SEK. MEN. KEB. ST. FRANCIS MELAKA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 PERDAGANGAN KERTAS 1 TINGKATAN 5 NAMA : ____________________ MASA : 1 JAM 15 MINIT TING : 5 __________________ _______________________________________________________________________________ Arahan Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda. Jawab semua soalan. 1
Apakah yang dimaksudkan dengan kehendak manusia ? A Perkara asas yang diperlukan oleh manusia B Perkara yang mempunyai penawaran yang terhad C Perkara yang perlu ada pada manusia untuk terus hidup D Perkara yang menjadikan kehidupan manusia lebih selesa
2
Rajah berikut menunjukkan Hierarki Keperluan Maslow
Apakah keperluan C? A Keperluan sempurna kendiri B Keperluan kasih sayang C Keperluan penghargaan D Keperluan keselamatan 3
Rajah menunjukkan cabang pengeluaran.
Pernyataan manakah yang menerangkan X? A Kegiatan manusia untuk mengeluarkan hasil B Perkhidmatan peribadi yang diberikan kepada pengguna akhir C Daya usaha manusia untuk mendapatkan bahan mentah dan menukarkannya kepada barang siap D Semua aktiviti yang terlibat dalam pengagihan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna
1
4
Kuala Muda di Kedah mengkhusus dalam pengeluaran dan pemprosesan padi. Apakah jenis pengkhususan tersebut? A Pengkhususan profesion B Pengkhususan antarabangsa C Pengkhususan mengikut proses D Pengkhususan mengikut kawasan
5
Pengeluaran dapat dijalankan secara besar-besaran dengan adanya pengangkutan. Apakah kesan perkembangan tersebut kepada pengguna? A Mengurangkan pembaziran B Mengurangkan harga barang C Mengurangkan kos pengeluaran D Mengurangkan kos simpanan stok
6
Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan diskaun tunai kepada peniaga? A Mengelakkan daripada mencetak semula katalog B Menggalakkan penghutang membayar dengan cepat C Menggalakkan pelanggan membeli dengan banyak D Meningkatkan imej kredit peniaga
7
Antara berikut, faktor yang manakah perlu dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan? I Modal yang mencukupi II Merancang strategi perniagaan III Pesaing yang banyak IV Lokasi yang strategik A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
8
Saluran agihan manakah sesuai untuk memasarkan produk perkhidmatan? A Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna B Pengeluar Pemborong Pengguna C Pengeluar Peruncit Pengguna D Pengeluar Pengguna
9
Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi peruncit kecil-kecilan kepada pengguna? I Menyediakan pelbagai jenis barang II Menjual dalam kuantiti yang diperlukan III Memberi kredit kepada semua pengguna IV Membeli secara pukal untuk kebaikan pengguna A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
2
10
Apakah kekurangan e-dagang kepada pengguna? A Banyak pilihan pengguna B Membeli belah dengan selesa dari rumah C Barangan sukar dicuba uji sebelum membeli D Mendapat maklumat barangan dengan segera
11
Kumari tidak mahu ke kedai untuk membeli barang Berdasarkan situasi tersebut, apakah perkhidmatan yang boleh membantu Kumari dalam menyelesaikan masalahnya? I Pasaraya II Televisyen interaktif III Perniagaan pesanan mel IV Mesin peruncitan automatik A B C D
I dan II I dan IV II dan III III dan IV
12
Peniaga Ahmad mendapati Pembekal Aziz terkurang caj dalam invois. Apakah dokumen yang sepatutnya dihantar oleh pembekal Aziz kepada Ahmad untuk membetulkan urusniaga tersebut? A Nota Debit B Nota Kredit C Nota Kiriman D Nota Makluman
13
Maklumat berikut berkenaan dengan sejenis kaedah jualan o Memudahkan urus niaga dan jimat masa o Bayaran dijelaskan sebelum perkhidmatan diterima atau digunakan Apakah jenis kaedah jualan tersebut? A Sewa beli B Prabayar C Konsainan D Bayaran tertunda
14
Rajah berikut menunjukkan dua kaedah jualan bagi sejenis mesin jahit. Jualan Tunai Harga tunai
: RM2 000
Jualan Sewa Beli Ansuran Tempoh Bayaran Wang Pendahuluan
: RM 110 sebulan : 24 bulan : RM 200
3
Apakah kelebihan sekiranya Puan Aishah membeli mesin jahit itu secara sewabeli? I Mesin jahit tidak akan dirampas jika beliau gagal membayar ansurannya II Harga secara sewa beli lebih murah daripada harga secara tunai III Boleh menerima tempahan jahitan untuk membayar ansuran IV Terdapat wang lebihan untuk membeli barang lain A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15
Pernyataan berikut menunjukkan kelemahan sejenis kaedah jualan kepada penjual Menanggung risiko hutang lapuk kerana barang menjadi hak milik pembeli sebaik sahaja bayaran pendahuluan dibuat Apakah kaedah jualan tersebut? A Prabayar B Sewa beli C Konsainan D Bayaran tertunda
16
En Heiji Hatori , seorang pelancong asing Jepun sering datang ke Malaysia untuk melawat tempat-tempat yang menarik. Apakah aktiviti perniagaan tersebut? A Import nyata Malaysia B Eksport nyata Malaysia C Eksport tak nyata Malaysia D Import tak nyata Malasysia
17
Maklumat berikut menunjukkan faedah perniagaan antarabangsa yang dinikmati oleh sesuatu pihak o Mengurangkan pengangguran Siapakah pihak tersebut? A Kerajaan B Pengguna C Pengeluar D Pemborong
18
Pernyataan berikut berkaitan dengan sejenis dokumen perniagaan antarabangsa . Meminta pihak pelabuhan memunggah barang ke dalam kapal yang dinamakan. Apakah dokumen tersebut? A Surat Cagaran B Sijil Asal Usul C Invois Konsular D Nota Perkapalan
4
19
Mengapakah industri tekstil dianggap sebagai Industri Kecil dan Sederhana? A Berorientasikan eksport B Proses pengeluaran adalah seragam C Memerlukan kemahiran yang tinggi D Menggunakan mesin yang mudah dan kurang canggih
20
Encik Zamri menggunakan nama isterinya dalam syarikat pembinaan barunya. Apakah jenis pekongsi bagi isteri beliau ? A Pekongsi lelap B Pekongsi biasa C Pekongsi berhad D Pekongsi nominal
21
Papan tanda yang manakah menunjukkan perniagaan milikan perkongsian? A Kedai Kasut Bersaudara B Kedai Telekom Ali Berhad C Restoran Noraliza D Farmasi Pertiwi Sdn. Bhd.
22
Pernyataan berikut berkaitan dengan satu aktiviti dalam perdagangan. Menangguh penggunaan wang pada masa kini untuk mendapat pulangan pada masa hadapan Apakah aktiviti tersebut ialah? A Pengkhususan B Perniagaan C Spekulator D Pelaburan
23
Antara yang berikut yang manakah perlu dipertimbangkan apabila membuat pelaburan ? I Mendapat jaminan dari bank terhadap keselamatan pelaburan II Mendapatkan maklumat pelaburan yang lengkap III Memikirkan kadar risiko dan pulangan IV Hak-hak pelabur A B
I dan II I dan IV
C D
II dan III III dan IV
5
24 Gambar berikut menunjukkan logo sebuah institusi kewangan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi institusi kewangan tersebut? I Memberi pinjaman kepada syarikat besar II Mengeluar dan mengawal mata wang negara III Menjadi penasihat kewangan kepada kerajaan IV Menanggung jamin terbitan saham A B C D
I dan II I dan IV II dan III III dan IV
25 Maklumat berikut adalah berkaitan kemudahan pembayaran yang disediakan oleh Bank Perdagangan. Cik Nurul Huda membuat pinjaman bank berjumlah RM60 000 untuk membeli kereta idamannya dengan bayaran ansuran bulanan RM850 untuk tempoh selama 7 tahun. Beliau sukar membuat bayaran ansuran bulanan tepat pada waktunya kerana sibuk. Apakah kemudahan pembayaran yang boleh membantu Cik Nurul Huda untuk membuat bayaran? A Pindahan elektronik B Pindahan kredit C Akaun semasa D Arahan tetap 26 Antara yang berikut, yang manakah merupakan kebaikan akaun simpanan? I Wang boleh disimpan dengan selamat II Simpanan boleh dikeluarkan selepas tempoh matang III Pelanggan boleh membuat pembayaran menggunakan cek IV Pengeluaran boleh dibuat di mana-mana cawangan A B C D
I dan II I dan IV II dan III III dan IV
27 Situasi manakah yang merupakan risiko boleh insurans? A Kedai Encik Ramli terbakar B Rumah Puan Salmi ditenggelami banjir C Tanaman Pak Halim musnah akibat kemarau D Pakaian ciptaan Butik Aniza tidak mendapat sambutan pelanggan 28 Rajah berikut menunjukkan prinsip insurans. Prinsip Insurans Kepentingan boleh insurans
X
Indemniti
Pernyataan manakah yang menerangkan X? A Sumbangan insured ke dalam dana insurans B Insurer membayar pampasan kepada insured apabila risiko berlaku C Insured memberikan maklumat yang benar semasa mengisi borang cadangan D Seseorang yang membeli insurans mestilah mempunyai kepentingan ke atas harta yang diinsuranskan 29 Apakah jenis insurans yang membayar ganti rugi kepada semua pihak yang terlibat dalam kemalangan? A Insurans liabiliti B Insurans liabiliti majikan C Insurans motor komprehensif D Insurans kemalangan peribadi 30 Gambar berikut adalah salah satu jenis pengangkutan
Apakah kelebihan pengangkutan itu? A Ruang muatan luas B Bayaran insurans tinggi C Serahan dari pintu ke pintu D Kerja pemunggahan sedikit
31 Maklumat berikut adalah fungsi sebuah agensi
Mengeluarkan lesen bagi pesawat udara Memberikan maklumat tentang pengaliran trafik udara
Apakah agensi itu? A Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) B Jabatan Penerbangan Awam (DCA) C Malaysia Helicopter Services Berhad D Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 32
Antara berikut yang manakah tujuan prinsip Mudharabah? I Menyatakan persetujuan untuk menjual harta II Melibatkan perkongsian pihak pelanggan dengan bank III Mengagihkan keuntungan mengikut nisbah IV Menjaga keselamatan harta di akaun A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV
33
Gambar berikut menunjukkan perbualan antara Encik Hilmi dengan seorang pegawai bank. Saya mempunyai RM20 000 yang tidak akan digunakan selama 20 bulan
Kita di sini ada cara yang lebih menguntungkan dan selamat untuk disimpan
Apakah cara yang dimaksudkan oleh pegawai bank tersebut? A Membeli syer B Menggunakan kad kredit C Mendeposit di dalam akaun simpanan D Menyimpan di dalam akaun simpanan tetap 34
Antara yang berikut, manakah yang benar tentang insurans? A Perkongsian risiko B Simpanan berjadual C Sejenis perkongsian perniagaan D Usaha untuk mengurangkan kekerapan kejadian risiko harian
35
Gambar berikut menunjukkan sekeping cek.
T Bayar Pay Ringgit Malaysi a
BANK TEGUH BHD. Jalan Laksamana, Seremban Tarikh : 10.06.2011 Atau Pembawa Or Bearer
Gemilang Setia Sdn Bhd
RM8 000.00
Lapan Ribu Sahaja
Helmi “010241” 25 “’012481’”:90004804” 01
Di manakah cek ini sepatutnya dikemukakan? A Bank Bahagia Bhd, Seremban B Semua cawangan Bank Setia Bhd. C Semua cawangan Bank Bahagia Bhd. D Bank Teguh Berhad, Jalan Laksaman, Seremban 36
Situasi berikut berkaitan dengan salah satu prinsip insurans. Encik Kogulan telah menginsurankan stok barang niaganya terhadap risiko kebakaran. Semasa berlaku kebakaran, sebahagian stoknya hangus terbakar manakala sebahagian lagi telah hilang dicuri orang. Insurer enggan membayar ganti rugi stok barang yang dicuri.
Apakah prinsip insurans tersebut? A Prinsip sumbangan B Prinsip subrogasi C Prinsip penuh percaya mutlak D Prinsip doktrin sebab hampiran
37. Rajah berikut menunjukkan jenis-jenis insurans hayat. Insurans Hayat
Insurans Endownmen
X
Insurans hayat sementara
Apakah X? A Insurans hayat pendidikan B Insurans hayat seumur hidup C Insurans hayat jaminan setia D Insurans hayat kesihatan 38. Haslinda bekerja di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang . Setiap bulan majikannya akan membuat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuknya. Apakah skim insurans yang dikendalikan oleh pertubuhan ini? I II III IV
Skim Pencen Ilat Skim Keselamatan Skim Liabiliti Majikan Skim Bencana Pekerjaan
A B C D
I dan II I dan IV II dan III III dan IV
39 Maklumat berikut berkaitan sebuah agensi
A B C D
Melesenkan malim Mengeluarkan lessen untuk kapal dan bot Apakah agensi tersebut? Jabatan Laut Lembaga Pelabuhan Jabatan Pengangkutan Air Perbadanan Perkapalan Antarabangsa
40 Gambar berikut menunjukkan sejenis pengangkutan
Apakah kelebihan jenis pengangkutan di atas? A Melibatkan kos pemasangan yang rendah B Dapat mengangkut semua jenis barang C Senang dibaiki jika berlaku kebocoran D Menjimatkan kos penghantaran
******************************Kertas Soalan Tamat*************************
Disediakan Oleh:
Disemak Oleh:
..................................... (Pn. Suriayani Ab Manaf)
........................................ Pn. Foo Chooi Cheng ( GKMP Vok & Tek)