.com
3 Skrip MC Perkahwinan
Dengan demikian majlis menjemput dgn segala hormatnya mempersilakan Alfadil Ustaz Haji .....................................untuk memimpin bacaan doa selamat.
5.
Ucapan penghargaan dan terima kasih bg pihak pengantin kpd para tetamu yg hadir. Majlis menjemput.........
6.
Biodata Adinda (Nama pengantin perempuan) dan adinda (Nama pengantin lelaki), kami semajlis ini mengucapkan selamat pengantin baru kepada adinda berdua. Sahlah adinda berdua bergelar raja dan permaisuri sehari hari ini. (Nama pengantin lelaki) menjadi suami, (Nama pengantin perempuan) menjadi isteri...
Tinggi-tinggi si mata hari, Anak kerbau mati tertambat, Lama sudah bersama menanti, Hari ini sahlah dapat. Naik kereta lembu (NKL) Pergi jalan-jalan Kini sudah bersatu, Kongsi makan satu pinggan NKL Keliling Padang Merdeka, Kini sudah bersatu, Susah senang sama-sama. BIODATA...ucapan teks...
Masa menuntut mulanya start, Dtg sakit melarat-larat, Sik dapt dicari ubat & madat, Sakit gelorat tensionnya kuat.
www.desaguru.com
4 Skrip MC Perkahwinan
Dah bertemu barulah melompat, Sik juak payah ncarik ubat, Tok/Yang nak diajat sahlah dapat, Janganlah agik nak molah tabiat. Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi, Kalau tidak/sik kerana perempuan, Masakan org laki nak berbini. Dari Johor ke Kuala kedah, Dagang merantau beratus batu, Surat sudah, sms pun sudah, Sudah kahwin masih begitu. Seluar beludu baju planen, Pakei raon pangkalan batu, Tersenyum madu atas pelamin, Mudahan kitak duak makmur selalu. Pokok pulai tidak berduri, Dibuat bumbung luas melebar, Dua mempelai berseri-seri, Dua jantung berdebar-debar. 7.
Tepung tawar Hadirin yang dikasihi, acara seterusnya ialah menepung tawar pengantin.. Dengan Bismillah kami mulai, Tepung tawar si tepung jati, Dengan takdir Iiiahi Rabbi, Mintak berkat nye duak laki bini. Aduhai (nama pengantin lelaki) dan juga Maryah, Janganlah risau jangan gundah, Ambik senang ambik mudah Pesan tok imam dalam khutbah nikah, Sentiasa waras dalam susah Jgn seperti retak menunggu belah Rahsia di rumah jgn di bawa ke tanah Didengar org jadi fitnah Byk sabar byk tabah
www.desaguru.com
5 Skrip MC Perkahwinan
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah. Degn demikian majlis menjemput (senarai orang menepung tawar)..... Wahai pengantin cantik rupawan Selesailah sudah upacara merenjis air mawar/tepung tawar tepung jati, Maka ditgn kalian semualah nasib untung diri suami isteri Sama beringat pesan & nasihat, Pesan org tua membawa berkat. Bagai ruas dgn buku Bagai daging dgn kuku Hidup di air satu perahu Di darat satu kelambu/ Yalah jgn nak tentu
8.
9.
Sentiasalah bersatu padu Rukun & damai selalu. Pesanan keluarga..... Majlis menjemput........
Memotong kek Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar gelanggang sekarang ke acara seterusnya iaitu upacara memotong kek selamat pengantin. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong kek...
10.
Nasi temuan Selesai sudah upacara memotong kek, bertukar tikar kita ke adat seterusnya... Bukan duri sebarang duri, Duri nibong terpacak tgn, Bkn nasi sebarang nasi, Nasi bergelar nasi temuan. Upacara ini pd masa dahulu kala diadakan bg memecahkan kekeruan ant pengantin lelaki & pengantin perempuan yg jarang2 dpt bersua muka & juga bagi membiasakan diri dgn keluarga mertua. Mkn nasi temuan biasa diadakan setlh adat persandingan di rumah pengantin perempuan. Zaman
www.desaguru.com
6 Skrip MC Perkahwinan
tlh berubah. Penyesuaian diadakan. Ianya diadakan secara simbolik sahaja. Kalau di seberang sana di sesetengah tempat ialah nasi adapadapan yg akan disuap oleh ibu pengantin lelaki & perempuan. Majlis mempersilakan kedua mempelai turun ke gelanggang khas yg tlh disediakan.. Bersamalah kita melihat aksi sepasang merpati ini molah olah makan nasi temuan...
Makan Nasi Temuan....
Tuan/puan dijemput bersama2 menjamu selera.... Menitis peluh merentas ladang, Hati2 menjejak kaki, Sebaik saja sajian dihidang, Sudilah tuan/puan persilakan diri.
11.
12.
Molah titi kayu blian, Blian dibeli dari ulu, Minta sudilah tuan/puan sekalian, Jgn segan jgn malu. Pengantin beredar ke gerbang pintu dewan. Tuan/puan yg dimuliakan, pengantin akan beredar ke gerbang pintu dewan menunggu utk bersalam-salaman kepd tuan/puan sekalian menyatakan terima kasih mereka berdua. Tuan/puan yang masih makan, teruskan makan..
Bersurai Tuan/puan degn kesempatan ini sekali lagi kami mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepadd semua yg telah sudi menunaikan hajat alhakirin memeriahkan suasana majlis persandingan anakanda mereka. Hanya Allah S.W.T. sahajalah tpt mrk berserah membalas budi baik tuan/puan. Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn pertemuan selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA.
www.desaguru.com
7 Skrip MC Perkahwinan
Memang pipit memakan padi, Telah lagik diberik beras, Bukan sedikit tuan/puan berbudi, Budimu tuan/puan sukar dibalas Sepasang pipit berdendang di dahan, Pelandok mendengar sakit gigi, Sekali lagi terima kasih adik kakak sekalian, Budimu tuan/puan kenangan kami.
Wabillahi taufik........ & salam sejahtera. Sumbangan : Encik Taridi B. Mohamad (019-1098283794)
www.desaguru.com