KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Topik
3.0 PROTOKOL
A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Mengetahui definisi TCP/IP 2. Menerangkan tentang alamat IP 3. Mengetahui perbezaan antara DCHP dan IP Tetap B. Kandungan Pengajaran 3.1 Definisi TCP/IP 3.2 Penerangan tentang alamat IP 3.3 Perbezaan antara DCHP dan IP Tetap
1
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
3.1
Definisi Tcp/Ip
Protokol Internet (IP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada asasnya adalah set peraturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi dengan rangkaian lain dalam penghantaran data antara komputer.
Bagaimana Data Dapat di Hantar Melalui Internet? Data dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil yang dikenali sebagai paket, ini membolehkan pergerakan data lebih efisien melalui Internet. Data-data ini mungkin terdiri daripada mesej dalam e-mel, fail dan sebagainya. Paket yang diterima akan dikumpulkan semula dalam susunan yang betul menjadi data. Bagi TCP/IP laluan di mana paket dihantar melalui Internet adalah tidak penting. Sekiranya mesej dihantar ke Korea, paket yang pertama mungkin melalui Thailand, manakala paket kedua mungkin melalui laluan satelit China. TCP/IP akan memastikan bahawa paket sampai ke lokasi yang dituju dengan betul dan disusun semula walaupun paket pertama sampai lebih lambat daripada paket kedua.
Rajah 3.0 : Penghantaran Data Melalui Internet
2
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
TCP/IP adalah sebuah program dua-lapis. 1. Lapis lebih tinggi iaitu Protokol Kawalan Penghantaran (TCP), mengendalikan penterjemahan dari data menjadi paket yang lebih kecil. Paket ini ditransmisikan melalui Internet dan diterima oleh lapis TCP (komputer destinasi) yang diterjemahkan kembali paket ke data yang asal. 2. Lapis yang lebih rendah iaitu Protokol Internet (IP) mengawal alamat IP dari setiap paket sehingga sampai ke tempat yang dituju dengan betul. Setiap komputer perlu mempunyai satu alamat IP yang unik. Dengan alamat IP yang unik, komputer yang berada dalam Internet boleh dikenali tanpa mengira di mana komputer tersebut berada.
3.2 Penerangan Kepada Alamat IP Internet adalah sebuah kombinasi sambungan dari banyak komputer di dunia. Dalam berkomunikasi, komputer-komputer yang berhubung memerlukan alamat supaya data dapat dihantar ke tempat yang betul. Alamat tersebut menjadi pengenalan diri bagi sesebuah komputer bertujuan mengenali komputer yang mengirim data kepadanya dan sebaliknya. Definisi Alamat IP
Alamat IP merupakan singkatan dari alamat Internet Protokol. Pengertian alamat IP adalah suatu identiti numerik yang dilabelkan kepada suatu alat seperti komputer, penghala atau pencetak yang terdapat dalam suatu jaringan komputer yang menggunakan Internet Protokol sebagai cara komunikasi. Alamat IP memiliki dua fungsi: 1. Sebagai alat identifikasi hos atau antaramuka pada jaringan Fungsi ini digambarkan sebagai nama orang untuk mengenali siapa orang tersebut. Dalam jaringan komputer berlaku hal yang sama.
2. Sebagai alamat lokasi jaringan Fungsi ini digambarkan seperti alamat rumah kita yang menunjukkan lokasi kita berada. Untuk memudahkan pengiriman paket data, maka alamat IP memuat informasi destinasi. Ada laluan yang harus dilalui agar data dapat sampai ke komputer yang dituju.
Alamat IP dibentuk daripada 32 bit binari (1 atau 0) yang dibahagikan ke dalam 4 octet. Setiap octet ditukarkan ke dalam nombor decimal dengan setiap satu di antara 0 hingga 255 dan dipisahkan dengan titik.
3
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
Contoh alamat IP:
Kelas alamat IP: Kelas A: 1.0.0.0 – 127.255.255.255 Octet 1 1
2
3
4
5
Octet 2 6
7
8
1
2
3
4
5
Octet 3 6
7
8
1
2
3
4
5
Octet 4 6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
6
7
8
6
7
8
0 Net id
Nod id
Kelas B: 128.0.0.0 – 191.255.255.255 Octet 1 1
2
1
0
3
4
5
Octet 2 6
7
8
1
2
3
4
5
Octet 3 6
7
8
1
2
3
4
5
Octet 4 6
7
Net id
8
1
2
3
4
5
Nod id
Kelas C: 192.0.0.0 –223.255.255.255 Octet 1 1
2
3
1
1
0
4
5
Octet 2 6
7
8
1
2
3
4
5
Net id
Octet 3 6
7
8
1
2
3
4
5
Octet 4 6
7
8
1
2
3
4
5
Nod id
Istilah-istilah kelas ini jarang digunakan dengan pengenalan classless interdomain routing (CIDR).
4
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Nama Domain (Domain Name) Nombor IP sukar untuk diingati, Internet membolehkan perwakilan nombor alamat IP dalam bentuk teks yang dikenali sebagai nama domain. Seperti alamat IP, nama domain juga dipisahkan dengan titik.
Menandakan komputer pelayan web
Organisasi (SMK Segambut Jaya)
Institusi Pendidikan (education)
Kod negara (Malaysia)
3.3 Perbezaan Antara DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) Dan Fixed IP(IPStatik) Definisi IP Statik IP statik ialah memasukkan alamat IP secara manual bagi setiap peranti dalam rangkaian. Alamat perlu diperuntukkan dengan berhati-hati supaya setiap peranti mempunyai alamat yang tidak bertindih. Apabila anda menyambung peranti baru, anda perlu memilih "manual" bagi pilihan konfigurasi dan masukkan alamat IP, subnet mask, default gateway dan DNS server (s).
Rajah 3.1: Protokol Internet
5
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
Definisi DHCP DHCP
(Dynamic
Host
Configuration
Protocol)
adalah
protokol
komunikasi
yang
membolehkan pentadbir rangkaian secara berpusat mengurus dan automatik memberikan alamat IP yang unik untuk setiap komputer dalam rangkaian organisasi. Tanpa DHCP, alamat IP perlu dimasukkan secara manual pada setiap komputer dan alamat IP yang baru perlu dimasukkan setiap kali komputer bergerak ke lokasi baru dalam rangkaian.
Fungsi DHCP Apabila DHCP diaktifkan, peranti baru disambungkan kepada rangkaian meminta pelayan DHCP untuk alamat, dan pelayan memberikan alamat yang lokasi yang tidak digunakan. Pelayan DHCP menjejaki alamat yang digunakan, alamat yang sedia ada, dan menyimpan rekod alamat yang telah diberikan kepada pelbagai peranti. Ini memastikan bahawa alamat tidak bercanggah antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, peranti yang di luar talian (offline), jika bersambung kembali berkemungkinan tidak akan mempunyai alamat IP yang sama.
DHCP
Protokol memberikan alamat IP secara
IP Statik
mendapat alamat IP yang sama
automatik
Elemen tertentu dalam rangkaian yang
sepanjang masa
Keutamaan memberikan alamat IP dinamik tetapi ia juga boleh digunakan
dinamik
untuk memberikan alamat IP statik
Digunakan dalam wireless access points
Digunakan dalam kebanyakan rangkaian kerana ia mudah
Tidak boleh memberikan alamat IP
Jika digunakan dalam wireless access points akan banyak gangguan
IP statik masih diperlukan untuk kes-kes tertentu
Jadual 3.1: Perbezaan IP Statik dan DHCP
6
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET