1
NAMA : ________________________________ KELAS : ________________________________
SMK SERI BINTANG UTARA KUALA LUMPUR
PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013
1103/2
BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
Diperakukan oleh,
............................................... ( SRI DEVI PERATHIBA A/P SANJI) Ketua Panitia Bahasa Melayu
.................................... (YEO LAY HOON) Ketua Bidang Bahasa
.......................................
_____________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.
1103/2 © 2013 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMKSBU
[Lihat halaman sebelah
SULIT
2
Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah buli siber dan kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli siber. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Jumlah pengguna internet dan alat peranti komunikasi meningkat dengan mendadak dalam kalangan belia dan pelajar sekolah di negara kita. Seiring dengan perkembangan teknologi, laman sesawang sosial juga menjadi kegilaan dan fenomena dalam kalangan penggunanya. Walaupun memberikan faedah dan mempunyai kelebihan, pada masa yang sama, senario ini turut meningkatkan gejala buruk dalam alam siber, antaranya buli siber. Buli siber dapat diterjemahkan sebagai gangguan atau buli yang melibatkan golongan bawah umur menerusi aplikasi alat berteknologi seperti telefon, komputer, dan lain-lain. Buli siber berlaku apabila seseorang individu, biasanya dalam kalangan remaja atau kanak-kanak dibuli, diganggu, diugut atau dimalukan dalam internet. Ketika pelajar dan golongan belia menghabiskan banyak masa dalam alam siber, pembuli juga dapat mengakses begitu mudah kepada mangsa mereka. Sekiranya anda mendapati bahawa diri anda menjadi sasaran pembuli jangan menunjukkan reaksi marah. Pembuli hanya mahu melihat tindak balas mangsanya dan mereka akan berhenti membuli jika tidak mendapat tindak balas yang diharapkan. Seterusnya, sekat nombor telefon atau e-mel pembuli dengan menggunakan perkhidmatan pembekal perkhidmatan. Langkah ini boleh membantu pengguna internet menghindarkan diri daripada menerima sebarang e-mel atau pesanan ringkas yang boleh menyinggung perasaan. Menurut laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sejumlah lebih daripada 46 peratus pengguna internet di negara kita dilanda demam laman sosial seperti Friendster, MySpace, Xanga, Twitter atau Facebook. Laman rangkaian sosial telah menjadi kawasan titik panas bagi pembuli siber untuk mencuri identiti mangsanya. Mereka akan menjejaki setiap langkah anda di internet untuk belajar banyak tentang tabiat dan aktiviti pelayaran anda. Oleh itu, ubah suai tetapan (setting) laman sosial agar berada pada tahap yang selamat. Selain mencuri identiti dan kata laluan orang lain, pembuli siber juga menghasilkan laman sesawang untuk menentang seseorang atau menyebarkan fitnah. Contoh lain termasuk mengedar gambar yang memalukan untuk menjatuhkan maruah seseorang, hantar virus, bahan lucah atau e-mel sampah (spam) ke komputer orang lain. Sekiranya anda menerima sebarang bentuk gangguan, simpan bukti segala rekod pesanan ringkas, gambar atau perbualan. Adakalanya pembuli siber tidak dapat dihadapkan di mahkamah kerana pengadu tidak menunjukkan bukti yang kukuh.
1103/2 © 2013 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMKSBU
[Lihat halaman sebelah
SULIT
3
Jika pembuli siber ialah seorang remaja bawah umur dan anda mengenalinya, hubungi ibu bapa pembuli tersebut menerusi telefon untuk menjelaskan gangguan yang anda alami akibat tindakan anak mereka. Akhir sekali simpan kata laluan hanya untuk diri sendiri dan jika pembuli siber memberi ancaman keganasan atau seksual, pihak keluarga dan mangsa haruslah membuat laporan polis dengan segera. Mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98), pembuli siber boleh dikenakan tindakan jika disabitkan kesalahan dan boleh didenda RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. (Dipetik dan diubah suai daripada „ Antara Buli Siber dengan Gangguan Siber‟ Oleh Maslin Masrom, Dewan Siswa, April 2012)
Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)
Apakah maksud rangkai kata menyinggung perasaan ?
(ii)
Pengarang menyatakan beberapa aktiviti yang dilakukan oleh pembuli siber kepada mangsanya. Nyatakan aktiviti-aktiviti tersebut.
(iii)
[2 markah]
[3 markah]
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu menjadi pembuli siber?[4 markah]
1103/2 © 2013 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMKSBU
[Lihat halaman sebelah
SULIT
4
Soalan 2(b)- Petikan Prosa Moden Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. MU I
: Kami datang dengan satu misi suci yang didorong oleh rasa tanggungjawab moral yang kuat untuk memperingatkan makhluk bumi bahawa betapa situasi kini sudah mencapai tahap yang cukup kritikal ke arah kemusnahan.
SALMAH
: Mengapa memilih Malaysia?
MU II
: Malaysia kami pilih kerana mempunyai beberapa potensi yang boleh dimajukan untuk dijadikan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat.
CHANDRAN : Terima kasih atas penghormatan itu. Cuma satu saja yang saya ragu. Perkataan potensi yang saudara sebutkan itu membawa implikasi bahawa negara kami belum lagi mencapai taraf prestasi yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara membangun. Sedangkan kami rasa setiap keadaan dalam negara ini adalah terkawal dan membanggakan. MU I
: Itu perasaan saja. Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai sebuah negara model.
CHONG
: Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai sebuah negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional.
SALMAH
: Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan. (Dipetik daripada drama „Forum Remaja 2020‟ oleh Sharif Shaary dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah Chandran, Chong, dan Salmah begitu yakin bahawa Malaysia mampu untuk menjadi sebuah negara model? [2 markah]
(ii) Pada pandangan anda, selain untuk mewujudkan integrasi nasional, apakah kepentingan bahasa kebangsaan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia? [ 3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai murni yang lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [ 4 markah]
1103/2 © 2013 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMKSBU
[Lihat halaman sebelah
SULIT
5
Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka kata tuan puteri di dalam hati, “Bijaksana sekali Raja Indera Bumaya itu.” Maka kata tuan puteri, “Hai nuri, di manakah Raja Indera Bumaya itu sekarang?” Maka sahut nuri itu, “Ya tuanku tuan puteri, adapun baginda itu hampirlah datang ke negeri ini.” Maka tuan puteri pun berahilah hendak melihat akan Raja Indera Bumaya itu. Maka tuan puteri itu pun berkata, “Hai nuri, dapatkah engkau tunjukkan aku rupanya Raja Indera Bumaya itu?” Maka sahut nuri itu, “Dapatlah juga patik tunjukkan.” Maka nuri itu pun menyelit dada tuan puteri itu dengan sayapnya, maka kelihatanlah rupa Raja Indera Bumaya itu kepada tuan puteri itu. Syahadan, seketika itu maka nuri itu pun menjadi bunga yang sudah dikarang dengan cemerlang terlalu indah-indah rupanya. Setelah tuan puteri dan segala dayang-dayang melihat nuri itu menjadi bunga maka tuan puteri hairanlah seraya mengambil bunga itu lalu diciumnya. Setelah maka Raja Indera Bumaya pun mengembalikan dirinya yang sediakala duduk di kanan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Setelah dilihat oleh tuan puteri bunga itu menjadi seorang laki-laki terlalu elok parasnya dan sikapnya terlalu pantas, maka di dalam hati tuan puteri, “Inilah rupanya yang dikatakan oleh nuri, ini juga rupanya yang menjadi bayan ini dan nuri menjadi bunga.” Di dalam hati tuan puteri, “Bijaksana sekali-kali Raja Indera Bumaya ini.” Maka Raja Indera Bumaya pun mengembalikan dirinya seperti yang sediakalanya. (Dipetik daripada „Hikayat Langlang Buana‟ dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata terlalu elok parasnya.
[2 markah]
(ii) Nyatakan tiga peringkat perubahan diri Raja Indera Bumaya sebelum menjadi dirinya yang sebenar?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah keistimewaan Raja Indera Bumaya yang memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi?
1103/2 © 2013 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMKSBU
[3 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT
6
Soalan 2(d)- Gurindam Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Gurindam Tonggak Dua belas Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa. Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan. Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja. Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati jadi bekalan. Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati. Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan. Menjadi kewajipan menjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas. Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak membazir teliti saksama. Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan. Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif. Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara) Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka
1103/2 © 2013 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMKSBU
[Lihat halaman sebelah
SULIT
7
(i) Berikan maksud rangkap pertama “Gurindam Tonggak Dua Belas” .
[2 markah]
(ii) Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap dapat diteladani oleh rakyat bawahan? [3 markah] (iii) Nyatakan bentuk gurindam di atas.
[4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i)
dalam
(ii)
mendalam
(iii)
pedalaman
(iv)
lancar
(v)
melancar
(vi)
pelancaran
[6 markah]
(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya. Wan Nik Wan Nik Wan Nik Wan
: Nik, ikut saya ke kafe siber pada petang ini. : Awak hendak ke kafe siber untuk apa? : Saya hendak mencari maklumat tentang tokoh bahasa Melayu. : Awak hendak mencari maklumat itu mengapa? : Cikgu Faizah meminta saya menulis esei tentang tokoh bahasa Melayu. : Bukankah awak boleh dapatkan maklumat itu di perpustakaan sekolah? : Ya, tetapi saya hendak membaca maklumat daripada sumber lain. [6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1103/2 © 2013 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMKSBU
[Lihat halaman sebelah
SULIT
8
i.
Gambarajah itu menunjukan cara-cara untuk menanam cili dengan menggunakan teknologi moden.
ii.
Fesyen pakaian yang mencolok mata begitu digemar oleh sesetengah gulungan remaja pada masa ini.
iii.
Pihak polis telah menemui mayat yang tidak dikenali itu dalam keadaan mengerikan di pengkalan sungai. [6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Semenjak menghidap selesema demam, badan Salwa semakin surut dan matanya bertambah cengkung.
ii.
Para pekerja berbondong-bondong membina bangunan itu dari pagi hingga ke petang.
iii.
Kempen untuk melayangkan Jalur Gemilang seharusnya dijalankan secara berterusan dan tidak terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja. [6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut. (i)
Ah Chong begitu kecewa dan terlalu dukacita atas kematian isterinya yang menjadi mangsa peragut yang tidak berperikemanusiaan.
(ii)
Julia suka menceritakan keburukan orang lain sedangkan keburukan dirinya tidak disedari.
(iii)
Setelah tidak mendapat kasut hitam yang dicari-cari, Muthu mencari pula kasut berwarna coklat yang boleh digunakan sebagai ganti. [6 markah]
1103/2 © 2013 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMKSBU
[Lihat halaman sebelah
SULIT
9
Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir (vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(a) Pengarang sesebuah novel biasanya menggunakan karyanya sebagai medan untuk mengutarakan pelbagai kritikan sosial. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan kepincangan masyarakat dalam novel tersebut. [7 markah]
(b) Setiap novel mengandungi berbagai-bagai nilai murni yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menggambarkan nilai keprihatinan dalam novel-novel tersebut. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
1103/2 © 2013 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu SMKSBU
[Lihat halaman sebelah
SULIT