PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011 Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm
Pengaruh Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari di Kalimantan Selatan Berhubung Ilmu Tasawuf Noor Syahidah Mohamad Akhir Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Abstrak: Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari merupakan antara tokoh yang berpengaruh di Kalimantan Selatan. Kertas kerja ini akan membincangkan berhubung latar belakangnya yang tidak banyak diketahui umum. Ulama kelahiran Banjar ini mempunyai pengaruh tersendiri dalam bidang tasawuf. Pengaruh tersebut dapat dinilai menerusi pengaruhnya dalam cabang keintelektualan, kemasukan tarekat Sammaniyyah ke Kalimantan Selatan, kegiatan dakwahnya dan polemik-polemik yang menggambarkan beliau merupakan ulama berpengaruh.
PENGENALAN Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari merupakan seorang ulama Banjar pada akhir kurun ke-18M sehingga awal kurun ke-19M. Beliau adalah salah seorang tokoh yang berpengaruh dalam bidang tasawuf di alam Melayu. Beliau merupakan tokoh sezaman dengan Syeikh Muhammad Arsyad alBanjari, Syeikh Abdul Rahman Siddiq, Syeikh Abdul Hamid Abulung dan ramai lagi. Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari banyak menjalankan kegiatan dakwah di kawasan pedalaman seperti di Kalua. Hasilnya Islam terus berkembang pesat di kawasan tersebut. Pendekatan yang dibawa ialah dengan ilmu tasawuf di mana beliau sendiri telah mengarang pelbagai kitab tasawuf dan membawa tarekat Sammaniyyah masuk ke Kalimantan Selatan. Perkembangan Tasawuf di Kalimantan Selatan: Sebelum kemasukan Islam ke Kalimantan Selatan (Banjarmasin), kawasan ini juga turut dipengaruhi oleh kepercayaan animisme atau kaharingan oleh masyarakat Banjar (H. Ahmad 1986: 1). Pandangan kepercayaan tersebut telah berubah kepada Hindu Buddha dan akhirnya bertukar kepada pegangan agama Islam apabila pengaruhnya mula masuk ke Kalimantan Selatan. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemasukan Islam ke kawasan tersebut adalah hasil daripada peranan yang dimainkan oleh para ulama terutamanya ahli sufi dengan melakukan pendakwahan. Berbeza dengan kawasan lain di kawasan Nusantara, Kalimantan Selatan agak lewat sedikit menerima Islam iaitu pada kurun ke-16M. Kemasukan Islam ke sini adalah selari dengan perkembangan ilmu tasawuf kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Ini dapat dilihat
dalam teks Hikayat Banjar yang juga berperanan sebagai salah sebuah sumber historiografi Banjar. Hikayat tersebut menceritakan pengislaman Pangeran Samudera yang diberi gelaran Sultan Suriansyah yang menandakan kemasukan Islam secara rasmi di Kalimantan Selatan. Berikut merupakan teks tersebut (Siti Hawa 1990: 328): Maka Pangeran Samudra itu, sudah tetap kerajaannya di Bandjarmasih itu, maka masuk Islam. Diislamkan oleh penghulu Damak itu. Maka waktu itu ada orang negeri Arab datang, maka dinamainya Pangeran Samudra itu Sultan Surjanu’llh. Banyak tiada tersebut.
Besar kemungkinan orang Arab tersebut merupakan seorang ulama dan sufi yang datang untuk menyebarkan Islam disamping tujuan dan aktiviti-aktiviti lain. Ini adalah kerana ulama Arab pada abad-abad awal kebanyakan merupakan ahli sufi sama ada secara langsung atau tidak langsung terutama yang datang dai Hadramaut, Yaman. Petikan tersebut menyatakan bahawa pengislaman tersebut dilakukan oleh penghulu Damak iaitu Penghulu Rahmatullah. Penghulu tersebut telah menghantar wakil iaitu Khatib Dayyan atau nama asalnya Sayyid Abdul Rahman untuk pengislaman tersebut dan mengembangkan Islam di wilayah kerajaan Banjar (H. Sjarifuddin 2007: 94). Jadi, pengislaman tersebut bukanlah secara langsung dilakukan oleh Penghulu Damak, sebaliknya dilakukan oleh wakilnya Khatib Dayyan yang juga merupakan ahli sufi. Pengkajian ilmu tasawuf di Banjar sebenarnya telah bermula seawal abad ke-17M lagi. Ahmad Syamsuddin al-Banjari yang merupakan tokoh Banjar telah mengarang kitab Asal Kejadian Nur Muhammad (Ahmad 2008:19). Ini menggambarkan perkembangan ilmu tasawuf di Kalimantan Selatan.
357
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Menurut Winstedt dalam M. Suriansyah (2003: 124) seperti yang dipetik dari Sejarah Banjar menyatakan bahawa Hikayat Nur Muhammad yang paling tua yang dijumpai di Jakarta ditulis pada tahun 1668M oleh seorang ulama Banjar yang bernama Sham alDin untuk Sultan Taj al-Alam Syafiat al-Din yang memerintah Aceh. Karya tersebut lebih cenderung kepada fahaman Ibn Arabi dan ia merupakan fahaman yang agak masyhur di alam Melayu di awal kemasukan Islam ke sini. Tidak terhenti di situ sahaja, perkembangan tasawuf di Kalimantan Selatan terus mencapai kemuncak pada abad ke-18M dengan kemunculan ramai ulama dalam pelbagai bidang terutamanya tasawuf. Kebanyakan daripada mereka menuntut ilmu agama di Timur Tengah dan memberi banyak sumbangan dalam perkembangan Islam di sana. Mereka adalah Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan Syeikh Abdul Hamid Abulung. Walaupun Kalimantan Selatan pada abad ke-18 sehingga abad ke-19M menghadapi campur tangan penjajah Belanda, namun Islam tetap mampu berkembang hasil kegiatan para ulama dan sokongan daripada masyarakat. Mereka telah menghasilkan pelbagai karya tulisan sendiri yang menjadi warisan sehingga kini. Pada abad ke-20M, lahir lebih ramai ulama Banjar namun perkembangannya lebih mendatar dan tiada kontroversi yang besar seperti mana yang berlaku sebelum ini iaitu pada abad ke-18M. Ulama Banjar pada zaman ini kebanyakkannya menggunakan karya-karya ulama pada abad ke-18M dan terdahulu sebagai rujukan pengkajian dan pengajian mereka. Ada diantara mereka yang menghurai, membahas, meneliti atau menterjemah karya-karya yang ada sebelum ini. Antara ulama Banjar dalam bidang tasawuf pada abad ini ialah H. Gusti Abdul Muis, Rafi’ie Hamidi, H. Abdul Muthalib Muhyiddin, Muhammad Laily Mansur, K.H Dja’far Sabran, Tuan Guru H. Muhammad Syukri Unus, K.H. Muhammad Zaini Ghani, K.H. Muhammad Bakhiet dan ramai lagi (Tarwilah 2010: 79-113). Bibliografi Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari: Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari atau lebih dikenali sebagai Datu Nafis merupakan keturunan bangsawan daripada kerajaan Banjar. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Nafis al-Banjari bin Idris bin Husein bin Ratu Kasuma Yoada bin Pangeran Kasuma Negara Bin Pangeran Dipati bin Sultan Tahilillah bin Sultan Saidullah bin Sultan Inayatullah bin Sultan Musta‘in Billah bin Sultan Hidayatullah bin Sultan Rahmatullah bin Sultan Suriansyah (Tim Sahabat 2010: 5). Ini menggambarkan kepada kita bahawa beliau adalah keturunan raja-raja dan salasilah keturunannya sampai kepada Sultan Suriansyah, sultan pertama memeluk Islam dalam kerajaan Banjar.
Tiada maklumat berhubung jurai keturunan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari ke bawah. Walau bagaimanapun, pengkaji telah menjajaki salasilah beliau di Kalimantan Selatan dan mengupasnya menerusi tesis kajian dan diulas secara ringkas melalui kertas kerja ini. Sudah menjadi kebiasaan setiap Pangeran akan menyimpan salasilah kekeluargaan masing-masing yang akhirnya akan sampai kepada Sultan Suriansyah bin Raja Pangeran Mangkubumi. Ini menunjukkan bahawa ada keluarga tertentu yang menyimpan salasilah keturunan sehingga sampai kepada Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari. Jurai keturunan tersebut telah diperolehi oleh pengkaji apabila Gusti Omar bin Syeikh Gusti M. Mahmud yang menetap di Jeddah telah menyusun salasilah kekeluargaannya. Gusti Omar yang merupakan seorang tentera udara di Saudi Arabia merupakan keturunan ke-15 dari Sultan Suriansyah dan keturunan ke-4 dari Syeikh Muhammad Nafis alBanjari. Berdasarkan salasilah Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari mendapati bahawa beliau mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ratu H. Musa iaitu wakil sultan di Kotabaru dan Gusti M. Thaib atau Pangeran Penghulu di kampung Bahungin Kelua. Ratu H. Musa telah berkahwin dua iaitu Ratu Salamah Bt Sultan Sulaiman dan Nyai Ambak. Mereka dikurniakan lapan orang anak yang merupakan cucu Syeikh Muhammad Nafis alBanjari. Mereka adalah P.Abdul Kadir, Gusti Jamal, P. Panji, P. Kesuma Indra, P.M. Nafis, P. Bandahara, Puteri Safura dan P. Jaya Samitra. Setiap daripada mereka dikurniakan zuriat masing-masing yang merupakan cicit Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari iaitu generasi ke-3. Generasi seterusnya berkembang sehingga sekarang iaitu generasi ke-6 Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari atau generasi ke-17 Sultan Suriansyah. Anak kedua Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari adalah Gusti M. Thaib yang mempunyai dua orang anak iaitu Gusti Mustafa dan Gusti Safiah yang juga merupakan cucu Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari yang menetap di Makkah. Gusti Mustafa telah berkahwin dengan Puteri Habibah Bt P. Singosari yang juga merupakan cucu Sultan Sulaiman (1801-1825M) dan anak saudara Sultan Adam (1825-1857). Hasil daripada perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata yang juga kemudiannya menetap di Makkah. Mereka adalah Gusti Syeikh M. Said, Gusti Syeikh Ramli dan Gusti Syeikh M. Mahmud yang merupakan cicit Syeikh Muhammad Nafis alBanjari. Berhubung tarikh kelahiran dan kematian Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari tidak dapat diketahui dengan jelas. Apa yang pasti beliau dilahirkan di Martapura, Kalimantan Selatan dan terdapat perbezaan pandangan berhubung dengan tempat makam beliau. Ada yang mengatakan ia terletak di Kalua (Utara Kalimantan Selatan), Paliat dan Daerah Kusan Kota Baru. Hasil pemerhatian
358
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
pengkaji, antara ketiga-tiga kawasan tersebut, Kalua adalah tempat yang masyhur dan sering diziarahi pengunjung dari pelbagai kawasan dan negara. Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari telah diambil oleh Sultan Tahmiddillah (1700-1734M) sebagai anak angkat baginda kerana beliau seorang yang pintar dan mampu membaca al-Quran pada usia tujuh tahun (Maimunah 2008: 40). Beliau kemudiannya telah dihantar ke Haramain untuk mendalami ilmu agama. Beliau telah berguru dengan ramai guru-guru terkemuka antaranya ialah Syeikh ‘ Abd Allah Hijazi as-Sharqawi al-Misriyy, Mawlana Syeikh Siddiq ibn Umar Khan, Mawlana Syeikh ‘Abd al-Rahman Ibn ‘Abd al-‘Aziz al-Maghribi al‘Amri R.A, Saiyyidi Mustafa ibn Kamal al-Din alBakri, Mawlana Syeikh Muhammad ibn ‘Abd alKarim al-Samman dan ramai lagi. Beliau akhirnya pulang ke tanah air pada zaman pemerintahan Sultan Tahmidillah II (1778-1801M). Beliau telah mencurahkan ilmu agama di tanah airnya dengan menghasilkan pelbagai karya ilmiah dan menyebarkan agama Islam menerusi tarekat yang dipegangnya. Syeikh Muhammad Nafis menceritakan sedikit sebanyak berhubung dengan peribadinya menerusi karya Durr al-Nafis. Berikut merupakan petikan tersebut (al-Banjari t.th.)
(1) Pengaruh Dalam Bidang Keintelektualan: Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari sememangnya telah menghasilkan pelbagai karya pengkajian dalam bidang tasawuf. Antara tulisannya ialah Durr alNafis (Mutiara Yang Indah), Majmu‘ al-Asrar (Perhimpunan Segala Rahsia), Kanzus Sa‘adah (Perbendaharaan Kebahagiaan dan beberapa karya lain yang masih belum dikenal pasti kesahihan karangan beliau. Durr al-Nafis merupakan karya paling berpengaruh berbanding karya-karyanya yang lain. Jika kita perhatikan karya Durr al-Nafis sudah melambangkan ketinggian pengetahuan beliau. Kitab tersebut merupakan kitab tasawuf peringkat tinggi yang membahaskan berhubung ketuhanan. Kitab ini membicarakan cara untuk para salik sampai kepada Allah dan perkara yang menghalang daripada sampai kepada-Nya. Kitab ini juga membincangkan tentang tauhid Af‘al, tauhid Sifat, tauhid Asma’ dan tauhid Dhat, martabat tujuh dan beberapa lagi perbincangan tambahan. Berikut merupakan catatan Syeikh Muhammad Nafis dalam Durr al-Nafis:
”… ﻣﺤﻤﺪ ﻧﻔﯿﺲ ﺑﻦ أدرﯾﺲ ﺑﻦ اﻟﺤﺴﯿﻦ اﻟﺒﻨﺠﺎري ﻣﻨﺸﺄ واﻟﻤﻜﻲ ﻣﺴﻜﻨﺎ “ …واﻟﺸﺎﻓﻊ ﻣﺬھﺒﺎ واﻻﺷﻌﺮي اﻋﺘﻘﺎدا
“Dan aku aturkan akan dia atas satu muqaddimah dan empat fasal dan satu khatimah dan aku sabitkan di dalamnya beberapa masalah yang tinggi yang diambil daripada beberapa kitab ahli tasawuf”.
“ …yaitu Syeikh Muhammad Nafis Bin Idris Bin Husain di negeri Banjar tempatnya jadi dan di negeri Makkah diamnya dan syafie akan mazhabnya yaitu pada faqih dan Asya‘ari iktiqadnya yaitu pada usuluddin…”
Beliau menyambung lagi berhubung pegangan tarekatnya seperti berikut: ” …واﻟﺠﻨﯿﺪي اﻣﺎﻣﺎ واﻟﻘﺎدري طﺮﯾﻘﮫ واﻟﺸﻄﺮي ﻟﺒﺎﺳﺎ واﻟﻨﻘﺜﺒﻨﺪي “…ﻋﻤﻼ واﻟﺨﻠﻮﺗﻲ ﻣﻄﻌﻤﺎ واﻟﺴﻤﺎﻧﻲ ﻣﺸﺮﺑﺎ “…dan Junayd itu ikutannya yaitu pada ilmu tasawuf dan Qadariyyah tarekatnya dan Syattariyyah pakaiannya dan Naqsyabandiyyah amalannya dan Khulwatiyyah makanannya dan Sammaniyyah minumannya…”.
Ini memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada kita berhubung biografi Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari yang berpegang kepada mazhab Syafie dan beriktikad dengan fahaman Asya‘ari. Di samping itu, beliau mengikuti beberapa aliran tarekat iaitu Qadariyyah, Syattariyyah, Naqsyabandiyyah, Khalwatiyyah dan Sammaniyyah. Pengaruh Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari terhadap Perkembangan Tasawuf di Kalimantan Selatan: Tidak banyak kajian berhubung dengan pengaruh Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari. Di sini, pengkaji membahagikan kepada beberapa bahagian bagi menggambarkan tokoh tersebut mempunyai pengaruh terutamanya dalam bidang tasawuf.
ورﺗﺒﮭﺎ ﻋﻠﻰ ﻣﻘﺪﻣﺔ وارﺑﻌﺔ ﻓﺼﻮل وﺧﺎﺗﻤﺔ وذﻛﺮت ﻓﯿﮭﺎ اﻟﻤﺴﺎﺋﻞ اﻟﻨﯿﺔ اﻟﻤﺄﺧﻮذة ﻣﻦ ﻛﺘﺐ اﻟﺼﻮﻓﯿﺔ
Kitab tersebut lebih ke arah pemikiran Ibn Arabi dan fahaman wujudiyyah. Ini menggambarkan ketinggian kefahaman Syeikh Muhammad Nafis dalam memahami pemikiran ulama agung tersebut. Jika diperhatikan dalam sejarah Banjar, ideologi rasmi kerajaan pada peringkat permulaan kedatangan Islam ke Kalimantan Selatan ialah wujudiyyah. Ia bermula seawal abad ke-16M sehinggalah awal abad ke-19M. Maka tidak hairan jika ajaran yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Nafis diterima masyarakat walaupun selepas zamannya timbul pelbagai polemik. Walaupun begitu, pemikiran Syeikh Muhammad Nafis tetap dijadikan rujukan dan digunakan oleh ulama terkemudian dalam pengkajian karya mereka. Antaranya ialah karya Risalah ‘Amal Ma‘rifah yang dikarang oleh Syeikh Abdurrahman Siddiq, Kashf al-Asrar yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Saleh Ibn Abdullah alMinangkabawi. Risalah ‘Amal Ma‘rifah dikatakan ikhtisar atau ringkasan daripada kitab Durr al-Nafis. Sarjana H.M Laily Mansur menyatakan dalam disertasinya bahawa kitab Durr al-Nafis sememangnya berpengaruh dalam kitab Risalah Amal Ma’rifah yang ditulis di Sepat Inderagiri (Laily 1981: 17). Pandangan tersebut disokong oleh pensyarah fakulti Tarbiah Mugeni Hasar yang mengatakan kitab Risalah ‘Amal Ma‘rifah lebih cenderung kepada Kitab Durr al-Nafis (Mugeni 2004: 246-267). Hasil pemerhatian pengkaji
359
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
terhadap kitab tersebut mendapati Risalah Amal Ma’rifah sangat mirip dan hampir sama dengan Durr al-Nafis. Bukan hanya sekadar aliran pemikiran sahaja, sebaliknya skop perbincangan juga hampir sama iaitu berkenaan Wahdaniyat Allah yang mencakupi mengesakan Af‘al, Asma’, Sifat dan Dhat Allah S.W.T., maqam, wali dan karamah. Perumpamaan dan contoh-contoh yang dikemukakan bagi menjelaskan perkara-perkara tersebut juga sama dengan apa yang dicatatkan oleh Syeikh Muhammad Nafis. Walau bagaimanapun, pandangan yang mengatakan kitab tersebut merupakan ringkasan Durr al-Nafis tidak begitu tepat kerana bukan semua isi dan perbincangan sama seperti kitab Durr al-Nafis. Selain itu, terdapat juga perbezaan isi contohnya kitab Durr al-Nafis menghuraikan berhubung soal keramat yang mempunyai 40 macam iaitu 20 di dunia dan 20 di akhirat, sedangkan Risalah ‘Amal Ma‘rifah mengemukakan keramat itu ada dua bentuk iaitu keramat iman dan keramat amal. Tambahan lagi, terdapat beberapa rujukan lain yang digunakan dalam pengkajian Risalah ‘Amal Ma‘rifah. Walau bagaimanapun, hampir kesemua huraiannya sama dan menunjukkan adanya pengaruh Syeikh Muhammad Nafis dalam pengkajian karya tersebut. Apa yang pasti Syeikh Abdurrahman Siddiq juga merupakan ulama Banjar, jadi kemungkinan besar beliau terpengaruh dengan pemikiran Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari. Begitu juga dengan kitab Kashf al-Asrar yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Saleh Ibn Abdullah al-Minangkabawi. Kitab ini membawa pendekatan isi kandungan yang mempunyai unsur yang sama iaitu pendekatan wahdatul wujud. Pengaruh Durr al-Nafis dapat dilihat berdasarkan skop soalan dan jawapan yang diketengahkan oleh Syeikh Muhammad Saleh Ibn Abdullah dalam Kashf al-Asrar. Kitab tersebut bermula dengan mengemukakan soal jawab berhubung ilmu iaitu ilmu fardu ain, ilmu fiqh dan ilmu usul yang seterusnya membincangkan tentang ilmu makrifat. Perbincangan dilanjutkan tentang erti percaya kepada Allah iaitu percaya akan dhatnya, sifatnya, af‘alnya dan asma’nya. Tambahnya, segala yang baik dan buruk itu dijadikan daripada Allah S.W.T. Kitab Kashf al-Asrar juga menengahkan tentang bagaimanakah untuk mengesakan dhat, sifat dan af‘al. Jawapan yang diberikan ialah cara mengesakan dhat ialah dengan berpegang bahawa tiada mawjud di alam hanyalah Allah dan kewujudan yang lain adalah bagaikan bayangbayang. Sifat yang ada pada makhluk merupakan sifat Allah yang zahir pada makhluk iaitu seperti bayang-bayang sifat Allah kepada hamba. Berdasarkan penganalisaan pengkaji terhadap kitab Kashf al-Asrar mendapati sebahagian kecil perbincangan adalah mirip kitab Durr al-Nafis manakala sebahagian lagi banyak membincangkan tentang persoalan lain antaranya berkenaan akal,
proses kejadian anak Adam daripada Nur Muhammad, sembahyang mayat, syurga dan neraka, puasa dan banyak lagi. Perbahasan yang mirip dengan Durr al-Nafis kebanyakannya dibahaskan pada awal kandungan kitab tersebut yang merangkupi perbincangan ilmu, af‘al, asma’, sifat, dhat, syariat, tarikat, hakikat dan makrifat seperti mana yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Walaupun, kitab Kashf al-Asrar tidak keseluruhannya membahaskan apa yang dibahaskan oleh Durr al-Nafis, namun pengaruhnya tidak dapat disangkal begitu sahaja. Ini kerana selain Durr alNafis, pengarang juga menggunakan kitab lain sebagai rujukannya. Pemikiran Syeikh Muhammad Nafis juga digunakan dalam sukatan pelajaran di pondok. Antaranya Diktat Ilmu Tauhid Tasawuf dalam Mempertahankan Fahaman Ibn Arabi dan Abu Yazid al-Bustami dan Ikhtisar Konsep Materi Dakwah Islamiyah dan Ajaran Islam yang dikarang oleh ‘Abd al-Jaylani Darman di Kalimantan Selatan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr. Bahrannoor Haira mendapati antara 14 rujukan yang digunakan dalam pembelajaran tasawuf di Kalimantan Selatan ialah Durr al-Nafis, Risalah ‘Amal Ma‘rifah, Diktat Ilmu Tauhid Tasawuf dalam Mempertahankan Fahaman Ibn Arabi dan Abu Yazid al-Bustami dan Ikhtisar Konsep Materi Dakwah Islamiyah dan Ajaran Islam (Bahrannoor 1985: 55). Ini menunjukkan bahawa Syeikh Muhammad Nafis sememangnya ulama berpengaruh dalam bidang keilmuwan dan seterusnya menggambarkan bahawa beliau turut mewarnai dunia keintelektualan di alam Melayu. (2) Pengaruh Kemasukan Tarekat Sammaniyyah Ke Kalimantan Selatan: Seperti mana yang dibahaskan sebelum ini, Syeikh Muhammad Nafis mengamalkan beberapa jenis tarekat. Walau bagaimanapun, tarekat Sammaniyyah adalah tarekat paling berpengaruh bagi dirinya. Tarekat ini diasaskan oleh Muhammad Ibn Abd al-Karim alQuraysyi al-Madani al-Syafi‘i yang lebih dikenali sebagai al-Samman. Tarekat ini merupakan gabungan dari pelbagai tarekat yang diikuti oleh alSamman iaitu Khalwatiyyah, Qadariyyah, Naqshabandiyyah dan Shadziliyyah (Hidayatullah 2008: 1086) Tarekat Sammaniyyah ini lebih dengan dengan diri beliau kerana ramai dikalangan gurunya mengamalkan tarekat ini antaranya al-Samman sendiri. Syeikh Muhammad Nafis yang telah menerima Ijazah tarekat Sammaniyyah akhirnya telah pulang ke Kalimantan Selatan untuk menyebarkan ajaran Islam. Sebelum pulang ke sana, beliau telah singgah terlebih dahulu di Bima atau Sumbawa (kemungkinan di Bali) iaitu tempat berakarnya tarekat Sammaniyyah (A. Fauzan 2004: 94) Berdasarkan Ensiklopedia Indonesia menyatakan Banjar merupakan komuniti desa asli di Bali yang
360
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
mempunyai susunan dan sistem pimpinan yang berbeza dari desa administratif yang dibentuk diluar oleh pemerintah pusat yang disebut perbekalan di Bali (Ensiklopedia Indonesia 1992: 392) Ini menunjukkan ada kaitan antara Banjar dan Bali. Di sana Syeikh Muhammad Nafis telah berjumpa dengan Syeikh Siddiq Ibn Umar Khan al-Madani dan berguru dengan syeikh tersebut. Syeikh Siddiq Ibn Umar Khan al-Madani juga merupakan murid Syeikh Muhammad bin Syeikh Abdul Karim asSamman yang mendapat kebenaran untuk mengajarkan tarekat Sammaniyyah. Jadi tidak hairanlah jika, tarekat Sammaniyyah sangat mendominasi diri Syeikh Muhammad Nafis alBanjari. Syeikh Muhammad Nafis telah merupakan orang yang berjasa dalam membawa masuk tarekat Sammaniyyah ke Kalimantan Selatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan bahawa Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari lebih berpengaruh dalam memasukkan tarekat tersebut ke sana. Sarjana Barat, Martin Van Bruinessen mengatakan bahawa karya-karya Syeikh Muhammad Arsyad yang diterbitkan tidak ada yang mengisyaratkan ke arah tarekat Sammaniyyah. Beliau percaya bahawa keberadaan tarekat Sammaniyyah di Kalimantan Selatan adalah hanya berkat Syeikh Nafis (Bruinessen 1995: 66). Pengkaji bersependapat dengan Martin Van Bruinessan kerana Syeikh Muhammad Arsyad lebih dikenali sebagai ulama syariat berbanding dengan Syeikh Muhammad Nafis sebagai ulama tasawuf. Tambahan lagi, Syeikh Muhammad Arsyad tidak pernah membuat pengakuan bahawa beliau beliau pengamal tarekat Sammaniyyah. Berbeza dengan Syeikh Muhammad Nafis yang mengaku sendiri bahawa beliau merupakan anak murid Syeikh Muhammad Samman dan mengaku bahawa beliau merupakan pengamal tarekat tersebut disamping menerima ijazah untuk mengajarkannya. Apa yang pasti, Syeikh Muhammad Nafis banyak menggunakan sumber rujukan daripada kitab-kitab ulama yang mengamal tarekat Sammaniyyah. Dengan ini, pengkaji lebih cenderung untuk mengatakan bahawa Syeikh Muhammad Nafis adalah orang yang berpengaruh membawa tarekat Sammaniyyah masuk ke Kalimantan Selatan. (3) Pengaruh Dakwah dalam Meluaskan Islam: Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari banyak melakukan pembaharuan di kawasan bandar terutamanya di Banjarmasin dan Martapura. Beliau yang menjawat sebagai mufti banyak melakukan pembaharuan dari sudut materi seperti menentukan arah kiblat beberapa masjid di Batavia (H. Asmaran 2007: 45) Ini berbeza dengan rakannya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dimana beliau lebih menumpukan usaha dakwahnya di kawasan pedalaman seperti di Kalua. Beliau banyak
melakukan pembaharuan dari sudut pemikiran, pendidikan dan persuratan. Syeikh Muhammad Nafis dikatakan telah memiliki salasilah murid yang setia di Bali. Setelah selesai segala urusannya di sana, maka Syeikh Muhammad Nafis pulang ke tanah airnya. Di sini, terdapat dua pendapat yang beza iaitu pandangan Martin Van Bruinessen yang mengatakan Syeikh Muhammad Nafis pulang ke daerah Pulau Laut dan menyebarkan dakwahnya (A. Fauzan 2004:94). Ada pula pandangan bahawa Syeikh Muhammad Nafis pulang ke tanah air iaitu di Martapura yang akhirnya berpindah ke Kalua yang terletak di utara Kalimantan Selatan. Kalua yang merupakan pedalaman merupakan kawasan di mana masyarakatnya masih ramai belum mengenali dan menerima Islam. Kalua atau dahulunya dikenali sebagai Lalawangan pada zaman Sultan Suriansyah sangat mempertahankan kepercayaan sukunya walaupun daerah lainnya telah menerima Islam. Ini kerana, dikatakan tokoh disana merupakan keturunan datu buaya yang menyebabkan mereka tetap bertahan. Khatib Dayyan yang dikatakan pernah ke sana juga berputus asa dengan suku tersebut (Alfani 1997: 519). Kawasan ini akhirnya menerima Islam walaupun tidak secara keseluruhan kerana mereka masih taksub dengan kepercayaan nenek moyang. Pendakwahan dikawasan inilah yang diteruskan oleh Syeikh Muhammad Nafis pada abad ke-19M. Kebijaksanaan beliau dalam memilih lokasi pendakwahan tidak dapat disangkal lagi. Kalua merupakan kasawan yang strategik yang terletak di antara Kalimantan Tengah, Timur dan Selatan. Keberadaan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari di kawasan ini telah memberi pengaruh dalam meluaskan kawasan daerah kesultanan Banjar. Apa yang membanggakan ialah kawasan tersebut yang sebelumnya merupakan kawasan perhuluan, telah membangun menjadi sebuah kawasan pusat penyebaran agama Islam di bahagian utara kesultanan Banjar (Tim Sahabat 2010: 17). Berdasarkan kajian yang dibuat di IAIN Antasari mendapati pemeluk agama Islam di Kelua adalah majoriti diikuti Kristian Protesten, Kristian Katolik, Kaharingan dan Hindu. Kajian 2005 mendapati terdapat 193 buah masjid, 472 buah langgar, 12 buah musalla, 10 buah gereja Protesten, 4 buah gereja Katolik, 3 buah balai Jemaat (Balai Jemaat bermaksud tempat ibadat orang Dayak) dan sebuah pura (Pura bermaksud tempat ibadat beragama Hindu atau kuil) (Abdullah 2005: 38) Dengan banyaknya bilangan tempat ibadah orang muslim, maka di sini dapat disimpulkan bahawa majoriti penduduknya beragama Islam. KESIMPULAN Apa yang dapat disimpulkan disini ialah Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari sememangnya ulama
361
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
yang berpengaruh dalam melebar luaskan Islam dan berpengaruh dalam bidang tasawuf di Kalimantan Selatan. Azyumardi Azra yang mengatakan Syeikh Muhammad Nafis menepati urutan kedua setelah Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam pengaruh yang dimainkannya atas kaum Muslim di Kalimantan (Azyumardi 1998: 225). Walau bagaimanapun, jika dalam bidang tasawuf, Syeikh Muhammad Nafis lebih berpengaruh kerana ia merupakan bidang utama beliau adalah tasawuf berbanding Syeikh Muhammad Arsyad yang lebih menumpukan hal syariat. Begitu juga dengan catatan buku 27 ulama berpengaruh Kalimantan Selatan yang menempatkan Syeikh Muhammad Nafis sebagai ulama kedua berpengaruh selepas Syeikh Muhammad Arsyad di Kalimantan Selatan (Tim Sahabat 2010) Ini menggambarkan bahawa beliau mempunyai pengaruhnya tersendiri seperti mana yang telah dibahaskan oleh pengkaji dalam kertas kerja ini. RUJUKAN A. Fauzan Saleh. 2004. Tarekat Sammaniyyah di Kabupaten Banjar Kalimantan Selatan. Disertasi Sarjana. Banjarmasin: IAIN. Ahamad. 2008. Pengajian Tasawuf Sirr Di Kalimantan Selatan. Disertasi Sarjana. Banjarmasin: IAIN Antasari. Alfani Daud. 1997. Islam dan Masyarakat Banjar. Jakarta: Manajemen PT Raja Grafindo Persada. Azyumardi Azra. 1998. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII. Bandung: Penerbit Mizan. Bahrannoor Haira. 1985. Pengajian Tasawuf di Kalimantan Selatan. Banjarmasin: IAIN Antasari. al-Banjari, Syeikh Muhammad Nafis. t.th. Durr alNafis. Manuskrip MSS 225. Kuala Lumpur: Pusat Manuskrip Melayu.
Bruinessen, Martin Van. 1995. Kitab Kuning Pasentren dan Tarekat Tradisi-tradisi Islam di Indonesia. Bandung: Mizan. Ensiklopedia Indonesia Edisi Khusus. 1992. Jakarta: P.T. Ichtiar Baru. H. Ahmad Basuni. 1986. Nur Islam di Kalimantan Selatan. Surabaya: PT Bina Ilmu. H. Asmaran AS & Akhmad Khairuddin. 2007. Perkembangan Pemikiran Tasawuf di Kalimantan Selatan. Banjarmasin: IAIN Antasari. H. Sjarifuddin & H.A. Gazali Usman. 2007. Sejarah Banjar. Kalimantan Selatan: Balitbangda. H.M Laily Mansur. 1981. Kitab Ad Durr al-Nafis Tinjauan Atas Suatu Ajaran Tasawuf. Disertasi Sarjana. Banjarmasin: IAIN Antasari. M. Suriansya Ideham & H. Sjarifuddin. 2003. Sejarah Banjar. Banjarmasin: Badan Penelitian dan Pengembang Daerah Propinsi Kalimantan Selatan. Maimunah Zarjasyi. 2008. Pemikiran Tasawuf Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Risalah Fath al-Rahman dan Kanz al-Ma‘rifah. Disertasi Sarjana. Petaling Jaya: Universiti Malaya. Siti Hawa Salleh. 1990. Hikayat Banjar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tarwilah, Sahriansyah. 2010. Kitab-kitab Manakib Karya Ulama Banjar. Dlm. Tashwir Jurnal Penelitian Agama dan Sosial Budaya. Bil. iv. No.1, Jan-Jun. IAIN Antasari. hlm. 79-113. Tim Sahabat. 2010. 27 Ulama Berpengaruh Kalimantan Selatan. Kalimantan Selatan: SAHABAT.. Tim Sahabat. 2010. Seri Manakib Syekh Muhammad Nafis al-Banjari dan Ajarannya. Kalimantan Selatan: SAHABAT. UIN Syarif Hidayatullah. 2008. Ensiklopedia Tasawuf. Jld. 3. Bandung: Penerbit Agkasa Bandung.
362