Oleh: EN. ISMAIL BIN AG PIUT HJH. PARIDAH BT. MAMAT PN. LINA BAGU @ SITI NURLINAH DR. HJH ROSNAH @ NINING BT. SIDEK
1. 2. 3.
4. 5. 6.
Dunia Penulisan Pengarang & Undang-undang Penulisan Ilmiah: Artikel, Rencana, Buletin, Ulasan Buku, Wacana, dan Jurnal. Kerangka & Proses Penulisan Bahasa Dalam Penulisan Kesalahan Bahasa
1.
2.
Akta 332: Akta Hak Cipta 1987. Hanya <20% dibenarkan diekstrak daripada bahan asal. Undang-undang Harta Intelek yang dilindungi ialah 4 perkara: Gambar, Teks, Paten & Hak Cipta. Pusat Rujukan Kamus Di Hujung Jari dalam website prpm.dbp.gov.my melalui ruangan Gerbang Maya. Asas penulisan:Wacana – Lisan & Tulisan. Wacana Tulisan melibatkan Kreatif, Diskriftif, Teknikal dan Professional. Proses Penulisan; Prapenulisan (prapenulisan) Penyusunan (penulisan) - Pengeditan (pascapenulisan)
Persiapan – mental/fizikal, penentuan bidang, skop, judul dan sasaran serta pemerolehan maklumat. Penyusunan – rangka isi, pengembangan isi (pemerengganan), dan penyemakan koheran. Pengeditan – semakan isi, bahasa, format, koheran (kesinambungan) dan kohesi (hubungan). Binaan Karangan - Pendahuluan, - Badan Karangan (pemerengganan isi – 6 isi) - Penutup Wacana Ilmiah – Artikel, Rencana, Buletin, Buku, Ulasan Buku, Wacana & Jurnal.
Nota: Penulisan Berfokus sama ada bersifat diduktif atau induktif. BENTUK PENULISAN Bentuk Penerangan – menerangkan fakta-fakta berasaskan kajian. Bentuk Sejarah – berasaskan fakta sejarah yang tetap. Bentuk Profil – pencapaian tokoh & gambaran peribadinya. Bentuk Pengalaman Peribadi – pengalaman penulis dan pengalaman orang lain. Bentuk Pendapat – berasaskan pendapat peribadi. Bentuk Perbahasan – Hujah & perbincangan tentang masyarakat, falsafah, politik & penyelesaian ekonomi.
Pencemaran sungai di negara tetangga sebenarnya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri.(ISI). Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak seperti pembuangan sampah ke dalam sungai mengakibatkan pencemaran sungai tersebut. Di samping itu, kepesatan pembangunan turut menyumbang pada pembuangan sisisisa toksik dan sisa-sisa industri yang lain ke dalam sungai. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat pengusaha ternakan, membuang sisa yang tidak digunakan ke dalam sungai. (HURAIAN) Akibatnya, beberapa batang sungai di negara ini mengalami pencemaran yang buruk seperti Sungai Skudai, Sungai Juru dan Sungai Gombak (CONTOH)
Apabila musim perayaan hampir tiba, banyak promosi, iklan dan tawaran harga tentang sesebuah barangan diadakan. Berfikirlah dengan bijak apabila berbelanja agar tidak merugikan diri. Sekiranya, kita mendapati harga barangan yang ditawarkan benar-benar murah, belilah barangan tersebut. Namun, kita harus sedar bahawa bukan semua barangan yang ditawarkan itu benar-benar bermutu dan berpadanan dengan harganya. (HURAIAN) Misalnya, pada musim jualan mega, terdapat penjual yang menawarkan barangan yang tidak bermutu atau telah tamat tarikh luputnya dengan harga yang murah. (CONTOH) Oleh itu, kita janganlah mudah terpengaruh oleh iklan dan promosi yang indah khabar daripada rupa. (ISI)
Sewajarnya, pembayaran gaji pekerja pada masa kini mestilah berlandaskan kualiti kerja seseorang pekerja. (ISI) Sistem ini akan membina perasaan kesetiaan dan ketaatan para pekerja terhadap majikan. Mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh agar syarikat atau tempat seseorang itu bertugas mendapat pulangan yang sewajarnya. (HURAIAN) Selain itu, masalah perpindahan tempat bekerja misalnya dari sektor awam ke sektor swasta akan dapat dikurangkan. (CONTOH) Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa pembayaran gaji, bonus, dan imbuhan kepada pekerja mestilah berteraskan mutu perkhidmatan mereka. (ISI)
PENULISAN TERBAIK Penguasaan Tatabahasa Pemilihan Perkataan Kumpulan Fakta Format Belajar daripada Penulis Terkenal CIRI KEBAHASAAN Perkataan Rangkai Kata (frasa) Ayat Susunan, Tanda baca, dan Ejaan
PETAK TULISAN – KAEDAH KINICHI GAWA Petak Pendahuluan Petak Isi Petak Contoh Petak Rujukan Teks & Bibliografi Petak Penutup CIRI PERKATAAN Kongkrit/ khusus & bukan umum Tepat untuk sesuatu idea Laras/Terminologi yang sesuai Kolokial Ekonomik – tidak lewah.
AYAT TERBAIK Pembinaan selari – yang menggunakan struktur yang sama spt FN+FK. Ayat gramatis dan tidak tergantung. Pembinaan frasa dalam ayat yang tepat. Cth jangan gunakan ‘pelajar menganggur’ sebab pelajar memang menganggur. Peralihan ayat yang sesuai seperti tetapi, namun, walau bagaimanapu etc (Kata Hubung). Kepelbagaian jenis/ sosok/ ragam ayat. Laras/ terminologi yang tepat dan senang difahami. Bahasa kongkrit.
AYAT YANG BERKESAN Ayat yang berkesan ialah ayat yang berjaya melahirkan fikiran, hasrat, dan perasaan penulis, dan semua mesej yang ingin disampaikan oleh penulis difahami sepenuhnya oleh pembaca.
13
ENAM CIRI AYAT YANG BERKESAN 1. Kesatuan Gagasan 2. Kepaduan 3. Penekanan 4. Kepelbagaian 5. Kesejajaran 6. Penalaran serta Logik
14
1. KESATUAN GAGASAN 1. Setiap ayat perlu mendukung satu gagasan sahaja. Cara begini memudahkan pemahaman. 2. Elakkan penulisan beberapa idea atau gagasan dalam satu ayat untuk memastikan kesatuan gagasan. 3. Setiap ayat perlu ada subjek dan predikat. 15
2. KEPADUAN Kepaduan bermaksud hubungan timbal balik yang baik dan jelas antara unsur pembentuk ayat, iaitu kata dan frasa. Hubungan begini mestilah mematuhi tatabahasa. Perhatikan ayat yang berikut. 1. Hakim menjatuhkan pengedar dadah itu hukuman gantung hingga mati. 2. Hakim menjatuhkan hukuman gantung hingga mati kepada pengedar dadah itu. 3. Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman16 gantung hingga mati.
3. PENEGASAN AYAT Penegasan ayat bermaksud mengubah kedudukan bahagian tertentu dalam ayat agar gagasan yang hendak ditegaskan didahulukan dalam pembentukan ayat. Ada 6 cara yang boleh digunakan untuk mempertegas maksud ayat, iaitu: 1. Penyongsangan atau pendepanan predikat. Contoh: • Wajahnya sungguh berseri. • Sungguh berseri wajahnya. 2. Perubahan kedudukan keterangan ayat. Contoh: • Mazlin menjadi tenang apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya. • Apabila diberitahu hal yang sebenarnya, Mazlin menjadi tenang. 17
3. PENEGASAN AYAT 3. Pempasifan. Contoh: • Saya ingin sekali menemui ibu kandung saya. • Ibu kandung saya ingin sekali saya temui. 4. Pengulangan unsur tertentu dalam ayat. Contoh: • Dia memang pemimpin yang hebat, hebat menghasilkan idea yang bernas, hebat merancang dan mengatur strategi, hebat berpidato, hebat dalam komunikasi interpersonal, dan hebat memotivasikan orang bawahannya. 18
4. PENEGASAN AYAT 5. Penggunaan unsur yang bertentangan. Contoh: • Kita tidak mengingini generasi yang memuja kebendaan tetapi generasi yang yang kuat berpegang pada nilai-nilai murni. 6. Penggunaan partikel –kah, -lah, -tah. Contoh: • Dia yang datang semalam (tidak gramatis) • Dialah yang datang semalam.(lebih bertenaga dan gramatis) • Maka berangkatlah Laksamana itu ke Pahang (contoh klasik).
19
5. KESEJAJARAN DALAM AYAT Bermakna bahawa sesuatu gagasan atau idea yang dinyatakan dalam bentuk kata nama mestilah diikuti oleh gagasan lain (yang sama fungsinya) dalam bentuk kata ama juga. Jika dicampuradukkan kata nama dengan kata kerja atau sebaliknya, keberkesanan ayat akan terjejas. Berikan komen anda terhadap ayat yang berikut: Langkah pemulihan ekonomi hendaklah dimulakan dengan penghematan belanja negara dan individu, mengurangkan import bagi barangan kurang penting, penggalakan industri tempatan, dan meningkatkan 20 guna tenaga secara optimum.
6. KENALARAN SERTA LOGIK DALAM AYAT
Kenalaran dalam ayat bermakna menghasilkan ayat yang munasabah atau diterima akal. Berikan komen anda terhadap ayat yang berikut. Kerajaan memang bertanggungjawab menyediakan pendidikan kepada rakyat, tetapi negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi dan pelancong tidak datang ke negara kita. 21
FORMAT (Ruj: Academia Edu.) Judul, penulis dan alamat Abstrak dilengkapi ‘Kata Kunci’ Pendahuluan Kerangka Teori (bila diperlukan). Tata kerja (bahan dan metode) Hasil dan pembahasan (Analisis) Kesimpulan Daftar Pustaka (Rujukan/ Bibliografi)
TUJUAN Bakat. Rancu – protes & tiada nilai sastera. Tuntutan Naluri. Hobi. Mencari populariti. Ibadat. Wang. Tugas. PENULIS YANG BAIK Pendengar yang baik Peminat fakta Bukan pendiam
PENULIS YANG BAIK & CEMERLANG Menguasai IT Suka bertanya Mengetahui akta penerbitan, kewartawanan, persuratkhabaran. Kemahiran berbahasa. Cakna & memahami subjek yang baik. Pandangan futuristik Konsisten dalam menulis Tidak memandang rendah penulisan orang lain Emotif – tulisan menyentuh perasaan orang lain Natural – tenang, tidak merajuk & berdendam. Gigih. Nota: Hantar bahan kepada Penyelaras ‘Klik Web DBP’ untuk penerbitan bahan dalam IT.
PENDAHULUAN RENCANA Kenyataan – bersifat provokatif. Naratif/ Anekdot – bercerita yang menyentuh perasaan. Pertanyaan – Pertanyaan retorik Petikan langsung – berasaskan pengalaman. Statistik yang menjurus kepada isu. Pendapat ‘orang ternama/ terkenal’ etc. GAMBAR Menimbulkan mood Meningkatkan kefahaman Bukti kesasihan rencana Menjelaskan konsep Mengukuhkan cerita/ teks.
FORMAT TAJUK BERITA - Terletak di bahagian paling atas teks. Tajuk rencana ditulis dalam huruf kecil semuanya kecuali pangkal frasa. Terdiri daripada tida atau empat perkataan sahaja. Kadang kala taju ditulis dengan cara yang sensasi untuk menarik perhatian pembaca PEMBUKAAN BERITA - Biasanya terdiri daripada dua perkara iaitu nama, tempat dan tarikh. Nama tempat ditulis dalam huruf besar kesemuanya. Nama tempat pada bahagian pembukaan berita bukanlah menunjukkan tempat spesifik berlakunya kejadian tetapi itu adalah nama bandar, daerah atau mukim tempat yang dilaporkan.Selepas nama tempat diikuti tarikh peristiwa yang tidak disertakan tahun. Tarikh merupakan fakta penting untuk menentukan berita terkini atau berita yang lewat dilaporkan. Selepas tarikh ada satu tanda sempang.
FORMAT
KANDUNGAN BERITA - Bermula selepas tanda sempang. Isi kandungan berita ada bermacam-macam bergantung pada jenis berita. Kandungan berita dimulakan dengan satu perenggan pengenalan. Perenggan pengenalan disusun dalam satu ayat sahaja dengan cara yang jelas, mudah dan menarik. Seterusnya diikuti dengan perenggang-perenggan isi yang melaporkan peristiwa secara terperinci. Jumlah perenggan tidak tetap. Bahagian ini memperincikan peristiwa yang berlaku hingga ke akhirnya
PENUTUP BERITA - Penutup berita termasuk dalam kandungan berita Sumber
JENIS Jenayah. Politik dan Ekonomi. Parlimen Hiburan. Kecelakaan. Sukan. Sains Pendidikan etc. CIRI PENULISAN Tidak boleh disebut nama, bangsa, agama dan jawatan pekerjaan mangsa untuk berita Jenayah Ekstrak daripada Sidang Akhbar, ucapan, wawancara & seminar. Menyaksikan sendiri peristiwa Cepat, lengkap dan objektif. Memanipulasikan 5W1H (Who, What, Where, When, Why, How)
PERANAN Fahami konsep wacana terlibat Kaji tulisan/ teks yang diberi. Menghormati hak orang ramai untuk dapat bahan sebenar Menghormati kerahsiaan sumber berita. Mengelakkan teks bersifat perkauman dan tatasusila masyarakat. Memahami undang-undang & peraturan yang sedia ada.
KONSEP Dikenali juga sebagai Surat Berita (News Letter) Merupakan laporan aktiviti organisasi sahaja yang bergambar. Dibuat selepas usainya sesuatu projek organisasi. Melibatkan laporan tentang aktiviti, kekuatan, kelemahan, dan cadangan penambahbaikan. Tajuk – ringkas dan padat, menggambarkan keseluruhan laporan, bersifat catchy & bersifat memujuk. PANDUAN MENULIS Laras bahasa pelaporan Formal dan bersifat objektif Hujah sempurna dan bukan andaian Frasa longgar seperti Barangkali, pada umumnya, agaknya hendaklah dielakkan. Menggunakan Sudut Pandangan Orang Ketiga.
PANDUAN MENULIS Menggunakan ragam pasif – konsep pasif yang menekankan objek dan bukan pelaku atau subjek Pelaku digugurkan dalam ragam pasif natural. Contoh ‘Kursus yang dihadiri berdasarkan kepentingan pembangunan organisasi. Menggunakan kata sapaan yang betul. Menekankan pragmatik dan retorik (bahasa praktikal) dalam teks. Elakkan bahasa/ istilah ‘tabu’. Gunakan ‘Eufemisme’ (kiasan halus) seperti ‘Bulan Kesiangan’ untuk Anak Dara Tua. Elakkan Sirkumlokasi (berbelit-belit, berkias dan memanjangkan kata untuk elakkan sakit hati)
FORMAT 1. PENDAHULUAN UMUM:1.1) Buku 1.2) Penulis 2. ULASAN KANDUNGAN KESELURUHAN BUKU 3. TAHAP KEINTELEKTUALAN BUKU/ TAHAP AKADEMIK BUKU 4. PENILAIAN SAKSAMA TENTANG KEKUATAN DAN KELEMAHAN 4.1. Kekuatan & Huraian 4.2. Kelemahan & Huraian 5. KESAN KEPADA PENGULAS 5.1) Tersurat 5.2) Tersirat 6. KESIMPULAN DAN CADANGAN
Selain aspek mekanik bahasa yang meliputi aspek ejaan dan tatabahasa, penguasaan ilmu tentang penulisan juga amat penting bagi menghasilkan penulisan yang berkesan;
Memastikan agar unsur-unsur wacana terangkum dalam penulisan merupakan satu lagi aspek penting yang perlu diberikan perhatian untuk menghasilkan penulisan/dokumen yang berkesan; dan
Memenuhi format yang sudah digariskan juga merupakan satu lagi tuntutan untuk menghasilkan penulisan yang berkesan.