Pengurusan Data Kajian Dengan Menggunakan Microsoft Excel Latihan 1 Pengenalan Terdapat pelbagai perisian yang dapat membantu anda dalam menguruskan data anda. Bagi tahun pelajar tahun 2, anda tidak akan diajar secara formal mengenai sebarang perisian tersebut. Ini kerana semasa di tahun 2, kamu hendaklah menguasai konsep asas statistik. Semasa di tahun 4 kelak, anda akan diajar menggunakan perisian EpiInfo (posting JKM) dan perisian SPSS (posting Perubatan Keluarga). Tanpa penguasaan konsep asas statistik yang baik, anda akan keliru tentang ujian statistik yang sesuai dengan data kajian anda dan tidak tahu bagaimana untuk menginterpretasi hasil analisa. Namun begitu kami menyedari bahawa adalah sukar untuk pelajar melakukan kiraan jika data tidak terurus dan masih terdapat dalam borang soalselidik. Berikut adalah langkah-langkah ringkas bagaimana untuk menyimpan data anda dalam perisian Microsoft Excel. Excel dipilih memandangkan ianya adalah perisian yang terdapat dalam kebanyakan komputer. 1. Buka perisian Excel. Pergi ke petak A1 dan masukkan label variabel pertama, B2 bagi label variabel kedua dan seterusnya (lihat rajah dibawah).
Sebaik-baiknya label variabel yang diberikan mengikut peraturan berikut; • Unik, iaitu berbeza di antara satu sama lain. • Tidak lebih dari 8 huruf. • Terdiri dari huruf dan/atau nombor sahaja. Tiada simbol lain atau petak kosong (space) digunakan. • Dimulai dengan huruf, bukan nombor. • Cuba berikan label yang membantu pembaca mengenali maksudnya. Contohnya label “jantina” bagi variabel jantina responden. 2. Tentukan penkodan bagi tiap-tiap variabel. Bagi “jantina”, akan mungkin ingin mengkodkan lelaki sebagai “1” dan perempuan sebagai “2”. Jika anda menggunakan huruf seperti “L” bagi lelaki dan “P” bagi perempuan, ingat bahawa “l” dan “p” adalah berbeza dari “L” dan “P”. Pastikan anda menggunakan huruf kecil sahaja atau huruf besar sahaja.
3. Masukkan data kajian anda disusun berturutan di bawah baris label tersebut. Contohnya bagi data individu pertama, ianya akan dimasukkan dibaris kedua. Data individu kedua pada baris ketiga dan seterusnya (lihat rajah dibawah).
4. Jika data anda terlalu banyak, anda mungkin tidak nampak label di atas. Anda boleh “fix”kan position label dengan cara meletakkan cursor anda di B2. Kemudian klik menu Window )UHH]H 3DQHV 6HOHSDV LQL DQGD DNDQ VHQWLDVD boleh lihat nama label dan indeks kes.
y
Min dan Sisihan Piawai Anda boleh mengira nilai min dan sisihan piawai anda dengan menggunakan Excel. Ianya boleh dikira secara terus atau secara tidak langsung. Data yang digunakan sebagi contoh di bawah adalah data sga.xls yang boleh di”download” dari laman web jabatan di http://www.commhlth.medic.ukm.my. 1. Bagi secara tidak langsung, anda boleh mendapatkan jumlah kesemua cerapan (bagi contoh ini data terletak antara petak B2 hingga B219) dengan menggunakan arahan “=SUM(B2:B219)”. Bilangan cerapan diketahui dengan arahan “=COUNT(B2:B219)”. Bahagikan nilai pertama dengan nilai kedua dan anda akan dapat nilai min. Ataupun anda boleh mendapatkannya terus nilai min dengan arahan “=AVERAGE(B2:B219)”.
2. Bagi mengira nilai sisihan piawai secara tidak langsung, langkahnya agak sukar. Mula-mula “insert”kan kolum baru di sebelah kolum yang ingin dikira (e.g. kolum B). Pada petak baru itu (kolum C), masukkan formula “=(B2-29.12)^2” atau “=(B2-(AVERAGE(B$2:B$219))^2”. Nilai 29.12 ialah nilai min yang telah dikira sebelum ini.
3. “Copy & paste” arahan tersebut ke seluruh kolum tersebut. Jumlahkannya dibawah dengan arahan “=SUM(C2:C219)”.
4. Masukkan nilai tersebut ke dalam formula sisihan piawai, iaitu punca kuasadua (7466/(218-1)) = 5.8655 dan kirakan jawapannya. Bagi mendapatkan sisihan piawai secara terus, arahannya adalah “=STDEV(B2:B219)”.
5. Bagi mendapatkan nilai mod dan median “=MODE(B2:B219)” dan “=MEDIAN(B2:B219)”.
pula,
gunakan
arahan
Jadual Frekuensi dan Jadual Taburan Frekuensi 1. Untuk membuat jadual frekuensi, arahan yang digunakan adalah “=COUNTIF (range, criteria)”. Contohnya bagi mengira frekuensi bangsa Melayu yang dikodkan sebagai “1” dan terletak di julat D2:D218, arahannya adalah “=COUNTIF(D$2:D$218, 1)“.
2. Sekiranya penkodannya menggunakan huruf (e.g. “M”), pastikan kriteria yang ditentukan terletak di antara tanda seruan (e.g. “=COUNTIF(D$2:D$218, “M”)”). 3. Bagi membuat jadual taburan frekuensi, anda perlu menentukan julat setiap kumpulan terlebih dahulu. Bagi contoh ini kita akan menggunakan kumpulan umur iaitu “kurang dari 36 tahun” dan “36 tahun atau lebih”. Seperti arahan di atas, anda perlu menentukan julat dan kriteria dalam arahan tersebut. Julat di sini
ialah di antara B2:B218, kriterianya ialah “<36” dan “>35.9”. Maka arahan bagi petak pertama ialah “=COUNTIF(B$2:B$218,”<36”)”. Arahan bagi petak kedua pula ialah ialah “=COUNTIF(B$2:B$218,”>35.9”)”.
4. Jika ingin dikelaskan kepada lebih dari 2 kumpulan, maka ianya menjadi semakin sukar. Contoh yang baik ialah bagi taburan umur populasi sampel mengikut pengkelasan seperti di bawah. Umur
Bil
%
15-24.99 25-34.99 35-44.99 45-54.99 JUMLAH
5. Bagi petak kedua (25-34.99), ianya dikira dengan cara; • Kira frekuensi mereka yang berumur bawah 35 tahun (“<35”). • Tolak dengan frekuensi mereka yang berumur bawah 25 tahun (“<25”). • Arahannya adalah “=(COUNTIF(B$2:B$218, "<35"))(COUNTIF(B$2:B$218, "<25"))”. • Cuba tulis arahan anda sendiri bagi mengira nilai petak 3 & 4. Hasil arahannya sepatutnya seperti dalam rajah di bawah. Ini dapat menguji kefahaman anda.
Penutup Jelas di sini bahawa perisian komputer seperti Microsoft Excel mampu memudahkan tugas pelajar dalam menguruskan data mereka. Namun begitu anda semua perlu ingat bahawa semasa peperiksaan, anda tidak akan dibantu oleh komputer atau sebarang perisian komputer. Anda hanya boleh membawa kalkulator saintifik anda. Oleh itu pastikan bahawa anda “mengenali” kalkulator saintifik anda sepenuhnya. Setiap versi yang berbeza mempunyai cara yang berbeza bagi mengira statistik. Pastikan anda tahu cara yang spesifik bagi kalkulator saintifik anda. Satu-satunya “kawan” anda semasa peperiksaan adalah kalkulator saintifik anda. Memang formula akan diberi semasa peperiksaan, tetapi formula yang diberi hanyalah formula asas pengiraan. Jika anda tidak tahu menggunakannya, maka ianya adalah serupa seperti anda tidak diberikan apa-apa bantuan langsung. Pastikan anda menghadiri semua kuliah dan amali agar anda tahu menggunakan semua formula yang ada. Selamat Berjaya!
Hakcipta terpelihara Dr Azmi Mohd Tamil Excel1.doc 12-3-00.