PERJALANAN MENUJU HAJI YANG MABRUR ( YANG DITERIMA OLEH ALLAH SWT) Dr. Ruqayyah Al-Elwani
Cetakan kedua : 1438 H/2017 M 1
بسم هللا الرحمن الرحيم Segala puji bagi Allah, yang telah memfardhukan Ibadah Haji ke atas hamba-hamba-Nya untuk memperbaikan keadaan mereka, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia.
Berbahagialah dan tahniah diucapkan kepada jemaah-jemaah yang menerima seruan daripada Allah SWT untuk menunaikan ibadah Haji lantas menyambut seruan itu dengan bertalbiah dan tawaf di “kaabah almusyarafah” serta memohon keampunan daripada Allah S.W.T والحج المبرور ليس له جزاء إال الجنة، العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما:قال صلى هللا عليه وسلم
Rasulullah SAW bersabda : “Satu umrah hingga satu umrah yang lain merupakan penghapus dosa antara kedua-duanya. Dan haji mabrur tidak ada balasan baginya melainkan syurga. ” (Muttafaq’alaih) Hadis Riwayat Al-Imam At-Tirmizi Tulisan ini mengandungi langkah-langkah praktikal yang perlu dilakukan untuk mencapai “Haji Mabrur” iaitu Ibadah Haji yang diterima Allah SWT dengan izinnya. Teks ini menggunakan gaya bahasa (diksi) yang mudah dan memaparkan kandungan secara terang dan jelas . Saya memohon ke hadrat Illahi agar saya dapat mencapai objektif ini dan semoga Allah SAW menerima ibadah Haji dan segala amalan jemaah haji sekalian, sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar dan memakbulkan hajat hamba-hamba-Nya.
2
✓ Adakah anda telah mengambil keputusan untuk menunaikan Umrah atau Haji?
✓ Adakah anda berhasrat menjadikan perjalanan ini sebagai perjalanan seumur hidup anda? ✓ Adakah anda berhasrat untuk membuka halaman baru dalam hidup anda selepas anda kembali dari Tanah Suci? ✓ Adakah anda berminat dan ingin membantu orang lain dalam mempelajari langkah-langkah untuk mencapai“Haji Mabrur “ iaitu Haji yang diterima Allah walaupun tidak mengikuti jemaah haji? ✓ Adakah anda mengambil bahagian dalam penyeliaan berkumpulan jemaah haji atau umrah? Jika anda menyang menjawab ya pada mana-mana soalan tersebut, maka bacalah halaman yang berikutnya.
3
Langkah-langkah memperoleh Ibadat Haji yang Mabrur :
Suci Jiwa, Suci Badan dan Tempat-tempat Ibadah 4
احرام الق لب Suci Jiwa 5
Niat (Lintasan Hati) •
Tumpukan sepenuh hati dan jiwa raga untuk menanam niat murni ikhlas kerana Allah SWT.
•
Banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar ditetapkan niat yang ikhlas semata-mata untuk-Nya, kerana segala amalan tidak akan diterima melainkan dengan niat yang ikhlas dan benar.
6
Permasalahan: Apakah hubungan anda dengan niat yang ikhlas dalam segala amalan harian khususnya dalam ibadah haji dan umrah?
• Tidak memberi kepentingan atau tidak berfikir secara serius tentangnya • Sibuk dengan kehidupan harian • Bekerja seperti biasa tanpa menumpukan perhatian kepada niat. Rawatan • Hadirkan niat yang jitu dalam amalan • Memberi sepenuh tumpuan kepada pelaksanaan kerja dan mengharapkan keredhaan Allah padanya sekalipun pekerjaan itu mudah atau remeh. • Luangkan masa beberapa minit memikirkan tentang pekerjaan sebelum memulankanya 7
(Segala Puji Bagi Allah) الحمد هلل • Halakan hati dan lidah bersyukur kepada Allah kerana anda dipanggil untuk menunaikan faridhah Haj dan menziarahi rumah Allah di Makkah. • Ingatlah bahawa ramai yang mengimpikan untuk mendapat apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda tetapi tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana sama ada disebabkan kekangan ekonomi, atas faktor kesihatan ataupun sudah meninggal dunia
8
Permasalahan : Adakah anda dapat merasakan nikmat Allah melalui keazaman anda untuk menunaikan ibadah haji tahun ini? (Lazimnya begitu, kadang-kadang, tetapi saya tidak terlalu memikirkan akan hal ini)
•
Rawatan Banyakkan bersyukur dengan melafazkan : “”الحمد هلل
•
Belajar untuk merasai dan menikmati kurniaan yang diberikan Allah Taala .
•
Jangan berikan tumpuan kepada apa yang tidak anda miliki tetapi fikirlah tentang apa yang anda miliki sekarang.
9
Berfikir sejenak • Agungkanlah pencipta yang telah mengumpulkan anda semua untuk menunaikan Ibadah Haji. • Carilah yang halal dan elakkan diri daripada yang haram walau sesen pun, kerana haram yang sedikit itu merosakkan halal yang banyak. • Hapuskanlah kezaliman dan bangunlah memberi hak-hak kepada mereka yang berhak serta sempurnakanlah hak-hak mereka .
10
Permasalahan : Dapatkah anda bayangkan bahayanya wang haram yang datang daripada riba , penyelewengan dan perlakuan pecah amanah ditempat kerja? (selalu, kadang-kadang, tetapi tidak terlalu memikirkan hal itu) •
Lihatlah pada roti yang berkulat dan bayangkanlah betapa jijiknya perasaan anda terhadapnya.
•
Bayangkan sedikit daripada yang haram itu seperti sesuatu yang hapak menular dan meliputi semua wang
•
Banyakkan “beristiazah” iaitu mencari perlindungan daripada Allah Taala daripada wang haram serta berdoa supaya dianugerahkan makanan serta minuman daripada yang sumber yang halal. 11
Permasalahan: Adakah anda mengembalikan semua wang yang diamanahkan kepadamu oleh tuannya, tidak kira banyak ataupun sedikit?
(selalunya, kadang-kadang, tetapi tidak terfikir tentang perkara ini)
•
Jangan anda melewat-lewatkan dan menangguh dalam mengembalikan hak mereka.
• Ingatlah anda Allah tidak akan mengampunkan dan melepaskan orang yang tidak memulangkan hak-hak orang lain kecuali diampunkan oleh pemiliknya. • Ingatlah bahawa hari ini anda dikurniakan Allah kelapangan waktu dan wang yang banyak maka banyakkanlah bermuhasabah. 12
Berfikir dengan mendalam • Pelihara dan sucikanlah hatimu yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa melainkan Allah SWT. • Serta maafkanlah orang lain atas apa yang dilakukan oleh mereka pada diri dan hak anda. • Buanglah semua rasa dendam, iri hati dan penipuan daripada hati anda ke atas mana-mana orang Islam.
• Ketahuilah bahawa rezeki sudah dibahagikan oleh Allah SWT dan tidak ada sesiapa yang boleh mengambilnya daripada anda. Kerana sesungguhnya Allah SWT yang mengagihkan semua rezeki kepada hamba-hamba-Nya dengan sangat adil.
13
• Permasalahan : Adakah anda merasakan bahawa Allah mengawasi anda ketika anda bersendirian? (Saya tidak tahu, saya melihat orang lain terlebih dahulu dan saya bimbang sekiranya saya akan dikritik oleh mereka, saya tidak peduli semua ini)
Rawatan: • Ingatlah bahawa Allah SWT senantiasa mengawasi dan melihat hati anda maka sucikanlah ia • Cari masa untuk menimbang tara perbuatan yang dilakukan dan lahirkanlah rasa pengawasan Allah SWT atas gerak-geri anda itu. • Banyakkan berdoa: Wahai Tuhan kami janganlah letakkan pada diri kami ini perasaan iri hati pada orang-orang yang beriman • Ingatlah anugerah Allah kepada orang yang memaafkan orang lain. • Budayakan toleransi dan sikap bermaaf-maafan dalam kehidupan anda
14
(Persaudaraan) صلة الرحم • Sambungkan kembali ikatan persaudaraan walaupun diputuskan oleh saudara anda. • Berbuat baiklah kepada mereka sekalipun dibalas dengan kejahatan. • Jangan lupa mengucapkan “salam” dan bertanya khabar sebelum pemergianmu ke Haji meskipun hanya melalui panggilan telefon. • Mintalah daripada mereka kemaafan dan keizinan. 15
Permasalahan : Adakah anda sedar akan keburukan memutuskan hubungan silaturrahim (persaudaraan)? (Ya saya sedar dan tidak pernah melakukannya, sedikit sahaja dan saya anggap ianya perkara biasa, saya tidak mengambil berat tentang perkara ini) Pemulihan/Rawatan • Berusahalah untuk menjalinkan semula hubungan silaturrahim yang terlerai walaupun kesalahan itu bukan disebabkan oleh anda. •
Sambunglah silaturrrahim ini dengan niat mendapatkan keredhaan daripada Allah S.W.T dan panjatkanlah doa supaya diberi pertolongan oleh-Nya.
•
Ingatlah sesungguhnya ikatan silaturrahim ini tergantung di”Arash” dan sesiapa yang mengikatkannya maka Allah S.W.T akan menghubungkannya dengan Arash dan sesiapa yang memotong hubungan Silaturrahim, Allah akan memotong tali ikatan “Arash” daripadanya.
•
Bayangkan ganjaran besar yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada yang 16 menyambungkan hubungan silaturrahim.
Beringatlah • Sediakan bagasi perjalanan anda dan sisihkanlah barangan yang tidak perlu dibawa bersama.
• Elakkanlah daripada membawa lebih dari keperluan dan pastikan tiada niat untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk. • Janganlah membawa bersama anda hutanghutang yang belum terlangsai, hapuskan kezaliman, dan hilangkanlah perasaan hasad dengki dan kebencian terhadap orang lain. • Berazam untuk tidak menzalimi atau menghukum orang lain tanpa berlaku adil. 17
Wahai Tuhanku ()يا هللا • Hilangkan kebimbangan dan kesedihan anda. Campakkanlah perasaan-perasaan ini ke dalam satu beg dan tinggalkan perasaanperasaan ini di belakang anda dan ucapkanlah : ”Ya Allah“. • Bangkitlah daripada tidurmu untuk berdoa kepada Allah S.W.T di tengah malam agar dikurniakan hati yang jujur dan ikhlas. • Sentiasalah beringat semasa mengenakan pakaian Ihram, bahawa anda akan kembali dengan azam yang baru dan sasaran hidup yang baru iaitu menuju ke arah keredhaan Allah S.W.T dalam setiap perkara.
18
Permasalahan: Adakah anda membawa barangan dalam perjalanan untuk mengerjakan Haji lebih daripada yang anda perlukan? (Ya,Saya rasa tidak, Tidak terfikir pun oleh saya untuk membawa lebih-lebih.) Pemulihan / rawatan • Bayangkan jika anda meninggal dunia, adakah anda akan bawa bersama segala kelazatan dan kemewahan dunia? • Ingatlah bahawa amalan soleh yang satu daripadanya adalah “Haji Mabrur” merupakan sasaran utama ketika menuju ke akhirat. • Ingat bahawa barangan yang tidak berapa perlu akan hanya membebani anda . Maka janganlah berfikir untuk membawanya bersama anda. • Ingatlah sebaik-baik pakaian adalah takwa • Sentiasa mengingati Allah SWT dengan menyebut : “Ya Allah”. 19
Beringatlah • Samakanlah detik permulaan perjalanan anda ketika mana anda meninggalkan keluarga dan orang-orang yang anda kasihi seperti keadaan anda diputuskan hubungan dengan dunia tanpa ada bekalan apa-apa kecuali amalan yang dikerjakan. • Semaikanlah setiap langkah dengan budi-budi pekerti dan teladan yang baik. • Paksikan hati anda kepada lebih banyak memikirkan tentang hari akhirat. 20
Permasalahan : Semasa meninggalkan keluarga dan sanak-saudara, apakah yang anda fikirkan? ✓ Dalam fikiran saya adalah untuk pulang semula ke pangkuan mereka ✓ Saya memikirkan tentang apa yang tinggal dari segi wang dan pekerjaan ✓ Terlalu sedikit saya mengingati akhirat. Pemulihan/rawatan ➢ Ingatlah bahawa anda dan keluarga anda terletak di bawah kuasa Allah SWT. ➢ Tanamkan di dalam hati bahawa sesungguhnya manusia tidak dapat mengakibatkan sebarang kemudaratan dan memberi apa-apa manfaat pada anda kecuali dengan izin Allah S.W.T . Maka berserahlah kepada Allah yang Esa. ➢ Jangan lupa meninggalkan wasiat anda sebelum memulakan perjalanan. 21
Beringatlah • Janganlah anda berbangga-bangga kepada manusia yang lain akan kehebatan dan kemewahan pakaian anda, tempat kediaman dan sebagainya. Sesungguhnya anda tidak akan membawa satu pun diantaranya bersama anda tidak kira semahal mana sekalipun harganya di dunia. Sesungguhnya keseronokan yang ada di dunia ini adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan yang di akhirat kelak.
• Kurangkanlah kesenangan anda dengan keseronokan dunia dan jangan jadikan diri anda sangat terikat dengannya
22
Permasalahan : Adakah anda merasakan amat perlu untuk menjadikan diri anda unik dan megah serta merasakan diri sendiri lebih baik daripada orang lain dalam sesuatu perkara? ✓ Saya sentiasa merasakan diri saya adalah lebih baik daripada mereka dalam segenap perkara ✓ Saya suka menzahirkan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada diri saya dan mengingatinya tanpa tujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain. ✓ Saya tidak peduli tentang hal ini. Pemulihan / rawatan ➢ Ingatlah bahawa kesenangan di dunia ini hanyalah sementara dan tidak kekal selama- lamanya dan bahawasanya nikmat terbesar adalah untuk mendekatkan diri anda kepada Allah S.W.T. ➢ Ingatlah bahawa sebaik-baik urusan adalah yang dilakukan dengan sederhana dan tidak berlebih-lebihan. ➢ Janganlah anda memperkecilkan sesiapapun dan jangan sangka anda lebih baik daripada yang lain. ➢ Ingatlah bahawa segala yang ada di dunia ini akan meninggalkan anda atau anda akan meninggalkannya, maka sedarkanlah diri anda tentang realiti ini. 23
Teman-teman yang soleh • Pilihlah sahabat- sahabat yang soleh yang dapat membantu anda mendekatkan diri kepada Allah serta senantiasa mengingatkan anda terhadap-Nya. • Janganlah menaruh minat untuk berkawan dengan mereka yang banyak bercakap kosong, berlawak jenaka, mengadu-domba dan mengata orang lain.
24
Permasalahan : Telahkah anda fikirkan akan kriteria atau sifat-sifat teman yang akan menemani anda mengerjakan ibadat Haji? ✓ Saya tidak mempedulikan soal teman kerana saya tidak memerlukan sesiapa. ✓ saya fikirkan sedikit, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk memilih. ✓ Ya, anak saya adalah seorang teman yang soleh Pulihan/rawatan ➢ Memohon pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dikurniakan teman yang soleh ➢ Elakkan memilih individu tertentu walaupun sudah lama berkawan atau kenal antara satu sama lain. ➢ Pilihlah teman yang mengingatkan anda tentang kebaikan dan kebenaran dan turut menasihati anda jika berbuat salah. ➢ Banyakkanlah bergaul dengan orang-orang yang soleh ➢ Kurangkanlah bergaul dengan seseorang yang berbicara tentang kesenangan dan perhiasan dunia semata-mata. ➢ Ingatlah bahawa Allah S.W.T akan mengumpulkan orang-orang yang bersaudara kerana-Nya di bawah naungan Arash-Nya pada hari kiamat kelak. 25
إحرام البدن Ihram badan
26
Kesucian )(التطهير • Bebaskanlah hati daripada memberi perhatian kepada apapun selain daripada beribadah kepada Allah S.W.T ketika mana anda menyucikan badan anda sebagai persiapan untuk berihram • Sucikan hati anda daripada Syirik yang nyata dan tersembunyi , dan muhasabahlah diri sendiri
ْ َّ ي ِل َ ش ْيئًا َو الر َّك ِع َ ت أَن ََّّل ت ُ ْش ِر ْك بِي ِ يم َم َكانَ ْالبَ ْي ُّ لطائِ ِفينَ َو ْالقَائِ ِمينَ َو َ َو ِإ ْذ بَ َّوأنَا ِ ِِلب َْرا ِه َ ِط ِه ْر بَ ْيت س ُجو ِد ُّ ال Bermaksud : Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan): "Janganlah kamu memperserikatkan sesuatu pun dengan Aku dan sucikanlah rumahKu ini bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang beribadah dan orang-orang yang rukuk dan sujud. 27
Fikirkan secara mendalam Adakah hati anda mencari atau beralih kepada sesiapa dalam urusan pencarian rezeki atau ketika memerlukan pertolongan?
✓ Kebiasaanya ya, khususnya kepada orang yang berpengaruh. ✓ Kadang-kadang , kerana segala-galanya dalam kehidupan seharian kita perlukan “kabel” atau orang tengah. ✓ Tidak sama sekali, saya berusaha dengan sedaya-upaya mengikut peraturan hidup dan bertawakkal kepada ketentuan Allah S.W.T. Pemulihan/rawatan ➢ Sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan keadaan anda serta menganalisis hati sendiri ➢ Menghapuskan syirik yang tersembunyi yang lahir melalui persepsi bahawa manusia dapat membawa manfaat atau mudarat, rezeki, mata pencarian , pekerjaan atau lain-lain lagi. ➢ Istiazah kepada Allah SWT dan banyakkan berdoa : اللهم إني أعوذ بك أن أشرك بك شيئا ً وأنا أعلمه وأستغفرك لما ال أعلم Bermaksud : Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada menyekutukan-Mu dengan sesuatu sedangkan aku mengetahuinya, dan aku mohon ampun kepada-Mu dari apa-apa (dosa-dosa) yang tidak aku ketahui. 28
• Semasa memakai ihram, Ingatlah, bahawasanya pakaian anda itu akan anda pakai setelah anda meninggalkan dunia ini, oleh itu jauhkanlah diri dari keseronokan dan kesenangan di dalamnya. • Ingatlah, Anda tidak akan membawa apa-apa bersama anda daripada kemewahan di dunia ini ketika melalui perjalanan ke di akhirat • Lihatlah kepada pakaian Ihram anda yang sangat biasa dan sangat rendah diri. • Ingatlah perbezaan di antara pakaian anda itu tatkala anda pergi menghadap seorang raja di dunia. Dan pakaian anda itu pergi menghadap menjadi tetamu Allah S.W.T ialah satu kemuliaan di sisi-Nya. • Sesungguhnya, manusia melihat pada penampilan luaran, tetapi Allah S.W.T apa yang tersembunyi di dalam hati. 29
Permasalahan : Adakah anda terlampau menitikberatkan penampilan luaran tanpa mengambil kira berapa banyak wang dan kos yang dibelanjakan? ✓ ✓ ✓
Benar, hal ini mampu menarik perhatian orang lain dan ini amatlah penting bagi saya. Saya tidak mempedulikan penampilan luaran saya, kerana saya tidak mengambil kira pandangan orang. Ya, tetapi tidak berlebih-lebihan atau keterlaluan kerana Allah S.W.T menyuruh kita agar memelihara penampilan luaran dan kecantikan diri tanpa mengakibatkan pembaziran.
Pulihan/rawatan ➢ ➢ ➢ ➢
Ketahuilan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T melihat di dalam lubuk hati dan rahsia-rahsia yang tersembunyi ( ayat quran) Jagalah rupa luaran anda secara sederhana tanpa melibatkan kos yang banyak dan tanpa wujudnya rasa sombong, megah atau cuba untuk menarik perhatian orang lain. Ketahuilah bahawasanya nilai sebenar anda bukanlah pada apa yang anda tunggangi atau apa yang anda pakai, tetapi terletak pada kecantikan dalaman, amalan , layanan dan muamalat kita terhadap orang lain. Janganlah anda bertindak keterlaluan dalam sebarang perkara, dan ketahuilah bahawa kesederhanaan di dalam semua perkara adalah lebih baik.
30
Berfikirlah dengan mendalam • lupakanlah segala kesibukan dan kerisauan akan hal ehwal dan masalah duniawi dan jauhkan daripada memikirkan tentangnya. • Jauhkan diri dari sesuatu yang remeh-temeh dan jangan sibukkan diri dengan makanan dan minuman semata-mata. • Sentiasalah bersangka baik kepada Allah S.W.T dan yakinlah Allah tidak akan menyesatkan anda ketika pemergian anda berhijrah kepada-Nya.
31
Fikirlah dengan Mendalam •
Tempoh masa sewaktu menunaikan haji merupakan saat yang paling berharga dalam tempoh kehidupan, Maka jangan anda membazirkan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti berbual kosong atau sibuk dengan sesuatu selain daripada mengingati Allah S.W.T
•
Jangan sibukkan hati anda dengan sesuatu selain daripada perkara yang diredhai oleh Allah S.W.T yang telah memuliakan anda sebagai tetamu-Nya.
•
Jauhkan diri daripada tempat-tempat yang melalaikan anda daripada mengingati Allah SWT dan jauhkanlah diri daripada perbualan yang tidak membawa kepada kebaikan.
•
Jangan banyak mengadu dan mencari kesilapan orang lain, Ini menjurus kepada hilangnya pahala hasil daripada amalan yang dilakukan.
32
Permasalahan: Adakah anda banyak berbual kosong? (Biasanya, Saya tidak perasan, saya cuba mengurangkannya tetapi sukar) Pemulihan/rawatan • Ingatlah bahawa amalan soleh yang terhasil daripada menunaikan haji mabrur (haji diterima Allah) merupakan anugerah yang terbesar sebagai pengiring anda dalam perjalanan ke akhirat. • Beringatlah bahawa perkataan yang keluar daripada mulut anda hanya mendatangkan dua hasil: sama ada membawa kebaikan kepada atau sebaliknya. • Ingatlah sesungguhnya telinga,mata dan lidah anda adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T samada anda mengunakan mereka kearah kebaikan atau keburukan. • Hindarkan hubungan persahabatan yang menggalakkan anda bercakap kosong. • Latihlah diri meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan anda
33
• Sentiasa berdoa: اللهم آت نفسي تقواها وزكها أنت خير من زكاها أنت وليها وموَّلها Bermaksud : "Ya Allah, anugerahkanlah kepada jiwaku ketakwaan, dan sucikanlah jiwaku (dengan ketakwaan itu), Engkau-lah Sebaikbaik Yang Mensucikannya, (dan) Engkau-lah Yang Menjaga serta Melindunginya" (Sahih Muslim )
• Ingatlah nikmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada anda. • Luhurkanlah niat anda dengan niat yang ikhlas dan benar
34
المناسك
Tempat-tempat Ibadah Haji
35
Berharap & Berfikir dengan mendalam • Ingatlah bahawa mematuhi larangan Ihram bermaksud mengagungkan kesucian Allah S.W.T dengan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang yang dapat membatalkan Ihram. • Ingatlah, sesungguhnya berihram dapat melatih diri untuk patuh kepada suruhan Allah S.W.T dan mengelakkan perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati. • Jangan lupa sentiasa Mentakzimkan kesucian Allah S.W.T kerana ia akan membawa kebaikan kepada anda di dunia dan akhirat .
36
Beringatlah • Jangan ambil endah apa-apa perintah Allah dan larangannya tanpa mempersoalkan akan hukumnya. • Ingatlah tujuan mentakzim perintah Allah S.W.T merupakan takzim terhadap urusan diri anda sendiri, Jadi janganlah berhenti pada makna luaran dan lalai pada had yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T
37
Permasalahan: Adakah kesungguhan anda beristiqamah menuruti perintah dan menghindari larangan Allah S.W.T selepas pulang dari mengerjakan Haji sama seperti kesungguhan anda semasa pelaksanaan perintah Allah dalam Ibadat Haji? Rawatan /Pemulihan •
Ingatlah sesungguhnya Tuhan memerintahkan anda untuk memelihara diri daripada terjebak dalam larangannya serta menegakkan yang makruf . Dialah yang memerintahkan dan melarangmu pada tempoh bukan haji.
•
Ingatlah bahawa jika seseorang itu dapat menghindari daripada menggunting rambutnya dan menggunakan wangi-wangian semasa ihram, ia juga dapat menahan diri dari segala yang diharamkan oleh Allah SWT.
•
Halakan arah tuju anda kepada Allah S.W.T agar dapat melaksanakan segala perintahnya dan dilindungi daripada melakukan segala larangannya serta menegakkan agama-Nya sepanjang masa.
38
Beringatlah • Hadirkanlah hati dalam setiap perbuatan tidak kiralah perbuatan itu kecil atau besar. • Tunduklah kepada kebesaran dan keagungan Allah S.W.T dan ingatlah hari yang dahsyat yang akan ditempuhi pada hari kiamat kelak.
• Kebesaran Allah S.W.T dan keagungannya yang bersemi di hati hamba-Nya memerlukan pemuliaan kepada kesucian-Nya. Memuliakan kesucian Allah S.W.T dapat mengelakkan seseorang itu daripada membuat dosa.
39
• Janganlah anda simpan dalam hati kesalahan atau kejahatan yang orang lakukan terhadap anda, berdoalah : wahai Tuhanku sesungguhnya aku telah ampunkan orang-orang yang telah menyakiti aku, Ampunkanlah diriku ini wahai maha pengampun lagi maha pengasihani. • Beringatlah dan hadirkanlah selalu perasaan bahawa Allah S.W.T sedang menilai hati anda, maka akan terkeluarlah segala kejahatan yang terkandung dalam kalbu seperti iri hati dan niat jahat. • Ingatlah perkara yang paling munajab dalam mendekatkan diri anda kepada Allah S.W.T adalah dengan memperbaharui tauhid dengan memperbanyakkan ucapan : ش ْيءٍ قَ ِديْر َ علَـى ُك ِل َ لَهُ ْال ُم ْلكُ َولَهُ ْال َح ْمدُ َو ُه َو،َُّلَ ِإلَهَ ِإَّلَّ هللاُ َو ْحدَهُ َّلَ ش َِري َْك لَه Bermaksud : “segala puji bagi Allah yang tidak ada yang berhak disembah selainNya yang satu dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepada-Nya Kekuasaan (kerajaan) dan kepada-Nya segala pujian. 40
Hari Tarwiyyah (Ialah hari kelapan daripada tempoh bermulanya Haji sewaktu para jemaah haji bergerak daripada Mekah ke Mina dan bermalam disana) • • • •
Ingatkanlah diri kepada perbandingan semasa anda bermalam di Mina seperti menunggu bersama golongan manusia yang lain untuk ditawarkan amalan di hari pembalasan kelak. Perbanyakkanlah mengingati Allah, memohon perlindungan, membaca al-Quran serta bersyukur keatas segala nikmat yang dikurniakan. Ingatlah, sesungguhnya ibadah haji merupakan satu peluang untuk berkenalan sesama manusia, bekerjasama serta menyebarkan kasih sayang dan keamanan. Gerakkanlah diri memulakan ucapan “salam” dan zahirkan rasa kasih sayang yang terpancar dari raut wajah kepada orang di sekeliling anda . Hapuskan rasa tidak puas hati , kebosanan, dan bermegah-megah didepan orang lain dan cubalah menampilkan hadiah yang sederhana kepada jemaah-jemaah haji yang dalam perjalanan bersama.
41
Ku sahut panggilan Mu dan ku turutkan perintah Mu Ya Allah! • Rasai kebesaran dengan mengucap : Ku sahut panggilanmu Ya Allah! • Jadikan Talbiyah (memenuhi permintaan) satu perlembagaan dalam hidup anda , maka jangan anda lakukan melainkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T dan jangan pula anda melanggar perintah-Nya dalam apa jua keadaan sekalipun. 42
Permasalahan : Adakah anda telah memutuskan untuk memenuhi perintah Allah S.W.T dalam setiap urusan-urusan hidup setiap kali anda mengucapkan Talbiyah (Ku sahut panggilan mu Ya Allah!) ✓ Saya tidak memberi perhatian pada maksud yang tersirat ✓ Mungkin ✓ Selalu Rawatan ➢ Hancurkan segala penghalang yang memisahkan anda dari melaksanakan perintah Allah S.W.T ➢ Hadirkan dalam jiwa kebaikan yang anda cari dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi tika mana anda memenuhi permintaan Allah S.W.T yang akan memudahkan segala urusan nda dan menangkis segala kemudharatan yang mungkin menimpa.
43
• Perbanyakkan mengingati Allah S.W.T dan sentiasa merendah diri dan tunduk patuh kepada segala perintah-Nya. • Hentikan sifat mengadu-domba kepada manusia dan tetapkanlah destinasi hati anda ke arah destinasi yang hakiki yakni kepada Allah S.W.T • Ingatlah, ketika mana anda sedang menunggu di tengah-tengah lautan manusia yang sesak, keadaan ini adalah seperti penantian ketika dihitung amalan pada hari akhirat. • Jadikanlah kemaafan dan pengampunan anda kepada orang lain sebagai niat untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T 44
•
Sibukkan diri dengan memperbanyakkan zikir dan mengingati Allah S.W.T dan janganlah lepaskan peluang mendekatkan diri dan meminta keampunan daripada-Nya.
•
Banyakkanlah mengucapkan : اَ النَّ ِار َ سنَةً َوقِنَا َ سنَةً َوفِي اآلَ ِخ َر ِة َح َ َربَّنَا آَتِنَا فِي الدُّ ْنيَا َح َ َ عذ
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka."
45
Berwuquf- “ Menunggu di Bukit Arafah” • Bilamana anda sedang berada di Bukit Arafah dan melihat khayalak manusia seperti ombak dengan bilangan yang sangat ramai, Ingatlah hari asakan “Hasyr” dimana ianya adalah gambaran kecil “Hari Perhimpunan Agung” dan kesesakan manusia pada hari kiamat. • Bawalah bersama perasaan yang anda alami akibat pelakuan dosa-dosa lepas dan mintalah Allah S.W.T untuk memberi pengampunan atas segala dosa anda itu. •
Banyakkanlah meminta keampunan dan bertahlil. 46
ومن عجز عن المبيت بمزدلفة فليبيت عزمه، من فاته في هذا العام القيام بعرفة فليقم هلل بحقه الذي عرفه من، ومن لم يقدر على نحر هديه بمنى فليذبح هواه هنا وقد بلغ المنى، على طاعة هللا وقد قربه وأرلفه ) لم يصل إلى البيت ألنه منه بعيد فليقصد رَ البيت فإنه أقرَ إلى من دعاه من حبل الوريد ابن رجَ الحنبلي Sesiapa yang tidak dapat berada pada tahun ini di Bukit Arafah maka berdirilah kamu menunaikan hak Allah S.W.T. Dan sesiapa yang tidak dapat bermalam di Muzdalifah maka tanamkanlah azam untuk mentaati Allah yang telah mendekatkan diri dengan hamba-Nya. Dan sesiapa yang tidak dapat mengorbankan haiwan sebagai hadiah maka korbankanlah hawa nafsumu itu. Sesiapa yang tidak dapat sampai ke Mekah kerana jauh maka dekatkanlah dirimu kepada Allah Tuhan “Kaabah” kerana Allah sangat dekat kepada orang yang sentiasa mengingati-Nya. Ibn Rajab Al-Hanbali
47
• Ingatlah sesunguhnya ibadah Haji bukanlah hanya sekadar pergerakan mekanisme semata-mata. Tetapi tujuan utamanya adalah untuk mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T • Sesungguhnya anda dalam kerugian yang besar hasil daripada kesibukan diri yang menjurus kepada kelalaian daripada berzikir dan mengingati Allah S.W.T
48
• Peliharalah kebersihan kawasan yang dilalui sepanjang perjalanan dan jangan membuang cebisan apa-apa walaupun hanya sehelai kertas kecil atau makanan atau apa-apa sahaja. • Ingatlah amanah yang diberikan kepada anda untuk menegakkan hukum Allah adalah amanah yang sangat besar. • Janganlah anda terpengaruh dengan lambakan manusia, walaupun anda berada di tempat yang dipenuhi oleh manusia. Ingatlah sesungguhnya hukuman Allah adalah berdasarkan setiap individu.
49
•
Beringatlah anda sekarang merupakan tetamu Allah, maka beradablah dengan adab seorang tetamu, dan sentiasalah mengawasi tindak-tanduk diri yang terbuka mahupun yang tersembunyi.
•
Ingatlah bahawa mengalihkan sesuatu yang berbahaya atau yang menhalang jalan adalah satu sedekah, fikirlah bagaimana pula membuang suatu yang menyakitkan atau yang berbahaya.
•
bersungguh-sungguhlah dalam memberikan penerangan melalui gambaran yang jelas kepada jemaah di sekeliling tentang keagungan ibadah Haji.
•
Ingatlah bahawa fardhu Haji adalah pesanan sejagat , berusahalah sehabis baik untuk menyampaikan perutusan ini dengan imej yang terbaik kepada semua golongan.
50
Muzdalifah: •
Ingatlah semasa anda dalam perjalanan ke Tanah Suci, inya adalah sepertimana anda sedang menanti untuk dihitung amalan pada hari kiamat.
•
Latihlah diri untuk bersabar, bertahan dan bertenang sementara menunggu, dan perbanyakkan ucapan “Talbiyah” dan meminta keampunan-Nya.
•
Bayangkan kebesaran Maha Pencipta yang telah menyebabkan segala sesuatu untuk tunduk patuh dan menyerah diri kepada kebesarannya ketika mana anda melihat golongan manusia yang sedang mengambil batu yang digunakan untuk melontar jamrah.
•
“Tawadhuk” iaitu Rendah diri kepada Allah SWT dan fikirkanlah makna kesamarataan di kalangan manusia apabila semua bangun mendirikan Ibadah Haji tanpa wujudnya sebarang perbezaan.
51
Hari Korban •
Bergembiralah atas nikmat kurniaan Allah SWT pada Hari Raya Korban dan berdoa kepada Allah agar diterima ibadah korban.
•
Ingatlah ketika mana melontarkan “jamrah” patuhilan perintah Allah SWT dan perbanyakkanlah berzikir.
•
Bayangkan sifat-sifat dan perkara-perkara negatif yang anda mahu singkirkan dalam hidup. Berdoalah dan minta pertolongan daripada Allah SWT untuk dikuatkan semangat dan keazaman.
•
Fikirkan dan hayati makna dalam Takbir semasa anda menyebut : Allahu Akbar ( Allah Yang Maha Besar) dan jadikan Allah S.W.T sebesar-besarnya daripada apa-apa makhluk yang anda kenali
•
Luhurkanlah diri dalam mengucapkan tahniah kepada para jemaah haji sempena Hari Raya dan bantulah meringankan beban dan masalah, dan berikanlah layanan serta tunjukkanlah akhlak yang baik kepada mereka.
•
52 Ingatlah nikmat kurniaan Allah SWT kepada anda yang tidak terhingga
•
Tanamkanlah niat untuk mendekatkan diri kepada Allah ketika anda sedang menyembelih haiwan korban.
•
Fikirkan dan dalamilah makna pengorbanan dan ingatlah kisah Nabi Ibrahim A.S ketika menerima perintah Allah SWT tanpa sedikit pun keraguan.
•
Putuskan dalam diri untuk menjadikan keredhaan Allah SWT satu tujuan hidup untuk anda tidak kiralah apa saja pengorbanan yang dilakukan.
•
Sentiasa ingat bahawa semua amalan soleh yang dipersembahkan kepada Allah SWT akan diberi ganjaran berlipat kali ganda. Sesungguhnya apa yang ada pada anda akan lenyap dan apa yang pada Allah akan senantiasa wujud dan tidak akan hilang.
•
Ingatlah keadaan saudara-saudara anda dari golongan fakir dan miskin, berdoalah untuk mereka dan berilah sebanyak mana bantuan dengan sedaya upaya anda.
53
• Sentiasa ingat sesungguhnya wang hanyalah jalan dan bukan satu tujuan. Wang yang disedekahkan ke jalan Allah SWT akan diberikan ganjaran yang sangat besar . • Apabila anda menjalankan ibadah korban, ingatlah makna pengorbanan harta dan nyawa ke jalan Allah SWT dan ketaatan atas perintahnya.
54
Tawaf • Fahami dan hayati makna “Tauhid” iaitu “mengesakan Allah SWT” dan kebesarannya ketika mana anda melihat “Kaabah“ yang dimuliakan kerana di situlah terbinanya asas “Tauhid” • Banyakkan berzikir kepada Allah SWT dan memohon keampunannya serta berdoa dan bertakbir. • Putuskanlah untuk membersihkan hati dari meminta pertolongan kepada selain daripada Allah SWT atau beramal tanpa berniat kepada Allah SWT dan yakinlah bahawa manusia tidak memiliki apa- apa untuk dianugerahkan kepada orang lain. 55
• Tumpukan segala kehendak di dalam hati kepada Allah SWT tanpa menyekutukannya. • Rasailah ketenteraman dalaman ketika mana bertawaf di dalam rumah Allah yang suci dan yakinlah ketenteraman itu datang kerana keimanan anda terhadap Maha Pencipta Ayat : ُ سواْ ِإي َمانَ ُهم ِب َ الَّذ ظ ْل ٍم أ ُ ْولَـئِ َك لَ ُه ُم األ َ ْم ُن َو ُهم ُّم ْهتَدُون ُ ِين آ َمنُواْ َولَ ْم يَ ْل ِب “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk” • Merayu kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh agar diterima ibadah Haji dan amalannya serta diampunkan dosa-dosa.
56
• Janganlah anda saling berasak untuk mencium “Hajar Aswad” dan janganlah menganggap ia dapat memberikan manfaat atau mudarat seperti mana yang diucapkan oleh Umar R.A: ولوال أني رأيت النبي صلى هللا عليه وسلم يقبلك، " إني ألعلم أنك حجر ال تضر وال تنفع " ما قبلتك “Sesungguhya aku pasti bahwa engkau hanya sekadar batu biasa yang tidak mendatangkan mudarat dan manfaat. Seandainya saja aku tidak melihat Nabi menciummu tentu aku tak akan menciummu.”
57
Permasalahan : Adakah anda bayangkan dan fikirkan secara mendalam perjalanan nabi-nabi dan cara dakwah mereka kearah mentauhidkan iaitu mengesakan Allah SWT ketika mana anda tawaf di “baitullah Alharam” iaitu Kaabah ? ( Sedikit, Selalu, Saya menyibukkan diri dengan berdoa sahaja) • Tinggalkan segala benda yang mendorong anda kepada kederhakaan terhadap perintah Allah SWT. • Elakkan bercampur dengan teman yang buruk akhlaknya tanpa mengira apa hubungan anda dengan mereka . • Perbaharui tauhid di dalam hati dan jangan berpaling kepada sesiapa pun melainkan kepada-Nya dengan penuh rendah diri, rasa takut , cinta, minta pertolongan atau menaruh harapan.
58
Perjalanan antara Safa Dan Marwa • Ketika mana anda sedang berjalan di antara Safa dan Marwa hayatilah kisah Saidatina Hajar yang mengharapkan dengan segala kesusahan dan kemiskinan kepada rahmat Allah SWT serta sangkaan baik dan keyakinan beliau pada Allah SWT. • Pelajarilah bahawa perjalanan “Sar’ie” merupakan demonstrasi ketaatan kepada Allah SWT di dalam kehidupan anda dengan penuh kebenaran dan niat yang ikhlas hanya pada Tuhan anda . • Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan menyesatkan sesiapa yang meminta perlindungan hanya kepada-Nya dengan sebenarbenarnya tanpa menyekutukanNya.
59
Hari-hari Tashriq (Hari-hari Selepas Ibadah Korban) • • • • •
Elakkan konflik dan kontroversi walaupun anda benar mahupun memang berhak. Sibukkan diri dengan berzikir ,beristighfar , membaca al-Quran dan memberi teladan yang baik kepada orang-orang di sekeliling dengan niat mengikuti jejak Rasulullah SAW dalam akhlaknya yang terpuji. Jangan bertengkar dan bertelagah walaupun dimulakan oleh orang lain dengan menyakiti anda atau mencerca anda kerana niat mengagungkan kebesaran Allah SWT yang telah melarang dan menghentikan anda daripada perlakuan itu. Sibukkan diri membaiki keaiban dan kelemahan diri sendiri dan jauhkanlah diri daripada melihat keaiban orang lain. Kasihi orang lain dan jangan melihat mereka dengan pandangan yang hina atau kejam. Kerana sesungguhnya hati yang keras dan kejam itu adalah tergolong di dalam golongan hati-hati yang sangat jauh daripada Allah SWT
60
•
Belajarlah bersabar dan menguji daya ketahanan serta laksanakannya secara praktikal di dalam kehidupan dan ingatlah segala musibah yang menimpa anda ketika penunaian beribadah Haji akan dicatatkan sebagai pahala dan akan diberi ganjaran yang besar.
•
Ingatlah sesungguhnya tanda-tanda kemanisan iman adalah termasuk menanggung segala kesusahan dan menikmati ketaatan tanpa merasa susah dan jemu.
•
Berusaha bersungguh-sungguh dalam menerima situasi yang berbeza dan pelbagai yang berlaku kerana kesesakan manusia dan selainnya, kerana sesungguhnya itu merupakan Jihad dari segi perbuatan dan pemberian.
•
Ingatlah hari Akhirat dalam melakukan semua perkara dan jadikanlah ia sebahagian dari jiwa anda untuk meningkatkan kesungguhan dalam menambahkan amalan-amalan soleh dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
•
Muhasabahlah diri selalu dan hentikanlah daripada membuat segala sesuatu yang menjarakkan diri anda daripada Allah SWT.
61
Tawaf Wada’ (Tawaf Selamat Tinggal) • Tinggalkan Rumah Allah yang suci dengan penuh sayu dan berdoalah kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki untuk kembali beribadah lagi berkali-kali dan moga segala amal ibadat diterima serta dihapuskan dosa. • Selalulah memanjatkan pujian dan berdoa ke atas baginda Rasulullah SAW. • Sentiasa tingkatkan keazaman agar tetap berpegang teguh kepada perintah Allah SWT dan mengelakkan segala larangannya dan mengikut segala yang disyariatkan kepada umat manusia.
• Berdoalah kepada Allah SWT agar diberikan kebaikan , keamanan dan kesejahteraan • Untuk semua ahli keluarga dan seluruh umat Islam. 62
Permasalah : Sudahkan anda fikirkan kehidupan anda di masa hadapan selepas pulang daripada menunaikan Haji? • • •
Saya langsung tidak memikirkan tentang hal itu. Saya tidak tahu Saya akan pulang kepada kehidupan lama saya
Rawatan/pemulihan • • •
Bayangkan diri anda sekarang sebagai sehelai halaman putih yang suci daripada segala dosa. Tentukan apa yang anda akan tulis padanya selepas anda pulang. Beri tumpuan kepada perkara-perkara yang anda ingin merubah dalam kehidupan anda dan buatlah keputusan secara bijaksana. Teruskan amalan-amalan murni yang telah dipelajari semasa menunaikan ibadah haji seperti kesabaran dan pengorbanan, kemaafan dan bekerjasama dalam kehidupan seharian.
63
Dr. Ruqayyah Taha Jaber Al-Elwani telah menerbitkan beberapa judul buku dalam pelbagai bahasa dan bidang, contohnya seperti “Tadabur Al-quran Al-Karim” , “Pengajian Wanita dan Keluarga”, dan “projek-projek Pembangunan Belia”. Beliau mempunyai pengkhususan dalam pengajian Islam dan perbandingan agama. Beliau telah memenangi pelbagai Anugerah Antrabangsa termasuk : Anugerah Putera Nayef Bin Abdul Aziz Al Saud pada dalam “Sunnah Nabawiyyah” pada peringkat pertama dan juga Anugerah Persatuan Pembaharuan Kitab daripada Persatuan Forum Global “Wasatiyyah” di Jordan pada tahun 2013 masihi dan lain-lain lagi. Beliau telah menawarkan beberapa kursus terutamanya yang berkaitan dengan pembangunan dan dan pengajaran teknik kemahiran menguruskan nilai-nilai positif . Beliau juga telah mengambil bahagian dalam beberapa persidangan dan forum antarabangsa. Kini beliau merupakan Profesor di Universiti Bahrain.
64
Hubungi Kami Telefon Bimbit : +97336646400 Faks : +97377113336 Poskod 38684, Bahrain Akaun Bank (Bank Islam Bahrain) : 100000175725 Email :
[email protected] Laman Web : www.drruqaia.com Hak Cipta Terpelihara 2013 65