PENGHAYATAN FIQH ZAKAT DALAM MEMBANGUNKAN UMMAH MENURUT PERSPEKTIF HAMKA Muhammad Yusry Affandy bin Md Isa1 Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
[email protected] ABSTRAK Penghayatan mendalam mengenai fiqh zakat akan menjurus ke aras keberkesanan perlaksanaan zakat yang telah diwajibkan Allah s.w.t. HAMKA selaku ilmuan terkemuka Nusantara menitikberatkan seruan kewajipan ibadat termasuk zakat dalam karya-karyanya terutama Tafsir al-Azhar. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menerangkan dan menganalisis perspektif HAMKA berkenaan penghayatan fiqh zakat yang berperanan membangunkan ummah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah deduktif untuk mendapatkan fakta-fakta fiqh zakat di dalam Tafsir al-Azhar dan deskriptif bagi menghuraikan aspek penghayatan fiqh zakat ke arah membangunkan ummah. Pentafsiran HAMKA di dalam karya Tafsir al-Azhar mengandungi intipati fiqh zakat di samping fiqh ibadat yang lain. Dapatan kajian penulisan ini mendapati perspektif HAMKA adalah amat menekankan umat Islam untuk mendalami perintah zakat dengan ilmu pengetahuan dan kesedaran sosial. Beliau turut mengkritik perlaksanaan zakat tanpa penghayatan yang akan mengagalkan ruh kewajipan zakat. HAMKA turut cenderung mengaitkan pengaruh pengetahuan tentang tuntutan zakat akan memberi pelbagai implikasi positif terhadap ummah apabila difahami selari dengan tuntutan wahyu. Kata kunci: penghayatan, fiqh zakat, HAMKA, Tafsir al-Azhar, ummah Pengenalan Nas al-Quran telah menyebut mengenai zakat dalam pelbagai konteks dan istilah. Ia wujud dalam bentuk kata nama khas (ma'rifah) sebanyak 30 kali, iaitu 8 kali dalam ayat Makkiyyah dan selainnya dalam ayat Madaniyyah (Hasbi As-Siddiqy, 2006:6-7). Zakat merupakan kewajipan yang termasuk dalam perbincangan fiqh ibadat. Ke arah merealisasikan tuntutannya, pengetahuan dan pemahaman pelaksanaannya dapat diperoleh menerusi pengkajian fiqh zakat. Fiqh zakat merupakan susunan ilmu dan kefahaman tentang pelaksanaan zakat dalam kerangka peribadatan kepada Allah s.w.t. dan kepentingan hubungan sesama insan (Muhammad, 1998:1). Ia juga diistilah secara khusus sebagai sebuah entiti untuk mengenali tuntutan zakat dan kadar yang diwajibkan, mengetahui pandangan mazhab dan fatwa yang sedia diterima pakai dan mengetahui kepelbagaian 1
Pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah. Calon doktor falsafah Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia.
pendapat fuqaha’ semasa dalam isu zakat. Dengan pendedahan fiqh zakat, beberapa keistimewaan dapat diperolehi iaitu (Ibid.,:12-13): i. Keluasan Islam dan peranannya yang sentiasa signifikan sepanjang zaman dan tempat di dunia demi memelihara kepentingan manusia. ii.
Kesungguhan syariat Islam dalam memelihara kemuliaan manusia dan membantu permasalahan sosial insan yang berlaku.
iii.
Sebahagian dasar ekonomi yang berperanan mengetengahkan tatacara pengurusan hal ehwal harta untuk manfaat sejagat.
HAMKA adalah antara ilmuan Islam era moden yang tidak ketinggalan dalam menyelitkan penghayatan fiqh zakat dalam membangunkan ummah. HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Karim Amrullah (1908-1981) adalah seorang tokoh cendekiawan dan mufassir yang banyak menyumbang bakti dalam perkembangan ilmu Islam di Nusantara. Menurut penelitian Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman (2008:115), HAMKA telah menghasilkan sebanyak 118 buah buku daripada pelbagai disiplin ilmu. Dalam bidang agama, karya terbesar yang dihasilkan ialah Tafsir alAzhar. Terdapat dua karya utama HAMKA mengenai penghayatan fiqh zakat iaitu Islam: Revolusi Ideologi dan Keadilan Sosial dan Tafsir al-Azhar. Di dalam karya Islam: Revolusi Ideologi dan Keadilan Sosial (2009), HAMKA membicarakan tajuk zakat dalam skop rukun Islam dan perbincangan golongan yang berhak menerima zakat dan sumbangan zakat kepada keadilan sosial. Perspektif HAMKA menerusi Tafsir al-Azhar adalah lebih komprehensif. Ini kerana beliau melebarkan kupasan ilmiah menerusi pentafsiran 20 ayat yang mengandungi fiqh zakat bertunjangkan dalil utama al-Quran al-Karim. Ayat-ayat tersebut didapati pada ayat 43, 83, 110, 267, 276 dan 271 surah al-Baqarah, ayat 141 surah al-An’am, ayat 5, 11, 34, 60, 103 dan 104 surah al-Taubah, ayat 78 surah al-Haj, ayat 56 surah al-Nur, ayat 38 surah al-Rum, ayat 33 surah al-Ahzab, ayat 24 dan 25 surah al-Ma’arij dan ayat 20 surah al-Muzammil. Perspektif HAMKA termuat dalam bentuk pentafsiran ayat dan penyataan hukum. Sebagai contoh pentafsiran berbentuk fiqh zakat ialah pada firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orangorang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan)
jalan Allah, orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (al-Quran, surah al-Taubah, 9:60) HAMKA membicarakan fiqh zakat setelah mentafsirkan kalimah utama yang tertera di dalam ayat ini seperti al-sadaqat, al-fuqara`, al-masakin dan al-a’milin. Selepas itu, beliau memperincikan lapan golongan asnaf zakat yang diistilahkan seperti berikut (HAMKA, 1985:11:247-257): i. Fakir ii. Miskin iii. Pengurus Zakat iv. Orang-orang yang ditarik hati v. Untuk pelepasan hamba vi. Orang berhutang vii. Fi sabilillah viii. Orang dalam perjalanan Lapan golongan yang berhak menerima zakat ini dihuraikan menerusi tajuk “Yang Mustahak Menerima Zakat.” Pentafsiran ayat 60 surah al-Taubah merupakan himpunan perspektif HAMKA paling utama di dalam Tafsir al-Azhar kerana ia membabitkan perincian golongan penerima zakat dan hukum berbangkit dalam isu memberi dan menerima zakat. Segala hujah diperkukuhkan dengan dalil, pandangan ulama dan ijtihadnya sendiri. Sebagai contoh HAMKA menggunakan dalil bagi memperkukuh perspektifnya mengenai takrifan miskin ialah golongan yang mempunyai harta tetapi susah dengan dalil daripada surah al-Kahfi dan hadith riwayat alBukhari dan Muslim. Dalam menghuraikan peranan ‘amil, beliau menegaskan bahawa keturunan Rasulullah s.a.w. melalui Bani Hasyim dan Bani ‘Abd al-Mutallib adalah tidak dibenarkan terlibat dalam urusan zakat berdalilkan hadith sahih riwayat Imam Ahmad. Dalam konteks ijtihad, HAMKA mengemukakan perspektif berdasarkan hujah dan dalil tersendiri. Sebagai contoh, beliau tidak bersetuju dengan panggilan muallaf yang terlibat dalam urusan menerima zakat. Panggilan ini seolah-olah merujuk kepada golongan yang meminta-minta dan bukan sebagai panggilan penghormatan. Beliau berdalilkan ayat 11 surah al-Hujurat yang melarang mengelarkan kumpulan manusia yang lain dengan panggilan yang tidak menyenangkan. Penghayatan Fiqh Zakat Menurut Perspektif HAMKA HAMKA menekankan penghayatan fiqh zakat pada keseluruhan ayat yang berkaitan zakat di dalam Tafsir al-Azhar. Pandangan dan pemikiran beliau dapat dilihat menerusi beberapa penjelasan hukum hakam zakat, ijtihad keterangan al-Quran dan maqasid perintah zakat serta seruan beliau terhadap masyarakat Islam yang memenuhi syarat wajib zakat menurut kesepakatan ulama seperti muslim, merdeka, baligh, berakal, pemilikan harta secara tetap dan harta yang cukup kadar haul (kadar satu tahun mengikut perkiraan qamariyyah) dan nisab (kadar-kadar zakat yang ditentukan syarak) (al-Zuhaili, 2002:3:1796). Perspektif Hamka berkenaan penghayatan fiqh zakat dapat dirangkumkan seperti berikut: Zakat Adalah Suatu Kewajipan HAMKA mendefinisikan zakat sebagai pembersihan (HAMKA,1982:1:241). Ia juga diertikan sebagai sadaqah iaitu pemberian yang wajib dilaksanakan. Perintah zakat bukanlah satu anjuran sampingan atau
perkara sunat bahkan ia adalah wajib dan mewakili salah satu rukun Islam (Ibid.,1985:11:34). HAMKA mengaitkan perintah Allah s.w.t. ini dengan konsep tahur dan zakah iaitu pembersihan dan penyucian terhadap harta manusia (Ibid.,11:34). HAMKA mendatangkan pendapat Ibn Kathir berkenaan ayat 20 surah al-Muzammil bahawa ia diturunkan di Mekah dengan membawa perintah zakat meskipun masyarakat Islam baru sahaja berkembang. Pemantapan hukum zakat seperti nisab zakat ditentukan kemudiannya di Madinah. HAMKA menerangkan bahawa untuk mengetahui kewajipan awal zakat dapat difahami menerusi ayat 141 surah al-An’am. Berdasarkan ayat berkenaan, tanaman seperti padi, gandum dan kurma yang baru sahaja mengeluarkan hasil adalah wajib diberikan kepada golongan yang berhak dengan kadar yang disukai. HAMKA menyebut: Seketika kamu mengetam hasil itu atau menyabit atau panen, janganlah lupa mengeluarkan haknya. Janganlah dimakan seorang tetapi ingatlah fakir miskin, orang-orang kekurangan dan berilah mereka. (Ibid.,1983:8:76) Bagi memahami proses perintah zakat, HAMKA menyatakan dalil ayat 141 sura al-An’am adalah termasuk dalam perkara khilaf hukum sama ada perlu didahulukan memberi zakat atau menunggu nisab untuk dikeluarkan zakat kemudiannya. Dalil perintah satu persepuluh harta menyusul di Madinah pada tahun dua Hijrah. Beliau berpendapat ayat 141 surah al-An’am tidak mansukh kerana ia merupakan perintah zakat ala kadar takala memperolehi hasil yang tidak mencapai nisab. Bentuk pemberian zakat tersebut adalah seperti mana hadith riwayat Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan untuk memberi gandum yang tercicir dari tangkai. Di samping itu, Mujahid meriwayatkan jika terdapat golongan miskin ketika itu lantas diberi hasil berkenaan untuk menyenangkan mereka (Ibid.,:8:76). Terdapat nas perintah zakat yang beriringan nas perintah solat di dalam al-Quran (Ibid.,1982:1:189). Pada ayat-ayat permulaan mushaf al-Quran, perintah ini terdapat pada ayat 43 surah al-Baqarah yang pada asalnya ia merupakan perintah solat dan zakat ke atas Bani Israil (Ibid.,:1:90). Pada zaman Nabi Musa a.s., Bani Israil juga terlibat dalam kewajipan zakat yang termaktub dalam Perjanjian Sepuluh sebagaimana yang telah dinyatakan al-Quran al-Karim pada ayat 83 surah alBaqarah. Kewajipan ini diperingat secara langsung kepada Nabi Musa a.s., Nabi Harun a.s. dan Nabi Yusya’ a.s. yang terlibat dalam memimpin Bani Israil (Ibid.,:1:240). HAMKA sememangnya menyedari sesetengah perintah zakat adalah beriringan dengan perintah solat di dalam al-Quran. Beliau mentafsirkan ayat 24 surah al-Ma’arij bahawa menunaikan solat dan zakat adalah sebuah lambang ketaatan kepada Allah s.w.t. (Ibid.,1985:29:112). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa hukum menunaikan zakat adalah wajib namun kebajikan sosial seperti sedekah, hadiah, hibah dan sebagainya juga diperintah Allah s.w.t. Ketika mentafsirkan ayat 83 surah al-Baqarah, HAMKA berpendapat bahawa mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan kesudian menyumbangkan harta merupakan benteng yang menangkis sarangan Ahli Kitab yang ingin mengubah haluan hidup seorang mukmin (Ibid.,1982:1:110). Hal ini kerana amalan mengeluarkan zakat dan infaq tidak dilaksanakan dalam bentuk menyeluruh oleh Ahli Kitab yang menyeleweng. Jiwa mukmin yang menunaikan perintah utama ini akan menjadi utuh daripada serangan perkara bertentangan syarak.
Perspektif HAMKA mengenai kelompok yang diwajibkan zakat ialah mereka yang diistilahkan sebagai “orang kaya” dalam masyarakat. Mereka ini dikenakan zakat disebabkan faktor kelebihan yang mereka miliki (Ibid.,:2:69). Zakat yang dikumpulkan perlu disampaikan kepada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Sesetengah pendapat menyatakan terdapat tujuh golongan sahaja pada masa kini kerana golongan hamba sudah tiada manakala sesetengah menyatakan terdapat hanya enam golongan kerana golongan fakir dan miskin adalah berkedudukan sama tanpa perlu dipisahkan pembahagian antara mereka (Ibid.,1985:11:245-247). Kadar zakat yang perlu diserahkan ialah 2.5 peratus pada zakat wang emas dan perak (Ibid.,:11:258). Ia diwajibkan pada individu yang memenuhi syarat seperti berkemampuan, cukup nisab dan haul. Zakat juga boleh dikeluarkan jika harta sudah banyak tanpa menunggu tempoh setahun. Zakat dibenarkan untuk dikeluarkan pemilik selagi mana usaha atau aktiviti pendapatannya masih berlangsung (Ibid.,:11:41). Dalam konteks kelancaran ekonomi, Islam telah mengharamkan riba dan menyuburkan sedekah-sedekah termasuk zakat. Ini disebabkan pelbagai fungsi positif zakat akan tercetus apabila dijayakan berbanding fungsi riba yang mematikan sedekah dan melambangkan kejahatan musyrik (Ibid.,1982:2:69). Ketika mentafsirkan ayat 5 dan 11 surah al-Taubah, HAMKA menonjolkan perspektif tentang tuntutan zakat kepada seseorang yang baru memeluk Islam meskipun ia pernah memerangi Islam. Beliau menyatakan bahawa tanda perubahan seseorang yang memeluk Islam ialah ia membuktikan syahadah dengan menunaikan solat dan zakat. Individu ini termasuk dalam kelompok yang tidak boleh diperangi sama sekali setelah tamat bulan-bulan haram berperang iaitu Dzu al-Qa`idah, Dzu al-Hijjah, Muharram dan Rajab meskipun keislamannya belum mantap dan permusuhan dengan Islam begitu dahsyat pada masa kekafiran (Ibid.,1985:10:98). Perbuatan solat dan zakat dikira sebagai sebahagian taubat bagi mereka yang begitu tegar memerangi Islam. HAMKA mengiktiraf mereka ini sebagai rakan seagama yang benar dan menandakan permusuhan sudah tamat (Ibid.,:10:118). Beliau berpendapat, puluhan ribu manusia yang memeluk Islam selepas peristiwa Fath Makkah dan perang Hunain sudah pasti menunaikan agenda kewajipan Islam ini. Natijahnya mereka semua menjadi saudara seagama pada zaman Rasulullah s.a.w. (Ibid.,:10:118). Menjauhkan sifat Bakhil Melalui Aktiviti Zakat Menurut HAMKA, kewajipan solat dan zakat berfungsi sebagai pembersihan jiwa. Solat menatijahkan hati yang bersih dan khusyuk manakala zakat menghilangkan penyakit bakhil. Kewajipan zakat ini turut berperanan memperdalamkan iman seseorang. Justeru, seseorang yang tidak menunaikan zakat maka ia dikira bersifat bakhil dan dianggap tidak benar-benar beriman (Ibid.,1982:1:189). Ketika mentafsirkan ayat 103 surah al-Taubah, HAMKA mengungkapkan Islam diturunkan bukan bertujuan untuk menghapuskan naluri memiliki harta tetapi diturunkan untuk mengubat jiwa dengan kewajipan zakat terhadap sebahagian kecil harta (Ibid.,1985:11:34). Ketika mentafsirkan ayat 56 surah al-Nur, beliau menyebut jiwa insan perlu dikuatkan dalam menghadapi kehidupan, antara kaedah ialah dengan menunaikan zakat. Ketika mentafsirkan ayat 24 dan 25 surah al-Ma’arij, beliau menekankan bahawa antara perkara yang diperintahkan selepas kewajipan solat ialah menyediakan sebahagian harta untuk membantu orang lain seperti golongan yang meminta termasuklah golongan yang berhutang dan “ ” محرومiaitu individu yang tidak memiliki apa-apa harta seperti orang yang rugi dalam perniagaan (Ibid.,:29:112). Pembelaan ini dapat mengubah sifat bakhil yang menjadi penghalang kepada sesuatu cita-cita yang baik
(Ibid.,1982:17:221). Perspektif HAMKA ini berupaya mengatasi sifat ketamakan pada harta yang diistilahkan sebagai amalan ghairah mengumpulkan kekayaan diri dan menggunakan kemegahan dan kuasa bagi menekan insan yang lemah. Penyakit bakhil boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah orang Islam dan ilmuan Yahudi dan Nasrani (Ibid.,1985:10:196). Menunaikan Zakat Dengan Cemerlang Dalam pentafsiran ayat 267 surah al-Baqarah, HAMKA mengemukakan pandangan bahawa pemberian yang dihulurkan termasuk zakat perlu membabitkan item yang baik dan bukan item yang buruk. Menurut al-Qaradawi (1985:127&139), para ulama memperincikan suatu konsep bahawa sesuatu harta yang diwajibkan zakat hendaklah bersifat halal, bersih, produktif, berkembang dan berdasarkan pemilikan penuh. HAMKA mendatangkan riwayat asbab al-nuzul ayat ini daripada Ibn Jarir dan al-Hasan yang mengisahkan beberapa orang telah mengasingkan hasil tanaman yang baik untuk dimiliki manakala hasil tanaman yang buruk diserahkan kepada ‘amil. Wahyu turun membetulkan keadaan (Ibid.,1982:3:51). HAMKA telah mengemukakan contoh tanaman yang dikenakan zakat ialah hasil padi. Contoh ini hampir dengan persekitaran masyarakat Asia Tenggara yang mengusahakan padi yang menjadi sumber beras utama dunia (Perpadian di Asia Tenggara, http://pangan.litbang.pertanian.go.id/berita-435perpadian-di-asia-tenggara.html,diperolehi pada 1 September 2015). Beliau menegaskan bahawa tidak boleh dikeluarkan zakat hasil padi daripada baki tahun yang terdahulu (HAMKA,1982:3:52). Ia dikira sebagai padi yang tidak bersifat semasa dan terbaik. Dalam pentafsiran ayat 271, HAMKA mengajar pemberian zakat terbaik ialah secara rahsia berbanding terang-terangan. Beliau menyatakan: Dengan ini teranglah bahawa memberikan sedekah, bantuan, sokongan harta benda dengan cara terang-terangan adalah pekerjaan yang bagus. Tetapi pada taraf kedua, kalau hendak memberi bantuan, zakat, sedekah kepada orangorang miskin fakir, melarat, terlebih dahulu diberikan secara rahsia. (Ibid.,:3:58) Beliau berhujah sedemikian kerana fiqh pemberian untuk pembangunan agama yang berbentuk umum seperti mendirikan sekolah, hospital, rumah jagaan orang miskin dan masjid perlu dilakukan terang-terangan. Dalil perkara ini ialah sewaktu Rasulullah s.a.w. meminta bantuan dana para sahabat bagi menghadapi Perang Mu`tah yang berlaku pada musim panas dan saat hasil berkurangan, Abu Bakar al-Siddiq tampil menyumbang seluruh hartanya, ‘Umar b. al-Khattab menyumbang separuh hartanya dan ‘Uthman menyumbang satu perempat hartanya. Para sahabat yang lain pula menyumbang mengikut kadar kemampuan mereka (Ibid.,:3:58-59). Bagi menghayati zakat yang diperintahkan, amalan berdoa ketika selesai menunaikan zakat adalah dituntut dalam Islam. Perihal berdoa ketika zakat merupakan hal yang diperselisih di kalangan ulama sama ada wajib atau sunat (al-Nawawi, 1995:2:120). Pendapat mazhab Syafi’i, perintah zakat digalakkan diiringi dengan amalan sunnah iaitu mendoakan pemberi zakat (Muhammad Sayyid, 1999:1:399). HAMKA memilih pendapat ini berdasarkan hadith riwayat muttafaq ‘alaih yang menyatakan Rasulullah s.a.w. berdoa kepada kaum yang membayar zakat manakala menurut riwayat alNasai, baginda ada berdoa terhadap individu yang memberi untanya sebagai zakat (HAMKA,1985:11:38). Implikasinya zakat dilaksanakan dengan penuh cemerlang dari awal hingga akhir.
Bijaksana Dalam Pengagihan Zakat Dalam konteks pentadbiran undang-undang, zakat bukan lagi sekadar kewajipan rukun Islam dan hukum ibadat, malah ia juga sebahagian daripada sistem kewangan negara untuk mengatur kebajikan anggota masyarakat tertentu (Mahmood Zuhdi, 1994:60). Pelaksanaan zakat sudah tentu menjadi lebih efisien apabila dipertanggungjawabkan kepada pemerintah. HAMKA mentafsirkan ayat 60 surah al-Taubah dengan menegaskan bahawa golongan yang berhak mendapat zakat akan dapat dijayakan dengan peranan pemerintah. Beliau menyentuh: Zakat perlu dipungut pihak negara, iaitu negara yang berpegang pada peraturan Islam. (HAMKA,1985:10:249) Beliau mentafsirkan kalimah “ ” خذdalam ayat 103 surah al-Taubah adalah menunjukkan arahan Allah s.w.t. mewajibkan Rasulullah s.a.w. selaku pemegang tampuk pemerintahan untuk memungut zakat. Untuk melaksanakan perintah ini, pemerintah bertanggungjawab menubuhkan organisasi zakat termasuk melantik pengurus zakat. HAMKA berijtihad: Pada pendapat saya di dalam suatu negeri yang pemungut zakat di kerajaan umat Islam sendiri, kerana kesedaran agama mereka, mereka boleh mengadakan panitia (komiti) untuk memungut dan mengumpulkan. Dengan persetujuan bersama, anggota-anggota panitia itu pun mendapat bagian. Sebab tanggungjawab pantia itu pun berat dan pekerjaan atau usahanya yang lain terhenti kerana mengurus itu. (Ibid.,:10:249) Pendapat ini selari dengan peruntukan syarak yang memberi zakat kepada `amil yang bertugas. Para petugas zakat adalah sebahagian daripada status `amil. Inisiatif pemerintah meraikan mereka adalah suatu kebijaksanaan dan penghargaan dalam melincinkan urusan zakat. Pengagihan zakat dan urusan mengkategorikan asnaf zakat kurang daripada lapan golongan teras asnaf zakat adalah bergantung kepada kebijaksanaan pemerintah lantaran keadaan masyarakat yang berubah dan berlainan situasi (Ibid.,:10:259). Pemerintah perlu memahami setiap takrifan asnaf zakat yang termaktub dalam ayat 60 surah al-Taubah. Untuk merealisasikan pemahaman tentang hal ini, HAMKA telah mengetengahkan beberapa fiqh zakat dan pendapat beliau seperti berikut: a) Sesetengah pandangan ulama mengariskan asnaf zakat tergolong pada tujuh golongan dan bukan lapan golongan kerana fakir dan miskin dianggap kedudukan yang sama berdasarkan faktor ketidakmampuan, kekurangan, kemalaratan dan kesengsaraan hidup. Ada pandangan menyebut keadaan fakir lebih kritikal daripada keadaan miskin. Miskin adalah golongan yang berhak menerima zakat meskipun keadaan miskin itu terdiri daripada kalangan yang memiliki sedikit harta atau peluang pencarian hidup (Ibid.,:10:247). HAMKA berpendapat fakir dan miskin adalah sama kerana taraf kesusahan sukar dibezakan antara keduanya (Ibid.,:11:248). Ini kerana kemungkinan mereka yang dilihat miskin menyembunyikan taraf fakir. Di samping itu, kemungkinan mereka kelihatan
b) c)
d)
e) f)
g)
h)
i)
j)
mampu berbelanja tetapi keadaan wang tidak mencukupi keperluan hidup pada waktu yang lain. Justeru, fakir miskin adalah golongan pertama yang paling berhak menerima zakat (Ibid.,:11:249). Keturunan Bani Hasyim dan Bani ‘Abd al-Mutallib tidak boleh diberikan zakat dan dibolehkan kepada keturunan selain mereka (Ibid.,:10:249). Ahli fiqh (Fuqaha`) menyimpulkan terdapat dua jenis golongan muallaf atau “golongan yang ditarik hati” iaitu pertama muslim dan kedua penganut agama lain (Ibid.,:10:251). Akan tetapi, zakat tidak boleh diberikan zakat kepada orang yang murtad atau berfahaman tiada tuhan seperti Komunis dan Atheis (Ibid.,:10:258). Orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan bukan Islam layak menuntut zakat apabila berada pada kedudukan berhampiran kerajaan Islam. Mereka turut dinilai sebagai fi sabil Allah (Ibid.,:10:251). Tokoh berpengaruh di kalangan musyrik (bukan Islam) layak menerima zakat atas maslahah dakwah (Ibid.,:10:251). Golongan “al-muallafah qulubuhum” menjadi perbincangan khilaf di kalangan ulama. Mazhab Hanafi dan Syafi’i menyatakan status golongan muallaf yang berhak menerima zakat adalah dinilai pada fasa awal keislaman seseorang sahaja (Ibid.,:10:253). Dalam kenegaraan Islam, jika terdapat kes hamba yang ingin dibebaskan tetapi kekurangan dana tebusan maka perlu segera dilaporkan kepada Bait al-Mal. Islam adalah agama yang menyediakan kemudahan zakat untuk menebus dan memerdekakan hamba (Ibid.,:10:253). Orang yang berhutang sehingga tahap tidak mampu membayar dan terdesak boleh melaporkan kepada pengurusan zakat. Panitia zakat wajib membayar zakat setelah meneliti keadaan yang berlaku (11:254). Di samping itu, individu yang ingin menunaikan zakat boleh mencari sendiri penghutangnya untuk diberikan zakat. Syaratnya zakat yang diberikan itu akan digunakan penghutang untuk membayar hutang semula (Ibid.,:10:255). Golongan paling meluas dalam menerima zakat ialah fi sabil Allah. Fuqaha` terdahulu cenderung mengaitkan istilah ini dengan golongan yang terlibat dengan perang dan segala hal ehwal perbelanjaan perang kerana masa dahulu banyak tercetus perang. Kalimah ini ditakrifkan sebagai kalimah yang mengandungi pengertian umum tentang jalan Allah. Justeru, Imam Ahmad turut mengaitkannya dengan ibadah haji. Pandangan Sayyid Hasan Sadiq Khan mengaitkan fi sabil Allah dengan golongan ulama sebagai antara kelompok yang layak menerima zakat meskipun berstatus kaya disebabkan penglibatan mereka mengembangkan Islam dalam masyarakat (Ibid.,:10:255-256). Ini kerana fi sabil Allah juga melibatkan sabil al-Da’wah (Ibid.,1982:17:221). Imam al-Ghazali adalah contoh sarjana Islam yang meraikan ulama sebagai antara golongan yang mempunyai hak berkenaan. Beliau telah mengalakkan ulama mengambil zakat daripada mendahulukan mengambil pemberian khas daripada pemerintah (Ibid.,1985:10:256). Sepakat ulama bahawa orang yang putus hubungan dengan tempat tinggal dalam sesuatu perjalanan berhak menerima zakat. Begitu juga halnya pada isu individu yang kaya tetapi kekurangan bekalan dalam perjalanan. Syarat perjalanan yang ditempuh ialah bukan ke arah maksiat. HAMKA menyatakan wajib dilaksanakan kebaikan kepada orang-orang dalam perjalanan kerana ia ketentuan Allah s.w.t. (Ibid.,:10:257). Beliau juga menterjemahkan makna “ ” ابن سبيل sebagai “anak jalan” yang boleh dikaitkan dengan gelandangan dan perantau yang gigih mencari ilmu (Ibid.,:10:87).
Menjauhi Penyalahgunaan Zakat dan Ingkar Terhadap Perintah Zakat HAMKA mengingatkan bahawa ancaman utama terhadap penghayatan zakat adalah khianat. Justeru, aspek pentadbiran dan pengurusan hal-ehwal zakat perlu dilaksanakan dengan baik oleh agensi dan badan yang dipertanggungjawab (al-Qaradawi, 1985:586). Beliau menegaskan pengurus yang
mengambil bahagian zakat sesuka hati adalah ghulu (melampaui batas) dan berdosa besar. Keadaan ini diqiaskan dengan hukum haram perbuatan menyembunyikan harta rampasan perang daripada pengetahuan pimpinan perang (HAMKA,1985:10:249). Dalam pengurusan zakat, Keturunan Rasulullah s.a.w. tidak boleh terlibat secara langsung dalam urusan memungut dan menerima zakat. Rasulullah s.a.w. bersabda:
َّاس َُّ ِي أَ ْو َسا ََّ ل م َُحمدَّ إِن َما ه َِّ ل َت ْن َبغِي ِِل َّ َ إِنَّ الصدَ َق ََّة ِ خ الن
Maksudnya: Sesungguhnya zakat itu tidak diperkenankan untuk keluarga
Muhammad kerana zakat adalah lebihan kotoran manusia. (hadith sahih, Sahih Muslim, riwayat ‘Abd-Mutallib b. Rabi’ah, no.1784) Asbab al-wurud hadith ini ialah Rasulullah s.a.w. menolak tawaran Fadl b. ‘Abbas dan ‘Abd-Mutallib b. Rabi’ah untuk menjawat tugas sebagai ‘amil. Pemerintah dan ‘amil perlu amanah dalam mengurustadbir zakat. Penghayatan zakat yang menyeluruh akan gagal direalisasikan apabila ia dicemari dengan pengkhianatan pihak yang mengurus. HAMKA mencela pemerintah yang mengumpul harta dengan jalan yang batil dalam pentafsiran ayat 34 surah al-Taubah. Beliau menegaskan: Lantaran timbul pengumpulan harta dengan jalan yang batil, memeras keringat rakyat yang jujur dengan nama agama, tentulah penguasa-penguasa agama itu menjadi sangat benci kepada fikiran-fikiran dan pendapat baru. (HAMKA,1985:10:196) Sikap pemegang amanah yang tidak jujur akan mematikan tatacara pengagihan harta yang telus. Khazanah negara dan pengumpulan zakat tidak dapat disampaikan secara holistik disebabkan pengkhianatan yang berlaku. HAMKA turut mengingatkan agar penyelewengan Rabbi Yahudi dan Rahib Nasrani pada masa lampau tidak diulang semula oleh umat Islam masa kini (Ibid.,:10:196). Pemerintah juga perlu menyedarkan rakyat tentang tanggungjawab zakat. Keengganan rakyat menunaikan kewajipan zakat akan mengagalkan penghayatan zakat yang menyeluruh meskipun para pemerintah mempunyai kesedaran. HAMKA tegas dalam soal kewajipan zakat di kalangan masyarakat. Beliau berpandangan zakat bertujuan memperteguh amal soleh seseorang maka tindakan sengaja mengagalkan tuntutan zakat menyebabkan keislaman seseorang tidak sah (Ibid.,1985:17:221). Dalam pentafsiran ayat 24 & 25 surah al-Ma’arij, HAMKA berpendapat kewajipan memberikan zakat kepada pemungut zakat bukanlah suatu perintah umum bahkan ia adalah perintah khusus. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (al-Quran, surah al-Ma’arij, 70:24 & 25)
Selepas ayat 22 dan 23 surah al-Ma’arij yang mengandungi mesej tuntutan solat, Allah s.w.t. memerintahkan dalam dua ayat susulan ini supaya menyediakan sebahagian harta bagi membantu orang yang diperuntukkan zakat. Hak khusus dalam harta ialah untuk diberikan kepada “ ” السائلiaitu pemungut zakat dan “ ” المحرومiaitu orang yang terdesak seperti kes berhutang dan kehilangan sumber hidup. Oleh itu, orang beriman perlu menyedari dan menyelidiki perihal sasaran zakatnya (Ibid.,:29:112). Berlaku perbincangan di kalangan fuqaha`, apakah pengakuan seseorang sebagai muslim perlu disahkan menerusi solat dan zakat. Perspektif HAMKA bahawa seseorang itu belum Islam secara hakikat jika ia meninggalkan kewajipan zakat meskipun menunaikan solat. Sebahagian dalil ialah tindakan nekad Abu Bakar al-Siddiq memerangi Malik b. Nuwairah yang enggan menunaikan zakat. Dalil yang lain ialah seperti hadith berikut (Ibid.,:10:98-99):
ِ َُّ ّف َّرس َّصلى َّاللَّهُ َّ َعلَْي َِّه َّ َو َسل ََّم ََّ َأَنَّ َّأَبَا َّ ُهَريْ َرََّة َّ َر ِض ََّي َّاللَّهُ َّ َعْن َّهُ ق َ َّ ول َّاللَّه ُ َ ََِّ ال َّلَما َّتُ ُو َُّالَّعُ َم َُّرَّ َر ِض ََّيَّاللَّه ََّ بَّفَ َق َِّ َوَكا ََّنَّأَبُوَّبَكْرََّّ َر ِض ََّيَّالل َّهَُّ َعْن َّهَُّ َوَك َفََّرَّ َم َّْنَّ َك َفََّرَّ ِم َّْنَّالْ َعَر ِ َُّ ال َّرس َّت َّأَ َّْن َُّ صلى َّالل َّهَُّ َعلَْي َِّه َّ َو َسل ََّم َّأ ُِم ْر ََّ َّف َّتُ َقاتِ َُّل َّالن ََّ َعْن َّهَُّ َكْي َ َّ ول َّالل َّه ُ َ ََّ َاس َّ َوقَ َّْد َّق َُّّن َّ َمالََّهَُّ َونَ ْف َس َّه َِّ ص ََّمَّ ِم ََّ أُقَاتِ ََّلَّالن َ اسَّ َحّتََّّيَ ُقولُواَََّّلَّإِلََّهََّإِلََّّالل َّهَُّفَ َم َّْنَّقَا ََلَاَّفَ َق َّْدَّ َع َِّي َّالص ََلَّةِ َّ َوالزَك َّاة ََّ ْ َق َّب ََّ ال َّ َواللَّ َِّه َََّلُقَاتِلَنَّ َّ َم َّْن َّفَر ََّ ِه َّ َو ِح َسابَُّهُ َّ َعلَى َّالل َِّه َّفَ َق َِّ إِلَّ َِِّبَق َّول َّالل َِّه َِّ ل َّ َر ُس ََّ ِون َّ َعنَاقًا َّ َكانُوا َّيُ َؤدونَ َها َّإ َّ ِ ُال َّ َوالل َِّه َّلَ َّْو َّ َمنَ ع َِّ فَِإنَّ َّالزَكاََّة َّ َحقَّ َّالْ َم َّالَّعُ َم َُّرَََّّر ِض ََّيَّالل َّهَُّ َعْن َّهَُّفَ َوالل َِّهَّ َما ََّ َصلىَّالل َّهَُّ َعلَْي َِّهَّ َو َسل ََّمَّلََقاتَ ْلتُ ُه َّْمَّ َعلَىَّ َمْنعِ َها ق َ َّاْلَق َُّ َبَّبَكْرََّّ َر ِض ََّيَّالل َّهَُّ َعْن َّهَُّفَ َعَرْف َّ ِص ْد ََّرَّأ ََّ ُه ََّوَّإِلََّّأَ َّْنَّقَ َّْدَّ َشَر ْ َُّتَّأَن َّه َ َُّحَّالل َّه
Maksudnya: Bahawa Abu Hurairah r.a. berkata setelah Rasulullah s.a.w. wafat, Abu Bakar r.a. menjadi khalifah maka beberapa orang Arab kembali menjadi kafir (dengan enggan menunaikan zakat). (Ketika Abu Bakar r.a. hendak memerangi mereka) ‘Umar b. al-Khattab bertanya: Bagaimana kamu memerangi orang padahal Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mengucapkan la ilah illa Allah maka barangsiapa telah mengucapkannya berarti terlindunglah dariku darah dan hartanya kecuali dengan haknya sedangkan perhitungannya ada pada Allah. Abu Bakar Al-Siddiq r.a. berkata: Demi Allah! Aku pasti akan memerangi siapa yang memisahkan antara kewajiban solat dan zakat kerana zakat adalah hak harta. Demi Allah! Seandainya mereka enggan membayarkan anak kambing yang dahulu mereka menyerahkannya kepada Rasulullah s.a.w. pasti akan aku perangi mereka disebabkan keengganan itu. Berkata ‘Umar b. al-Khattab r.a.: Demi Allah! Ketegasannya ini tidak lain selain Allah telah membukakan hati Abu Bakar al-Siddiq r.a.dan aku menyedari bahawa beliau memang benar. (hadith sahih, Sahih al-Bukhari, riwayat Abu Hurairah, no.1312)
Sebagai komponen rukun Islam, hukum berzakat adalah wajib dan mengingkari kefarduannya adalah kafir. Sebarang harta yang telah dinyatakan secara jelas melalui nas syarak adalah wajib
dikeluarkan zakat (al-Syawkani, t.t.:170). Zakat yang diwajibkan adalah seperti emas, perak, hasil pertanian, haiwan ternak, harta perdagangan, perniagaan dan harta galian (al-Juzairi, 1997: 248) (Ibn Qudamah, t.t.:389). Implikasi Penghayatan Fiqh Zakat Terhadap Ummah Umat Islam yang memahami kewajipan zakat secara mendalam berupaya merealisasikan segala tuntutan dengan berkesan. Para pemimpin Islam perlu memainkan peranan untuk memahamkan komuniti bukan Islam tentang kewajipan zakat yang dikenakan golongan berkemampuan di kalangan umat Islam supaya komuniti bukan Islam terkesan dengan keadilan sosial yang dicetuskan agama Allah s.w.t. Justeru, umat Islam dan para penguasanya perlu mempunyai fiqh zakat yang jelas supaya maqasid zakat dapat dicapai secara menyeluruh. Fiqh zakat yang dihayati golongan berkemampuan adalah penghubung kepada keberkesanan zakat terhadap ummah. Ternyata golongan ini cukup berpengaruh dalam menimbulkan hubungan masyarakat dalam aspek kebajikan golongan fakir miskin (HAMKA,1982:1:189). Pemberi dan penerima zakat yang memahami hukum zakat akan lebih terkesan dari aspek kerelaan menunaikan kewajipan zakat dan kejiwaan yang suci antara kedua pihak. HAMKA menilai zakat merupakan pembelaan khas kepada orang miskin (Ibid.,:18:220). Mereka yang gemar bersedekah mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menunaikan zakat dengan baik. Ini kerana ummah yang memahami tuntutan sedekah akan sentiasa melaksanakan agenda kebajikan. Berdasarkan dalil ayat 141 surah al-An’am, HAMKA menyatakan sedekah amat dituntut sewaktu mula mengutip hasil pertanian. Sedekah ini adalah sebuah amalan motivasi ke arah mengeluarkan zakat apabila hitungan lengkap kelak. Walaupun ia bertaraf sedekah, impilkasinya ia merupakan kebajikan berharga kepada ummah. HAMKA menyatakan tindakan sedekah ini menyebabkan golongan miskin dihargai lantaran mereka turut mempunyai budi terhadap golongan yang kaya hasil daripada bantuan tenaga dalam usaha pertanian (Ibid.,1983:8:76). Berdasarkan ayat 83 surah al-Baqarah, Zakat juga diperintah ke atas Bani Israil. HAMKA mentafsirkan ayat berkenaan dengan mengutarakan matlamat zakat iaitu membersihkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara golongan kaya dengan yang miskin. Kefahaman tentang hukum zakat akan menghilangkan rasa benci golongan kaya terhadap golongan miskin dan menghilangkan rasa dendam golongan miskin terhadap golongan kaya (Ibid.,1982:1:241). Matlamat suci ini sejajar dengan takrif zakat dari segi bahasa ialah suci, tumbuh, berkat dan terpuji manakala menurut istilah fiqh ialah sebutan atau nama bagi sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah s.w.t. supaya diserahkan kepada orang-orang yang berhak (Ibn Manzur, 2003:4:387) (al-Jaziri, 1999:1:571). Islam mendidik golongan yang mempunyai kelebihan harta dan pendapatan. Islam tidak berperanan menghapuskan naluri kecenderungan kepada harta tetapi mengubah jiwa manusia. Ini dibuktikan dengan tidak diwajibkan keseluruhan harta perlu diserahkan (HAMKA,1985:11:34). Zakat perlu difahami sebagai sebuah sistem untuk membantu sesama umat Islam di mana harta yang dikeluarkan zakat akan berkembang melalui peredaran harta dalam masyarakat melalui pengagihan dan penggunaan bersama (Sabih, 2006:4-5). Di samping itu, ummah perlu memahami pengorbanan zakat, sedekah, hadiah dan hibah adalah segala pembangunan demi menegakkan agama. Pemberian daripada seseorang yang berkemampuan turut berperanan mengatasi pintu kufur pada golongan miskin (HAMKA,1982:1:274). Implikasinya menyentuh kepentingan dunia dan akhirat.
Meskipun kelompok fakir dan miskin amat berhak menerima zakat, namun mereka perlu berusaha menjadi kelompok yang mengeluarkan zakat bukan menjadi kelompok yang sentiasa menanti zakat (Ibid.,1985:10:250). Begitu juga dengan kelompok yang dilarang menerima zakat seumpama keturunan Rasulullah s.a.w. Menurut ulama Hanafi, Syafi’i dan Hanbali, golongan itu ialah Bani Hasyim manakala pendapat Maliki, Bani Hasyim sahaja yang diharamkan menerima zakat (al-Zuhaili, 2002:3:1967-1968). Jika zakat disampaikan kepada golongan berketurunan Rasulullah s.a.w. maka ia adalah sesuatu yang tidak dikehendaki syarak. HAMKA menatapi tindakan Rasulullah s.a.w. menjauhkan cucu baginda daripada menghampiri kurma zakat. Hamka menyebut: Inilah suatu didikan yang tinggi dan membawa pengertian pula bagi kita bahawa beliau mendinding diri dan keluarga jangan sampai berebut pula menerima zakat. (HAMKA,1985:10:250) Implikasi di sini ialah supaya keturunan Rasulullah s.a.w. dan termasuk umat baginda berusaha menjadi pengeluar zakat bukan penerima zakat (Ibid.,:10:250). Umat Islam yang terikat dengan bantuan zakat perlu mengubah taraf hidup dan berazam menjadi muslim yang mampu memberi zakat pula ke orang lain. Transformasi ini akan mewujudkan sebuah ummah yang seimbang dan maju. Dalam mentafsirkan ayat 267 surah al-Baqarah, HAMKA menerangkan implikasi infaq daripada sumber yang baik. Individu yang menerima infaq termasuk zakat yang baik akan terdorong membuat pilihan hidup secara positif. Begitu juga infaq sumber yang buruk akan mengundang kesan psikologi yang buruk. Beliau menasihatkan agar pemberian wajar dalam bentuk yang menyenangkan hati penerima: Beginilah dia kepada kita. Tahu benar dia bahawa awak miskin asal perut berisi. Barang yang tidak berguna lagi kepadanya itulah yang diberikannya. (Ibid.,1982:3:52) Pemberian secara terbuka dapat menarik perhatian golongan hartawan lain untuk mencontohi tauladan yang ditonjolkan (Ibid.,:3:58). HAMKA berpendapat pemberian dalam konteks besar perlu secara terbuka dan ia dianggap tidak akan mempengaruhi keberadaan sifat riya`. Nilai persaudaraan, kegembiraan dan semangat jihad akan lebih bersemarak dalam jiwa penyumbang sebagaimana pepatah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing.” Dalam konteks berbentuk peribadi seperti zakat, beliau berpandangan perlaksanaannya tidak memerlukan pengistiharan secara lebih terbuka kerana lebih baik dirahsiakan antara pihak pemberi dengan penerima. Matlamat sampingan ialah demi menjunjung perasaan dan kehormatan insan yang dibantu (Ibid.,:3:58-59). HAMKA cuba menjelaskan ummah tentang tuntutan pengharaman riba dan pensyariatan sedekah menerusi perspektif beliau pada ayat 276 surah al-Baqarah. Beliau menyatakan Allah s.w.t. mempertautkan kasih sayang antara pemberi dan penerima melalui pensyariatan sedekah termasuk zakat serta melahirkan sebuah masyarakat yang saling bantu-membantu, sokong menyokong dan doamendoakan. Ini berlawanan dengan konsep riba yang mematikan implikasi positif sedekah. HAMKA mengecam riba dengan mengelarkannya sebagai kejahatan musyrik dan kejahatan hidup kerana berorentasikan keuntungan dan menderitakan orang lain (Ibid.,:3:69). HAMKA turut memuji H.O.S. Tjokroaminoto yang mengagaskan idea “bank shadqah” yang berkonsepkan sebuah pusat kebajikan kewangan kepada golongan yang memerlukan wang. Namun idea ini tidak dilaksanakan di Indonesia
kerana tidak menguntungkan pemerintah (Ibid.,1985:10:260). HAMKA mengharapkan agar timbul sesuatu inisiatif baharu untuk mengatasi kemelaratan masyarakat muslim. Ini patut diusahakan dengan jayanya oleh umat Islam dan pemerintah di samping tugas teras dalam memungut zakat. Alasan seperti kekangan penjajah terhadap pemerintah dan umat Islam sudah tiada. Beliau menyeru: Insya Allah kita sudah jaya, sebab penjajah tidak ada lagi!!! (Ibid.,:10:260) Untuk merealisasikan kegemilangan zakat, semua pihak perlu menyedari tanggungjawab masing-masing dalam komuniti umat Islam. Dalam hal kewajipan seorang muslim, zakat akan diwajibkan apabila sudah cukup haul dan nisab. Di samping itu, harta yang dirasakan begitu tinggi boleh langsung dikeluarkan untuk zakat tanpa menunggu tempoh tertentu. HAMKA amat mengharapkan moga umat Islam menajdi umat yang sedar dengan kewajipan ini bagi mencapai tujuan-tujuan pensyariatan zakat (Ibid.,:10:260). Komuniti Islam terdiri daripada pelbagai corak individu muslim. Individu yang menunaikan solat dan zakat adalah sudah dinilai secara zahir sebagai rakan seagama (Ibid.,:10:118). Golongan muallaf adalah diiktiraf sebagai komuniti Islam meskipun baru memeluk Islam. Justeru, tindakan memberi zakat adalah tanda kebaikan hati dan sikap tangan terbuka umat Islam yang bakal mempengaruhi jiwa mereka sehingga menjadi muslim yang baik. HAMKA mendedahkan fakta bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memberi seratus ekor unta kepada Abu Sufiyan, Mu’awiyah dan Yazid. Khalifah al-Rasul, Abu Bakar alSiddiq juga pernah memberi bahagian zakat yang besar kepada ‘Adi b. Hatim dan Zabarqan b. Badar. Tujuannya ialah supaya mereka memperdalamkan pengaruh kebaikan yang bakal dilakukan terhadap terhadap umat Islam dan supaya mereka terus tertarik dengan kebaikan Islam (Ibid.,:10:250-251). HAMKA tidak bersetuju dengan gelaran muallaf yang disinonimkan sebagai golongan peminta. Masyarakat mengistilahkan dengan persepsi buruk dan tidak mengaplikasikannya sebagai panggilan hormat kepada golongan yang baru memeluk Islam (Ibid.,:10:251). Sepatutnya zakat yang diberikan kepada golongan yang baru memeluk Islam berupaya menarik hati dan bukan mengundang kesan di sebaliknya. Beliau berdalilkan firman Allah s.w.t.:
ََّّ ََّّ َّ ََّّ َّ َّ ََّّ َّ ََّّ َّ ََّّ َّ َّ ََََّّّّ ََّّ ََّّ َّ ََّّ َّ ََّّ ََّّ َّ ََّّ َّ
ََّّ َّ ََََّّّّ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (al-Quran, surah al-Hujurat, 49:11)
Golongan muallaf wajar diberikan peruntukan sehingga mampu menjadi muslim yang berusaha mencari kehidupan tersendiri (Ibid.,:10:253). Meskipun layak menerima penghormatan dalam bentuk bantuan zakat namun ummah perlu mendidik golongan yang baru memeluk Islam agar tidak bergantung pada zakat sepanjang masa. Fiqh zakat mendedahkan perihal kebaikan terhadap golongan hamba. Jika masyarakat tidak mengerti tuntutan ini pasti kefahaman masyarakat akan terdorong menyatakan zakat adalah bantuan untuk orang yang fakir dan miskin sahaja. Peruntukan zakat kepada golongan hamba memberi kesan kepada peradaban dunia (Ibid.,:10:253). Fiqh zakat begitu luas sehingga perbincangannya menyentuh erti keadilan sejagat terhadap lapisan masyarakat yang tertekan. Takala sistem perhambaan secara zalim diamalkan untuk keuntungan sesetengah manusia, Islam menyarankan pembelaan hamba menerusi ayat 60 surah al-Taubah. HAMKA menyatakan masyarakat yang membantu pembebasan hamba bererti melaksanakan amalan mendekatkan diri dengan syurga dan menjauhkan diri dari neraka (Ibid.,:10:254). Ummah yang mendalami fiqh zakat akan mengerti manfaat zakat turut membantu dalam menyuburkan kepentingan sesebuah negara. HAMKA menyentuh zakat boleh diberikan untuk tujuan keselamatan dalam skop fi sabil Allah. Skop fi sabil Allah sengaja diluaskan Islam demi kemaslahatan pebagai pihak yang terikat dengan kepentingan agama. HAMKA memuji Teuku Panglima, seorang pemerintah Mukim Aceh Besar yang menyara para pemuda menuntut ilmu di Mekah, Mesir, Padang Panjang dan Aceh Barat atas alasan fi sabil Allah. Imam Malik telah memnerangkan erti fi sabil Allah:
َّ سبلَّاهللَّكثريةَّولكّنَّلَّأعلمَّخَلفاَّىفَّأنَّاملرادَّىفَّسبيلَّاهللَّهاهناَّالغزو Maksudnya: Jalan Allah ada banyak tetapi aku tidak mengetahui berlaku perselisihan maksud fi sabil Allah di sini sekadar perang. (al-Zuhaili, al-Tafsir al-Munir, 2002:3:1909) Di samping itu, HAMKA memuji Syeikh Tahir Jalaluddin yang memberikannya zakat sewaktu berkelana ke Malaysia. HAMKA juga menyatakan penyediaan rumah “musafir khanah” kepada musafir adalah contoh kebajikan yang patut dicontohi (Ibid.,:10:257).
Zakat dikeluarkan untuk kepentingan umum dan perseorangan dalam masyarakat. Sumbangan zakat kepada fi sabil Allah dan hamba adalah dalam skop kepentingan umum. HAMKA menilai sumbangan ini berupaya membersih masyarakat daripada fahaman memandang rendah sesama manusia. Walaupun sumbangan kepada fakir miskin adalah untuk kepentingan peribadi tetapi ia berupaya membersihkan masyarakat daripada kemelaratan dan bertujuan menjayakan sebuah masyarakat yang adil dan makmur di bawah Islam (Ibid.,:10:258). Menjadi kewajipan sesebuah negara Islam untuk memungut dan mengagihkan zakat kepada yang berhak. Pengurusan kutipan dan agihan zakat yang efektif akan membangunkan kehidupan masyarakat (Jasni & Anwar, 2012:30:170). Dalam konteks negara minoriti muslim, zakat masih tetap perlu dijalankan atas inisiatif umat Islam sendiri. Ini akan tercetus apabila kesedaran agama yang tinggi dicapai oleh sesebuah masyarakat (HAMKA,1985:10:258). Beliau telah merumuskan prinsip Islam adalah lebih jauh baik dan kehadapan berbanding teori sosialisme walaupun kedua-duanya mempunyai kesamaan untuk memberi keadilan sosial. Kekurangan pada teori sosialisme ialah pemilik harta mempunyai ruang untuk mewah dengan mengambil kesempatan daripada taraf rakyat (Ibid.,1988:21:87). Kesan mematuhi perintah Allah s.w.t. termasuk perintah zakat amat besar sehingga dapat mempengaruhi penampilan umat. Ketika mentafsiran ayat 33 surah al-Ahzab, HAMKA mengaitkan muslimat yang setia pada perintah zakat dan patuhan kepada arahan Allah s.w.t. akan turut terkesan dalam cara berpakaian dan etika berhias (Ibid.,:22:25). Rumusan Pentafsiran HAMKA di dalam Tafsir al-Azhar melahirkan perspektif penghayatan fiqh zakat yang bermanfaat buat umat Islam khususnya dalam dunia Nusantara. Perspektif beliau berupaya membuka minda ummah untuk mendekati fiqh zakat dan menghidupkan penghayatan yang diperlukan. Kupasan fiqh zakat HAMKA tidak hanya menerangkan hukum wajib menunaikan perintah zakat sahaja bahkan membabitkan pelbagai persoalan hukum, tatacara pelaksanaan dan penghayatan. Setiap pentafsiran beliau tentang perihal hukum zakat pasti disusuli dengan perbincangan mengenai penghayatan. HAMKA mempunyai harapan yang tinggi supaya ummah tidak mengabaikan golongan fakir miskin. Beliau telah menyamaratakan golongan ini sebagai golongan yang sama yang wajib dibantu dengan peruntukan zakat. Ini dapat dilihat menerusi kenyataan yang jelas pada pentafsiran ayat 43, 83, 110, 267, 271 dan 276 surah al-Baqarah, ayat 60 surah al-Taubah, ayat 78 surah al-Haj dan ayat 141 surah al-An`am. Ummah juga dididik agar mengenali kesusahan insan terdekat. Beliau menyatakan bahawa sumbangan perlu diutamakan kepada kaum kerabat terdekat jika termasuk dalam kelompok yang berhak menerima zakat (Ibid.,:22:87). HAMKA tidak mengulas hukuman terhadap kes keengganan membayar zakat pada zaman sekarang. Begitu juga dengan perihal kadar zakat perniagaan, haiwan ternakan dan perhiasan emas. Beliau lebih membicarakan soal memahami tuntutan dan penghayatan zakat. Kenyataan tentang zakat wajib dilaksanakan sering diperkatakan dengan jelas tanpa sebarang elemen yang meremehkan atau melonggarkan kewajipan tersebut. Fokus fiqh zakat lebih luas pada pentafsiran ayat 60 surah al-Taubah berbanding pentafsiran ayat yang lain. Ini kerana penulisan beliau berorentasikan mengajak umat Islam mengenali sasaran zakat dengan mendalam dan memahami tatacara pelaksanaan. Menerusi pentafsiran ayat ini, terzahir
perspektif HAMKA bahawa zakat adalah wajib disampaikan kepada semua golongan yang berhak atas kebijaksanaan pemerintah. Setiap ayat fiqh zakat di dalam Tafsir al-Azhar adalah mengandungi huraian tentang intipati pensyariatan zakat. Umat Islam perlu mendalami setiap dalil berkenaan supaya keseluruhan kehendak Allah s.w.t. dapat diterjemahkan dalam dunia realiti dengan sebaik mungkin. Antara isu menarik untuk didalami, difikirkan dan disesuaikan menurut ‘uruf setempat ialah pembahagian zakat untuk golongan berhutang masa kini, ahli perniagaan yang mengalami kerugian, dana dan bantuan penginapan musafir secara lebih terbuka, zakat untuk golongan kafir yang dekat dengan komuniti Islam dan meraikan pecahan fi sabil Allah untuk manfaat zakat. HAMKA mempunyai perspektif bahawa masyarakat perlu memahami tujuan-tujuan zakat. Tiada pentafsiran beliau yang meninggalkan kupasan mengenai perkara ini. Implikasi terhadap ummah yang memahami tujuan-tujuan zakat dapat disimpulkan kepada dua aspek iaitu: Aspek zahir: Kewajipan zakat akan ditunaikan dengan cara yang berkesan dan penuh hikmah berdasarkan ilmu dan kefahaman yang selari dengan kehendak al-Quran dan al-Sunnah sehingga mencapai matlamat-matlamat kebajikan zakat terhadap asnaf zakat. Aspek dalaman: Penghayatan fiqh zakat yang dicapai akan menyebabkan pemikiran dan jiwa ummah sentiasa bersih daripada elemen keduniaan yang melampau. Jiwa insan-insan berupaya dihubungkan atas nama persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat. Penyakit mazmumah seperti bakhil, memandang rendah, tidak menghormati, benci dan dendam dapat diubati dengan pensyariatan zakat. Kefahaman ilmu merupakan keperluan utama untuk menjana penghayatan terhadap fiqh zakat. Tanpa kefahaman ilmu yang benar maka tujuan zakat yang sebenar akan gagal. HAMKA menyentuh bahawa pemberi dan penerima zakat yang memahami hukum zakat akan lebih terkesan dalam menunaikan kewajipan zakat dengan penuh kerelaan dan menjana kejiwaan yang suci antara kedua pihak. Memahami fiqh zakat juga merupakan jalan kepada kejayaan dakwah di peringkat dunia. HAMKA telah menerangkan fiqh zakat yang berisi penekanan tentang kebaikan zakat dan keluasan maltamatnya. Ini amat bermanfaat dalam dunia dakwah bagi mengetengahkan Islam sebagai wadah kebenaran dalam soal kebajikan umat, membela manusia tertindas dan mengatasi teori kebajikan ideologi yang lain seperti sosialisme. Berdasarkan perspektif HAMKA yang dibincangkan ini, penghayatan fiqh zakat yang dapat dirumuskan ialah memahami zakat sebagai suatu kewajipan, menjauhi sifat bakhil melalui aktiviti zakat, menunaikan zakat dengan cemerlang, bijaksana dalam pengagihan zakat dan menjauhi penyalahgunaan zakat serta menjauhi ingkar terhadap perintah zakat. Setiap individu muslim hingga kepimpinan negara adalah wajar untuk memanfaatkan penghayatan ini bagi mencetuskan implikasi positif terhadap pembangunan ummah. Bibliografi Al-Quran al-Karim Al-Bukhari, Muhammad b. Isma’il. (2003). Sahih al- Bukhari. Qahirah: Dar al-Hadith. Al-Jaziri, ‘Abd al-Rahman b. Muhammad Aud b. al-Jaziri. (1999). Kitab al-fiqh ‘ala al-mazahib al-arba’ah. Mansurah: Maktabah al-Iman. al-Juzairi, Abu Bakr (1997). Minhaj al-Muslim. Birut: Dar al-Fikr.
Al-Nawawi, Mahy al-Din Yahya b. Syaraf. (1995). Raudah al-talibin wa ‘umdah al-muttaqin. Birut: Dar alFikr. Al-Qaradawi, Yusuf, Dr. (1985). Fiqh al-zakāh. Birut: Muassasah al-Risalah. Al-Syawkani, Muhammad b. ‘Ali. (t.t.). Fath al-qadir al-jami’ baina fan al-riwayat wa aldirayat fi al-tafsir. Birut: ‘Alam al-Kutub. Al-Zuhaili, Wahbah, Prof. Dr. (2002). Fiqh al-Islami wa adillatuh. Birut: Dar al-Fikr. Ibn Manzur, Muhammad b. Mukarram b. ‘Alī b. Ahmad b. Manzūr al-Ansārī al-Ifrīqī al-Misrī al-Khazrajī. (2003). Lisan al-’Arab. Qahirah: Dar al-Hadith. Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abd-Allah b. Ahmad al-Maqdisi. (t.t.) al-Muqni. Riyad: Muassasah Sa’idiyyah. Muslim, Abu al-Husain b. Hajjaj al-Naisaburi. (2003). Sahih Muslim. Qahirah: Dar al-Hadith. Jasni Sulong, Dr. & Anwar Mohd Ali. (2012). Kajian perbandingan dalam pentadbiran undang-undang kutipan zakat di provinsi Aceh dan negeri Kedah. Universiti Sains Malaysia Press: Jurnal Kajian Malaysia Vol. 30, No.1. HAMKA, Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. (1982). Tafsir al-azhar. Indonesia: Pustaka Panjimas. __________________(1983). Tafsir al-azhar. Indonesia: Pustaka Panjimas. __________________(1985). Tafsir al-azhar. Indonesia: Pustaka Panjimas. __________________(1988). Tafsir al-azhar. Indonesia: Pustaka Panjimas. __________________(2009). Islam: revolusi ideologi dan keadilan sosial. Selangor: Pustaka Dini. Hasbi As-Siddiqy. (2006). Pedoman zakat. Semarang: PT. Pustaka Rizki Putra. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, Prof. Dr. (1994). Kuasa-kuasa dan kaedah pentadbiran zakat di Malaysia. Universiti Malaya: Jurnal Syariah, terbitan kedua, no.1. Mohammad Redzuan Othman, Dr. (2008). Sumbangan Hamka dalam penulisan sejarah Melayu di alam Melayu. Pemikiran Hamka. Suntingan Sidek Baba. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad ‘Abd al-Halim ‘Umar, Dr. (1998). Muhawalah min ajl tafsir al-khilaf fi fiqh alzakah. Munaqashah Nadwah al-Tatbiq al-Mu’asir li zakah (14-16 Disember 1998). Qahirah: Markaz Salih ‘Abd-Allah Kamil li Iqtisad al-Islami, Jami’ah al-Azhar. Muhammad al-Sayyid Sabiq. (1999). Fiqh al-sunnah. Qahirah: Dar al-Fad li ‘Ilam al-‘Arabi. Sabih as-Siddiqy. (2006). Sejarah pertumbuhan dan perkembangan hukum Islam. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang. Web Agro Inovasi: Pusat Penelitian dan Pengembangan Tanaman Pangan, Indonesia. (19 Februari 2014). Perpadian di Asia Tenggara. http://pangan.litbang.pertanian.go.id/berita-435-perpadian-di-asiatenggara.html. (Diperolehi pada 1 September 2015).