Perngorbanan Dalam Menuntut Ilmu
06 September 2013 / 30 Syawal 1434 H Oleh: Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Ismail Bin Mustari Timbalan Pengarah, Pusat Islam UTM, Skudai.
ِ ِِ ُ ْح ْم ُد للَّه الَّذي َعلَّ َمَ ِمْلْ َللَ َِ َعلَّ َمَ ا ِِ ْ ََمْ َ َامْ لَ ْمَ َْم ْملَ ْمَ أَ ْش َمَ ُد أَ ْ ََ ِلمهَ ََِّ ا َ اَل َّ ََ لَممهُ َوأَ ْشم َمَ ُد أَ َّ ُا َح َّم م ُدا َع َْم ُد ُ َوَ ُ م ْ لُهُ الَّم ِمذي َِملَّم َل ال لك َ ممْلَََ َوأ َ َْْو ْحم َد ُ ََ َشم ِك لم لَ َو َ م ل َْ َوَِممْ ِ ْ َعلَم َ م ْ ِدَْْ ُا َح َّمممد َ مأل األ َُّامََ َوَ َلم َ َْاأل ََاَْْمََ َو َ َمم الْ ُ َّممََ الَلَّ َُم َّم َ حم ِ ِِ َج َم ِم ْ َن ْ َو َعلَ آله َوأ ْ َل َحِْه أ ِ أاممْ ِم م ُد فَم ممْ ِعَممْ َ ا ِ َُِّم ُل م ا ا أُو ِ م ْ و َ ِ م ل َّ ُ َ ْْعهللِم ِمه فَم َل م ْد فَمم َ ََمْي ِهللَم ْل م َ ا ِ َو ْ ْ َ ْ َ َ َ َْ . َ الزا ِ الهللَم ْل َّ ال ُْمهللَّم ُل ْ َ َوَُم َزَّو ُ ْوا فَِإ َّ َخ ْم َك Bersempena dengan majlis “Minggu Mesra Mahasiswa UTM Sesi 2013/14, mimbar yang mulia akan membicarakan tajuk “ Pengorbana Dalam Menuntut Ilmu”. Syeikh Abu Hamid Muhammad al-Ghazali di dalam kitab „Ihya‟ Ulumuddin‟ mengatakan : Tidak ada satu agama atau ajaran di dunia ini sejak dahulu hingga hari ini yang dapat menandingi Islam dari segi pengutamaan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat dibuktikan apabila wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW menitik beratkan ilmu perngetahuan. Firman Allah SWT di dalam surah al- „Alaq 96: 1-5,
Terjemahannya: 1
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Orang yang berilmu pengetahuan dimuliakan Allah SWT, malaikat dan manusia di mana sahaja mereka berada. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran, surah Ali-„Imran 3:18,
MAksudnya: Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan, para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu), tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Imam Syafi‟i rahimahullah dalam satu kata-kata hikmahnya yang terkenal, Wahai saudaraku, syarat untuk mendapat ilmu itu ada 6. Kecerdasan, azam yang kuat, bersungguh-sungguh, menyediakan bekalan yang cukup, bimbingan guru dan waktu yang yang lama. Satu lagi tradisi ilmuwan dan sarjana Islam ialah mengembara mencari guru untuk menuntut ilmu. Tidak ada ulamak yang tidak pernah keluar dari kampung halamannya untuk menuntut ilmu. Sehinggakan ada ulama yang melarang seseorang dari mengambil ilmu dari orang yang tidak pernah mengembara seperti kata Yahya bin Ma‟in berkata, “Ada empat golongan yang tidak boleh diambil kebaikan dan manfaat darinya. Satu daripada yang empat golongan itu ialah, seorang yang belajar hanya di negerinya dan tidak keluar untuk mencari hadis.” Tradisi mengembara mencari ilmu bermula sejak zaman sahabat lagi. Salah satu kisah yang masyhur ialah perjalanan Jabir bin Abdullah, seorang sahabat muda. Beliau membeli seekor keldai dan berkelana selama sebulan menuju ke Syam sematamata untuk mendengar sebuah hadis dari Abdullah bin Unais. Sikap ini diteladani oleh generasi seterusnya. Sejarah mencatatkan sarjana hadis yang menuliskan kitab hadis yang enam (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunah Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah dan Sunan An-Nasa‟i) menghabiskan masa puluhan tahun mengembara dari satu negara ke satu negara demi menuntut ilmu dan mengumpulkan hadis. Para ulamak hadis ini memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan itu. Namun demi ilmu, mereka sanggup berhabis. Dilaporkan Imam Rabiah bin Abddurahman Ar-Ra‟yi membelanjakan 30 ribu dinar (bersamaan RM 15 juta) untuk menuntut ilmu. Mungkin ramai yang masih belum mengenali siapa Rabiah Ar-Ra‟yi. Beliau merupakan guru kepada Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki). Begitu juga dengan imam-imam yang lain. Imam Malik sebagai contohnya terpaksa 2
menggadaikan kayu atas rumahnya untuk menampung perbelanjaan beliau menuntut ilmu. Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah SWT Di sni sama-sama kita melihat contoh pengorbanan dalam menuntut ilmu oleh Imam Syafie Pengasas Mazhab Syafie. Imam al-Syafi‟e lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafi„e. Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana untuk menuntut ilmu. Di Makkah Imam as-Syafi‟e memulakan perguruannya dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu. Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha‟ karangan Imam Malik bin Anas (Pengasas Mazhab Maliki), dan Imam al-Syafi‟e dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan kitab tersebut. Imam al-Syafi‟e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu Imam al-Syafi‟e baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Imam al-Syafi‟e sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Imam al-Syafi„e mengambil alih sebentar kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi di Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam al-Syafi‟e di Negeri Yaman tidak lama kerana Imam Syafie telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syi„ah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasiah ketika itu. Imam al-Syafi‟e dibawa menghadap kepada Khalifah Harun al-Rashid dan beliau berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan Imam al-Syafi‟e membela dirinya dengan pelbagai hujjah agama menyebabkan Harun al-Rashid tertarik kepadanya. Imam al-Syafi‟e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini Imam al-Syafi‟e telah berkenalan dengan anak murid Imam Abu Hanifah (Pengasas Mazhab Hanafi) dan duduk berguru bersama mereka, terutamanya Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan yang penting bagi Imam al-Syafi‟e, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membanding antara dua ajaran Islam, yakni ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah. Pada tahun 188H/804M, Imam al-Syafi‟e berhijrah pula ke Mesir. Sebelum itu beliau singgah sebentar di Makkah dan di sana beliau diberi penghormatan memberi kelas pengajian agama. Imam al-Syafi‟e mula diiktiraf sebagai seorang imam. Pada tahun 194H/810M, Imam al-Syafi‟e kembali semula ke Baghdad dan beliau ditawarkan untuk memegang jawatan Qadhi bagi Dinasti Abbasiah. Beliau menolak dan hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. Imam al-Syafi‟e kemudian kembali ke Mesir dan 3
memberikan tumpuan pengajian di sana. Daud bin „Ali pernah ditanya akan kelebihan Imam al-Syafi‟e berbanding tokoh-tokoh lain pada ketika itu, maka beliau menjawab: “Al-Syafi„e mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Beliau seorang bangsawan, beliau mempunyai agama dan i‟tiqad yang sebenar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui hadith sahih dan hadith dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan hidup para Khulafa‟ ar-Rashidin dan amat pandai pula mengarang.” Imam as-Syafi‟e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijrah). Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur‟an dan al-Sunnah. Selain itu Imam al-Syafi‟e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam al-Syafi‟e diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M), Rabi‟ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya alMuzani (274H/888M). Kesungguhan para ulamak silam dalam menuntut ilmu tidak mengira usia, jarak geografi dan belanja. Mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk terus mendapatkan ilmu. Lebih-lebih lagi ketika mendalami ilmu hadis. Kata para ulama, “Jika kamu belajar hadis, kamu akan muflis” kerana besarnya biaya untuk menyelidik seluruh kitab hadis dan perawi-perawinya. Semangat kental yang dimiliki oleh generasi salaf. Berbeza dengan generasi modern, walaupun dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan yang selesa dan kelangkapan yang lebih baik seperti komputer pen dan kertas. Perlu diberi catatan, pada zaman generasi salaf jangankan mesin taip, ballpen dan kertas pun sangat sukar diperoleh. Dilaporkan kerana kemiskinan, Imam Syafi‟i mencatat ilmunya pada kepingan-kepingan tulang yang dijumpainya ditempat sampah. Sidang Jumaat Yang Mulia, Pada abad ke 8 hingga ke 12, orang Islam sangat maju. Mereka menguasai ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Zaman kegelapan bagi masyarakat barat adalah merupakan zaman kegemilangan tamadun Islam. Tamadun Islam yang tinggi ketika itu telah menarik orang Barat untuk menimba ilmu dan kepakaran di Negara Islam. Mereka pulang dengan menyebarkan ilmu tersebut di Negara mereka. Kesedaran ini diakui sendiri oleh sarjana Barat. Di antara bidang yang mereka pelajari dan dapati daripada pusat pengajian Islam adalah matematik, falsafah, kedoktoran dan lain-lain. Ilmu tersebut mereka sebarkan di pusat-pusat pengajian tinggi di Barat seperti Itali, kemudian ke Perancis dan setelah itu ke Britain dan Jerman. Kegemilangan Islam dalam penyebaran ilmu dan sumbangannya kepada tamadun dunia boleh dilihat pada pernyataan Herbert A. Davies; „Mereka (orang-orang Muslim) mendirikan universiti-universiti besar yang selama beberapa abad melebihi yang dipunyai oleh Eropah Kristian. Perpustakaan Besar dibangunkan, antaranya berisi beratus ribu jilid buku yang semuanya terdaftar 4
dan tersusun rapi. Ramai orang Kristian yang belajar di university Qordoba kemudian membawa ilmu dan kebudayaan ke negeri-negeri asal mereka. Pengaruh universiti Sepanyol (Islam) atas universiti-universiti Paris, Oxford dan universiti-universiti yang mereka bangunkan di Itali tentunya besar. Oleh kerana itu kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan sebuah universiti. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1998) menegaskan: “Universiti bukan hanya [sekadar] bangunannya, bukan hanya kenyataan zahirnya. Sesungguhnya, dalam sejarah mana pun, pengajar-pengajar dan guru-gurunya dan yang belajar daripada mereka adalah unsur utama kewujudan universiti. Jadi cemerlang atau tidak universiti itu bergantung kepada ilmu pengetahuan dan pengenalan yang ada pada diri guru-gurunya masing-masing. Sekiranya ilmu yang ada pada guru itu tidak betul-betul matang serta mendalam, maka tentu sahaja taraf universiti tidak akan cemerlang”. Ummah hari ini terbentuk dengan budaya keilmuan yang disebar luaskan di dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat pula terbentuk melaui acuan para pemimpin yang mendapat pendidikan tinggi. Justeru universiti telah menyumbang untuk menyediakan generasi pelapis ummah di masa akan datang. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT. Buat para penuntut ilmu ingatlah! kejayaan kamu berada di universiti merupakan anugerah Ilahi hasil dari pengorbanan banyak pihak di antaranya diri kamu sendiri, ibubapa yang bertungkus lumus melakukan pengorbanan dari aspek kewangan, perasaan, doa-doa kudus yang dipanjatkan kepada Ilahi bagi mengiringi keberkatan kalian di taman ilmuan ini, memerah keringat kudrat tulang empat kerat bagi menunaikan segala keperluan pembelajaran kamu sebagai mahasiswa. Pengorbanan adik-beradik, pak cik dan mak cik, datuk dan nenek, rakan taulan, serta para pendidik yang mulia. Balaslah pengorbanan mereka semua dengan menjadikan iman sebagai tunjang kehidupan, ilmu sebagai penyuluh jalan, akhlak terpuji sebagai perhiasan dan ketaatan terhadap segala perintah Allah SWT sebagai benteng kehidupan. Janganlah cemari pengorban insan-insan tersayang ini dengan kelalaian dan kemalasan, keegoan dan kemewahan serta noda dan dosa. Bersempena majlis “Minggu Mesra Mahasiswa UTM, khatib ingin merakamkan bicara buat para pensyarah yang mulia. Moga Allah SWT menganugerahkan kalian semua keazaman yang tinggi, kemuliaan budi dalam mencurahkan ilmu, tenaga dan idea, membimbing, mendidik dan menyantuni mahasiswa dengan usaha sepenuh hati memecahkan kegelapan dan kejahilan yang menyelubungi pemikiran dan nurani dalam disiplin ilmu yang mereka ceburi. Kemudian meneranginya dengan cahaya ilmu dan amal kepada seluruh mahasiswa. Ya Allah, Anugerahkanlah para pensyarah kami dengan keikhlasan, kegigihan sehingga dapat menambahkan kekuatan dan ketinggian martabat para pensyarah sebagai ilmuan yang ulung di Negara yang bertuah ini. Jadikalah proses pendidikan di persada ilmu UTM ini sebagai amal jariah yang akan berpanjangan sehingga di akhirat. Buat mahasiswa yang sedang mengikuti program 3M dan yang sedang menuntut di pelbagai tahap di universiti ini. Jadikanlah kejayaan rakan-rakan anda pada 5
semester yang lalu sebagai motivasi, pengalaman mereka sebagai pengajaran, pesanan-pesanan mereka sebagai pedoman. Bangkitlah untuk terus menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Jagalah adab dan akhlak sebagai penuntut ilmu. Tanamkanlah di dalam diri anda kecintaan terhadap majlis-majlis ilmu. Jadualkan dalam dairi kehidupan anda untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu-ilmu fardhu ain melaui pengajian tafaqquh, kuliah magrib, ceramah, forum, diskusi dan sebagainya disamping tuntutan utama dalam menimba ilmu fardhu kifayah di UTM ini. Manfaatkan setiap masa anda di taman ilmu ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Ingatlah berjuta ummah menunggu dan mengharapkan kejayaan anda kerana anda adalah duta kepada ummat Islam. Peliharalah solat lima waktu di tempat azan dilaungkan, tutuplah aurat dengan sempurna, jauhi zina dan maksiat, tinggalkan perkara yang sia-sia, muliakan para pensyarah, hormati orang tua-tua, jangan ponteng kuliah, utamakan tuntutan ilmu daripada aktiviti yang lain, sentiasa menghadiri kuliah-kuliah agama dan istiqomah dengan amal soleh. Pesanan Lukmanul Hakim kepada putranya dalam menuntut ilmu Wahai anakku, duduklah dengan para ulamak dan rapatkanlah lututmu dengan mereka kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah sebagaimana Allah menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit” Dari Abdullah Bin Ahmad Bin Hambal, ”Aku bertanya kepada bapaku Rahimahullah tentang orang yang menuntut ilmu. Apakah seharusnya ia belajar dengan seorang yang banyak ilmunya ataukah ia keluar ke beberapa daerah dan belajar dari ulamak yang lain? Dia berkata, ”Seharusnya ia keluar. Belajar dari ulamak Kufah, Bashrah, Makkah, Madinah dan mendengar dari mereka”. Sidang Jumaat yang mulia Sesungguhnya waktu di antara dua khutbah adalah waktu yang mustajab berdoa‟ oleh itu sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT menganugerahkan kita peningkatan ketaqwaan dan keimanan, dijauhkan bumi UTM, warganya dan penduduk sekitarnya dari segala bala dan bencana.
ِ ِْْ َ ا لِ ولَ َُِ فِ ال ُلكءا ِ الم ِظ ْ َِ وَْم َفمنِ وَِّْْ ُ َ ِمْ فِ ْ ِه ِان اآل ْت َوال لذ ْ ِك َ َْ ْ ْ َ ْ ُ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ ِ َّ الح ِِ ْ َِ وَُم َلَََّ ِانل وِا ْن َُِ ُِالَوَُهُ َِّْهُ ُه الملِ ْ َُ أَقُ ُل قَم ْ لِ َه َذا َ الَم ْ ُع َ َ ْ َ ْ َ َ َ ِ وأَ ْ هللَم ْ ِفك ا الم ِظ َْ لِ ولَ َُِ ولَِْئِ ِك المَلِ ِم ْن والمَلِم الم ْؤِانِْن و ْت ُ َ َ ُْ َ َ ُْ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ ُ ِ ِ ِ و .الم َْهللَم ْ ِف ِكْْ َن َوَْْ َْ َجْ َة الهللَّْئَِِْ َن ُ َ ْ الم ْؤانَْت فَْ ْ هللَم ْف ُكو ُ فَمَْ فَم ُ َ 6