Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
Islam merupakan agama yang syumul. Syariatnya mencakupi seluruh aspek yang diperlukan oleh manusia, meliputi akidah, ibadah, muamalat, munakahat, jenayah dan akhlak.
Ringkasnya, Islam menetaskan hukum, peraturan dan undang-undang terhadap semua perkara yang menyentuh perbuatan manusia.
Matlamat pensyariatan hukum-hakam dalam Islam adalah untuk menjaga kemaslahatan[1] manusia bagi kehidupan di dunia atau akhirat atau kedua-duanya[2]. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Allah SWT telah menjelaskan sepenuhnya kepada manusia, apa yang baik dan buruk, halal ataupun haram untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat.
Pada asasnya, sesuatu benda atau sesuatu perbuatan itu tidak terlepas dari lima perkara iaitu halal, haram, sunat, makruh dan harus. Bagi perkara yang halal secara mutlak, kita disuruh oleh Allah SWT untuk memakan atau menggunakannya; manakala yang haram kita disuruh untuk menjauhinya. Adapun bagi perkara yang syubhah, kita diperingatkan agar meninggalkannya bagi mengelakkan kita terjebak ke dalam perkara yang haram[3].
Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT[4].
Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menyeru dan memerintahkan umat Islam
1 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
agar mengambil berat dalam mencari yang halal dan meninggalkan yang haram. Antara ayat-ayat al-Quran dan hadis yang meyentuh perihal tersebut ialah;
1. Firman Allah SWT;
ْﻱَﺍ ﺃَﻱُّﻩَﺍ اﻞَّﺫِﻳﻦَ آﻢَﻥُوﺎ ﻙُﻝُوﺎ ﻡِﻥْ ﻁَﻱِّﺏَاﺖِ ﻡَﺍ ﺭَﺯَﻕْﻥَاﻚُﻡ َ ﺇِﻥَّﻡَﺍ ﺡَﺭَّﻡ. َﻭَاﺶْﻙُﺭُوﺎ ﻝِﻝَّﻩِ ﺇِﻥْ ﻙُﻥْﺕُﻡْ ﺇِﻱَّاﻪُ ﺕَﻉْﺏُﺩُوﻦ ِﻉَﻝَﻱْﻙُﻡُ اﻞْﻡَﻱْﺕَﺓَ ﻭَاﻠﺪَّﻡَ ﻭَﻝَﺡْﻡَ اﻞْﺥِﻥْﺯِﻳﺮِ ﻭَﻡَﺍ ﺃُﻩِﻝَّ ﺏِﻩ ِﻝِﻍَﻱْﺭِ اﻠﻞَّﻩِ ﻑَﻡَﻥِ اﺾْﻁُﺭَّ ﻍَﻱْﺭَ ﺏَاﻎٍ ﻭَﻝَﺍ ﻉَاﺪٍ ﻑَﻝَﺍ ﺇِﺙْﻡَ ﻉَﻝَﻱْﻩ [5].ٌﺇِﻥَّ اﻠﻞَّﻩَ ﻍَﻑُوﺮٌ ﺭَﺡِﻳﻢ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
2. Firman Allah SWT lagi;
َ[ ﻑَﻙُﻝُوﺎ ﻡِﻡَّﺍ ﺭَﺯَﻕَﻙُﻡُ اﻠﻞَّﻩُ ﺡَﻝَاﻞًﺍ ﻁَﻱِّﺏًﺍ ﻭَاﺶْﻙُﺭُوﺎ ﻥِﻉْﻡَﺕ6] َاﻠﻞَّﻩِ ﺇِﻥْ ﻙُﻥْﺕُﻡْ ﺇِﻱَّاﻪُ ﺕَﻉْﺏُﺩُوﻦ Maksudnya: Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
2 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
3. Firman Allah SWT lagi;
ﻱَﺍ ﺃَﻱُّﻩَﺍ اﻠﺮُّﺱُﻝُ ﻙُﻝُوﺎ ﻡِﻥَ اﻠﻂَّﻱِّﺏَاﺖِ ﻭَاﻊْﻡَﻝُوﺎ ﺹَاﻞِﺡًﺍ ﺇِﻥِّﻱ [7].ٌﺏِﻡَﺍ ﺕَﻉْﻡَﻝُوﻦَ ﻉَﻝِﻳﻢ Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
4. Firman Allah SWT lagi;
[ﻭَﺃَﺡَﻝَّ اﻠﻞَّﻩُ اﻞْﺏَﻱْﻉَ ﻭَﺡَﺭَّﻡَ اﻠﺮِّﺏَﺍ8] Maksudnya: Dan Allah s.w.t telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
5. Firman Allah SWT lagi;
ْﻭَﻡَﺍ ﻝَﻙُﻡْ ﺃَﻝَّﺍ ﺕَﺃْﻙُﻝُوﺎ ﻡِﻡَّﺍ ﺫُﻙِﺭَ اﺲْﻡُ اﻠﻞَّﻩِ ﻉَﻝَﻱْﻩِ ﻭَﻕَﺩ َّﻑَﺹَّﻝَ ﻝَﻙُﻡْ ﻡَﺍ ﺡَﺭَّﻡَ ﻉَﻝَﻱْﻙُﻡْ ﺇِﻝَّﺍ ﻡَﺍ اﺾْﻁُﺭِﺭْﺕُﻡْ ﺇِﻝَﻱْﻩِ ﻭَﺇِﻥ َﻙَﺙِﻳﺮًﺍ ﻝَﻱُﺽِﻝُّوﻦَ ﺏِﺃَﻩْﻭَاﺊِﻩِﻡْ ﺏِﻍَﻱْﺭِ ﻉِﻝْﻡٍ ﺇِﻥَّ ﺭَﺏَّﻙَ ﻩُﻭ [9] َﺃَﻉْﻝَﻡُ ﺏِاﻞْﻡُﻉْﺕَﺩِﻳﻦ Maksudnya: Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari
3 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
(sembelihan binatang-binatang halal) Yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.
6. Firman Allah SWT lagi;
ﻱَﺱْﺃَﻝُوﻦَﻙَ ﻡَاﺬَﺍ ﺃُﺡِﻝَّ ﻝَﻩُﻡْ ﻕُﻝْ ﺃُﺡِﻝَّ ﻝَﻙُﻡُ اﻠﻂَّﻱِّﺏَاﺖُ ﻭَﻡَﺍ ُﻉَﻝَّﻡْﺕُﻡْ ﻡِﻥَ اﻞْﺝَﻭَاﺮِﺡِ ﻡُﻙَﻝِّﺏِﻳﻦَ ﺕُﻉَﻝِّﻡُوﻦَﻩُﻥَّ ﻡِﻡَّﺍ ﻉَﻝَّﻡَﻙُﻡ ِ[ﻭَاﺬْﻙُﺭُوﺎ اﺲْﻡَ اﻠﻞَّﻩ10] ْاﻠﻞَّﻩُ ﻑَﻙُﻝُوﺎ ﻡِﻡَّﺍ ﺃَﻡْﺱَﻙْﻥَ ﻉَﻝَﻱْﻙُﻡ ِﻉَﻝَﻱْﻩِ ﻭَاﺖَّﻕُوﺎ اﻠﻞَّﻩَ ﺇِﻥَّ اﻠﻞَّﻩَ ﺱَﺭِﻳﻊُ اﻞْﺡِﺱَاﺐ Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?”, bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya"
7. Rasulullah SAW bersabda;
» ﺃَﻱُّﻩَﺍ-ﺻﻠﻰ اﻠﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ وﺴﻠﻢ- ِﻉَﻥْ ﺃَﺏِﻯ ﻩُﺭَﻱْﺭَﺓَ ﻕَاﻞَ ﻕَاﻞَ ﺭَﺱُوﻞُ اﻠﻞَّﻩ َاﻠﻦَّاﺲُ ﺇِﻥَّ اﻠﻞَّﻩَ ﻁَﻱِّﺏٌ ﻟﺎَ ﻱَﻕْﺏَﻝُ ﺇِﻟﺎَّ ﻁَﻱِّﺏًﺍ ﻭَﺇِﻥَّ اﻠﻞَّﻩ ﺃَﻡَﺭَ اﻞْﻡُﺅْﻡِﻥِﻳﻦَ ﺏِﻡَﺍ ﺃَﻡَﺭَ ﺏِﻩِ اﻞْﻡُﺭْﺱَﻝِﻳﻦَ ﻑَﻕَاﻞَ ) ﻱَﺍ ﺃَﻱُّﻩَﺍ اﻠﺮُّﺱُﻝُ ﻙُﻝُوﺎ ﻡِﻥَ اﻠﻂَّﻱِّﺏَاﺖِ ﻭَاﻊْﻡَﻝُوﺎ ﺹَاﻞِﺡًﺍ ﺇِﻥِّﻯ ﺏِﻡَﺍ ] ﻭَﻕَاﻞَ )ﻱَﺍ ﺃَﻱُّﻩَﺍ اﻞَّﺫِﻳﻦَ آﻢَﻥُوﺎ ﻙُﻝُوﺎ51:ﺕَﻉْﻡَﻝُوﻦَ ﻉَﻝِﻳﻢٌ( [اﻠﻤؤﻤﻨوﻦ ُ ﺙُﻡَّ ﺫَﻙَﺭَ اﻠﺮَّﺝُﻝَ ﻱُﻁِﻳﻞ.«] 17 :ﻡِﻥْ ﻁَﻱِّﺏَاﺖِ ﻡَﺍ ﺭَﺯَﻕْﻥَاﻚُﻡْ( [اﻠﺒﻘرﺔ
4 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
ِّاﻠﺲَّﻑَﺭَ ﺃَﺵْﻉَﺙَ ﺃَﻍْﺏَﺭَ ﻱَﻡُﺩُّ ﻱَﺩَﻱْﻩِ ﺇِﻝَﻯ اﻠﺲَّﻡَاءِ ﻱَﺍ ﺭَﺏِّ ﻱَﺍ ﺭَﺏ َﻭَﻡَﻁْﻉَﻡُﻩُ ﺡَﺭَاﻢٌ ﻭَﻡَﺵْﺭَﺏُﻩُ ﺡَﺭَاﻢٌ ﻭَﻡَﻝْﺏَﺱُﻩُ ﺡَﺭَاﻢٌ ﻭَﻍُﺫِﻯ .[11]«َﺏِاﻞْﺡَﺭَاﻢِ ﻑَﺃَﻥَّﻯ ﻱُﺱْﺕَﺝَاﺐُ ﻝِﺫَﻝِﻙ
Maksudnya: Abu Hurairah r.a. berkata; bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan ke atas para rasul yang diutuskan. Firman Allah; (wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan). Firman Allah; (wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu). Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan perihal seorang lelaki yang telah merantau jauh, kusut masai dan berdebu, sambil menadahkan kedua tangannya ke langit (memohon doa): “Ya Tuhan ku, Ya Tuhan ku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram ( dan sarapannya haram). Bagaimana (dengan demikian itu) doanya boleh dimakbulkan ( oleh Allah SWT).
8. Rasulullah SAW bersabda;
ِ [ ﻁَﻟﺐُ اﻠﺢَﻟاﻞِ ﻭَاﺞِﺏٌ ﻋﻠﻰ ﻛﻞ: وﻌﻦ أﻨﺲ ﺑﻦ ﻣاﻠﻚ ﻋﻦ اﻠﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻠﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻗاﻞ رواﻪ اﻠﻄﺒراﻨﻲ ﻓﻲ اﻠأوﺴﻂ وإﺴﻨادﻪ ﺣﺴﻦ.[12] ].ﻡُﺳﻞِﻡ
Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).
Keseluruhan nas al-Quran dan hadis di atas menunjukkan penghujahan yang amat kuat bahawa Islam sangat mengambil berat tentang halal dan haram, kerana semua yang halal itu akan mendatangkan manfaat, sedangkan perkara haram akan mendatangkan mafsadah ke atas manusia[13], baik di dunia mahupun akhirat.
5 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
Prinsip Islam Di Dalam Urusan Halal Dan Haram
Bagi menjelaskan lagi halal dalam perspektif Islam, dijelaskan di sini beberapa prinsip yang menjadi asas bagi permasalahan halal sebagaimana disebutkan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi[14] :
Pertama: Asal bagi setiap sesuatu adalah mubah.
Jumhur ulama bersepakat bahawa asal bagi sesuatu perkara adalah harus, melainkan ada dalil atau nas syarak yang menunjukkan ia adalah haram. Kaedah asal setiap sesuatu itu adalah harus, tidak terhad kepada benda sahaja, bahkan ia meliputi perbuatan dan tingkah laku yang tidak tergolong dalam urusan ibadah.
Semua perkara yang dikategorikan sebagai ‘adat dan muamalat’ adalah tidak diharamkan dan diberikan keluasan bagi manusia untuk menentukan bagaimana cara dan bentuk yang bersesuai dengan situasi kehidupan mereka, melainkan yang telah diharamkan atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Berlainan pula dalam urusan ibadah, di mana asalnya adalah haram melainkan apa yang ditentukan bentuk dan caranya oleh Allah SWT. Hal ini ada disebutkan oleh Rasulullah SAW:
َ» ﻡَﻥْ ﺃَﺡْﺩَﺙ:ﻉَﻥْ ﻉَاﺊِﺵَﺓَ ﻕَاﻞَﺕْ ﻕَاﻞَ ﺭَﺱُوﻞُ اﻠﻞَّﻩِ ﺻﻠﻰ اﻠﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ وﺴﻠﻢ .[15]«ٌّﻑِﻯ ﺃَﻡْﺭِﻥَﺍ ﻩَﺫَﺍ ﻡَﺍ ﻝَﻱْﺱَ ﻡِﻥْﻩُ ﻑَﻩُﻭَ ﺭَﺩ Maksudnya; Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa yang mengada-adakan satu perkara baru dalam urusan kami yang bukan darinya, maka ia tertolak.”
6 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
Kedua: Kuasa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah SWT Di dalam Islam, kuasa menghalal dan mengharamkan sesuatu adalah hak Allah SWT semata-mata. Islam membataskan kuasa ini demi untuk menjaga kesucian agama. Sehubungan itu, apa yang dihalalkan oleh syariat adalah halal, dan apa yang diharamkan oleh syariat adalah haram meskipun ia sangat baik menurut nafsu. Manakala bagi sesuatu perkara tidak dinyatakan status halal dan haram oleh Allah SWT, maka ia adalah halal sekiranya perkara itu dapat membawa manfaat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Dalam hal ini Salman Al-Farisi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda;
ِاﻠﺤﻞَاﻞُ ﻡَﺍ ﺃَﺣﻞَّ اﻠﻠﻪ ﻑِﻱ ﻙِﺕَاﺐَﻩ واﻠﺢَﺭَاﻢُ ﻣﺎ ﺡَﺭَّﻡَ اﻠﻠﻪ ﻑِﻱ ﻙِﺕَاﺐِﻩ [16]ُﻭَﻣﺎ ﺱَﻙَﺕَ ﻉَﻧﻪُ ﻑَﻩُﻭَ ﻡِﻡَﺍ ﻉَﻓﺎ ﻉَﻧﻪ Maksudnya: Halal ialah apa yang telah dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya, dan yang haram itu ialah apa yang telah diharamkan oleh Allah di dalam kitabNya dan sesuatu yang didiamkan itu adalah dimaafkan untuk kamu.
Sehubungan itu, hanya Allah SWT sahajalah yang mempunyai hak mutlak untuk menetapkan halal dan haram di dalam kitabNya, atau melalui perantaraan rasulNya. Manakala para fuqaha hanya berperanan sebagai perantara untuk menjelaskan hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sama ada yang telah dihalalkan atau yang diharamkan.
Ketiga: Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama seperti syirik. Sebagaimana disebutkan, hak untuk menentukan halal dan haram dalam Islam adalah hak Allah SWT sepenuhnya. Justeru, sebarang usaha untuk mencampuri urusan Allah SWT dengan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram (hukumnya) adalah sama seperti syirik, kerana perbuatan mereka itu seumpama mencabar kekuasaan Allah SWT.
7 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
Lantaran itu, Allah SWT mencela secara nyata orang yang mengharam dan menghalalkan sesuatu dengan sewenangnya, kerana perbuatan mereka itu sudah melampaui batas. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl;
[ﻭَﻝَﺍ ﺕَﻕُوﻞُوﺎ ﻝِﻡَﺍ ﺕَﺹِﻑُ ﺃَﻝْﺱِﻥَﺕُﻙُﻡُ اﻞْﻙَﺫِﺏَ ﻩَﺫَﺍ ﺡَﻝَاﻞٌ ﻭَﻩَﺫَﺍ17] ﺡَﺭَاﻢٌ ﻝِﺕَﻑْﺕَﺭُوﺎ ﻉَﻝَﻯ اﻠﻞَّﻩِ اﻞْﻙَﺫِﺏَ ﺇِﻥَّ اﻞَّﺫِﻳﻦَ ﻱَﻑْﺕَﺭُوﻦَ ﻉَﻝَﻯ َاﻠﻞَّﻩِ اﻞْﻙَﺫِﺏَ ﻝَﺍ ﻱُﻑْﻝِﺡُوﻦ Maksudnya: Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu; “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
Keempat: Mengharamkan yang halal boleh mengakibatkan timbulnya perkara keji dan memudaratkan.
Sebagaimana dijelaskan, matlamat dari pensyariatan hukum di dalam Islam pada keseluruhannya adalah untuk mendapatkan perkara yang membawa kebaikan (maslahat) dan menolak perkara yang membawa keburukan (mafsadah) terhadap manusia. Keseluruhan perintah Allah SWT dari al-Quran ataupun sunnah sama ada berbentuk suruhan atau tegahan kesemuanya adalah untuk kemaslahatan hambanya di dunia dan akhirat [18]. Justeru itu, Shekh cIzz al-Din bin Abd al-Salam (578-660H) di dalam kitabnya qawacid al-ahkam fi masalih al-'anam telah mengembalikan permasalahan fiqh keseluruhannya kepada asas mengambil iktibar terhadap maslahat dan menolak mafsadah[19]. Imam al-Suyuti di dalam kitabnya Ashbah wa al-nazair fi qawacid wa furuc fiqh al-syafci juga menegaskan bahawa, keseluruhan hukum-hakam yang disyariatkan adalah merujuk kepada maslahat, kerana menolak mafsadah itu adalah merupakan sebahagian daripada maslahat"[20].
Semua yang dihalalkan dalam Islam adalah merupakan perkara yang dapat mendatangkan manfaat terhadap manusia. Oleh itu, sekiranya ditimbulkan persoalan apakah perkara yang halal dalam Islam, maka jawapannya adalah ia merujuk kepada perkara yang baik-baik
8 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
(al-tayyibat). Maksudnya, ia adalah perkara-perkara yang dianggap baik oleh jiwa yang normal dan dapat digunapakai oleh semua manusia yang tidak timbul hasil dari pengaruh adat dan tradisi. Firman Allah SWT;
ُ[ﻱَﺱْﺃَﻝُوﻦَﻙَ ﻡَاﺬَﺍ ﺃُﺡِﻝَّ ﻝَﻩُﻡْ ﻕُﻝْ ﺃُﺡِﻝَّ ﻝَﻙُﻡُ اﻠﻂَّﻱِّﺏَاﺖ21] Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? bagi menjawabnya, katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik”.
Justeru itu dalam surah al-Maidah, Allah SWT mengingatkan orang yang beriman agar tidak sekali-kali mengharamkan ke atas diri mereka apa yang telah dihalalkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT;
ُﻱَﺍ ﺃَﻱُّﻩَﺍ اﻞَّﺫِﻳﻦَ آﻢَﻥُوﺎ ﻝَﺍ ﺕُﺡَﺭِّﻡُوﺎ ﻁَﻱِّﺏَاﺖِ ﻡَﺍ ﺃَﺡَﻝَّ اﻠﻞَّﻩ ﻭَﻙُﻝُوﺎ ﻡِﻡَّﺍ.َﻝَﻙُﻡْ ﻭَﻝَﺍ ﺕَﻉْﺕَﺩُوﺎ ﺇِﻥَّ اﻠﻞَّﻩَ ﻝَﺍ ﻱُﺡِﺏُّ اﻞْﻡُﻉْﺕَﺩِﻳﻦ ْ[ اﻠﻞَّﻩَ اﻞَّﺫِﻱ ﺃَﻥْﺕُﻡ22 ﺭَﺯَﻕَﻙُﻡُ اﻠﻞَّﻩُ ﺡَﻝَاﻞًﺍ ﻁَﻱِّﺏًﺍ ﻭَاﺖَّﻕُوﺎ َﺏِﻩِ ﻡُﺅْﻡِﻥُوﻦ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah Dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman[23].
9 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
Kelima: Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram
Syariat Islam sangat menghargai niat yang baik, kerana niat yang baik akan dapat membangkitkan perbuatan mulia. Sabda Rasulullah s.a.w;
[24]ﺇِﻥَّﻡَﺍ اﻠﺄَﻋﻢَاﻞُ ﺏِاﻠﻦِﻱَّاﺖ وﺈِﻧﻢَّﺍ ﻝِﻙُﻝٍ اﻤﺮِﯨءٍ ﻡَﺍ ﻥَﻭَﻯ Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang itu dinilai berdasarkan apa yang diniatkannya.”
Sehubungan itu, maka setiap amalan yang harus, apabila dikerjakan oleh seorang mukmin dengan niat yang baik, kesemuanya akan menjadi ibadah kepada Allah SWT Manakala perkara yang diharamkan, ia akan tetap dihukum sebagai haram, sekalipun orang yang melakukannya berniat baik atau bertujuan mulia. Islam tidak akan sesekali memperakui perbuatan yang haram sebagai wasilah untuk mencapai matlamat yang terpuji. Oleh itu syariat Islam menolak semua sekali prinsip: [Matlamat menghalalkan cara] atau prinsip: [Untuk menuju kebenaran, tidak mengapa jika bergelumang dengan banyak kebatilan]. Malah Islam mengatakan, untuk menuju matlamat yang benar mestilah melalui cara yang benar juga.
Keenam: Sesuatu yang haram, adalah haram untuk semua orang.
Perkara yang diharamkan di dalam Islam adalah bersifat menyeluruh dan mengikat semua orang. Oleh itu, apa yang dihalalkan oleh Allah SWT, maka ia adalah halal untuk semua, dan apa yang diharamkan, maka ia haram untuk semua. Sebagai contoh, hukuman bagi kesalahan mencuri adalah haram dan perlu dijatuhkan hukuman potong tangan terhadap pelakunya. Maka hukum ini akan tetap dijalankan tidak kira apa keturunan dan darjat kedudukannya. Inilah apa
10 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
yang digambarkan oleh Rasulullah SAW:
ْ… ﻭَاﻞَّﺫِﻯ ﻥَﻑْﺱِﻯ ﺏِﻱَﺩِﻩِ ﻝَﻭْ ﺃَﻥَّ ﻑَاﻂِﻡَﺓَ ﺏِﻥْﺕَ ﻡُﺡَﻡَّﺩٍ ﺱَﺭَﻕَﺕ [25].« ﻝَﻕَﻁَﻉْﺕُ ﻱَﺩَﻩَﺍ Maksudnya: "...Demi Allah! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, pasti akan kupotong tangannya".
Kesimpulannya, prinsip-prinsip yang telah diketengahkan tersebut, cukup memadai untuk memberikan gambaran yang amat jelas berkenaan ruang lingkup aktiviti dan amalan yang berkaitan dengan halal haram dalam Islam. Penekanan syarak terhadap prinsip halal haram menggambarkan betapa pentingnya pematuhan terhadap hukum dan ketentuan Allah. Demikian kerana Allah SWT Maha Mengetahui akan segala rahsia dan hikmah yang terselindung di sebalik halal dan haram bagi sesuatu perkara, sama ada melibatkan perhubungan sesama manusia atau manusia sesama makhluk Allah yang lain.
11 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
[1] Menurut istilah ulama Usul, Maslahah didefinisikan sebagai manfaat yang dimaksudkan oleh al-Shāric yang Maha Bijaksana untuk hamba-hambanya daripada memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Lihat, al-Būtī, Muhammad Sacid Ramadān, Dawābīt al-maslahah fī al-sharīcat al-Islāmiayah, Mu'assasah al-Risālah, Bayrūt, Ed. Ke-4, 1402 H./ 1982, hlm. 23.
[2] Menjelaskan perihal tersebut, Imam Ibn al-Qayyim menyatakan; "maka sesungguhnya syariat itu terbina di atas asas hukum dan maslahat manusia di dunia dan akhirat. Syariat itu keseluruhannya adalah adil, keseluruhannya adalah rahmat, keseluruhannya adalah maslahat dan keseluruhannya adalah hikmah. Maka setiap maslahat yang menyimpang dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada sebaliknya, dari maslahat kepada ke burukkan dan dari hikmah kepada sia-sia, maka maslahat itu bukan dari syariat…". Ibn al-Qayyīm al-Jauwziyyah, Iclām al-muwaqqicīn, Dār al-Hadith, al-Qāherah, 1414H./1993, jld. 3, hlm. 5.
[3] Sabda Rasulullah SAW; ِﻉَﻥِ اﻠﻦُّﻉْﻡَاﻦِ ﺏْﻥِ ﺏَﺵِﻳﺮٍ ﻕَاﻞَ ﺱَﻡِﻉْﺕُﻩُ ﻱَﻕُوﻞُ ﺱَﻡِﻉْﺕُ ﺭَﺱُوﻞَ اﻠﻞَّﻩ ﻱَﻕُوﻞُ ﻭَﺃَﻩْﻭَﻯ اﻠﻦُّﻉْﻡَاﻦُ ﺏِﺇِﺹْﺏَﻉَﻱْﻩِ ﺇِﻝَﻯ-ﺻﻠﻰ اﻠﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ وﺴﻠﻢﺃُﺫُﻥَﻱْﻩِ » ﺇِﻥَّ اﻞْﺡَﻟﺎَﻝَ ﺏَﻱِّﻥٌ ﻭَﺇِﻥَّ اﻞْﺡَﺭَاﻢَ ﺏَﻱِّﻥٌ ﻭَﺏَﻱْﻥَﻩُﻡَﺍ ﻡُﺵْﺕَﺏِﻩَاﺖٌ ﻟﺎَ ﻱَﻉْﻝَﻡُﻩُﻥَّ ﻙَﺙِﻳﺮٌ ﻡِﻥَ اﻠﻦَّاﺲِ ﻑَﻡَﻥِ اﺖَّﻕَﻯ ِاﻠﺶُّﺏُﻩَاﺖِ اﺲْﺕَﺏْﺭَﺃَ ﻝِﺩِﻳﻦِﻩِ ﻭَﻉِﺭْﺽِﻩِ ﻭَﻡَﻥْ ﻭَﻕَﻉَ ﻑِﻯ اﻠﺶُّﺏُﻩَاﺖ َﻭَﻕَﻉَ ﻑِﻯ اﻞْﺡَﺭَاﻢِ ﻙَاﻠﺮَّاﻊِﻯ ﻱَﺭْﻉَﻯ ﺡَﻭْﻝَ اﻞْﺡِﻡَﻯ ﻱُوﺶِﻙُ ﺃَﻥْ ﻱَﺭْﺕَﻉ ُﻑِﻳﻪِ ﺃَﻟﺎَ ﻭَﺇِﻥَّ ﻝِﻙُﻝِّ ﻡَﻝِﻙٍ ﺡِﻡًﻯ ﺃَﻟﺎَ ﻭَﺇِﻥَّ ﺡِﻡَﻯ اﻠﻞَّﻩِ ﻡَﺡَاﺮِﻡُﻩ ُﺃَﻟﺎَ ﻭَﺇِﻥَّ ﻑِﻯ اﻞْﺝَﺱَﺩِ ﻡُﺽْﻍَﺓً ﺇِﺫَﺍ ﺹَﻝَﺡَﺕْ ﺹَﻝَﺡَ اﻞْﺝَﺱَﺩُ ﻙُﻝُّﻩ .« ُﻭَﺇِﺫَﺍ ﻑَﺱَﺩَﺕْ ﻑَﺱَﺩَ اﻞْﺝَﺱَﺩُ ﻙُﻝُّﻩُ ﺃَﻟﺎَ ﻭَﻩِﻯَ اﻞْﻕَﻝْﺏ Maksudnya; Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyir r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul darah, yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati. [3] Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab akhzu al-halal wa tark al-syubuhat, Dar al-Jil, Bayrut, t.th, no. hadis; 4178, Jld. 5, hlm. 50.
12 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
[4] Sila rujuk, Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir, Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq, Hani al-Haj, Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jld. 1, hlm. 203. al-Ghazali, Halal dan haram dalam Islam, Jasmin Interprise, 1998, hlm. 1.
[5] Al-Quran, surah al-Baqarah, 2: 172.
[6] Al-Quran, surah al-Nahl, 16: 114.
[7] Al-Quran, surah al-Mu’minun 23: 51.
[8] Al-Quran, surah al-Baqarah, 2: 275.
[9] Al-Quran, surah al-‘Ancam, 6: 119.
[10] Al-Quran, surah al-Maidad, 5: 4.
[11] Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab Qabul al-Sadakah min al-kasb al-tayyib watarbiyatiha, Dar al-Jil, Bayrut, t.th, no.hadis; 2393, Jld. 3, hlm. 83. Al-Turmuzi, Muhammad Bin Isa, Sunnan al-Turmuzi,Bab Surah al-Baqarah, Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Dar Ihya’ al-Thurath al-Arabi, Bayrut, no. hadis; 2989, jld. 5, hlm. 220. Al-Zuhaily, Wahbah, Tafsir al-Munir, Dar al-fikr al-mucasirah, Bayrut, Lubnan, 1411H./ 1991, jld. 18, hlm. 58.
[12] Al-Thabarani, Mucjam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur al-Din cAli bin Abi Bakr, Majmac al-zawaid wa manbac al-fawaid, Bab talab al-halal wa al-bahs anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm. 520
[13] Sila rujuk, al-Qardawi, Yusuf, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, 1415H./ 1994, hlm. 31.
13 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
[14] Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya al-Halal wa al-haram fi al-Islam telah menyebutkan sebelas prinsip yang menjadi tunjang halal dan haram dalam Islam. Primsip-prinsip tersebut ialah; 1. Asal bagi sesuatu perkara adalah mubah 2. Kuasa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah 3. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah sama seperti syirik 4. Mengharamkan yang halal boleh mengakibatkan timbulnya perkara keji dan memudaratkan. 5. Perkara yang halal tidak memerlukan lagi perkara yang haram 6. Perkara-perkara yang membawa kepada haram adalah haram 7. Berhelah dalam perkara yang haram adalah haram 8. Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram 9. Menghindarkan diri daripada perkara syubhat kerana khuatir terjebak ke dalam perkara haram 10. Sesuatu yang haram, adalah haram untuk semua orang 11. Keadaan darurat membenarkan perkara yang dilarang (haram). Sila rujuk, al-Qardawi, Yusuf, 1415H./ 1994, hlm.22-39.
[15] Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab naqdi al-ahkam al-batilah war ad muhdathat al-umur, no. hadis; 4589, jld. 5, hlm. 132. Lihat juga, al-Bukhari, Muhammad Ismail, al-Jamic al-sahih al-mukhtasar, Bab iza istalahu ala sulh jur fa al-sulh mardud, tahqiq, Dr. Mustafa Dib al-Bhura, Dar Ibn Kathir, Bayrut, 1407H./ 1987, no. hadis; 2550, jld.4, hlm. 220.
[16] Al-Turmuzi, Muhammad bin Isa, al-Jamic al-sohih sunan al-Turmuzi, Bab ma ja’a fi labs al-farra’, no. hadis, 1726, jld.4, hlm.220. Syekh al-Albani berkata, hadis ini adalah Hasan.
[17] Al-Quran, surah al-Nahl, 16: 116
[18] Sila lihat; al-Shātibī, al-Muwāfaqāt, Dār Ibn cAffān, al-Mamlakah al-cArabiyyah Sacūdiyyah, Tahqīq 1417 H./ 1997, jld. 2, hlm. 9. Lihat juga, al-Khudarī Bīk, Muhammad, 'Usūl al-Fiqh, al-Maktabah al-Tijāriyyah al-Kubrā, al-Qāhirah, 1389 H./ 1969, Ed. Ke-6, hlm. 300. al-Suyūtī, cAbd al-Rahmān, al-'ashbāh wa al-nāzāir fi qawācid wa furūc fiqh al-syāfcī, Tahqīq Muhammad bin Muhammad Tāmir & Hāfiz cAshūr Hāfiz, Dār al-Salām, al-Qāherah, , 1424 H./ 2004 , jld. 1,
14 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
hlm. 64, al-Būtī, Muhammad Sacid Ramadān, Dawābīt al-maslahah fī al-syrīcat al-Islāmiayah, hlm. 73.
[19] al-Dusi, Hassan Salim, Manhaj fiqh al-muwazanat fi al-sharc al-Islami, dlm Majalah al-syaricah wa al-dirasat al-Islamiah, 46: 373-431, Majlis al-Nashr al-cIlmi1426H./2005, hlm. 377.
[20] al-Suyūtī, cAbd al-Rahmān, Ashbah wa al-nazair fi qawacid wa furuc fiqh al-syafci, Tahqīq Muhammad bin Muhammad Tāmir & Hāfiz cAshūr Hāfiz, Dār al-Salām, al-Qāherah, 1424 H./ 2004, jld. 1, hlm. 64.
[21] Al-Quran, surah al-Ma’idah, 5: 4.
[22] Al-Quran, surah al-Ma’idah, 5: 87-88.
[23] Dr. Yusuf al-Qardawi menyebutkan, ayat ini telah diturunkan kerana terdapat di kalangan kaum muslimin di Madinah, beberapa orang yang bersikap keras dan berlebihan. Mereka mengharamkan diri mereka perkara-perkara yang baik. Sehubungan itu, Allah Taala menurunkan ayat-ayat muhkamah agar mereka dapat berdiri di atas batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah, dan mengembalikan mereka ke jalan Islam yang lurus Al-Qardawi, Yusuf, hlm. 30. Syekh Muhammad cAli al-Sayis dalam dalam kitabnya Tafsir ayat al-ahkam juga telah menyebutkan sebab diturunkan ayat ini sebagaimana berikut; ﻓوﺼﻒ،أﻦ اﻠﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻠﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ وﺴﻠﻢ ﺟﻠﺲ إﻠﻰ أﺼﺤاﺒﻪ ﻳوﻤﺎً ﻓﻲ ﺑﻴﺖ ﻋﺜﻤاﻦ ﺑﻦ ﻣﻄﻌوﻢ ﻳﻌﻈﻬﻢ ﻓﻌزﻤوﺎ ﻋﻠﻰ أﻦ ﻳرﻔﻀوﺎ، وأﺸﺒﻊ اﻠﻜﻠاﻢ ﻓﻲ اﻠإﻨذاﺮ وااﻠﺘﺤذﻴﺮ، وﺒاﻠﻎ،ﻟﻬﻢ ﻳوﻢ اﻠﻘﻴاﻤﺔ ، وأﻦ ﻳﺼوﻤوﺎ اﻠﻨﻬاﺮ، واﻠﻤﺸارﺐ اﻠﻠذﻴذﺔ، وﻴﺤﺮّﻣوﺎ ﻋﻠﻰ أﻨﻔﺴﻬﻢ اﻠﻤﻄاﻌﻢ اﻠﻄﻴﺒﺔ،اﻠدﻨﻴﺎ ، ﺑﻞ ﻟﻘﺪ ﻋزﻢ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﻋﻠﻰ أﻦ ﻳﺞُﺏَّ ﻣذاﻜﻴرﻪ، وأﻦ ﻟﺎ ﻳﻨاﻤوﺎ ﻓﻲ ﻓراﺶ اﻠﻨﺴاء،وﻴﻘوﻢ اﻠﻠﻴﻞ وﻴﺴﻴﺤوﺎ ﻓﻲ اﻠأرﺾ ﻓوﺼﻞ ﺧﺒرﻬﻢ إﻠﻲ اﻠﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻠﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ وﺴﻠﻢ ﻓﺴأﻠﻬﻢ،وﻴﻠﺒﺴوﺎ اﻠﻤﺴوﺢ ،ً إﻦ ﻟأﻨﻔﺴﻜﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﺣﻘﺎ، )) إﻨﻲ ﻟﻢ أوﻤﺮ ﺑذﻠﻚ: ﻓﻘاﻞ ﻟﻬﻢ،ً ﻣﺎ أردﻨﺎ إﻠﺎ ﺧﻴرﺎ:ﻓﻘاﻠوﺎ ، وآﻜﻞ اﻠﻠﺤﻢ واﻠدﺴﻢ، وأﺼوﻢ وأﻔﻄﺮ، ﻓإﻨﻲ أﻘوﻢ وأﻨاﻢ، وﻘوﻤوﺎ وﻨاﻤوﺎ،ﻓﺼوﻤوﺎ وأﻔﻄروﺎ .((ﻓﻤﻦ رﻐﺐ ﻋﻦ ﺳﻨﺘﻲ ﻓﻠﻴﺲ ﻣﻨﻲ Maksudnya: Pada suatu hari Rasulullah SAW telah duduk bersama para sahabatnya di rumah cUsman bin Mazcun bagi memberi peringatan kepada mereka. (Dalam peringatan tersebut Rasulullah SAW) telah menyifatkan mereka perihal keadaan hari kiamat, dan memerincikan (perihal keadaan tersebut) dan juga memanjang bicara mengenai peringatan dan ancaman (tentang keadaan di hari kiamat). Justeru, mereka berazam untuk menolak dunia dan mengharamkan ke
15 / 16
Halal dan Haram dalam Perspektif Islam Written by Abida Saturday, 08 October 2011 14:45
atas diri mereka makanan yang baik (enak), minuman yang lazat, dan mereka juga berazam untuk berpuasa pada siang hari, berkiamullai pada malam hari, dan tidak akan tidur bersama isteri mereka. Bukan sekadar itu, bahkan wujud juga dikalangan mereka yang berazam untuk memotong alat kelaminnya, memakai pakaian yang kasar, dan mengembara di bumi. Apabila berita mereka tersebut sampai kepada pengetahuan Nab SAW, maka Rasulullah SAW bertayakan kepada mereka berkenaan perkara tersebut, lalu mereka menjawab; Tidaklah kami kehendaki dari demikian itu melainkan kebaikan. Justeru, Rasulullah SAW bersabda kepada mereka; ((Sesungguhnya aku tidak memerintahkan dengan demikian itu, sesungguhnya untuk diri kamu ada hak yang perlu ditunaikan, maka hendaklah kamu berpusaa dan berbuka, bagun pada malam hari dan juga tidur. Sesungguhnya aku bangun dan juga tidur pada malam hari, aku berpuasa dan juga berbuka, aku memakan daging dan juga lemak, dan aku juga mendatangi isteri. Oleh itu, barang siapa yang tidak inginkankan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku)). Al-Sayis, Muhammad cAli, Tafsir ayat al-ahkam, Dar Ibn Kathir, Bayrut, 1422H./ 2002, jld. 2, hlm. 607.
[24] Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, al-Jamic al-sohih al-mukhtasar, Bab kaifa kana bad’ al-wahyu ila Rasulullah SAW, no. hadis; 1, jld. 1, hlm. 3.
[25] Muslim, Sahih Muslim, Bab qat’ al-shariq al-sharif wag hair wa al-nahyi an alshafa’ah fi al-hudud, no. hadis. 4505, jld.5, hlm. 114. al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Bab zikr Usamah bin Zaid r.a. no.hadis. Jld. 3, hlm. 1336. ,
16 / 16