Pertindihan Imej Satelit Dalam Pelan Topografi Sr Tiong Hua Sang
[email protected] Jabatan Kejuruteraan Awam, PKS Abstrak Pelan topografi merupakan pelan yang mempersembahkan butiran-butiran bumi sama ada semula jadi atau ciptaan manusia bagi sesuatu kawasan. Sebuah pelan topografi yang baik mesti merangkumi semua maklumat yang diperlukan oleh penggunanya. Antara maklumat-maklumat ini termasuklah kedudukan butiran, garis kontur, ketinggian aras laras, petunjuk, garisan grid dan sebagainya. Dalam kaedah konvensional, pelan topografi menggunakan simbol untuk mewakili objek sebenar di atas muka bumi. Dengan itu, pembaca pelan memerlukan kemahiran asas pentaksiran pelan bagi memahami atau menterjemah imej benar semula di dalam otaknya. Namun begitu, tidak semua individu memiliki kepakaran imaginasi berkenaan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji teknik persembahan pelan topografi dengan lebih berkesan melalui pertindihan imeg satelit. Dalam pelaksanaan kajian ini, imej satelit dari sumber percuma iaitu google earth telah digunakan untuk membuat pertindihan dengan pelan topografi. Proses transformasi kordinit raster image dilakukan dalam AutoCAD untuk menindihkan imej satelit dan pelan topografi dengan kedudukan yang tepat. Untuk memastikan kajian ini lebih relevan, pengkaji telah meminta kebenaran menggunakan data topografi kerja sebenar daripada Syarikat Perunding Survei TS (PSTS). Data-data yang terlibat dalam kajian ini ialah data topografi Lot 225, Bahagian Kuching. Manakala perisian yang digunakan dalam kajian ini ialah AutoCAD dan Google Earth. Bagi mengenalpasti hasil kajian ini dapat memenuhi keperluan kajian, dua orang pelukis pelan dan seorang pengurus dari PSTS telah dipilih untuk mendapat maklum balas mengenai cara persembahan kajian ini. Secara kesimpulannya, pertindihan imej satelit dengan data topografi merupakan satu konsep baru untuk persembahan pelan topografi dengan lebih berkesan. Dengan cara persembahan ini, pembaca pelan lebih senang metaksirkan apakah jenis objek yang ada di atas muka bumi. Selain itu, teknik kajian telah dikongsi bersama dengan syarikat PSTS bagi kegunaan penghasilan pelan topografi pada masa hadapan. Diharapkan hasil kajian ini juga dapat menjadi rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam lukisan pelan.
Kata kunci: Pelan topografi, AutoCAD, Google Earth dan p & p.
1
1.0
Pengenalan Pelan topografi merupakan pelan yang mempersembahkan butiran-
butiran bumi sama ada semula jadi atau ciptaan manusia bagi sesuatu kawasan. Pelan topografi amat berguna kepada jurutera atau perancang bandar untuk mengkaji kaedaan topografi sebenar di tapak cadangan pembinaan. Dengan itu, reka bentuk struktur binaan dapat disusun atur dalam kedudukan yang sesuai. Sebuah pelan topografi yang baik mesti merangkumi semua maklumat yang diperlukan oleh penggunanya. Antara maklumat ini termasuklah kedudukan setiap butiran, garis kontur, ketinggian aras laras, petunjuk, garisan grid dan sebagainya.
2.0
Penyataan Masalah Dalam kaedah konvensional, pelan topografi menggunakan simbol
untuk mewakili objek sebenar di atas muka bumi. Dengan itu, pembaca pelan memerlukan kemahiran asas pentaksiran pelan bagi memahami atau menterjemah imej benar semula di dalam otaknya. Namun begitu, tidak semua individu memiliki kepakaran imaginasi berkenaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji teknik persembahan pelan topografi yang lebih berkesan bagi mengatasi kelemahan konvensional berkenaan.
3.0
Objektif Kajian Terdapat dua objektif kajian, antaranya ialah; a) Transformasi kordinit pada raster imej satelit; dan b) Pertindihan imej satelit dalam data topografi.
2
4.0
Kepentingan Kajian Dipercayai kajian ini dapat memberi beberapa manfaat kepada pihak
tertentu. Antaranya ialah: a) Pelukis pelan Teknik persembahan ini telah berkongsi dengan pelukis pelan daripada Syarikat Perunding Survei TS. Teknik ini merupakan input baru kepada mereka untuk menghasilkan pelan topografi yang bertindih dengan imej satelit pada masa akan datang. b) Pembaca pelan Dengan teknik persembahan pelan topografi ini, pembaca lebih memahami objek sebenar atas bumi dengan panduan imej satelit. Secara langsung, ia membantu mempercepatkan proses pentaksiran pelan kepada para pembaca. c) Pelajar Hasil kajian ini telah dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dalam lukisan pelan.
5.0
Data dan Perisian Untuk memastikan kajian ini lebih relevan, pengkaji telah meminta
kebenaran menggunakan data topografi kerja sebenar daripada Syarikat Perunding Survei TS (PSTS). Data-data yang terlibat dalam kajian ini ialah data topografi Lot 225, Bahagian Kuching.
Manakala perisian yang
digunakan dalam kajian ini ialah AutoCAD dan Google Earth.
3
6.0
Metodologi Kajian Secara umumnya, metodologi kajian ini dapat dirumuskan seperti
dalam rajah 1.1. Mengenalpasti penyataan masalah Menentukan skop dan objekif kajian Pengumpulan Data
Data topografi Lot 225
Imej Satelit
Pertindihan Data Pengujian
Kesimpulan
Rajah 1.1: Metodologi Kajian
6.1
Penyediaan Sumber Terdapat dua sumber data dalam kajian ini iaitu data topografi Lot 225
dalam format vector data serta imej satelit dalam raster data. Data topografi Lot 225 dibekalkan dalam drawing AutoCAD oleh staf PSTS.
Rajah 1.2: Data topografi Lot 225 4
Manakala imej satelit perlu membuat tangkapan gambar dalam Google Earth seperti langkah berikut: 1) Buku Google Earth; 2) Navigasi ke tapak pengukuran topografi; 3) Add dua placemark pada titik yang diketahui (titik trabas/ kawalan); 4) Tekan
, hala tertikus ke <Save> dan seterusnya klik pada <Save Image...>; dan 5) Simpan Jpeg Imej dalam forlder.
Rajah 1.3: Imej Satelit Lot 225 6.2
Transformasi Kordinit Imej Satelit Tujuan transformasi kordinit perlu dilakukan pada imej satelit untuk
melaraskan kedudukan imej pada kedudukan yang betul. Proses ini dilakukan dalam perisian AutoCAD drawing topografi Lot 225 dengan tekan dan klik pada , seterusnya masukkan imej satelit Lot 225 dalam drawing.
5
Rajah 1.4: Hasil Insert Raster Image Dalam Drawing Imej satelit yang dimasukkan dalam drawing perlu dilaraskan dengan tiga proses iaitu: 1) Penskalaan Langkah penskalaan bertujuan untuk membetulkan skala dalam imej supaya semua jarak dilaraskan mengikut garis dasar (baseline).
Rajah 1.5: Lukiskan Garis Dasar Dari Titik A ke Titik B Guna arahan <scale> seterusnya memilih imej satelit dan gari dasar. Klik titik A <specify base point>, Tekan dalam <scale factor>. Klik titik A sekali
6
lagi <specify reference length> dan klik titik B bagi <specify second point>. Masukkan jarak benar titik A ke titik B dan langkah penskalaan telah siap. 2) Orientasi Langkah orientasi bertujuan untuk melaras semula sudut supaya imej berada pada orientasi yang betul. Guna arahan seterusnya memilih imej satelit dan gari dasar. Klik titik A <specify base point>, Tekan dalam <specify rotation angle>. Klik titik A sekali lagi <specify reference angle> dan klik titik B bagi <specify second point>. Masukkan bearing benar titik A ke titik B dan langkah orientasi telah siap.
3) Anjakan kedudukan Anjakan kedudukan merupakan langkah terakhir dalam proses transformasi kordinit. Ia bertujuan untuk menganjak kedudukan imej ke kordinit asal. Guna arahan <Move> seterusnya memilih titik imej satelit dan gari dasar. Klik titik A <specify base point>. Masukkan kordinit titik A dan langkah anjakan kedudukan telah siap.
Rajah 1.6: Hasil Akhir Proses Transformasi Kordinit 7
6.3
Pertindihan Data Peringkat pertindihan data merupakan proses menyusun lapisan data.
Tujuan penyusunan ini adalah untuk memastikan hasil tindihan data topografi dan imej satelit dapat dipersembahkan dengan berkesan. Jika merujuk kepada rajah 1.6, keadaan topografi tidak dapat dipersembahankan dengan baik kerana data topografi dilindungi oleh imej satelit. Proses ini boleh dimulakan dengan klik , hala tertikus ke dan tekan <Send to Back>.
Klik imej satelit <select object> dan tamatkan arahan
dengan tekan <Enter>. Padamkan garis dasar dan hasil pertindihan data ditunjukkan dalam rajah 1.7.
Rajah 1.7: Hasil Pertindihan Data
6.3
Pengujian Bagi mengenalpasti hasil kajian ini dapat memenuhi keperluan kajian,
dua orang pelukis pelan dan seorang pengurus dari PSTS telah dipilih untuk mendapat maklum balas mengenai cara persembahan kajian ini.
Semua
responden berpuas hati dengan hasil kajian dan pengkaji telah berkongsi kemahiran kajian dengan mereka. 8
7.0
Kesimpulan Secara kesimpulannya, pertindihan imej satelit dengan data topografi
merupakan satu konsep baru untuk persembahan pelan topografi dengan lebih berkesan. Dengan cara persembahan ini, pembaca pelan lebih senang metaksirkan apakah jenis objek yang ada di atas muka bumi. Selain itu, teknik kajian telah dikongsi bersama dengan syarikat PSTS bagi kegunaan penghasilan pelan topografi pada masa hadapan. Diharapkan hasil kajian ini juga dapat menjadi rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam lukisan pelan.
8.0
Rujukan
Data vektor Lot 225 Bahagian Kuching. Perunding Survei TS. Google Earth Satellite Image 2014.
9