SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 4 PENILAIAN BULAN OKTOBER (KERTAS 1) 1 jam 15 minit Nama : ………………………………. ( Tahun : 4 ( )
)
Markah : .……………. Tarikh : ….. / 10 / 2016
Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. BAHAGIAN A (20 markah) Soalan 1-16 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1.
Chong tinggal di Taman Mutiara Rini. ___________ bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pu Sze. A. Saya B. Dia C. Awak D. Kita
2.
“ Ampun, _________. Patik berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata dayang istana kepada permaisuri. A. baginda B. beta C. patik D. tuanku
3.
Semua murid menyertai larian merentas desa __________ Jane. A. sebelum B. dan C. manakala
4.
D. kecuali
“Mei Ling, ___________ keputusan peperiksaan akhir tahun kamu akan diketahui?” tanya ibu kepada Mei Ling. A. bilakah
5.
B. siapakah
C. mengapakah
_________ datang ke rumah saya pada hari esok. A. Tolong B. Usah C. Harap
D. apakah
D. Jemput
6.
Emak memasukkan ___________ ke dalam masakannya. A. lauk-pauk C. tanah-tanih B. kuih-muih D. rempah-ratus
7.
Kumar dan Halim belajar di __________ yang sama sejak dari tahun satu lagi. A. dewan B. tadika C . sekolah D . universiti
8.
Ekspo Pertanian akan diadakan ______________ hujung minggu ini. A. di B. ke C. dari D. pada
Muka surat 1
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah
9.
Rambut pengemis itu kelihatan _________kerana tidak pernah disikat. A. compang-camping C. comot-momot B. kusut-masai D. lintang-pukang
10.
Pemandu kereta akan didenda jika tidak memakai __________ ketika memandu. A. topi keledar C. tali pinggang keledar B. tali pinggang D. sarung tangan
11.
Julia seorang anak yang rajin. __________ selalu menolong emaknya membuat kerja rumah. A. Kamu B. Dia C. Awak D. Saya
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
12.
Puan Selvi sedang menggoreng ikan __________ anaknya memotong sayur. A. hingga C. malahan B. supaya D. manakala
13.
Kim Ho menyapu dedaun kering yang __________ di halaman rumahnya. A. bergolek C. bertaburan B. bertindih D. berkeliaran
14.
Cikgu Aini _________ ubat jejentik ke dalam pasu-pasu itu dengan berhati-hati. A. termasuk C. kemasukan B. dimasukkan D. memasukkan
Soalan 15 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. 15.
Di manakah kamu membeli buku ini? A. Buku ini kepunyaan kakak saya.
C. Harga buku ini ialah RM7.00.
B. Ibu saya yang membeli buku ini.
D. Saya membeli buku ini di Kedai Buku Taman Rakyat.
Muka surat 2
Soalan 16 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 16.
Seekor ular sawa telah menelan anak lembu Pak Hamzah. A. Anak lembu Pak Hamzah telah ditelan oleh seekor ular sawa. B. Ular sawa Pak Hamzah telah ditelan oleh seekor anak lembu. C. Pak Hamzah dan lembunya telah ditelan oleh seekor ular sawa. D. Seekor ular sawa dan anak lembu telah ditelan oleh Pak Hamzah.
Soalan 17-20 Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Program Keusahawanan PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Wei Hin Pada 25 September yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Wei Hin telah mengadakan Pogram Keusahawanan PIBG. Program yang berlangsung selama seminggu ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga sekolah dan masyarakat sekitar. Pelbagai aktiviti diadakan. Antaranya ialah ceramah keusahawanan, pameran dan kuiz keusahawanan. Selain itu, gerai-gerai jualan juga turut dibuka. Ada gerai makanan, gerai minuman, gerai barangan terpakai dan gerai cenderamata. Program Keusahawanan PIBG ini dirasmikan oleh Guru Besar SJK (C) Wei Hin. Beliau juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz keusahawanan. Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG. Warga sekolah dan masyarakat sekitar berasa seronok kerana mendapat banyak manfaat daripada Program Keusahawanan PIBG. Salah satunya ialah mereka dapat mengetahui ilmu-ilmu keusahawanan dan cara-cara untuk menjadi usahawan yang berjaya. Mereka berharap agar program sebegini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
Laporan disediakan oleh,
30 SEPTEMBER 2016
Lindsy Lim (LINDSY LIM) Setiausaha Program Keusahawanan PIBG SJK (C) Wei Hin
17.
Berapa lamakah program Keusahawanan PIBG diadakan? A. 7 hari
Muka surat 3
B. 8 hari
C. 3 hari
D. 4 hari
18.
Siapakah yang merasmikan program Keusahawanan PIBG ini? A. Guru Besar B. Warga sekolah
19.
Berikut acara yang dijalankan ketika program Keusahawanan PIBG, kecuali..... A. kuiz B. maraton
20.
C. Pengerusi PIBG D. Penduduk sekitar
C. ceramah D. pameran
Perkataan seerti bagi manfaat dalam petikan ialah.......... A. pandangan B. saranan
Muka surat 4
C. galakan D. faedah
BAHAGIAN B (30 markah)
Soalan 21 Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi di tempat kosong dalam petikan yang diberi.
dengan
telah supaya
Penduduk
Taman
yang
untuk
bahawa
Matahari
mengadakan
kerana kepada
gotong-royong
__________________
membersihkan kawasan taman perumahan mereka. Encik Chin, selaku Pengerusi Rukun Tetangga
__________________
mengagihkan
tugas
kepada
anak-anak
buahnya
__________________ semua kerja berjalan dengan lancar. Ada penduduk yang memotong rumput, memungut sampah dan mengecat balai raya. Mereka melakukan tugas __________________ diamanahkan dengan bersungguh-sungguh demi kebersihan bersama. (4 markah)
Soalan 22 Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif .
a) Ayat Aktif : Tat Meng meniup belon yang berwarna merah itu.
Ayat Pasif : __________________________________________________________. (2 markah)
Muka surat 5
b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah. Zi Lin, ayah mahu keluar sebentar. Pastikan pintu dan tingkap sentiasa dikunci semasa ayah tiada.
En. Cheng
Zi Lin
__________________________________________________________________ ________________________________________________________________ (2 markah) c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah. Kedai Buku
Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ (2 markah)
Muka surat 6
Soalan 23 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Hari Jualan Amal
Yang saya hormati, Encik Arul, Guru Penasihat Kelab Perintis Usahawan Muda dan ahli Kelab. Rakan-rakan, Kelab kita akan mengadakan Hari Jualan Amal pada 12 Jun 2016, hari Khamis. Hari Jualan Amal itu akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberikan pengalaman berniaga kepada ahli kelab. Sebanyak 10 buah gerai disediakan untuk ahli kelab berurus niaga. Saya berharap agar ahli kelab yang akan berniaga dapat memberitahu pihak urus setia tentang barangan yang ingin dijual. Selain itu, satu mesyuarat akan diadakan pada hari Isnin . Mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan acara yang akan dijalankan semasa Hari Jualan Amal tersebut. Antaranya ialah pertandingan ‘Gerai Terbaik’ dan meneka harga barang. Sebelum bersurai, sampaikan maklumat ini kepada ahli kelab yang tidak hadir pada hari ini.
Sekian , terima kasih. a) Siapakah Guru Penasihat Kelab Perintis Usahawan Muda? _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ (1 markah)
b)
Apakah tujuan Hari Jualan Amal itu diadakan? _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ (2 markah)
Muka surat 7
c)
Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh. Hari Jualan Amal ini akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang
Sebanyak 8 buah gerai disediakan untuk ahli kelab berurus niaga pada Hari Jualan Amal Tersebut.
Pertandingan ‘Gerai Terbaik’ akan diadakan pada Hari Jualan Amal Tersebut.
Betul
Salah
Mesyuarat untuk membincangkan acara yang akan dijalankan akan diadakan pada hari Isnin.
(2 markah)
Muka surat 8
Soalan 24 Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sungguh lebat daun pegaga, Tumbuh melata di laman depan; Hati sahabat perlu dijaga, Tutur kata hendaklah bersopan. Tumbuh rapat pokok kelapa, Air nira diambil cermat; Beza pendapat beza rupa, Kekal mesra saling hormat. Cantik menawan melati desa, Tumbuh subur di hujung taman; Banyak kawan pelbagai bangsa, Kasih ditabur muhibah berzaman. Labu sayong hiasan lama, Susun bertingkat di atas para; Gotong-royong amalan berzaman, Hidup muafakat membawa sejahtera. a)
Bagaimanakah cara kita menjaga hati sahabat? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ (2 markah)
b)
Apakah maksud rangkap kedua pantun di atas? Kita perlu _____________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ (2 markah)
Muka surat 9
c) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut. Banyak kawan menyusahkan diri kita.
Hormat menghormati membawa sejahtera.
(1 markah) d) Rangkai kata hidup muafakat dalam pantun bermaksud ? _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ (3 markah) Soalan 25 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Azman menangis sendirian. Perutnya sakit, dia kelaparan. Rakan-rakannya sedang enak menikmati makanan di kantin sekolah. Tiba-tiba bahunya disentuh. “Azman, mengapa kamu tidak rehat dan makan di kantin?” tanya Kim Ho. “Saya…saya kenyang,” tergagap-gagap Azman menjawabnya. Kim Ho memerhati susuk tubuh Azman. Keadaan tubuhnya yang
lemah dan kurus itu
menunjukkan Azman belum lagi makan. Tanpa berlengah, Kim Ho terus memimpin tangan Azman menuju ke kantin. Dia membeli sepinggan nasi lemak dan secawan air untuk Azman. Semasa Azman sedang makan nasi lemak, Kim Ho berfikir cara untuk membantunya. Azman seorang murid yang otak cair. Namun, kemiskinan hidup keluarganya banyak menghalang kebolehannya. Kim Ho bercadang untuk memberitahu guru kelasnya, Cikgu Helen tentang masalah tersebut. Melalui cara itu, dia berharap masalah kawangannya itu dapat diselesaikan. “Terima kasih kerana memberitahu saya hal ini,” kata guru kelasnya. Beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut. Beliau turut berbangga dengan sikap Kim Ho yang telus dan berpekerti mulia. Muka surat 10
a) Murid yang menyentuh bahu Azman ialah __________________________________. (1 markah) b) Bagaimanakah Kim Ho mengetahui bahawa Azman sedang kelaparan? _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________. (2 markah) c) Pada pendapat kamu, adakah Kim Ho seorang budak yang baik hati? Mengapa? _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ (3 markah)
d) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Azman seorang budak yang bijak.
Betul
Azman menangis kerana keracunan makanan.
Salah
Guru kelas bangga akan sikap Kim Ho yang baik hati.
(1 markah)
PERHATIAN : Murid-murid yang didapati meniru atau memberi tiru akan diberi markah kosong. KERTAS SOALAN TAMAT _____SELAMAT MAJU JAYA_____ Disediakan oleh
: Encik Mohamad Faizal Bin Salehon
Disemak oleh
: Puan Zaidah Muhamed
Tandatangan ibu bapa ……………………….
Muka surat 11