1
JABATAN PELAJARAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
UJIAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 SEJARAH Kertas 1 Ogos 1¼ jam
21/1
Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C, dan D.
Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan. 4. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang
tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan anda yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 18 halaman bercetak
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
2
1
Rajah 1 menunjukkan salah satu kaedah lisan dalam pengkajian Sejarah. Mitos Sastera rakyat
Lagenda X Rajah 1
Apakah X? A Pengisahan B Lakonan pentas C Puisi-puisi lama D Ucapan pemimpin 2
Dialog berikut mungkin berlaku di sebuah sekolah. Murid : Cikgu, apakah kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Paleolitik? Cikgu : Mereka mengamalkan animisme. Apakah yang dimaksudkan dengan animisme? A Kehidupan selepas mati B Pemujaan roh nenek moyang C Setiap benda mempunyai semangat D Pengebumian bersama bekalan makanan
3
Maklumat berikut menunjukkan kerajaan awal di Asia Tenggara.
Angkor Funan
Apakah asas kegiatan ekonomi kerajaan tersebut? A Pertanian B Perikanan C Perdagangan D Perlombongan
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
3
4
Rajah 2 berkaitan dengan pemilihan Melaka sebagai sebuah kerajaan oleh Parameswara. Perairan yang strategik Faktor-faktor
Terlindung dari tiupan angin monsun
x Rajah 2 Apakah X? A Mengekalkan budaya tempatan B Memiliki pertahanan semulajadi C Memenuhi kehendak pembesar negeri D Mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi 5
Pernyataan berikut berkaitan hubungan Melaka dengan negara luar. Parameswara telah menjalin hubungan diplomatik dengan China Mengapakah Parameswara bertindak sedemikian? A Mengawal kegiatan lanun B Menerima bantuan ketenteraan C Mendapat pengiktirafan kedaulatan D Menyeragamkan pentadbiran tempatan
6
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha pemerintah menambahkan pendapatan kerajaan pada abad ke-15.
Melaka
untuk
Peratus cukai yang tertentu dikenakan kepada pedagang mengikut tempat asal pedagang. Apakah sistem cukai tersebut? A Berkanun B Keuntungan C Pendapatan D Berkeutamaan
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
4
7
Senarai berikut merujuk kepada cara-cara perluasan kuasa Melaka pada kurun ke-15? Penaklukan Kerelaan sendiri X Apakah X? A Persaingan kuasa B Penerokaan daerah C Perkahwinan politik D Pertukaran wilayah
8
Jadual 1 merujuk kepada kedatangan Portugis ke Melaka. Tahun Peristiwa 1509 Kedatangan Lopez de Sequeire Jadual 1 Apakah tujuan ketibaan beliau? A Memonopoli perdagangan B Membina kubu pertahanan C Menjalin hubungan diplomatik D Meningkatkan kemahiran pelayaran
9
Pernyataan berikut menunjukkan Sultan Mahmud Syah menolak tuntutan Portugis. Enggan membebaskan tawanan dan membayar ganti rugi Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Melaka? A Perebutan kuasa B Kejatuhan kerajaan C Kebangkitan rakyat tempatan D Perpindahan pusat pentadbiran
10
Rajah 3 menunjukkan hasil karya zaman kegemilangan Johor pada kurun ke-17. Hikayat Hang Tuah Karya X Rajah 3 Apakah X ? A Hikayat Johor B Tuhfat al Nafis C Sejarah Melayu D Salasilah Melayu
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
5
11
Pernyataan berikut menunjukkan campur tangan Bugis di Johor. Orang Bugis bersetuju membantu Raja Sulaiman secara bersyarat Apakah syarat tersebut? A Diiktiraf sebagai Bendahara B Menguasai laluan Selat Melaka C Dilantik sebagai Yamtuan Muda D Mengetuai Angkatan Perang Johor
12
Pada tahun 1765, Sultan Terengganu telah menghantar bunga emas kepada Siam. Apakah tujuan baginda berbuat demikian? A Mempunyai kekayaan negeri B Mengukuhkan amalan tradisi C Menghargai sumbangan rakyat D Menjalin hubungan persahabatan
13
Apakah tujuan hukuman yang dijatuhkan dalam Adat Temenggung? A Pemulihan B Pengajaran C Pencegahan D Pemeliharaan
14
Senarai berikut berkaitan dengan peralatan tradisional yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu.
Serkap Tanggul Tangguk
Peralatan tersebut sering digunakan ketika A berjual beli B menangkap ikan C berburu binatang D membuat kraf tangan 15
Maklumat berikut merupakan kepercayaan masyarakat di Sabah. Mematuhi undang-undang adat untuk mengelakkan wabak penyakit, bencana alam dan kerosakan tanaman. Suku kaum manakah yang mengamalkan kepercayaan tersebut? A Murut B Bajau C Bidayuh D Kadazandusun
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
6
16
Pernyataan berikut menunjukkan tindakan Sultan Kedah pada tahun 1800. Sultan Dziauddin telah menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith Mengapakah baginda berbuat demikian? A Melicinkan pentadbiran B Meningkatkan ekonomi C Memerlukan ketenteraan D Memajukan perhubungan
17
Jadual 2 menunjukkan perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat. Tahun 1 April 1867
Peristiwa Pentadbiran Negeri-negeri Selat Pejabat Tanah di London
berpindah
ke
Jadual 2 Apakah status Negeri-negeri Selat berikutan perkembangan tersebut? A Tanah Jajahan B Tanah Naungan C Negeri Merdeka D Negeri Berdaulat 18
Senarai berikut merupakan kawasan tumpuan pelabur Eropah pada kurun ke-19.
Kerling, Selangor Kelian Pauh, Perak Sg. Lembing, Pahang
Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan tersebut? A Pertanian B Perikanan C Perdagangan D Perlombongan 19
Dialog berikut mungkin berlaku di Larut pada tahun 1848. Ngah Ibrahim : Saya perlukan bantuan tuan di Larut. Kapten Speedy : Baiklah, saya bersedia membantu. Mengapakah langkah tersebut diambil? A Menamatkan pergaduhan B Memajukan perlombongan C Menasihati dalam pentadbiran D Menggubal perlembagaan negeri
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
7
20
Jadual 3 berkaitan dengan perjanjian antara British dan Siam. Tahun 1902
Peristiwa Perjanjian Pengisytiharan British Siam
Jadual 3 Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Negeri-negeri Melayu Utara? A Mempunyai Residen B Menjadi naungan Siam C Mendapat bantuan ketenteraan D Memberi konsesi kepada kuasa asing 21
Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Kangcu. Diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim pada tahun 1833. Bagaimanakah sistem tersebut memberi kemajuan kepada Johor? A Memelihara kemerdekaan B Meningkatkan pendapatan C Menyatupadukan penduduk D Mewujudkan bandar-bandar baru
22
Dialog berikut mungkin berlaku di Johor pada awal kurun ke-20. Sultan Ibrahim
:
Dato‟ Abdul Rahman Andak:
British mencadangkan supaya meminjam 200,000 dolar untuk membina landasan keretapi. Lebih baik Tuanku tidak mengambil pinjaman tersebut.
Mengapakah Dato‟ Abdul Rahman berpandangan sedemikian? A Mengukuhkan kekayaan B Mengelakkan perbalahan C Mengutamakan pendidikan D Mengekalkan kedaulatan negeri 23
Maklumat berikut menunjukkan tindakan James Brooke semasa mengadap Sultan Brunei pada tahun 1842. Datang bersama angkatan tentera laut yang diketuai oleh Edward Belcher. Mengapakah James Brooke bertindak sedemikian? A Menamatkan pemberontakan B Mengesahkan kedudukannya C Menghapuskan kegiatan lanun D Mengawal kemaraan kuasa asing
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
8
24
Senarai berikut merujuk jabatan baru yang ditubuhkan semasa pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak.
Jabatan Polis Jabatan Kastam Jabatan Kehakiman
Apakah tujuan jabatan tersebut ditubuhkan? A Melicinkan pentadbiran B Menjimatkan perbelanjaan C Menyeragamkan pemerintahan D Mengukuhkan pengaruh tempatan 25
Mengapakah Charles Brooke tidak menggalakkan pembinaan sekolah suku kaum Dayak? A Menerima tentangan rakyat B Menghadapi masalah kewangan C Mengekalkan cara hidup tradisional D Mewujudkan pentadbiran rakyat tempatan
26
Peta 1 menunjukkan Sabah dibahagikan kepada beberapa daerah oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
Peta 1 Apakah tujuan pembahagian daerah tersebut? A Memajukan bidang pertanian B Mewujudkan keamanan negeri C Memudahkan urusan pentadbiran D Mengukuhkan kemajuan perdagangan
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
9
27
Dialog berikut merujuk tindakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) terhadap rakyat tempatan di Sabah. Petani A : Kita dipaksa membayar cukai. Petani B : Cukai tanah, kepala, lesen perahu dan senjata. Mengapakah tindakan tersebut diambil oleh SBUB? A Mengukuhkan kuasa B Menarik pelaburan asing C Meningkatkan hasil eksport D Mengatasi masalah kewangan
28
Gambar 1 adalah „Skuad Terbang‟ yang ditubuhkan di Sabah pada tahun 1900.
Gambar 1 Siapakah yang mengganggotai pasukan tersebut? A Penduduk tempatan B Pegawai anak negeri C Sukarelawan tempatan D Pegawai polis tempatan 29
Mengapakah ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak pada kurun ke-19? A Galakan pemerintah B Permintaan meningkat C Kemasukan buruh cina D Pelaburan syarikat tempatan
30
Jadual 5 berkaitan dengan perkembangan perlombongan. Tahun 1934
Peristiwa Perjanjian Majlis Bijih Timah Antarabangsa Jadual 5 Apakah tujuan perjanjian tersebut ditandatangani? A Meneroka kawasan baru B Menambahkan pengeluaran C Meningkatkan cukai eksport D Menstabilkan harga pasaran
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
10
31
Jadual 6 menunjukkan pengasingan kaum di Tanah Melayu mengikut pekerjaan pada awal kurun ke-20. Kaum Melayu India Cina
Kegiatan Pertanian Perladangan Perlombongan Jadual 6 Apakah kesan daripada keadaan tersebut? A Mewujudkan kestabilan politik B Meningkatkan jurang ekonomi C Menggalakkan kerjasama kaum D Mengukuhkan pendapatan rakyat 32
Gambar 2 menunjukkan pengikut Dol Said menentang pasukan Kapten Wylie dalam Perang Naning pada tahun 1831.
Gambar 2 Apakah faktor kejayaan Dol Said dalam perang tersebut? I Menggunakan senjata moden II Menerima bantuan pembesar III Menggunakan taktik perang gerila IV Mendapatkan bantuan kewangan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 33
Pernyataan berikut merujuk hukuman terhadap pembesar tempatan di Perak. Dato‟ Maharaja Lela telah digantung sampai mati Apakah rumusan terhadap tindakan British tersebut? A Kegigihan pemerintah B Keangkuhan penjajah C Keberanian pembesar D Kepelbagaian hukuman
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
11
34
Jadual 8 menunjukkan gerakan nasionalisme pada awal kurun ke-20. Negara Mesir Turki
Gerakan Islah Pan-Islam
Jadual 8 Apakah persamaan yang terdapat pada gerakan tersebut? A Menaikkan amalan cukai B Menentang penjajahan asing C Menghapuskan sistem feudal D Memutuskan hubungan diplomatik 35
Kaum Muda menggunakan akhbar untuk menyebarkan idea pemulihan Islam di Tanah Melayu pada awal kurun ke-20. Apakah akhbar yang digunakan oleh golongan tersebut? A Al-Imam B Neracha C Pengasuh D Lidah Benar
36
Jadual 9 berkaitan dengan kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialis. Tahun 1895
Peristiwa Memenangi Perang China-Jepun Pertama Jadual 9
Mengapakah Negara China menjadi sasaran awal perluasan kuasa Jepun? A Meluaskan pasaran baru B Memiliki modal yang besar C Menjamin bekalan tenaga kerja D Menjadi model pasaran perindustrian
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
12
37
Peta 2 merujuk kepada kawasan kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya.
Peta 2 Apakah tujuan Jepun mengadakan rancangan tersebut? A Mempelbagaikan budaya B Memantapkan pentadbiran C Mengukuhkan kuasa politik D Mewujudkan kawasan ekonomi 38
Gambar 4 berkaitan dengan lagu kebangsaan yang dinyanyikan pada setiap pagi ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Gambar 4 Apakah tujuan lagu tersebut dinyanyikan? A Menjalin hubungan diplomatik B Mewujudkan perpaduan kaum C Memajukan pendidikan negara D Memupuk kesetiaan kepada pemerintah
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
13
39
Senarai berikut berkaitan dengan pertubuhan yang muncul pada kurun ke-20.
Force 136 Gerila Kinabalu Askar Melayu Setia
Apakah persamaan pertubuhan tersebut? A Menyekat kemasukan imigran B Menentang penjajahan kuasa asing C Melaksanakan pentadbiran peralihan D Mewujudkan kerjasama antara negeri 40
Pernyataan berikut adalah antara kesan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Jepun di Tanah Melayu. Beras tidak dapat diimport dari Thailand dan Burma Apakah langkah Jepun untuk mengatasi masalah tersebut? A Menyediakan bantuan modal B Memberi latihan dalam pertanian C Memperkenalkan ekonomi kawalan D Mengadakan rundingan perdamaian
41
Tindakan berikut dilakukan oleh Parti Komunis Malaya ketika kekosongan politik di Tanah Melayu.
Membunuh sesiapa yang diangap bersalah Menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun
Apakah kesan daripada tindakan tersebut? A Mengisytiharkan darurat B Mewujudkan sekolah tentera C Mengawal kuasa politik peribumi D Menggalakkan ketegangan kaum
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
14
42
Rajah 5 berkaitan dengan pentadbiran Malayan Union pada tahun 1946. Kerakyatan Ciri-ciri
Gabungan negeri-negeri X Rajah 5
Apakah X? A Parlimen British B Pertubuhan Politik C Raja Berperlembagaan D Keistimewaan orang Melayu 43
Pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 menimbulkan rasa tidak puas hati oleh orang Melayu. Bagaimanakah orang Melayu menentang penubuhan tersebut? I Mendapatkan sokongan negara luar II Menubuhkan gerakan bersenjata III Menghidupkan persatuan Melayu IV Mengadakan demonstrasi secara aman A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
44
Maklumat berikut merujuk kepada kegiatan agresif Parti Komunis Malaya menjelang tahun 1935. Melancarkan mogok dan sabotaj Mengapakah tindakan tersebut dilakukan? A Melumpuhkan ekonomi B Menuntut kenaikan gaji C Membantah pembubaran parti D Menamatkan kebangkitan rakyat
45
Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah menyebabkan darurat diisytiharkan di seluruh negara. Apakah tujuan British mengisytiharkan darurat tersebut? A Menyusun semula masyarakat B Melindungi kepentingan ekonomi C Mengukuhkan kedaulatan negeri D Menubuhkan parti yang bersifat radikal
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
15
46
Senarai berikut berkaitan dengan Rancangan Briggs.
Gerakan kelaparan Kad catuan makanan Sistem pendaftaran kebangsaan
Apakah kesan rancangan tersebut? A Melumpuhkan gerakan komunis B Meningkatkan bilangan pegawai C Mengukuhkan pendapatan negeri D Mengurangkan kuasa pemerintah 47
Senarai berikut berkaitan dengan cadangan laporan pelajaran Tanah Melayu pada tahun 1950-an.
Mewujudkan sekolah umum Mewajibkan pendidikan rendah Membentuk sistem peperiksaan yang sama
Apakah laporan tersebut? A Laporan Razak B Laporan Barnes C Laporan Fenn-Wu D Ordinan Pelajaran 48
Maklumat berikut merujuk kepada agensi yang ditubuhkan oleh Dato‟ Onn Jaafar pada tahun 1951. Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) Apakah kepentingan agensi tersebut kepada orang Melayu ? A Meningkatkan taraf hidup B Memupuk kesedaran politik C Melatih pemimpin tempatan D Membuka penempatan baru
49
Senarai berikut menunjukkan tokoh yang telah berjasa kepada negara.
Tun Dr Ismail Dato‟ Nik Ahmed Kamil Tun Abdul Razak Hussein
Apakah sumbangan tokoh tersebut? A Mengasaskan Parti Negara B Mengganggotai Sistem Ahli C Mempertahankan hak peribumi D Menuntut kemerdekaan negara
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
16
50
Senarai berikut berkaitan dengan pindaan Suruhanjaya Reid pada tahun 1957.
Konsep Raja Berperlembagaan Agama Islam sebagai agama rasmi Pembahagian kuasa pusat dan negeri X
Apakah X? A Perjanjian pertahanan B Penguasaan perniagaan C Pemberian kerakyatan terbuka D Pembukaan kawasan petempatan 51
Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan negara dalam menggubal perlembagaan. Perlembagaan Merdeka 1957 melibatkan soal kerakyatan, bahasa dan agama. Apakah iktibar yang dapat diambil daripada kejayaan tersebut? A Bersatu ke arah wawasan B Bijaksana menyelesaikan masalah C Berbangga dengan budaya negara D Berkorban mempertahankan maruah bangsa
52
Rajah 6 menunjukkan perubahan pentadbiran di Sarawak. 1846 James Brooke sebagai Raja Sarawak
1946 Kerajaan British
Rajah 6 Bagaimanakah perubahan tersebut berlaku? A Menandatangani perjanjian merdeka B Melaksanakan pilihan raya umum C Menggunakan perundangan negeri D Memantapkan kuasa pembesar tempatan 53
Maklumat berikut menunjukkan tindakan masyarakat di Sarawak pada tahun 1947.
Tunjuk perasaan besar-besaran di Kuching Perhimpunan oleh 250 perwakilan bumiputera
Mengapakah tindakan tersebut diambil? A Menuntut kedaulatan negeri B Menentang monopoli ekonomi C Membendung perpecahan kaum D Menghapuskan ancaman komunis
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
17
54
Apakah persamaan tokoh-tokoh berikut? A B C D
Awang Rambli Morshidi Sidek Bujang Suntong
Menuntut diadakan pilihan raya Menggubal perlembagaan negeri Memimpin gerakan antipenyerahan Menguruskan pentadbiran tempatan
55
Apakah usaha British untuk mengukuhkan pentadbiran di Sabah sehingga tahun 1962? A Meminda perlembagaan negeri B Mengembalikan kuasa pembesar C Membentuk jawatankuasa perpaduan D Memperkenalkan parti mengikut kaum
56
Ucapan berikut berkaitan dengan idea penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961. “…Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak…” Apakah matlamat penubuhan persekutuan tersebut? A Menggubal perlembagaan negeri B Mengukuhkan keselamatan negara C Menubuhkan jawatankuasa perpaduan D Memenuhi tuntutan pemimpin masyarakat
57
Pernyataan berikut berkaitan dengan langkah ke arah pembentukan Malaysia. Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut? A Mengukuhkan perpaduan kaum B Melaksanakan pilihanraya awam C Mempertingkatkan kekuatan pertahanan D Mengadakan perbincangan antara pemimpin
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT
18
58
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan parti politik di Singapura. Parti Tindakan Rakyat (PETIR) menyokong pembentukan Malaysia Mengapakah parti tersebut menyokong pembentukan Malaysia? A Mengukuhkan kedudukan parti B Meningkatkan perpaduan kaum C Memulihkan ekonomi masyarakat D Memantapkan kawalan keselamatan
59
Jadual 10 adalah reaksi parti politik terhadap pembentukan Malaysia. Parti politik Pasok Momogun Parti Bersatu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Pendirian awal Menentang Menyokong bersyarat Menentang
Pendirian akhir Menyokong Menyokong Menyokong
Jadual 10 Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada reaksi tersebut? A Bijak merancang strategi B Berusaha kearah kejayaan C Berani membuat perubahan D Bertolak ansur dalam urusan 60
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang diambil oleh Indonesia terhadap Malaysia ketika peristiwa konfrontasi.
Melakukan pencerobohan Memutuskan hubungan diplomatik
Apakah usaha yang dilakukan untuk menangani peristiwa tersebut? A Mengadakan rundingan B Menggubal perlembagaan C Mewartakan kawasan hitam D Membawa masuk pemimpin luar
SOALAN TAMAT
21/1@Percubaan 2010 Hak cipta JPNWPKL
Lihat sebelah SULIT