PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011 Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm
Peranan Tuan Guru Haji Asy’ari (Baba Sya’ri) dan Sumbangan kepada Masyarakat Narathiwat dalam Membina Institusi Pendidikan Berbentuk Dwi Aliran Sistem: Pondok dan Sekolah Muhammad Sorlaeh Waehama Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand
Abstrak: Makalah ilmiah ini, menkaji dan meneliti sejarah hidup tentang seorang tokoh terkenal di daerah Khokian (Hutan Tua) Narathiwat, pada akhir abad ke 20 masihi, iaitu tuan guru Haji Asy’ari Ibrahim (Baba Sy’ari). Tujuan asasi kajian ini adalah untuk mengenal paranan dan sumbangan beliau kepada masayrakat, terutama masyarakat Islam samaada tempatan mahupun Asia tenggara, Dengan membangun institusi pendidikan islam berbentuk dwi aliran; pendidikan pondok dan sekolah. Institusi pendidikan merupakan seuatu cara yang amat penting dan di titikberakan oleh umat islam dalam usaha penbina jenerasi yang bertamadun, Institusi pendidikan islam dalam bentuk tradisional yagn dikenali sebagai sistem pondok sememangnya pernah Berjaya dan menjadi tumpuan pelajar - pelajar yang bukan sahaja dari Thai, tetapi juga dari Seri langka, Burma, Cambodia, Malaysia, Filipina, dan Indonisia. Sistem pendidikan islam tempatan ini turut berubah menurut perindaran masa, dan perubahan sistem pendidikan dari sistem pondok kepada sistem sekolah, juga ikut menempa kejayaan yang cemerlang. Pengajian dalam bentuk sistem sekolah lebih teratur di mana mata pelajaran diatur berkelas sesuai dengan tingkat kesedaran, mempunyai kurikulem yang jelas dan jangka masa pempelajaran yang ditentukan. Maka sistem pendidikan seperti ini sudah tentu mendapat sembutan baik dari pada masyarakat berterusan, pelajar - pelajar yang Berjaya menamatkan pengajian diperingkat sekolah, mareka akan sambung pula keperingkat yang lebih tinggi, iaitu diperingkat Universiti. Diperingkat ini peranan lebih mencabar dalam usaha membina jenerasi yang bertamadun. Ulasan makalah ilmiah ini, tuan guru Haji Asy’ari Ibrahim adalah seorang tokoh yang berperanan dalam membuat transformasi dalam bidang pendidikan di peringkat lokal, dan membina institusi pendidikan berbentuk dua sistem pendidikan, pedidikan pondok dan sistem sekolah. Sistem tersebut diamalkan secara berterusan hingga ke hari ini, yang dikenali dengan nama Madrasah Daru Ihya’ At-turas al-Islami.
PENGENALAN Sejarah telah membuktikan bahwa Fatoni perba dahulu, iaitu ketika masih di kuasai oleh raja raja melayu islam, pernah menjadi pusat tamadun ilmu islam di rantau ini. Fatoni yang di sebut di atas ia juga termasuk wilayah Narathiwat, Jala dan sebahagian dari pada Songkla, Sedangkan pada sewaktu masa dahulu masih termasuk juga Kelantan dan Terangganu, di mana sekarang ini di dalam negara Malaysia. (Ayah Bangnara, 1976:1) pendidikan merupakan sewaktu cara yang amat penting dan di titik baratkan oleh umat islam dalam usaha penbina jenerasi yang bertamadun. Di fatoni pendidikan islam dalam bentuk tradisional yang dikenali sebagai sistem pondok sememangnya pernah berjaya dan menjadi tumpuan pelajar pelajar yang bukan sehaja dari Thailand, tetapi juga dari Serilangka, Burma, Cambodia, Malaysia, Filifana dan Indonisia. (Muhamad Lazim Lawi, 2008:6) selain dari system pondok, pendidikan islam dalam bentuk Madrasah juga ikut menimpa kejayaan yang cemerlang.
Pengajian dalam bentuk Madrasah sistemnya lebih teratur di mana para pelajar diatur berkelas sesuai dengan tingkat kesedaran, mempunyai kurikulum yang jelas dan jangka masa penbelajarannya ditentukan. Maka system pendidikan seperti ini sudah tentu mendapat sambutan baik dari pada masyarakat. Seterusnya, pelajar pelajar yang berjaya menamatkan pengajian diperingkat ini peranannya lebih mencabar dalam usaha membina jenerasi yang bertamadun. Di makian juga salah seorang jenerasi yang terkenal diwilayah Narathiwat pada akhir abad yang ke 20 Masihi itu, ialah Tuan Guru Baba Asy’ari Ibrahim adalah seorang tokoh yang berperanan dalam membina institusi pendidikan dua aliran system pendidikan, pendidikan pondok dan system sekolah, system tersebut diamalkan secara berterusan hingga kahari ini, yang di kenali dengan nama Madrasah Daru Ihya’ al-Turath al-Islami. Latar Belakang Peribadi dan Keluarga: Nama penuh: Baba Asy’ari Bin Abu ya Ibrahim Bin Muhamad Bin Ali Bin Midin yang di kenali dengan
324
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
pendeka diraja Kelantan “ Pendeka tuk Midin” manakala ibunya bernama Ummi Fatimah Binti Haji Hasan Bin Haji Damtal yang berketurunan dari salah seorang ulama di kampong Cnaglbulu, tuk ketitir Fatoni. Kelahiran beliau: beliau telah dilahirkan oleh ibunya Fatimah, pada tanggal 10 Mukrakum 2484 Buza. Bersamaan tahun Masihi 1941. (Tahun yang berlakunya peperangan dunia yang kedua.) bertempat dikampong bukit suda, sebuah perkampongan yang di kelilingi dengan pokok kelapa dan getah terletak dairah Bacak wilayah Narathiwat. Ayahanda kepada Baba Asy’ari oleh seorang berhijrah dari pulau kunur Kelantan Malaysia kekampong Tahun dengan mengguna perahu kecil yang bersama ibunya dan tiga orang adik beradik seibu sebapa mendarati pantai Tahun melarikan dirinya kuan ketiadaan sabar diatas perangai orang orang jepun terhadap orang melayu di semananjong tanah melayu pada masa itu. Manakala ibu kepada Baba Asy’ari pula berasal dari Fatani, berhijrah bersama ibu dan bapanya kebukit Suda, kerana mencari tempat untuk berkediaman di samping menjadikan tempat belajar agama sebagai melepaskan fardu ain kepeda penduduk2 disekitar kampong itu, tetapi pada akhirnya oleh kerana adanya beberapa sebab tidak mengizinkan, lalu mareka terpaksa berpindah dari bukit Suda kekampong Tahun sebagai tempat kediamannya hingga sekarang. Tuan Guru Baba Asy’ari merupakan anak yang kedua dikalangan empat adik beradik. Yang sulong ialah abang Ahmad Rahimahullah, yang ketiga Datok Abdullah (Matan Qadi wilayah Narathiwat) dan yang bongsu ialah saudari Nasikah. Baginya dua orang isteri, dua belas orang anak, tujuh lelaki dan lima perempuan. (Datok Abdullah bin Ibrahim, temu duga, 29/4/2011M.) Sejarah Belajarnya: Belajar dalam negeri: Diantara tahun Buza 2492 dan 2496. (Bersamaan tahun Masihi 1949 - 1953.) Baba Asy’ari pada peringkat awalnya, beliau telah diasuh dan dididik oleh ayahanda sendiri dengn mengajar Al-quranulkarim, ilmu Usuluddin dan ilmu fiqh sepaya mengtahwi haram dan halal, batil sah, disamping mengajar anak2 makmum yang bawah jagaan ayahanda yang selalu imam masjid dan pihak yang bertanggung jawab. Dalam masa yang sama juga Baba Asy’ari telah dihantarkan kesekolah Pratum (sekolah rendah) di kampong Tahun untuk menyempernakan pengajian paksaan, sehingga tempat pengajian dikelas Pratum empat. (Mohammadi bin Ismaal, temu duga, 15/6/2011M.) Pada tahun 2497 Buza, (1954M.) hingga kepertengahan tahun 2507 Buza, (1964M.) beliau telah dihantar oleh ayahanda kesebuah pondok di kampong Semala, mukim Gelong Mandi, dairah Meang wilayah Fatoni, pondok yang diasas dan diasuhkan oleh Tuan Guru Haji Ismail Bin Ahmad,
bersama abangnya Ahmad Bin Ibrahim Rahimahullah. Dengan kepintaran otak beliau ketajaman pikirannya untuk menimba pelajarannya dari Tuan Guru dan dari kepala2 talaahnya, beliau cuba mencunkir bakatnya dengan membaca kitab, bermula dari kitab “Matan al-jurumiah” kemadian kitab “Al-mukhtasar” syarah bagi Matan aljurumiah, dan seterusnya kitab2 yang libeh mendalami isi kandungan, itu kitab2 untuk mempelajari kaedah bahasa arab, manakala ilmu dibidang fiqh pula, pada permulaan beliau cuba membaca kitab “Iaanah at-talibin” kemadian “Aliknak” dan lain2 lagi kitab yang boleh menambahkan ilmu pelajarannya, sehingga kepertengahan tahun Buza 2504. (1961M.) (Datok Abdullah, temu duga, 29/4/ 2010 M.) Belajar di luar Negara: Setelah cukup sehaja menimba ilmu pentahuan diperingkat pondok dalam negeri, dan oleh kerana dengan kesungguhan dan kepitarannya dalam menhadapi ilmu pentahuan, serta pula kecemerlangan masa depannya terjamin, dan keadaan tikah lakunya pula memuaskan hati penduduk 2 kampong, mareka pun terus mengesyurkan kepada ayahanda, sepaya beliau pasti dihantar kemakkah al-mukarramah bagi menyambong pelajarannya disana, sedangkan usianya masa itu berada dalam sekitar dua pulohan sehaja. Pada tahun 1383 Hijrah, beliau berangkat kemakkah al-mukarramah, setiba sehaja dimakkah al-mukarramah beliau cuba mencari guru untuk menadah kitab2 diperingkat pertama sewaktu dimakkah beliau dapat menadah kitab2 dalam almasjid al-haram dan serbi2 masjid, dari guru yang terkenal diantaranya tuan guru al-alam al-alamat Fathilatul sheikh Abdul Qadir al-Mandili, As-sheikh al-falimbani, Tuan Guru Ali Khaya dan lain2 lagi, sehingga ketahun 1390 Hijrah. Setelah memakan masa yang agak lama, beliau menuntut ilmu dengan menadah kitab kepada alim ulama, dan pada waktu yang sama juga berkebutulan dengan adiknya Datok Abdullah Bin Ibrahim belajar di Universiti Islam di al-madinah al-munawarah, maka adiknya mengesyurkan bahwa abangnya perlu mengambil alih cara pengajiannya dari menadah kitab kepada cara pengajian berkelas atau cara bersekolah, akhirnya pengesyuran adiknya itu dapat diterima baik oleh Baba Asy’ari.Maka dari situlah bermulanya pengajiannya cara bersekolah. Pada tahun 1391 Hijrah: beliau mulai belajar di Madrasah Indonisia al-makiah, hingga ketahun 1392 Hijrah, beliau mendapat ijazah “As-syura assanawiah”. Pada tahun 1393 Hijrah: beliau sambong belajar pula di Makhad al-haram al-maki, hingga 1394 Hijrah beliau berhenti belajar untuk mengurusan beberapa urusan yang terpenting. Pada tahun 1937 Hijrah. Hasil dengan syahadah yang di perolehi dari Madrasah Darul ulum Ad-diniah itu, beliau berpeluag menyambong pengajian di Universiti atau Jamiah Ummul Qura di Makktul Makarramah di Kuliah As-syariah di bidang “
325
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Takhsis Daqiq Fil Kitab Wal Sunnah” hingga tamat pengajian dapat ijazah “ Al –bakarius Fisyariah Takhsis Daqiq Fil Kitab Wal Sunnah” iaitu pada tahun 1401 Hijrah. (Mohammadi bin Ismaal, temu duga, 15/6/2011M.) Di perantaraan tahun 1383 Hijrah. Dengan tahun 1392 Hijrah. Itu, beliau berada di Makkah almukarramah tanpa surat pendaftaran tasrih aliqamah dari pihak kerajaan Saudi, dengan sebab itulah beliau terpaksa keluar dari Makkah almukarramah menuju kenegara Mesir al-arabiah almutajadah, buat sementara menunggu Wisa bagi membenarkan beliau menyambong pelajarannya dengan cara rasmi dari pihak kerajaan Saudi, setelah dapat Wisa kebenaran tersebut, berangkatlah beliau kemakkah al-mukarramah biiznillah kali yang kedua. Bagi menyambong pelajarannya selaku pelajar rasmi yang dapat biasiswa kerajaan Saudi untuk belajar di Makhad al-haram al-maki, tetapi akhirnya beliau hanya dapat belajar di Makhad itu sedikit sehaja masanya terpaksa berhenti, apabila permohonan yang di takdirkan kepada Universiti untuk menyambong pengajiannya di peringkat Jamiah dahulunya itu, telah pon di terima atau qabulkan oleh imadatul qabul wal tasjil di Jamiah Umul Qura Makkah al-mukarramah dengan menggunakan (as-syahadatul nihaiah al-aaliah) dari Madrasah Darul ulum ad-diniah. Selama empat tahun beliau di Jamiah Umul qura Makkah almukarramah, maka dipertengahan tahun 1402 Hijrah. Beliau pun barangkat pulang menuju ketanah air yang tercinta, selaku bakal seorang alim ulama yang akan ber ganding bahu dan akan berkhidmat bersama para ulama2 yang lain yang sentiasa bertukus lumus bagi mengisi kekosongan aqidah yang benar kepada orang awam yang masih dahaga itu. (Pa’su Din – Mo’su Nasikah, temu duga, 21/6/2011M.) Perkhidmatan untuk Agama: Sebelum kemakkah al-mukarramah: Baba Asy’ari, sejarahnya sebelum berangkat kemakkah, iaitu semasa beliau masih belajar dipondok, beliau telah diberi amanah oleh penduduk2 kampong Tahun di lantik sepaya beliau memegang jawatan khatib, selepas sehaja di lantik, beliau pun mengatur acara perkhidmatan dengan membahagi masa, diantara masa yang beliau belajar dipondok yang agak jauh dengan kampong yang beliau menerima tugasan, dengan masa untuk penduduk2 kampong, dan berguna kepada masyarakat umum, dan tergulungan kedalam gulungan erti kata al-hadis as-syarif “.ﻋﻠﻢ ﯾﻨﺘﻔﻊ ﺑﮫ...” maka hasil dari perkhidmatan yang memuaskan penduduk2 kampong dan diberi kepercayaan penuh yang tidak ternilai harganya, itu kalau dibandingkan dengan pemuda2 yang lain yang seperingkat usia dengannya tiada pada masa itu, bukti dapat di lihat, bahwa perbelanjaan semasa beliau belajar dipondok itu selalu di belanjai dan dapat sumbangan dari pondok2 kampong, lebih2 lagi sokongan
perbelanjaan dari penduduk2 kampong sewaktu beliau berangkat kemakkah, dan bukan sekadar itu sehaja bahkan sumbangan dan perbelanjaan sewaktu beliau berada di makkah itupun penduduk kampong menghulur pertulongan, ini taklain takbukan kalau tidak kerana kemuafakatan dan kesatuan hati yang ikhlas dari mareka kepada beliau… )إن ﷲ ﻻ ﯾﻀﯿﻊ أﺟﺮ )اﻟﻤﺤﺴﻨﯿﻦ. Setelah pulang dari makkah al-mukarramah: Setiba sehaja di kampong Tahun, setelah ajinda keagamaan telah di kemukakan kepada penduduk2 kampong Tahun dan kampong2 yang berdekatan, beluau terus membangun sebuah badan pendidikan, di bahagian malam berpengajian menurut system pondok, manakala bahagian siyang hari pula berpengajian menurut system persekolahan, di samping kegiatan2 pelajar dengan penduduk2 kampong. (Pa’su Din – Mo’su Nasikah, temu duga, 21/6/2011M.). Badan pendidikan tersebut diberi nama dengan “ Madrasah Duru Ihya’ Ulumuddin” bertempatan di kampong hutan tua, mukim ku’kian, daerah meang, wilayah Narathiwat, mulai bertugas pada tahun 1403 Hijrah. Baba Asy’ari Bin Ibrahim selaku pengasas, adik iparnya Muhammadi Bin Ismail selaku penerimaan surat kebenaran dari pihak kerajaan, manakala adik sekandongannya Ustaz Abdullah Bin Ibrahim selaku mudir Al-Madrasah dan guru besar. (Datok Abdullah, temu duga, 29/4/ 2010 M.). Semenjak badan pendidikan ditumbuhkan maka sambutan penduduk2 kampong dan orang ramai sangat megembirakan orang2 awam pula. Badan pendidikan dengan nama Madrasah Ihya’ Ulumuddin yang asas oleh Baba Asy’ari dan yang berdiri barisan belagang guru2 yang berpengalaman itu tidak berketerusan dan tidak berkepanjangan untuk mengeruskannay, kerana di sebaliknya ada beberapa sebab, maka pada tahun 1996 Masihi. Berpindahlah kemilikannya dan serahlah untuk mengurus dan cara pentadbiran pengajian tersebut itu kepada badan kebajikan )ﺟﻤﻌﯿﺔ ﺧﯿﺮﯾﺔ ﻟﻠﺨﺪﻣﺎت (اﻹﺟﺘﻤﺎﻋﯿﺔ واﻟﺘﻌﻠﯿﻤﯿﺔdi alih badan pendidikan tersebut dengan nama Madrasah Daru Ihya’ At-turath Alislami, (daulah al-kuit) dan selepas itu setahun lebih2 maka Baba Asy’ari pun meninggal dunia. “ إﻧﺎ ( ” وإﻧﺎ إﻟﯿﮫ راﺟﻌﻮنAhmad bin Chi Lah, temu duga, 21/6/2011M.). Baba Asy’ari selain dari guru bertugas di Madrasah dan di pondok juga guru jemputan untuk mengajar di Masjid2 dalam sekitar wilayah dan di wilayah berhampiran, beliau juga pernah di jemput oleh kaum Qurabah di Kelantan untuk mengajar dan menyampaikan ceramah agama kepada mareka. Beliau selaku da’i atau pendakwah hantaran dari pihak kerajaan Saudi dan ada perhubungan rapat dengan pihak kementerian urusan islam dan dakwah negeri Saudi untuk berdakwah di Thailand, khususnya di wilayah Narathiwat, dan beliau pernah menjalani tugas dakwah ke wilayah2 yang lain dalam negeri Thai, mengikut Program2 yang di
326
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
aturkan oleh maktab penasihat islam kedutaan arab Saudi di bangkot kepada dua’t mareka yang bertugas dalam negeri Thai. (Mohammadi bin Ismaal, temu duga, 15/6/2011M.). Perkhidmatan Kemasyarakatan: Baba Asy’ari: semasa Bandar Tisaban Meang Narathiwat dibawah pentadbiran Haji Abdurrasyid Bin Abdusaleh selaku datuk bandar, Baba Asy’ari telah dilantik oleh badan pentadbiran bandar selaku penasihat khas kepada datuk bandar pada masa itu, dan perjuang tetap apabila timbulkannya permasalahan agama dikalangan masyarakat yang berkelainan agama dalam Bandar tisaban, lebih2 lagi permasalahan keupacaraan agama bertujuan untuk mengelakan umat islam dari kerusakan aqidah yang selalu berlakunya di mana2 tempat, apabila perayaan2 dipejabat kerajaan pasti di adakan. (Chi Arip bin Chi Ma’ Dolah, temu duga, 11/8/2011M.). Perkhidmatan untuk Ekonomi: Baba Asy’ari: semasa tinggal di makkah al-mukarramah beliau pernah ikuti serta dalam mana2 pertemuan dan perjumpaan lebih2 lagi perhimpunan untuk kejaminan hidup masyarakat islam dalam masalah perekonomian, beliau mengambil berat sepaya umat islam hidup bersendirian tanpa menumpang dan mengemis, di atas dasar tersebut, beliau dan kawan2nya dapat menubuhkan beberapa syarikat, salah satu syarikat yang di kenali ramai ialah syarikat carak kerian, dan lain2 lagi syarikat yang beliau menjadi keangotaan. (Adnan Mama’, temu duga, 11/8/2011M.). Kemasyhuran Baba Asy’ari: Beliau salah seorang alam ulama dan seorang pendakwah yang berjasa, tetapi namanya tidak bagitu masyhur di kalangan masyarekat ramai tak kira dari kalangan masyarekatan tempatan, maupun masyarekat luaran, ini adalah kerana beberapa sebab diantaranya ialah: Masa perkhidmatan dan kegiatan beliau adalah sedikit, kalau di banding dengan ulama yang lain, kerana allah bagi kesempatan perkhidmatan baginya kira2 limabelas tahun setengah sehaja bermula dari pertengahan tahun 1430 Hijrah, hingga keawal tahun 1419 Hijrah. Kegiatan2 dakwah untuk dikenali ramai seperti bersyarah, berbahas, berdebat dan beriliktik itu, kesemuanya tidak di minati oleh beliau, sedangkan beliau termasuk kedalam gulungan orang yang pandai bercakap dan orang yang berfalasafah tinggi dan mempunyai maklah tersendiri “ Lisan muntaqi” Sewaktu mengajar sama ada mengajar di sekolah maupun mangajar orang awam. Beliau sangat2 berjaga dengan masalah khalafiah al-mazhab alfiqhiah kecewali terpaksa dinyatakan kerana pada anggapan beliau dengan berani menyetuh masalah khalafiah al-mazhab al-fiqhiah itu,
natijah yang terakhirnya ialah perpecahan umat dan menimbulkan perbalahan yang bukan2. Beliau adalah seseorang pendakwah yang bersipat da’i yang menjadikan firman Allah dalam surah Al Imran, ayat 159. Beliau adalah diantara alim ulama dan pendakwah yang selalu di fitnahkan atau di leparkan oleh gulungan terpancil dengan nama pendakwah wahabiah. “ Wal’iyazubillah min zalik” Antara perkara yang kemukaan itulah, menyebabkan nama tuan guru Baba Asy’ari tidak bagitu termasyhur dan jarang dikenali oleh masyarakat, kecewali mareka yang berguru kepadanya dan orangnya2 biasa bermasyarakat dan berkawan dengannya sehajalah mengentahwi siapakah dia sebenar tuanguru Baba Asy’ari Bin Haji Ibrahim kampong Thon. Penghabisan Hayatnya: Kira2 sebelum salatul fajar lebih kurang empat jam, pada hari isnin 11 Rabi’ul akhir 1419 Hijrah bersamaan dengan tanggal 3 ogus 1997 Masihi. Beliau menghambus nafasnya yang terakhir meninggal alam dunia yang hidup buat sementara itu, menuju kehadirat ilahi di alam baqa’ menemui allah Rabbul Maab kerana mengedapi penyakit jantong dirumah kediamannya dipondok hutan tua, dalam sekitar usianya 57 tahun, jenazah beliau di salat dan didoakan keatasnya oleh ribuan mu’minin yang terdiri berpuluh2 Masyayikh alulama dalam wilayah dan wilayah2 yang hampiran rumahnya yang asli di kampong Tahun di tepi kubur ayahbunda beliau, didoakan semuga allah cucuri rahmat keatak mareka bertiga. KESIMPULAN Baba Asy’ari Bin Haji Ibrahim tuan maidin, di peranakkan dalam keluarga yang ghairihi dengan agama, beliau di asuh dan di didikan dengan pengajian agama semenjak kecil lagi, beliau adalah salah seorng penuntut ilmu yang tekun dan sabar, boleh di contohi oleh jenerasi muda yang terkini, beliau adalah seorang yang alim lagi berjasa, pendakwah yang takut kepada kecelaan orang2 yang mencela, seorang yang berpengalaman luas, dapat mengatasi segala permasalahan dengan hikmah kebijaksanaan, beliau seorang yang di beri kepercayaan dan harapan besar oleh penduduk2 kampong, memperkhidmatkan dirinya dan jiwa raganya adalah untuk agama dan tanah air tercinta dengan penuh mahabbah dan kemasraan, mengharmatan orang2 yang lapisan ada usianya, menghargai apa yang di kemukakan oleh lapisan bawahan. Perjuangan beliau yang berupa mengajar, dakwah dan lain2 lagi kegiatan agama, tidak habis2 sehingga keakhir hayatnya beliau meninggal dunia secara mengejut, terkacing tulang sendiri kaum
327
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
keluarganya, terhilang tempat menadah kitab bagi muridnya, dan terjenganglah kaki tangan sahabat sehandainya, tetapi apa boleh kerana: ))إذا ﺟﺎءأﺟﻠﮭﻢ (٣٤ :٧ ،ﻻﯾﺴﺘﺄﺧﺮون ﺳﺎﻋﺔ وﻻﯾﺴﺘﻘﺪﻣﻮن(( )اﻷﻋﺮاف Akhir sekali: itulah sehaja sejarah hidup almarhum Baba Asy’ari yang dapat di kemukakan mengikut ripuratan yang di beri oleh beberapa orang yang boleh di percayai, dan pengkaji sendiri selaku murid kepada tuan guru itu, tak kuasa menterkiahkan seseorang, (٢١ :٢٤ ،))وﻟﻜﻦ ﷲ ﯾﺰﻛﻲ ﻣﻦ ﯾﺸﺎء وﷲ ﺳﻤﯿﻊ ﻋﻠﯿﻢ(( )اﻟﻨﻮر RUJUKAN A.Bangnara, 1976. Patani Adid – Pachuban, Chomron Sengtian, Bangkok, Thailand.
Adnan Mama’, temu duga, pada tarikh 11/8/2011, di rumahnya kampong Hutan Tua. Ahmad bin chilah, temu duga, pada tarikh 21/6/2011, di rumahnya kampong Thon. Chi Arip bin Chi Ma’Dulah, temu duga, pada tarikh 11/8/2011, di rumahnya kampong Bagit. Datok Abdullah bin Ibrahim, temu duga, pada tarikh 29/4/2011, di rumahnya Bannara. Mohammadi bin Ismaal, temu duga, pada tarikh 15/6/2011, di rumahnya kampong Thon. Pa’su Din- Mo’su Nasikah, temu duga, pada tarikh 21/6/2011, di Madrasah Daru al-turas al-Islami, kampong Hutan Tua. ﺳﺠﺎره دان ﻓﺮﻛﻤﺒﺎﻏﻦ أﺋﺎم أﻧﻮﺗﻲ ﻣﺸﺎرﻛﺔ.٢٠٠٥ .ﻣﺤﻤﺪ ﻻزم ﻻوي . ﻓﻮﺳﺖ ﻛﺒﻮداﯾﺄن إﺳﻼم: ﻛﻮﻟﯿﺞ إﺳﻼم ﺟﺎﻻ.ﻣﻼﯾﻮ ﻓﻄﺎﻧﻲ
328