Pengurusan Data Kajian Dengan Menggunakan Microsoft Excel Latihan 2
Pengenalan Kebanyakan ujian statistik boleh dilakukan di dalam Excel walaupun Excel sebenarnya adalah suatu “spreadsheet”. Namun begitu agak sukar untuk melakukan ujian-ujian tersebut di dalam Excel jika dibandingkan dengan perisian khas untuk statistik yang lain seperti SPSS dan EpiInfo. Perlu 2 atau 3 langkah sebelum kita mendapat keputusan dalam Excel, walhal dalam perisian seperti SPSS keputusan terhasil dalam satu langkah sahaja. Bagi latihan ini, kita akan menunjukkan cara untuk melakukan ujian t Student dan ujian t berpasangan dengan menggunakan Excel. Ujian t Student Data yang digunakan bagi latihan ini adalah data yang sama seperti data di latihan 1 iaitu sga.xls. Jika ingin mencubanya sendiri, data tersebut ada di laman web jabatan di http://www.commhlth.medic.ukm.my. Data ini adalah dari kajian kes kawalan mengenai factor-faktor yang mempengaruhi kejadian kelahiran bayi kurang berat (small for gestational age – SGA) di sebuah hospital. Bagi contoh ini, kita ingin menguji hipotesis “ibu-ibu dalam kumpulan kawalan mempunyai berat badan trimester pertama yang lebih berbanding dengan ibu-ibu dalam kumpulan kes”. Kumpulan kes dan kawalan ditentukan dalam variabel GROUP. Kumpulan kes dikodkan sebagai “1” dan kumpulan kawalan sebagai “0” (Lihat Rajah 1).
Rajah 1
Satu lagi variabel ialah variabel “berat ibu-ibu semasa trimester pertama dalam kilogram” iaitu WEIGHT2.
Kaedah secara langsung. Bagi melakukan ujian t Student, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah untuk menyusun semula data mengikut kumpulan yang ingin diuji. Bagi contoh di sini ialah menyusunnya kepada kumpulan kes (“1”) dan kumpulan kawalan (“2”).
y
1. Pastikan cursor anda berada di atas petak yang berisi data. Selepas itu klik butang tetikus kiri pada menu “DATA 6257´ 3DGD UHTXHVWHU \DQJ WLPEXO SLOLK variabel “GROUP” bagi petak pertama seperti dalam rajah 2 dan tekan butang “OK”.
Rajah 2
2. Perisian Excel akan menyusun data tersebut mengikut kumpulannya. Sekarang ini sila tuliskan kedudukan data WEIGHT2 mengikut kumpulan seperti dalam rajah 3.
Rajah 3
Data WEIGHT2 bagi kumpulan kawalan terletak di antara sel S2:S109, manakala bagi kumpulan kes terletak di antara sel S110:S219. Tuliskannya di atas kertas.
3. Pergi ke petak bawah sekali, bagi contoh ini ialah S220. Selepas itu klik pada butang yang terletak di toolbar. Requester berikut akan keluar seperti dalam rajah 4;
Rajah 4
Pada FUNCTION CATEGORY, pilih STATISTICAL. Pada FUNCTION NAME, pilih TTEST, seperti dalam rajah 4 di atas. Selepas itu klik butang “OK”. 4. Requester seperti dalam rajah 5 akan terhasil. Lengkapkannya seperti dalam rajah 5. Tekan butang “OK” selepas selesai.
Rajah 5
ARRAY1 ialah petak di mana data kumpulan pertama (kawalan) terletak. Sebagaimana yang tercatat sebelum ini, ianya terletak di sel S2:S109. ARRAY2 pula ialah petak di mana data kumpulan kedua (kes) terletak iaitu di di sel S110:S219. TAILS pula adalah pilihan sama ada ujian satu ekor (“1”) atau ujian
dua ekor (“2”). TYPE pula menentukan jenis ujian t yang ingin dilakukan, seperti yang tercatat dalam rajah 5. 5. Nilai yang ditayangkan iaitu 1.28837E-07 adalah nilai p hasil dari kiraan tersebut. Nilai t yang sebenar tidak diberikan. Nilai p itu lebih kecil dari batas kemaknaan 0.05. Maka ujian itu tadi membuktikan bahawa wujud perbezaan nilai min yang signifikan di antara kumpulan kes dan kawalan dan hipotesis nol ditolak. (Rujuk kepada latihan 1 bagi cara bagaimana untuk mengira min dengan menggunakan Excel).
Rajah 6
Kaedah secara tidak langsung 1. Mula-mula “SORT” data anda mengikut “GROUP” (untuk penjelasan terperinci, rujuk kaedah secara langsung). 2. Dapatkan min dan sisihan piawai bagi variabel WEIGHT2 bagi kumpulan kes dan kumpulan kawalan (rujuk latihan 1 bagi arahannya). 3. Masukkan nilai yang terhasil ke dalam formula ujian t Student dan kira nilai t. Rujuk kepada jadual yang sesuai bagi mendapatkan nilai p.
Ujian t berpasangan Data yang digunakan bagi latihan ini adalah data sgapair.xls. Jika ingin mencubanya sendiri, data tersebut ada di laman web jabatan di http://www.commhlth.medic.ukm.my. Data ini adalah subset dari kajian kes kawalan mengenai factor-faktor yang mempengaruhi kejadian kelahiran bayi kurang berat (small for gestational age – SGA) di sebuah hospital. Semasa kajian itu dijalankan, seramai 70 orang ibu dikesan sebagai kurang darah (anemik) semasa trimester kedua dan diberi rawatan dengan hematiniks. Selepas 2 bulan paras hemoglobin mereka diukur semula. Ujian statistik yang ingin dijalankan adalah untuk menguji sama ada berlaku perubahan yang positif selepas intervensi diberikan. Oleh kerana variabel yang diukur adalah variabel kuantitatif selanjar
yang berulang pada individu yang sama, maka ujian statistik yang sesuai adalah ujian t berpasangan. Kaedah secara langsung. 1. Oleh kerana data yang ingin dibandingkan berada dalam 2 turus (kolum) yang berbeza, maka tidak perlu SORT data terlebih dahulu. Hanya perlu pastikan kedudukan data. Bagi data paras hemoglobin sebelum intervensi (HB2), ianya terletak antara sel B2:B71. Data paras hemoglobin selepas intervensi (HB3) terletak antara sel C2:C71. Catat nilai tersebut di atas kertas. 2. Letakkan cursor pada petak terbawah, bagi contoh ini di petak B73. Klik pada butang toolbar . Requester seperti rajah 4 akan keluar. Seperti sebelum ini, pada FUNCTION CATEGORY, pilih STATISTICAL. Pada FUNCTION NAME, pilih TTEST. Selepas itu klik butang “OK”. 3. Requester seperti dalam rajah 7 akan terhasil. Lengkapkannya seperti dalam rajah 7. Tekan butang “OK” selepas selesai.
Rajah 7
4. ARRAY1 ialah petak di mana data kumpulan pertama (Hb sebelum) terletak iaitu di sel B2:B71. ARRAY2 pula ialah petak di mana data kumpulan kedua (Hb selepas) terletak iaitu di di sel C2:C71. TAILS pula adalah pilihan sama ada ujian satu ekor (“1”) atau ujian dua ekor (“2”). TYPE pula menentukan jenis ujian t yang ingin dilakukan, seperti yang tercatat dalam rajah 7. Oleh kerana kita ingin melakukan ujian t berpasangan, masukkan nilai 1 di sini. 5. Nilai yang ditayangkan iaitu 0.003560585 adalah nilai p hasil dari kiraan tersebut. Nilai t yang sebenar tidak diberikan. Nilai p itu lebih kecil dari batas kemaknaan 0.05. Maka ujian itu tadi membuktikan bahawa wujud perbezaan paras hemoglobin sebelum dan selepas intervensi yang signifikan dan hipotesis nol ditolak.
6. Persoalannya sekarang adakah perbezaan itu ke arah para hemoglobin yang meningkat atau menurun? Jika kiraan dilakukan secara manual, jumlah perbezaan (' \DQJ SRVLWLI PHQXQMXNNDQ SHQLQJNDWDQ PDQDNDOD ' \DQJ QHJDWLI menunjukkan penurunan. Bagi Excel, anda boleh mendapatkan nilai min bagi kedua kumpulan data tersebut bagi melihat tren data (lihat pada rajah 8).
Rajah 8
Kaedah secara tidak langsung 1.
Pada petak D1, masukkan label “BEZAHB”. Pada petak D2, masukkan formula “=C2-B2”. Kemudian “COPY & PASTE” petak D2 kepada petak D3 hingga D71. Jumlahkan BEZAHB pada petak D72 dengan arahan “=SUM(D2:D71)”. Dapatkan min BEZAHB dengan membahagikan jumlah BEZAHB dengan n=70.
2.
Pada petak E1, labelkannya sebagai “BEZAK2”. Pada petak E2, masukkan formula “=D2^2”. Kemudian “COPY & PASTE” petak E2 kepada petak E3 hingga E71. Jumlahkan BEZAK2 pada petak D72 dengan arahan “=SUM(D2:D71)”.
3.
Masukkan semua kiraan di atas ke dalam formula t berpasangan dan dapatkan nilai t. Dapatkan nilai p dengan merujuk kepada jadual yang sesuai.
Penutup Cuba lakukannya dengan data kajian anda sendiri. Selamat Mencuba!
Hakcipta terpelihara Dr Azmi Mohd Tamil Excel2.doc 17-3-00.