ABSTRAK Kajian ini menggunakan metod kualitatif. Kualitatif bermaksud lebih tertumpu kepada kualiti dan lebih bersifat deskriptif iaitu menghuraikan makna terhadap perkara yang dikaji. Ia memerlukan penakkulan yang mendalam terhadap kajian. Bagi tujuan tersebut, kami telah menggunakan kaedah borang kaji selidik yang diedarkan kepada 45 orang respondan merangkumi lelaki dan perempuan sebagai sampel kajian yang terdiri daripada penduduk melayu kampung Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka. Mereka juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu berumur 16 hingga 45 tahun dan ke atas.
Hasil daripada kajian ini, kami telah mendapati sebanyak 36 peratus orang lelaki dan 49 peratus orang perempuan mengetahui mengenai jualan tempah. Manakala sebanyak 7 peratus bagi lelaki dan 4 peratus bagi perempuan tidak mengetahui mengenai jualan tempah ini. Selain itu, kami telah mendapati bahawa ada dikalangan mereka yang membuat tempahan kepada orang islam, bukan islam, dan kedua-duanya. Tempahan yang dibuat oleh respondan kepada orang islam sebanyak 83%, bagi respondan yang berurusan dengan orang bukan islam pula ialah sebanyak 4%, dan bagi yang membuat tempahan kepada orang islam serta bukan islam ialah sebanyak 4% juga. Tambahan pula, kebanyakan responden tidak mengetahui hukum jual tempah iaitu sebanyak 27% bagi kaum lelaki dan 38% bagi kaum perempuan.
Secara konklusinya, masyarakat Islam sering melakukan jualan tempah serta kebanyakannya tidak mengetahui tentang hukum jual beli menurut islam dan kebiasaannnya mereka melakukannya dengan orang islam.
1
PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dan inayah Nya dapat kami siapkan tugasan yang diberi oleh guru kami. Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kepada guru kami yang telah memberikan segala tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini iaitu En.Mohd Nizam Bin Mokhtar dan Puan Salwani Binti Daud. Tidak lupa juga kami tujukan khas kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberikan kebenaran keluar , rakan- rakan seperjuangan, dan juga responden di Kg.Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka yang turut memberikan kerjasama untuk melengkapkan tugasan ini. Kami juga berterima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi kepercayaan dan komitmen yang tinggi kepada kami untuk melakukan kajian ini. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kami ini, segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.
Sekian, Terima kasih.
2
PENGENALAN Secara keseluruhannya, terdapat beberapa jenis jual beli yang dilakukan di kalangan masyarakat melayu. Antaranya ialah jual beli tempah yang sering dilakukan dalam masyarakat melayu walaupun mereka sendiri tidak mengetahui hukum sebenarnya. Maksud jual beli salam atau tempah menurut buku pengantar Fiqh yang dikarang oleh Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali:
Jual beli salam atau tempah ialah menjual barangan yang belum ada dihadapan, tetapi dinyatakan sifat, kadar dan jenisnya. Menurut pengertian istilah syarak yang lebih luas ialah jual beli yang dilakukan terhadap sesuatu barangan yang belum wujud pada waktu akad dilakukan ,tetapi ia sudah ditentukan jenis, kadar harga dan sifatnya. Dalam keadaan lain juga, jual salam juga dikenali juga dengan jual beli secara tempahan. Tempahan sesuatu barang seperti menempah sepasang baju, sebuah rumah, sebuah katil, dan sebagainya. Ia merupakan satu prinsip kontrak jual beli yang diterima pakai sejak zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat Baginda sehinggalah kini. Institut al-Qayyim dalam laman webnya al-qayim.net melalui artikelnya yang bertajuk Bai' al-Salam jual beli tempah ialah, Al-Salam dari sudut bahasa ( )اللغةialah al-Salaf ( )السلفyang bermaksud ( )التقديمiaitu pendahuluan atau mendahulukan. Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e, Bai’ al-Salam didefinasikan sebagai : Menjual sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungan dengan lafaz al-Salam atau al-Salaf. Di dalam al-Fiqh ‘ala Mazahib al-‘Arba’ah menyatakan al-Salam ialah bahasa penduduk Hijaz, manakala al-Salaf ialah bahasa penduduk Iraq.
Sayyid Saabiq di dalam bukunya Fiqh al-Sunnah menyebut al-Salam dinamakan juga sebagai alSalaf. Ianya penjualan sesuatu dengan dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungan dengan bayaran segera. Di bahagian nota kakinya disebut, (al-Salam yang dinamakan juga al-Salaf) diambil dari perkataan al-Taslif ( )التسليفiaitu al-Taqdiim ( التقديم- Pendahuluan) kerana harganya didahulukan kepada penjual. Di dalam buku Fiqh dan Perundangan Islam, Bai’ al-Salam didefinasikan sebagai menjual sesuatu yang bertangguh dengan yang segera, ataupun menjual suatu yang disifatkan dalam 3
tanggungan, iaitu dengan mendahulukan harga dan menangguhkan barangan untuk ke suatu tempoh. Dengan perkataan lain, ia menyerahkan tukaran yang ada untuk tukaran yang ditetapkan sifatnya dalam tanggungan sehingga ke suatu tempoh. Ulama mazhab Syafie dan Hanbali mendefinasikannya sebagai satu akad ke atas suatu perkara yang disifatkan dalam tanggungan serta bertangguh dengan harganya diterima di dalam majlis ‘akad berkenaan. Ulama Maliki pula mendefinasikan sebagai “jualan yang didahulukan harga dan ditangguhkan barangan ke suatu tempoh.” Para fuqaha’ ( )الفقھاءmenamakan juga Bai’ al-Salam ini sebagai al-Mahaawiij ( – المحاويجBarangbarang yang diperlukan), kerana ia adalah jualan sesuatu yang tidak ada ( )غائبdi dalam majlis jual-beli, dimana kedua-dua pihak yang melakukan jual beli memerlukan antara satu sama lain. Pemilik wang ( )صاﺣب رأس المالmemerlukan barang jualan, manakala pemilik barang ( صاﺣب )السلعةmemerlukan wang. Maka ini termasuk dalam maslahat keperluan. Pembeli disebut sebagai al-Muslim ( )المسلمatau pemilik al-Salam ( )رب السلمiaitu yang menyerahkan bayaran, dan penjual disebut sebagai al-Muslam ‘Alai ()ال ُمسل ُم عليه, dan barang yang dijual disebut sebagai al-Muslam fiih ()المسلم فيه, dan harganya disebut sebagai Ra’su Maal al-Salam ()رأس مال السلم. Maka Bai’ al-Salam atau al-Salaf adalah jual beli secara tempahan, dimana pembeli menempah barang dan melunaskan harganya. Manakala penjual menerima bayaran dan barangan yang ditempah akan diserahkan kepada pembeli dalam suatu tempoh tertentu. LATAR BELAKANG KAJIAN Kami mendapati kefahaman masyarakat di Kampung solok Gaung mengenai jual beli tempah menurut Al-istihsan dapat dilihat melalui aktiviti ilmiah yang sering diamalkan seperti ceramah agama , kelas mengaji, usrah dan lain-lain lagi. Kami juga mendapati kebanyakan penduduk disitu sering melakukan jual beli tempah dalam kehidupan seharian . Ini menunjukkan penduduk mengetahui kaedah jual beli secara tempahan. PENYATAAN MASALAH Jualan secara tempah sering dilakukan dalam masyarakat pada hari ini. Namun begitu ramai tidak mengetahui hukum sebenar jualan tempah berdasarkan rukun islam. Hal ini disebabkan mereka kurang pendidikan tentang teknik jualan berasaskan islam. Selain itu, mereka juga 4
kurang berminat meningkatkan ilmu berkaitan dengan muamalat dalam kehidupan seharian serta kurang pendedahan tentang agama terutamanya dalam pendidikan usul fiqh.
OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilakukan untuk mengetahui penerimaan jual beli tempah menurut al-istihsan dalam kalangan masyarakat melayu di kampung Solok Gaung Ayer Molek, Melaka. Kajian ini juga sebagai usaha dalam meningkatkan pemahaman tentang jual beli tempah berdasarkan al-Istihsan (sesuatu yang baik) dalam masyarakat melayu Solok Gaung
KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini untuk melahirkan masyarakat yang mengetahui hal-hal yang berkaitan tentang Usul Feqah secara tafsili. Dengan terhasilnya kajian ini dapat menyebarkan fahaman tentang jual beli tempah berdasarkan konsep Al-Istihsan dengan lebih terperinci. Seterusnya diharapkan dapat membantu masyarakat dalam memahami konsep jual beli dengan lebih mendalam.
SKOP KAJIAN Kajian ini dilaksanakan disebuah kampung yang melibatkan 45 orang responden di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka untuk mengetahui penerimaan Jual Beli Salam secara tempahan menurut Al-Istihsan dalam kalangan masyarakat kampung itu. Kajian ini juga sebagai usaha dalam meningkatkan pemahaman tentang Jual Beli Salam secara tempahan menurut AlIstihsan.
KAJIAN LITERATURE Daripada laman web usulfiqh1.blogspot.com, dalam entrinya yang bertajuk Al-Istihsan, AlIstihsan dari sudut bahasa ialah menganggap sesuatu itu baik atau sesuatu yang disukai oleh seseorang serta cenderung ke arahnya sekalipun dipandang buruk ( tidak disukai ) oleh orang 5
lain. (Hassan Ahmad 1998:300). Al-Istihsan dari segi istilah juga dapat dibahagi kepada beberapa
pandangan
mengikut
mazhab.
1) Menurut Mazhab Hanafi terdapat dua pengertian (Hassan Ahmad 1998:299) iaitu :
a) Qiyas yang tersembunyi illahnya kerana sukar untuk memahaminya dan berlaku di dalam keadaan berlawanan dengan qiyas yang jelas illahnya kerana bersegeranya dan cepat untuk memahaminya
pada
peringkat
permulaan.
b) Dikecualikan masalah juz’iyyah daripada konsep menyeluruh atau kaedah umum kerana ada dalil khusus yang mengkehendaki pengecualian itu sama ada dalil khusus itu terdiri daripada nas,
darurah,
urf,
maslahah
atau
lainnya.
2) Menurut Mazhab Maliki al-istihsan ialah :
Cenderung untuk meninggalkan sesuatu dalil dan membolehkan dalil itu menyalahinya kerana ada dalil lain yang bertentangan sebahagian daripada kehendak asal sesuatu hukum. Iaitu berpaling di dalam menghukum sesuatu masalah daripada masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana ada dalil yang khusus terdiri dari Al-Quran atau Sunnah.(Hassan Ahmad 1998:303)
Rumusannya, al-istihsan ialah beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui qiyas jaliyy kepada hukum yang dikeluarkan melalui qiyas khafiyy atau pengecualian satu-satu masalah juz’iyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliyy kerana terdapat dalil lain yang lebih disenangi oleh
seseorang
mujtahid
untuk
berbuat
demikian.
Contohnya ialah pada masalah seseorang yang masuk bilik air dengan menjelaskan bayaran yang tertentu tetapi air dan masa tidak ditentukan kadarnya dan bayaran yang dikenakan adalah sama. Kaedah asalnya menyatakan tidak harus kerana tidak diketahui kadar air yang digunakan dan masa yang diperuntukkan untuk berada di dalam bilik air tersebut. Ia akan merosakkan aqad. Namun demikian, ulama mujtahid menggunakan kaedah al-istihsan dengan urf iaitu dengan melihat kepada sudah menjadi kebiasaan. ( Hasan bin Ahmad 2002 : 306) 6
Menurut buku pengantar Usul Fiqh karya Ustaz Abd Latif Muda dan isterinya Dr. Rosmawati Ali, al-Istihsan dari segi bahasa ialah sesuatu dalil yang bertentangan dengan alQiyas al-Jaliy dan menganggap sesuatu itu baik.
Menurut pengertian istilah , istihsan bermaksud sesuatu perkara yang diingini oleh seseorang dalam
sesuatu perkara walaupun ia tidak disukai orang lain. Iaitu sesuatu perkara yang dikira baik yang lahir hasil dari pemikiran ulamak mujtahid dalam perkara yang bertentangan dengan hukum alqiyas terang . Walaupun begitu ia juga mempunyai sandaran yang berupa al-Quran atau hadis, ijmak atau al-qiyas yang tidak jelas atau disebabkan keadaan yang memerlukannya. Menurut istilah ulamak usul fiqh pula, istihsan ialah menukarkan pengambilan al-qiyas yang nyata kepada yang tidak nyata ataupun menukarkan sesuatu hukum kulliy iaiti umum kepada hukum yanag pengecualian iaitu istithna’ atau juga dari dalil kulliy kepada hukum takhsis ekoran terdapat dalil yang menyebabkan mujtahit memindahkannya.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan metod kualitatif iaitu menggunakan kaedah borang kaji selidik yang diedarkan kepada 45 orang respondan merangkumi lelaki dan perempuan sebagai sampel kajian yang terdiri daripada penduduk melayu kampung Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka. Mereka juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu berumur 16 hingga 45 tahun dan ke atas.
Borang kaji selidik terbahagi daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A menerangkan tentang latar belakang responden yang mengandungi umur, jantina dan sektor pekerjaan. Bahagian B pula mengandungi sebanyak tujuh soalan. Soalan pertama mengenai pengetahuan responden tentang jualan tempah. Soalan kedua pula berkaitan tentang aktiviti responden samada pernah melakukan jualan tempah ataupun tidak manakala soalan ketiga pula mengenai kekerapan responden melakukan jualan tempah. Soalan keempat pula berkaitan tentang pihak yang berurusan dengan responden samada beragama islam, bukan islam ataupun kedua-duanya. Manakala soalan kelima menerangkan tempoh masa yang diambil oleh peniaga untuk menyiapkan tempahan reponden. Soalan keenam mengkaji tentang kepuasan 7
responden terhadap barang yang telah ditempah. Tentang hukum jualan tempah pula, kami nyatakan dalam soalan yang ketujuh.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian A :
Bahagian ini mengenai latar belakang responden. Ia merangkumi jantina,umur dan juga pekerjaan.
Jadual Menunjukkan Bilangan Respoden Mengikut Jantina
Jantina
Bilangan
Responden
Peratus
(orang)
Lelaki
20
44.4
Perempuan
25
55.6
Jadual di atas menunjukkan seramai 45 orang bilangan responden mengikut jantina yang mana secara keseluruhannya kami telah mengedarkan sebanyak 45 borang kaji selidik kepada penduduk kampung solok gaung yang terdiri daripada 20 orang responden lelaki dan selebihnya terdiri daripada kaum perempuan.
8
Jadual menunjukkan bilangan responden mengikut umur
Umur
Bilangan responden Peratus (%) (orang)
16-25
15
33
26-35
12
27
36-45
5
11
46 dan ke atas
13
29
Jadual di atas menunjukkan bilangan responden mengikut kategori umur. Kami telah mengedarkan borang kaji selidik kepada 45 orang responden yang mana seramai 15 orang responden terdiri daripada lingkungan umur 16-25 tahun, 12 orang responden terdiri daripada lingkungan umur 26-35 tahun, 5 orang responden terdiri daripada lingkungan umur 36-45 tahun dan seramai 13 orang responden terdiri daripada lingkungan umur 46 tahun dan ke atas.
9
Jadual Menunjukkan Bilangan Responden Mengikut Sektor Pekerjaan
Jantina
Lelaki
Peratus(%)
Perempuan
Peratus(%)
Sektor Swasta
4
9
1
2
Kerajaan
9
20
5
11
Sendiri
7
16
10
22
Tidak bekerja
-
-
5
11
Pelajar
-
-
4
9
Jumlah
20
45
25
55
Jadual menunjukkan seramai 45 orang responden yang terlibat mengikut sektor pekerjaan. Hasil daripada kajian ini, kami telah mendapati seramai 5 orang responden yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan seorang perempuan bekerja dalam sektor swasta manakala bagi sektor kerajaan, seramai 14 orang responden yang terlibat yang mana terdiri daripada 9 orang responden lelaki dan 5 orang bagi responden perempuan. Selain itu, kami juga mendapati terdapat responden kami yang bekerja sendiri iaitu seramai 17 orang yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan selebihnya terdiri daripada responden perempuan. Semasa menjalankan kajian ini, kami juga telah mendapati ada di kalangan responden kami yang tidak bekerja iaitu seramai 5 orang yang kesemuanya terdiri daripada responden perempuan. Tambahan pula, responden kami juga terdiri daripada kalangan pelajar yang kesemuanya ialah responden perempuan yang mana jumlahnya ialah seramai 4 orang .
10
Bahagian B:
Bahagian ini merangkumi pelbagai jenis soalan. Antaranya adalah mengenai kefahaman responden mengenai hukum jualan tempah dalam erti kata sebenar yakni mengikut hukum islam. Selain itu, ia juga merangkumi mengenai soalan-soalan berkaitan dengan tempoh masa yang diambil oleh seorang penerima tempahan untuk menyiapkan barangan yang ditempah oleh pelanggan mereka. Pada bahagian ini juga, merupakan intipati serta hasil kajian kepada penyelidikan kami.
Soalan 1 : Adakah Anda Mengetahui Tentang Jualan Tempah?
Respon
Ya
Peratus (%)
Tidak
Peratus (%)
Lelaki
16
36
3
7
Perempuan
22
49
2
4
Jumlah
38
85
5
11
Jantina
Hasil daripada kajian ini, kami mendapati seramai 20 orang responden lelaki yang mana seramau 16 orang daripada mereka mengatakan bahawa mereka mengetahui tentang jualan tempah dan selebihnyatidak mengetahuinya. Bagi responden perempuan pula, kami telah mendapati seramai 22 daripada 25 orang responden perempuan yang mengetahui tentang jualan tempah ini.
11
Soalan 2 : Adakah Anda Pernah Membuat Jualan Tempah?
Ya
Peratus(%)
Tidak
Peratus(%)
Lelaki
13
29
7
16
Perempuan
22
49
3
7
Jumlah
35
78
10
23
Respon Jantina
Hasil daripada soalan ke-2 ini, kami mendapati seramai 13 orang daripada 20 orang responden lelaki yang mengatakan bahawa mereka pernah membuat jualan tempah. Bagi responden perempuan pula seramai 3 daripada 25 orang responden yang mengatakan bahawa mereka tidak pernah membuat jualan tempah dan selebihnya sebaliknya.
12
Soalan 3 : Adakah Anda Selalu Melakukan Jualan Tempah?
Respon
Ya
Peratus(%)
Tidak
Peratus(%)
Lelaki
8
18
12
27
Perempuan
24
53
10
22
Jumlah
32
71
22
49
Jantina
Soalan ketiga kami merujuk kepada kekerapan responden kami melakukan jualan tempah. Hasil daripada kajian ini, kami telah mendapati seramai 8 daripada 20 orang responden lelaki kerap melakukan jualan tempah manakala selebihnya tdak. Bagi responden perempuan pula majoritinya kerap melakukan jualan tempah iaitu terdiri daripda 24 orang.
13
Soalan 4 : Dengan siapakah anda berurusan dalam jualan tempah ini?
Lelaki
Peratus(%)
Perempuan
Peratus (%)
16
36
21
47
Bukan Islam 1
2
1
2
Kedua-
0
0
2
4
17
38
24
53
Jantina Agama Islam
duanya Jumlah
Bagi soalan ke-4 merujuk kepada responden dengan pihak peniaga tempahan. Responden berkecenderungan melakukan urusan jual tempah dengan peniaga yang beragama islam iaitu terdiri daripada 16 orang responden lelaki dan 21 orang responden perempuan. Manakala urusan mereka dengan peniaga yang bukan islam hanya seorang bagi kedua-dua jantina. Selain itu, hanya 2 orang responden yang melakukan urus niaga dengan peniaga yang beragama islam dan bukan islam.
14
Soalan 5 : Berapa Lamakah Masa Yang Diambil Oleh Peniaga Jual Tempah Untuk Menyiapkan Barangan Tempahan Anda?
Jantina
Lelaki
Peratus (%)
Perempuan
Peratus (%)
3 Hari
3
7
6
13
Seminggu
3
7
8
18
Lebih
8
18
8
18
14
31
22
49
Tempoh masa
seminggu Jumlah
Soalan ke-5 merujuk kepada jangka masa yang diambil oleh peniaga yang menjalankan jualan tempah bagi menyiapkan tempahan responden. Hasil daripada kajian ini, kami mendapati seramai 3 orang responden lelaki dan 6 orang responden perempuan yang mendapat barang tempahan mereka selepas 3 hari. Selain itu, seramai 11 orang yang terdiri daripada 3 orang responden lelaki dan 8 orang responden perempuan yang mendapatkan tempahan mereka selepas seminggu. Seramai 16 orang responden yang terdiri daripada 8 orang responden lelaki dan 8 orang responden perempuan yang menerima barang tempahan mereka lebih daripada seminggu.
15
Soalan 6 : Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Hasil Jualan Yang Anda Tempah?
Respon
Ya
Peratus(%)
Tidak
Peratus(%)
Lelaki
12
27
3
7
Perempuan
21
47
1
2
Jumlah
33
74
4
9
Jantina
Jadual di atas menunjukkan reaksi sama ada responden berpuas hati dengan hasil yang di tempah ataupun tidak. Seramai 12 orang responden lelaki yang berpuas hati dengan hasil tempahan yang dibuat. Namun demikian, seramai 3 responden lelaki berpendapat sebaliknya. Bagi responden perempuan pula, seramai 21 daripada 25 orang responden yang berpuas hati dengan hasil yang diperolehi daripada tempahan yang dibuat.
16
Soalan 7 : Adakah Anda Tahu Hukum Jualan Tempah?
Jantina
Lelaki
Peratus (%)
Perempuan
Peratus (%)
Ya
8
18
8
18
Tidak
12
27
17
38
Jumlah
20
45
25
56
Respon
Jadual ini merujuk kepada reaksi responden kami mengenai pengetahuan mereka tentang hukum jualan tempah berdasarkan konsep al-istihsan. Seramai 8 daripada 20 orang responden lelaki kami yang mengetahui tentang hukum jualan tempah. Bagi reponden perempuan pula, seramai 17 daripada 25 orang yang tidak mengetahui tentang hukum jualan tempah.
17
RUMUSAN DAN CADANGAN
Secara konklusinya, masyarakat Islam sering melakukan jualan tempah serta kebanyakannya tidak mengetahui tentang hukum jual beli menurut islam dan kebiasaannnya mereka melakukannya dengan orang islam.
Kami mencadangkan supaya mewujudkan kursus motivasi secara percuma kepada golongan belia dan kanak-kanak bagi memberikan fahaman dengan lebih jelas tentang hukumhukum yang terdapat dalam islam terutamanya jual beli salam atau tempah. Selain itu, pihak kerajan negeri atau persekutuan haruslah mewujudkan perpustakaan yang mengandungi pelbagai jenis buku agama agama terutamanya buku yang berkaitan usul fiqh. Tambahan lagi, ketua-ketua kampung perlu mewujudkan kelas-kelas usrah yang mengajar tentang pendidikan usul fiqh khasnya jual beli tempah.
RUJUKAN
a. Buku
Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali (2010). Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
b. Internet atau Laman Web http://usulfiqh1.blogspot.com al-qayyim.net
18
LAMPIRAN Borang Kaji Selidik
19
20
Surat kebenaran
21
Gambar-gambar
Sesi taklimat mengenai hukum jualan tempah
Sesi Pengedaran Borang Kaji
Kawasan Kajian
22