PANDUAN PENDAFTARAN | 1
ISI KANDUNGAN PANDUAN PENDAFTARAN
03
•Tindakan yang perlu diambil oleh Calon • Cetak Surat T awaran • Membuat pengesahan • Syarat-syarat Tawaran Kemasukan ke UMS • Mematuhi Peraturan • Pengguguran Tawaran • Menarik Diri
CARTA ALIR PENDAFTARAN UNIVERSITI SESI 2014/2015
07
PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI
11
• Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan • Membayar Yuran Pelajar • Membuat Pemeriksaan Kesihatan • Penyediaan Gambar • Keperluan Peribadi • Melapor Diri
SEMASA HARI LAPOR DIRI
17
• Dokumen yang perlu dibawa semasa melapor diri sebagai Pelajar UMS • Dokumen-dokumen Asal • Dokumen-dokumen Salinan • Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar
SELEPAS HARI LAPOR DIRI
21
• Program Minggu Suai Mesra Pelajar • Pendaftaran Kursus
SENARAI SEMAK
23
BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI
27
MAKLUMAT UMUM
43
SOALAN-SOALAN LAZIM
49
PANDUAN PENDAFTARAN
4 | PANDUAN PENDAFTARAN
PANDUAN PENDAFTARAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON 1.
Calon hendaklah mencetak surat tawaran dalam talian dan hendaklah dibawa bersama semasa Pendaftaran Universiti.
2.
Calon hendaklah mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran melalui talian (Online EDaftar) dalam tempoh 2 minggu (14hari) daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut Universiti tidak menerima sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran. Pengesahan tawaran boleh dibuat melalui laman web http://bpa. ums.edu.my/semakanUMS. Untuk makluman pihak Universiti tidak akan menghantar sebarang PERINGATAN.
Nota: Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama ada menerima atau menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat ia tidak boleh lagi dipinda. Penolakan tawaran pada sesi ini tidak memberi kesan kepada permohonan anda untuk sesi akan datang.
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UMS 1.Tawaran ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:i. Tawaran ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat Universiti Malaysia Sabah dan program yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang pertukaran program / sekolah adalah tidak dibenarkan. ii. Bagi saudara/i yang sedang berkhidmat, tawaran ini juga tertakluk kepada pelepasan dari Majikan masing-masing. iii.Saudara/I diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran melalui laman web http://bpa.ums.edu/semakanUMS yang dibuka bermula 13 Ogos 2014 sehingga 24 Ogos 2014. iv.Tawaran ini adalah terbatal dengan sendirinya sekiranya
pihak Universiti mendapati maklumat
kelayakan masuk adalah tidak benar. v. Sekiranya saudara/i tidak melaporkan diri dalam tempoh dua minggu dari tarikh pendaftaran, pihak Universiti akan menganggap saudara /I menolak tawaran dan kekosongan tempat itu akan diisi oleh calon lain. vi. Saudara/i diwajibkan lulus ujian Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya mendapat Band 3 sebagai syarat pengijazahan sebelum menamatkan pengajian. vii. Sebarang penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan. Saudara/i perlu memohon semula untuk kemasukan pada masa akan datang. viii. Sila bawa kad pengenalan dan sijil-sijil asal (Sijil Lahir, Sijil SPM, Sijil STPM / STAM / Diploma dan Transkrip, Slip Keputusan MUET, Surat dari penaja Kewangan (sekiranya ada) semasa lapor diri.
PANDUAN PENDAFTARAN | 5
PANDUAN PENDAFTARAN 2.Calon yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, terutama guru/guru pelatih perlu menunjukan surat kebenaran dan pelepasan melanjutkan pelajaran dari majikan (Kementerian Pelajaran Malaysia).Surat Kebenaran hendaklah diperolehi terlebih dahulu.Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya walaupun pelajar telah mendaftar sebagai seorang pelajar Universiti jika gagal menunjukkan surat kebenaran majikan. 3. Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB: i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU); ii. Mematuhi Peraturan Pengajian Prasiswazah, Peraturan Asrama Universiti, Peraturan Perpustakaan serta peraturan-peraturan lain Sekolah / Pusat yang berkenaan; iii. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalu-lintas Negara serta Peraturan Keselamatan Universiti; iv. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan perkhidmatannya daripada dirosak oleh sesiapa juga; v. Menghormati para Pegawai Universiti; vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat dan aktiviti lain yang berkenaan yang dianjurkan oleh Universiti dan Negara; vii.Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti; viii. Menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti; ix. Mematuhi Etika Pakaian Universiti; 4. Pelajar hendaklah melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran sekiranya menerima tawaran ini. Tawaran ini dianggap terbatal sekiranya calon gagal melaporkan diri pada tarikh tersebut, melainkan telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak Universiti; 5. Pelajar diwajibkan mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Universiti; 6. Pihak berkuasa universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar syaratsyarat tersebut di atas;
PENGGUGURAN TAWARAN 1. Pihak Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi dan sekiranya calon mengemukakan maklumat / dokumen palsu semasa permohonan/ pendaftaran.
2. Calon yang tidak mendaftar sebagai pelajar dan tidak melapor diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan, tawaran tersebut akan terbatal dengan sendirinya.
6 | PANDUAN PENDAFTARAN
PANDUAN PENDAFTARAN 1. Jika pelajar
telah menerima tawaran ini dan melapor diri tetapi kemudiannya menarik diri dari
pengajian, bayaran yang layak dituntut (rujuk muka surat 16). 2. Resit bayaran ASAL dan surat tawaran hendaklah dikemukakan bersama apabila memohon pemulangan yuran pengajian.
CARTA ALIR PENDAFTARAN UNIVERSITI SESI 2014/2015
8 | PANDUAN PENDAFTARAN
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN UNIVERSITI SESI 2014/2015 Mula
Portal Kementerian Pelajaran Malaysia upu.moe.gov.my atau http://jpt.ums.edu.my
E-Rayuan
Tidak Berjaya
Semak Status Kemasukan
Dibuka sepuluh (10) hari dari tarikh hebahan
Berjaya
Laman Semakan Keputusan
Data akan digugurkan
Tidak
Pengesahan Setuju Terima
13 Ogos 2014 melalui laman web http://bpa.ums.edu/semakan UMS
13 -24 Ogos 2014 Calon jaya membuat pengesahan setuju terima/tolak tawaran melalui laman web http://bpa.ums.edu/semakanUMS
Ya
Cetak Surat Tawaran Online
Pendaftaran Universiti secara Online
Lapor Diri Kolej Kediaman
Tamat
13 -24 Ogos 2014 Calon jaya boleh cetak surat tawaran online melalui laman web http://bpa.ums.edu/semakanUMS
13 -24 Ogos 2014 Sila rujuk Carta Alir Pendaftaran secara Online Sesi 2014-2015 di muka surat 9
1 & 2 September 2014 Calon jaya melapor diri di kolej kediaman yang ditetapkan di dalam surat tawaran.
PANDUAN PENDAFTARAN | 9
CARTA ALIR PENDAFTARAN UNIVERSITI SECARA ONLINE
Mula
Mendapatkan Nombor Pin
Sistem Pendaftaran Universiti
Kemaskini Maklumat
Kaedah Pembayaran Yuran
Pengaktifan Akaun Pengguna
Muat Turun Borang
Tamat
Mendapatkan Nombor Pin Masukkan nombor kad pengenalan, nombor matrik dan emel untuk mendapatkan nombor pin.
Sistem Pendaftaran Universiti Masukkan nombor matrik dan nombor pin untuk masuk ke sistem pendaftaran universiti.
Kemas kini Maklumat Kemaskini / lengkapkan maklumat peribadi, kesihatan dan maklumat bank.
Kaedah Pembayaran Yuran Buat pembayaran yuran melalui 3 pilihan kaedah pembayaran: •Pembayaran secara online(FPX) •Pembayaran tunai melalui kaunter bank CIMB •Pembayaran tunai melalui kaunter Bendahari, Kampus Induk & Kampus Cawangan,UMS Pengaktifan Akaun Pengguna Pengaktifan akaun pengguna Sistem Maklumat Pelajar
PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI
12| PANDUANPENDAFTARAN
PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI Sekiranya calon bersetuju menerima tawaran ini, calon hendaklah; 1.CALON HENDAKLAH MENYEDIAKAN BAHAN/DOKUMEN BERIKUT:• Salinan Surat Tawaran • Salinan Kad Pengenalan Salinan sijil perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara / Cawangan. • Salinan Sijil Kelahiran Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai • Salinan Sijil SPM Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan • Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan persaudaraan dengan calon / Pesuruhjaya Sumpah / • Salinan Sijil Keputusan MUET Ketua Kampung / Pengerusi JKK • 12 keping gambar berukuran pasport. 2. Lengkapkan semua borang / dokumen berikut yang boleh dimuat turun melalui laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS atau dalam Buku Panduan Pendaftaran dan bawa semasa lapor diri. • UMS/HEP/01 Ikrar • UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (*Sekeping gambar perlu disertakan) • UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan • UMS/HEP/04 Aku janji Etika Berpakaian • UMS/HEP/05 Aku Janji Pelajar • Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada). *NOTA: PELAJAR DIWAJIBKAN MEMPUNYAI AKAUN CIMB BANK BERHAD. 3.PEMBAYARAN YURAN PELAJAR • Yuran pelajar hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran universiti yang dibuat secara online. • Jumlah yuran yang perlu dibayar boleh dirujuk melalui Surat Tawaran atau Buku Panduan Pendaftaran. • Pelajar boleh membuat bayaran melalui 3 pilihan kaedah pembayaran iaitu:i. Pembayaran secara online (FPX) ii. Pembayaran secara tunai melalui kaunter bank CIMB iii. Pembayaran secara tunai melalui kaunter Bendahari, Universiti Malaysia Sabah 4.KAEDAH PEMBAYARAN YURAN 4.1 Pembayaran Online FPX 4.1.1 Pelajar DIGALAKKAN membuat pembayaran secara online iaitu melalui ePAYMENT FPX (Hanya bagi pemegang akaun Bank Islam, Maybank, RHB, CIMB, Hong Leong, Public Bank). Digalakkan membuat pembayaran secara online untuk memudahkan urusan pembayaran yuran.
PANDUAN PENDAFTARAN |13
PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI 4.2 Pembayaran secara tunai 4.2.1 Pelajar yang membuat pembayaran secara tunai di mana-mana cawangan CIMB Bank Berhad harus mengemaskini pembayaran yang telah dilakukan dalam sistem pendaftaran online dengan memasukkan maklumat seperti TARIKH PEMBAYARAN, NOMBOR RUJUKAN dan AMAUN. (Pembayaran secara Cash Deposit Machine tidak dibenarkan) 4.2.2 Salinan slip pembayaran secara tunai hendaklah diserahkan kepada Jabatan Bendahari melalui : a) Faks Jabatan Bendahari : 088-320235 (Kampus Induk) 087-465152 (Kampus Labuan) b) E-mel :
[email protected] (Kampus Induk)
[email protected] (Kampus Labuan) c) Kaunter Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah 4.3 Pembayaran secara tunai di kaunter Bendahari 4.3.1 Pelajar yang membuat pembayaran secara tunai,boleh membuat pembayaran dikaunter Jabatan Bendahari UMS (Kampus Induk dan Kampus Cawangan) pada Isnin hingga Jumaat (8.30pg12.00tgh & 2.00ptg-4.00ptg). 5.BIASISWA/TAJAAN/PINJAMAN • Pelajar yang mendapat biasiswa/tajaan/pinjaman, surat tawaran tersebut hendaklah dihantar kepada Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah. 6. AKAUN CIMB BANK • Pelajar WAJIB mempunyai akaun bank CIMB Bank Berhad bagi tujuan pembayaran wang PTPTN atau tajaan yang lain. • Pelajar yang telah membuka akaun CIMB Bank Berhad atau di lain-lain bank WAJIB mengemaskini Maklumat akaun bank dalam e-pendaftaran dengan memberikan NOMBOR AKAUN dan juga NAMA BANK. 7. NOMBOR AKAUN CIMB BANK • Nombor akaun Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dipaparkan semasa pelajar membuat Pendaftaran Universiti secara dalam talian (online) . 8 .PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN • Pelajar WAJIB menjelaskan Yuran sepenuhnya sebelum TARIKH LAPOR DIRI.
14| PANDUAN PENDAFTARAN
PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI YURAN UNIVERSITI (A) BIDANG SAINS & TEKNOLOGI MAKLUMAT
YURAN
(B) BIDANG SASTERA
(C) BIDANG KEJURUTERAAN
(D) BIDANG PERUBATAN
(I) BAYARAN SEKALI SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN (Pendaftaran kemasukan)
515
490
515
515
(II) BAYARAN SETIAP SEMESTER - 18 Minggu/ Semester - 2 Semester Setahun
1,373
1,278
1,503
1,653
(III) BAYARAN SETIAP PERMULAAN SESI
18.00
18.00
18.00
18.00
18.00
18.00
18.00
18.00
1,906.00
1,786.00
(Tahunan) JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM) BIDANG
2,036
KOD PROGRAM
Sastera
HA/HE/HP/HT06/HT17/HT18
Sains
HS/HY/HC/HG/HT16
Kejuruteraan
HK
Doktor Perubatan
HM
2,186.00
PANDUAN PENDAFTARAN |15
PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI i.BAYARAN/YURAN SEKALI SAHAJA SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN • Wang Hemat Diri (RM80.00) Wang hemat diri perlu dibayar ketika menerima tawaran masuk ke Universiti. Wang ini akan menjadi yuran keahlian ALUMNI UMS apabila seseorang pelajar tamat pengajian atau pelajar berhenti menjadi pelajar. • Yuran Pendaftaran Universiti (RM300.00) Yuran ini merangkumi: Minggu Suai Mesra Kad Pelajar Buku Struktur kursus & CD Struktur pengajian -
220.00 15.00 65.00
• Bayaran Perkhidmatan Makmal Sains (RM75.00) / Komputer dan Makmal Bahasa (RM50.00) Wang yang dibayar oleh pelajar yang menggunakan makmal sains (RM75.00) atau/dan makmal komputer dan makmal bahasa (RM50.00). Wang ini dikembalikan apabila pelajar tamat pengajian atau tertakluk kepada tuntutan dari pihak universiti di atas kerosakan yang disebabkan oleh pelajar itu sendiri sekiranya ada. • Bayaran Perkhidmatan Bilik Penginapan (RM50.00) Dibayar sekali sahaja semasa menerima tawaran tempat tinggal. ii.BAYARAN SETIAP TAHUN/PERMULAAN SESI Insuran Kemalangan Diri Berkelompok Pelajar RM13.00 iii.BAYARAN YURAN SETIAPSEMESTER •Yuran Pengajian (jumlah bayaran bergantung kepada program) •Yuran Mikroskop / Perisian – Bayaran yang dikenakan untuk semua pelajar yang menggunakan mikroskop / perisian Universiti dalam program pengajian. •Yuran Komputer •Asrama • Khidmat Kesihatan • Perkhidmatan, Kebajikan Pelajar dan lain-lain
16| PANDUAN PENDAFTARAN
PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI IV. PEMBAYARAN BALIK YURAN BAGI PELAJAR YANG MENARIK DIRI DARI PENGAJIAN • Jika pelajar telah menerima tawaran ini dan melapor diri tetapi kemudiannya menarik diri daripada pengajian, bayaran yang layak dituntut adalah seperti berikut:
Wang Hemat Diri Yuran Pendaftaran Universiti Bayaran Makmal (Sains/Komputer/Bahasa)
2 MINGGU SEBELUM SESI KULIAH BERMULA BAGI PELAJAR YANG MENDAFTAR
MINGGU PERTAMA HINGGA KE-10 SELEPAS SESI KULIAH BERMULA
LUPUT
LUPUT
SELEPAS MINGGU KE-10 SESI KULIAH BERMULA
Bayaran Bilik Yuran Pendaftaran MPP Yuran Pengajian Yuran Mikroskop/Perisian Yuran Komputer Asrama Khidmat Kesihatan Kebajikan Pelajar Kokurikulum & Sukan Perpustakaan Bayaran Perkhidmatan Yuran Pengangkutan Yuran JAKMAS Yuran Caj Elektrik Insurans Kelompok Pelajar Yuran Keahlian MPP
LUPUT 75% DARI JUMLAH BAYARAN/YURAN YANG DIKENAKAN
50% DARI JUMLAH BAYARAN/YURAN YANG DIKENAKAN
LUPUT
LUPUT
KESELURUHAN
3.Membuat Pemeriksaan Kesihatan Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan / swasta dengan tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar UMS. Mereka yang menjalani pemeriksaan di hospital/klinik swasta dikehendaki mendapatkan pengesahan dari mana-mana hospital kerajaan. Sekiranya tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan, anda dibenarkan membuat pemeriksaan tersebut dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh lapor diri. 4.Keperluan Peribadi Persiapan keperluan peribadi adalah seperti berikut: • Pakaian sukan dan kasut sukan • Pakaian formal dan kasut • Kelengkapan solat (sejadah dan lain-lain) NOTA: Segala keperluan harian boleh didapati di Koperasi UMS atau kedai yang berhampiran. 5.Melapor Diri Anda dikehendaki melapor diri pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di dalam surat tawaran. Pelajar yang mendapat tawaran program pengajian di UMS Kampus Antarabangsa Labuan akan terus melapor diri di UMS Kampus Antarabangsa Labuan kecuali bagi program HC00 dan HC05 dikehendaki melapor diri di Kampus Kota-Kinabalu. Bagi UMS Sandakan perlu melapor diri terlebih dahulu di UMS Kota Kinabalu untuk mengikuti program Minggu Suai Mesra (MSM). Pihak universiti akan mengatur perjalanan pelajar ke UMS Sandakan selepas Minggu Suai Mesra (MSM) selesai.
SEMASA HARI LAPOR DIRI
18| PANDUAN PENDAFTARAN
SEMASA HARI LAPOR DIRI 1.
LAPOR DIRI Pelajar dikehendaki melapor diri pada hari, masa dan tempat yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Semasa melapor diri pelajar dikehendaki mengambil tindakan berikut: • Lapor diri di Kolej Kediaman • Mendapatkan aturcara, pakaian dan kelengkapan Minggu Suai Mesra • Menyerahkan maklumat dan borang-borang yang telah diisikan seperti yang dikehendaki Pelajar tidak digalakkan membawa atau menyimpan wang tunai yang berlebihan semasa melapor diri. Sila buka akaun di mana-mana bank yang berdekatan. Diwajibkan membuka akaun di CIMB Bank Berhad untuk tujuan pinjaman PTPTN. Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara, kaunter Universiti Malaysia Sabah disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Terminal 2 AirAsia, bagi mengatur pengangkutan ke kampus. (Sila rujuk lampiran maklumat semasa ketibaan di muka surat 44).
2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE KAMPUS. Dokumen Asal Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen asal seperti berikut: 1. Kad Pengenalan 2. Sijil Kelahiran 3. Surat Tawaran 4. Sijil SPM 5. Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan dan transkrip 6. Sijil Keputusan MUET 7. 12 keping gambar berukuran pasport 8. UMS/HEP/01 Borang Ikrar 9. UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar yang lengkap (*Sekeping gambar perlu disertakan) 10. UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan 11. UMS/HEP/04 Aku janji Etika Berpakaian 12. UMS/HEP/05 Aku Janji Pelajar 13. Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada).
NOTA: • Sekiranya kehilangan sijil SPM / SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia manakala sijil STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. • Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf. • Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara.
PANDUANPEN DAFTARAN |19
SEMASA HARI LAPOR DIRI Dokumen Salinan Sila sediakan dokumen berikut untuk tujuan permohonan bantuan kewangan / pinjaman mengikut susunan seperti di bawah: 1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa 2. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa 3. Salinan Sijil SPM 4. Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan dan transkrip 5. Salinan Slip MUET 6. Salinan penyata akaun CIMB Bank Bhd (pelajar) 7. Sijil Berhenti Sekolah 8. Penyata Cukai Pendapatan ibu bapa (jika ada) 9. Sijil Kerakyatan pelajar / ibubapa (jika ada) 10. Slip gaji ibu bapa / penjaga yang terkini (jika ada) 11. Salinan penyata cukai ibu / bapa / penjaga (jika ada) 12.Surat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/PengerusiJKKK/Pegawai Daerah/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat berkaitan dengan (bagi ibubapa/penjaga yang tidak bekerja); a. Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa / penjaga b.Tempoh bermastautin pelajar / ibu bapa di negeri berkenaan NOTA: •
Perkara 1 hingga 10 dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah /Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat
3.SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MELAPOR DIRI DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN a) Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas,bersih,menutup aurat dan bersopan kerana pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa/i UMS. b) Pelajar DILARANG berpakaian tidak sopan dan menjolok mata seperti berikut: • Berselipar • Memakai skirt atau berseluar pendek di atas paras lutut • Berbaju T tanpa kolar • Berbaju tanpa lengan • Berseluar terlalu ketat • Berpakaian nipis c) Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) TIDAK DIBENARKAN kerana menyukarkan pihak berkuasa universiti mengenali pelajar. d) Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan pakaian yang dikuatkuasakan.
20| PANDUAN PENDAFTARAN
SEMASA HARI LAPOR DIRI
SELEPAS HARI LAPOR DIRI
22| PANDUAN PENDAFTARAN
SELEPAS HARI LAPOR DIRI PROGRAM MINGGU SUAI MESRA (MSM) Semua pelajar baru DIWAJIBKAN mengikuti program Minggu Suai Mesra (MSM) yang bermula pada tarikh lapor diri. Sebarang urusan peribadi seperti mengurus cuti belajar, peletakan jawatan atau menyelesaikan pemeriksaan perubatan, perlu dilakukan sebelum atau selepas Minggu Suai Mesra (MSM). Bagi memastikan semua pelajar baru dapat mengikuti MSM tanpa sebarang gangguan,ibu / bapa / penjaga TIDAK DIGALAKKAN untuk berjumpa atau melawat anak kecuali jika berlaku kecemasan.
PAKAIAN MINGGU SUAI MESRA Pelajar Lelaki • 2 pasang baju kemeja berwarna putih • 2 pasang seluar berwarna gelap (hitam) • 2 pasang track bottom • Baju Melayu dan songkok hitam (bagi beragama Islam) Pelajar Wanita • 2 pasang baju kurung berwarna putih • Kain berwarna gelap (hitam) • 2 pasang track bottom • Baju T lengan panjang berwarna gelap Para pelajar juga diingatkan supaya membawa keperluan asas yang lain seperti cadar, sarung bantal, selimut, dan sebagainya.
PENDAFTARAN KURSUS Bagi membolehkan seseorang pelajar mengikuti program dan menduduki peperiksaan akhir pelajar perlulah membuat pendaftaran kursus yang akan dimaklumkan tarikhnya semasa Minggu Suai Mesra.
SENARAI SEMAK
24| PANDUAN PENDAFTARAN
SENARAI SEMAK SENARAI SEMAKSEBELUM LAPORDIRI 1. Pengesahan tawaran (setuju terima/tolak tawaran).
2. Pendaftaran Universiti secara online.
3. Pembayaran yuran.
4. Membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta.
5. Sediakan 12 keping gambar berukuran pasport.
6. Menyediakan keperluan peribadi seperti keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, sarung bantal, cadar, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat / sejadah dan sebagainya.
PANDUAN PENDAFTARAN |25
SENARAI SEMAK SENARAI SEMAK SEMASA LAPOR DIRI DOKUMEN ASAL Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki menyediakan dokumen asal seperti berikut: 1. Surat Tawaran 2. Kad Pengenalan 3. Sijil Kelahiran 4. Sijil SPM 5. Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan danTranskrip 6. Sijil keputusan Malaysian Universiti EnglishTest (MUET) NOTA: • Sekiranya kehilangan sijil SPM/ SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluar kan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia manakala sijil STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia • Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar / ibu / bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf • Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar / ibu /bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara Sila masukkan semua dokumen ini dalam fail pelajar mengikut susunan dan dihantar ke sekolah semasa program bersama sekolah 1. Salinan Surat Tawaran 2. Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport) • Satu Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar; 3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar 4. Salinan Sijil kelahiran 5. Salinan Sijil SPM 6. Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan 7. Salinan MUET NOTA: • Dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah / Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat Sila serahkan dokumen ini di Kaunter Bendahari, Universiti Malaysia Sabah, Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori dalam tempoh 1 bulan dari tarikh lapor diri 1. Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada)
26| PANDUAN PENDAFTARAN
SENARAI SEMAK
Serahkan semua dokumen ini semasa lapor diri Kolej Kediaman selepas Minggu Suai Mesra 1. UMS/HEP/01 Ikrar 2. UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (*Sekeping gambar perlu disertakan) 3. UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan 4. UMS/HEP/04 Aku janji Etika Berpakaian 5. UMS/HEP/05 Aku Janji Pelajar
BORANG - BORANG YANG PERLU DIISI
UMS/HEP/01
IKRAR BAHAWASANYA saya sebagai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah BERIKRAR dan MENGAKU bahawa saya akan :
MEMATUHI AKTA, PERLEMBAGAAN, STATUT, PERATURAN DAN TATATERTIB YANG BERKUATKUASA DI UNIVERSITI INI. MENCAPAI KECEMERLANGAN KESARJANAAN AKADEMIK DAN MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN BERBUAT DEMIKIAN. MENJADI WARGA YANG BERDISIPLIN DAN MENGUTAMAKAN KUALITI DALAM PERLAKSANAAN AKTIVITI. MENINGKATKAN MARTABAT DAN PRESTIJ UNIVERSITI INI DAN BERBAKTI MENCAPAI KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DAN NEGARA
Nama : .................................................................................................................... ............. . No. Kad Pengenalan : ........................................... Tandatangan : .................................... No. Pelajar : ....................................................... Tarikh : .......................................... .......
UMS/HEP/02
BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR
-
No.Pelajar
BUTIRAN PERIBADI * WAJIB DILENGKAPKAN OLEH PELAJAR Nama (Huruf Besar)
:
No. Kad Pengenalan
:
Ditawarkan Sekolah
:
Program Pengajian
:
Alamat Tetap
:
No. Telefon Rumah
:
Jantina
:
Agama Tempat Kelahiran(seperti dalam sijil kelahiran)
Semester
:
No. H/P
:
Bangsa
:
:
Tarikh Lahir
:
:
Umur
:
Lelaki
Perempuan
Sila Lekatkan Gambar
muka 1/2
Satu
MAKLUMAT KELUARGA Nama Bapa/Penjaga (Huruf Besar) No. Kad Pengenalan
: :
Alamat Surat Menyurat
:
No. Telefon
:
Nama Waris*
:
Perkerjaan
:
Alamat Surat Menyurat
:
No.telefon yang boleh dihubungi
:
Pekerjaan
:
No. H/P
:
Pertalian
:
* Makluman: Nama saudara terdekat selain dari bapa/penjaga yang boleh dihubungi semasa waktu kecemasan
UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATAN ( DIISI OLEH DOKTOR) Sila isikan maklumat KEADAAN TUBUH BADAN Tinggi (Height)
cm
Berat Badan (Weight)
kg
Kadar Nadi (Pulse)
/min
Tekanan Darah (Blood Pressure)
Tandakan
√ di kotak yang berkenaan
Kulit (Skin) Paru-paru (Lung) Jantung (Heart) Abdomen (Abdomen) Gigi (Teeth) Telinga (Ear) Sistem Urat Saraf (Neuro System) Sistem Otot dan Rangka (Musculoskeletal System)
Biasa (Normal)
Luarbiasa (Abnormal)
PEMERIKSAAN MATA Tanpa Kacamata/kanta lengkap Berkacamata/Kanta Lengkap Rabun Warna PEMERIKSAAN AIR KENCING (Sila tandakan a. Glukos (Glucose) b. Albumin c. Darah (Blood/RBC) d. Dadah (Drugs) e. Kehamilan (Pregnancy)
Ada Ada Ada Ada Ada
√ diruang berkenaan) Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada
Laporan X-RAY DADA Nombor X-Ray Laporan X-Ray:
Nota: Filem X-Ray perlu dibawa bersama semasa Pendaftaran Kolej Kediaman
PERAKUAN KESIHATAN PELAJAR ( DI HADAPAN PEGAWAI PERUBATAN )
Sila tandakan 1.
di kotak berkenaan
PENYAKIT Pernahkah anda mempunyai masalah/menerima rawatan bagi penyakit berikut ? YA
TIDAK
YA
Lelah (Asthma)
Batuk Kering (Tuberculosis)
Sakit Jantung (Heart Disease)
Darah Tinggi (High blood)
Kencing Manis (Diabetes)
Penyakit buah pinggang
Sawan (Fit)
Penyakit Jiwa (Mental Illness)
Barah (Cancer) Alahan Ubat/ Makanan
(Allergy to medicine/Food)
TIDAK
(Kidney Disease)
Penyakit Kulit Kronik
(Chronic Skin Disease)
Lain-lain penyakit kronik
(Other Chronic Disease)
Sila nyatakan penyakit sekiranya menghidap penyakit kronik :
2. PERAKUAN PELAJAR * Saya ........................................................................................ No. Kad Pengenalan ............................ (Nama seperti tertera dalam kad pengenalan) Dengan ini mengaku bahawa segala maklumat dinyatakan di atas adalah benar. ............................................................ ( Tandatangan Pelajar ) * Hendaklah ditandatangani di hadapan pegawai perubatan
............................................. Tarikh
3. PERAKUAN PELAJAR (PEREMPUAN YANG MENGANDUNG LEBIH 6 BULAN) * Saya ........................................................................................ No. Kad Pengenalan ............................ (Nama seperti tertera dalam kad pengenalan) Dengan ini mengaku bahawa segala maklumat dinyatakan di atas adalah benar. ............................................................ ( Tandatangan Pelajar ) * Hendaklah ditandatangani di hadapan pegawai perubatan
............................................. Tarikh
PENGESAHAN PEGAWAI PERUBATAN (SILA TANDAKAN RUANG BERKENAAN).
‘ ‘ PADA
Saya .......................................................................................................................................... ( Nama Pegawai Perubatan seperti yang tertera dalam kad pengenalan ) pemegang kad pengenalan ........................................................ mengakui bahawa saya telah memeriksa pelajar ........................................................................................................ (Nama calon seperti yang tertera dalam kad pengenalan)
dan mendapati pelajar ini :
Sihat dan tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan layak untuk belajar di Universiti Malaysia Sabah Menghidap penyakit ringan dan sedang/sudah dirawat dan beliau layak untuk mendaftar di Universiti Malaysia Sabah. Penyakit : ......................................................... Rawatan : .........................................................
Tidak sihat dan dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan lanjut sebelum mendaftar di Universiti Malaysia Sabah.
.................................................................. Tandatangan Pegawai Perubatan
Tarikh : ...................................................
..................................................................... Cop Rasmi
UMS/HEP/03
SURAT KEBENARAN PEMBEDAHAN
Saya *(Nama ibu/bapa/Penjaga) .................................................................................... No. Kad Pengenalan...................................................................................................................,
Beralamat
................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... dengan ini secara rela hati membenarkan Universiti Malaysia Sabah bertindak sebagai “Next of kin” untuk menandatangani borang keizinan pembedahan bagi pihak saya jika berlaku apa-apa kemalangan atau kecederaan yang memerlukan pembedahan terhadap penama dibawah; *Encik/Cik/Tuan/Puan (Nama Pelajar) .................................................................................................................................................. dan saya mengaku bahawa saya akan melepaskan atau membebaskan tanggungan Universiti Malaysia Sabah dari sebarangan tuntutan sama ada daripada saya atau pihak-pihak lain sekiranya berlaku apa-apa perkara, kesan atau akibat dari pembedahan tersebut. Tandatangan
:
................................................................
Nama
:
................................................................
Hubungan dengan calon
:
................................................................
No. Kad Pengenalan
:
................................................................
Tarikh
:
................................................................
Dihadapan
:
................................................................
........................................ Tandatangan Saksi
..................................................................... Nama Saksi (seperti tertera dalam Kad pengenalan)
No. Kad Pengenalan
:
................................................................
Jawatan Saksi
:
..............................................................
Alamat: ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................................. Saksi hendaklah terdiri daripada salah seorang yang berikut: 1. Pegawai Daerah 2. Penolong Pegawai Daerah 3. Penghulu 4. Pegawai Kerajaan, Pegawai Badan Berkanun atau Majlis Tempatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Dahulunya Kumpulan A) 5. Guru Besar 6. Pegawai Pendidikan Daerah *Potong mana yang tidak berkenaan
UMS/HEP/04
AKUJANJI ETIKA BERPAKAIAN
Saya bersetuju akan mematuhi etika dan tatatertib pelajar seperti yang ditetapkan di dalam AUKU Universiti Malaysia Sabah dan berjanji akan patuh sepanjang tempoh pengajian di Universiti Malaysia Sabah. Saya sedar bahawa jika saya melanggar peraturan etika berpakaian atau peraturan-peraturan lain yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti, pihak Universiti berhak mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya terhadap saya pada bila-bila masa sepanjang pengajian saya. Nama
: .......................................................................................................................... ( Seperti tertera dalam kad pengenalan)
No. Kad Pengenalan : ...................................................................... Sekolah : ................................................................................................................ (seperti dalam surat tawaran) ..................................................... (Tandatangan Pelajar) Diperakukan Oleh: Nama Ibu/Bapa/Penjaga : ................................................................................................. No. Kad Pengenalan Alamat
: .................................................................................................. :
............................................................ (Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga)
Tarikh: .............................................
29
AKU JANJI Saya …………………………………………………………………………………………………………………….................................................... No. Kad Pengenalan.....................................................................................................................dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, statut, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah (selepas daripada ini disebut “Universiti), yang dibuat dari semasa ke semasa sepanjang saya menjadi pelajar Universiti. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain: 1. akan mematuhi subseksyen 15 (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]. Untuk tidak menjadi ahli, atau apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang , sama ada ianya di dalam Universiti atau luar Universiti dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah perlembagaan Universiti, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor. 2. akan mematuhi subseksyen 15(3) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh mentafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram; 3. akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-pelajar [1991] termasuklah; a. tidak akan melanggar peruntukan berhubungan dengan tatatertib am, yang antara lain termasuklah: i. Tidak akan merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik Universiti, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti. ii. Tidak akan merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatertib; dan iii. Tidak akan mencabuli apa-apa peruntukkan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam atau di luar kampus. b. peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, sekatan tentang penggunaan teks kuliah dan plagiarisme; c. peruntukan berkenaan dengan peperiksaan dan kelakuan pelajar semasa peperiksaan dijalankan; d. peruntukan berkenaan dengan perhimpunan, penggunaan pembesar suara dan sepanduk; e. peruntukan berkenaan dengan kegiatan pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam bidang pekerjaan; f. peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum minuman keras, berkelakuan tidak senonoh, memiliki g. bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus dan pakaian pelajar. 4. akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatertib asrama sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-pelajar) [1991]; dan 5. akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-pelajar) [1999]
Universiti
Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-undang, statut, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah atau arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas saya menurut undang-undang , statut, peraturan-peraturan, kaedahkaedah atau arahan berkenaan termasuklah disingkirkan daripada Universiti. ............................................................................................
.............................................................................................
Tandatangan
Tandatangan
Nama :______________________________________
Nama Saksi :_______________________________
No. Pelajar :_______________________________
Cop Rasmi :
Sekolah : _____________________________________
Tarikh :___________________________________
MAKLUMAT UMUM
44| PANDUAN PENDAFTARAN
MAKLUMAT UMUM MAKLUMAT SEMASA KETIBAAN 1. Menggunakan Perkhidmatan Udara Setibanya di LapanganTerbang Antarabangsa Kota KinabaluTerminal 1 danTerminal 2 • Kaunter perkhidmatan bas disediakan untuk pelajar baru. • Bas Universiti akan berada di terminal mengikut waktu ketibaan semasa yang telah ditetapkan • Bas Universiti akan membawa pelajar terus ke tempat destinasi yang telah ditetapkan mengikut tentatif program universiti. • Perkhidmatan bas hanya disediakan pada 01 Sept 2014 hingga 02 September 2014. •Perkhidmatan bas akan disediakan bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam. 2. Menggunakan Perkhidmatan Darat / Laut • Pengguna Perkhidmatan Darat - Perkhidmatan bas akan disediakan diTerminal Inanam dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam. - Perkhidmatan ini akan bermula pada 01 Sept 2014 hingga 02 September 2014. • Pengguna Perkhidmatan Laut - Perkhidmatan bas akan disediakan di Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu mengikut jadual ketibaan Feri dari W.PLabuan. Perkhidmatan ini akan bermula pada 01 Sept 2014 hingga 02 September 2014. • Setibanya di Kampus UMS Kota Kinabalu, Sabah - Sila lapor diri ke Kolej Kediaman yang telah dinyatakan di dalam surat tawaran pelajar. NOTA PENTING: Sila pastikan dokumen penting anda tidak tertinggal/tercicir sebelum atau semasa berada di Universiti Malaysia Sabah bagi mengelakkan kerumitan semasa proses lapor diri Universiti.
BIASISWA Pelajar boleh memohon biasiswa/pinjaman daripada Kerajaan Negeri,Badan-badan Berkanun dan pihak swasta. Iklan mengenai tawaran biasiswa/pinjaman ini biasanya dikeluarkan melalui akhbar-akhbar. Pihak Universiti Malaysia Sabah juga akan memaklumkan biasiswa/pinjaman daripada agensi-agensi berkenaan. Bagi memudahkan urusan permohonan biasiswa / pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi berkenaan, pelajar dinasihatkan supaya menyediakan sekurang-kurangnya 5 salinan sijil / dokumen berikut yang telah disahkan oleh mana-mana pegawai kumpulan A.Silasimpan salinan tersebut sehingga pelajar memerlukannya. 1. Surat tawaran masuk ke Universiti Malaysia Sabah 2. Gambar berukuran passport (3keping) 3. Salinan Sijil Kelahiran 4. Salinan Kad Pengenalan 5. Salinan Kad Pengenalan ibubapa/penjaga 6. Salinan Sijil STPM/Diploma/SPM/PMR dan sijil akademik lain yang berkaitan 7. Salinan Sijil Berhenti Sekolah 8. Salinan Penyata Cukai Pendapatan ibubapa (jika ada) 9. Salinan Sijil Kerakyatan pelajar/ibubapa (jika ada) 10. Salinan Slip gaji ibubapa/penjaga yang terkini (jika ada) 11. Salinan penyata cukai ibubapa (jika ada) 12. Surat pengesahan daripada Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/PegawaiDaerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat berkaitan dengan: a.Pekerjaan dan pendapatan ibubapa/penjaga b.Tempoh bermastautin pelajar/ibubapa di negeri berkenaan Tabung Kebajikan pelajar disediakan bagi membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan. Pelajar boleh berurusan dengan Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi mendapatkan maklumat lanjut.
PANDUAN PENDAFTARAN |45
MAKLUMAT UMUM
MAKLUMAT PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN a. Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa, separuh masa dan jarak jauh di peringkat seperti berikut:i. Diploma ii. Ijazah Sarjana Muda iii. Ijazah Sarjana iv. Doktor Falsafah (PhD) v. Kursus Profesional b. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pembiayaan kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang terdahulu diselesaikan.Walau bagaimanapun,pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua tertakluk kepada peruntukan kewangan yang mencukupi. c.Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN dan Berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan. d. Pelajar yang telah menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat pembiayaan daripada penaja lain boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah:i.Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan tidak bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang berbeza):Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa tajaan peminjam tidak bertindih dengan PTPTN. ii. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang sama):Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah pembiayaan yang bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan. e. Pelajar yang membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima pembiayaan daripada mana-mana penaja lain. f. Pembiayaan akan diberhentikan sekiranya pelajar gagal meneruskan pengajian pada peringkat jurusan atau IPT sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan pembiayaan.Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:i. Warganegara Malaysia; ii. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; iii. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran ; atau
46| PANDUAN PENDAFTARAN
MAKLUMAT UMUM iv. Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTAatau IPTS; v.Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT(IPTA /IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian PengajianTinggi; vi. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan. vii. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (e) dan (f), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan; viii. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun. ix.Tiada penaja lain;
PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN a. Sebelum membuat permohonan, pelajar perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu:a. Kaunter b. Mesin Teller Automatik (ATM ) c. Mesin DepositTunai ( CDM ) * No PIN hanya sah 6 bulan selepas tarikh daftar permohonan (Pendaftaran Kali Pertama) b. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. • Bagi Universiti Malaysia Sabahmenggunakan BANK CIMB.
KAEDAH PERMOHONAN a. Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi PTPTN iaitu http : //www.ptptn.gov.my. Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT. Walaubagaimanapun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan mengikut tarikh yang akan ditetapkan oleh PTPTN. Maklumat tersebut boleh di semak melalui laman web PTPTN. b. Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian (bagi satu-satu muka surat).Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam. c. Dokumen perjanjian yang telah dilengkapkan beserta dokumen sokongan perlu diserahkan kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPTmasing-masing. d. Dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk permohonan Pembiayaan PTPTN adalah seperti berikut:i. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama) ii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Nota:Bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai) iii.Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai di IPT terbabit sahaja)
PANDUAN PENDAFTARAN |47
MAKLUMAT UMUM iv. Salinan Buku Akaun Bank (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Salinan Slip Deposit / Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN mengikut IPT masing-masing. Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun pemohon. (Dokumen ini diperlukan sekiranya nombor akaun yang tercetak di Dokumen Tawaran pelajar salah) v. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh: STPM / DIPLOMA MATRIKULASI / IJAZAH SARJANA MUDA/ IJAZAH SARJANA(MASTER) (Nota:Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan transkrip peperiksaan juga tidak dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian/layak dianugerahkan sijil) vi.Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan)/ Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu/Salinan Kad Pesara/Salinan Pengesahan Tidak Bekerja-IBUBAPA /PENJAGA /PEMOHON/PASANGAN PEMOHON vii.Salinan Surat Pengesahan/SuratAkuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/PusatZakat/ sekiranya pemohon / ibu bapa kandung / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan viii. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos. e. Bagi pelajar yang membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN pada semester ke 2 pengajian dan ke atas, dokumen sokongan tambahan (WAJIB) yang perlu dikemukakan oleh pelajar adalah seperti berikut:i.Salinan Surat Pengesahan Masih Belajar dar iIPT. Pengesahan daripada Dekan/Ketua Program/Pegawai Hal Ehwal Pelajar. ii. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya yang telah disahkan. f.Salinan dokumen sokongan diatas hendaklah disediakan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 berwarna putih dan DISAHKAN oleh pegawai yang layak. g. Pegawai yang boleh menjadi saksi PELAJAR dan untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti berikut:i. Wakil Rakyat / Senator ii. Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) iii. Pengamal Undang-Undang iv. Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai v. Pengetua / Guru Besar (Sekolah kerajaan sahaja) vi.Pegawai Polis berpangkat ASPdan ke atas / Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan keatas vii. Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu/ Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) viii.Untuk Sabah dan Sarawak–Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah (Penting:Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai Nama Pegawai, Jawatan Pegawai dan Jabatan/ Alamat di mana pegawai bertugas).
PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN a. Pengeluaran pembiayaan pendidikan akan dikreditkan terus ke akaun pelajar. Pengeluaran pembiayaan kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN. b. Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan status pelajar daripada IPT masing-masing bahawa pelajar Berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA2.0 dan ke atas.
48| PANDUAN PENDAFTARAN
MAKLUMAT UMUM PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAANPENDIDIKAN PTPTN a. Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00; b. Menangguhkan pengajian; dan c. Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.
PENAMATAN/PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN a.Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan akan dibuat apabila pelajar gagal/berhenti/mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester/ membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN. Pelajar dikehendaki membayar balik pembiayaan yang telah diperoleh daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian. b. Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan/aduan boleh dikemukakan melalui laman web rasmi PTPTN http://www.ptptn.gov.my.
PTPTN HOTLINE-03-20804455 untuk sebarang kemusykilan. Alamat Surat Menyurat: PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI
INFO CENTER PTPTNSARAWAK
NASIONAL
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Wisma HASIL, Jalan Padungan
Lot G2,Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala
93100 Kuching, Sarawak. Telefon:
Lumpur.
082-234 608, 082-234 081
INFO CENTER PTPTN- SABAH Bilik Perbincangan 2 & 3, Tingkat M,Wisma HASIL (LHDNM) Jalan Tunku Abdul Rahman 88600 Kota Kinabalu, Sabah. Telefon: 088-230 467
Kemudahan perkhidmatan kaunter berpusat yang disediakan kepada pelanggan adalah:i. Pertanyaan dan Aduan; ii. Runding cara; iii. Bayaran balik pinjaman; iv. Pembukaan akaun SSPN; v. Penambahan deposit SSPN; dan vi. Kemudahan capaian internet bagi menjalankan aktiviti berkaitan dengan PTPTN. Waktu Urusan Isnin – Khamis : 8.30 pagi - 5.00 Petang Jumaat : 8.30 pagi -12.15 tengahari 2.45 petang - 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: TUTUP
SOALAN-SOALAN LAZIM
50| PANDUAN PENDAFTARAN
SOALAN-SOALAN LAZIM
S1:Bagaimana cara untuk membuat pendaftaran universiti? J1: Pendaftaran universiti hendaklah dibuat oleh calon pelajar sendiri secara online melalui Sistem Pendaftaran Universiti di laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS. Sila rujuk manual pengguna di laman web berkenaan untuk maklumat lanjut. S2:Bolehkah saya membuat Pendaftaran Universiti secara online selepas tiba di UMS? J2:Tidak boleh.Anda perlu membuat pendaftaran universiti dalam tempoh yang ditetapkan. S3:Saya tidak mempunyai akaun emel. Bolehkah saya membuat proses Pendaftaran Universiti? J3: Tidak boleh.Anda perlu membuka akaun emel untuk tujuan mendapatkan NOMBOR PIN yang membolehkan anda masuk atau login ke dalam Sistem Pendaftaran Universiti. Terdapat banyak perkhidmatan emel percuma seperti Gmail,Yahoo atau Windows Live. S4:Saya tidak mempunyai talian internet di rumah. Bagaimana untuk saya mendaftar? J4: Sistem Pendaftaran Universiti boleh dicapai di mana-mana tempat yang mempunyai kemudahan talian internet, contohnya siber kafe dan sebagainya. S5: Saya menghadapi masalah semasa membuat Pendaftaran Universiti secara online. Siapa perlu saya hubungi untuk bantuan? J5: Sebarang masalah berkaitan Pendaftaran Universiti secara online boleh dikemukakan melalui talian Hotline iaitu 088-320193 (Bahagian Perkhidmatan Akademik) , 088-320194 (Jabatan Bendahari) , 088320666 (Jabatan Hal Ehwal Pelajar) (masa 8.30 pagi – 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat). S6:Bolehkah saya mendaftar jika tidak membayar yuran pengajian? J6: Tidak boleh.Pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh lapor diri. S7:Bagaimana kaedah bayaran yuran yang boleh dibuat oleh pelajar semasa Pendaftaran Universiti? J7: Pihak Universiti menyediakan 3 pilihan bagi tujuan pembayaran Pendaftaran Universiti iaitu pembayaran secara online, pembayaran tunai melalui kaunter bank CIMB, pembayaran tunai melalui kaunter Bendahari, UMS. S8: Apakah MEPS FPX? J8: MEPS FPX (Financial Process Exchange) adalah payment gateway yang membenarkan anda untuk membuat pembayaran secara online melalui akaun simpanan atau akaun semasa anda. Anda cuma memerlukan talian internet, akaun bank dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX. Ia adalah satu proses yang mudah,senang dan selamat. S9: Adakah saya perlu mendaftar dengan MEPS FPX untuk menggunakan perkhidmatan MEPS FPX? J9:Tiada pendaftaran diperlukan untuk menggunakan kemudahan MEPS FPX. Anda Cuma perlukan akaun Internet Banking dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX untuk menggunakan kemudahan ini. S10:Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai semasa lapor diri? J10: Tidak digalakkan kerana ia akan melambatkan proses pada hari lapor diri. Walaubagaimanapun Jabatan Bendahari UMS telah menyediakan kemudahan pembayaran secara online iaitu melalui FPX.
PANDUAN PENDAFTARAN |51
SOALAN-SOALAN LAZIM
S11:Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku bank CIMB Bank Berhad? J11:Tidak perlu,pelajar boleh mengemaskini sendiri maklumat akaun bank dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP). S12:Bolehkah saya melapor diri jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan? J12:Tidak Boleh. S13:Apakah kesannya jika saya tidak lapor diri pada tarikh lapor diri yang ditetapkan? J13:Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan munasabah dan mendapat kebenaran daripada Seksyen Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS. Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal. S14:Adakah Penangguhan Pendaftaran kemasukan ke Universiti dibenarkan? J14: Penangguhan pendaftaran universiti untuk satu semester tidak dibenarkan dan tawaran kemasukan akan menjadi luput/terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh rasmi pendaftaran Universiti. S15:Adakah permohonan pertukaran Fakulti/Program dibenarkan? J15: Tawaran Program Pengajian adalah MUKTAMAD dan sebarang pertukaran Program/Fakulti adalah tidak dibenarkan. S16:Bagaimana cara membuat permohonan Perpindahan atau Pengecualian Jam Kredit? J16: Boleh memohon selepas mendaftar sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah dan garis panduan boleh dirujuk seperti dalam buku prospektus yang akan diberikan oleh pihak universiti semasa pendaftaran. S17:Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus? J17:Ada,di setiap kampus mempunyai Panel Klinik Kesihatan dengan diketuai oleh pegawai-pegawai Perubatan dan jururawat terlatih. S18:Siapa yang perlu saya hubungi semasa kecemasan di luar waktu pejabat? J18: Anda boleh berhubung dengan Pengetua Kolej Kediaman atau Penyelia Asrama atau Bahagian Keselamatan di setiap Kolej Kediaman. S19:Siapa yang layak mendapat kemudahan kolej kediaman? J19: Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana tertakluk kepada syarat-syarat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
S20:Jika saya lewat sampai semasa hari lapor diri ke mana harus saya tuju? J20: Anda dinasihatkan supaya berhubung dengan pegawai di Kolej Kediaman atau Bahagian Keselamatan. S21:Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan .Bolehkah saya dating untuk lapor diri? J21:Boleh.Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu dari tarikh lapor diri.
52| PANDUAN PENDAFTARAN
SOALAN-SOALAN LAZIM
S22:Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari lapor diri. Di manakah penginapan yang terdekat dengan UMS untuk keluarga saya menginap? J22:Banyak tempat-tempat penginapan yang berdekatan dengan kampus UMS di bandaraya Kota Kinabalu. Sila rujuk laman webhttp: //www.sabahtourism.com S23:Sebagai pelajar baharu,bolehkah saya membawa kenderaan sendiri? J23: Pelajar hanya boleh membawa kenderaan sendiri selepas Majlis Suai Mesra (MSM) tamat. S24:Apakah pakaian yang sesuai semasa lapor diri? J24:Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian pelajar. S25:Saya mewakili Negara dalam bidang olahraga, adakah disediakan kemudahan untuk saya menjalani latihan? J25: Ada, disamping itu terdapat juga kemudahan sukan yang lain disediakan. S26:Ibu/Bapa saya tidak mempunyai borang J,bagaimanakah saya hendak mengesahkan pendapatan Ibu/bapa saya? J26:Anda boleh mendapatkan pengesahan pendapatan ibu/bapa anda daripada Penggawal/Penghulu/ Ketua Kampung. S27:Apakah yang dimaksudkan dengan MSM? J27: MSM bermaksud Program Minggu Suai Mesra. MSM adalah program wajib di ikuti oleh semua pelajar baharu. Bertujuan untuk mengenali Universiti Malaysia Sabah (Fakulti/JFPIU/Program Pengajian) dengan lebih dekat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan kakitangan.
Segala pertanyaan berkaitan dengan tawaran kemasukan sila hubungi: Seksyen Promosi, Pengambilan dan Kemasukan Pelajar Bahagian Perkhidmatan Akademik Segala pertanyaan berkaitan dengan kebajikan, kolej kediaman dan bantuan pinjaman, sila hubungi: Jabatan Hal Ehwal Pelajar Segala pertanyaan berkaitan dengan yuran pengajian, sila hubungi: Bahagian Kewangan Pelajar Jabatan Bendahari Nota:Sila rujuk nombor telefon yang patut dihubungi seperti di halaman Maklumat dan Pertanyaan.
PANDUAN PENDAFTARAN |53
MAKLUMAT DAN PERTANYAAN SILA HUBUNGI BAHAGIAN-BAHAGIAN BERIKUT:
BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK KAMPUS KOTA KINABALU No.Tel:088-320213/088-321259/ 088-320000 Samb:691350 No.Faks:088-320090 E-mel:
[email protected] LamanWeb:http://bpa.ums.edu.my
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN No.Tel:087-460431/413/551/414 No.Faks:087-460432 E-mel:
[email protected]
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (KOTA KINABALU) KAMPUS KOTA KINABALU No.Tel:088-320000 Samb:4219/4222 No.Faks:088-320060/448775 E-mel:
[email protected]
PUSAT RAWATAN WARGA (PRW) No.Tel:088-320000 Samb:2543/2544/2540/2547 No.Faks:088-320273
KOLEJ KEDIAMAN E No.Tel:088-448202/201 No.Faks:088-448203
KOLEJ KEDIAMAN CD No.Tel:088-320000 Samb:3491 No.Faks:088-320656
BAHAGIAN PERUMAHAN & HOSPITALITI No.Tel:088-320000 Samb:4160/4156/4161 No.Faks:088-320155
KOLEJ KEDIAMAN AB No.Tel:088-320000 Samb:3283/3487/3680 No.Faks:088-320371
KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI No.Tel:088-496885 No.Faks:088-492619
KOLEJ KEDIAMAN KINGFISHER No.Tel:088-438890 No.Faks:088-438890
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (LABUAN) KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN(UMS-KAL) No.Tel:087-460409/775 No.Faks:087-465149 E-mel:
[email protected]
KOLEJ KEDIAMAN ALPHA (UMSKAL) No.Tel:087-460455 No.Faks:087-460745
KOLEJ KEDIAMAN BETA (UMSKAL) No.Tel:087-466752 No.Faks:087-460522
KOLEJ KEDIAMAN MUTIARA (UMSKAL) No.Tel:087-466770
54| PANDUAN PENDAFTARAN
JABATAN BENDAHARI (BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR) KOTA KINABALU No.Tel:088-320000 Samb:1078/1728 No.Faks:088-320235 E-mel:
[email protected]
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN No.Tel:087-466915 No.Faks:087-465152 E-mel:
[email protected]
PERPUSTAKAAN KAMPUS KOTA KINABALU No.Tel:088-320000 Samb:2240/2325/2219 No.Faks:088-329232 E-mel:
[email protected]
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN No.Tel:087-460430/515 No.Faks:087-465157 E-mel:
[email protected]
KAMPUS KOTA KINABALU No.Tel:088-320000 Samb:1310/3880 No.Faks:088-320234 E-mel:
[email protected]
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN No.Tel:088-320000 Samb:1310/3880 No.Faks:088-320234 E-mel:
[email protected]
Web Rasmi UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu: http://www.ums.edu.my UMS Labuan: http://wwwkal.ums.edu.my
HOTLINE : 088-320193 Bahagian Perkhidmatan Akademik 088-320194 Jabatan Bendahari 088-320666 Jabatan Hal Ehwal Pelajar 087-466775/087-460409 Kampus Antarabangsa Labuan
PANDUAN PENDAFTARAN |55
LAGU UNIVERSITI
Bertekad Cemerlang UMS lambang puncak jaya Pancaran perjuangan semangat waja Pembentuk citra pelindung budaya Memandu bangsa memaju negara
Di sini dicanai segala fikiran Di sini dikaji segala wawasan Ilmu iman sumber pedoman Bakti curah kasih budiman
Bayu bertiup nafasmu sejati Bumi terhampar tubuhmu abadi Samudera biru wajahmu berseri Suria menyinar tenagamu murni
Kaulah harapan bangsa maju Kaulah jambatan nusa bersatu Berdiri megah kekal bermutu Menunjuk arah bakal dituju
UMS kaulah tunggak negara Warisan sejati Malaysia tercinta Bertekad Cemerlang menjadi budaya Semoga unggul dan sejahtera
Lagu : Prof. Madya Abdul Jamal Abd. Hamid Lirik: Tuan Haji Salleh Haji Yusof
56| PANDUAN PENDAFTARAN
CATATAN