SULIT
1103/1
1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Oktober 2 ¼ jam
PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak [Lihat sebelah
2 Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [30 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti dan kemudian huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh di negara ini. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Alamak tanah runtuh. Agaknya sebab tak ada pokok .Atau mungkin hujan lebat pagi tadi.
*Sumber : Berita Harian 1103/1
(Lihat sebelah] SULIT
3 Bahagian B [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] [100 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Pelbagai pihak khususnya ibu bapa haruslah prihatin dalam memastikan remaja sentiasa cemerlang dalam pelbagai aspek. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja masa ini. 2. Perpaduan merupakan elemen penting dalam sesebuah masyarakat majmuk. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Tuliskan rencana tentang perkara tersebut dengan lengkap. 3. Pemupukan semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan masyarakat penyayang, negara yang aman, keluhuran budi dan kesanggupan berkorban demi negara. Tuliskan syarahan tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan individu,masyarakat dan negara. 4. Arus globalisasi menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis. Sebagai rakyat yang cinta akan negara,sarankan sumbangan yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia. 5.
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. Huraikan kepentingan amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
KERTAS SOALAN TAMAT
1103/1
SULIT
SULIT
1103/1
1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Oktober 2 ¼ jam
JABATAN PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA
AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa.Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.
Peraturan pemarkahan ini mengandungi 4 halaman bercetak
1103/1 (PP)
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah] KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT
MARKAH
26-30 Cemerlang
(28 - 30) (26 - 27)
20-25 Kepujian
(23 - 25) (20 - 22)
15-19 Memuaskan
(17-19) (15-16)
10-14
Kurang memuaskan
(12-14) (10-11)
01-09 Pencapaian
(06- 09)
KRITERIA
Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas. • Karangan masih menepati tema bahan rangsangan. • Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum. • Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi. • Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas. Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru, tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad. lengkap. Unsur bahasa kurang Wacana kurang bervariasi. Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas. » Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
SULIT
103/1(PP)
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT
80-100
UJ
§
KRITERIA
MARKAH
(90100) (80 - 89)
Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan. Wacana yang lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Format menepati kehendak tugasan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
66-79
Q.
(73 - 79)
UJ
(66 - 72)
Ejaan dan tanda baca betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan. Wacana yang lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
103/UPP)
SULIT
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis
51 - 65 (58 -65) (51-57)
36-50
(43 - 50) (3 6 42)
tetapi terdapat kesalahan yang minimum Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. Penggunaan kosa kata umum Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh-contoh yang dikemukakan masih sesuai ATAU Isi bercampur aduk, huraian kurang jelas, tidak seimbang dan contoh-contoh yang dikemukakan masih sesuai. Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai. Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang lengkap. Format menepati kehendak tugasan. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan pula kurang berkesan. Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad. Ayat kurang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Penggunaan kosa kata umum tetapi terhad Laras bahasa yang digunakan kurang sesuai dengan tugasan. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh-contoh kurang sesuai.
Pengolahan kurang menarik. Wacana masih lengkap ATAU / wacana kurang lengkap. Format menepati kehendaki tugasan ATAU format bercampur aduk. Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi. Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
SKEMA PEMARKAHAN. Bahagian A 1. Diharap murid dapat munghuraikan punca-punca berlaku kejadian tanah runtuh. 2. Kemungkinan murid menghuraikan punca dan kesan tanah runtuh. Diterima- peringkat memuaskan. Bahagian B Soalan 1 1. Diharap murid dapat menghuraikan peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja. 2. Kemungkinan murid menghuraikan punca dan peranan ibu bapa menangani masalah remaja.Diterima. Soalan 2 1. Diharap murid menghuraikan peranan pelbagai pihak memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 2. Kemungkinan murid menghuraikan langkah-langkah memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Diterima 3. Tiada format rencana ditolak 4 markah Soalan 3 1. Diharap murid menghuraikan kepentingan memupuk semangat patriotik kepada individu,masyarakat dan negara. 2. Kemungkinan murid menghuraikan kepentingan kepada individu dan masyarakat atau negara sahaja. Diterima, Memuaskan. 3. Tiada format syarahan ditolak 4 markah Soalan 4 1. Diharap murid menghuraikan peranan mereka dalam mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia. 2. Kemungkinan murid menghuraikan kepentingan mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.Diterima.
Soalan 5 1. Diharap murid menghuraikan kepentingan amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat. 2. Kemungkinan murid menghuraikan kepentingan dan langkah-langkah memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat. Diterima.
SULIT
1103/1
1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Oktober 2 ¼ jam
PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA
AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa.Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.
Peraturan pemarkahan ini mengandungi 4 halaman bercetak
SULIT
1103/2
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Oktober 2 ½ jam
PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puloh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 ( b ) , Soalan 2 ( c ) , Soalan 2( d ) dan Soalan 4 , berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak [Lihat sebelah
1103/2
SULIT
SULIT
1103/2 Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang matlamat mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara dan kekangan dalam melaksanaannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pada 23 Mei 2003, kabinet telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan Undang-undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003, manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang ini pada 3 Julai 2003. Hasilnya pada bulan Februari seramai 85 000 remaja pelbagai kaum telah dilatih dengan modul fizikal, ketenteraan, pembentukan watak dan komuniti selama 3 bulan. Bagi memastikan Program Latihan Khidmat Negara ini berjalan lancar, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 500 juta setahun bagi membiayai penyediaan makanan, kem, khemah, elaun jurulatih dan peralatan. Program Latihan Khidmat Negara yang dilaksanakan di negara ini agak berlainan dengan kerahan tenaga yang dilaksanakan di negara lain. Program ini bukan bercorak ketenteraan tetapi menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan landskap sosial, budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi latihan asas ketenteraan seperti penggunaan senjata dan berkawad yang mampu membentuk golongan remaja yang berdisiplin tinggi. Disiplin diri merupakan asas penting untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang. Penerapan nilai-nilai patriotik pula diharapkan dapat menerapkan semangat sayang akan negara dan sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kepentingan negara. Remaja juga bersedia dipanggil pada bilabila masa seandainya negara kita berdepan dengan masalah perkauman, kekacauan atau darurat. Para remaja yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Mereka berpeluang berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakanrakan yang berlainan agama, adat resam dan budaya. Oleh itu , integrasi nasional akan bertambah kukuh. Perpaduan antara remaja pelbagai kaum akan semakin teguh. Para peserta juga diwajibkan menyertai program khidmat sosial seperti bergotong-royong dan khidmat bakti kepada masyarakat. Melalui aktiviti seumpama ini para peserta akan disemai dengan amalanamalan nilai murni yang penting dalam hidup bermasyarakat. Remaja yang terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara tidak boleh menolak tanpa alasan yang kukuh. Sekiranya seseorang remaja gagal mengikuti program ini, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM 3000 atau kedua-duanya sekali. Penetapan arahan ini dan hukuman yang dikenakan merupakan satu usaha kerajaan bagi memastikan remaja terus membentuk disiplin diri walaupun sudah meninggalkan alam persekolahan. Mereka juga berpeluang meningkatkan keyakinan diri dan sahsiah masing-masing sebelum memasuki institusi pengajian tinggi atau menceburi bidang pekerjaan.
1103/2
SULIT
SULIT
1103/2
Semua pihak, khususnya para remaja diharap dapat menyambut seruan kerajaan dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Banyak faedah yang dapat diperoleh daripadanya. Mereka harus berfikiran positif kerana matlamatnya bukan untuk mendera remaja, sebaliknya menggalakkan remaja melakukan sesuatu dengan rela hati.
Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Khidmat Negara bukan kerahan tenaga oleh Hamdan Hj. Abu, Dewan Siswa
Soalan 2 : Pemahaman [ 35 markah ] Soalan 2 (a) :
Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunkan ayat anda sendiri. i.
Berikan maksud rangkai kata berfikiran positif
ii.
Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Program Latihan Khidmat Negara. [ 3 markah ]
iii.
Cadangkan empat usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menarik minat remaja menyertai Program Latihan Khidmat Negara? [ 4 markah ]
1103/2
[ 2 markah ]
SULIT
SULIT
1103/2
Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “ Minum nak,” ucap ibu Daneng sambil menghidangkan kopi itu dan ubi kayu rebus. Jo mengucapkan terima kasih lalu meneguk air kopi itu. Pandangan matanya menangkap kesederhanaan isi pondok itu. Tiada sebarang perabot moden di dalam rumah itu. Hanya beberapa buah bantal buruk dan sebuah almari usang memenuhi pondok besar itu. Bagi diri Jo, itu satu kekurangan tetapi Jo sedar bahawa tuan punya rumah tidak berpendapat begitu. Apa besarnya pada sebuah kerusi empuk ataupun kipas angin jika alam yang menghijau dianggap empunya. “ Pak cik ke mana?” “ Ke hulu untuk memancing. Kalau ada rezeki, dapatlah ikan. Sambil itu pak cik juga mencari petai. Kali ini, anak Jo mesti membawa pulang petai ke rumah.” Jo mengangguk. Dia teringat akan keenakan masakan iken haruan bukit dan petai hutan dara yang pernah dimakannya di rumah ini tidak lama dahulu. Air liurnya ditelan. Dalam kesederhanaan hidup yang sebegitu, masih hendak memberi sedekah. Di daerah satelit, hidup di pondok begitu sudah dianggap miskin. Sudah menjadi isu besar dalam media.Tetapi bagi orang- orang di sini, beginilah kehidupan. Tiada apa- apa yang perlu dikejar. (Dipetik daripada Cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’ Oleh Saroja Thvy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) ( i ) Berikan bukti- bukti yang menunjukkan bahawa keluarga Daneng hidup serba sederhana [ 2 markah ] ( ii ) Pada pendapat anda, apakah usaha- usaha yang boleh dilakukan untuk membantu masyarakat orang asli?. [ 4 markah ] ( iii ) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu lagi latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini. [ 4 markah ]
1103/2
SULIT
SULIT
1103/2
Soalan 2( c ) - Petikan Prosa Klasik Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka kata Laksamana, “Sungguh seperti katamu itu; pada hatiku pun demikianlah. Sayang engkau berdosa. Jika lain daripada dosa ini, tiada engkau mati, barang tipunya dayaku pun melepaskan juga engkau daripada mati.” Maka Hang Jebat pun menangis mendengar kata Laksamana demikian itu. Maka Laksamana pun menangis kasihan hatinya akan Hang Jebat. Maka kata Hang Jebat, “ Aku pun kerana melihat engkau dibunuh oleh Bendahara tiada dosanya; sebab itulah maka sakit hatiku. Akan istimewa aku pula orang permainan tiada akan dibunuhnya, kerana raja itu membunuh tiada dengan periksanya. Pada bicara hatiku, sedang engkau banyak kebaktianmu dan jasamu lagi dibunuhnya oleh raja, istimewa aku pula. Sebab pun kuperbuat demikian ini, sepala- pala nama jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu, rosak bawang ditimpa jambaknya; maka sempurnalah nama derhaka dan nama jahat.” Maka kata Laksamana, “ Sungguh seperti katamu itu, tetapi akan kita diperhamba raja ini hendaklah pada barang sesuatu pekerjaan itu bicarakan sangat- sangat, seperti kata orang tua- tua; Baik mati dengan nama baik, jangan hidup dengan nama yang jahat, supaya masuk syurga jemah.” ( Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat, Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan rosak bawang ditimpa jambaknya berdasarkan petikan di atas?. [2 markah ] ( ii )
Nyatakan mengapakah Hang Jebat sanggup menderhaka terhadap raja? [ 3 markah ]
( iii ) Pada pendapat anda, adakah wajar Laksamana Hang Tuah membunuh sahabat yang telah membelanya?. Berikan alasan anda. [ 3 markah ]
1103/2
SULIT
SULIT
1103/2
Soalan 2 ( d ) - Petikan Seloka Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SELOKA PAK KADUK Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk. Antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka (i)
Berikan contoh nasib malang Pak Kaduk yang berpunca daripada kebodohan dirinya. [ 3 markah ]
( ii )
Pada pendapat anda, apakah yang wajar dilakukan agar kita tidak sentiasa ditimpa nasib malang seperti Pak Kaduk?. [ 3 markah ]
( iii ) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka di atas. [ 3 markah ]
1103/2
SULIT
SULIT
1103/2 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan
(a)
Tulis satu ayat bagi tiap- tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i)
iring
( ii )
seiring
( iii ) mengiring ( iv )
beriring- iring
(v)
pengiring
( vi )
iringan [ 6 markah ]
(b)
Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (i)
Kebanyakan belia kampung itu telah berhijrah ke bandar besar.
( ii )
Dia akan membeli motokar baru kalau mendapat pinjaman daripada bank.
( iii ) Para pelajar boleh pergi ke kantin pada pukul 9.30 pagi. [ 6 markah ]
1103/2
SULIT
SULIT (c)
1103/2
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Media masa banyak datangkan kesan positif dan negatif kepada pembaca.
( ii )
Calun peperiksaan diminta oleh pengetua membuat kesediaan awal sebelum menduduki peperiksaan.
( iii ) Semasa berhimpun murid- murid diminta mencatit nota dalam buku masingmasing. [ 6 markah ] (d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa . Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan penggunaan tatabahasa . Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Kumpulan pulau karang itu sering dikunjungi pelancong- pelancong yang datang daripada luar negara.
( ii )
“ Tolong jangan buang sampah di bakul ini!” Pinta ketua tingkatan kepada rakan- rakannya.
( iii ) Sultan akan pergi ke majlis itu untuk menghadiahkan bintang- bintang kebesaran. [ 6 markah ] (e)
Tulis satu ayat dengan menggunakan setiap peribahasa atau cogan kata di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya dan penggunaannya. (i)
Yang bulat tidak datang bergolek, Yang pipih tidak datang melayang.
( ii )
Kepimpinan melalui tauladan
( iii ) Hidup kayu biar berbuah, Hidup manusia biar berjasa. [ 6 markah ]
1103/2
SULIT
SULIT
1103/2 Soalan 4 : Novel [ 15 markah ]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (i)
Terminal Tiga karya Othman Puteh.
(ii)
Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof.
(iii)
Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said.
(iv)
Bukit Kepong karya Ismail Johari.
(v)
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.
(vi)
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.
(vii)
Julia karya Hassan Morad.
(viii)
Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad.
(a.)
Jelaskan dua latar tempat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [ 7 markah ]
(b.)
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu kepincangan sosial dalam masyarakat bagi setiap novel tersebut. [ 8 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
1103/2
SULIT
SULIT
1103/2(PP)
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Oktober 2 ½ jam JABATAN PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009
BAHASA MELAYU Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa.Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.
Peraturan pemarkahan ini mengandungi 16 halaman bercetak
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP)
Markah penuh : 110 markah Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) isi - 20 markah (b) Bahasa - 10 markah (a) Isi [20 markah] Nota: (i) Panduan mengira perkataan. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: - nama khas - perkataan berulang - penggunaan kata sendi di dan ke - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran (ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. (iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa/sampai habis idea. (iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. Bahagian (i) Pendahuluan (ii) Isi Tersurat
Markah 4
5
Markah 2
6
7
8
9
10
11
12
10
9
8
7
6
5
4
16 (iii) Isi Tersirat (iv) Penutup/Kesimpulan
12 11
Jumlah Markah
2 20
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP)
Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Pengenalan [ 2 markah ] Petikan membincangkan tujuan/ objektif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara bagi remaja. Isi tersurat [ 4 hingga 12 markah ] 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Membentuk remaja berdisiplin tinggi. Dapat menerapkan semangat sayang akan negara. Sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kepentingan negara, Remaja bersedia dipanggil pada bila-bila masa seandainya negara berdepan dengan peperangan, kekacauan dan darurat. Integrasi nasional bertambah kukuh / perpaduan antara remaja pelbagai kaum semakin teguh. Para peserta akan disemai dengan amalan nilai murni yang penting dalam hidup bermasyarakat. Remaja berpeluang meningkatkan keyakinan diri dan sahsiah masing-masing sebelum memasuki institusi pengajian tinggi/menceburi bidang pekerjaan. Bukan untuk mendera remaja. Menggalakkkan remaja melakukan sesuatu dengan rela hati.
Isi tersirat ( 4 hingga 12 markah ) 1. 2. 3. 4 5. 6. 7. 8. 9.
Kos pelaksanaan tinggi. Kemudahan masih terhad di kem latihan. Remaja tidak berminat / mempunyai perancangan lain selepas SPM seperti bekerja sambilan, belajar komputer dll. Kekurangan jurulatih yang berpengalaman / berwibawa.. Masa latihan yang singkat untuk mencapai objektif program PLKN. Remaja tidak komited semasa mengikuti program. Remaja tidak bersedia dari segi fizikal dan mental. Remaja mempunyai komitmen lain seperti bekerja, berkahwin. Remaja tidak dapat menyesuaikan diri.
Kesimpulan ( 2 markah ) Program Latihan Khidmat Negara mestilah diteruskan demi melahirkan remaja yang berkualiti / proaktif.
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP)
(b) Bahasa [10 markah] Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut: Peringkat
Markah Isi 18-20 15-17
Markah Bahasa 9-10 7-9
Sederhana
12-14 8-11
6-7 4-6
Lemah
1-7
1-4
Baik
Huraian -Kesinambungan isi baik - Struktur ayat/tatabahasa baik - Kosa kata luas - Tanda bacaan/ejaan betul - Kesinambungan isi masih baik - Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan - Kosa kata masih memuaskan - Tanda bacaan/ejaan juga memuaskan - Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/tidak memuaskan
Nota : (i) (ii) (iii) (iv)
Jika bahasanya agak baik/ tanpa cacat cela, tambah 1 markah lagi. Jika bahasanya kurang memuaskan/ terlalu teruk, tolak 1 markah. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah. Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong. [Markah bahasa maksimum:10 markah]
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP)
Soalan 2 : Pemahaman Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 2(a) : 9 markah Soalan 2(b) : 9 markah Soalan 2(c) : 8 markah Soalan 2(d) : 9 markah Perhatian bagi soalan 2(a) hingga soalan 2(d) 1. Jawapan hendaklah emnggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna. 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks da jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1. Soalan 2 markah: DESKRIPSI -Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis -Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup -Jawapan salah
MARKAH 2 1 0
2. Soalan 3 markah: DESKRIPSI -Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis -Isi tidak cukup / lengkap , ayat gramatis -Isi cukup / lengkap, ayat kurang gramatis -Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis -Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan ayat gramatis
MARKAH 3 2 1 0
3. Soalan 4 markah: DESKRIPSI -Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis -Isi cukup dan lengkap/relevan dan ayat kurang gramatis -Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis -Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis -Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan ayat gramatis
MARKAH 4 3 2 1 0
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP)
Soalan 2 (a) – Petikan Umum (i)
Maksud - berpandangan baik
2 [Maksimum: 2 markah]
(ii)
Aktiviti-aktiviti - latihan asas ketenteraan spt penggunaan senjata dan berkawad 1 - khidmat bakti kepada mayarakat 1 - khidmat sosial seperti bergotong royong 1 [Maksimum: 3 markah]
(iii)
1 2 3 4 5 6 7
Kerajaan menjalankan kempen. Jabatan Khidmat Negara/ penganjur menyusun aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat remaja. Ibu bapa memberi galakan / sokongan. Media massa menyediakan artikel-artikel atau menguar-uarkan melalui iklan dll. Kaunselor sekolah memberi pendedahan atau maklumat tentang PLKN kepada murid. Kerajaan menambah insentif / elaun kepada pelatih PLKN. Peserta PLKN mendapat merit / bonus untuk memasuki IPTA / memohon pekerjaan.
Isi-isi lain yang sesuai boleh ‘dipayungkan’ kepada mana-mana isi di atas. [Maksimum: 4 markah ]
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP)
Soalan 2( b ) - Petikan Cerpen (i)
Bukti- bukti yang menunjukkan bahawa keluarga Daneng hidup serba sederhana - Tiada sebarang perabot moden di dalam rumah itu 1 - Terdapat beberapa buah bantal buruk dan almari usang 1 - Menyara keluarga dengan menangkap ikan dan mencari hasil hutan/ petai 1 [ Maksimum : 2 markah ]
( ii )
Usaha- usaha yang boleh dilakukan untuk membantu masyarakat orang asli? - Kerajaan boleh menyediakan kursus kemahiran/ kraftangan - Kerajaan boleh menyediakan tempat tinggal yang lebih sempurna/ frasarana - Kerajaan/ pihak swasta boleh memberikan bantuan modal untuk memulakan perniagaan / membuka ladang/ industri desa - Jabatan Orang Asli (JOA) / Kerajaan boleh memberikan motivasi/ semangat/ galakan / dorongan - Kerajaan boleh mendirikan sekolah di perkampungan orang asli - Kerajaan boleh memberi biasiswa kepada anak- anak orang asli. [ Maksimum: 4 markah ]
( iii ) Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu lagi latar masyarakat lain yang daripada keseluruhan Latar masyarakat dalam petikan cerpen; - Masyarakat yang menghormati tetamu Huraian : ibu Daneng menghidangkan air kepada Cikgu Jo - Masyarakat yang hidup dalam kesederhanaan Huraian : keadaan rumah Daneng yang serba sederhana - Masyarakat yang bergantung hidup kepada hasil- hasil hutan/ sumber alam semula jadi Huraian: bapa Daneng bekerja mencari petai dan menangkap ikan - Masyarakat yang pemurah/ suka bersedekah Huraian : ibu Daneng membekalkan petai kepada Cikgu Jo sebagai buah tangan. Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen; - Masyarakat yang sangat mencintai alam sekitar . Huraian: Mereka menganggap seluruh hutan belantara merupakan milik mereka yang diwarisi sejak zaman – berzaman. - Masyarakat yang tidak mementingkan pelajaran anak- anak. Huraian : ayah dan ibu Daneng tidak berusaha memujuk atau menasihati Daneng supaya meneruskan persekolahannya. 1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP)
Masyarakat yang mengenang jasa. Huraian : Daneng tetap mengingati Cikgu Jo walaupun telah berjaya. Masyarakat yang bertanggungjawab Huraian : Cikgu Jo memujuk Daneng agar menyambung persekolahan agar dapat berjuang mempertahankan hutan. Masyarakat yang bijak Huraian : Daneng berjaya dalam pelajaran dan menjadi orang yang penting dalam bidang perhutanan [ Maksimum: 4 markah ] Soalan 2 ( c ) - Petikan Prosa Klasik (i ) Dimaksudkan dengan rosak bawang ditimpa jambaknya berdasarkan petikan - Seseorang yang menyusahkan kaum keluarganya akibat perbuatannya sendiri. [ Maksimum: 2 markah ] ( ii ) Hang Jebat sanggup menderhaka terhadap raja kerana : - Ingin menuntut bela atas kematian Laksamana - Marah terhadap tindakan raja yang membunuh Laksamana tanpa usul periksa - Bertanggungjawab untuk menentang segala bentuk kezaliman yang dilakukan oleh Raja - Kecewa kerana orang yang benar- benar bersalah tidak menerima sebarang hukuman - Bendahara membunuh Hang Jebat yang tiada dosanya menyebabkan Hang Jebat merasa sakit hati - Tindakan tidak adil kerana Hang Tuan banyak jasa, istimewa Hang Jebat pula. [ Maksimum: 3 markah ] ( iii ) Wajar Laksamana Hang Tuah membunuh sahabat yang telah membelanya - Terpaksa membunuh Hang Jebat kerana kesetiaannya terhadap raja yang tidak berbelah bagi - Tidak boleh bertolak ansur terhadap perbuatan Hang Jebat yang menderhaka terhadap Sultan - Hanya sekadar menurut perintah taat setia terhadap raja - Tidak mahu menderhaka Tidak wajar kerana - Patut membalas jasa sahabatnya yang cuba menegakkan kebenaran. - Lebih mengenal hati budi Hang Jebat kerana sudah lama bersahabat - Laksamana sendiri mengakui bahawa Hang Jebat tidak pernah menderhaka terhadap Sultan sebelum ini. - Mengaku bersaudara - Negara kehilangan pahlawan yang hebat - Hang Jebat banyak berjasa kepada negara [ Maksimum: 3 markah ]
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP)
Soalan 2 ( d ) - Petikan Puisi (i ) contoh nasib malang Pak Kaduk yang berpunca daripada kebodohan dirinya. -
Kampungnya tergadai Pulang ke rumah dalam keadaan kebuluran Belayar semasa kematian angin Berlabuh semasa angin bertiup Mudik ketika air surut Menongkah ketika air pasang Membunuh isteri sendiri [ Maksimum : 3 markah ]
(ii ) wajar dilakukan agar kita tidak sentiasa ditimpa nasib malang seperti Pak Kaduk -
Berfikir sebelum bertindak Menuntut ilmu Meminta nasihat orang Berusaha dengan gigih Berhijrah
( iii ) tiga persoalan yang terdapat dalam Seloka -
Nasib malang akan menimpa seseorang yang tidak berhati- hati Perbuatan yang keterlaluan merugikan diri sendiri Ketiadaan ilmu pengetahuan akan memusnahkan diri sendiri.
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP) Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada : Soalan 3(a) Soalan 3(b) Soalan 3( c ) Soalan 3(d) Soalan 3(e) Soalan 3(f)
: 6 markah : 6 markah : 6 markah : 6 markah : 6 markah : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3 (a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak 2/3 markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. perkataan berkenaan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 1 markah. 6. Jika memberikan makna dan tepat maksudnya,berikan markah penuh 1 markah. 7. Ayat yang dibina seperti 1 ayat, tetapi sebenarnya lebih,tolak ½ markah bagi setiap ayat. 8. Jika semua frasa digunakan sebagai satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat, 9. Boleh mengggnnakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 10. Isi tidak jelas, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 11. Isi tidak logik, berikan 0 markah. 3 (a)
(i) ( ii ) ( iii ) ( iv ) (v) ( vi )
iring – ikut,turut; darah, lambung, samping, sisi ( diambil gambar ) seiring- bersama- sama berjalan(bergerak ,terbang dll ),sekali, serentak mengiring- menemani untuk mengawal dll, menyertai, mengikuti. beriring- iring- berjalan berjajar- jajar( itik) , berjalan berturut- turut, pengiring- orang dll yang mengiring, pengikut, peneman( orang- orang muda ....baginda) iringan- yang mengiring( mengikuti, menyertai): lagu dengan ..Orkestera, [ Maksimum: 6 markah ]
1103/2(PP) SULIT
SULIT (b)
1103/2(PP)
Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)Ke bandar besar kebanyakan belia kampung itu telah berhijrah Telah berhijrah ke bandar besar kebanyakan belia kampung itu (ii)- Akan membeli motokar baru dia, kalau mendapat pinjaman daripada bank. Kalau mendapat pinjaman daripada bank , akan membeli motokar baru dia (iii)- Boleh pergi ke kantin para pelajar pada pukul 9.30 pagi. - Pada pukul 9.30 pagi boleh pergi ke kantin para pelajar. [ Maksimum: 6 markah ] (c) Satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. (i)
Media masa - Media Massa Datangkan - mendatangkan
( ii)
calun – calon Kesediaan – persediaan
(iii)
Berhimpun – perhimpunan Mencatit - mencatat [ Maksimum: 6 markah ]
( d)
Satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa . (i)
Kumpulan Daripada
– -
(ii)
Tolong jangan – Di dalam –
( iii) pergi – Menghadiahkan –
Gugusan dari tolong / jangan ( salah satu) ke dalam mencemar duli/ berangkat menganugerahkan [ Maksimum: 6 markah ]
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP)
(e) Satu ayat dengan menggunakan setiap peribahasa atau cogan kata di bawah (maksudnya) ; ( i ) Yang bulat tidak datang bergolek, Yang pipih tidak datang melayang. Maksud: Sesuatu kejayaan itu tidak datang dengan sendirinya, jika tidak dengan usaha yang gigih. ( ii ) Kepimpinan melalui teladan Maksud: Pemimpinlah yang dijadikan contoh oleh orang yang dipimpinnya. Maksud: Menggambarkan kesungguhan pemimpin menampilkan unsurunsur positif agar menjadi ikutan rakyat. ( iii ) Hidup kayu biar berbuah, Hidup manusia biar berjasa. Maksud: Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat. [ Maksimum: 6 markah ]
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP) Soalan 4 Markah penuh 15 markah
Panduan pemarkahan bagi Soalan 4 (a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. iii) Beri 1 markah bagi penyataan /isi yang tepat. iv) Beri 1 markah bagi setiap huraian yang tepat/jelas. v) Markah isi maksimum, 4 markah. vi) Markah bahasa maksimum 3 markah. vii) Markah bahasa diberi secara impression. Baik : 3 markah Sederhana : 2 markah Lemah : 1 markah viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. ix) Calon tidak menjawab, 0 markah [ maksimum 7 markah]
(b)
i) ii) iii) iv) v) vi) vii)
viii) ix)
Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipel Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. Beri 1 markah bagi penyataan /isi yang tepat. Beri 2 markah bagi setiap huraian yang tepat/jelas. Markah isi maksimum, 6 markah. Maksimum 3 markah bagi setiap novel. Markah bahasa maksimum 2 markah. Markah bahasa diberi secara impression. Baik : 2 markah Lemah : 1 markah Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. Calon tidak menjawab, 0 markah [ maksimum 8 markah]
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP) Soalan 4(a) Latar tempat
Tempat ( 1m ) Negeri Melaka / Merlimau Sebuah pulau kecil
Shelter Rumah Syed Fikri Kubu lama
Kerusi tunggul / tepi pantai Kem tentera atau berek
Kampung nelayan
Perhentian bas Kubur Tuk Marzuki Busut tepi pantai Jambatan Kedai todi
Tempat ( 1 markah ) Puncak Gunung Tahan
Kubur Tuan William
Bilik khazanah Gua
Di Hadapan Pulau Huraian / contoh ( 1 markah ) Kampung Tuk Marzuki, Rukiah, Mustaffa Pulau misteri yang ingin dikunjungi Aziz, / Pulau Jakun-terdapat seorang Jakun yang sakti. Tempat persembunyian penduduk kampung ketika serangan bom Tempat Aziz menemui Syed Fikri dan menolongnya menanam sayur. Tempat Aziz dan Afidah mencari makanan / tempat Aziz menemui Rosiah bersamasama seorang sojar. Tempat Zubir menunggu Raihan Tempat tentera Jepun menahan orang kampung -Tempat tinggal tentera Australia Tempat tinggal Aziz, Tuk Marzuki, Afidah Zubir dll. Terdapat gerai, sekolah, kedai kopi dll Terdapat sebuah gerai mamak Tempat Afidah menangisi nasibnya yang sebatang kara Tempat Aziz, Afidah menemui Kapten Hebat memakan Mok Meng Tempat pemeriksaan oleh askar Australia Tempat penduduk kampung meminum todi Tempat Aziz, Afidah bekerja mengambil upah membeli todi Putera Gunung Tahan Huraian / contoh ( 1 markah ) Tempat penginapan Ratu Bongsu -Kawasan yang diserang oleh kapal terbang Inggeris Tempat Mem William mencurah perasaan kesal dan dendamnya terhadap kematian Tuan William Tempat Tuan William terkunci dan mati semasa serangan kapal terbang Inggeris Tempat Tuan William dan Tuan Robert
1103/2(PP) SULIT
SULIT
Kawasan hutan / kaki Gunung Tahan
Sungai
Kg. Rimau Putih/ perkampungan orang Sakai Kg Pulau Tawar Kota London
1103/2(PP) berteduh semasa hujan lebat Tempat Tuan William dan Tuan Robert bersama 2 orang petunjuk meredah hutan untuk ke puncak Gunung Tahan Terdapat di dalam hutan- digunakan oleh perempuan tua ketika melarikan diri di dalam hutan Tempat tinggal perempuan tua di dalam hutan - tempat Tuan Robert ditahan Tempat perempuan tua melarikan diri daripada orang Inggeris Tempat asal Tuan Robert, Tuan William, Mem William
4(b) Kepincangan sosial dalam masyarakat. Di Hadapan Pulau 1. Penceraian ibu bapa Afidah terpaksa tinggal bersama-sama Tuk Marzuki setelah ibu bapanya bercerai. 2. Suami tidak bertanggungjawab terhadap isteri Budin selalu memukul isterinya Joyah dan mabuk-mabuk apabila pulang ke rumah. - Syed Zuhri berkahwin-cerai dan tidak bertanggungjawab terhadap isteri-isterinya. 3. Tidak mengamalkan ajaran agama Islam. Budin sering mabuk dan suka berjudi. Ada kalangan masyarakat kampung meminum todi. 4. Gadis sanggup menggadai maruah. - Rosiah menggadai maruah bersama-sama seorang sojar untuk mendapatkan makanan. - Taksiah sering menggoda sojar untuk mendapatkan pekerjaan. 5. Menipu dalam perniagaan. - Syed Zufri menipu penduduk kampung ketika menjual minyak attar dan tanah.
1103/2(PP) SULIT
SULIT
1103/2(PP)
6. Suka mencuri -Penduduk kampung mencuri tanaman yang ditanam oleh Aziz dan Syed Fikri. - Air perigi juga dicuri. Putera Gunung Tahan 1. Menghina agama orang lain -Tuan Robert menghina agama Islam yang diajar oleh perempuan tua kepada orang-orang sakai. 2. Kecurangan isteri - Mem William curang bersama-sama seorang pemuda ketika Tuan William berada di Tanah Melayu 3. Sikap tamak masyarakat. - Tuan Robert dan Tuan William sanggup menggadai nyawa untuk mendapatkan wang 5 ribu paun bagi mendapatkan Puncak Gunung Tahan. 4. Tidak mengamalkan agama Islam - Tg. Aishah mengandung anak luar nikah akibat pergaulan bebas - Orang Melayu memasuki gereja, membela anjing dan meletakkan patung di dalam rumah. 5. Bersikap belot / mementingkan diri sendiri. - Pegawai muda sanggup menjadi tali barut dan pak turut Inggeris untuk mendapatkan pangkat dan kemewahan diri. - Pengikut-pengikut perempuan tua meninggalkannya yang sarat mengandung di dalam hutan ketika mereka melarikan diri daripada Inggeris.
PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT
1103/2(PP) SULIT