PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2011 2 ½ jam
PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011
BAHASA MELAYU KERTAS 2
PANDUAN GURU JUJ 2011
1
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Isi Kandungan 1. Format Bahasa Melayu 2 SPM 2. Analisis Soalan SPM 2004 – 2010 3. Tip Pilihan 4. Set Soalan 5. Peraturan Pemarkahan 6. Contoh Jawapan Pelajar
2
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU 2 SPM 2011 SOALAN
JENIS SOALAN
MARKAH
MASA MENJAWAB YANG DICADANGKAN
Soalan 1 Rumusan
30 markah
40 minit
Soalan 2 Pemahaman
35 markah
60 minit
CATATAN
2(a) i. Pemahaman Teks (2m) ii. Pemahaman Teks
(a) Pemahaman petikan umum (b) Pemahaman prosa moden (c) Pemahaman prosa klasik (d) Pemahaman puisi
9 markah
15 minit iii. KBKK
9 markah
15 minit
8 markah
15 minit
9 markah
15 minit
2(b) i. Pemahaman Teks (2m) ii. KBKK (3m) iii. Komsas (4m) 2(c) i. Pemahaman Teks (2m) ii. Pemahaman Teks (3m) iii. Komsas (3m)
Antologi Harga Remaja Dirgahayu Bahasaku
Soalan 3 Tatabahasa
2(d) i. Pemahaman Teks (3m) ii. KBKK (3m) iii. Komsas (3m) 30 markah
30 minit
6 markah
6 minit
6 markah 6 markah
6 minit 6 minit
6 markah
6 minit
6 markah
6 minit
15 markah
20 minit
7 markah 8 markah
10 minit 10 minit
Soalan 3(b)
(a) Morfologi (b) Sintaksis (c) Kesalahan ejaan dan imbuhan (d) Kesalahan kata/istilah dan bahasa (e) peribahasa
Soalan 4 Kajian Novel Renyah Sutera Dalam Lukisan (a) Komsas/KBKK (b) Komsas/KBKK
(3m) (4m)
3
cakap ajuk dan cakap pindah pola ayat jenis ayat analisis ayat bentuk ayat ragam ayat laras bahasa
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Kertas ini mengandungi empat soalan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan kertas ini ialah dua jam tiga puluh minit. Markah penuh ialah 110 markah.
Soalan 1 : Rumusan (30 markah)
membuat rumusan berdasarkan petikan daripada bahan bacaan umum dalam pelbagai bidang tidak termasuk bentuk penulisan kreatif. panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan. calon dikehendaki menghasilkan rumusan yang mempunyai pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.
Soalan 2 : Pemahaman (35 markah)
menguji kebolehan pelajar memahami dan menghayati pelbagai jenis bahan ilmiah dan sastera. terdiri daripada empat bahagian iaitu (a), (b), (c) dan (d) soalan 2(a) ialah soalan pemahaman berdasarkan petikan bagi Soalan 1 yang terdiri daripada pelbagai bidang ilmu selain bentuk penulisan kreatif. markah yang diperuntukkan ialah 9 markah - 3 soalan (2 pemahaman teks, 1 KBKK) soalan 2(b) ialah soalan pemahaman berdasarkan satu petikan genre prosa moden sama ada cerpen atau drama dalam Antologi ‘Harga Remaja’ atau Antologi `Dirgahayu Bahasaku’. markah yang diperuntukkan ialah 9 markah - 3 soalan (1 pemahaman teks, 1 KBKK, 1 komponen sastera) soalan 2(c) ialah soalan pemahaman berdasarkan satu petikan genre prosa klasik dalam Antologi `Harga Remaja’ atau Antologi `Dirgahayu Bahasaku’ markah yang diperuntukkan ialah 8 markah - 3 soalan (2 pemahaman teks, 1 KBKK) soalan 2(d) ialah soalan pemahaman berdasarkan satu petikan puisi sama ada puisi moden atau tradisional dalam Antologi `Harga Remaja’ atau Antologi `Dirgahayu Bahasaku’. markah yang diperuntukkan ialah 9 markah - 3 soalan (1 pemahaman teks, 1 KBKK, 1 komponen sastera)
4
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 3 : Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa (30 markah)
menguji kemahiran pelajar dalam sistem bahasa Melayu dari segi bentuk, makna dan fungsinya. terdiri daripada lima bahagian iaitu (a), (b), (c), (d) dan (e) meliputi pengujian dari segi membina ayat, menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah atau sebaliknya, menggabungkan ayat, menambahkan imbuhan dalam ayat, membetulkan kesalahan ayat, mengenal pasti peribahasa dan kemahiran tatabahasa yang lain.
Soalan 4 : Novel (15 markah)
menguji kebolehan pelajar memahami dan menghayati genre novel terdiri daripada soalan 4(a) dan 4(b) soalan-soalan berdasarkan genre novel Komponen Kesusasteraan Melayu tingkatan empat dan tingkatan lima soalan bersifat umum dan perbandingan Jawapan hendaklah berdasarkan novel yang dipelajari
5
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
CADANGAN PERUNTUKAN MASA UNTUK MENJAWAB BAHASA MELAYU 2
KERTAS 2
150 minit (2 jam 30 minit)
Soalan 1 : Rumusan teks Soalan 2 : Pemahaman Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran tatabahasa Soalan 4 : Pemahaman novel Menyemak Jawapan
30 minit 60 minit 30 minit 20 minit 10 minit
Soalan 1
30 minit
:
Rumusan teks [30 markah]
Membaca dan menganalisis soalan Membina pendahuluan Mengenal pasti /menanda isi tersurat Membina isi tersirat Membina kesimpulan Menulis rumusan Menyunting rumusan
3 minit 3 minit 5 minit 5 minit 2 minit 10 minit 2 minit
Soalan 2
60 minit
:
Pemahaman [35 markah]
9 markah 15 minit
(i) (ii) (iii)
Pemahaman Teks Pemahaman Teks Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif
2 markah 3 markah 4 markah
2b.
9 markah 15 minit
(i) (ii) (iii)
Pemahaman Teks Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif Komsas
2 markah 3 markah 4 markah
2c.
8 markah 15 minit
(i) (ii) (iii)
Pemahaman Teks Pemahaman Teks Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif
2 markah 3 markah 3 markah
2d.
9 markah 15 minit
(i) (ii) (iii)
Pemahaman Teks Kem. Berfikir secara Kritis & Kreatif Komsas
2 markah 3 markah 4 markah
2a.
6
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 3
:
Tatabahasa [30 markah]
3a. 3b. 3c. 3d. 3e.
Morfologi Sintaksis Ejaan dan imbuhan Kata, istilah dan kesalahan tatabahasa Peribahasa
Soalan 4
:
4a. 4b.
Komsas/ KBKK Komsas/ KBKK
30 minit 6 markah 6 markah 6 markah 6 markah 6 markah
Genre Novel [15 markah]
20 minit 7 markah 8 markah
7
6 minit 6 minit 6 minit 6 minit 6 minit
10 minit 10 minit
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2011 2 ½ jam
PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011
BAHASA MELAYU KERTAS 2
[ANALISIS SOALAN]
8
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Analisis Soalan Bahasa Melayu 1103/2 SPM (Jun/Nov 2001 – 2010) Soalan 1 : Rumusan [30 markah] SPM (Nov.) ‘01 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab penulis. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Jun) ‘02 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Nov.) ‘02 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Jun) ‘03 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah meningkatkan kesedaran moral masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Nov) ‘03 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang pentingnya pelabelan makanan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Jun) ‘04 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan awam di Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Nov) ‘04 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
9
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
SPM (Jun) ‘05 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menguruskan tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Nov) ‘05 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedahfaedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Jun) ‘06 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Nov) ‘06 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Jun) ‘07 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Nov) ‘07 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Jun) ’08 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedahfaedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Nov) ‘08 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedahfaedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (Jun) ‘09 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. SPM (NOV) ‘09 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. *Nota : Mulai SPM November 2004, Soalan 2a (Petikan Umum) berpandukan petikan bagi Soalan 1 (Rumusan). 10
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
ANALISIS SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS Soalan 2(b) : Pemahaman Prosa Moden [9 markah] Antologi Anak Laut Cerpen: 1. Menatap Wajahnya 2. Annyss Sophillea 3. Kerana Manisnya Epal 4. Lambaian Malar Hijau 5. Pusaran 6. Budi yang Tak Terbeli Drama: 1. Serunai Malam 2. Titik-titik Perjuangan 3. Seri Nara
Antologi Kerusi Nov ‘03 Nov ‘06 Nov ‘10 Jun ‘08 Nov ‘04 Jun ‘10 Jun ‘03 Nov ‘07 Nov ‘02 Jun ‘05
Cerpen: 1. Tragedi 2. Virus Zel untuk Abah 3. Aku, Kris dan Kristal 4. Sebutir Pasir di Kaki 5. Di Sisi Rinda 6. Mariah Drama: 1. Jangan Bunuh Rama-rama 2. Puteri Li Po
3. Israk 4. Pemain Catur 5.Mellisa 6. Biarkan Samudera Drama: 1.Gelanggang Tuk Wali 2.Forum Remaja 2020 3.Cempaka Berdarah
Nov ‘01 Nov ‘09 Jun ‘04 Jun ‘02 Nov ‘08 Jun ‘07
PT
KBKK
Jun ‘06 Nov ‘05
Komsas
3. Kerusi Jun ‘09
Antologi Harga Remaja Cerpen: 1. Ibu dan ceper 2. Memori Seorang Tua
3 Soalan
Antologi Dirgahayu Bahasaku Cerpen: 1.Pahlawan Buntung 2.Pungut Alias, Zahara Alias, Yap siew Hong 3.Idola 4.Penanggungan 5. Hutan Rimba 6. Tanggar Amanat Drama: 1.Tiang Cengal Dinding Sayung 2.1400 3.Dato’ Onn
11
3 Soalan
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 2(c) : Pemahaman Prosa Klasik [8 markah] Antologi Anak Laut 1. Cerita Bayan Tiada Menurut Nov ‘01 Kata Ibu Bapanya Nov ‘05 2. Peminangan Puteri Gunung Ledang Nov ‘08 3. Pertarungan Tuah dengan Jebat 4. Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah
3 Soalan
Antologi Kerusi
Jun ‘02 Jun ‘07 Nov ‘10 Jun ‘03/06 Nov ‘04 Jun ‘09
1. Sabor 2. Kezaliman Membawa Padah 3. Asal Usul Raja Kecil
4. Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
Antologi Harga Remaja
Antologi Dirgahayu Bahasaku
1.Pelayaran Yang Penuh Peristiwa 2.Merah Silu 3.Hikayat Indera Nata 4.Hikayat Khoja Maimun
1.Hikayat Langlang Buana
Nov ‘02 Jun ‘05 Jun ‘08 Nov ‘03 Nov ‘07 Jun ,10 Jun ‘04 Nov ‘06 Nov ‘09
PT PT KBKK
2.Hikayat Siak 3.Dua Geliga Hikmat 4.Hikayat Daeng Upu Menambun
Soalan 2(d) : Pemahaman Puisi [9 markah]
Antologi Anak Laut Puisi Tradisional: 1. Pantun Mengenang Nasib 2. Pantun Kiasan 3. Syair Pembunuhan Angreni 4. Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih 5. Gurindam Baris Hadapan
Jun ‘04 Jun ‘09 Nov ‘06 Jun ‘05 Nov ‘02
6. Seloka Pak Kaduk Sajak: 1. Aku Menjadi Lebih Berani 2. Anak Laut 3. Derita Pertama 4. Jalan-jalan Raya Kotaku 5. Manusia dan Kesejahteraan 6. Pembeli Masa Sudah
3 Soalan
Antologi Kerusi
Nov ‘01 Nov ‘09 Jun ,10 Jun ‘08 Jun ‘06
Puisi Tradisional: 1. Pantun Enam Kerat 2. Pantun Lapan Kerat 3. Syair Jong Pecah 4. Syair Kelebihan Ilmu 5. Gurindam Memelihara Anggota dan Hati daripada Kejahatan 6. Seloka Pandai Pak Pandir Sajak: 1. Tukang Gunting 2. Keindahan yang Hilang 3. Di Kota Kecilku 4. Sejarah 5. Duhai Pentafsir 6. Di Ruang Gemanya
12
Nov ‘08 Jun ‘02 Nov ‘10
PT
Nov ’07 Nov ‘04
KBKK
Nov ‘03 Jun ‘03 Jun ‘07 N0v ‘05
Komsas
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Antologi Harga Remaja
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Puisi tradisional: 1. Pantun Empat Kerat(Budi) 2. Pantun Empat Kerat(Jenaka dan Sindiran) 3. Syair Definisi Orang Berakal 4. Syair Siti Sianah
Puisi Tradisional: 1. Pantun Empat Kerat 2. Pantun lapan Kerat
5. Gurindam 12 Fasal Yang Keenam 6. Seloka Emak Si Randang Sajak: 1. Harga Remaja 2. Di perpustakaan 3. Mengintai Ruang Insaf 4. Mahsuri 5. Adat Sezaman 6. Tiba Waktunya
3. Syair Makna Riak 4. Syair Pemberontakan Patani 5. Gurindam Tonggak Dua Belas 6. Seloka Si Lunchai Sajak: 1. Digahayu Bahasaku 2. Kecek(V) 3. Bangkitlah 4. Pasar Perasaan 5. Di bawah langit Yang Sama 6. Arkitek Kota
13
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
ANALISIS SOALAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA Soalan 3(a) : Morfologi [6 markah] 1. Kata dasar dan kata Terbitan 2. Kata banyak makna
Jun ‘05 Nov ‘10
8.
Kata homofon
9.
Kata pinjaman
Jun ‘07 3. Kata ganda 4. Kata pelbagai imbuhan 5. Kata majmuk 7. Kata pelbagai imbuhan pinjaman 7. Kata homograf
Nov ‘09 Nov ‘07 Nov ‘04 Nov ‘05
10. Pasangan kata Homograf 11. Pasangan kata homofon 12. Pasangan kata imbuhan Sisipin 13. Pasangan kata dasar &kata Ganda 14. Frasa
Jun ‘06 Jun ‘10
Nov ’06 Jun ’08 Nov ‘08 Jun ‘09
Soalan 3(b) : Sintaksis [6 markah] 1. Cakap ajuk kepada cakap pindah 2. Cakap pindah kepada cakap ajuk 3. Ayat aktif kepada ayat pasif 4. Ayat pasif kepada aktif
Jun ‘10
7. Cerakinkan ayat
Jun ‘06 Nov ‘06
Nov ‘04
8. Menggabungkan ayat
Jun ‘09
5. Susunan biasa kepada songsang 6. Songsang kepada susunan biasa 7. Ayat penyata kepada ayat tanya
Nov ‘07
9. Jenis-jenis ayat 10. Menganalisis ayat
Jun ‘07
Jun ‘08
11. Pola Ayat
Nov ‘08
Jun ‘05
12. Subjek dan predikat
Nov ‘09
Nov ‘05
Nov ’10
Soalan 3(e) : Peribahasa [6 markah] 1. Membina ayat
Jun ‘05 Nov ‘08
5. Persamaan maksud
2. Memadankan situasi dengan peribahasa 3. Memadankan ayat dengan peribahasa 4. Mengisi tempat kosong
Nov ‘04
6. Berlawanan maksud
Nov ‘05 Jun ‘08 Jun ‘06 Nov ‘06 Nov ‘09 Nov ‘10
7. Memadankan peribahasa dengan maksud 8. Maksud Peribahasa
14
Jun ‘07 Nov ‘07 Jun ‘09 Jun ‘10
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 4 : Novel [15 markah] SPM (Nov.) ‘01 (a) Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajari? Berikan ulasan anda. (b)
Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu. [8m]
SPM (Jun) ‘02 (a) Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari. (b)
[7m]
[7m]
Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu. [8m]
SPM (Nov.) ‘02 (a) Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.
[7m]
(b)
Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari.
[8m]
SPM (Jun) ‘03 (a) Plot merupakan aspek penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel tersebut dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita.
[7m]
(b)
Huraikan empat latar tempat berdasarkan novel yang telah anda pelajari. [8m]
SPM (Nov) ‘03 (a) Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut. [7m] (b)
Huraikan watak utama novel yang telah anda pelajari.
[8m]
SPM (Jun) ‘04 (a) Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut. [7m] (b)
Huraikan empat pengajaran daripada novel yang anda pelajari itu. [8m]
SPM (Nov) ‘04 (a) Huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [7m] (b)
Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi. [8m]
15
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
SPM (Jun) ‘05 (a) Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut. [7m] (b)
Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan tiga peristiwa yang dapat anda teladani berdasarkan novel yang anda pelajari. [8m]
SPM (Nov) ‘05 (a) Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian? [7m] (b)
Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu. [8m]
SPM (Jun) ‘06 (a) Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda telah kaji [7m] (b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, nilai kemasyarakatan daripada setiap novel tersebut.
jelaskan
dua [8m]
SPM (Nov) ‘06 (a) Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda kaji. [7m] (b)
Berdasarkan dua buah novel yang persoalan daripada setiap novel itu.
telah anda kaji, jelaskan satu [8m]
SPM (Jun) ‘07 (a) Nilai setia kawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua nilai setia kawan dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7m] (b
Berdasarkan dua buah tema dalam setiap novel itu.
novel
16
yang
anda
pelajari,
huraikan [8m]
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
SPM (Nov) ‘08 (a) Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda. [7m] (b)
Bandingkan iaitu dari segi persamaan dan perbezaan satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari. [8m]
SPM (Jun) ‘09 (a) Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda. [7m] (b)
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu latar masa dalam setiap novel. [8m]
SPM (Nov ) ’09 (a) Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas. [7m] (b)
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel. [8m]
SPM (Jun) ‘10 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. [7m] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat dalam setiap novel. [8m] SPM (Nov)’10 (a) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [7m] (b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel. [8m]
17
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2011 2 ½ jam
PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011
BAHASA MELAYU KERTAS 2
[TIP DAN PANDUAN]
18
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
TIP DAN PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1103/2 SPM
RUMUSAN
Baca arahan dan garisi kata kunci/kehendak soalan. -Fokus 1 dalam arahan soalan – pendahuluan dan isi tersurat -Fokus 2 dalam arahan soalan – isi tersirat Cara menulis pendahuluan – mulakan dengan petikan menerangkan/membincangkan – idea keseluruhan daripada petikan (fokus 1 dalam arahan soalan: punca/kesan (positif atau negatif)/ langkah/ peranan/ ciri/ kekangan. Pelajar mengenal pasti isi tersurat berdasarkan fokus pertama arahan soalan. Cara menulis isi tersurat:- kenal pasti isi penting (garisi) mengikut kehendak soalan (punca/ kesan/ langkah/ peranan, dsb.). Pelajar mesti menambah/ menggugurkan/ menggantikan perkataan atau rangkai kata tertentu dalam ayat supaya tidak dianggap menyalin ayat secara bulat-bulat. Pastikan pelajar mengenal pasti isi tersirat berdasarkan fokus kedua arahan soalan. Isi tersirat tiada dalam petikan. Pelajar perlu mengenal pasti sendiri berasaskan pengetahuan sedia ada/ KBKK). Cara menulis kesimpulan: Kesimpulannya, (isu) mesti (cadangan) supaya (harapan). Pelajar mesti mengira jumlah perkataan dan jangan melebihi 120 patah perkataan. Jumlah perkataan mesti ditulis di bawah jawapan pada sudut sebelah kanan. Jawapan mesti ditulis dalam empat perenggan.
19
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
PEMAHAMAN 2(a) Petikan Umum (Soalan petikan umum berdasarkan petikan Rumusan) Pelajar mesti jelas tentang maksud rangkai kata berdasarkan teks Pelajar mesti pelbagaikan kategori jawapan bagi soalan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan. Jawapan bagi soalan KBKK perlu dihuraikan (…supaya…) bagi soalan bagaimana/ cara dan mengapa. Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat sahaja dan ayat perlu lengkap. Soalan i dan ii, jawapan berdasarkan petikan teks manakala soalan iii ialah soalan KBKK. Guru hendaklah memastikan soalan ceraian (ii) pelajar memperoleh markah kerana jawapannya terdapat secara langsung dalam petikan. Isi-isi untuk soalan ceraian (ii) bukan isi-isi yang diguna pakai dalam rumusan tetapi mesti merujuk kepada petikan. 2(b) Petikan Cerpen/Drama
Pelajar mesti jelas tentang maksud rangkai kata berdasarkan teks Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Pelajar mesti memberi contoh yang tepat berdasarkan petikan/ teks (Komsas). Semua cerpen dan drama Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 perlu dibaca dan diulang kaji. Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan. Jawapan bagi soalan KBKK perlu dihuraikan ( …supaya…) bagi soalan bagaimana/ cara dan mengapa Jawapan bagi soalan Komsas: -tema > perlu ada huraian/ contoh -persoalan > perlu ada huraian/ contoh -perwatakan > perlu ada contoh -latar > perlu ada contoh -nilai > perlu ada contoh -pengajaran > perlu ada huraian/ contoh Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat sahaja. Pastikan satu contoh ditulis dalam satu ayat sahaja. Soalan i berdasarkan petikan teks, soalan ii soalan KBKK manakala soalan iii ialah soalan komsas.
20
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
2(c) Petikan Prosa Klasik
Terdapat 3 pecahan soalan iaitu 2 soalan pemahaman teks dan satu soalan KBKK Pelajar mesti jelas tentang maksud rangkai kata berdasarkan teks Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan pelbagaikan kategori jawapan. Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan. Jawapan bagi soalan KBKK perlu dihuraikan ( …supaya…) bagi soalan bagaimana / cara dan mengapa. Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat sahaja. Semua cerita klasik Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 perlu dibaca dan diulang kaji. Pelajar harus menjawab menggunakan ayat bahasa Melayu baku. Soalan i dan ii berdasarkan petikan teks manakala soalan iii ialah soalan KBKK. Dalam P&P guru hendaklah menterjemahkan petikan klasik kepada bahasa Melayu baku dan menekan kepada perkataan atau rangkai kata klasik selaras dengan kehendak/fokus soalan SPM.
2(d) Petikan Puisi
Pelajar mesti jelas tentang maksud rangkai kata berdasarkan teks. Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan pelbagaikan kategori jawapan Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan pemahaman Komponen Sastera (Komsas). Semua puisi tradisional dan puisi moden Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 perlu dibaca dan diulang kaji. Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan Jawapan bagi soalan KBKK perlu dihuraikan ( …supaya…) bagi soalan bagaimana/ cara dan mengapa. Jawapan bagi soalan Komsas: -tema -> perlu ada huraian/contoh -persoalan -> perlu ada huraian/contoh -perwatakan -> perlu ada contoh -latar -> perlu ada contoh -nilai -> perlu ada contoh -pengajaran -> perlu ada huraian/contoh Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat sahaja. Pastikan satu contoh ditulis dalam satu ayat sahaja. Soalan i berdasarkan petikan teks, soalan ii soalan KBKK manakala soalan iii ialah soalan komsas.
21
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA Membina ayat Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan digunakan sebagai rujukan utama. P & P peringkat awal didahului dengan membincangkan maksud perkataan yang diuji. Tidak perlu membina ayat yang meleret atau terlalu panjang (memadai 7 – 12 perkataan sahaja). Melatih pelajar membina 2 ayat bagi perkataan berpasangan. Perbanyak latihan menggunakan perkataan yang agak sukar dan agak mengelirukan. Pembetulan segera (lisan / perbincangan di dalam kelas) terutama berkaitan dengan kesalahan ejaan dan struktur ayat supaya tidak berulang. Pendedahan perkataan-perkataan melalui pengajaran, pertandingan silang kata, carta perbendaharaan kata, dan sebagainya. Rencamkan latihan membina ayat di dalam kelas. Kenal pasti jenis penggolongan kata bagi kata dasar. Kenal pasti cara membina ayat dengan menggunakan kata kerja pasif (menggunakan ganti nama diri pertama atau kedua). Kenal pasti cara membina ayat dalam bentuk cakap ajuk/ ayat perintah (suruhan: Tolong…, Sila...,/ larangan: Jangan…) Soalan bahagian ini merangkumi ; o Kata dasar dan kata terbitan o Kata banyak makna o Kata yang hampir sama makna o Kata nama o Kata kerja o Kata adjektif o Kata ganda o Kata tugas o Kata terbitan/pasangan kata terbitan o Pasangan kata homograf o Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh o Pasangan kata ganda dan kata majmuk o Pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan o Pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan o Pasangan kata dasar dan kata majmuk o Pasangan kata homofon o Kata pinjaman bahasa Melayu o Kata tunggal o Kata terbitan o Kata majmuk
22
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Menggabung ayat
Melatih pelajar menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan soalan. Melatih pelajar mengenal pasti kelompok idea dalam petikan. Mendedahkan kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung yang sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-ayat. Menggunakan sistem nombor (i., ii., iii., dsb.) Jangan tinggalkan isi penting.
Memisahkan ayat/Mencerakinkan ayat Tentukan dahulu subjek dan predikat dalam ayat Kenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan dengan menggariskan kata hubung berkenaan.
Bina ayat tunggal baharu yang mempunyai satu subjek dan satu predikat berdasarkan stuktur asal dan mengikut susunan. .
Cakap ajuk cakap pindah /cakap pindah cakap ajuk Membimbing pelajar menggunakan pelbagai penyataan perasaan dan ragam ayat ketika menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah (contohnya; menerangkan, menjelaskan, ingin tahu). Guru mesti menekankan penggunaan ganti nama diri ketiga saja dalam cakap pindah Struktur frasa kerja pasif diri ketiga perlu difahami oleh pelajar. Melatih pelajar menukarkan kepada ayat penyata. Menjelaskan kepada pelajar perbezaan antara cakap pindah dengan laporan. Memastikan pelajar menggunakan teknik dialog/ temu bual ketika menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk. Guru mesti menekankan penggunaan ganti nama diri pertama dan kedua sahaja dalam cakap ajuk. Struktur frasa kerja pasif diri pertama dan kedua perlu difahami oleh pelajar. Kenal pasti jumlah isi dalam petikan Pastikan isi ditulis mengikut urutan. Ayat yang ditulis mesti gramatis. Tukarkan ayat demi ayat dan bukan berbentuk laporan. Ayat susunan biasa/ ayat songsang Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya didahulukan daripada predikat Ayat songsang ialah ayat yang predikat atau sebahagian daripada unsur predikat dikedepankan.
23
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Ayat aktif / ayat pasif Ayat aktif ialah ayat yang meletakkan subjek atau pelakunya pada awal ayat. Penanda bagi ayat aktif ialah kata kerja yang menerima imbuhan meN...., meN....i,dan meN....kan. Ayat pasif ialah ayat yang objek hadir pada permulaan ayat. Penanda bagi ayat pasif ialah kata kerja yang menerima imbuhan di...., di...i, di...kan,ter....,ber..., dan ke...an. Bagi ayat pasif, Kata Ganti Nama Diri I dan II hadir di hadapan kata kerja. Mengesan kesalahan dalam ayat Mendedahkan pelbagai kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh pelajar dan masyarakat dalam perbualan sehari-hari. Pelajar mesti jelas dan faham tentang punca kesalahan ejaan atau struktur ayat yang berkenaan. Jika tidak, umumnya kesalahan yang sama akan berulang. Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan kesalahan. Guru dan pelajar menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan asas berhubung dengan hukum tatabahasa. Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan kesalahan dalam ayat. Pelajar mesti mempunyai nota tentang kesalahan biasa dalam tatabahasa, bahasa istana yang umum dan gelaran kebesaran / panggilan tokoh dalam masyarakat. Memberi imbuhan Mengenal pasti penggolongan kata dasar. Mengetahui konsep awalan, akhiran dan apitan dan makna perkataan yang diimbuhkan. Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan . Mengenal pasti bilangan kata dasar yang terlibat dalam ayat. Mengenal pasti perkataan tertinggal dalam ayat. Mengenal pasti golongan perkataan. Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan perkataan yang perlu ditambah dalam ayat. Menulis semula ujaran yang tidak gramatis
Kata singkatan seperti nak, ni, mau dan sebagainya mesti ditulis dalam bentuk bahasa Melayu yang lengkap. Kata asing seperti lu, best dan sebagainya perlu ditukar dengan perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu baku. Pastikan ayat yang digunakan sesuai sama ada ayat penyata biasa, ayat songsang, ayat pasif, ayat gabungan dan sebagainya mengikut struktur ujaran yang asal.
24
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Analisis Ayat Pelajar perlu menganalisis ayat-ayat yang diberi dan menentukan binaan subjek dan predikat ayat berkenaan. Apabila pelajar telah dapat membuat pengecaman tentang subjek dan predikat sewaktu latih tubi dijalankan, pelajar didedahkan pula oleh pola ayat.
Terdapat empat pola ayat dalam bahasa Melayu iaitu: 1) FN + FN 2) FN + FK 3) FN + FA 4) FN + FS Sebagai pengukuhan, pelajar dikehendaki membina ayat daripada polapola yang ditetapkan. Jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu: 1) Ayat Penyata 2) Ayat Tanya:i. Ayat tanya dengan kata tanya(Apa, mana, siapa, bagaimana, bila, mengapa, dan lain-lain) Jika gunakan kata tanya pada pangkal ayat, gunakan partikel kahii. Ayat tanya tanpa kata tanya – hanya menggunakan tanda tanya 3) Ayat Seruan 4) Ayat Perintah :i. Ayat suruhan ii. Ayat larangan iii. Ayat permintaan iv. Ayat silaan
Jenis-jenis ayat majmuk :1) Ayat majmuk gabungan -petandanya ialah kata hubung gabungan iaitu, dan, atau, lalu, sambil, tetapi,kerana dll 2) Ayat majmuk pancangan -Ayat majmuk pancangan-penandanya penggunaan kata hubung pancangan ‘yang’ -Ayat majmuk pancangan komplemen – penandanya penggunaan kata hubung pancangan komplemen ’bahawa’ dan ’untuk’ -Ayat majmuk pancangan keterangan – penandanya penggunaan kata hubung pancangan keterangan seperti supaya, semasa,apabila dll. 3) Ayat majmuk Campuran -Dikenali sebagai ayat campuran apabila ayat itu mengandungi mana-mana campuran ayat-ayat majmuk di atas.
25
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Peribahasa Pelajar perlu menguasai maksud peribahasa. (termasuk simpulan bahasa, perbidalan, perumpamaan, pepatah,bidalan,perbilangan dan kata hikmat.) Pelajar perlu dilatih mengaplikasi penggunaan peribahasa dalam ayat yang gramatis. Pelajar perlu didedahkan peribahasa yang ada dalam buku teks. Pelajar perlu mempunyai nota/ latihan/ rujukan yang khusus untuk peribahasa. Bentuk soalan yang dikemukakan lazimnya mementingkan penggunaan/aplikasi peribahasa iaitu: o membina ayat berdasarkan peribahasa o menyatakan maksud peribahasa o Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud o Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat o Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan ( situasi ) o Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan perbualan o Menyatakan peribahasa yang sama maksud o Melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
NOVEL
Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan pemahaman Komponen Sastera (Komsas). Novel Terminal Tiga (tingkatan empat) dan Seteguh Karang (tingkatan lima) perlu dibaca dan diulang kaji. Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan. Jawapan bagi soalan Komsas: o o o o o o
-tema -persoalan -perwatakan -latar -nilai -pengajaran
> perlu ada huraian/ contoh > perlu ada huraian/ contoh > perlu ada contoh > perlu ada contoh > perlu ada contoh > perlu ada huraian/ contoh
Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat. Pastikan satu contoh ditulis dalam satu ayat sahaja. Pelajar mesti memberi jawapan secara perbandingan dalam soalan perbandingan antara novel. (menggunakan perkataan/ rangkai kata yang menunjukkan perbandingan - Contoh : tetapi, juga, walau bagaimanapun, manakala, sebaliknya)
26
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2010 2 ½ jam
PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011
BAHASA MELAYU KERTAS 2
[SOALAN SPM 2010]
27
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sejak turun-temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan minuman yang digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat menikmati coklat. Pada masa itu, coklat ialah makanan yang dikhaskan untuk raja-raja, perwira dan pembesar negara. Kini coklat yang dihasilkan daripada buah koko itu dapat dinikmati oleh semua orang. Hal ini menyebabkan industri berasaskan koko semakin berkembang dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak negara. Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksidan, kalsium, fosfat dan vitamin A, B, C dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat melegakan otot. Namun demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam esofagus, iaitu bahagian saluran makanan yang terletak di antara tekak dengan perut. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia. Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat mencair di dalam mulut. Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda seseorang. Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks kerana bahan kimia teobromina yang terdapat dalam coklat boleh memberikan rangsangan psikologi seolah-olah diri sentiasa bertenaga. Walau bagaimanapun, bahan kimia yang memberikan kesan relaks kepada manusia itu boleh menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda. Hal ini terjadi kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai sistem penghadaman yang dapat melakukan proses penguraian terhadap bahan kimia tersebut.. Manfaat lainnya ialah coklat mampu malanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya. Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan, mereka diramalkan dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung. Selain itu, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana fungsinya yang dapat mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di dalam jantung. Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru. Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk. Namun begitu, manusia perlu berhati-hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti. Dipetik dan diubah suai daripada ’Sains di Sebalik Coklat’ Oleh Saharil Hasril Sanin, Dewan Kosmik, September 2007)
28
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)
Apakah maksud rangkai kata sumber ekonomi?
[2 markah]
(ii)
Pengarang mengemukakan beberapa keburukan pengambilan coklat. Nyatakan keburukan-keburukan tersebut. [3 markah]
(iii)
Masih terdapat sebilangan rakyat negara kita yang gemar membeli coklat import walaupun harganya mahal. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? Berikan tiga sebab. [4 markah]
29
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ”Minum, nak,” ucap ibu Daneng sambil menghidangkan kopi o dan ubi kayu rebus. Jo mengucapkan terima kasih lalu meneguk air kopi itu. Pandangan matanya menangkap kesederhanaan isi pondok itu. Tiada sebarang perabot moden di dalam rumah itu. Hanya beberapa buah bantal buruk dan sebuah almari usang yang memenuhi pondok besar itu. Bagi diri Jo, itu satu kekurangan tetapi Jo sedar bahawa tuan punya rumah tidak berpendapat begitu. Apa besarnya pada sebuah kerusi empuk ataupun kipas angin jika alam yang menghijau dianggap empunya. ”Pak cik ke mana?” ”Ke hulu untuk memancing. Kalau ada rezeki, dapatlah ikan. Sambil itu pak cik juga mencari petai. Kali ini, anak Jo mesti membawa pulang petai ke rumah.” Jo mengangguk. Dia teringat akan keenakan masakan ikan haruan bukit dan petai hutan dara yang pernah dimakannya di rumah ini tidak lama dahulu. Air liurnya ditelan. Dalam kesederhanaan hidup yang sebegitu, masih hendak memberi sedekah. Di daerah satelit, hidup di pondok begitu sudah dianggap miskin. Sudah menjadi isu besar dalam media. Tetapi bagi orang-orang di sini, beginilah kehidupan. Tiada apa-apa yang perlu dikejar. Tidak ada soal tidak cukup duit! Tidak cukup masa! Tidak puas hati dengan kejayaan dalam karier! (Dipetik daripada Cerpen ’Lambaian Malar Hijau’ Oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan Dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan bukti-bukti yang menggambarkan kesederhanaan keluarga Daneng. [2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tempat tinggal Daneng? [3 markah]
(iii)
Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
30
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka dilihat segala rakyat dalam negeri Melaka itu Laksamana dititahkan raja membunuh Si Jebat itu, maka kata orang banyak itu, ”Marilah kita melihat temasya Laksamana bertikam dengan Si Jebat itu. Sekali ini barulah Si Jebat beroleh lawan sama berani dan sama tahu, kerana Laksamana pun banyak tahunya.” Maka kata seorang pula, ”Si Jebat pun tahu banyak maka ia tiada dapat dilawan orang.” Maka kata seorang pula, ”Apatah kita perbantahkan? Kita lihat sekarang; Siapa mati siapa hidup pun bertentulah kerana Laksamana hulubalang besar; Sudah ia bercakap ke Bawah Duli Yang Dipertuan masakan ia kembali sahaja.” Hatta dengan demikian maka Laksamana pun sampailah ke balai gendang. Maka Laksamana berhenti di balai gendang mendengar bunyi rebana itu terlalu ramai, Si Jebat makan minum dengan segala isi istana. Setelah dilihatnya hampir tengah hari maka didengar oleh Laksamana bunyi rebana dan redap itu berhenti, hingga bunyi rebana kecil juga lagi bunyinya mengulit Si Jebat tidur. Maka Laksamana pun tahulah akan Si Jebat tidur itu. Maka Laksamana pun melihat ketika dan edaran. Setelah sudah sampai ketikanya maka Laksamana pun turun dari balai gendang itu lalu berjalan masuk ke dalam pagar lalu berdiri di tengah halaman istana itu. (Dipetik daripada ’Pertarungan Tuah Jebat’ Dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud siapa mati siapa hidup pun bertentulah.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Laksamana ditugaskan untuk membunuh Si Jebat. [3 markah] (iii) Pada pandangan anda sekiranya Laksamana tiada, bagaimanakah raja menyelesaikan masalah baginda dengan Si Jebat. [3 markah]
31
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 2 ( d ) - Syair Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR KELEBIHAN ILMU Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat dinilaikan, Sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya besar sukat digunakan, Di laut di darat di rimba di pekan. Masa seorang ialah taulan, Teman berbeka suluh berjalan, Masa berhimpun ia pengenalan, Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur, Ia penerang bagi yang kabur, Ialah kandil di dalam kubur, Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga, Ia pemuas tekak yang dahaga, Ialah sungai ialah telaga, Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amat saujana, Tepinya ajal sempadannya fana. Za’ba Puisi Warisan, 1994 Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berikan kelebihan-kelebihan ilmu dalam rangkap pertama.
[2 markah]
(ii) Dalam rangkap akhir syair ini dinyatakan bahawa ilmu itu sangat banyak dan tidak terbatas untuk dipelajari. Pada pandangan anda, apakah cara-cara yang dapat dilakukan oleh seseorang itu untuk meningkatkan ilmu pengetahuannya? [3 markah] (iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]
32
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan. (a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iv) (v) (vi) (vii)
kemas mengemaskan kekemasan harga menghargai penghargaan [6 markah]
(b)
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi. (i)
Mereka bersenam petang tadi
(ii)
Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
(iii)
Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.
(iv)
Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
(v)
Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
(vi)
Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat [6 markah]
33
PANDUAN GURU JUJ 2011
(c)
BAHASA MELAYU 2 SPM
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat tepukan yang gemuroh daripada para penonton.
(ii)
Semua peserta ekspidisi meredah hutan itu digalakkan supaya memakai stoking tebal untuk menjaga keselamatan.
(iii)
Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejarkan ke hospital dengan menggunakan sebuah ambulan. [6 markah]
(d)
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Sederetan umah-rumah telah musnah dalam kebakaran di tapak perumahan tersebut. Anggota pasukan bomba telah bergegas ke tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang mara. Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat ditafsirkan lagi. [6 markah]
(e)
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guruguru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai ................(i)................ Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana .....................(ii)..............Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana............(iii).......... [6 markah]
34
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh (ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah (vii) Julia karya Abu Hassan Morad (viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
(a) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
35
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 2, SPM 2010 Markah penuh Kertas 2 ialah 110 Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) Isi - 20 markah (b) Bahasa - 10 markah (a) Isi [ 20 markah ] Nota : (i)
Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan -
(ii) (iii) (iv)
nama khas perkataan berulang penggunaan kata sendi di dan ke tarikh angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran
Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
Bahagian (i)Pendahuluan (ii)Isi tersurat (iii)Isi tersirat (iv)Penutup/Kesimpulan
Markah
4 12
5 11
6 10
7 9
Jumlah Markah
36
8 8
Markah
9 7
10 6
11 5
12 4
2 16 2 20
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan kelebihan/keistimewaan/manfaat/kamaslahatan/faedah coklat dalam kehidupan manusia (2m) Isi tersurat (4 hingga 12 markah) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
melegakan otot. memberikan perasaan gembira. merehatkan minda seseorang. menimbulkan perasaan rileks/tenang. melanjutkan usia seseorang/memanjangkan hayat. mengurangkan risiko serangan strok. melegakan saluran pernafasan. melegakan batuk/mengurangkan batuk.
1 Isi = 2 markah Isi tersirat (4 hingga 12 markah) Cara-cara memajukan industri coklat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
membuka lebih banyak ladang koko/menggalakkan penanaman koko/membuka kilang koko mewujudkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). memberi bantuan kewangan kepada pengusaha industri coklat. mempelbagaikan produk berasaskan coklat menjadikan produk coklat hasil eksport negara/meluaskan pasaran mewujudkan Jabatan/Kementerian khusus mempromosikan/kempen kebaikan coklat/iklan penggunaan teknologi moden dalam industri coklat. 1 Isi = 2 markah
Kesimpulan (2 markah) Kesimpulannya, pengusaha industri berkaitan coklat perlu mengadakan pelbagai promosi agar keistimewaan coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang 2m
37
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 2 Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 2 (a) : 9 markah Soalan 2 (b) : 9 markah Soalan 2 (c) : 8 markah Soalan 2 (d) : 9 markah Perhatian bagi soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d) 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1.Soalan 2 markah: DESKRIPSI -Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis
MARKAH 2
-Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup
1
-Jawapan tidak tepat/salah
0
2.Soalan 3 markah: DESKRIPSI -Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis
MARKAH 3
-Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis -Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis
2
-Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
1
-Isi tidak betul/tidak releven dengan tugasan tetapi ayat gramatis
0
3.Soalan 4 markah DESKRIPSI - Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis
MARKAH 4
- Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis
3
- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis
2
-Isi kurang lengkap/kurang releven dan ayat kurang gramatis
1
- Isi tidak betul/ tidak releven dengan tugasan tetapi ayat gramatis
0
38
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 2(a) - Petikan umum
(i)
Maksud - punca pendapatan/asas pendapatan - punca kewangan - hasil pendapatan/sumber pendapatan/punca ekonomi
(ii)
2 2 1 [maksimum : 2 m]
Keburukan - mengakibatkan kecederaan dalaman - racun kepada banyak haiwan peliharaan. - mengakibatkan obesiti. [maksimum : 3 m]
iii)
Tiga sebab : -
rasanya lebih sedap/ enak/ lazat. melambangkan status. bentuknya lebih menarik terdapat pelbagai pilihan/ pelbagai jenama coklat/ terkenal sesuai dijadikan hadiah/ hantaran kahwin mudah diperolehi/ didapati anggapan bahawa coklat import lebih berkualiti/ berkhasiat pembungkusan yang menarik promosi/ pengiklanan yang berkesan . [maksimum : 4 m]
39
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen (i)
(ii)
(iii)
Bukti-bukti - menghidangkan kopi O dan ubi rebus kepada tetamu. - tinggal di dalam pondok. -. Tiada perabot moden di dalam pondok itu( terdapat beberapa buah bantal buruk/ sebuah almari usang) - memperoleh sumber makanan dengan memancing ikan dan mencari petai - tidak timbul soal mengejar duit, masa dan karier [maksimum :2 markah] Usaha-usaha : - menyediakan peluang-peluang pekerjaan / kilang / kedai - memberikan peluang-peluang pendidikan (pembinaan sekolah/biasiswa) - menyediakan kemudahan asas (jalan raya/air/elektrik) - membina pusat kesihatan - memajukan kegiatan pertanian/ ekonomi desa/ buka tanah baharu - menganjurkan kursus-kursus/ program-program kemahiran/ kempen kesedaran/ latihan - penubuhan koperasi - memberikan pelbagai bantuan/ kewangan/ khidmat nasihat/bina rumah [maksimum :3 markah] Satu nilai kemanusiaan dalam petikan: - Pemurah, Contohnya : Ibu Daeng memberikan petai kepada Cikgu Jo. . - Kerajinan, contohnya : Ayah Daneng rajin memancing ikan dan mencari petai - Kesyukuran, contohnya : Penduduk kampung Daneng bersyukur atas kehidupan mereka yang sederhana. - Menghormati tetamu, contohnya : Ibu Daneng menghidangkan kopi O dan ubi kayu kepada Cikgu Jo - Sopan santun : Cikgu Jo mengucapkan terima kasih kepada ibu Daneng. [maksimum:2 markah] Satu nilai kemanusiaan yang tidak terdapat dalam petikan: - Mementingkan ilmu, contohnya: Cikgu Jo memujuk Daneng supaya terus bersekolah - Kegigihan, contohnya: Daneng gigih berusaha mmepertahankan hutan daripada diceroboh. - Mengenang jasa, contohnya ; Daneng tidak melupakan Cikgu Jo walaupun dia telah berjaya dalam hidup - Bertanggungjawab/prihatin/kasih sayang, contohnya : Cikgu Jo berusaha menyekolahkan Daneng. - Mencintai alam, contohnya : Daneng amat mencintai alam sekitar dan mempertahankannya daripada diceroboh. - Merendah diri, contohnya : Daneng tidak mahu dipanggil Datuk walaupun dia mendapat gelaran ini [maksimum : 2 markah]
40
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Klasik (i)
Maksud rangkai kata - pihak yang menang dan yang kalah dapat diketahui [maksimum : 2 markah]
(ii)
Faktor-faktor - berani - banyak ilmu - tiada pahlawan lain yang dapat menentang Jebat - Laksamana hulubalang besar [maksimum : 3 markah]
(iii)
Cara menyelesaikan masalah - berunding - mengampunkan Jebat - mengarahkan semua hulubalang untuk membunuh Jebat - meminta bantuan pihak luar [maksimum : 3 markah]
Soalan 2(d) : Syair (i)
Kelebihan ilmu - Ilmu ialah cahaya / penyinar hidup - Ilmu kekal hingga akhir hayat [maksimum :2 markah]
(ii)
Cara-cara -
(iii)
Menerusi pembacaan/ media cetak Media elektronik Melayari internet Pengalaman sendiri / mengembara / melawat Pengalaman orang lain Membuat penyelidikan Menghadiri majlis-majlis ilmu / ceramah [maksimum 3 markah]
Pengajaran -
Ilmu hendaklah digunakan sebagai panduan hidup Ilmu hendaklah digunakan untuk dunia dan akhirat Kita hendaklah menuntut ilmu sepanjang hayat Kita hendaklah sentiasa mengamalkan ilmu yang dipelajari Kita hendaklah menghargai ilmu [maksimum : 4 markah] Soalan 3
41
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Markah penuh 30 markah dibahagi kepada: Soalan 3 (a) : 6 markah Soalan 3 (b) : 6 markah Soalan 3 (c) : 6 markah Soalan 3 (d) : 6 markah Soalan 3 (e) : 6 markah Perhatian bagi soalan 3 (a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan 3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa,berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan, berikan 0 markah.. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 8. Isi tidak jelas, tolak ½ markah 9. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan Sebagai satu ayat Jawapan 3(a) Binaan ayat (i) Kemas - elok dan rapi kelihatan (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus dsb dengan baik) teratur (tersusun dll) dengan elok atau rapi. - kuat, teguh, erat - beres, bersih, habis, selesai - sihat,segar (tubuh) (ii) Mengemaskan - menjadikan tersusun ( teratur, rapi,dll), membereskan - menghabiskan (wang, harta benda dll) (iii) Kekemasan - keadaan kemas - Harga - sesuatu barang dengan (kiraan) wang - kehormatan (diri ), maruah - faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan (iv) Menghargai - memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan - memberikan penghormatan (pujian, sanjungan, dsb) menganggap penting (berfaedah) - menghormati, memuliakan,mengendahkan (v) Penghargaan - perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan [6 markah] (b) Ayat tanya dengan kata tanya
42
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
(i)
Bilakah mereka bersenam? Mereka bersenam bila?
(ii)
Siapakah pengurus besar syarikat itu? Pengurus besar syarikat itu siapa?
(iii)
Mengapakah murid itu mendapat pujian? Apakah sebab murid itu mendapat pujian?.
(iv)
Di manakah pertandingan akhir Piala Malaysia itu akan diadakan?. Pertandingan akhir Piala Malaysia itu akan diadakan di mana?
(v)
Apakah yang digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu? Jentera apakah yang digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu?
(vi)
Bagaimanakah negara kita mencapai kemerdekaan? Negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara apa? [ 6 markah ]
(c)
. Kesalahan ejaan dan imbuhan. (i) Mengkagumkan – mengagumkan Gemuroh – gemuruh (ii)
Ekspidisi Digalakan
(iii) Dikejar ambulan
– ekspedisi – digalakkan – dikejarkan – ambulans [6 markah]
(d)
Kesalahan penggunaan kata, istilah atau tatabahasa. (i) Sederetan rumah-rumah – sederetan rumah (ii) Di tapak - di kawasan (iii) Supaya - untuk (iv) Mara - marak (v) Pemilik-pemilik rumah alami - dialami oleh pemilik-pemilik rumah (vi) Ditafsirkan - ditaksirkan [6 markah] (e) Peribahasa (i) bagai aur dengan tebing (ii) usaha tangga kejayaan (iii) muafakat membawa berkat [6 markah]
43
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Soalan 4 : Novel Markah penuh : 15 markah Panduan pemarkahan bagi Soalan 4 (a)
i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap iii) Beri 2 markah bagi setiap sebab yang lengkap/jelas iv) Beri 1 markah bagi sebab yang kurang lengkap/kurang jelas v) Markah isi maksimum 4 markah vi) Markah bahasa maksimum 3 markah vii) Markah bahasa diberi secara impression Baik Sederhana Lemah
: 3 markah : 2 markah : 1 markah
vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. ix) Calon tidak menjawab 0 markah. [maksimum : 7 markah] Isi = 4 markah Bahasa = 3 markah Maksimum = 7 markah
44
PANDUAN GURU JUJ 2011
b)
BAHASA MELAYU 2 SPM
i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari. ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. iii) Beri 1 markah bagi 1 peristiwa bagi setiap novel. iv) Beri 2 markah untuk setiap huraian yang lengkap/ jelas bagi setiap novel. v) Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap novel). vi) Markah bahasa maksimum 2 markah. vii) Markah bahasa diberi secara impression Baik Lemah
; 2 markah ; 2 markah
viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. ix) Calon tidak menjawab 0 markah. [ maksimum ; 8 markah ] Isi = 6 markah Bahasa = 2 markah Maksimum = 8 markah
45
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Jawapan Soalan 4 (a) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [ 7 markah ] NOVEL TERMINAL TIGA Teknik 1 1.
Kesedaran melalui tema
2.
Betapa kegigihan dan ketabahan dalam sesuatu perjuangan cukup penting disemai dalam jiwa remaja dan kita semua jika mahu berjaya dalam hidup. Halangan dan rintangan yang dihadapi Rimpa untuk mencari ilmu dari pedalaman Sabah yang serba kekurangan merupakan sesuatu yang wajar dicontohi oleh remaja khususnya. Kesedaran melalui perwatakan
3.
Rimpa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah terutama dalam soal kewangan namun beliau gigih dan berkeyakinan tinggi melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan. Berkat kesungguhan dan keberaniannya beliau berjaya. Sikap Bang Maily yang sentiasa membantu Rimpa semasa Rimpa bekerja dengannya sehingga Rimpa berjaya melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan perlu diteladani. Bang Maily juga bertanggungjawab kerana sanggup membantu Rimpa menyelesaikan masalah kewangannya . Tidak terpengaruh dengan watak Ruziani yang mudah mendengar hasutan seseorang sehingga dia terpedaya dengan kumpulan pendakwah sehingga sanggup melarikan diri dengan kumpulan itu. Kesedaran melalui latar masyarakat
Perlunya semua rakyat hidup bersatu padu dan mewujudkan intergrasi nasional dalam negara yang berbilang kaum seperti sifat tolong menolong, setia kawan dan muhibah yang ditunjukkan oleh Rimpa dan pelajar-pelajar Akademi Seni Kebangsaan. Masyarakat di kampung Rimpa walaupun hidup dalam serba kekurangan dan serba mundur tetapi mereka saling membantu. Kuatnya semangat kejiranan yang ditunjukkan oleh rakan sekampung Rimpa seperti Ruzaini yang sanggup melihat keluarga Rimpa serta mengambil berat masalah mereka semasa pemergian Rimpa ke Akademi Seni Kebangsaan.
46
PANDUAN GURU JUJ 2011
4.
BAHASA MELAYU 2 SPM
Kesedaran melalui pengajaran
Betapa pentingnya pembaca bersiap sedia dan mengatur langkah untuk menghadapi kemungkinan suasana kecemasan seperti jerebu kerana jerebu memang masalah yang sentiasa berulang. Ketabahan hati Rimpa teruji lagi apabila Rimpa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas cuti semester di Sabah. Kapal terbang yang dinaikinya terpaksa menempuh jerebu dan kesukaran untuk mendarat. Meskipun Rimpa dan para penumpang selamat mendarat, rasa cemas tetap menusuk dirinya kerana itulah pertama kali menempuh jerebu yang agak teruk keadaannya. Sebagai manusia, kita tidak akan lari dari pelbagai cabaran dan dugaan tetapi biarlah semuanya ditempuhi dengan penuh semangat berkeyakinan, dan berani. Kita dapat lihat sifat keyakinan dan keberanian dalam diri Rimpa ketika menempuh cabaran. Sikap saling menghormati orang lain tanpa mengira umur, bangsa, agama dan sebagainya Contohnya kita bukan sahaja perlu hormat akan diri sendiri tetapi juga pada orang tua.Rimpa tetap menghormati orang tuanya walaupun dia telah menukarkan agamanya.
Teknik 2 Novel ini boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca kerana novel ini mengandungi banyak pengajaran atau teladan yang boleh diikuti oleh pembaca sendiri. 1
Menyedarkan pembaca supaya jangan terpengaruh dengan hasutan kawan.
2
Pembaca seharusnya mencontohi Rimpa yang tidak terpengaruh dengan ajakan Ramon supaya meminum minuman yang memabukkan. Menyedarkan pembaca supaya jangan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
3
Pembaca tidak seharusnya mencontohi sikap bapa Rimpa yang sanggup meninggalkan keluarganya tanpa sebab. Menyedarkan pembaca supaya tidak terpengaruh dengan golongan pendakwah.
4
Pembaca tidak sepatutnya mencontohi Ruzaini yang sanggup meninggalkan keluarganya kerana terpengaruh dengan golongan pendakwah Menyedarkan pembaca supaya tidak melupakan ajaran agama .
Pembaca harus mencontohi sikap Rimpa yang tidak pernah meninggalkan solat setelah dia memilih Islam sebagai agamanya. Isi = 4 markah Bahasa = 3 markah Maksimum = 7 markah
47
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
NOVEL SETEGUH KARANG
1
Menyedarkan pembaca kepercayaan karut.
2
supaya
jangan
terpengaruh
dengan
Pembaca seharusnya tidak mencontohi sikap Encik Lee dan Puan Mary yang sanggup menyerahkan anak kandungnya kepada orang lain kerana menganggap anak tersebut membawa sial.
Menyedarkan pembaca supaya jangan memandang rendah akan kebolehan orang lain.
3
Pembaca tidak seharusnya mencontohi sikap Encik Johari yang sering memandang rendah akan kemampuan Awanis dalam melaksanakan praktikal di ladang kelapa sawit. Menyedarkan pembaca supaya tidak menjaga tepi kain orang lain.
4
Pembaca tidak sepatutnya mencontohi sikap Kak Mas dan Kak Sofea yang suka mengambil tahu akan hubungan Awanis dengan Wan Asri. Menyedarkan pembaca supaya tidak putus asa.
Pembaca tidak seharusnya mencontohi sikap Maysarah yang tidak dapat menerima ketentuan takdir atas kematian kedua-dua ibu bapanya.
48
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Jawapan Soalan 4 (b) Nilai keberanian dalam novel Novel Terminal Tiga karya Othman Puteh (a)
Keberanian berhijrah untuk mengubah nasib
Rimpa berani keluar dari kawasan pedalaman dan berhijrah ke Kuala Lumpur semata-mata untuk meneruskan cita-citanya dalam bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Kebangsaan.
(b)
Keberanian menghadapi cabaran untuk mencapai cita-cita
Rimpa meneruskan juga pengajiannya walaupun dia menghadapi masalah kewangan untuk mmebiayai pengajiannya dan sara hidup di Kuala Lumpur
Rimpa
meneruskan
cita-citanya
walaupun
berhadapan
maslah
kehilangan ayahnya selama sepuluh tahun.
(c)
Keberanian menukar agama
Rimpa berani untuk memeluk agama Islam walaupun semua ahli keluarganya tidak berbuat demikian.
(d)
Keberanian mempertahankan pendirian
Rimpa
berani
mmepertahankan
pendiriannya
sehingga
sanggup
bergaduh dengan Ramon tentang tanggapan negative Ramon terhadap Bang Maily.
49
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah (a)
Berani menyahut cabaran
Awanis menyahut cabaran menunggang motosikal tanpa brek walaupun tidak pernah menunggang motosikal sebelum itu.
Awanis juga berjaya menjatuhkan setandan buah kelapa sawit dengan menggunakan chop yang tumpul.
(b)
Berani mencari kebenaran
Awanis menemani Anita berdepan dengan keluarga kandung Anita dalam usaha mencari kebenaran akan punca keluarga kandung Anita membuangnya.
(c)
Berani hidup berdikari
Awanis pergi ke Perlis untuk melapor diri di ITM, Arau seorang diri
Isi = 6 markah Bahasa = 2 markah Maksimum = 8 markah
50
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2011 2 ½ jam
PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011
BAHASA MELAYU KERTAS 2
[CONTOH JAWAPAN PELAJAR DAN TEKNIK PENANDAAN]
51
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Jawapan 1 Petikan membincangkan faedah pengambilan coklat. Antara kebaikan memakan coklat adalah dapat memberikan perasaan gembira kepada pemakannya. Aroma coklat mampu merehatkan minda seseorang selain dapat menimbulkan perasaan relaks. Coklat juga dapat melegakan otot seseorang. Coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang sering memakannya. Faedah lain adalah coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok dan melegakan batuk. Untuk memajukan industri coklat, kualiti dan mutu coklat dari segi kandungan nutrien dan rasanya perlu ditingkatkan. Penambahbaikan dan pembaharuan terhadap coklat perlu dijalankan mengikut keperluan dan kehendak penggunaan. Coklat boleh digunakan dalam sektor perubatan. Coklat juga boleh dipasarkan ke luar negara. Maklumat tentang kebaikan coklat perlu disebarkan. Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar akan kebaikan memakan coklat supaya industri coklat dapat dikembangkan. (113 patah kata) Jawapan 2(a) i)
Rangkai kata sumber ekonomi bermaksud punca pendapatan
ii)
Antara keburukan coklat adalah dapat mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia sekiranya dimakan secara berlebihan. Selain itu, coklat menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai sistem penghadaman yang dapat melakukan penguraian terhadap bahan kimia teobromina. Bukan itu sahaja, pengambilan coklat secara berlebihan dapat mengakibatkan obesiti.
iii)
Walaupun harganya mahal, sebilangan rakyat negara kita masih gemar membeli import kerana pengaruh iklan coklat import yang sering ditayangkan. Bungkusan coklat import yang lebih cantik dan kelihatan lebih ‟mewah‟ menarik perhatian mereka. Segelintir rakyat juga mempunyai tanggapan bahawa coklat import lebih sedap dimakan dan bermutu. Mereka juga tidak mempunyai keyakinan terhadap coklat tempatan. Selain itu, jenis coklat yang dihasilkan oleh industri coklat tidak dipalbagaikan, terutama dari segi rasanya menyebabkan rakyat sanggup membeli coklat import.
52
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Jawapan 2b 2b.i) Bukti-bukti yang menggambarkan kesederhanaan keluarga Daneng adalah ketiadaan sebarang perabot moden dalam rumah mereka. Bukti lain adalah keluarga Daneng hidup di dalam pondok sahaja. Dalam rumah mereka, cuma terdapat beberapa buah bantal buruk dan sebuah almari usang. Keluarga Daneng juga tidak memerlukan kerusi empuk ataupun kipas angin. ii) Pada pendapat saya, kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti sekolah dan klinik di kawasan tempat tinggal Daneng untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di sana. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan bantuan biasiswa kepada penduduk di sana agar anakanak penduduk dapat bersekolah. Untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tempat tinggal Daneng, pihak kerajaan perlu menyediakan pinjaman atau bantuan modal serta teknologi maklumat agar penduduk dapat meningkatkan kegiatan ekonominya. Selain itu, pihak kerajaan perlu mendedahkan penduduk sana kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi agar dapat meningkatkan taraf hidup mereka. iii) Berdasarkan petikan nilai kemanusiaan yang diamalkan adalah nilai hormat-menghormati. Nilai ini ditunjukkan apabila ibu Daneng menghidangkan kopi O dan ubi kayu rebus untuk melayan tetamu, iaitu cikgu Jo. Cikgu Jo pula mengucapkan terima kasih kepadanya. Berdasarkan keseluruhan cerita, nilai kemanusiaan lain yang diamalkan adalah nilai menghargai budi orang lain. Sebagai contoh, Daneng mengatakan bahawa dia masih merupakan Daneng di rimba kalau bukan cikgu Jo memujuknya untuk meneruskan pelajaran. Selain itu, nilai rendah diri turut ditunjukkan dalam cerpen ini. Contohnya, Daneng meminta cikgu Jo supaya tidak „berdatuk‟ dengannya. Jawapan 2(c) i)
Siapa mati siapa hidup pun bertentulah bermaksud dapat menentukan dan mengetahui orang yang menang dan orang yang tewas.
ii)
Berdasarkan petikan, Laksamana ditugaskan untuk membunuh Si Jebat kerana dia merupakan lawan yang setanding dengan Si Jebat. Laksamana diberi tugas itu kerana kehebatannya setanding dengan kehebatan Si Jebat. Laksamana juga merupakan seorang yang mempunyai keberanian seperti Si Jebat. Dia juga mempunyai banyak ilmu pengetahuan seperti Si Jebat. Selain itu, Laksamana
53
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
merupakan hulubalang besar. Oleh itu, dia akan menurut perintah raja untuk membunuh Si Jebat. iii)
Pada pandangan saya, sekiranya Laksamana tiada, raja mungkin akan akur kepada Si Jebat untuk mengelakkan kematian orang lain. Raja juga boleh meminta Bendahara supaya membawa tentera yang ramai untuk menyerang Si Jebat. Selain itu, raja juga boleh mendapatkan sokongan dan kesetiaan rakyat supaya mereka membiokot Si jebat. Raja juga boleh berpindah ke negeri lain untuk memulakan pemerintahan baru.
Jawapan 2d (i) Dalam rangkap pertama, ilmu dapat digunakan sebagai panduan hidup. Ilmu juga boleh digunakan sepanjang hayat dan tidak akan menjadi tidak berguna.
(ii)
(iii)
Pada pandangan saya, seseorang itu dapat meningkatkan ilmu pengetahuannya dengan memperbanyakkan pembacaannya. Seseorang itu juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dengan mendapatkan tunjuk ajar daripada orang yang lebih tua dan berpengetahuan. Cara lain adalah dengan memanfaatkan pperkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih pada kini untuk meningkatkan ilmu. Selain itu, seseorang itu turut boleh bertukar-tukar pendapat dan pandangan dengan rakan sebaya ataupun pakar. Pengajaran yang terdapat dalam syair adalah kita perlulah berusaha menuntut ilmu dan pengetahuan untuk menjamin kesejahteraan hidup. Kita juga harus memanfaatkan ilmu yang ada dengan sebaik-baiknya dalam kehidupan. Selain itu, kita juga perlu sedar bahawa keyakinan diri seseorang dapat ditingkatkan dengan adanya ilmu. Kita juga perlu menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat.
54
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
jawapan soalan 3
3a) i- kemas Buku-buku yang berselerak itu akan saya kemas. ii- mengemaskan Ibu mengemaskan rumah sebagai persediaan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. iii- kekemasan Guru kelas kita amat mementing kekemasan tulisan kita ketika menyemak buku. iv- harga Harga buku itu terlalu tinggi. v- menghargai Kita perlulah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa terhadap kita. vi- penghargaan Wang diberikan kepada budak itu sebagai tanda penghargaan.
3b) i- Bilakah mereka bersenam? ii- Siapakah pengurus besar syarikat itu? iii- Mengapakah murid itu mendapat pujian? iv- Di manakah pertandingan akhir piala Malaysia akan diadakan? v- Apakah yang digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu? vi- Bagaimanakah negara kta dapat mencapai kemerdekaan? 3c) i- mengkagumkan - mengagumkan gumuroh - gemuruh ii- ekspidisi digalakan
-
ekspedisi digalakkan
iii- dikejar - dikejarkan ambulan - ambulans 55
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
3d) sederetan rumah-rumah - sederet rumah tapak perumahan supaya mara
-
-
taman perumahan
untuk marak
pemilik-pemilik rumah alami – dialami oleh pemilik-pemilik rumah ditafsirkan – ditaksirkan
3e) i- bagai aur dengan tebing ii- di mana ada kemahuan, di situ ada jalan iii- bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
56
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
Jawapan soalan 4 4a) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca, begitu juga dengan novel Julia. Cerita “Julia” dapat menimbulkan kesedaran para pembaca bahawa akhlak yang buruk akibat pengaruh budaya kuning tidak wajar diamalkan. Seperti dalam novel Julia, Han, Rashid, Jef dan Muna bersikap liar dan tidak segan untuk melakukan seks secara rambang. Tindakan ini amat bertentangan dengan adat ketimuran dan akan menjatuhkan maruah keluarga. Rashid yang mengedar dadah pula akhirnya ditahan polis. Hal ini menyedarkan para pembaca agar tidak sesekali melibatkan diri dalam gejala sosial dan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. Sehubungan itu, Julia yang dahulunya bergaul dengan rakan-rakan tersebut insaf dan menyedari kesilapan diri dahulu yang turut terlibat dalam tingkah laku yang liar setelah mendapat pendidikan agama. Hal ini memberi kesedaran kepada para pembaca bahawa pendidikan agama mampu membentuk personaliti yang baik. Selain itu, setelah kematian ibu bapanya, Julia terpaksa mengharungi cabaran dan rintangan hidup. Dia sedar bahawa dia perlu mengambil alih syarikat ayahnya untuk mempertahankan hak keluarganya walaupun dia masih muda dan berpengetahuan cetek dalam bidang perniagaan. Oleh itu, dia bersikap tabah, gigih dan optimis untuk menguruskan syarikat ayahnya yang menghadapi pelbagai masalah dan tidak berputus asa dengan mudah. Hal ini menyedarkan para pembaca bahawa setiap manusia perlu mempunyai ketabahan dan kecekalan dalam menghadapi rintangan kehidupan. Soalan 4b Berdasarkan novel “Perlumbaan Kedua” hasil karya Marwilis Haji Yusof, peristiwa yang mempamerkan nilai keberanian adalah ketika Tuk Kura menyahut cabaran Sang Arnab untuk menyertai perlumbaan kedua. Tuk Kura berani bersetuju untuk menyertai perlumbaan tersebut walaupun dia menyedari akan kelemahan fizikalnya jika dibandingkan dengan Sang arnab. Tindakannya sebegitu adalah untuk mempertahankan maruah kaumnya yang dicabar oleh Sang Arnab. Keberanian Tuk Kura ditunjukkan dengan lebih jelas apabila suku-sakat kura-kura lain menyalahkan Tuk Kura kerana bersetuju dengan cabaran tersebut tanpa berbincang terlebih dahulu. Hal ini kerana mereka berasa takut dan tidak mempunyai keberanian untuk bertanding dengan Sang Arnab yang dianggap lebih hebat daripada mereka. Dalam novel Julia pula, nilai keberanian ditunjukkan oleh Julia apabila dia mengambil alih syarikat ayahnya setelah kematian kedua-dua orang tuanya. Julia sedar bahawa dia berpengetahuan cetek dan tidak berpengalaman dalam bidang perniagaan. Namun dia memberanikan diri untuk menerima peninggalan ibu bapanya iaitu mengambil alih syarikat BMPRO. Walaupun 57
PANDUAN GURU JUJ 2011
BAHASA MELAYU 2 SPM
umurnya yang masih mentah dan muda, dia berani untuk berhadapan dengan segala masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut iaitu masalah penyelewengan masalah jerebu dan masalah pengaliran kewangan. Hal ini menunjukkan dia berani berdepan dengan dunia perniagaan yang penuh cabaran itu. Seterusnya, Julia menunjukkan nilai keberanian ketika berkonfrantasi dengan Syed Mustaffa yang menuntut hak ke atas Butik BMPRO. Walaupun Julia sedar bahawa Syed Mustaffa mungkin akan bertindak ganas terhadapnya Julia masih berani untuk berhadapan dan berbincang dengan pakciknya itu. Nilai keberanian turut ditunjukkan oleh Julia ketika berdepan dengan Encik Baharom untuk membongkarkan hal penyelewengannya. Nilai-nilai keberanian yang dipaparkan dalam kedua-dua novel ini seperti dalam kedua-dua peristiwa tersebut wajar diteladani dan dicontohi oleh kita.
58