PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PEKERJA
Diterbitkan Bersama oleh:
Untuk Maklumat Lanjut www.tafep.sg
www.mom.gov.sg Hubungi Kementerian Tenaga Manusia di 6438 5122 Email:
[email protected]
Panduan ini diterbitkan oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil sebagai usaha untuk menggalakkan amalan pekerjaan yang adil dan bertanggungjawab. Anda juga boleh muat turun salinan Panduan ini dari lelaman web Kementerian Tenaga Manusia dan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil, di www.tafep.sg Semua maklumat di dalam Panduan ini adalah tepat pada September 2014. Maklumat yang ditulis di dalam panduan ini ditulis secara umum dan bukan sebagai huraian lengkap bagi undang-undang yang berkaitan. Jika terdapat keraguan, sila rujuk kepada Akta Pekerjaan atau hubungi Kementerian Tenaga Manusia.
Isi Kandungan
Page
Akta Pekerjaan 1) Adakah saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan? 2) Pada seksyen manakah dalam Akta Pekerjaan berkaitan dengan saya?
3 3 3
Kontrak Perkhidmatan 3) Senarai Semak Pekerjaan Asas 4) Bolehkah majikan saya menukar terma dan syarat pekerjaan selepas saya menandatangani Kontrak Perkhidmatan? 5) Apakah perbezaan diantara Kontrak Perkhidmatan dengan Kontrak untuk Perkhidmatan?
4 4
Hal Berkaitan Gaji 6) Bilakah saya patut menerima gaji? 7) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kerja lembur? 8) Bolehkah majikan saya menggantikan bayaran lembur dengan cuti berbayar atau cuti ganti? 9) Adakah majikan saya dibenarkan membuat pemotongan daripada gaji saya? 10) Apa yang perlu saya lakukan jika gaji saya tidak dibayar tepat pada masa atau selepas saya berhenti bekerja? 11) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kurang daripada sebulan bekerja?
5 5 5
4 4
6 6 7 7
Jam Bekerja 9 12) Berapa jam saya dijangka bekerja dalam sehari/seminggu? 9 13) Adakah terdapat had kepada bilangan jam yang boleh saya bekerja dalam sehari? 9 14) Adakah terdapat had kepada bilangan jam lembur yang boleh saya bekerja dalam sebulan? 9 Hari Rehat 15) Berapakah hari rehat yang layak untuk saya dalam seminggu? 16) Adakah saya dibenarkan untuk bekerja pada hari rehat? 17) Adakah saya akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat?
10 10 10 10
Cuti Sakit 18) Bilakah seorang pekerja layak mendapat cuti sakit berbayar? 19) Adakah majikan saya perlu membayar perbelanjaan perubatan saya? 20) Adakah saya layak untuk mendapat cuti sakit berbayar semasa cuti tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja?
12 12 13
Cuti Tahunan 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar yang akan saya dapat?
14 14
13
22) Saya telah berkhidmat untuk majikan selama lebih daripada tiga bulan tetapi kurang daripada setahun. Bagaimanakah caranya saya mengira jumlah cuti tahunan berbayar yang harus saya dapat? 23) Bagaimanakah caranya saya untuk mengira kelayakan cuti tahunan jika saya bekerja separuh masa?
15 15
Cuti Bersalin dan Cuti Penjagaan Anak 24) Apakah faedah cuti bersalin yang layak untuk pekerja wanita? 25) Adakah terdapat sebarang sekatan mengenai masa cuti bersalin? 26) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja sewaktu dia dalam cuti bersalin? 27) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja wanita yang sedang mengandung? 28) Adakah saya layak untuk cuti penjagaan anak?
16 16 16
Penamatan Kontrak 29) Jika saya memutuskan untuk berhenti kerja, perlukah saya maklumkan kepada majikan saya? 30) Bolehkah saya berhenti kerja tanpa memberikan notis? 31) Bilakah kontrak pekerjaan dianggap telah dilanggar? 32) Adakah saya dibenarkan bercuti sakit sewaktu berkhidmat dalam notis? 33) Bolehkah majikan saya menamatkan kontrak perkhidmatan saya semasa saya sedang berkhidmat dalam notis? 34) Bolehkah majikan saya menamatkan kontrak perkhidmatan saya semasa saya masih dalam tempoh percubaan?
18
Sumbangan CPF 35) Adakah majikan saya bertanggungjawab membayar sumbangan CPF ke atas gaji bulanan saya?
20
Nasihat dan Bantuan
20
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
16 16 17
18 18 18 19 19 19
20
Akta Pekerjaan Matlamat panduan ini ialah untuk memberikan pekerja di Singapura maklumat asas mengenai Akta Pekerjaan (Bab 91). Akta Pekerjaan merupakan perundangan buruh utama di Singapura. Ia menggariskan terma dan syarat asas pekerjaan di Singapura dan hak serta tanggungjawab majikan dan pekerja di bawah kontrak perkhidmatan. Untuk majikan yang juga menggaji tenaga kerja asing, mereka perlu mematuhi Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Bab 91A) dan peraturannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila rujuk laman web Kementerian Tenaga Manusia di www.mom.gov.sg atau hubungi mereka di talian 6438 5122. Sila maklum bahawa panduan ini bukan penyataan lengkap undang-undang dan mungkin tidak meliputi keperluan dalam perundangan lain mengenai isu tertentu. Dimaklumkan juga bahawa maklumat ditulis dalam istilah umum sebagai panduan untuk pekerja dan mungkin tidak diguna pakai dalam situasi khusus. Untuk mendapatkan nasihat khusus, anda perlu merujuk bantuan undang-undang profesional. Setiap usaha telah dibuat untuk memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, tiada jaminan diberikan bahawa ia bebas daripada ralat atau kesilapan.
1) Adakah saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan?
Akta Pekerjaan melindungi setiap pekerja (tanpa mengira kewarganegaraan) yang tertakluk di bawah kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan, kecuali: • Pengurus dan eksekutif yang memperoleh gaji pokok melebihi $4500 sebulan; • Pelaut; • Pekerja domestik; dan • Kakitangan lembaga berkanun dan pemerintah. Akta Pekerjaan melindungi kedua-dua pekerja tempatan dan asing. Ia tidak membezakan sama sekali pekerja sementara, pekerja kontrak, pekerja kadar harian mahu pun pekerja dalam tempoh tertentu.
Nota:
• Kontrak perkhidmatan ialah sebarang perjanjian, sama ada bertulis atau lisan, tersurat atau tersirat, yang satu mana seorang individu bersetuju untuk menggaji seorang individu lain sebagai pekerja dan individu lain ini bersetuju untuk memberi perkhidmatan kepada majikan sebagai seorang pekerja. • Pengurus dan eksekutif adalah pekerja dengan fungsi eksekutif atau penyeliaan, seperti kuasa untuk mempengaruhi dan membuat keputusan. Mereka termasuk profesional dengan pendidikan tinggi dan pengetahuan/kemahiran khusus dan mereka yang memiliki terma pekerjaan yang setanding dengan pengurus dan eksekutif, contohnya, peguam, doktor dan akauntan.
2) Pada seksyen manakah dalam Akta Pekerjaan berkaitan dengan saya?
Secara umum, semua seksyen Akta Pekerjaan berkuat kuasa ke atas anda jika anda dilindungi di bawah Akta Pekerjaan. Bagaimanapun, Bahagian IV Akta Pekerjaan, yang menetapkan peruntukan mengenai jam bekerja, hari rehat, cuti tahunan, kerja syif dan syarat perkhidmatan yang lain, hanya berkuat kuasa ke atas pekerja yang memperoleh gaji pokok tidak melebihi $4500 dan pekerja lain yang bukan pengurus atau eksekutif dengan gaji pokok tidak melebihi $2500 sebulan.
Nota:
• Buruh ialah pekerja, yang kerjanya biasanya melibatkan kerja kasar dan sama ada mahir atau tidak mahir. Beberapa contoh buruh termasuk tukang bersih, pekerja di tapak pembinaan, buruh kasar dan pemandu. Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
3
Kontrak Perkhidmatan 3) Senarai Semak Pekerjaan Asas
Untuk mengelakkan sebarang salah faham, anda dinasihatkan untuk memiliki kontrak perkhidmatan bertulis (dalam bentuk kontrak pekerjaan atau surat pelantikan) yang menyatakan terma dan syarat pekerjaan anda. Anda perlu jelas mengenai terma dan syarat pekerjaan utama yang berikut sebelum anda menerima tawaran kerja: • Nama jawatan • Skop kerja, iaitu tugas untuk dilakukan • Tarikh mula pelantikan/permulaan tugas • Gaji dan elaun jika ada • Tempoh pembayaran gaji • Sumbangan CPF • Jam bekerja setiap hari/minggu/syif • Kadar bayaran lembur • Hari rehat • Faedah, contoh cuti tahunan, cuti sakit dan cuti dimasukkan ke hospital • Penamatan kontrak pekerjaan dan tempoh notis
Terma pekerjaan tidak boleh kurang memuaskan daripada apa yang dinyatakan dalam Akta Pekerjaan.
4) Bolehkah majikan saya menukar terma dan syarat pekerjaan selepas saya menandatangani Kontrak Perkhidmatan?
Majikan anda tidak boleh menukar terma dan syarat pekerjaan, melainkan anda bersetuju dengannya. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan itu, anda perlu berbincang mengenai hal ini bersama majikan anda dan cuba mencapai persetujuan yang boleh diterima bersama. Jika persetujuan tidak boleh dicapai, salah satu pihak boleh memilih untuk menamatkan perkhidmatan dengan memberikan notis perkhidmatan yang sesuai kepada pihak satu lagi.
5) Apakah perbezaan diantara Kontrak Perkhidmatan dan Kontrak untuk Perkhidmatan?
Kontrak perkhidmatan ialah sebarang persetujuan di mana seorang individu bersetuju untuk menggaji seorang individu lain sebagai pekerja dan dia bersetuju untuk memberi perkhidmatan kepada majikan sebagai seorang pekerja. Majikan perlu menyumbang CPF dan menyediakan faedah berkanun yang relevan seperti cuti tahunan dan cuti sakit. Manakala, kontrak untuk perkhidmatan ialah perjanjian di mana seorang individu terlibat sebagai kontraktor bebas, seperti individu yang bekerja sendiri atau vendor dengan bayaran untuk menjalankan tugasan atau projek untuk syarikat. Di bawah persetujuan ini, tiada hubungan majikan-pekerja dan individu tersebut tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan. Tiada ujian muktamad untuk membezakan kontrak perkhidmatan daripada kontrak untuk perkhidmatan. Beberapa faktor untuk dipertimbangkan dalam mengenal pasti kontrak perkhidmatan termasuk: a) Kawalan • Siapakah yang menentukan pengambilan pekerjaan dan pemecatan seseorang? • Siapakah yang membayar gaji pekerja? Apakah bentuk bayaran? • Siapakah yang menentukan proses pengeluaran, pemasaan dan kaedah pengeluaran? • Siapakah yang bertanggungjawab untuk peruntukan kerja? • Apakah tahap kawalan dan penyeliaan terhadap kerja seseorang?
4
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
b) Pemilikan faktor pengeluaran • Siapakah yang menyediakan perkakas dan peralatan? • Siapakah yang menyediakan tempat bekerja dan bahan? c) Pertimbangan ekonomi • Adakah individu tersebut menjalankan perniagaannya sendiri atau menjalankan perniagaan untuk majikan? • Adakah individu tersebut terlibat dalam sebarang prospek keuntungan atau bertanggungjawab terhadap sebarang risiko kerugian? • Bagaimanakah pendapatan individu tersebut dikira dan keuntungan diperolehi? • Adakah individu tersebut mempunyai hak meletakkan “harga” atau nilai kerja?
Hal Berkaitan Gaji 6) Bilakah saya patut menerima gaji?
Majikan anda perlu membayar gaji anda sekurang-kurangnya sekali sebulan dan dalam masa tujuh hari selepas tamat tempoh pembayaran gaji. Tambahan lagi, semua bayaran untuk kerja lembur hendaklah dibuat dalam masa 14 hari selepas tamat tempoh pembayaran gaji.
7) Bagaimanakah cara saya mengira gaji untuk kerja lebih masa lembur?
Jika anda diperlukan bekerja melebihi jam bekerja di dalam kontrak, anda hendaklah dibayar sekurang-kurangnya 1.5 kali kadar gaji pokok mengikut jam untuk waktu bekerja lembur. Bayaran lembur dikira seperti berikut: Untuk buruh yang digaji mengikut kadar gaji bulanan: 1.5 x jam bekerja lembur x (12 x kadar gaji pokok bulanan) / (52 minggu x 44 jam) Untuk pekerja yang mana kadar bayaran gaji pokok bulanan kurang daripada $2250: 1.5 x jam bekerja lembur x (12 x kadar gaji pokok bulanan) / (52 minggu x 44 jam) Untuk pekerja yang mana kadar bayaran gaji pokok bulanan sebanyak $2250 atau lebih: 1.5 x jam bekerja lembur x (12 x $2250) / (52 minggu x 44 jam)
Contoh Pengiraan Bayaran Lembur (Buruh) Jenis pekerja
Gaji
Dikadark an secara bulanan
$1200 setiap bulan
Dikadark an secara bulanan
$40 setiap hari
Formula untuk Pengiraan mengira kadar gaji bayaran asas pokok mengikut jam mengikut jam
Bilangan jam kerja lembur
Bayaran lembur
12 x Kadar bayaran 12 x $1200 gaji pokok bulanan 52 x 44 = $6.30 52 x 44
2 jam
$6.30 x 1.5 x 2 jam = $18.90
Bayaran harian $40 pada kadar asas 8 Jam bekerja harian = $5
4 jam
$5 x 1.5 x 4 jam = $30
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
5
Contoh Pengiraan Bayaran Lembur (Pekerja) Jenis pekerja
Gaji
Formula untuk mengira Pengiraan kadar gaji pokok bayaran asas mengikut jam mengikut jam
Bilangan jam kerja Lembur
Bayaran Lembur
Dikadark an secara bulanan
$1600 setiap bulan
12 x Kadar bayaran 12 x $1600 gaji pokok bulanan 52 x 44 52 x 44 = $8.40
4 Jam
$8.40 x 1.5 x 4 jam = $50.40
Dikadark an secara bulanan
$2250 setiap bulan
12 x Kadar bayaran 12 x $2250 gaji pokok bulanan 52 x 44 52 x 44 = $11.80
2 Jam
$11.80 x 1.5 x 2 jam = $35.40
Dikadark an secara bulanan
$2400 setiap bulan
12 x $2250 52 x 44
2 Jam
$11.80 x 1.5 x 2 jam = $35.40
12 x $2250 52 x 44 = $11.80
8) Bolehkah majikan saya menggantikan bayaran lembur dengan cuti berbayar atau cuti ganti? Tidak, semua kerja lembur perlu dibayar dalam bentuk wang.
9 ) Adakah majikan saya dibenarkan membuat pemotongan daripada gaji saya?
Majikan anda tidak dibenarkan membuat sebarang pemotongan selain daripada apa yang dibenarkan di bawah Akta Pekerjaan, melainkan majikan anda diperlukan untuk melakukan demikian (a) dengan perintah mahkamah atau pihak berkuasa lain yang layak untuk membuat arahan seperti ini; (b) jika majikan anda disytihar sebagai ejen diiktiraf untuk pemulihan cukai pendapatan, cukai hartanah, atau cukai barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh anda; atau (c) dengan arahan Pengawal Cukai Pendapatan. Pemotongan gaji yang dibenarkan di bawah Akta adalah: a) Kerana tidak hadir bekerja. b) Kerana kerosakan atau kehilangan barangan atau wang yang diamanahkan kepada anda, di mana kerosakan atau kehilangan disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan anda. Jumlah yang akan dipotong tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan dan pemotongan hanya boleh dibuat selepas mengira kehilangan atau kerosakan benar-benar disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan anda. c) Untuk kos makanan yang diberikan oleh majikan atas permintaan anda. d) Untuk penginapan atau kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh majikan dan yang telah anda terima. Jumlah yang dipotong untuk penginapan rumah, kemudahan dan perkhidmatan tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan anda. e) Untuk mendapatkan semula pendahuluan, pinjaman atau pelarasan lebihan bayaran gaji. Jumlah yang dipotong tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan dalam kes pemotongan bagi pendahuluan dan pinjaman; f) Untuk sumbangan CPF. g) Untuk sumbangan pada skim persaraan atau kumpulan wang simpanan atau sebarang skim lain atas permintaan bertulis anda. Walau bagaimanapun, skim ini hendaklah diiktiraf mengikut undang-undang bagi faedah pekerja dan diluluskan oleh Suruhanjaya Buruh. h) Untuk bayaran kepada mana-mana kerjasama masyarakat berdaftar dengan kebenaran bertulis daripada anda. i) Untuk sebarang tujuan lain yang boleh diluluskan semasa permohonan daripada masa ke semasa oleh Kementerian Tenaga Manusia.
6
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
10) Apa yang perlu saya lakukan jika gaji saya tidak dibayar tepat pada masa atau selepas saya berhenti daripada pekerjaan?
Jika anda merupakan seorang ahli kesatuan, anda hendaklah mendapatkan bantuan daripada kesatuan anda. Jika anda bukan seorang ahli kesatuan, anda boleh melaporkan tuntutan tunggakan gaji kepada Kementerian Tenaga Kerja Manusia dengan membuat temu janji di: www.mom.gov.sg > Quick Links (Pautan Pantas) > Appointment@MOM (TemuJanji@MOM) Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mematuhi syarat yang berikut: a) Anda dilindungi oleh Akta Pekerjaan. b) Tuntutan tidak timbul untuk lebih daripada satu tahun daripada tarikh laporan. c) Tuntutan untuk gaji sebagai ganti notis perlu dibuat, dalam masa 6 bulan dari tarikh berhenti kerja.
11) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kurang daripada sebulan bekerja?
Gaji yang dibayar kepada pekerja yang dikadarkan secara bulanan bagi bulan bekerja yang tidak lengkap dikira menggunakan formula di bawah: Gaji yang dibayar untuk bulan bekerja yang tidak lengkap = Kadar bayaran kasar bulanan1
Jumlah hari bekerja dalam bulan tersebut2
x
3
Jumlah hari pekerja bekerja dalam bulan tersebut
Merujuk kepada jumlah wang termasuk elaun yang dibayar kepada pekerja untuk bekerja selama sebulan, tidak termasuk: a) Bayaran tambahan dengan cara:: • Bayaran lembur; • Bayaran bonus; atau; • Tambahan Gaji Tahunan; b) Sebarang jumlah yang dibayar kepada pekerja untuk pembayaran balik perbelanjaan khas yang dikenakan olehnya sepanjang pekerjaan; c) Bayaran insentif produktiviti; dan d) Elaun perjalanan, makanan atau perumahan.
1
2
Tidak termasuk hari rehat, hari tidak bekerja tetapi termasuk cuti umum.
3
Termasuk cuti umum, cuti dimasukkan ke hospital atau cuti tahunan jika layak.
Jika bilangan jam bekerja dalam mana-mana hari bekerja ialah lima jam atau kurang, ia akan dianggap sebagai separuh hari bekerja. Jika lebih daripada lima jam, ia akan dianggap sebagai satu hari bekerja.
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
7
Contoh Pengiraan Gaji untuk Bulan Bekerja Tidak Lengkap
Sulaiman bekerja 5 hari seminggu dari Isnin hingga Jumaat. Kadar bayaran gaji pokok bulanannya adalah $700 dan kadar bayaran gaji kasar adalah $800. Sulaiman telah mengemukakan surat perletakan jawatan dan hari terakhir beliau bekerja adalah pada 26 Ogos. Sepanjang bulan Ogos, Sulaiman mengambil empat hari cuti tahunan berbayar Mon
Tues
Sat
Sun
31
1
2
3
8
4
Wed
5
Thurs
6
Fri
7
9 Hari Kebangsaan
10
11
Cuti menggantikan Cuti tahunan Hari Kebangsaan
12 Cuti tahunan
13 Cuti tahunan
14
15
16
Cuti tahunan
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Hari terakhir
Jumlah hari bekerja dalam bulan Ogos = 31 – 5 Sabtu – 5 Ahad = 21 hari bekerja Bilangan hari bekerja dalam bulan Ogos = 13 hari (dalam warna hijau) + 4 hari cuti tahunan berbayar + 1 cuti umum = 18 Hari Gaji untuk bulan Ogos = $800 (kadar bayaran kasar bulanan) 21 (bilangan hari bekerja dalam bulan Ogos) = $685.71
8
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
X
18 hari (bilangan hari bekerja dalam bulan Ogos)
Jam Bekerja
12) Berapa jam saya dijangka bekerja dalam sehari/seminggu?
Anda tidak perlu, di bawah Kontrak Perkhidmatan anda, untuk bekerja lebih daripada lapan jam sehari atau 44 jam seminggu (seminggu bermakna tempoh berterusan selama tujuh hari bermula Isnin dan berakhir pada Ahad). Jam bekerja ini tidak termasuk waktu rehat teh/makan atau berehat. Semua kerja berlebihan bagi jam bekerja mengikut kontrak akan dianggap sebagai kerja lembur.
13) Adakah terdapat had kepada bilangan jam yang boleh saya bekerja dalam sehari?
Ya, secara umumnya anda tidak dibenarkan untuk bekerja lebih daripada 12 jam sehari.
14) Adakah terdapat had kepada bilangan jam lembur yang boleh saya bekerja dalam sebulan?
Ya, anda dibenarkan untuk bekerja sehingga had 72 jam lembur dalam sebulan. Had boleh dilebihi hanya jika pengecualian telah diberikan kepada majikan anda oleh Pesuruhanjaya Buruh menerusi Kementerian Tenaga Manusia.
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
9
Hari Rehat 15) Berapakah hari rehat yang layak untuk saya dalam seminggu?
Anda layak untuk satu hari rehat setiap minggu tanpa bayaran. Hari rehat boleh sama ada Ahad atau mana-mana hari lain dalam minggu yang sama. Jika anda bekerja syif, hari rehat boleh menjadi tempoh 30 jam berterusan jika majikan anda membenarkan satu hari penuh sebagai hari rehat.
16) Adakah saya dibenarkan untuk bekerja dalam hari rehat? Ya, anda boleh meminta untuk bekerja pada hari rehat.
17) Adakah saya akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat?
Ya, anda akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat. Jumlah yang akan anda terima akan berdasarkan kepada tempoh kerja dan sama ada permintaan untuk bekerja berasal daripada majikan anda.
Tempoh Bekerja Tidak lebih daripada separuh jam bekerja mengikut kontrak harian Pekerja bekerja Separuh hari gaji pada hari rehat pokok di atas permintaannya sendiri Pekerja bekerja pada hari rehat di atas permintaan majikan
Sehari gaji pokok
Lebih daripada Lebih daripada separuh separuh, tetapi jam bekerja mengikut tidak melebihi jam kontrak harian bekerja mengikut kontrak harian Sehari gaji pokok
a) Sehari gaji pokok dan b) Bayaran lembur* sekurangkurangnya 1.5 kali kadar asas bayaran x bilangan jam melebihi jam bekerja mengikut kontrak
Dua hari gaji pokok
a) Dua hari gaji pokok dan b) Bayaran lembur* sekurang-kurangnya 1.5 kali kadar asas bayaran x bilangan jam melebihi jam bekerja mengikut kontrak
*Kadar lembur yang dibayar kepada pekerja tertakluk kepada tahap gaji pokok bulanan sebanyak $2250.
10
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
Contoh Bayaran untuk Kerja Yang Dilakukan pada Hari Rehat:
John dibayar gaji pokok bulanan sebanyak $1000. Dia perlu bekerja 5.5 hari seminggu selama lapan jam setiap hari daripada Isnin hingga Jumaat dan empat jam pada hari Sabtu. Dia diminta oleh majikannya untuk bekerja selama 10 jam pada hari Ahad yang merupakan hari rehatnya. Bayaran untuk kerja yang dilakukan pada hari Ahad dikira seperti berikut: a) Untuk lapan jam waktu bekerja biasa, John perlu dibayar dua hari gaji pada kadar asas: 12 x kadar bayaran gaji pokok bulanan 52 x purata bilangan hari seorang pekerja perlu bekerja dalam seminggu
x
2 = =
12 x $1000 52 x 5.5
x
2
$83.92
b) Untuk dua jam tambahan kerja lembur, John perlu dibayar 1.5 kali daripada gaji dua jam pada kadar asas: 12 x kadar bayaran gaji pokok 52 x 44
x 1.5 x 2 = =
12 x $1000 52 x 44
x 1.5 x 2
$15.73
Oleh itu, John perlu dibayar sejumlah $99.65 ($83.92 + $15.73) untuk bekerja selama 10 jam pada hari rehatnya.
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
11
Cuti Sakit 18) Bilakah seorang pekerja layak mendapat cuti sakit berbayar? Anda layak dibayar cuti sakit jika anda memenuhi yang berikut:
a) Bekerja dengan majikan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan; b) Mendapatkan sijil perubatan daripada doktor syarikat anda. Jika doktor syarikat tidak ada (contohnya doktor syarikat ditutup atau terletak jauh), pekerja boleh mendapatkan sijil perubatan daripada doktor kerajaan*; dan c) Memaklumkan majikan anda mengenai cuti sakit dalam masa 48 jam. Bilangan hari cuti sakit yang layak bagi anda bergantung kepada tempoh perkhidmatan anda: Bilangan bulan perkhidmatan
Cuti Sakit Pesakit Luar Berbayar (hari)
Cuti Dimasukkan Ke Hospital Berbayar (hari)**
3 bulan
5
15
4 bulan
8
30
5 bulan
11
45
6 bulan dan seterusnya
14
60
* Lawati www.mom.gov.sg untuk senarai institusi perubatan awam yang diluluskan. ** Termasuk mana-mana cuti sakit pesakit luar jika diambil.
12
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
19) Adakah majikan saya perlu membayar perbelanjaan perubatan saya?
Jika anda telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan dan telah merujuk sama ada dengan doktor syarikat atau doktor pemerintah, majikan anda perlu membayar bayaran konsultasi perubatan anda. Untuk kos perubatan lain seperti ubat, rawatan atau kemasukan ke wad, majikan bertanggungjawab untuk menanggung kos tersebut bergentung kepada faedah perubatan yang disediakan untuk pekerja menurut kontrak pekerjaan atau persetujuan kolektif di antara syarikat dan kesatuannya.
20) Adakah saya layak untuk mendapat cuti sakit berbayar semasa cuti tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja?
Anda tidak layak untuk cuti sakit berbayar pada hari-hari tersebut kerana anda tidak perlu bekerja pada hari tersebut.
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
13
Cuti Tahunan 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar akan saya dapat?
Jika anda berkhidmat untuk majikan selama sekurang-kurangnya tiga bulan, anda layak untuk cuti tahunan berbayar. Bilangan hari cuti tahunan berbayar bergantung kepada apa yang dinyatakan dalam pekerjaan anda tetapi tidak boleh kurang daripada yang berikut:
14
Tahun Perkhidmatan Berterusan
Hari Cuti
Pertama
7
Kedua
8
Ketiga
9
Keempat
10
Kelima
11
Keenam
12
Ketujuh
13
Kelapan dan seterusnya
14
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
22) Saya telah berkhidmat untuk majikan selama lebih daripada tiga bulan tetapi kurang daripada setahun. Bagaimanakah caranya saya mengira jumlah hari cuti tahunan berbayar yang harus saya dapat?
Jika anda telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan tetapi kurang daripada setahun, anda layak mendapat cuti tahunan dalam kadar bilangan bulan anda berkhidmat pada tahun tersebut. Contohnya, jika anda telah bekerja selama enam bulan, anda layak untuk empat hari cuti tahunan berbayar yang dikira seperti berikut: Bilangan hari cuti tahunan berbayar
= = =
Bilangan bulan dalam perkhidmatan x Kelayakan cuti tahunan dalam tahun semasa 12 6 x 7 12 1 3.5, digenapkan kepada 4 hari
1
Dalam mengira kelayakan cuti prorata, sebarang pecahan hari yang kurang daripada satu separuh hari akan diabaikan dan di mana pecahan hari melebihi satu separuh atau lebih akan dianggap sebagai satu hari.
23) Bagaimanakah caranya saya mengira kelayakan cuti tahunan jika saya bekerja separuh masa? Pekerja separuh masa yang telah berkhidmat selama tiga bulan layak mendapat cuti tahunan berbayar pada kadar kelayakan tahunan yang sama dengan pekerja sepenuh masa berdasarkan jam bekerjanya. Kelayakan cuti dikira seperti berikut: Bilangan jam bekerja setiap tahun pekerja separuh masa Bilangan jam bekerja setiap tahun pekerja sepenuh masa
x
Bilangan cuti tahunan pekerja sepenuh masa x dengan tempoh perkhidmatan yang sama
Bilangan jam bekerja sehari pekerja sepenuh masa
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
15
Cuti Bersalin dan Cuti Penjagaan Anak 24) Apakah faedah cuti bersalin yang layak untuk pekerja wanita?
Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan layak mendapat 12 minggu cuti bersalin. Lapan minggu pertama cuti bersalin akan dibayar jika pekerja memenuhi syarat berikut: a) Bekerja selama sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh bersalin; b) Mempunyai kurang daripada dua orang anak semasa bersalin (melainkan anak-anak ini kesemuanya dilahirkan dalam kelahiran yang sama, cth. kembar dua atau tiga); dan c) Memberikan majikan sekurang-kurang notis satu minggu sebelum cuti bersalin dan memaklumkan majikan mengenai kelahiran apabila boleh. Jika tidak, pekerja hanya layak mendapat separuh bayaran gaji semasa dalam cuti bersalin. Di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak (Bab 38A), satu perundangan berkanun untuk menggalakkan orang yang telah berkahwin di Singapura mempunyai lebih ramai anak dan melibatkan pengurus dan eksekutif, seorang pekerja layak mendapat 16 minggu cuti bersalin berbayar jika: a) Anaknya merupakan Warganegara Singapura; b) Ibu bapa anak berkahwin secara sah; dan c) Pekerja telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh bersalin.
25) Adakah terdapat sebarang sekatan mengenai masa cuti bersalin?
Pekerja yang layak mendapat 12 minggu cuti bersalin di bawah Akta Pekerjaan boleh untuk tidak hadir bekerja selama empat minggu serta-merta sebelum bersalin dan lapan minggu serta-merta selepas bersalin. Dengan kebenaran majikan, empat minggu terakhir boleh diambil secara fleksibel dalam tempoh 12 bulan daripada kelahiran anak. Pekerja yang layak mendapat 16 minggu cuti bersalin di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Anak boleh untuk tidak hadir bekerja selama empat minggu serta-merta sebelum bersalin dan 12 minggu serta-merta selepas bersalin. Di mana terdapat persetujuan bersama dengan majikan, lapan minggu terakhir (minggu ke-9 hingga 16) cuti bersalin boleh diambil secara fleksibel dalam tempoh 12 bulan selepas kelahiran anak.
26) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja sewatu dia dalam cuti bersalin? Tidak, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pekerjaan.
27) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja wanita yang sedang mengandung?
Majikan perlu membayar faedah cuti bersalin kepada pekerja jika dia dipecat tanpa sebab yang kukuh atau diberhentikan semasa mana-mana tahap kandungannya. Pekerja wanita layak jika: a) Dia telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum menerima notis pemecatan atau pemberhentian kerja; dan b) Dia disahkan mengandung oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum menerima notis pemecatan atau pemberhentian kerja.
16
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
28) Adakah saya layak untuk cuti penjagaan anak? Cuti Penjagaan Anak di bawah Akta Pekerjaan
Ibu bapa bagi anak-anak bukan warganegara yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan layak untuk dua hari cuti penjagaan anak setiap tahun jika dua ciri ini dipenuhi: a) Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri yang sah) berusia bawah tujuh tahun; dan b) Pekerja telah berkhidmat untuk majikan selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Cuti penjagaan anak untuk setiap ibu bapa hanya dua hari setahun tidak mengira bilangan anak yang layak.
Cuti Penjagaan Anak di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak Seorang pekerja layak mendapat enam hari cuti penjagaan anak-anak setiap tahun jika dia dilindungi di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak. Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak melindungi semua ibu bapa warganegara Singapura, termasuk kakitangan pengurusan dan eksekutif jika tiga syarat berikut dipenuhi:
a) Anak kurang daripada tujuh tahun; b) Anak merupakan Warganegara Singapura; dan c ) Ibu bapa telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Tiga hari pertama cuti penjagaan anak akan dibayar oleh majikan dan tiga hari terakhir akan dibayar oleh pemerintah (sehingga $500 sehari, termasuk CPF). Tidak kira bilangan anak, kelayakan cuti penjagaan anak untuk setiap ibu bapa hanya enam hari setahun.
Cuti Penjagaan Anak Dilanjutkan di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak
Seorang pekerja dilindungi di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanakkanak dan layak untuk lanjutan dua hari cuti penjagaan anak setahun jika semua tiga ciri berikut dipenuhi: a) Anak paling muda berusia tujuh – 12 tahun (termasuk); b) Anak merupakan Warganegara Singapura; dan c) Ibu bapa telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Lanjutan dua hari cuti penjagaan anak akan dibayar oleh Kerajaan (sehingga $500 sehari, termasuk sumbangan CPF). Bagi ibu bapa yang mana anaknya merupakan Warganegara Singapura dalam kedua-dua kumpulan usia (iaitu (1) bawah tujuh tahun dan (2) di antara tujuh dan 12 tahun), jumlah cuti penjagaan anak berbayar untuk setiap ibu bapa ialah maksimum enam hari setahun.
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
17
Penamatan Kontrak
29) Jika saya memutuskan untuk berhenti kerja, perlukah saya memaklumkan kepada majikan saya?
Jika anda mahu berhenti kerja, anda perlu memberikan notis perletakan jawatan bertulis kepada majikan anda. Tempoh notis sejajar dengan kontrak pekerjaan anda. Majikan anda perlu memberikan tempoh notis yang sama dan secara bertulis jika dia memberhentikan anda. Jika kontrak pekerjaan anda tidak menyatakan tempoh notis, yang berikut akan digunakan:
Tempoh Perkhidmatan Kurang daripada 26 minggu
Tempoh Notis 1 hari
26 minggu sehingga kurang daripada 2 tahun
1 minggu
2 tahun sehingga kurang daripada 5 tahun
2 minggu
5 tahun dan ke atas
4 minggu
Notis boleh dilepaskan dengan persetujuan bersama daripada kedua-dua majikan dan pekerja.
30) Bolehkah saya berhenti kerja tanpa memberikan notis?
Dalam kebanyakan situasi, anda perlu memberi notis perletakan jawatan bertulis. Jika anda meletak jawatan tanpa notis atau tanpa menunggu tempoh notis tamat, anda perlu membayar gaji ganti notis kepada majikan.
31) Bilakah kontrak pekerjaan dianggap telah dilanggar?
Majikan dianggap telah melanggar kontrak pekerjaan jika dia gagal membayar gaji kepada pekerja dalam masa tujuh hari selepas tarikh gaji. Pekerja dianggap telah melanggar kontrak pekerjaan jika dia tidak hadir secara berterusan selama lebih daripada dua hari bekerja tanpa kebenaran atau sebab yang wajar, atau tanpa memaklumkan atau cuba memaklumkan majikan mengenai sebab ketidakhadiran.
18
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
32) Adakah saya dibenarkan bercuti sakit sewaktu berkhidmat dalam notis?
Jika anda dalam cuti sakit (sama ada berbayar atau tidak) semasa tempoh notis, cuti sakit yang diambil perlu dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh notis anda. Majikan anda tidak boleh menuntut pampasan terhadap sebarang kekurangan dalam tempoh notis.
33) Bolehkah majikan saya menamatkan Kontrak Perkhidmatan saya semasa saya sedang berkhidmat dalam notis?
Ya, majikan anda boleh menamatkan perkhidmatan anda tanpa menunggu tempoh notis tamat dengan membayar jumlah yang sama dengan gaji yang anda perolehi semasa tempoh notis. Jika anda melakukan kesalahan semasa tempoh notis, majikan anda boleh memecat anda tanpa membayar gaji untuk baki tempoh notis.
34) Bolehkah majikan saya menamatkan Kontrak Perkhidmatan saya semasa saya masih dalam tempoh percubaan?
Ya, perkhidmatan anda boleh ditamatkan semasa dalam tempoh percubaan. Akta Pekerjaan tidak mengandungi sebarang peruntukan mengenai tempoh percubaan atau pengesahan. Anda perlu merujuk kepada terma yang dinyatakan dalam kontrak pekerjaan anda untuk butiran khusus mengenai tempoh percubaan dan pengesahan.
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
19
Sumbangan CPF 35) Adakah majikan saya bertanggungjawab membayar sumbangan CPF pada gaji bulanan saya?
Sebagai Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap, kedua-dua anda dan majikan perlu membuat sumbangan bulanan dalam CPF jika anda bekerja di Singapura di bawah kontrak perkhidmatan. Jumlah sumbangan CPF yang dibayar bergantung kepada usia, gaji dan kewarganegaraan (Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura tahun pertama, kedua atau ketiga).
Nasihat dan Bantuan Jika anda memerlukan bantuan selanjutnya berkenaan hal berkaitan gaji dan terma dan syarat pekerjaan yang lain di bawah Akta Pekerjaan, anda digalakkan untuk melawat laman web Kementerian Tenaga Manusia di www.mom.gov.sg dan ketik pada pangkalan data lanjutan Q&A. Alternatif lain, anda boleh menghubungi 6438 5122 atau buat temu janji di: www.mom.gov.sg > Quick Links > Appointment@MOM
20
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja
21