PROGRAM INTERNSHIP MAHASISWA ANAK NEGERI (IMAN) ANJURAN BERSAMA
KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN DAN
PERSATUAN SISWA AMAN MAKMUR (ANSAR) SYARAT PERMOHONAN i) Merupakan anak kelahiran negeri Kedah. ii) Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dan setaraf. iii) Berumur 21 sehingga 30 tahun. iv) Sedang berada di tahun akhir pengajian/tamat pengajian/masih tidak bekerja. v) Memiliki ciri-ciri kepimpinan dan pengetahuan am yang baik.
PROSES PEMILIHAN i) Permohonan dibuka pada 26 Ogos 2016. ii) Permohanan ditutup pada 2 September 2016. iii) Calon akan disenarai pendek. iv) Calon akan dipanggil bagi sesi temuduga. v) 25 orang calon yang terpilih akan mengikuti satu sesi taklimat bersama pihak ANSAR. vi) Sesi Internship bermula pada September 2016 TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 25 ORANG. UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :
Internship Mahasiswa Anak Negeri-IMAN (FB), Atau Hubungi 012-2796527 (En. Azeem), E-mel :
[email protected]
1
2 TERMA DAN SYARAT i. ii. iii. iv. v.
vi.
vii. viii. ix.
Pelatih akan diagihkan bermula dari Pejabat Menteri Besar, Pejabat Exco Kerajaan Negeri, dan ‘Government-linked Companies’ (GLC) negeri Kedah. IMAN akan berlangsung sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan di tempat-tempat yang disediakan. Elaun bulanan sebanyak RM 1,500 selama tempoh perkhidmatan. Pelatih yang berjaya dipilih akan berkhidmat sebagai “Research Officer” ataupun pembantu khas kepada mentor-mentor. Pelatih akan bertugas sebagai “Executive Intern” kepada mentor-mentor di mana pelatih akan membantu mentor dan juga pegawai-pegawai kanan beliau merancang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri di samping membantu di dalam usaha-usaha penerangan tentang pelbagai program kerajaan negeri melalui media sosial dan saluran komunikasi strategik yang lain. Pelatih akan didedahkan kepada urusan penting di dalam pentadbiran kerajaan negeri di samping peluang untuk mencurahkan bakti dalam menjayakan agenda kerajaan negeri dan segala program transformasi yang di bawa oleh YAB Menteri Besar Kedah. Bidang fungsi dan bidang tugas setiap pelatih bergantung kepada mentor mereka. Setiap mentor akan menggariskan rangka kerja dan tangungjawab yang akan diberi kepada pelatih masing-masing. Pelatih akan menganjurkan program-program khusus untuk golongan belia dan pengundi baru negeri Kedah. Para pelatih akan bersidang sebanyak 2 kali dalam tempoh 6 bulan “internship” bagi membentangkan cadangan idea dan seterusnya menetapkan resolusi untuk mewakili suara golongan belia dan seterusnya untuk dibentangkan kepada YAB Menteri Besar Kedah untuk dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri.
Borang permohonan boleh dimuat turun secara atas talian di laman Facebook rasmi IMAN “Internship Mahasiswa Anak NegeriIMAN” atau secara manual di pejabat Menteri Besar Kedah. Pemohon diminta untuk memilih satu tajuk bagi mengarang sebuah esei bertulis melebihi 500 patah perkataan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Ekonomi Sosial Politik Belia dan Negara Sukan Alam Sekitar Sains Dan Teknologi Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Pendidikan
Borang permohonan berserta esei yang lengkap boleh dihantar di Pejabat Menteri Besar Kedah atau secara atas talian di email rasmi
[email protected]. Tarikh buka permohonan adalah pada 26 Ogos 2016 dan ditutup pada 2 September 2016. Calon yang terpilih akan dihubungi bagi sesi temuduga. Sebarang keputusan adalah muktamad.
3 TAJUK ESEI UNTUK PROGRAM INTERNSHIP MAHASISWA ANAK NEGERI (IMAN): ALAM SEKITAR
ALAM SEKITAR DAN MANUSIA: IBARAT AUR DAN TEBING Nor Syuhada binti Che Khalid
[email protected] 4 September 2016 PENGENALAN Suruhanjaya Brundlandt dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seia sekata bahawa alam sekitar meliputi faktor-faktor fizikal sekeliling manusia seperti air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi untuk binatang dan tumbuh-tumbuhan, serta faktor-faktor sosial astetika [1] [2]. Perkara ini juga bererti seluruh elemen yang menjadi keperluan manusia dan hidupan liar merupakan alam sekitar kita. Kita berkongsi seluruh dunia ini bersama-sama dengan makhluk ciptaan Tuhan yang lain untuk tinggal, makan, minum, tidur, dan bermain. Konklusinya, kehidupan kita dan dunia ini tidaklah jauh sama sekali. Bahkan, kita dan alam sekitar saling memerlukan. Maka, pengurusan dan penjagaan alam sekitar perlu kita pertimbangkan sebaik-baiknya. Bermula dengan perbuatan yang sekecil-kecilnya, yakni membuang plastik gula-gula atau pun tisu ke dalam tong sampah, sehinggalah kepada penggunaan alatan mahupun teknologi mesra alam, semua perbuatan dan usaha kita ini pasti menjadi petunjuk yang jelas, sama ada kita benar-benar menyayangi diri kita, keluarga kita, dan masyarakat kita, atau pun kita hanya sekadar pentingkan diri dan tidak menghiraukan apa jua yang terjadi, ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing. Makalah ini mengandungi perihal keperluan alam sekitar kepada manusia, sumbangan atau manfaat alam sekitar, penderitaan berbentuk masalah alam sekitar, serta langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 1.0 KEPERLUAN ALAM SEKITAR KEPADA MANUSIA Kita bergantung kepada alam sekitar untuk hidup. Keperluan asas manusia yang utama yakni udara, air, dan makanan berasal daripada alam sekitar. Alam sekitar yang bersih menjamin bekalan udara, air, dan makanan yang berkualiti. Dengan kata lain, sebagai analogi, adakah kita sanggup membiarkan anak dan cucu kita untuk tinggal dalam tong sampah, makan sampah, dan menghirup udara yang dipenuhi bakteria-bakteria berbahaya kepada kesihatan? Kita pasti tidak akan bersetuju untuk membiarkan keluarga kita bergelumang dengan kekotoran dan perkara-perkara yang menjijikkan. Ia bukan sekadar kotor, tetapi berbahaya. Bahaya ini bermaksud mengancam nyawa dan menyebabkan kita akan kehilangan orang yang kita hargai dan sayangi. Namun demikian, perbuatan manusia kepada bumi sekarang ibarat perbuatan seorang manusia yang menganiayai hak dan keperluan orang lain, yang akhirnya hanya untuk menganiayai diri dan keluarga sendiri. Jangan tidak tahu, kecuaian dan sikap tidak ambil tahu menyebabkan kita bukan sahaja menjadi pembunuh yang kita anggap tidak penting, bahkan menjadi pembunuh keluarga dan diri sendiri. Balasan buruk manusia selalu berpunca daripada diri sendiri. Selain itu, alam sekitar ini juga menjadi medium perhubungan dan pengangkutan seperti sungai, laut, dan udara, menyediakan bahan api dan sumber mineral seperti petroleum, bijih timah, dan bauksit, serta bahan-bahan mentah seperti kayu-kayan dan batu-batan yang berguna dalam pembinaan dan pembangunan bandar, kawasan, dan negara. Pendek kata, manusia sangat memerlukan dan bergantung kepada alam sekitar untuk kelangsungan hidup dan kemandirian seluruh keturunan manusia.
2.0 SUMBANGAN ALAM SEKITAR Hutan, gunung, sungai, laut, awan, sawah, dan sebagainya, sama ada di utara mahupun di selatan, timur, dan barat sebenarnya mengandungi signifikan yang sangat tinggi. Selain daripada menjadi lubuk rezeki untuk makanan dan minuman, kawasan-kawasan ini boleh dimanfaatkan sebagai kawasan pertanian dan perladangan untuk menambahkan bahan mentah yang permintaannya semakin meningkat. Kenapa bahan mentah yang dikeluarkan sendiri oleh sesebuah negeri atau negara itu penting? Keupayaan menghasilkan bahan makanan dan minuman sendiri mampu mengurangkan kebergantungan kita kepada negara lain. Seandainya negara pengimport bertindak untuk menggesa atau menekan negara kita, atau terdapat sebarang konflik seperti perang saudara mahupun kegawatan ekonomi negara pengimport, bekalan bahan mentah yang dimonopoli oleh negara tersebut bakal terjejas. Kita tidaklah menuduh semua negara pengimport akan menjadi sebegini rupa. Kita memang perlu berjaga-jaga, dan negara yang kuat dan stabil sudah tentu negara yang kaya dengan hasil mahsul sendiri. Kita mahu elakkan peluang dieksploitasi dan dimanipulasi oleh pihak luar dan dalam kerana kita ada harga diri dan jati diri, tidak mahu terbabit dalam kancah dan permainan politik yang tidak sihat, demi mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah kita yang tercinta. Sayangnya, banyak kawasan sawah yang sudah dijual dan ditebus guna sebagai kawasan perumahan atau industri. Semoga perkara ini mampu diberi perhatian, memandangkan beras merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Komponen alam semujadi ini juga mampu merancakkan ekonomi kita melalui pelancongan dan menaikkan imej negara yang mempunyai khazanah alam yang cantik dan indah. Binatangbinatang liar pula mampu menarik perhatian pencinta alam dari seluruh dunia untuk berkunjung ke Malaysia. Herba-herba dan tumbuh-tumbuhan yang mengandungi nilai komersil tinggi sebagai ubatubatan dan makanan kesihatan. Tumbuh-tumbuhan liar yang cantik dan sukar didapati (eksotik) menjadi penarik utama bagi individu-individu yang gemar melihat dan menghargai tumbuhtumbuhan seperti ini. Kewujudan hutan lipur yang luas bukan sahaja berharga sebagai kawasan rekreasi, bahkan tidak ternilai untuk sesiapa sahaja yang ingin melepaskan diri daripada habuk dan debu kota demi menghirup udara segar dan masih tidak tercemar. 1001 kebaikan alam sekitar ini, tiada maknanya, seandainya tidak dihargai dan dilindungi sebaik-baiknya. 3.0 PENDERITAAN ALAM Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang [3]. Tatkala kita cuba merenung kembali satu demi satu baris daripada tiga rangkap pertama lagu Hijau yang sering disenandungkan oleh Dato’ Zainal Abidin Mohamad, kita telah pun mendapat gambaran mengenai peri pentingnya alam ini kepada hidup manusia. Betapa dahsyatnya interpretasi manusia yang diibaratkan dengan penjajah kerana berupaya menceroboh secara semborono lalu
memusnahkan segala flora dan fauna yang sepatutnya dikongsi secara saksama, walaupun antara manusia dan bukan manusia. Tambahan pula, rangkap kedua lagu ini menzahirkan kebimbangan perihal bumi yang bakal kehilangan fungsinya untuk menjadi tempat menetap dan perlindungan kepada seisi penghuninya kerana kecuaian manusia yang menggerakkan aktiviti yang menjejaskan sumber utama udara bagi manusia dan binatang, iaitu oksigen dengan penebangan hutan dan pokok secara berleluasa dan tidak terkawal. Kekurangan oksigen mengakibatkan bermacam-macam masalah kepada tubuh badan manusia seperti meningkatkan racun dan toksin dalam darah sehinggalah kepada mematikan sel-sel di dalam otak [4]. Ketiadaan air pun bakal mengancam kesihatan dan tubuh badan organisma serta menggugat ekosistem dunia melalui maksud rangkap ketiga. Sebenarnya, bekalan air bersih yang menjadi sumber minuman manusia. Sumbernya iaitu sungai dan lautan yang menjadi hábitat hidupan air seperti ikan, alga, haiwan moluska seperti kerang dan siput, Akhir baris pada rangkap ketiga berbaur dengan amaran untuk kekejaman dan salah laku kepada alam. Ya, bumi akan punah-ranah. Namun demikian, kita perlu beringat bahawa kemusnahan bumi kita juga membawa maksud binasalah kita semua bersama makhluk dan hábitat yang ada, seolah-olah kita sebagai manusia turut menerima padahnya akibat mengabaikan dan menghancurkan bumi ini. Pencemaran yang berlaku seperti tumpahan minyak, pembakaran terbuka kawasan pertanian dan hutan, pembuangan sampah di merata-rata, penggunaan kenderaan persendirian tiada kawalan, kekurangan pengangkutan awam, jerebu, pemanasan global, tanah runtuh, pembalakan berleluasan dan tanpa kawalan penguatkuasa dan tindakan undang-undang, perlombongan tanpa prosedur dan pertimbangan kepada alam sekitar sebenarnya menggugat manusia itu sendiri. Bukan hanya binatangdan tumbuh-tumbuhan yang terjejas. 4.0 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Kawalan dan penguatkuasaan undang-undang mampu mencegah krisis alam sekitar menjadi lebih kronik. Kempen, pendidikan, dan pembudayaan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sememangnya wajar diperkasakan untuk menyemai nilai-nilai murni untuk semua orang. KESIMPULAN Semoga alam sekitar kita ini bukan sahaja untuk kita, bahkan untuk anak cucu kita. Bumi ini bukan milik kita kini, dan bukan milik kita buat-selama-lama. Kita hanyalah dipinjamkan buat sementara, untuk dilindungi, bukannya dikhianati.
[1] [2] [3] [4]
RUJUKAN PNMB, “Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, pindaan 2001,” Kuala Lumpur, 2001. J. Murphy and D. Drexhage, “Sustainable Development : From Brundtland to Rio 2012,” 2012. M. Nor, “Hijau,” 1991. M. N. Hamzah, “Cukup oksigen elak penyakit.pdf,” Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 06-Jul2014.