PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA: PENGENALAN & KONTEKS
Nota kuliah ini disumberkan sepenuhnya oleh: http://www.slideshare.net/aidafazihrah/sistem-pentadbiran-perancangan-bandar
Foto-foto disumberkan sepenuhnya oleh: Google images (kata kunci “town planning”)
1.0 2.0 3.0
2.1
peringkat kerajaan persekutuan
2.2
peringkat kerajaan negeri
2.3
peringkat kerajaan tempatan
pengenalan sistem pentadbiran perancangan bandar kesimpulan
1.0 PENGENALAN Perancangan (dalam konteks perancangan Bandar) persembahan fizikal tentang sesuatu seperti peta, lukisan dan lain-lain ATAU sebagai kaedah untuk melakukan sesuatu ataupun penyusunan yang teratur untuk mencapai sesuatu objektif.
Perancangan bandar proses menyusun atur sesuatu kawasan berdasarkan kepada rancangan Pemajuan yang disediakan di samping kawalan ke atas proses pembangunan. Di sektor awam Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan desa Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar Kerajaan Tempatan berkenaan.
1.0 PENGENALAN Sistem kerajaan di Malaysia berasaskan federalisme ada tiga peringkat.
1. Kerajaan Persekutuan 2. Kerajaan Negeri 3. Kerajaan Tempatan (KT)
Ditubuh menerusi proses pilihanraya umum
KT ditubuh sec demokratik selepas Perang Dunia Kedua kekecohan tahun 1960an kerajaan mansuhkan sistem pilihanraya untuk KT Kini, Kerajaan Negeri berkuasa melantik Yang DiPertua dan Ahli-Ahli Majlis untuk sesebuah KT menurut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Setiap peringkat kerajaan mempunyai tanggungjawab dan bidangkuasa masing-masing. • Kerajaan Persekutuan misalnya bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkenaan dengan keselamatan negara, dasar luar negeri, cukai pendapatan, pendidikan dan lain-lain lagi. • Tiga tanggungjawab utama Kerajaan Negeri pula ialah perkara-perkara berkenaan dengan tanah, ugama dan kerajaan tempatan. Kesemua tanggungjawab ini adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Sebelum Akta Perancang Bandar dan Desa (PBD) 1976, kuasa dan perhubungan antara pihak berkuasa-pihak berkuasa berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah tidak dinyatakan dengan jelas dalam undangundang semasa. • Khususnya perhubungan di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan begitu rumit sekali pada awal tahun 1960an terutamanya di kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan yang diperintah oleh parti politik yang berlainan daripada parti politik yang menubuhkan kerajaan negeri ( isu pemansuhan). • Bahagian II (Dasar dan Pentadbiran) Akta PBD 1976 membetulkan kekurangan ini dengan menetapkan tugas dan kuasa setiap pihak berkuasa yang ada urusan terhadap hal ehwal tanah.
1
2
3
1
2
2.1 Peringkat Kerajaan Persekutuan Sistem perancangan pada peringkat Persekutuan ianya melibatkan aspek:
1. Penggubalan dasar 2. Perancangan 3. Pelaksanaan 4. Penyelarasan 5. Penilaian
Penggubalan dasar Sesuatu dasar awam akan digubal oleh kerajaan di mana ianya bertujuan untuk memastikan tujuan dan matlamat (usaha-usaha perancangan) ke arah mencapai matlamatnya bolehlah diadakan. Kabinet membentuk dasar-dasar awam Negara. Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan memberi nasihat dan membantu Kabinet menggubal dasar-dasar tersebut.
Penggubalan dasar Sesuatu dasar yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri (isu pengurusan air Selangor) dibincangkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Khas atau Jawatankuasa Perhubungan Persekutuan dan Negeri atau mesyuarat yang melibatkan menteri-menteri besar atau ketua-ketua menteri atau mesyuarat di kalangan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Dasar-dasar penting peringkat Majlis Raja-raja untuk pertimbangan. Dasar-dasar kebangsaan tanah, kewangan, KT dan agama akan dibincangkan oleh *majlis-majlis berkenaan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Dianggotai* wakil-wakil dari kerajaan persekutuan dan negeri. Majlis tersebut termasuklah Majlis Negara Kerajaan Tempatan.
1
MNKT penasihat dan akan membolehkan pertukaran fikiran antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Dasar yang dikeluarkan oleh MNKT dianggap perlu kepada wakil-wakilnya dikeluarkan mesti diikut dan digunapakai. Hanya Sabah dan Sarawak, mengikut Artikel 95E Perlembagaan Persekutuan tidak perlu mematuhi dasar MNKT itu sekiranya tidak mahu.
Sumber: Phang (1989)
1960an
Parlimen lulus Akta Pilihanraya KT 1960 – pindah seliaan pilihanraya dari Knegeri Shjaya Phraya Parlimen lulus Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 KL sebagai ibu kota persekutuan
1963
PBT ada di Bandar dan kawasan Desa tambah kompleksiti
1971
Federal susun semula KT khidmat > cekap
1973
• Akta Kerajaan Tempatan (peruntukan sementara) • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1973
Peranan utama:
1. Merancang dan melaksanakan dasar dan program Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sesuai dengan matlamat dasar pembangunan negara. 2. Menyelaras penyediaan perumahan yang mencukupi kepada semua rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah 3. Mewujudkan pihak berkuasa tempatan yang kukuh dan mampu menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat yang maju dan persekitaran yang selesa dan indah 4. Memberi perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran yang cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda 5. Memperkukuhkan dan melaksanakan sistem perancangan fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 6. Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawalselia pembangunan landskap seluruh negara 7. Merancang, mengawalselia dan menguatkuasakan semua peraturan yang berkaitan dengan sektor pembetungan di negara ini mengikut Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508)
2
Perancangan Setiap agensi kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pembangunan (1) rancangan tahunan dan (2) Rancangan Lima Tahun. Perancangan agensi-agensi yang terletak di bawah satu kementerian disatukan perancangan bagi seluruh kementerian. Negeri setiap agensi bertanggungjawab menyediakan rancangan masing-masing. Diteliti dan diperiksa oleh UPEN menyediakan perancangan negeri untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan Undangan Negeri.
Di bawah aktiviti perancangan, JPBD (Semenanjung Malaysia) berperanan memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna
JPBD memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut :
3
1. Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah, 2. Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172); 3. Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian perancangan, piawaian dan prosedur perancangan, 4. Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan, 5. Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, 6. Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.
Perlaksanaan
Perlaksanaan Agensi yang sediakan rancangan pembangunan secara automatik melaksanakan rancangan tersebut menjalankan program atau projek tertentu. Perancangan tumpuan peringkat atas, pelaksanaan tumpu bawah peringkat cawangan agensi di negeri, daerah, mukim dan kampung. Tapi sekiranya cawangan menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikannya dikemukakan kepada pihak ibu pejabat. Pada peringkat perlaksanaan ini, antara rancangan pembangunan yang disediakan adalah Rancangan Fizikal Negara.
Rancangan Fizikal Negara (RFN) suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia.
RFN diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005. Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia
Antara tema Rancangan Fizikal Negara ialah: 1. Pembentukan kerangka spatial negara. 2. Peningkatan daya saing ekonomi negara. • Pemodenan sektor pertanian. • Pengukuhan pembangunan pelancongan. • Pengurusan petempatan manusia. • Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar. • Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara. 3. Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian
Penyelarasan
Penyelarasan Merupakan peringkat yang penting menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Penyelarasan bertujuan untuk mengadakan perhubungan dan pertalian yang licin antara pelbagai agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan sesuatu program dan projek pembangunan. Di peringkat negeri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah UPEN dan pegawai utama negeri yang lain akan menjalankan penyelarasan ke atas cawangan agensi-agensi persekutuan dengan mengadakan perhubungan dan kerjasama yang rapat.
Penilaian
Penilaian
Aspek ini adalah perlu untuk mengetahui kesan pelaksaan sesuatu program atau projek pembangunan terhadap golongan masyarakat yang menjadi sasaran.
Semua kesan ini perlu diketahui untuk membolehkan pegawai perancang mengadakan perancangan yang lebih baik untuk menjamin kejayaan yang lebih besar bagi projek-projek kerajaan yang akan datang.
Yuhuuuuu….
Selesai part KERAJAAN PERSEKUTUAN!
2.2 Peringkat Kerajaan Negeri Pembentukan dasar-dasar awam negeri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri anggotanya ahli-ahli Dewan Undangan Negeri + dibantu pegawai kanan kerajaan, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri. Sebelum sesuatu dasar itu dibentuk, Kerajaan Negeri juga menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengkaji dahulu sesuatu dasar sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Rancangan 5 tahun
Diserah kepada UPEN, Jab Perdana Menteri
Dikumpul dan dinilai di peringkat negeri
Kenalpasti dan cadang projek peringkat kawasan
Mengikut amalannya, kedua-dua pendekatan perancangan dari bawah dan perancangan dari atas diamalkan di negara ini. Ini bermakna kedua-dua peringkat kerajaan persekutuan dan negeri memainkan peranan penting dalam perancangan dan pembangunan sesebuah negeri itu. Di peringkat negeri menentukan daerah atau wilayah manakah di dalam sesuatu negeri itu yang patut diberi keutamaan berdasarkan kepada kedudukan mundur majunya sesebuah daerah itu. Kerajaan Negeri dapat menentukan daerah atau wilayah yang patut dan sesuai menerima sesuatu projek pembangunan tertentu dengan mengambilkira kepentingan negara sebagai asas untuk perancangan.
Jawatankuasa Perancang Negeri 1
Jawatankuasa Perancang Negeri Tugas Jawatankuasa Perancang Negeri Berdasarkan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (s.4(3)) ialah: 1. menggalakkan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah; 2. menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai perkara dalam (i) di atas; dan 3. mengusaha, membantu dan menggalakkan maklumat dan metodologi berhubung dengan perancangan bandar.
Kuasa Jawatankuasa Perancang Negeri:
• memberi arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dan arahan itu mesti dipatuhi (s. 4(5));
Jawatankuasa Perancang Negeri
• mengarahkan supaya diadakan suatu penyiasatan atau pendengaran tempatan (s. 4(7)); • tugas-tugas lain untuk melaksanakan Akta PBD 1976 (s. 4(6)). Peruntukan ini amat luas. Misalnya, JPN nampaknya boleh peruntukan ini untuk menjalankan suatu kajian dan seterusnya sediakan sesuatu Rancangan Pembangunan untuk peringkat Negeri dan rancangan ini dijadikan dokumen yang mengandungi dasar negeri untuk pemajuan tanah. Kekurangannya ialah proses "perancangan" itu mungkin tertutup dan tidak terbuka untuk menelitian dan penyertaan awam. Rancangan Pembangunan Negeri ini juga mungkin diklasifikasikan sebagai SULIT ataupun tidak dibuka untuk pemeriksaan orang ramai.
JPBD Negeri 2
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri adalah berbeza mengikut negeri tertentu, jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas. Antara fungsi jabatan ini adalah; • Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua hal perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah; • Berfungsi sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172),
• Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan dasar dan kawalan perancangan tanah dan bangunan, • Bertindak sebagai penasihat kepada pihak berkuasa tempatan mengenai perancangan bandar dan desa, serta pemajuan dan penggunaan tanah • Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal selia ke atas pelaksanaan rancangan pemajuan; • Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan kerajaan negeri; dan • Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan pembangunan tanah. • Melaksana dan menyelaras penyeragaman pelaksanaan sepenuhnya Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) di semua pihak berkuasa perancang tempatan. • Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas serta kajian/projek khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif jabatan, • Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan, • Memberi khidmat nasihat kepada jabatan / agensi lain mengenai perancangan bandar dan desa.
Rancangan Struktur Negeri
Kaedah penyediaannya juga adalah berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Pindaan 2001 (Akta A 1129),
Rancangan Tempatan Daerah disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT)
TOR
Kenalpasti Kawasan RKK
Rancangan Kawasan Khas Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), kaedah penyediaan Rancangan Tempatan. RKK adalah disediakan diperingkat Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan
Yuhuuuuu….
Selesai part KERAJAAN NEGERI!
2.3 Peringkat Kerajaan Tempatan “kerajaan tempatan dalam konteks Semenanjung Malaysia bermaksud kerajaan di kawasan-kawasan Bandar, luar Bandar atau gabungan kedua-dua kawasan ini dan di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. Kerajaan tempatan mempunyai kedudukan yang sah dan berdaulat daripada kerajaan tertinggi itu. Kerajaan tempatan ialah peringkat ketiga dalam struktur Persekutuan Malaysia.” Definisi KT oleh Malcolm W. Norris (1980) di dalam Phang “Sistem Kerajaan Tempatan di Malaysia”
Akta PBD 1976 memperuntukkan bahawa tiap-tiap pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu (s. 5(1)). PBN boleh mengistiharkan mana-mana kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana PBPT sebagai suatu kawasan pihak berkuasa perancang tempatan (s. 5(2)). Di kawasan-kawasan ini, PBN boleh melantik seorang atau beberapa orang sebagai PBPT (s. 5(3)).
Kuasa ini telah digunakan di Johor Barat dengan perlantikan PegawaiPegawai Daerah berkenaan sebagai PBPT untuk kawasan di luar kawasan Majlis-Majlis Bandaran.
2.3 Peringkat Kerajaan Tempatan
Apa beza?
PBT
PBPT
PBT
PBPT
Dari segi undang-undang pihak berkuasa tempatan dan PBPT adalah dua badan atau pertubuhan yang berasingan walaupun ia biasa berfungsi dalam suatu jentera pentadbiran yang sama. Misalnya, pihak berkuasa tempatan apabila mengambil tindakan perancangan (seperti mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang) ia bertindak sebagai suatu PBPT bukan sebagai pihak berkuasa tempatan. Di sebaliknya PBPT tidak boleh bertindak sebagai pihak berkuasa tempatan (seperti mengutip cukai, memungut sampah, mengawal kesihatan bandar, dll). Biasanya, PBPT tidak mengambil gelaran yang berasingan tetapi mengguna nama pihak berkuasa tempatan. Contohnya, apabila seseorang memohon kebenaran merancang daripada PBPT Pulau Pinang ia sebenarnya berurus dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), iaitu nama pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang. Surat kelulusan kebenaran merancang juga disediakan di atas surat resmi MPPP (MPPP letterhead).
2.3 Peringkat Kerajaan Tempatan
Kawalan Perancangan Kuasa PBPT berkenaan dengan kawalan perancangan diberi melalui s. 19(1) Akta PBD 1976 yang menyatakan bahawa semua orang kecuali PBPT mesti mendapat kebenaran merancang. Permohonan untuk kebenaran merancang hendaklah dibuat kepada PBPT (s. 21(1)).
3.0
Kesimpulan