KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Tajuk
Topik
5.0
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Membuat penilaian terhadap bahan yang dimuat naik atau dimuat turun dari aspek etika dan kesan terhadap diri dan masyarakat
B. Kandungan Pengajaran 5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet 5.2 Kod Etika KPM 5.3 Undang-undang Siber 5.4 Privasi
1
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet 5.1.1 1
Kebaikan Internet Perkongsian Maklumat Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan had masa. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan sama ada digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Di internet, terdapat banyak enjin carian dan google.com, search.com dan yahoo.com adalah beberapa contoh enjin carian yang lazim digunakan.
2
Alat Komunikasi Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Internet merupakan alat komunikasi yang amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan
messenger
seperti
Yahoo,
Skype,
Gtalk
dan
Hotmail
telah
memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video yang membolehkan kita berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing hanya dengan menggunakan internet.
Alat komunikasi ini juga amat berguna
kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di serata dunia. Komunikasi antara setiap cawangan seluruh dunia dapat dijalankan hanya menggunakan Video Conferencing atau Tele-conference. 3
Jimatkan Kos dan Masa Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang tidak mengenakan sebarang caj. Manakala penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat atau perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference atau tele-conference. Mereka tidak perlu mengembara ke serata tempat untuk bermesyuarat.
2
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 4
Berita Terkini Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan surat khabar mempunyai laman web sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini sentiasa dikemas kini dan memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.
5
Promosi Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat. Internet bukan sahaja murah malah lebih berkesan kerana boleh diakses di seluruh dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program berkembar yang amat berkesan dan murah untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.
6
Hiburan Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton secara dalam talian dengan hanya melayari pelbagai laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat juga permainan (games) yang boleh dimainkan secara dalam talian bersama-sama dengan gamers dari serata dunia. Melalui internet terdapat juga hiburan lain seperti mendengar muzik dan berinteraksi dengan kawan-kawan baru di alam maya.
7
Pendidikan Secara Dalam Talian Pada masa kini terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh yang memerlukan perkhidmatan internet. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakukan secara dalam talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Disamping itu, keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara dalam talian.
8
Perkhidmatan Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna.
Contohnya, Maybank2u menawarkan perkhidmatan
perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang
3
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan, para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. 9
Sosial Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia secara maya. Antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui laman sosial, pengguna dapat berhubung dengan rakan-rakan lama, mewujudkan kumpulan-kumpulan pengguna daripada minat dan hobi yang sama dan mengemaskini aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat dan berkesan.
5.1.2 Keburukan Internet
1. Ketidaktepatan Maklumat Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet. Namun demikian, adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita hendak memastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk menabur fitnah bagi tujuan menjatuhkan pihak tertentu. Oleh yang demikian, kita mestilah bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.
2. Virus/Malware/Worm/Trojan Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus, malware, worm atau trojan. Pengguna internet perlu mempunyai pengetahuan tentang serangan virus, malware, worm atau trojan untuk memastikan komputer yang digunakan selamat daripada serangan virus dan data selamat daripada diceroboh. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita daripada serangan virus akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Virus, malware, worm atau trojan ini bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini akan
menyebabkan
kerosakan
kepada
sistem
komputer
seterusnya
akan
menganggu prestasi komputer dan juga rangkaian.
4
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
3. Bahan-Bahan yang Tidak Bermoral Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bermoral seperti gambargambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Bahan-bahan ini memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah didapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, perisian penapisan internet seperti Norton Family, DNS Angel, Bitdefender, Parental Controls, Family Safety dan lain-lain, perlulah dipasang di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka. 4. Isu Keselamatan Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, universiti, jabatan-jabatan kerajaan selamat daripada diakses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam pelayan-pelayan yang menyimpan data-data kita? Pelayan yang mudah digodam oleh para penggodam boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan dalam mengakses ke pelayan dan sistem sekuriti rangkaian haruslah dipertingkatkan serta dikemaskini dari semasa ke semasa. 5. Pembaziran Masa dan Melalaikan Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain permainan dalam talian, sembang maya dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah.
Aktiviti-
aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mestilah dihadkan. Laman sosial facebook sahaja mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh diguna seperti permainan dan sembang maya. Sesetengah syarikat menyekat akses ke laman tersebut kerana boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.
5
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 5.2 Kod Etika Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm) i.
Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2012 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (DKICT) KPM Versi 2.0. Dasar ini bertujuan menerangkan peraturan-peraturan yang mesti dibaca, difahami dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pekeliling ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
ii.
Garis Panduan Penggunaan dan Pengurusan E-Mel Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Garis panduan ini berkenaan dengan panduan penggunaan dan pengurusan e-mel KPM di sediakan bagi tujuan sebagai panduan penggunaan dan pengurusan e-mel semua bahagian khususnya dalam pengurusan penghantaran dokumen melalui emel.
Garis
panduan
ini
boleh
dicapai
melalui
pautan
http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict iii.
Garis Panduan Norma Agihan dan Tatacara Penggunaan Bagi Capaian Internet, E-Mel dan Broadband Tanpa Wayar Bagi Tujuan Pengurusan dan Pentadbiran KPM. Tujuan kertas ini untuk menyediakan satu garis panduan berkaitan norma pengagihan dan tatacara penggunaan bagi capaian internet, e-mel rasmi dan broadband tanpa wayar (wireless broadband) bagi kakitangan pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Garis panduan ini boleh dicapai
melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
iv.
Surat Pekeliling ICT Bil. 2/2014 – Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia Surat Pekeliling ini bermaksud memberi panduan kepada Ketua-Ketua Bahagian, Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia.
Surat
Pekeliling
ini
boleh
dicapai
melalui
http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
6
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 v.
Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman web/ Portal Kementerian Pelajaran Malaysia Surat pekeliling ini bermaksud memberi garis panduan kepada ketua-ketua Jabatan/ Bahagian untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman web/portal Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
5.3 Undang-Undang Siber Malaysia telah meletakkan asas yang kukuh pada pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut: i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998. Iii Akta Tandatangan Digital 1997. Iv Akta Jenayah Komputer 1997. v. Akta Teleperubatan 1997.
i.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia.
Ia
menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber). Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tidak ada tapisan dalam internet di bawah Seksyen 3(3). Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (kini komponen komunikasi dikeluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).
ii.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta ini membolehkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa perlesenan terhadap spektrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.
7
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 iii.
Akta Tandatangan Digital 1997. Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang.
Kelulusan undang-
undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.
iv.
Akta Jenayah Komputer 1997. Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer.
Akta ini
memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya. v.
Akta Teleperubatan 1997 Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.
vi.
Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997. Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk.
Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui
internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta. vii.
Akta Perdagangan Elektronik 2006 Akta Perdagangan Elektronik 2006 mengiktiraf dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara elektronik tetapi pada masa yang sama tidak menghalang transaksi secara konvensional. Dengan adanya penentuan sah, perkara itu akan memberi keyakinan kepada masyarakat secara umum untuk membuat transaksi secara elektronik. Akta ini turut menekankan aspek pelindungan pengguna itu penting bagi memastikan pengguna secara amnya mempunyai keyakinan untuk menjalankan transaksi secara elektonik.
8
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 viii.
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan Antara Kerajaan dengan orang awam. Urusan-urusan seperti permohonan lesen, permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerajaan dapat dijalankan secara elektronik untuk memudahkan urusan. Akta ini mengiktiraf pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik seperti pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet atau Kiosk contohnya MyEG.
5.4 Privasi 5.4.1 Secara umumnya privasi dalam penggunaan internet melibatkan: i.
Perlindungan data Teknologi terkini termasuk enkripsi data digunakan untuk melindungi data yang dihantar dan mematuhi kepada piawaian keselamatan yang ketat bagi menghalang capaian yang tidak dibenarkan daripada di akses.
ii.
Keselamatan data Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
5.4.2 Isu-isu berkaitan privasi i.
Isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna. keselamatan
melibatkan
aksi
pencerobohan
(intrusion)
terhadap
Bagi isu sistem
maklumat, merosakkan atau membuat perubahan terhadap sistem. ii. Penyebaran virus menerusi sistem internet. iii. Isu pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat. iv. Isu spamming iaitu email masuk memenuhi store penyimpanan data tanpa perlu pengesahan. v. Berkaitan fungsi ticker, subscribe dan timeline dalam facebook yang membenarkan perkongsian data tanpa perlu pengesahan.
9
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET