CARA-CARA LAIN UNTUK MELINDUNGI DIRI ANDA, KELUARGA ANDA DAN HARTA BENDA ANDA: SISTEM PRA-KOMITMEN Tetapkan jumlah wang untuk perjudian sebelum anda mula bermain di kasino. Dapatkan maklumat lanjut tentang sistem ini dari pihak kasino.
PENGECUALIAN / HAD LAWATAN KASINO Elakkan daripada berjudi di kasino dengan memohon untuk Pengecualian Diri atau membataskan lawatan anda dengan membuat permohonan untuk Had Lawatan Sukarela. Anggota keluarga yang terjejas juga boleh memohon untuk pengecualian atau membataskan jumlah lawatan seorang penjudi di bawah Perintah Pengecualian atau Had Lawatan Keluarga.
LINDUNGI HARTA ANDA
PENGECUALIAN BUKAN KASINO Singapore Pools, Singapore Turf Club dan kelab-kelab sosial yang telah mengamalkan Kod Amalan Berjudi Secara Bertanggungjawab dari NCPG turut menawarkan Pengecualian Diri. Jauhi daripada berjudi di tempat-tempat ini dengan memohon untuk Pengecualian Diri dari pengendali-pengendali berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 1800-6-668-668 atau lungsuri www.ncpg.org.sg
Hubungi Talian Masalah Perjudian Kebangsaan
1800-6-668-668 (24 jam) atau lungsuri
www.ncpg.org.sg
untuk maklumat lanjut 11/2013
PILIHLAH
UNTUK BERJUDI SECARA BERTANGGUNGJAWAB
JIKA ANDA BERANGGAPAN BAHAWA: Anda boleh meramal atau mengawal keputusan permainan tersebut
BERIKUT ADALAH CARA UNTUK MELINDUNGI DIRI ANDA, KELUARGA DAN HARTA BENDA ANDA:
Lebih kerap anda berjudi, lebih baik peluang anda untuk anda menang Anda boleh memperbaiki peluang anda untuk menang dengan melakukan upacara tertentu atau memiliki objek-objek khas Anda hampir hendak menang, jadi anda pasti lambat laun akan menang juga
FIKIRKAN SEKALI LAGI!
Keputusan sesuatu permainan adalah tidak menentu dan tidak dipengaruhi oleh keputusan sebelumnya ataupun faktor-faktor lain.
PERJUDIAN ADALAH PERTARUHAN NASIB – DI MANA ANDA BOLEH MENANG, ATAU ANDA BOLEH
KALAH.
Mengetahui cara untuk mengurangkan kerugian anda boleh mengekang kemudaratan ke atas anda dan keluarga anda akibat perjudian.
BERJUDI MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA... Tetapkan had jumlah wang atau masa dan patuhinya. Jangan meminjam wang untuk berjudi. Bawa hanya sejumlah wang yang telah anda ketepikan untuk berjudi. Jangan keluarkan wang tambahan untuk berjudi. Berjudi hanya dengan wang yang telah anda peruntukkan untuk hiburan. Jangan menjudikan wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan seharian dan simpanan.
BUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN MAKLUMAT DAN RASIONAL... Ingatlah bahawa keputusan dalam perjudian ditentukan oleh nasib dan bukan kemahiran. Jangan berjudi untuk meraih kembali kerugian akibat kekalahan. Jangan berjudi ketika anda sedang khayal atau mabuk akibat pengambilan alkohol atau ubat-ubatan.
PERJUDIAN TIDAK DIGALAKKAN TETAPI MALANGNYA BEBERAPA INDIVIDU MENYESUAIKANNYA SEBAGAI SATU AKTIVITI REKREASI... la adalah sejenis hiburan, bukannya cara untuk mendapatkan wang. Perjudian bukanlah cara untuk menangani atau menyelesaikan masalah anda. Jangan biarkan perjudian mengganggu keluarga, rakan-rakan atau kerja anda.
MEMAHAMI MASALAH PERJUDIAN
MAJLIS KEBANGSAAN TERHADAP MASALAH PERJUDIAN (NCPG) NCPG sangat komited untuk memperbaiki pendidikan awam dan khidmat bantuan di Singapura. la turut mempermudahkan permohonan bagi warga tempatan untuk Pengecualian dan Had Lawatan Kasino.
BAGAIMANAKAH IA BERLAKU?
510 Thomson Road #05-01 Bangunan SLF Singapura 298135 Tel: 6354-8154 (8.30pg hingga 6ptg) (Isnin hingga Khamis) / 5.30ptg (Jumaat) Emel:
[email protected] Laman Web: www.ncpg.org.sg
PERJUDIAN SOSIAL Berjudi untuk keseronokan Berjudi mengikut kemampuan Boleh berhenti berjudi pada bila-bila masa Tidak menyebabkan kemudaratan kepada diri dan/atau keluarga
MASALAH PERJUDIAN Bermula daripada perjudian sosial Hilang kawalan terhadap perjudian Sentiasa mengutamakan perjudian Terlalu taksub dengan keinginan untuk mendapatkan kembali kerugian Mengakibatkan kemudaratan psikologi dan masalah kewangan kepada diri dan/atau keluarga
BAGAIMANA UNTUK MENGESAN BAHAWA ANDA BERMASALAH?
KHIDMAT PENGURUSAN PENAGIHAN KEBANGSAAN (NAMS) Dikendalikan oleh pakar berbilang disiplin, NAMS menyediakan rawatan menyeluruh untuk pelbagai jenis penagihan, termasuk perjudian. Buangkok Green Medical Park, 10 Buangkok View Singapore 539747 Talian Bantuan Penagihan: 6-RECOVER (6-7326837) (8.30pg hingga 10.00mlm, Isnin hingga Jumaat) Talian Pertanyaan Umum: 6389-2000 Talian Temujanji: 6389-2200 Emel:
[email protected] Laman Web: www.nams.sg PUSAT PEMULIHAN PERJUDIAN BERMASALAH THYE HUA KWAN (THK) Pusat Pemulihan Perjudian Bermasalah Thye Hua Kwan menyediakan khidmat kaunseling dan rawatan untuk penjudi dan keluarga mereka. 133 New Bridge Road #04-05 Chinatown Point Singapura 059413 Tel: 6576-0840 Emel:
[email protected]
Membuat pertaruhan melebihi kemampuan anda atau jumlah yang telah ditetapkan Berulang kali mencuba untuk meraih semula kekalahan Berbohong mengenai tahap perjudian dan masalah yang berkaitan Kerap ponteng kerja dan tidak mempedulikan hal keluarga kerana sibuk berjudi Terlalu memikirkan tentang perjudian sepanjang masa
BAGAIMANAKAH IA MENJEJAS ANDA? Masalah Perjudian boleh mengakibatkan: Masalah kesihatan mental, contohnya, kemurungan Masalah perkahwinan, contohnya, perceraian Masalah kewangan, contohnya, hutang dan kehilangan pekerjaan
LINDUNGI HARTA ANDA
PILIHLAH
UNTUK MENDAPATKAN
BANTUAN TALIAN BANTUAN KEBANGSAAN MASALAH PERJUDIAN
1800-6-668-668 (24 jam) 11/2013
MENGATASI MASALAH PERJUDIAN MENGAPA HARUS SAYA DAPATKAN BANTUAN? Masalah Perjudian boleh memudaratkan dan menyebabkan masalah serius kepada penjudi dan keluarga mereka. Penjudi bermasalah seringkali tidak dapat mengawal atau berhenti daripada tabiat berjudi. Jika anda mengesyaki bahawa anda atau seorang anggota keluarga anda mungkin mempunyai masalah perjudian, dapatkan bantuan dengan segera.
MENGAPA DIMESTIKAN KAUNSELING?
Kaunseling bukan sahaja untuk penjudi bermasalah. Ia penting dalam membantu anda dan keluarga mengetengahkan isu-isu berkaitan dengan masalah perjudian. Kaunseling boleh diadakan secara individu atau berkumpulan. Kaunseling secara Individu disesuaikan untuk anda, dan boleh meliputi bidang-bidang seperti pengurusan wang, mencegah ketagihan daripada berulang, menguruskan tekanan dan memperbaiki hubungan dengan anggota keluarga. Kaunseling secara Berkumpulan menyediakan satu landasan bagi para penjudi dan anggota keluarga mereka untuk memberi dan menerima sokongan daripada rakanrakan mereka, dan berkongsi pengalaman dan cara untuk mengatasi isu-isu berkaitan masalah perjudian. Terdapat Pusat Khidmat Keluarga yang mempunyai kaunselor yang berkelayakan dalam mengadakan sesi kaunseling bagi kaki judi yang bermasalah dan/atau memberi khidmat nasihat undang-undang atau kewangan. Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat kaunseling, lungsuri laman web www.ncpg.org.sg atau hubungi Talian Bantuan Kebangsaan Masalah Perjudian di 1800-6-668-668.
KHIDMAT BANTUAN YANG SEDIA ADA APAKAH PROGRAM RAWATAN DAN SOKONGAN YANG DITAWARKAN? Khidmat Pengurusan Penagihan Kebangsaan (NAMS) mengendalikan program-program yang ditujukan khas kepada penagihan perjudian, seperti: Keluarga dalam Pemulihan menerusi Pendidikan & Pengupayaan bagi Perjudian Bermasalah (FREE-PG) Ini merupakan program yang direka untuk keluargakeluarga penjudi bermasalah. Pelajari tentang perjudian bermasalah dan kesannya, dan bagaimana untuk membantu seorang penjudi bermasalah. Pengurusan Penagihan Perjudian melalui Pendidikan (GAME) dan Keluarga-GAME* GAME: Kaunseling dan terapi secara berkumpulan untuk para penjudi Pelajari tentang penagihan berjudi dan strategi-strategi untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan keluarga dan kewangan. Keluarga-Game: Kaunseling dan sokongan untuk anggota keluarga Pelajari petua dan strategi dalam menangani masalah perjudian dalam keluarga, dan berinteraksi dengan keluarga-keluarga lain yang turut terjejas dengan masalah perjudian. *Program ini hanya untuk para penjudi yang sedang menjalani rawatan di NAMS dan keluarga mereka
ADAKAH USAHA BANTU DIRI DITAWARKAN? Buku Kerja Bantu Diri Interaktif Dalam Talian bagi Perjudian Bermasalah Pelajari tentang tabiat berjudi anda dan bagaimana untuk mengenal pasti, memahami dan menangani kepercayaan yang karut yang membuat anda berjudi. Layari buku kerja dalam talian, atau rujukkan seseorang yang mungkin mempunyai masalah perjudian, dengan melungsuri laman web ini: http://www.nams.sg/workbook.aspx
APAKAH BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIDAPATI? Pengecualian/Had Lawatan Kasino Majlis Kebangsaan Terhadap Masalah Perjudian (NCPG) menawarkan Pengecualian dan Had Lawatan Kasino kepada mereka yang ingin menghalang atau menghadkan jumlah kunjungan mereka ke kasino. Bermohon untuk Perintah Pengecualian atau Had Lawatan Keluarga untuk mengecualikan seorang anggota keluarga daripada mengunjungi kasino. Para individu pula boleh bermohon untuk Pengecualian Diri atau Had Lawatan Sukarela untuk menghalang atau menghadkan jumlah kunjungan ke kasino.
Jika anda dan/atau orang-orang yang anda sayangi terjejas teruk akibat masalah perjudian, perlu segera dapatkan bantuan.
Hubungi Talian Bantuan Kebangsaan Masalah Perjudian di 1800-6-668-668
ad
BOLEHKAH SAYA MENYEMAK STATUS PENGECUALIAN ATAU HAD LAWATAN SAYA?
Keseluruhan proses permohonan akan mengambil masa sekitar tiga minggu.
ADAKAH PERMOHONAN SAYA PASTI BERJAYA?
BAS
E|R |P
MRT
BAS
Caldecott
Apartmen Toa Payoh Rise
h West Payo Toa oh West Toa Pay
Menghala Towards ke arahMRT Caldecott MRT Caldecott
BUS BAS BUS BAS
APAKAH PENGECUALIAN KASINO DAN HAD LAWATAN PIHAK KETIGA?
Jika pemohon boleh membuktikan bahawa responden telah mengakibatkan kemudaratan, atau berterusan menyebabkan kemudaratan yang serius kepada anggota keluarganya, Jawatankuasa Penilai boleh mengeluarkan satu Perintah Pengecualian Keluarga Sementara untuk menghalang responden daripada memasuki kasino sementara menunggu keputusan permohonan.
PEMBATALAN PENGECUALIAN DAN HAD LAWATAN KASINO
Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga akan dikenakan keatas individu-individu yang kerap berkunjung ke kasino yang dianggap mempunyai masalah kewangan.
BOLEHKAH SAYA MEMBATALKAN PENGECUALIAN/HAD LAWATAN SELEPAS IA TELAH BERKUAT KUASA?
Pengecualian pihak ketiga ini tidak perlu permohonan. Untuk membatalkan Had Lawatan Pihak Ketiga, hubungi NCPG di talian 6354-8154.
SLF Building Bangunan SLF
oadoad n Rn R msomso ThoTho
PENGECUALIAN KASINO DAN HAD LAWATAN PIHAK KETIGA
Pengecualian Kasino Pihak Ketiga secara automatik menghalang kesemua individu berikut daripada memasuki kasino: * Mereka yang muflis * Mereka yang menerima bantuan kewangan dari pihak Pemerintah * Mereka yang belum melangsaikan lebih daripada 6 bulan bayaran sewa flat HDB yang tertunggak.
Tempoh minima untuk Pengecualian/Had Lawatan adalah satu tahun. Untuk membatalkan Pengecualian/Had Lawatan, hubungi NCPG di talian 6354-8154 untuk membuat temujanji.
BUS
Towards Menghala Novena MRT ke arah MRT Novena
t nt an sa as ea le Pl t P nt un ou Mo
BAGAIMANA JIKA PENGECUALIAN KASINO DIPERLUKAN DENGAN SERTA-MERTA?
510 THOMSON ROAD #05-01 SLF BUILDING SINGAPURA 298135
M
Keputusan muktamad bagi pemberian Perintah Pengecualian/Had Lawatan Kasino terletak pada Jawatankuasa Penilai. Jawatankuasa Penilai juga boleh, pada mana-mana peringkat, menolak sebarang permohonan yang dianggap tidak munasabah.
UNTUK KE NCPG
d d oa oa n Rn R so so omom Th Th
Semua pihak akan dimaklumkan mengenai keputusan perbicaraan secara bertulis, dalam masa tiga hari bekerja daripada tarikh perbicaraan. Anda juga boleh menerima surat rujukan untuk mendapatkan khidmat kaunseling.
Lungsuri www.ncpg.org.sg dengan menggunakan NRIC dan SingPass anda untuk mengetahui status pengecualian atau had lawatan anda. Sila benarkan sehingga 48 jam untuk sebarang perubahan dikemaskinikan di laman web.
Rise
BUS
ThomTh sonom Rso oand Road
BERAPA LAMAKAH TEMPOH PROSES PERMOHONAN?
Thomson Road
Ro
SEMAK STATUS PENGECUALIAN ATAU HAD LAWATAN
Oli ve
PENGECUALIAN KELUARGA DAN HAD LAWATAN (SAMBUNGAN)
Toa Payoh
Toa Payoh Rise
BUS
BUS
Road
BUS
Saint Joseph Saint Joseph Institute (SJI) Institusi International (SJI) Antarabangsa
BUS
Road
MRT
DENGAN MENAIKI MRT
Dari Stesen Novena: Ambil laluan keluar Exit A, tukar kepada Perkhidmatan Bas Nombor 54, 162, 162M, 166, 167, 851, 980, bertentangan dengan Gereja Novena (Thomson Road) Dari Stesen Caldecott: Perjalanan10-min sepanjang Thomson Road atau tukar kepada sebarang Perkhidmatan Bas bertentangan Mediacorp (Thomson Road) BAS
DENGAN MENAIKI BAS
Sepanjang Thomson Road Perhentian bas 51049 di hadapan Bangunan SLF Perhentian bas 51041 bertentangan dengan Bangunan SLF Perkhidmatan bas nombor 54, 130, 132, 141, 156, 162, 162M, 166, 167, 851, 980
Majlis Kebangsaan Terhadap Masalah Perjudian (NCPG) 510 Thomson Road #05-01 Bangunan SLF Singapura 298135 Tel: (65) 6354-8154 Email:
[email protected] Laman Web: www.ncpg.org.sg Masa Kaunter Beroperasi Isnin hingga Khamis - 8.30pg hingga 6ptg Jumaat - 8.30pg hingga 5.30ptg Hari Sebelum Cuti Umum - 8.30pg hingga 12.30ptg Tutup pada Hujung Minggu dan Cuti Umum 11/2013
LINDUNGI HARTA ANDA
PILIHLAH
PENGECUALIAN
ATAU HAD LAWATAN
APAKAH JENIS PENGECUALIAN ATAU HAD LAWATAN KASINO YANG BOLEH DIDAPATI?
PENGECUALIAN DAN HAD LAWATAN KASINO
INDIVIDU
KELUARGA
Halang diri anda daripada berkunjung ke kasino di Singapura
Halang anggota keluarga daripada mengunjungi kasino di Singapura
ATAU Hadkan lawatan anda ke kasino untuk jumlah yang tertentu setiap bulan
ATAU Hadkan jumlah lawatan mereka ke kasino setiap bulan
Permohonan:
Permohonan:
Warganegara/Penduduk Tetap Singapura: Boleh memohon dengan menggunakan SingPass di www.ncpg.org.sg
Hubungi Masalah Perjudian Kebangsaan di Talian
1800-6-668-668
Warga Asing: Bermohon secara peribadi di pejabat* Majlis Kebangsaan Terhadap Masalah Perjudian (NCPG) atau di Pusat Pekerja Asing (MWC)** * Pejabat NCPG: 510 Thomson Road #05-01 Bangunan SLF Singapura 298135 ** Pusat Pekerja Asing: 62 Rangoon Road, Singapura 218352 (berhampiran Stesen MRT Farrer Park)
APAKAH PENGECUALIAN KASINO? Pengecualian Kasino melarang individu daripada memasuki kasino-kasino di Singapura.
APAKAH HAD LAWATAN KASINO? Had Lawatan Kasino menghadkan jumlah kunjungan individu ke kasino di Singapura.
MENGAPAKAH SAYA HARUS MEMOHON UNTUK PENGECUALIAN ATAU HAD LAWATAN KASINO? Masalah Perjudian boleh memudaratkan dan mempunyai kesan yang buruk kepada penjudi dan keluarga mereka. Memohon untuk Pengecualian atau Had Lawatan Kasino boleh membantu mengawal tabiat berjudi yang keterlaluan.
APAKAH JENIS PENGECUALIAN ATAU HAD LAWATAN YANG PATUT SAYA MOHON? Kami menggalakkan anda memohon untuk Pengecualian Diri atau Had Lawatan Sukarela dan bersikap tanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menyelesaikan kemudaratan yang disebabkan oleh masalah perjudian. Anda patut memohon untuk Pengecualian Keluarga atau Had Lawatan Keluarga jika anggota keluarga anda keberatan untuk mengetengahkan isu-isu perjudiannya.
ADAKAH TERDAPAT SEBARANG YURAN PERMOHONAN? Tiada, semua permohonan untuk Pengecualian Diri, Had Lawatan Sukarela, Pengecualian Keluarga dan Had Lawatan Keluarga adalah percuma.
PENGECUALIAN KELUARGA DAN HAD LAWATAN SIAPAKAH YANG BOLEH BERMOHON UNTUK PENGECUALIAN ATAU HAD LAWATAN KELUARGA? Hanya keluarga terdekat sahaja yang boleh bermohon, iaitu suami/isteri, anak-anak (termasuk anak angkat/tiri), ibu bapa (termasuk ibu bapa angkat/tiri) dan adik-beradik (termasuk termasuk adik-beradik angkat/tiri).
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MEMOHON UNTUK PENGECUALIAN KELUARGA ATAU HAD LAWATAN?
APAKAH PROSES PERMOHONAN UNTUK PENGECUALIAN KELUARGA ATAU HAD LAWATAN? Hubungi Talian Bantuan NCPG di 1800-6-668-668 untuk maklumat lanjut
Kaunselor kami yang berkelayakan akan membantu anda melengkapkan borang dan memilih tarikh perbicaraan* *Perbicaraan: Satu sesi rasmi di mana permohonan anda akan didengar dan diadili
Hubungi Talian Bantuan Masalah Perjudian Kebangsaan di 1800-6-668-668.
APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA SEORANG PEMOHON DAN RESPONDEN? Seorang pemohon merupakan seorang anggota keluarga yang memohon untuk Pengecualian atau Had Lawatan Keluarga keatas responden. Seorang responden biasanya merupakan pihak yang didakwa didalam permohonan yang dikemukakan ke atasnya.
SIAPAKAH YANG HARUS MENGHADIRI PERBICARAAN? Setiap Pemohon dan Responden yang ingin mempertikaikan permohonan perlu menghadiri perbicaraan tersebut. Kedua-dua belah pihak akan diberikan peluang untuk membentangkan kes mereka di hadapan sebuah Jawatankuasa Penilai.
Jika anda adalah pemohon: Anda akan menerima satu notis permohonan, berserta dengan permintaan untuk menyediakan dokumen-dokumen sebagai bukti Jika anda seorang responden: Anda akan menerima perintah saman untuk menghadiri perbicaraan,berserta dengan permintaan untuk menyediakan dokumen-dokumen sebagai bukti
Permohonan anda akan dibicarakan di hadapan sebuah Jawatankuasa Penilai pada hari perbicaraan yang telah dijadualkan
Anda akan menerima keputusan perbicaraan secara bertulis dalam masa tiga hari bekerja