disediakan oleh
Norhayati binti Mat Zain SMKSP 2010
SEJARAH TINGKATAN 4
BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
FOKUS TOPIK PILIHAN 2010
Tamadun Indus
Tamadun Hwang Ho
NAMA PELAJAR TINGKATAN SEKOLAH
Bandar Terancang Tamadun Indus Bandar Mohenjo-Daro
SEJARAH TINGKATAN 4
BAB
1
|
TAMADUN AWAL MANUSIA
k-Intensif SPM 2010 ANALISIS SOALAN SEJARAH 1249/2 SPM
1.1 1.2
1.3
1.4
Topik Makna Tamadun Ciri-Ciri Tamadun Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba Tamadun Indus Tamadun Hwang Ho Proses Pembentukan Tamadun Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba Tamadun Indus Tamadun Hwang Ho Sumbangan Tamadun Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba Tamadun Indus Tamadun Hwang Ho
05
06 5a 5b
07
08
09
10
5a
5c 5b
SPM 2006 (SOALAN 5)
5
(a)
Jelaskan konsep tamadun daripada pandangan: (i) Islam (ii) Barat
[2 markah] [2 markah]
(b)
Terangkan empat ciri yang membawa kepada prosesn kehidupan yang lebih bertamadun. [8 markah]
(c)
Tamadun Mesopotamia memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun awal manusia. Terangkan pernyataan di atas berdasarkan bidang ilmu dan ciptaan. [8 markah] SPM 2008 (SOALAN 5)
5
Pada sekitar tahun 3500 S.M., Tamadun Mesir Purba berkembang menjadi pusat tamadun awal dunia. (a) Pada pandangan anda, apakah keistimewaan Mesir Purba yang menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia? [8 markah] (b)
Terangkan sumbangan Tamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang kekal hingga ke hari ini [6 markah]
(c)
Kegemilangan sesuatu negara itu tidak akan dapat dinikmati oleh generasi akan datangan sekiranya masyarakat kini tidak meninggalkan warisan serta khazanah bangsanya untuk dikagumi. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia kini yang boleh menjadi kebanggaan generasi akan datang? [6 markah]
© Norhayati binti Mat Zain SMKSP 2010
2
SEJARAH TINGKATAN 4
BAB
1
|
TAMADUN AWAL MANUSIA
k-Intensif SPM 2010 FOKUS TOPIK PILIHAN 2010
A. 1
TAMADUN INDUS Tamadun Indus muncul pada sekitar tahun 2500 S.M. dan mula merosot pada tahun 1800 S.M. (a)
Pada pandangan anda, apakah keistimewaan tamadun Indus yang menyumbang kepada kemunculannya sebagai tamadun awal manusia? [4 markah] Pada pandangan saya, keistimewaan tamadun Indus yang menyumbang kepada kemunculannya sebagai tamadun awal manusia ialah penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus sungai Indus menyediakan sumber air sungai Indus menyuburkan tanah kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam meningkatkan penghasilan pertanian membawa kepada peningkatan jumlah penduduk menyumbang kepada perkembangan bandar dua bandar utama terbentuk di Lembah Indus Mohenjo-Daro dan Harappa wujud bandar pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor
(b)
Jelaskan sistem organisasi sosial yang terdapat dalam masyarakat Indus. [6 markah] Sistem organisasi sosial yang terdapat dalam masyarakat Indus ialah terbahagi kepada dua golongan golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang kelas atasan yang utama ialah pendeta bilangan pendeta adalah kecil pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar mengawal aktiviti masyarakat terutamanya kegiatan keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepada pendeta tiada bukti kewujudan raja sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
© Norhayati binti Mat Zain SMKSP 2010
3
SEJARAH TINGKATAN 4
BAB
1
|
TAMADUN AWAL MANUSIA
k-Intensif SPM 2010 golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh petani menjalankan aktiviti pertanian menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa buruh menjalankan kerja perburuhan menjaga kebersihan bandar membina tembok dibenteng membina terusan
(c)
Nyatakan ciri-ciri pembentukan bandar terancang dalam tamadun Indus. [8 markah] Ciri-ciri pembentukan bandar terancang dalam tamadun Indus ialah bandar terbahagi kepada dua bahagian dikelilingi oleh tembok bahagian utama merupakan bangunan pentadbiran dan keagamaan menempatkan bangunan pentadbiran tempat mandi awam digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan tempat menyimpan hasil pertanian bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan bandar dirancang dengan rapi susunannya sistematik disusun berasaskan blok segi empat setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang bandar-bandar dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan perancangan bandar kerana kemajuan ilmu geometri dan pembinaan sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
© Norhayati binti Mat Zain SMKSP 2010
4
SEJARAH TINGKATAN 4
BAB
1
|
TAMADUN AWAL MANUSIA
k-Intensif SPM 2010
(d)
Terangkan sumbangan tamadun Indus yang boleh dijadikan panduan kepada generasi hari ini untuk menghasilkan sebuah tamadun yang cemerlang. [8 markah] Sumbangan tamadun Indus yang boleh dijadikan panduan kepada generasi hari ini untuk menghasilkan sebuah tamadun yang cemerlang ialah keupayaan dan kebolehan mengeksploitasi mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan berupaya mewujudkan bandar terancang seperti Mohendo-Daro dan Harappa kemajuan bidang geometri hasil pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba bandar disusun berasaskan bentuk segi empat pembinaan jalan raya yang lurus peningkatan mutu bahan binaan menghasilkan batu bata dengan cara membakar dengan suhu yang tinggi sifat keterbukaan menjalinkan hubungan dengan tamadun lain membolehkan pertukaran ilmu dan teknologi mengajar kedamaian dan keamanan tunjang kepada kekuatan sesebuah negara
(e)
Andaikan anda adalah pengawai perancang bandar dan wilayah. Apakah cadangan anda bagi mewujudkan sebuah bandar terancang.
[4 markah]
Cadangan bagi mewujudkan sebuah bandar terancang ialah membina rangkaian jalan raya yang sistematik bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas membina sistem kawalan keselamatan bagi mengurangkan kadar jenayah kawasan perindustrian terletak jauh dari kawasan bandar membina pusat dan taman rekreasi di kawasan yang strategik menyediakan kemudahan asas yang mencukupi memastikan sistem pembuangan sampah dan kumbahan diuruskan dengan baik
© Norhayati binti Mat Zain SMKSP 2010
5
SEJARAH TINGKATAN 4
BAB
1
|
TAMADUN AWAL MANUSIA
k-Intensif SPM 2010 B. 2
TAMADUN HWANG HO Kemunculan tamadun Hwang Ho dikesan melalui jumpaan tengkorak homo sapien (Peking Man) yang dikatakan hidup sekitar tahun 400 000 S.M dan mula berkembang pada zaman Dinasti Shang pada tahun 1766 – 1050 S.M. (a)
Apakah keistimewaan tamadun Hwang Ho yang menyumbang kepada kemunculannya sebagai tamadun awal manusia? [4 markah] Keistimewaan tamadun Hwang Ho yang menyumbang kepada kemunculannya sebagai tamadun awal manusia ialah peranan Hwang Ho menyuburkan kawasan sekitarnya menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang membina petempatan awal di Tapak Banpo bandar terawal tamadun Hwang Ho ialah Anyang merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang pembentukan Dinasti Shang membawa kemajuan dalam perluasan wilayah dan penyebaran tamadun di sekitar lembah Hwang Ho tersebar ke selatan Sungai Yangtze semasa Dinasti Chou
(b)
Jelaskan sistem pemerintahan yang diamalkan dalam tamadun Hwang Ho berdasarkan pemerintahan dinasti berikut: (i)
Dinasti Shang
[4 markah]
Sistem pemerintahan Dinasti Shang ialah berbentuk pemerintahan beraja pengganti raja dilantik dari kalangan saudara lelaki atau anak lelaki raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama raja berkuasa secara langsung di pusat pentadbiran masyarakat percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politk kerana mereka keturunan pemerintah agama raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan golongan bangsawan mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri dalam hal kutipan cukai, pertahanan dan undang-undang
© Norhayati binti Mat Zain SMKSP 2010
6
SEJARAH TINGKATAN 4
BAB
1
|
TAMADUN AWAL MANUSIA
k-Intensif SPM 2010
(ii)
Dinasti Chou
[4 markah]
Sistem pemerintahan Dinasti Chou ialah mengasimilasikan sistem pemerintahan Dinasti Shang raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang menguruskan pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal monarki dan undang-undang membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah melantik pembesar tempatan di setiap wilayah raja mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang diminta melindungi raja memberi bantuan tentera pada masa perang pembesar tempatan diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara korban
(c)
Apakah amalan kepercayaan masyarakat Hwang Ho? [6 markah] Amalan kepercayaan masyarakat Hwang Ho ialah anismisme politisme penyembahan roh nenek moyang mempercayai satu kuasa agung yang dikenali Tien menyembah tuhan syurga (Shang-ti) menyembah tuhan bumi (Tu) penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan menggunakan tulang oracle untuk meramal sesuatu keadaan tulang oracle diletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan rekahan ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
© Norhayati binti Mat Zain SMKSP 2010
7
SEJARAH TINGKATAN 4
BAB
1
|
TAMADUN AWAL MANUSIA
k-Intensif SPM 2010 (d)
Terangkan Sumbangan tamadun Hwang Ho. [8 markah] Sumbangan tamadun Hwang Ho ialah sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching gelaran raja ditukar kepada maharaja konsep anak syurga dan mandat dari raja dikaitkan dengan raja amalan putaran dinasti diteruskan hingga abad ke-20 pembinaan sistem pengairan pemimpin amat prihatin terhadap pembangunan pertanian terusan di bina untuk mengairi kawasan pertanian dan mengelakkan berlaku banjir kemajuan dalam teknologi pembajakan penciptaan cangkul dan sabit menggunakan batas untuk tujuan penanaman menggantikan alat pertanian kayu kepada besi sistem tulisan masih digunakan sehingga kini digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan diajar di sekolah-sekolah China orang Korea dan Jepun turut menggunakannya kepercayaan yang masih kekal sehingga hari ini pemujaan roh nenek moyang konsep Yin dan Yang Feng Hsui Memperkenalkan sistem kalendar 30 hari sebulan dan 360 setahun untuk menentukan musim menanam dan menuai menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan dan pengkebumian pengamalan falsafah perang Sun Tzu Karya the Art of War membicarakan selok-belok perang dan menangani musuh diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan
© Norhayati binti Mat Zain SMKSP 2010
8
SEJARAH TINGKATAN 4
BAB
1
|
TAMADUN AWAL MANUSIA
k-Intensif SPM 2010 (e)
Berdasarkan pengkajian anda terhadap tamadun Hwang Ho, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memajukan sektor pertanian di negara kita. [4 markah] Langkah bagi memajukan sektor pertanian di negara kita ialah mencipta peralatan pertanian yang moden meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian meningkatkan kualiti biji benih meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam sektor pertanian mempelbagai produk hasil pertanian memperluaskan kawasan pasaran
© Norhayati binti Mat Zain SMKSP 2010
9