Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Kandungan Why? Haiwan ... 3 Sejarah Haiwan ... 8 Habitat Haiwan ... 20
Haiwan yang Hidup di Padang Rumput Bertemu Bang Bangi di Savana ... 24 Kasih Sayang dan Persahabatan Haiwan ... 30 Herbivor Mengekalkan Keseimbangan Alam ... 34 Zirafah, Pengawal Padang Rumput ... 36 Penyamaran Haiwan untuk Hidup ... 40 Haiwan Herbivor yang Hidup Dalam Kumpulan ... 42 Badak Sumbu Perisai di Padang Rumput ... 44 Maharaja Singa dan Dubuk di Savana ... 48 Rantaian Makanan dan Keseimbangan Ekosistem ... 54 Citah Juara Pecut ... 56 Haiwan di Pampas ... 60 Haiwan di Prairie ... 64
Haiwan Hutan Hujan Tropika Haiwan Hutan Hujan Tropika di Afrika ... 69 Haiwan Hutan Hujan Tropika di Amazon ... 82 Haiwan Hutan Hujan Tropika di India dan di Asia Tenggara ... 94 Haiwan Hutan Hujan Tropika di Australia ... 100 Pelbagai Iklim dan Haiwan di Australia ... 102
iv
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Why?
Haiwan
Terdapat lebih daripada 100 jenis haiwan yang tinggal di habitat yang berlainan. Ada yang tinggal di gurun yang panas, ada yang hidup di kawasan kutub yang beriklim sejuk, ada yang hidup di kawasan padang rumput yang luas dan ada yang hidup di puncak gunung yang tingginya kira-kira 2 500 meter dari aras laut. Haiwan yang hidup di habitat yang berbeza, mempunyai sifat, tabiat makan, dan cara hidup yang berbeza. Haiwan herbivor yang tinggal di padang rumput yang subur mempunyai sifat semula jadi, iaitu dapat berlari dengan pantas. Manakala haiwan yang tinggal di kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai pokok-pokok yang tinggi, cekap memanjat pokok, terutamanya spesies monyet. Haiwan yang hidup di kawasan gurun dapat menyesuaikan diri dalam cuaca yang panas dan kering. Unta, haiwan yang terkenal di kawasan gurun, mempunyai bonggol yang mengandungi lemak yang dapat menjadi makanannya ketika ketiadaan makanan. Semua haiwan mempunyai ciri-ciri fizikal yang tersendiri yang membolehkan haiwan ini menyesuaikan diri dengan persekitaran. Namun, sikap manusia yang suka meneroka hutan dan melakukan pemburuan haram telah memusnahkan habitat haiwan ini. Akibatnya banyak haiwan yang mati dan semakin pupus. Haiwan adalah makhluk Tuhan yang harus disayangi. Oleh itu, sayangilah haiwan dan hargailah alam untuk kesejahteraan semua.
Orbit Buku Sneak Peak! iii www.orbitbuku.com.my
Sejarah Haiwan Pak cik, kami sudah sampai.
Aduh, letihnya!
Oh, Omji! Khabar baik.
Apa khabar pak cik?
Pak cik tak menegur saya pun?
Grrr
Si penyibuk yang datang, siapa yang peduli?
Pak cik, kali ini kita hendak ke mana pula?
Mengembara ke dunia haiwan di seluruh dunia.
HE HE
Omji hendak pergi?
Wah, seronoknya!
Tentulah!
Meneroka dunia haiwan!
Saya pun nak pergi!
Orbit Buku Sneak Peak! 8 www.orbitbuku.com.my
Tapi, kamu mesti berjanji yang kamu tidak akan bergaduh dengan Omji!
Kamu mahu pergi atau tidak?
Macam tidak boleh dipercayai saja.
Yalah! Saya berjanji.
Mengapa saya perlu berjanji pula? Okey, mari kita berangkat!
SYUNG
Mari kita menonton video tentang sejarah haiwan.
Mujur saya cepat. Kalau tidak mesti saya tertinggal.
Hore!
Kira-kira 4.6 bilion tahun dahulu, bumi terdiri daripada gas dan debu. Pada ketika itu, haba dan tekanan yang luar biasa melitupi teras bumi. Akhirnya, berlaku letupan gunung berapi dan penyemburan gas, wap air, dan lava di alam semesta. Selepas satu tempoh yang lama, suhu mula menurun dan wap air bertukar menjadi hujan di atmosfera. Air hujan ini membentuk laut manakala permukaan bumi yang lain menjadi keras lalu membentuk daratan.
BOOM
BOOM
BOOM KLIK
Orbit Buku Sneak Peak! 9 www.orbitbuku.com.my
Kira-kira 3.8 bilion tahun dahulu, wujud hidupan unisel. Pada 1.2 bilion tahun dahulu, hidupan unisel bertukar menjadi multisel dan muncul di dalam air.
Unisel dan Multisel Unisel – Organisma satu sel. Vorticella
Ameba
Multisel – Organisma banyak sel. Ubur-ubur
Tetapi pada Zaman Paleozoik, iaitu kira-kira 570 juta tahun dahulu, muncul hidupan yang diselaputi rangka luar yang keras.
SYUNG
Berdasarkan fosil yang ditemukan, seperti trilobita.
Tetapi, bagaimana haiwan itu dapat dikesan?
Fosil Trilobita Trilobita wujud kira-kira 570 juta tahun dahulu. Kemudian, trilobita mengalami proses evolusi dengan pantas, tetapi hidupan ini telah pupus sejak 270 juta tahun dahulu.
10
Pennatula
Bentuk haiwan ini sama seperti ikan.
Ikan yang tidak berahang ini muncul pada 480 juta tahun dahulu. Kulitnya dilitupi oleh cangkerang.
Bentuknya pelik.
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my
Lama-kelamaan tulang ikan ini berkembang. Ikan ini bertukar daripada haiwan invertebrata, iaitu
tidak bertulang belakang menjadi haiwan vertebrata, iaitu bertulang belakang. Haiwan vertebrata?
BLUP BLUP
BLUP
BLUP
Tulang yang panjang dari belakang leher hingga ke pinggang itu ialah tulang belakang.
Ya. Haiwan yang bertulang belakang adalah haiwan Jadi saya vertebrata. pun haiwan
Tulang belakang?
vertebrata, ya?
PAP PAP
Ikan ialah haiwan vertebrata yang mempunyai sirip. Ikan mempunyai sifat-sifat yang tertentu juga.
Apa itu ikan? Ikan ialah haiwan vertebrata yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang. Ikan yu, belut, ikan pari, dan hampir 25 000 jenis ikan yang lain mempunyai ciri-ciri umum ikan seperti yang berikut:
• • • • •
Mempunyai insang untuk menyerap oksigen; Badan dilitupi sisik; Menggunakan sirip untuk berenang; Suhu badan ikan berubah-ubah mengikut suhu persekitarannya; Mempunyai liang garis deria pada badannya.
Orbit Buku Sneak Peak! 11 www.orbitbuku.com.my
Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my