Rich Dad, Poor Dad Seperti yang diceritakan oleh Robert Kiyosaki
Saya mempunyai dua ayah, yang satu kaya dan yang satu miskin. Yang satu berpendidikan tinggi dan bijak; dia mempunyai ijazah Ph.D. serta telah menyelesaikan empat tahun pendidikan sarjananya hanya dalam masa kurang dari dua tahun. Kemudian dia melanjutkan pengajiannya ke Stanford University, University of Chicago, dan Northwestern University, semuanya dengan biasiswa penuh. Ayah yang satu lagi tidak tamat pun pendidikan sekolah menengahnya. Kedua ayah saya itu berjaya dalam kerjaya mereka, bekerja keras sepanjang hidup mereka. Kedua-duanya memperolehi pendapatan yang besar. Tapi yang satu bergelut dalam kewangan sepanjang hidupnya. Sedang yang satu lagi menjadi salah seorang yang terkaya di Hawaii. Yang satu mati meninggalkan puluhan juta dolar untuk keluarganya, badan kebajikan dan gerejanya. Yang satu lagi meninggalkan banyak hutang untuk dibayar. Kedua lelaki itu kuat, berkarisma, dan berpengaruh. Keduanya memberi saya nasihat, tetapi nasihat mereka tidaklah serupa, malah saling bertentangan. Keduaduanya sangat mempercayai pendidikan tetapi tidak mengesyorkan bidang pendidikan yang sama. Sekiranya saya hanya mempunyai seorang ayah, saya mesti menerima atau menolak nasihatnya. Mempunyai dua orang ayah yang memberi nasihat, menawarkan kepada saya pilihan sudut pandang yang berbeza; satu dan lelaki yang kaya dan satu lagi dan lelaki yang miskin. Ternyata saya tidak sekadar menerima atau menolak yang satu atau yang lain, tetapi saya berfikir lebih jauh, membanding-bandingkan dan kemudian memilih untuk diri saya sendiri. Masalahnya adalah, ayah yang kaya belum lagi kaya dan ayah yang miskin tidak pun miskin. Keduanya baru saja memulai kerjaya mereka, dan keduanya bertungkuslumus dalam soal wang dan keluarga. Tetapi mereka mempunyai pandangan yang berbeza tentang masalah wang. Misalnya, satu ayah akan mengatakan, “Cintakan wang adalah punca segala kejahatan.” Yang satu lagi mengatakan, “Kekurangan wang adalah punca segala kejahatan.” Sebagai anak muda, mempunyai dua ayah yang kuat dan berpengaruh pada saya bukanlah perkara mudah. Saya ingin menjadi anak yang baik dan mendengar kata, tetapi kedua-dua ayah itu tidak memperkatakan perkara yang sama. Perbezaan pandangan mereka, terutama bila bersabit soal wang, begitu ekstrim sehingga 11
menumbuhkan rasa ingin tahu yang besar. Saya mulai berfikir dalam jangka waktu yang lama tentang apa yang dikatakan oleh mereka masing-masing. Banyak waktu peribadi saya dihabiskan untuk berfikir, bertanyakan diri sendiri, “Mengapa ayah berkata begitu?” dan kemudian bertanyakan soalan yang sama terhadap ucapan ayah yang satu lagi. Adalah jauh lebih mudah untuk mengatakan, “Ya, dia benar. Saya setuju dengan itu.” Atau menolak sudut pandangnya dengan mengatakan, “Orang tua tidak tahu apa-apa yang dia katakan.” Sebaliknya, mempunyai dua ayah yang saya cintai memaksa saya untuk berfikir dan akhirnya memilih suatu cara berfikir saya sendiri. Sebagai satu proses, memilih untuk diri saya jauh lebih berharga untuk jangka panjang, berbanding cuma menerima atau menolak satu-satu sudut pandangan. Salah satu sebab orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin, dan kelas menengah terperangkap dengan masalah hutang ialah kerana subjek wang diajarkan di rumah, dan tidak di sekolah. Kebanyakan kita belajar soal wang daripada ibu bapa kita. Jadi, apakah yang dapat diajar oleh ibu bapa yang miskin kepada anak-anak mereka mengenai wang? Mereka hanya mengatakan, “Teruslah bersekolah dan belajarlah bersungguh-sungguh.”. Si anak mungkin lulus dengan cemerlang tetapi dengan setminda dan program kewangan orang miskin. Perkara ini telah dipelajari ketika mereka masih muda lagi. Subjek wang tidak diajar di sekolah. Sekolah memfokus kepada kemahiran sarjana dan kemahiran profesional, bukan kepada soal kemahiran kewangan. Perkara ini menjelaskan bagaimana para banker, doktor, dan akauntan yang pandai dan mendapat gred cemerlang di sekolah masih terus bergelut dalam soal wang sepanjang hidup mereka. Hutang negara kita yang menggunung, sebahagian besarnya disebabkan oleh para ahli politik dan pegawai kerajaan yang berpendidikan tinggi membuat keputusan soal kewangan dengan sedikit atau tanpa latihan sama sekali mengenai subjek wang. Saya sering memandang ke depan, ke milineum baru, dan tertanya-tanya apa yang akan terjadi apabila kita mempunyai jutaan orang yang memerlukan bantuan kewangan dan perubatan. Mereka akan bergantung pada keluarga mereka atau kerajaan untuk mendapatkan sokongan kewangan. Apa yang akan terjadi bila Jaminan Perubatan dan Sosial kehabisan wang? Bagaimana sesebuah bangsa boleh bertahan jika soal mengajar anak-anak mengenai wang terus diserahkan pada ibu bapa saja - yang kebanyakannya menjadi, atau sudah pun miskin? Disebabkan saya mempunyai dua ayah yang berpengaruh, saya belajar dari mereka berdua. Saya mesti memikirkan nasihat setiap ayah, dan dalam melakukan hal ini, saya memperolehi wawasan berharga tentang kuasa dan kesan fikiran seseorang terhadap orang lain. Misalnya, ayah yang satu mempunyai tabiat untuk berkata, “Saya tidak mampu mendapatkannya”. Ayah satu lagi melarang penggunaan perkataan begitu. Dia mendesak saya untuk berkata, “Bagaimana saya boleh mendapatkannya?” Yang satu ialah pernyataan, yang satu lagi ialah pertanyaan. Yang satu melepaskan anda dari kesusahan, yang satu lagi memaksa anda untuk berfikir. Ayah saya yang-kemudianmenjadi-kaya akan menerangkan bahawa secara automatik apabila mengucapkan perkataan, “Saya tidak mampu membelinya,” otak anda akan berhenti bekerja. Sebaliknya, dengan mengajukan pertanyaan, “Bagaimana saya boleh membelinya?” 12
otak anda perlu bekerja. Yang dia maksudkan bukanlah membeli segala sesuatu yang anda inginkan. Dia fanatik dalam melatih minda anda, iaitu komputer paling hebat di dunia. “Otak saya semakin kuat setiap hari kerana saya melatihnya. Semakin kuat otak saya, semakin banyak wang yang saya perolehi.” Dia percaya bahawa secara automatik apabila mengatakan, “Saya tidak mampu membelinya” ialah satu tanda kemalasan mental. Sungguhpun kedua-dua ayah saya bekerja keras, saya perhatikan ayah yang satu mempunyai tabiat menidurkan otaknya bila tiba pada urusan wang, sementara yang satu lagi mempunyai tabiat melatih otaknya. Hasil jangka panjangnya ialah ayah yang satu ini tumbuh lebih kuat secara kewangan dan yang satu lagi lebih lemah. Ini tidak jauh berbeza dengan orang yang pergi ke gimnasium untuk bersenam secara rutin berbanding dengan seseorang yang setiap hari duduk di sofa menonton tv. Latihan jasmani yang sesuai meningkatkan peluang anda untuk sihat, dan latihan mental yang sesuai meningkatkan peluang kekayaan anda. Kemalasan menyusutkan baik kesihatan maupun kekayaan. Kedua-dua ayah saya mempunyai sikap yang bertentangan dalam cara berfikir. Seorang ayah berfikir bahawa orang kaya mesti membayar cukai lebih banyak untuk membantu dan memelihara mereka yang kurang bernasib baik. Yang seorang lagi berkata, “Cukai itu mendenda mereka yang menghasilkan sesuatu dan memberi ganjaran kepada mereka yang tidak menghasilkan sesuatu.” Seorang ayah mengesyorkan, “Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga kamu dapat menemui sebuah syarikat yang baik untuk bekerja.” Seorang lagi mengesyorkan, “Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga kamu menemui sebuah syarikat yang baik untuk kamu beli.” Yang satu mengatakan, “Sebab ayah tidak kaya kerana ayah mempunyai kamu, nak.”. Yang satu lagi mengatakan, “Sebab ayah menjadi kaya kerana ayah mempunyai kamu, nak.”. Yang satu menggalakkan bercakap mengenai wang dan perniagaan di meja makan. Yang satu lagi melarang keras bercakap mengenai wang pada waktu makan. Yang satu berkata, “Apabila berkaitan dengan wang, buatlah cara selamat, jangan ambil risiko.” Yang satu lagi mengatakan, “Belajarlah menguruskan risiko”. Yang satu percaya, “Rumah kita adalah pelaburan terbesar kita dan juga aset terbesar kita.”. Yang satu lagi percaya, “Rumah saya adalah liabiliti atau bebanan. Dan jika rumah kamu adalah pelaburan kamu yang terbesar, kamu sedang menghadapi masalah.”. Kedua-dua ayah saya membayar bil dalam waktunya, tetapi yang satu membayar bilnya terlebih dahulu, manakala yang satu lagi membayar bilnya terkemudian. Yang satu percaya bahawa syarikat atau kerajaan akan mengambil berat terhadap anda dan keperluan anda. Dia sentiasa menitik-beratkan soal kenaikan gaji, plan pencen, kemudahan perubatan, cuti sakit, hari cuti, dan pelbagai kelebihan lain lagi. Dia 13
terpengaruh dengan dua bapa saudaranya yang memasuki tentera dan memperolehi ganjaran pencen dan pelbagai faedah lainnya setelah dua puluh tahun aktif berkhidmat.. Dia menyukai idea faedah perubatan dan pelbagai keistimewaan khusus yang disediakan oleh tentera untuk pesaranya. Dia juga suka dengan sistem tempoh memegang jawatan yang disediakan oleh universiti. Kadangkala, idea perlindungan kerja untuk hayat dan faedah kerja kelihatan lebih penting berbanding pekerjaan itu sendiri. Dia selalu mengatakan, “Saya telah bekerja keras untuk kerajaan, saya berhak untuk mendapat faedah itu.” Yang satu lagi percaya pada sikap kemandirian penuh dalam urusan kewangan. Dia lantang menentang mentaliti “hak” dan cara perkara itu melahirkan masyarakat yang lemah dan miskin secara kewangan. Dia sangat tegas dalam soal menjadi pesaing secara kewangan. Seorang ayah bergelut untuk menabung beberapa dolar. Sedangkan yang seorang lagi sibuk menciptakan pelaburan. Yang satu mengajar saya bagaimana menulis resume yang berkesan sehingga saya boleh mendapatkan pekerjaan yang baik. Yang satu lagi mengajar saya cara menulis pelan bisnes dan kewangan yang kuat, supaya saya dapat mencipta pekerjaan. Menjadi produk dua ayah yang kuat dan berpengaruh memberi saya kesempatan yang mewah untuk mengamati pengaruh fikiran yang berbeza ke atas hidup seseorang. Saya telah menyedari bahawa manusia benar-benar membentuk hidup mereka melalui fikiran mereka. Contohnya, ayah miskin selalu berkata, “Saya tidak akan menjadi kaya.” Dan ramalan itu menjadi kenyataan. Ayah kaya, sebaliknya, selalu menunjukkan dirinya sebagai orang yang kaya. Dia akan mengatakan sesuatu seperti, “Saya orang kaya, dan orang kaya tidak melakukan perkara ini.” Bahkan ketika dia benar-benar bangkrap akibat menderita kemerosotan kewangan yang hebat, dia terus mempamerkan dirinya sebagai orang yang kaya. Dia akan menutup dirinya dengan mengatakan, “Ada perbezaan antara menjadi miskin dan menjadi bangkrap. Bangkrap adalah untuk sementara waktu, dan miskin adalah untuk selama-lamanya.” Ayah miskin saya juga akan mengatakan, “Saya tidak tertarik pada wang,” atau “Wang tidak menjadi hal yang penting.” Ayah kaya saya sentiasa mengatakan, “Wang adalah kekuasaan.” Kekuatan fikiran kita mungkin tidak pernah diukur atau dihargai, tetapi jelas bagi saya sebagai anak yang masih muda untuk menyedari fikiran saya dan bagaimana saya menggambarkan diri saya. Saya perhatikan ayah miskin saya adalah miskin bukan kerana jumlah wang yang dia dapat - yang sememangnya besar, tetapi kerana fikiran dan tindakannya. Sebagai anak muda, dan mempunyai dua ayah, saya menjadi benarbenar sedar untuk berhati-hati memilih fikiran - fikiran mana yang akan saya ambil sebagai fikiran saya sendiri. Siapa yang mesti saya dengar - ayah kaya atau ayah miskin saya ? Walaupun keduanya mempunyai hormat yang teramat tinggi terhadap pendidikan dan 14
pembelajaran, mereka tidak sepakat dalam apa yang mereka fikir penting untuk dipelajari. Yang satu mahu saya belajar bertungkus-lumus, memperolehi ijazah, dan mendapat pekerjaan yang baik untuk menghasilkan wang. Dia mahukan saya belajar untuk menjadi seorang professional, seorang peguam atau akauntan ataupun melanjutkan pelajaran ke fakulti perniagaan untuk MBA saya. Yang satu lagi mendorong saya untuk belajar menjadi kaya, memahami bagaimana wang bekerja dan belajar bagaimana menjadikannya bekerja untuk saya. Ungkapan "Saya tidak bekerja untuk wang" merupakan suatu yang selalu diulang-ulanginya, "bahkan wang bekerja untuk saya!" Pada usia 9 tahun, saya memutuskan untuk mendengar dan belajar daripada ayah kaya saya tentang wang. Justeru itu, saya memilih untuk tidak mendengar daripada ayah miskin saya, walaupun dia mempunyai ijazah yang berjela.
Sebuah Pelajaran dari Robert Frost Robert Frost adalah penyair kesukaan saya. Sekalipun saya rnenyukai banyak puisinya, yang jadi tumpuan saya adalah The Road Not Taken. Saya rnenggunakan pelajarannya hampir setiap hari.
Jalan Yang Tidak Kutempuhi Dua jalan bercabang dalam hutan kuning, Dan sayangnya aku tidak boleh menempuhi keduanya Dan sebagai pengernbara, aku berdiri lama Dan memandang ke satu jalan sejauh saujana Ke mana ianya bengkok di semak belukar; Kemudian lihat yang satu lagi, sama baiknya, Dan mungkin lebih bagus, Kerana jalan itu segar dan menarik Meskipun kaki telah melewatinya Terasa sama rerumputnya dilalui, Dan pagi itu keduanya sama-sama terbentang Di bawah hamparan dedaunan yang belum dinjak. Oh, kusimpan jalan pertama di lain kali! Meski kutahu semua jalan itu, Aku ragu akan pernah kembali. Aku akan menuturkannya sambil mengeluh Suatu saat berabad-abad mendatang; Dua jalan bercabang di hutan, dan aku— Aku menempuh jalan yang jarang dilalui, Dan itu mengubah segalanya. Robert Frost [1916]
15
Dan ianya telah mengubah segalanya. Selama bertahun-tahun, saya sering memikirkan puisi Robert Frost. Memilih untuk tidak mendengarkan nasihat dan sikap ayah terpelajar saya tentang wang merupakan satu keputusan yang menyakitkan, tetapi itu adalah keputusan yang membentuk keseluruhan hidup saya. Setelah saya memutuskan siapa yang patut saya dengar dan turuti, pendidikan saya tentang wang pun bermula. Ayah kaya saya mengajar saya selama 30 tahun, sehingga saya berumur 39 tahun. Dia berhenti setelah menyedari bahawa saya sudah mengetahui dan memahami sepenuhnya apa yang telah dia cuba tanamkan ke dalam kepala saya yang sekeras batu ini. Wang adalah satu bentuk kuasa. Tetapi suatu yang lebih berkuasa ialah pendidikan kewangan. Wang boleh datang dan pergi, tetapi jika anda mempunyai pendidikan tentang cara wang bekerja, anda mendapat kekuasaan ke atasnya dan boleh mulai membangun kekayaan. Pemikiran positif sahaja tidak berjaya kerana kebanyakan orang hanya pergi ke sekolah dan tidak pernah belajar cara wang bekerja, sehingga mereka menghabiskan seumur hidup mereka untuk bekerja demi wang. Disebabkan saya baru berusia 9 tahun ketika saya bermula, pelajaran yang diajarkan ayah kaya saya ringkas saja. Dan ketika semua itu diperkatakan dan dilakukan, hanya ada enam pelajaran asas, yang diulangi melebihi 30 tahun. Buku ini membicarakan enam pelajaran tersebut, ditulis semudah mungkin seperti yang diajarkan ayah kaya saya pada saya. Pelajaran itu tidak bermaksud untuk menjadi jawapan tetapi panduan. Panduan yang akan membantu anda dan anak-anak anda untuk tumbuh lebih kaya dan lebih makmur, tanpa menghiraukan apa yang terjadi di dunia yang terus berubah dan penuh ketidakpastian ini.
16
Kuasa Pipeline – Burke Hedges Tetapi Parlo tidak mudah patah semangat. Dia bersabar menerangkan pelan pipelinenya kepada kawan karibnya. Parlo akan bekerja sebahagian daripada hari itu mengangkut baldi dan sebahagian lagi daripada hari itu dan juga di hujung minggu membina pipelinenya. Dia tahu kerjanya amat berat, menggali longkang di tanah yang berbatu. Malah beliau juga sedar ianya akan mengambil masa setahun, mungkin dua tahun, sebelum pipelinenya mula memberi hasil yang besar. Tetapi Parlo percaya akan impiannya, dan beliau terus bekerja. Daripada The Parable of the Pipeline Ini adalah kisah dua kutub yang bertentangan – seorang pemain besbol yang masyhur dan seorang guru tadika di sebuah bandar kecil. Mereka berbeza – seorang itu lelaki muda dan seorang lagi wanita yang dah berumur. Seorang itu dibayar berbilion setahun dan seorang lagi tak pernah mendapat upah lebih daripada $10,000. Seorang itu menjalani kehidupan yang penuh dengan kegemilangan. Seorang lagi menjalani kehidupan di sebuah bandar kecil di Massachusetts. Tetapi ini hanyalah perbezaan yang kecil berbanding dengan pilihan peribadi dan kewangan mereka. Kisah salah seorang daripada mereka yang akan anda baca telah membina pipelinepipelinenya dan bersara sebagai jutawan. Seorang lagi itu kekal sebagai pengangkut baldi, dan ketika saya menulis ini, beliau hampir muflis. Kisah tersebut mengenai dua orang yang berbeza, tetapi itu tidak penting. Apa yang penting ialah pilihan-pilihan yang mereka buat dan teladan yang anda pelajari daripada pilihan-pilihan itu. Selepas anda mendengar dua kisah ini, amat jelas membina pipeline adalah hanya satu-satu cara untuk untuk mencipta keselamatan dan kebebasan kewangan yang sebenar. Pilihan-Pilihan Anda = Kekecewaan / = Kebebasan Balada Seorang Pemain Besbol Mari kita mula dengan kisah seorang pemain besbol yang terkenal. Setelah beberapa tahun, pemain berbakat ini telah membuat beberapa pilihan yang teruk, samada dari segi peribadi mahupun kewangan. Pilihan-pilihan peribadinya telah membawa kepada kehancuran rumah tangga, penyalahgunaan alkohol, dan penangihan dadah. Itu sudahpun cukup teruk. Namun, pilihan-pilihan kewangannya juga teruk, sebabnya beliau juga ketiadaan wang. Saya pasti anda pernah dengar kisah pemain ini. Beliau hidup dalam kegemilangan selama hampir 20 tahun.
17
Namanya Darryl Strawberry. Kisah beliau adalah kisah peringatan tentang apa yang anda TIDAK patut lakukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Darry Strawberry telah bermain besbol secara profesional hampir separuh usianya. Pemain yang berusia 38 tahun ini telah memasuki liga-liga besar ketika beliau masih remaja dan terus dialualukan ramai sebagai 'Ted Williams seterusnya." Strawberry telah membuat kekayaan sepanjang kariernya – sekitar antara $2 dan $5 juta setahun. Dan itu hanya dengan bermain besbol. Ditambah dengan beberapa juta setahun daripada bonus, penampilan peribadi, ceramah, dan tandatangan autograf, dan beliau menghasilkan $50 hingga $100 juta sebelum hari jadi ke-40 beliau. Strawberries Tidak Bermain Selamanya Lelaki yang membuat duit sebanyak itu telah berjaya dalam hidupnya bukan? Salah. Mengikut laporan akhbar tempatan, "Strawberries tidak mempunyai pendapatan dan simpanan untuk menampung isteri barunya, Charisse, dan tiga anaknya… " $100 juta dan tidak ada satu pun yang tinggal. Apa dah jadi? Dia membelanjakannya. Rumah mahal. Kereta mahal. Para peguam yang mahal untuk mempertahankan pendapatannya dengan undang-undang. Perceraian yang mahal. Pusat pemulihan dadah dan alkohol yang mahal. Ketika saya menulis ini, Strawberries telah digantung daripada bermain besbol. Ini bermakna beliau tidak ada pendapatan masuk. Yang masuk hanyalah bil-bil hutang. Dan ianya datang dari hari ke hari, bulan ke bulan, macam hujan monsun. Bagaimana nak jadi Jutawan Selamba Kisah kedua mempunyai pengakhiran yang berbeza. Ianya kisah seorang guru sekolah di desa bernama Margaret O'Donnell, dan ia membuktikan yang anda tidak perlu mengangkut baldi besar untuk membina pipeline besar. Puan O'Donnell mengajar di sekolah selama 50 tahun. Apabila dia bersara pada usia 70-an, dia menghasilkan $8,500 setahun. Bila dia meninggal pada usia 100 tahun, beliau meninggalkan hampir $2juta kepada 10 badan keabjikan berbeza, termasuk, gerejanya, sekolah yang dihadirinya, dan kumpulan Pengakap.
18
Bagaimanakah seorang wanita yang berpendapatan kurang dari $10,000 setahun mengumpulkan kekayaan yang kecil? Mudah sahaja. Dia membina satu pipeline pelaburan jangka panjang dengan memasukkan pelaburan setiap bulan dalam saham bermutu dan membiarkan ianya berganda mengikut masa. Membina Pipeline Berjangka-Panjang
"Margaret menikmati saham" kata brokernya, Bob Wolanske. "Kali pertama saya menemui, dia mencampakkan tiga kertas di atas meja saya dan berkata, "Apa yang saya patut buat dengan benda ini?" merujuk kepada beberapa saham yang tidak lancar." Setelah 20 tahun kemudian, potfolio Margaret berkembang temasuk pengumpulan saham-saham cip biru, bond bebas-cukai, dan saham utiliti yang dia pegang sehingga dia mati. Dia jarang menyentuh sebarang pelaburannya, membolehkan pipeline persaraannya untuk tumbuh tahun demi tahun demi tahun. Pengorbanan Kecil, Hasil Besar Sekarang, sekiranya anda fikir bahawa Margaret jenis orang yang mengikat perut dan berkira untuk belanja, anda mungkin silap. Dia kerap juga keluar makan bersama kawan-kawannya. Memandu kereta model terbaru Buick. Dan kadang kala terbang ke Eropah menikmati percutian yang panjang. Dia tidak menafikan dirinya mengecapi keseronokan hidup. Tetapi dia selalu menunjukkan disiplin dan mengawal perbelanjaannya. Dia menyimpan dan melabur setiap bulan, sekalipun ketika bersara. Nah, Margaret adalah contoh klasik pembina pipeline jangka panjang. Dia mula menabung dan melabur dalam usia awal 20-an. Dan dia terus menerus begitu sehinggalah dia meninggal pada usia 100 (sebagaimana anda akan belajar dalam bab berikutnya, pipeline akan tumbuh lebih besar dan besar mengikut masa). Menumbuhkan Pipeline Anda
Seperti Parlo, para pembina pipeline mungkin tidak mempamerkan usaha mereka tatkala beberapa hari pertama atau bahkan bertahun-tahun. Tetapi dengan kelaziman, usaha yang berdisiplin mengikut masa boleh mengubah sumbangan yang sedikit ke dalam dividen yang besar.
19
Pipeline Sentiasa Mengepam Selepas Baldi Menjadi Kering Sekarang adakah anda faham apa maksud saya bila saya memperkatakan tentang kuasa pipeline? Darryl Strawberry telah mengangkut sebiji baldi yang besar selama bertahun-tahun. Dan apakah yang dia boleh tunjuk pada hari ini? Tak ada apa-apa pun kecuali cek tendang yang berkotakkotak! Strawberry sudah ada 20 tahun untuk membina pipeline. Sekiranya dia cuma ambil 10% dari pendapatannya dan menjadikan wangnya bekerja dengan membina satu pipeline pelaburan dalam pasaran saham, dia mungkin mempunyai lifeline bernilai antara $20 juta dan $100 juta sekrang ini. Tetapi dia tidak membuatnya. Terlepas peluang
Tiada Pipeline Bermakna Pendapatan Berbaki Strawberry menyangka baldi besarnya tidak akan menjadi kering. Tanggapan yang salah. Baldi tidak mengisi diri sendiri secara automatik, tak kira sebesar mana ia sekalipun. Ini kerana pengangkut baldi terpaksa menyeret baldi itu agar ianya terisi. Apabila dia berhenti menyeret – samada melalui persaraan… atau sakit… atau cedera… atau hangus… baldi mula mengering. Pipeline, sebaliknya, terus mengepam keuntungan walaupun telah lama baldi menjadi kering. Peraturan itu adalah benar bagi pengangkut baldi besar, sebagaimana ianya berlaku juga pada pengangkut baldi kecil. Seperti saya telah kata, yang dikira bukanlah saiz baldi tersebut. Orang yang mempunyai baldi besar lebih cenderung untuk menjadi orang yang suka berbelanja besar. Kunci kebebasan kewangan ialah mengambil mentaliti membina pipeline – dan kemudian melaksanakan pelan tersebut. Model Baldi Besar Baldi Besar + Perbelanjaan Besar = Aset yang sedikit Semakin Kecil Baldi, Semakin Besar Keperluan Kepada Pipeline Memiliki wang yang banyak tidak menjamin kebebasan kewangan. Hanya pipeline yang boleh melakukannya. Jika anda tidak mengambil strategi pipeline, baldi anda akan perlahan-lahan menjadi kering!
20
Saya memberitahu anda kisah Darry Strawberry untuk menguatkan lagi hujjah – iaitu , sekiranya baldi yang sebesar Derry Strawberry boleh menjadi kering, bagaimana dengan baldi anda? Fikirlah. Strawberry hidup daripada slip gaji ke slip gaji. Bagaimana denga Strawberry bertindak bagaikan hari-hari angkut-baldi beliau tidak akan berakhir. Bagaimana dengan anda? Strawberry dengan bodohnya telah membelanjakan wangnya dan membazir masa ketika dia sepatutnya menggunakan wang itu secara bijak dengan membina lifeline. Bagaimana dengan anda? Bagaimana Dengan Anda
Memang, Strawberry telah membuat pilihan yang teruk yang menyebabkan beliau kehilangan wang yang banyak. Namun, pilihan kewangan yang paling teruk ialah kegagalannya untuk membina pipeline. Itu tidak boleh dimaafkan. Apa yang dia dah fikir, hah? Margaret O'Donnell, sebaliknya, memiliki kebijaksanaan untuk membina pipeline ketika dia masih mengangkut baldi. Apabila hari angkut-baldi dah berakhir, pipelinenya terus mengepam dan wang tunai teus mengalir. Inilah Giliran Anda Untuk Memilih Sekarang saya bertanyakan anda, situasi kewangan yang manakah yang anda inginkan – Darryl Strawberry kah? Atau Margaret O'Donnell? Sekiranya jawapan adalah Margaret O'Donnell, maka anda perlu mula membina pipleline anda segera! Pipeline adalah lifeline atau tali keselamatan kerana ianya berdikari. Ianya mungkin perlukan keadaan yang terbaik dari semasa ke semasa. Dan membaikinya. Bahkan mungkin pembinaan semula. Tetapi pipeline boleh sentiasa mengepam keuntungan tahun demi tahun.
Pilihan anda "Pilihan anda, bukan peluang yang menentukan nasib anda" Kedua-dua Darryl Strawberry dan Margaret O'Donnell telah membuat satu keputusan. Darryl Strawberry memilih baldi. Margaret O'Donnell memilih pipeline. Mereka membuat pilihan mereka sendiri. Sekarang giliran anda untuk membuat keputusan.
21