BIL. ISU : 01
SOP 1 – PENGUKURAN ANTROPOMETRI TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013
1.0
DISKRIPSI Prosedur ini merupakan cara pengukuran Ant ropomet ri dan melibatkan empat pengukuran seperti pengukuran tinggi, berat, pinggang dan pinggul.
2.0
BIDANG KUAS A Kakitangan yang bertanggungjawab adalah Pegawai The Malaysian Cohort.
3.0
ASAS Merujuk kepada Arahan Ketua Projek dan pengurusan pentadbiran.
4.0
PROS EDUR 4.1 Sebelum pengukuran dijalankan, petugas perlu melak ukan kalibrasi terhadap peralatan yang digunakan dan memeriksa s egala kelengkapan penguk uran mencukupi dan berada di dalam keadaan baik : i.
Tinggi : a.
Pengukuran tinggi dilakukan dengan me nggunakan stadiometer Harpenden (Rajah 1).
Papan lungsur
Kedudukan plat logam pada palang
Rajah 1 : Stadiomet er Harpenden
b.
Pasangkan stadiometer mengikut susunan yang betul.
c.
Pastikan skru pada pemberat stadiomet er ditanggalkan di akhir pemasangan alat tersebut.
d.
Pastikan skala ukuran terendah (minima) stadiometer adalah pada takat piawai yang telah ditetapk an oleh pengilang dengan melihat pada plat logam pada palang stadiometer (Rajah 1). Nilai terendah dan nilai pada palang stadiomet er dicatatkan dalam Borang Manual Pengukuran Antropometri.
Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort
Muka Surat 1 |1 0
BIL. ISU : 01
SOP 1 – PENGUKURAN ANTROPOMETRI TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013
e.
Periksa lungsur pada stadiomet er dengan menggerakkan lungsur tersebut ke atas dan ke bawah bagi memastikan alat tersebut dapat berfungsi dengan baik sebelum digunakan
ii.
Berat : a.
Pengukuran berat dilakukan dengan menggunakan skala penimbang Seca (Rajah 2)
Rajah 2 : Penimbang berat digital SECA 800 (kiri) dan SECA 813 (kanan)
b.
Hidupkan skala penimbang dengan memijak atau menekan sedikit pada permukaan alat tersebut. Biarkan bacaan skala menjadi 0.00.
c.
Lakukan kalibrasi dengan menimbang diri (petugas) dan mengambil bacaan timbangan tersebut.
d.
Letakkan pemberat 5 kg (calibrated weights) dan pastikan bac aan meningkat mengikut pemberat. Catatkan timbangan.
e.
Timbang berat petugas bersama pemberat 5 kg dan lihat bacaan samada ia bertambah secara selanjar.
f.
Sekiranya terdapat perbezaan ± 0.1 kg, alat penimbang akan dihantar pada pengilang unt uk dikalibrasi.
g.
Catatkan nilai kalibrasi di dalam Borang Manual Pengukuran Antropometri (Rajah 3) dan dapatkan pengesahan dari Ketua Lapangan atau Ket ua Bahagian/ Unit.
Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort
Muka Surat 2 |1 0
BIL. ISU : 01
SOP 1 – PENGUKURAN ANTROPOMETRI TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013
Rajah 3 : Borang Manual Pengukuran Antropometri
iii.
Ukur lilit pinggang dan pinggul.
a.
Pengukuran ukurlilit pinggang dan pinggul dilakukan dengan menggunakan pita ukur Seca (Rajah 4).
Cangkuk Butang pelepas (release button)
Rajah 4 : Pita ukur SECA 200
b.
Periksa kelengkapan pita ukur. Pastikan pita tersebut dapat berfungsi dengan baik.
c.
Apabila menarik pita ukur, butang pelepas mestilah sentiasa ditekan. Ini bagi mengelakkan kerosakan spring pada pita ukur tersebut.
Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort
Muka Surat 3 |1 0
BIL. ISU : 01
SOP 1 – PENGUKURAN ANTROPOMETRI TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013
4.2 Semasa rekrutmen, petugas akan memulakan pengukuran dengan : a.
Ambil dan panggil nombor giliran pes erta pada kotak yang diletakkan di ruang menunggu. Jemput peserta untuk masuk ke dalam stesen pengukuran.
b.
Serahkan semula angka giliran kepada peserta. Perkenalkan diri kepada peserta
c.
Ambil borang senarai semak daripada peserta dan imbas kos SID pada borang tersebut. S emak samada nombor SID yang t ertera pada skrin adalah sama dengan yang dicetak pada Borang Senarai Semak Peserta.
d.
Minta peserta untuk menanggalkan k asut, jaket, dan tali pinggang serta mengeluarkan semua barang berat di dalam poket, seperti dompet dan kunci.
e.
Rekodkan waktu mula pengukuran pada Borang Senarai Semak Peserta.
4.3 Petugas akan mula melakukan pengukuran Antropometri berdas arkan SOP yang ditetapkan : 4.3.1
Pengukuran tinggi : i.
Naikkan papan lungsur stadiometer melebihi ketinggian pes erta. Minta peserta berdiri tegak di at as platform stadiometer dengan bahagian tumit menyentuh tiang penguk ur dan muka di hadapkan ke hadapan (Rajah 5).
pandang hadapan
Fra nkfort Hori zontal Plane
bahu relaks
tangan di
kepala, belakang bahu punggung dan belakang tumit menyentuh tiang pengukur
sisi
ka ki lurus dan tegak, di rapa tkan ka ki pa da pla tform ra ta – tumi t hampi r di rapa tkan, ja rak kaki 60°.
Rajah 5 : Posisi penguk uran tinggi Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort
Muka Surat 4 |1 0
BIL. ISU : 01
SOP 1 – PENGUKURAN ANTROPOMETRI TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013
ii.
Minta peserta untuk berdiri dalam posisi seperti menarik nafas. Jangan lupa memberitahu peserta untuk bernafas seperti biasa.
iii.
Turunkan papan lungsur perlahan -perlahan sehingga mencecah kepala peserta. Tanya peserta samada kepingan lungsur tersebut mencecah kepala at au tidak.
iv.
Ambil bacaan pada skala dan cat atkan ukuran tersebut pada Borang Manual Pengukuran Antropometri di ruangan tinggi. (Nota: Jika pesert a terlalu tinggi untuk mengambil bacaan pada skala, gunakan bangku kecil yang disediakan).
v.
Minta peserta untuk beredar dari plat form stadiometer.
vi.
Pengukuran dilakukan sebanyak 3 kali dengan mengulangi langkah iii hingga iv.
4.3.2
Pengukuran berat : i.
Pengukuran berat dilakukan.
ii.
Hidupkan skala penimbang dengan menekan sedikit dengan tangan pada permukaan alat tersebut.
iii.
Biarkan dan tunggu sehingga baca an skala menjadi 0. 00.
iv.
Minta peserta untuk berdiri di tengah-tengah alat penimbang. Pastikan peserta pandang ke hadapan dan berdiri tegak.
Rajah 6 : Petugas sedang merekodkan bacaan berat peserta
Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort
Muka Surat 5 |1 0
BIL. ISU : 01
SOP 1 – PENGUKURAN ANTROPOMETRI TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013
v.
Ambil bacaan pada skala (bacaan dicatat sebaik sahaja bacaan pada skala menjadi tetap) dan catatkan ukuran tersebut pada Borang Manual Pengukuran Ant ropomet ri di ruangan berat.
vi.
Minta peserta untuk turun dari alat penimbang.
vii.
Pengukuran dilakukan sebanyak 2 kali dengan mengulangi langkah iii hingga vi.
4.3.3
Pengukuran pinggang : i.
Minta pes erta berdiri tegak membelakangkan cermin. Mint a peserta bernafas seperti biasa.
ii.
Minta peserta melurutkan sedikit seluar/kain/skirt. (Nota: Pastikan keadaan bilik tertutup).
iii.
°
Arahkan peserta unt uk mendepak an tangan 30 atau disilangkan ke bahu (A rahan ini tidak perlu kepada pesert a yang memegang baju mereka naik ke atas).
iv.
Tentukan kedudukan illiac crest dengan mencari kedudukan tulang yang membonjol keluar dari pelvis dengan tiga jari. (Rajah 7)
Rajah 7 : Kedudukan titik tengah ukuran lilit pinggang
v.
Ambil bacaan ukurlilit pinggang berdasarkan titik tengah yang dibuat dan pastikan kedudukan pita ukur searas (gunakan bant uan cermin) (Rajah 8).
Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort
Muka Surat 6 |1 0
BIL. ISU : 01
SOP 1 – PENGUKURAN ANTROPOMETRI TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013
Rajah 8 : Kedudukan pita searas vi.
Ambil bacaan pada pita ukur dengan meletakkan bahagian hujung kepala pita ukur (bac aan 0) menyilang/bertindih dengan nilai bacaan. Jangan mengambil bacaan dengan mencerut/menjerut pita ukur. Catatkan bacaan dalam Borang Manual Pengukuran Ant ropomet ri di bahagian ukur lilit pinggang.
vii.
Bacaan
direkodkan
dan
pengukuran
ukurlilit
pinggang
diambil
sebanyak 3 kali dengan mengulangi langkah iv hingga vi.
4.3.4
Pengukuran pinggul : i.
Bagi pengukuran pinggul, lakukan beberapa ukuran bermula dari bahagian punggung dan menurun sehingga ke bahagian bawah punggung dengan menggunakan pita ukur. B acaan yang menunjukkan nilai yang paling besar diambil sebagai bacaan ukurlilit pinggul.
ii.
Catatkan bacaan dalam Borang Manual Pengukuran Ant ropomet ri di bahagian ukur lilit pinggul.
Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort
Muka Surat 7 |1 0
BIL. ISU : 01
SOP 1 – PENGUKURAN ANTROPOMETRI TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013
4.4 Selepas selesai semua pengukuran : a.
Semua pengukuran perlu dilakukan dengan tepat dan dicatatkan di dalam Borang Manual Penguk uran Antropometri dan dimasukkan ke dalam sistem CIMS Ant ropomet ri (Rajah 9) untuk mendapatkan nilai purata, Indeks Jisim Tubuh, nisbah pinggang kepada tinggi dan nisbah pinggang kepada pinggul. Lihat Rajah 10.
Rajah 9 : Sistem CIMS Antropometri
Rajah 10 : Borang Manual Pengukuran Antropometri Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort
Muka Surat 8 |1 0
BIL. ISU : 01
SOP 1 – PENGUKURAN ANTROPOMETRI TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013
b.
Segala insiden yang berlaku semasa pengukuran dijalankan perlu dicatatkan di dalam borang manual selain dimasukkan di dalam sistem CIMS.
c.
Rekodkan semua nilai penguk uran A ntropometri ke dalam Borang Senarai Semak Peserta (Rajah 11). Catatkan juga masa tamat pengukuran.
Rajah 11 : Borang Senarai Semak Peserta
d.
Minta peserta ambil semua barang dan hantar peserta ke stesen seterusnya. Ucapkan terima kasih kepada peserta k erana sudi memberikan kerjasama dan bersedia untuk mengambil no giliran pesert a seterusnya.
Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort
Muka Surat 9 |1 0
BIL. ISU : 01
SOP 1 – PENGUKURAN ANTROPOMETRI TARIKH KUATKUASA : 17 – 06 – 2013
Nota : Sekiranya petugas melakuk an pengukuran mengikut Stesen 5 dalam 1 (Antropometri, Spirometri, Elektrokardiogram, Tekanan Darah dan Anggaran Umur Arteri), petugas perlu meneruskan pengukuran berdasarkan SOP pengukuran yang seterusnya. Langkah 4.4.d akan dilakukan pada akhir sesi pengukuran bers ama peserta.
Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort
Muka Surat 10 |1 0