SISI MONOGRAF PENGARUH BAHASA ARAB TERHADAP BAHASA JAWI (AKSARA MELAYU) INDONESIA
KARYA ILMIAH
Dra. Fauziah, M.A. NIP : 131 882 283
UNIVERSITAS SUMATERA UTARA FAKULTAS SASTRA MEDAN 2008
KATA PENGANTAR Alhamdulillah wa syukrillah atas segala apa yang di karuniakan Allah selama ini dan yang akan datang kepada makhluk-Nya dimuka bumi ini, karena berkat rahmat, taufik dan hidayah-Nya, saya dapat menyelesaikan karya ilmiah ini dengan judul “SISI MONOGRAF PENGARUH BAHASA ARAB TERHADAP BAHASA JAWI (AKSARA MELAYU) INDONESIA”. Seiring salawat dan salam kepada junjunganNya yang telah menerangi umat dari alam jahiliyah ke arah kehidupan yang penuh petunjuk. Pembahasan dalam penelitian ini berkaitan dengan Walaupun Hikayat Raja Pasai diperkirakan ditulis pada tahun 1452 M dan Taj us-Salatin pada tahun 1603 M, masih ditemui bukti persuratan yang tidak diketahui tarikh penulisannya yang asal seperti Hang Tuah. Cerita yang lain juga kebanyakannya bukan ditulis oleh penulis asal melainkan daripada satu pencerita kepada pencerita yang lain atau daripada satu penulis kepada penulis yang lain. Ada juga diantaranya yang disadur daripada cerita asing dan nama penulis asalnya tidak dinyatakan. Beberapa buah karya akan di petik seperlunya untuk melihat bagaimanakah bahasa Melayu terus diperkaya oleh para penulis atau cendikiawan pada masa tersebut. Dengan terwujudnya karya ilmiah ini diharapkan dapat menambah khasanah ilmu bahasa dan pengetahuan kita dalam khasanah ilmu bahasa khusunya dalam bidang ilmu tata bahasa, dan dengan segala kerendahan hati, penelitian ini dipersembahkan kepada pembaca. Semoga bermanfaat untuk pengembangan pendidikan khususnya di Fakultas Sastra Universitas Sumatera Utara. Amin YA Rabbal Alamin. Medan, Penulis
Dra. Fauziah, M.A. NIP : 131 882 283
2008
SISI MONOGRAF PENGARUH BAHASA ARAB TERHADAP BAHASA JAWI (AKSARA MELAYU) INDONESIA 1. Pendahuluan Walaupun Hikayat Raja Pasai diperkirakan ditulis pada tahun 1452 M dan Taj us-Salatin pada tahun 1603 M, masih ditemui bukti persuratan yang tidak diketahui tarikh penulisannya yang asal seperti Hang Tuah. Cerita yang lain juga kebanyakannya bukan ditulis oleh penulis asal melainkan daripada satu pencerita kepada pencerita yang lain atau daripada satu penulis kepada penulis yang lain. Ada juga diantaranya yang disadur daripada cerita asing dan nama penulis asalnya tidak dinyatakan. Beberapa kitab dan hikayat yang agak penting sehingga penghujung abad ke-19 ialah : Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang (1612 M), Hikayat Inderaputera (1634 M), Bustanus Salatin atau Taman Segala Raja-Raja karya Nuruddin Al-Raniri (1638 M), Kitab Seribu Masaalah (1726), Hikayat Ghulam (1736), Hikayat Acheh (1736), Hikayat Bayan Budiman (1736) Syair Emop (1740), Misa Melayu (1742), Hikayat Pancatanderan (1835), Hikayat Patani (1838), Kisah Pelayaran Abdullah karya Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi (1838), Tuhfat Al-Nafis karya Raja Ali Haji (1865), Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi karya Muhammad Ibrahim Munshi (1872), Hikayat Gul Bakawali karya Syed Mahmud Ali (1875), dan Hikayat Ganja Mara (1897). Beberapa buah karya akan di petik seperlunya untuk melihat bagaimanakah bahasa Melayu terus diperkaya oleh para penulis atau cendikiawan pada masa tersebut. 2. Hang Tuah Menurut Kassim Ahmad 1 bahasa yang terdapat di dalam Hang Tuah lebih menggambarkan alam fikiran Melayu yang bersahaja, lunak dan padat, dan belum dipengaruhi oleh bahasa Arab. Penggunaan bahasa Arab yang terdapat didalam buku ini menurut Kassim Ahmad ditambah kemudian. Perhatikan petikan berikut ini: 2 Bismi’llahi’rrahmani’rrahim; wabihi nasta’inu bi’llahi’l-a’la. Ini hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya. Sekali persetua ada seorang raja keinderaan. Raja itu terlalu besar kerajaannya; pada segala raja-raja indera seorangpun tiada menyamai dia, sekali menurut titahnya. Shahadan apabila baginda itu keluar diadap oleh segala raja dan menteri dan santeri, maka berapa pedang yang sudah terhunus kepada kiri kanan baginda itu dan berapa pula bentara memikul pedang berikatkan permata bertahtakan ratna mutu ma’nikam.... Daripada petikan pendek ini kita temui perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit, yaitu setiawan, indera, raja, menteri, bentara, ratna; daripada bahasa Tamil, yaitu santeri; daripada bahasa Jawa, yaitu tatah, dan daripada bahasa Arab, yaitu 1 2
Kassim Ahmad. Hikayat Hang Tuah, 1964,m.s.xi Ibid.,m.s.1
shahadan. Dengan demikian, pendapat Kassim Ahmad di atas boleh diterima dengan pengertian bahasa Sanskrit, Tamil, Jawa ketika itu telah sebati kepada pencerita atau penulis Hang Tuah ini. 3. Hikayat Merong Mahawangsa Jika Hang Tuah kita lihat menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Sanskrit yang sudah mulai sebati dengan bahasa Melayu maka bahasa yang terdapat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa nampak jelas keakrabannya. Walaupun kita hindari perenggan pertama cerita tersebut berupa pujian kepada Allah, namun pada perenggan berikutnya juga penggunaan bahasa Arab tersebut dapat jelas terlihat: 3 Adalah pada suatu masa zaman Sultan Mu’azzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, dihadapi oleh segala menteri, hulubalang serta ‘alim muta’alim, maka fakir pun hadzirlah mengadap baginda, penuh sesak dipenghadapan itu membicarakan negeri dan mengaji kitab. Setelah itu maka titah baginda yang mulia : ‘Bahwa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita ini, serta dikurnia dengan sejarah nya’. Beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Arab ialah : zaman, ibnu, ‘alim muta’alim, fakir, hadzir, kitab. Petikan ini juga menunjukkan bahawa cerita tersebut digunakan sebagai alat untuk berdakwah bagi penyebaran agama Islam. 4. Sejarah Melayu Bahasa yang hampir sama dengan Hikayat Merong Mahawangsa di atas dapat dilihat di dalam Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu yang diperkirakan sudah ada pada tahun 1612 M. Perhatikan penggunaan perkataan dan jalan bahasanya: 4 Wa ba’adahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat pengetahuan ilmunya; dan pada suatu masa bahawa fakir duduk pada suatu majlis dengan orang-orang besar bersenda gurau. Pada antara itu ada seorang orang besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka berkata ia kepada fakir, “Hamba dengar dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh gaedah ia daripadanya. Apa yang menarik dalam petikan ialah perkataan bahwa di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan bahawa pada Sejarah Melayu. Oleh kerana kedua petikan ini ditransliterasikan daripada tulisan Jawi maka perbezaan tersebut tidak dapat dihindari. Walau bagaimanapun, perkataan asalnya ialah bhawa dalam bahasa Sanskrit. 3 4
Siti Hawa Saleh. Hikayat Merong Mahawangsa, 1970, m.s.1. A. Samad Ahmad. Sulatus Salatin, 1979, m.s. 2
5. Hikayat Inderaputera Naskhah Hikayat Inderaputera yang disalin ke dalam bahasa Melayu daripada sastera Hindu ditemui pada tahun 1634 M. Seperti juga hikayat yang lain, tahun penemuan ini bukanlah catatan karya tersebut ditulis. Walau bagaimanapun, cara cerita itu ditulislah yang menarik perhatian kita. Perhatikan petikan yang berikut ini: 5 Wa-bihi nasta’inu billahi’ala. Ini pada menyatakan ahikayat Inderaputera yang terlalu amat indah-indah keterangannya cinta berahi itu, pada masanya belum jadi johar patut dengan segala ‘arif bijaksana, ialah yang terlalu amat mashhur di tanah manusia dan di tanah jin dan di tanah indera dan cendera dan di tanah mambang dan peri dan pada tanah dewa. Shahadan yang terlalu amat elok rupanya serta dengan sikapnya dan terlalu amat pantas kelakuannya. Petikan ini akan kebih menarik apabila dibandingkan dengan Hikayat Bayan Budiman. 6. Hikayat Bayan Budiman Jika Hikayat Inderaputera disadur daripada sastera Hindu, maka Hikayat Bayan Budiman pula daripada sastera Arab. Naskhkah Hikayat Bayan Budiman yang ditulis dalam bahasa Melayu ditemui bertarikh 1736 M. Perbezaan jalan bahasa yang terdapat dalam keduadua petikan pendek ini memperlihatkan perbezaan yang agak kentara. Perbezaan ini tentulah bukan kerana sumber penyadurannya melainkan perkembangan bahasa Melayu itu sendiri. Pada petikan Hikayat Inderaputera, kata hubung dan sangat kerap digunakan manakala pada Hikayat Bayan Budiman penggunaan kata hubung ini semacam dihindari. Disekitar tahun 1800-an karya sastera berbahasa Melayu semakin banyak dikaji oleh bangsa Barat. Pada masa yang sama terjemahan daripada bahasa Arab terus lahir. Penerbitan surat khabar, buku pelajaran dan majalah berbahasa Melayu mulai muncul. Suratkhabar Jawi Peranakan merupakan suratkhabar yang pertama terbit di Singapura yaitu pada tahun 1876 M dan majalah Pengasuh terbit pasda tahun 1918 M. Sejak tahun 1887 M, buku untuk keperluan sekolah mulai diterbitkan. Hal ini berikutan dengan didirikannya Sekolah Rendah Melayu yang pertama ditanah Melayu pada tahun 1821 M di Gelugor, Pulau Pinang. 7. Ibrahim Bin Syukri Pada awal abad ke 19 di Patani terdapat sebuah karya berkenaan dengan Patani bertarikh 1838 M. Karya yang dianggap paling hampir dengan kenyataan tentang Kerajaan Patani ini ditulis oleh Ibrahim Bin Syukri bertajuk Sejarah Kerajaan Melayu Patani. 6 Salah
5 6
Ali Bin Ahmad. Hikayat Inderaputera, 1968, m.s. 1 Yusoef Iskandar.”Hikayat Patani, sebuah karya kesusasteraan tradisional klasik : masalah penyebaran naskhah dan nilai-nilai sejarahnya”. Di dalam Dewan Bahasa, 17(10):462,1973.
satu versi Hikayat Patani dikaji oleh A. Teeuw dan D.K. Wyatt. Bahagian awal Hikayat Patani tersebut dapat dilihat seperti petikan yang berikut ini: 7
Bismillahi-rrahmani-rrahim Inilah suatu kisah yang diceretakan oleh orang tua-tua, asal raja yang berbuat negeri Patani Darussalam itu. Adapun raja di kota Maligai itu namanya Paya Tu Kerub Mahajana. Maka Paya Tub Kerub Mahajana pun beranak seorang laki-laki, maka dinamai anakanda baginda itu Paya Tu Antara. Hatta berapa lamanya maka Paya Tu Kerub Mahajana pun matilah. Syahdan maka Paya Tu Antara pun kerajaanlah menggantikan ayahanda baginda itu. Ia menamai dirinya Paya Tu Naqpa. Petikan diatas memperlihatkan bahawa cara penceritaan lama, yaitu cara hikayat (sesuai dengan judul bukunya) masih berpengaruh. Hal yang amat kentara cara penceritaan hikayat, yaitu menggunakan permulaan ayat dengan perkataan : adapun, maka, hatta, syahdan Penggunaan akhiran –an pada masa itu masih mengandungi makna yang berbeza dengan sekarang. Sebagai contoh : “ ... kerajaanlah menggantikan ayahanda baginda itu”. Maksud kerajaanlah ialah naik tahta sehingga maksud kelompok kata tersebut ialah “...naik tahtalah menggantikan ayahanda baginda itu”. 8. Shaikh Daud Abdullah Pada tahun yang sama juga, Shaikh Daud Abdullah menghasilkan buku bertajuk Furu’almasa’il. Buku ini merupakan terjemahan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Banyak perkataan Arab dimasukkan dalam terjemahan ini bahkan strukturnya juga betulbetul menggunakan struktur Arab kerana ia diterjemahkan seayat demi seayat 8 . Walau bagaimanapun, usaha menjelaskan kedalam bahasa Melayu ini perlulah dihargai kerana kelak perbendaharaan bahasa Melayu diperkaya oleh bahasa asing ini. 9. Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854 M) telah mengahsilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Abdullah Mushi bukan sekedar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan ia juga menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Baginya nahu sebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.
7 8
Teeuw, A. Dan Wyatt, D.K. Hikayat Patani, 1970,m.s. 68 Skinner, C. Prosa Melayu Baru, 1959, m.s. 28.
Ia melihat bahwa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu. Itulah sebabnya ia mengatakan : 9 Sebermula hendaklah engakau ketahui, janganlah tersalah faham. Maka jikalau ada nahu bahasa Melayu itu niscaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan engkau sangkakan boleh menjadi pandai dalam pekerjaan karangmengarang. Maka sungguhpun diletakkan hukumnya maka ada juga lagi beberapaa perkataan yang tiada menurut hukum itu. Umpamanya jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh puluh sahaja yang masuk dalam hukum itu, dan yang tiga puluh itu di luarnya. Disamping itu jika kita bandingkan bahas Melayu sebelum Abdullah dan bahasa yang digunakan oleh Abdullah nyatalah ada perkembangannya. Perhatikan bahasa yang terdapat dalam petikan yang berikut ini: 10 Bahawa ini kisah pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munshi kepada tarikh sanat 1253 tahun. Bahawa sesungguhnya kepada tahun itu adalah barang saudagarsaudagar orang Cina dan orang Yahudi yang duduk dalam negeri Singapura, kira-kira sepuluh dan duabelas orang, telah memberi sambutan dagangan kepada Cina sampan pukat empat buah, kira-kira empat lima puluh ribu ringgit banyaknya, akan dibawanya ke negeri Pahang dan Trengganu dan Kelantan. Patani dan Senggora. Perkembangan bahasa Melayu yang diperlihatkan Abdullah dinyatakan oleh Li Chuan Siu 11 sebagai “menciptakan perkataan-perkataan atau ungkapan baru dalam bahasa Melayu untuk dapat mempercakapkan hal-hal atau benda-benda baru yang timbul kerana pertemuan antara kebudayaan Timur dan Barat”. Perkembangan bahasa yang dibawa oleh Abdullah tidaklah menghairankan kerana ia mendapat pendidikan Inggeris manakala sasterawan sebelumnya ramai yang mendapat pendidikan Arab. 10. Raja Ali Haji Salah seorang diantara sasterawan ang sezaman dengan Abdullah Munshi tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza ialah Raja Ali Haji ibni Raja Haji Ahmad (1803-1870 M). Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab itu masih mnegekalkan bahasa klasik yang banyak dipengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur bahasa Arab. Perhatikan ahasa yang terdapat dalam petikan Tuhfat al-Nafis seperti yang berikut ini : 12 bi-‘ismi’llahi’r-rahmani’r-rahim. Maka ketika di dlam Hijrat al-Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam seribu dua ratus delapan puluh dua tahun pada tiga haribulan Syaaban yang maha besar dan berbangkitlah hatiku bahawa memperbuat kitab 9
Abdullah Munshi. Hikayat Abdullah II, 1966.m.s. 331 Kassim Ahmad. Kisah Pelayaran Abdullah, 1981, m.s. 1 11 Li Chuan Siu. Ikhtisar sejarah kesusasteraan Melayu baru 1830-1945,1972,m.s. 8. 12 Matheson, Virginia. Tuhfat al-Nafis, 1982, m.s. 1. 10
ini yang simpan, dan di dalamnya menyatakan silsilah dan perjalanan dan tawarikh dan segala khabbar-khabar daripada kisah Raja-raja Melayu serta Bugis dan kepada segala anak-anak mereka itu. Dan aku namai akan dia ‘Tuhfat al-Nafis’ pada menyatakan kelakuan kelakuan daripada raja-raja Melayu serta Bugis. Padahal mengharapkan aku akan Allah yang mengampuni daripada tersalah pada segala tawarikh dan apada perjalanannya. Ta Tuhanku, perkenankan oleh-Mu akan pinta hamba-Mu intiha. Walaupun Raja Ali Haji dapat dikatakan sezaman dengan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi, tetapi bahasa mereka nampak jauh berbeza. Hal ini tidaklah mengahairankan kerana mereka memiliki latar belakang pendidikan yang berbeza, kerjaya yang berbeza, dan lingkungan yang berbeza. Abdullah berpendidikan Inggeris, bekerja sebagai penerjemah bahasa Inggeris dan hidup ditengah-tengah masyarakat perdagangan ddi Singapura. Raja Ali Haji pula berpendidikan Arab, pendakwah, dan hidup di lingkungan istana di Pulau Penyengat, Riau. Raja Ali Haji disamping menulis karya susastera beliau juga menulis nahu bahasa Melayu. Oleh kerana pengerahuan bahasa Arabnya tinggi maka nahu Melayu yang ditulisnya itu berdasarkan bahasa Arab. Tajuk buku tersebut ialah Bustanulkatibin bertarikh 1850 M 13 . Walaupun nahu ini berdasarkan nahu bahasa Arab ia dianggap penting kerana buku inilah nahu bahasa Melayu pertama yang ditulis oleh orang Melayu (lihat Bab 5). Di samping karya kesusasteraan dan nahu bahasa Melayu, Raja Ali Haji juga mengahsilkan Kitab pengetahuan bahasa (1859 M), yaitu kamus bahasa Melayu. Buku ini sebenarnya tidak dapat dianggap sebagai kamus seratus peratus kerana bahagian awal bukunya ini membincangkan nahu bahasa Melayu secara ringkas dan sederhana (lihat Bab 5). Ia lebih sesuai dikatakan sebagai ensiklopedia. Walaupun tidak semua abjad ada di dalam kamus tersebut diakhiri sebahagian daripada perkataan berawalam ca ( )چnamun ensiklopedia ini, disamping erti perkataan disertakan juga penjelasan terhadap setiap perkataan termasuk penghuaraian nahu bahasa Melayu walaupun berdasarkan kaedah bahasa Arab. 14 11. Pengiran Muhammad Salleh Pengiran Muhammad Salleh atau nama lengkapnya Pengiran Syahbandar Pengiran Muhammad Salleh Ibnu Pengiran Sharmayuda yang diperkirakan hidup antara abad ke 18 hingga abad ke 19 telah meninggalkan satu karya yang bersejarah yang bernama Syair Rakis. Walaupun tarikh yang tepat penulisan Syair Rakis ini belum diketahui, tetapi bahasanya menunjukkan kelainan apabila dibandingkan dengan bahaasa yang digunakan oleh Raja Ali Haji dan Abdullah Munshi. Bahasa yang terdapat di dalam Syair Rakis lebih tersusun dan pengaruh bahasa Arab tidak begitu ketara. Perhatikan bahasa yang digunakan di dalam Syair Rakis seperti yang berikut ini : 15 13 14 15
Li Chuan Siu,.op.cit,.m.s.21-22. Menurut Raja Masittah Raja Ariffin, Bustanulkatibin ditulis pada tahun 1857 (rujuk Jurnal Dewan Bahasa, 34 (1): 73, 1990). R. Hamzah Yunus (pentransliterasi). Kitab pengetahuan bahasa, 1987. Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri. Syair Rakis, 1983, m.s. 56
Bismillah ittu mula karangan Kisah rancana dagang buangan Di gunung larangan asmara guna Segenap desa pantai saujana Membawa nasi untung sendiri Masuk segenap desa dan negeri Seperti burung lepas tangkapan Bunga dan buah tiada dimakan Sebut namaku dagang asmara Bercarai (bercerai) dengan sanak saudara Namaku Misa Panji Larangan Sudah sekarang buang-buangan Syair ini lebih memperlihatkan berkurangnya pengaruh perkataan Arab didalamnya. Jalan bahasanya juga lebih mudah difahami kerana ia sudah mengarah pada jalan bahasa Melayu yang sebenarnya. Perkataan rancana dan bercarai yang terdapat dalam petikan diatas berlaku, kemungkinan kerana masalah pentransliterasian daripada huruf Jawi ke huruf Rumi. 12. Muhammad Ibrahim Munshi Muhammad Ibrahim Munshi ialah anak Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. Muhammad Ibrahim melanjutkan cita-cita ayahnya menyusun nahu bahasa Melayu. Pada tahun 1878 M lahirlah buku Kitab Pemimpin Johor (lihat Bab 5). Buku ini merupakan aturan bunyi bahasa Melayu, penggunakan perkataan dan jalan bahasa Melayu. Perhatikan pernyataannya yang terlihat dalam petikan yang berikut ini : 16 Ada pun isi kitab ini menyatakan bahasa dan pancaindera pertuturan serta aturan huruf-huruf dan bunyinya serta gunanya dan perkataan da perenggan kata di dalam surat-surat Melayu serta syarat-syarat dan huruf-huruf saksi dan gantinya dan petua mengeja dan hubungan huruf-huruf serta pangkat-pangkat bunyinya dan tabi’atnya serta beberapa jenis tanda-tanda yang patut dipakai, kerana belum ada, serta sebab-sebabnya dan sebagainya dengan sempurnanya. Walaupun Muhammad Ibrahim mendapat pendidikan Inggeris dan buku Kitab pemimpin Johor tersebut beracuankan bahasa Inggeris namun penggunaan bahasanya terlihat masih banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab dan berusaha mengelakkan perkataan yang keinggerisan. Hal ini juga terlihat dalam karyanya bertajuk Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi (1872 M). Perhatikan petikan cerita tersebut seperti berikut ini : 17 Shahadan setelah kami singgah di situ sejurus lamanya, dengan hairanku melihat hal sami-sami itu membaca-membaca dan sembahyang membawa perempuanperempuan itu menyembah berhalanya itu, lepas seorang-seorang, dengan terlalu 16 17
Skinner, C. op. cit., m.s. 41-42 Skinner, C. op. cit., m.s. 43
hormat dan yakin mereka itu dan adalah pula di situ beberapa jirat-jirat mereka itu daripada batu jua. Perkataan membaca-membaca yang terdapat dalam petikan ini timbul kerana peraturan menggandakan perkataan dalam tulisan Jawi menggunakan angka 2 ( ٢ ) dan tiada penggunaan tanda sempang diantara perkataan. Oleh yang demikian, transliterasinya menghasilkan perkataan seperti di atas walaupun cara menyebutnya dan maksudnya ialah membaca-baca. Pengaruh nahu Arab dalam penggandaan ini terlihat juga pada perkataan lain seperti : sami-sami, perempuan-perempuan, dan jirat-jirat. Perngaruh penggandaan untuk maksud jamak ini terbawa hingga sekarang walaupun ada di antara ahli bahasa terdahulu yang menganggap penggandaan untuk maksud jamak dalam bahasa Melayu tidaklah begitu tepat. Muhammad Ibrahim Munshi menubuhkan satu organisasi yang diberinya nama Pakatan Belajar Mengajar Pengatahuan Bahasa (1888 M). Tujuannya adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu. Usaha yang utama organisasi ini ialah mentrjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti : setiausaha, pejabat, dan kerjaraya. Pada tahun 1934 M nama pertubuhan ini diubah menjadi Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di Raja. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato’ Abdul Rahman bin Andak. 18 13. Syed Mahmud, Alang Ahmad, Dan Munshi Sulaiman Ada tiga orang pengembang bahasa Meleyu yang patut diingat, yaitu Syed Mahmud bin Syed Abdul Kdir al-Hindi, Alang Ahmad bin Muhammad Yunus, dan Munshi Sulaiman bin Muhammad Nur. Syed Mahmud terkenal kerana usahanya menghasilkan buku ilmu pengetahuan, Alang Ahmad dengan karya terjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang diberinya tajuk Hikayat penerang Hati (daripada Aesop’s Fables), dan Munshi Sulaiman dengan kumpulan bidalan dan teka-teki. Diantara ketiga-tiga penulis di atas, hanya Syed Mahmud yang berkecenderungan terhadap ilmu bahasa. Ia berjaya menyusun Kamus Mahmudiyyah (1894 M). Kamus ini kemudian diulang cetak pada tahun 1925 M di kota Bharu, Kelantan. Walaupun kebanyakan bukunya merupakan saduran atau terjemahan daripada bahasa Inggeris tetapi buku tersebut digunakan di sekolah Melayu pada masa itu. 14. Munshi Muhammad Said Munshi Muhammad Said ialah pengarang surat kabar Jawi peranakan, yaitu surat kabar Melayu yang pertama diterbitkan di tanah Melayu (1876 M). Isi surat kabar ini berkenaan dengan berita dalam dan luar negeri, rencana berkenaan dengan nasihat, dan juga iklan. Pada tahun 1880 M untuk pertama kalinya terbit iklan yang berbunyi : “Hikayat Abdullah telah dicap semula oleh Asiatic Society, siapa berhajat memesannya boleh berhubungan dengan pihak yang berkuasa Rumah Gambar Singapura”.19 18 19
Annas Haji Ahmad. Sastera Melayu lama dan baru, 1982, m.s. 214 Ibid., m.s. 218-219
Sejak munculnya surat kabar Jawi peranakan ini muncullah pelbagai surat kabar sama ada diterbitkan di Singapura, di Pulau Pinang, dan di Perak. Surat kabar ini melanjutkan tradisi pengaruh bahas Arab dalam bahasa Melayu dan sedikit demi sedikit perkataan dan istilah bahasa Inggeris pula mulai diperkenalkan.
Kesimpulan Daripada huraian diatas terlihatlan betapa pengaruh bahasa Arab begitu kuat memperkembang bahasa Melayu. Hal ini terlihat walaupun beberapa penulis telah mendapat pendidikan Inggeris, ternyata unsur bahasa Inggeris itu seboleh-bolehnya mereka hindari. Hal ini erat juga hubungan dengan pendidikan awal mereka. Walaupun mereka mendapat pendidikan Inggeris, tetapiu mereka juag mendapat pendidikan Arab, dan tulisan Jawi yang diubahsuaikan daripada bahasa Arab itu membuat hubungan secara tidak langsung dengan bahasa Arab. Lagi pula hampir semua penulis tersebut. Beragama Islam yang mempunyai pertalian langsung dengan kesusasteraan dan pengetahuan bahasa Arab. Dengan munculnya penerbitan surat kabar yang juga menyiarkan berita luar negeri, maka penggunaan perkataan atau istilah Inggeris mulai diperkenalkan dan diterima. Perkataan dan istilah daripada bahasa Inggeris ini dipergunakan kerana keperluan dan ketika itu pengawalan bahasa belumlah ada. Keadaan ini samalah halnya dengan kemasukan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kedalam bahasa Melayu. Setakat ini bahasa yang memiliki cara pembinaan kata dan pembinaan ayat yang serupa dengan bahasa Melayu hanya terdapat dikawasan Nusantara. Bahasa yang seiras dengannya ialah bahasa yang terdapat di pulau yang terdapat di Lautan Hindi seperti di Pulau Madagaskar di sebelah Barat dan bahasa yang terdapat dibeberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik, yaitu bahasa Austronesia, Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia. Bahasa seperti ini tidak di temui i Asia Tengah.
Kekeluargaan bahasa ini memperlihatkan bahwa bahasa Melayu tumbuh dan berkembang di kawasan Nusantara atau Alam Melayu, dan beberapa bukti menunjukkan bahawa pertunjukan tersebut bermula di kawasan Jambi dan Palembang di Sumatera Selatan. Buku ini berkecenderungan mengatakan bahawa asalh bangsa yang mendiami Palembang tersebut pada awalnya datang daripada Asia Barat tempat lahirnya para nabi. Tulisan asal orang Melayu ialah tulisan/ aksara Rencong (tulisan yang terdapat di Sumatera Selatan) yang dicipta oleh orang Melayu berdasarkan benda yang ada di alam sekitar mereka seperti ranting kayu, akar, rotan dan sungai. Hal ini dapat dikaitkan pada penciptaan susastera Melayu yang asal, yaitu pentun yang menggunakan pengisi alam sebagai pembayang maksud atau sampiran sebelum menyatakan isi pantunnya. Semasa pertumbuhan awal bahasa Melayu ini, ia sesungguhnua telah memiliki aturan pengimbuhan dan penyusunan ayatnya sendiri. Walaupun sebahagian perkataan asing dapat dimelayukan oleh bahasa Melayu sendiri, namun kerana desakan yang kuat serta kehadiran bahasa asing yang begitu sangat diperlukan bagi keperluan perhubungan masyarakat, maka aturan tadi menjadi bercampur-baur. Walaupun pelbagai aturan bahasa asing datang mendesaknya, pelbagai perkataan batu daripada bahasa asing datang menambahnya, namun aturannya sendiri berjalan terus daripada bahasa Melayu Purba hinggalah bahasa Melayu Tinggi sekarang ini. Gambaran perjalanan bahasa Melayu Purba hingga bahasa Melayu Tinggi diperlihatkan di dalam rajah 7.1. Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu sebelum ditemui bukti sejarahnya. Sumatera Selatan telah ada penduduknya sebelum orang India mendirikan Kerajaan Sriwijaya. Sebelum itu pula mereka telah mengembara sebagai pelaut kemana-mana di kawasan Nusantara ini dan menggunakan bahasa mereka di tempat yang bati serta membawa pulang bahasa yang mereka temui bagi yang kembali ke tempat asalnya. Ini bermakna, perkataan yang terdapat dalam batu bersurat Palembang yang tidak berasal daripada bahasa Sanskrit dapat dianggap sebagai bahasa Melayu Purba, kerana tidak ditemui bahasa asing lain yang mempengaruhi bahasa Melayu tersebut. Bahasa lain yang terdapat di Nusantara ini selain daripada bahasa Melayu dianggap sebagai dialek pada masa itu. Bahasa yang terdapat pada beberapa Batu Bersurat Palembang tersebut dikatakan sebagai bahsa Melayu Kuno, yaitu campuran bahasa Melayu dan dialeknya dengan bahasa Sanskrit. Oleh kerana penulis Batu Bersurat tersebut merupakan ahlin pahat yang di datangkan dari India dan juga menggunakan tulisan Sasnkrit, kemungkinan penyebutan bahasa Melayu tersebut telah diubahsuaikan sesuai dengan keadaan bentuk aksara Sanskrit tersebut.
BMP D
BA BMK
D
BA BMKL
D
BA
BMM D
BA BMT
D
BA X
Rajah 7.1. Gambaran perjalanan bahasa Melayu Purba hingga bahasa Melayu Tinggi Keterangan :
BMP = Bahasa Melayu Purba, D= Dialek, BA = Bahasa Asing, BMK = Bahasa Melayu Kuno, BMKL = Bahasa Melayu Klasik, BMM = Bahasa Melayu Moden, BMT = Bahasa Melayu Tinggi, X = Selepas Bahasa Melayu Tinggi. Dialek yang dimaksudkan disini ialah bahasa lain selain daripada bahasa Melayu yang terdapat di Nusantara ini yang merupakan pecahan dari pada bahasa Melayu Purba, seperti bahasa Batak dan Aceh. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu yang digunakan di Pelambang walaupun ada pula babarapa persamaannya. Itulah sebabnya bahasa lain itu dianggap sebagai dialek kerana ia merupakan pecahan daripada bahasa Melayu Purba yang berkembang berasingan menurut keperluan masyarakat penuturnya. Bahasa Melayu klasik seperti yang terdapat didalam sastera hikayat merupkan campuran bahasa Melayu, dialek, bahasa Sankrit yang sudah sebati, dan juga bahasa Arab. Bahasa Arab menggunakan bentuk tulisan yang berbeza dengan Rencong dan juga Sanskrit. Kedua-dua bentuk tulisan yang awal ini sebenarnya hanya dikuasai oleh golongan tertentu sahaja dan orang ramai tidak memiliki kemahiran tulisan tersebut. Tulisan Arab juga ternyata tidak dapat merakam atau menilis petuturan orang Melayu secara tepat. Oleh yang demikian, beberapa bentuk tulisan Arab perku diubahsuaikan dan mana yang ada dalam tulisan Parsi juga telah dimabfaatkan. Hasil pengubahsuaian inilah kemudian lahirnya tulisan Jawi. Pada masa itu tulisan Jawi dapat memenuhi keperluan bagi menulis perhubungan dan pemikiran orang Melayu atau orang lain yang memerlukannya. Bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan bahasa terdahulu ditambah dengan pengaruh bahasa asing yang lain seperti bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, dan Cina. Tulisan Jawi mengalami kesulitan untuk menulis keperluan semasa kerana didapati lambangnya kurang. Lagi pula, bentuk tulisan Jawi ini agak mujarad sehingga satu perkataan dapat disebut dengan dua atau tiga bunyi. Walaupun untuk keperluan perhubungan, tulisan Jawi tidak menimbulkan masalah namun dalam dunia pendidikan yang semakin maju kekurangan lambang atau bentuk tersebut dirasai. Oleh yang demikian, sekali lagi bentuk tulisan untuk menuliskan bahasa Melayu ini berubah menjadi tulisan Rumi. Walaupun tulisan Rumi mudah diteriman dan dapat mengatasai kesulitas bagi melambangkan bahasa Melayu, namun tulisan Jawi tidak terus dilupakan. Kekurangan lambang terdahulu dilengkapi dan kini ttulisan Jawi tetap digunakan bagi keperluan
tertentu. Oleh kerana tulisan Jawi merupakan bentuk tulisan bahasa Melayu dan ia masih dapat digunakan bagi keperluan tertentu., maka pengekalannya sememangnya wajar. 20 Lagi pula banyak khazanah pemikiran Melayu yang dituliskan dalam bentuk tulisan Jawi yang belum dibongkar seluruhnya. Pengkaji bahasa Melayu yang sebenarnya perlu mempelajari budaya Melayu dan salah satu warisan budaya Melayu tersebut ialah tulisan Jawi. Bahasa Melayu Tinggi ialah bahasa Melayu yang ingin kembali pada sifat bahasa Melayu yang sejati. Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu boleh berasal daripada bahasa manapun sesuai dengan sejarahnya juga. Namun aturan pembinaan kata dan pembinaan ayatnya sedapat mungkin tidak mengikut cara bahasa lain, kerana ia memiliki aturannya sendiri. Kembali pada aturan sendiri tidak bermakna bahawa bahasa Melayu Tinggi kembali pada bahasa Melayu Purba. Dengan menyerlahkan aturan yang sesuai dengan sifat semula jadinya, ia akan lebih cepat berkembang. Bahasa lain boleh masuk dan bahasa teersebut akan menjadi milik bahasa Melayu kerana telah dimelayukan oleh aturannya dan sifatnya sendiri. Bahasa Melayu tidak akan berhenti setakat behasa Melayu Tinggi sahaja. Ia akan terus berkembang dengan menerima kemasukan dialek (dalam pengertian yang luas dan sempit) dan juga bahasa asing. Beberapa tahun kelak mungkin istilah bahasa Melayu Tinggi akan berubah dengan istilah lain. Apapun namanya tidaklah menjadi hal yang utama. Yang penting adalah bahasa Melayu terus maju sesuai dengan sifat dan aturan yang ada padanya. Dengan demikian, bahasa Melayu dapatlah dikatakan satu bahasa yang pada mulanya sangat sederhana, tumbuh dan berkembang secara alamiah. Pertama kali bahasa ini dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dengan kedatangan saudagar dan penyebar agama Hindu ke Nusantara ini. Pengaruh yang kedua dikuasai oleh bahasa Arab. Bahasa Arab juga masuk ke alam Melayu dengan kehadiran para saudagar dan mubaligh Arab. Bahasa ini bertambah subur dengan didirikannya sekolah pondok yang mengajarkan bahasa Arab kepada penuntutnya. Ia diperkukuh lagi apabila ramai penduduk tempatan belajar agama Islam di Tanah Arab dan kembali ke Tanah Air menyebarkan pengetahuan agama Islam dengan menggunakan banyak perkataan dan istilah bahasa Arab. Jadi, hingga akhir abad ke 18, bahasa Melayu yang diperkaya oleh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab dengan bentuk tulisan Jawi itu telah digunakan untuk segala keperluan ketika itu. Walaupun orang Portugis telah datang ke alam Melayu pada akhir abad ke 15, dan orang Belanda dan Inggeris datang pada permulaan abad ke 17, tetapi bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris ketika itu tidak banyak mempengaruhi para sasterawan sehingga bahasa yang terdapat dalam hasil karya mereka tidak terlalu kentara. Ini bukanlah bermakna bahasa asing yang lain tidak ada yang menyelusup masuk ke dalam bahasa Melayu ketika itu, melainkan perkataan atau istilah daripada bahasa tersebut telah diubahsuaikan sehingga yang muncul ialah bahasa Melayu. Selanjutnya, sejak munculnya suratkhabar, majalah dan sistem pendidikan yang berkiblatkan pada pendidikan Inggeris, maka bahasa Inggeris telah masuk ke dalam bahasa Melayu tanpa kawalan. Dari satu segi, yaitu perbendaharaan perkataan, bahasa asing ini menguntungkan bahasa Melayu, tetapi dari segi yang lain terutama aturan
20
Pedoman umum ejaan Jawi yang disempurnakan telah diterbitkan pada tahun 1987 dan Daftar ejaan Rumi-Jawi diterbitkan setahun kemudian, yaitu pada tahun 1988 oleg Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
sebutan dan struktur ayat, ia merugikan, kerana diantara kedua-duanya mempunyai aturan dan sifat yang berbeza. Pengakaji bahasa Melayu menyedari hal ini, tetapi oleh kerana mereka juga terdidik dalam pendidikan Arab dan/atau Inggeris maka cara mereka mencerakinkan bahasa tentula tidak dapat terlepas daripada pengaruh tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa perkara yang mereka dapati terlalu kearaban atau terlalu keinggerisan nyatakan kelemahannya untuk dikaji semula oleh pengkaji yang kemudian. Dengan demikian, tugas mencari aturan bahasa Melayu yang telah hilanh itu merupakan tugas kita. Sejarah membuktikan tidak ada bahasa yang paling baik, kerana bahasa memiliki tugasnya yang khas. Bahasa Melayu merupakan cermin pemikiran bangsa Melayu. Bahasa Melayu yang tertib, tersusun dan rapi memperlihatkan cara berfikir orang Melayu yang tertib, tersusun dan rapi juga. Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu yang dikemukakan di sini berakhir sehingga penghujung abad ke 19 atau awal abad ke 20. sejak awal abad ke 20 hingga kini pergolakan bahasa Melayu lebih hebat lagi dan bukan hanya tumbuh secara alamiah malah berkembang secara terancang. Dengan demikian, perkembangan bahasa selepas ini sesuai dinyatakan sebagai Sejarah perkembangan bahasa Melayu.
DAFTAR PUSTAKA Abdullah Munshi. Hikayat Abdullah II. Kuala Lumpur : Pustaka Antara. 1966 Ali Bin Ahmad. Hikayat Inderaputera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusaka.1968 A. Samad Ahmad. Mempelajari Sejarah Kesusasteraan Lama Melayu III. Di dalam Dewan Bahasa, I (3) : 153. 1957. Annas Haji Ahmad. Sastera Melayu Lama dan Baru. Petaling Jaya : International Book Service. 1983 Awang Haji Mohd Jamil Al-Sufri. Syair Rakis. Brunei : Pusat Sejarah Brunei. 1983 Kassim Ahmad. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1964 Li Chuan Siu. Ikhtisar Sejarah Kesusasteraan Melayu Baru 1830-1945. Kuala Lumpur : Pustaka Antara. 1972 Matheson, Virginia. Tuhfat al-Nafis. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. 1982 Pedoman Umum Ejaan Jawi yang Disempurnakan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusaka. 1987 Raja Ali Haji. Kitab Pengetahuan Bahasa (Transliterasi oleh R. Hamzah Yunus). Pekan Baru : Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. 1987 Siti Hawa Saleh. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur : University Of Malaysia Press. 1970 Skinner, C. Prosa Melayu Baharu. London : Longmans. 1959 Teeuw, A. dan Wyatt, D.K. Hikayat Petani. Leiden : The Haque. 1970 Yusoef Iskandar. Hikayat Petani, sebuah karya kesusasteraan tradisional klasik : masalah penyebaran naskah dan nilai-nilai sejarahnya. Di dalam Dewan Bahasa. 17 (10) : 462.1973