NOTA KULIAH MINGGU 1 Apakah komunikasi? • • • • •
•
Komunikasi boleh dianggap sebagai satu proses manusia menghantar dan menerima mesej, berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat, dan perasaan. Melalui komunikasi manusia dapat memahami antara satu sama lain, dapat menyampaikan maklumat, dan dapat meluahkan perasaan. Komunikasi yang tidak tepat akan mencetuskan konflik. Komunikasi ialah perhubungan antara 2 pihak penghantar dan penerima dan akan menerima maklumat yang sama dan berbagai bentuk sumber yang dihantar. Proses menghantar maklumat dari penghantar ke penerima perlu menggelakkan beberapa faktor yang boleh menggugat penerimaan kandungan data kerana ditakuti data yang dihantar boleh dimanupulasikan dan penerima menyalahanggapkan data yang diterima. Jika penghantar dan penerima tidak menerima data yang sama dan mengakibatkan proses komunikasi tidak berfungsi seperti yang sepatutnya
Istilah komunikasi • • • •
Bahasa latin Berasal daripada kata communicare atau communiatus, yang diterjemahkan sebagai ‘perhubungan’ atau berkongsi sesuatu.. Sekitar 1980-an, perkataan komunikasi telah diterima pakai menggantikan perhubungan. Makna kata komunikasi ialah ‘persamaan’ atau ‘sama’. Dalam konteks interaksi manusia, istilah ini bermaksud ‘sama makna’. (makna yang disalurkan dan yang diterima adalah sama)
Definisi komunikasi •
•
Byrnes (1975) menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia, iaitu orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak isyarat, atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat, mempengaruhi tingkah laku, memujuk, ataupun mengubah keadaan fizikal atau mental mereka. Abrams (1986) = komunikasi merupakan satu proses berterusan melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklum balas di antara kedua-duanya. Satu proses perkongsian makna yang terdapat dalam maklumat, idea atau perasaan melalui penggunaan simbol sama ada berbentuk lisan, bahasa badan, tulisan, visual atau simbol lainnya daripada pihak sumber kepada pihak penerima dengan harapan akan menghasilkan maklum balas yang dihajati.
1
NOTA KULIAH MINGGU 1 Bentuk- bentuk Komunikasi
Pandangan dari tokoh-tokoh terkemuka mengenai komunikasi
2
NOTA KULIAH MINGGU 1 Kesimpulan • •
Komunikasi bermakna berkongsi atau memeliki secara umum. Perkataan Latin • communio bermakna persahabatan. • commune bermakna berkongsi. • Communion bermakna mengambil bahagian. • Communicant bermakna mengubah atau pemilikan umum.
Unsur-unsur dan Proses Komunikasi • • • • • • • • • • •
Sumber Idea Enkod Penyaluran Penerimaan Dekod Pemahaman Penerima Maklum balas Gangguan Suasana
Sumber Sumber ialah punca yang mencetuskan mesej, Sesiapa sahaja merupakan sumber mesej. Boleh terdiri daripada guru, pengetua, murid, dll. Idea Pemikiran yang terjana dalam minda sumber. Boleh bertunjangkan pembacaan, pemerhatian, pengalaman, penganalisisan, dll Enkod Usaha sumber untuk mengolah idea dalam satu pakej yang dapat disalurkan kepada penerima. Melibatkan kemahiran mencari simbol yang dapat mewakili idea yang terjana dalam minda. Simbol ialah bahasa yang difahami. Mesej mungkin berlaku dalam lisan dan bukan lisan. Penyaluran Usaha sumber menghantar mesejnya yang sudah diolah.Diungkapkan/dituturkan sebagai mesej lisan. Cth: pengajaran, ceramah, dll. Diilustrasikan/ditulis sebagai mesej bukan lisan. Cthnya; memo, emel, pekeliling, sms, dll. Diaksikan/digayakan sebagai mesej bukan lisan.
3
NOTA KULIAH MINGGU 1 Penerimaan Mesej yang disalurkan sampai kepada sasarannya. Pihak yang menghantar mesej hendaklah memastikan mesejnya sampai dan difahami dengan tepat. Komunikasi lisan : pastikan suara dan sebutan benar-benar jelas agar penerima mendengarnya dengan jelas. Komunikasi tulisan : pastikan tulisan jelas dan mudah dibaca dan tepat pula maksudnya. Dekod Usaha penerima untuk mentafsir mesej. Mesej lisan dan bukan lisan cuba ditafsirkan sebelum dapat difahami. Penerima mentafsir mesej berdasarkan pengalaman peribadinya. Jika mesej tidak dapat ditafsir, pemahaman tidak akan berlaku. Maklum balas yang dihajati oleh sumber mungkin tidak seperti yang dimaksudkan. Jika tafsir penerima berbeza daripada sumber maka berlakulah kerosakan komunikasi. Pemahaman Hasil daripada usaha pentafsiran mesej oleh penerima. Berlaku selepas proses pemberian makna kepada simbol-simbol yang didengari, dilihat, dirasai, atau dikesan melalui deria penerima. Andai penerima gagal memberi makna pada simbol, pemahaman tidak akan berlaku. Contohnya, arahan dalam bahasa yang bukan bahasa yang dikuasai oleh murid. Penerima Pihak yang menjadi sasaran penghantaran mesej oleh sumber. Sama ada seorang manusia, sekumpulan kecil, atau khalayak yang besar. Dalam konteks pendidikan, penerima ialah guru-guru, murid-murid sekolah. Maklum balas Tindak balas atau respons penerima terhadap mesej yang diterima. Maklum balas oleh penerima akan meneruskan aliran maklumat antara kedua-dua pihak. Tanpa maklum balas, komunikasi akan terhenti atau rosak. Penerima akan membuat andaian sendiri dan kerap kali andaian itu akan tersasar Gangguan Apa-apa sahaja yang terdapat dalam alam sekitar yang menggugat penghantaran dan penerimaan mesej. Komunikator perlu berusaha untuk mengatasi gangguan ini.Gangguan terbahagi kepada dua : Gangguan fizikal.Bunyi bising, enjin kenderaan, orang berbual, pemotong rumput, bunyi dari projek pembinaan.Gangguan psikologikal, tidak mampu beri tumpuan fikiran, berkhayal, menganggap mesej tidak penting, dll. Suasana Keadaan sekeliling ketika proses komunikasi berlangsung. Suasana dapat mempengaruhi komunikasi. Suasana formal akan mencetuskan komunikasi yang formal. Suasana tidak formal pula akan mencetuskan komunikasi yang tidak formal. Klasifikasi/Jenis-jenis komunikasi 4
NOTA KULIAH MINGGU 1 1. 2. 3. 4.
Komunikasi Intrapersonal Komunikasi Interpersonal Komunikasi Kumpulan Kecil Komunikasi Awam
Komunikasi intrapersonal • • •
Berlaku dalam diri seseorang, melibatkan pemikiran, perasaan, dan cara seseorang melihat dirinya. Individu memegang dua peranan iaitu sumber dan penerima. Mesej terdiri daripada pemikiran dan perasaan - saluran yang digunakan ialah otak yang memproses mesej, maklum balasnya ialah individu bercakap sendiri, mengeluh, menjerit, atau menolak idea itu dan menggantikan dengan idea yang baharu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi intrapersonal • • • • • • •
Perasaan atau mood (lucu, marah, benci, sayang, puas hati) Penampilan diri (sihat, pemikiran segar, bersih, cermat, bergaya) Ciri-ciri sosial (bebas, tegas, mesra, empatik) Peranan Sosial (ibu bapa, ahli keluarga, pemimpin, ahli profesional) Kepercayaan kuat (keagamaan, percaya akan kejayaan, patriotik, percaya akan keluarga, percaya akan pelajaran. Bakat anda (seni, muzikal, sukan, penulisan, ucapan) Kapasiti intelektual (logikal, reflektif, studios, spekulatif)
Komunikasi interpersonal (antaraperseorangan) • • • •
Komunikasi bersemuka antara dua orang atau lebih yang melahirkan potensi maklum balas. Dianggap sebagai satu bentuk komunikasi yang membangun. Semakin akrab antara satu sama lain semakin tinggi darjah komunikasinya. Dapat membina hubungan manusia.
Ciri-ciri komunikasi interpersonal • • • • • • •
Melibatkan perlakuan lisan dan bukan lisan. Melibatkan perlakuan spontan, tabii, atau terancang atau kombinasi ketiga-tiganya. Merupakan satu proses yang membangun, tidak statik. melibatkan maklum balas perseorangan, interaksi, dan perkaitan. Dipandu oleh peraturan yang tersurat dan tersirat. Merupakan satu aktiviti saling berbalas-balas. Melibatkan pemujukan. Mengubah fikiran, perlakuan, dan perasaan terhadap tajuk yang dibincangkan.
Komunikasi kumpulan kecil • • •
Berlaku apabila sebilangan kecil manusia bertemu untuk mengatasi masalah. Setiap anggota berpeluang untuk berinteraksi dengan semua anggota lain. Lebih kompleks berbanding komunikasi interpersonal kerana lebih ramai terlibat 5
NOTA KULIAH MINGGU 1
• • •
Mesej lebih berstruktur kerana kelompok bertemu untuk tujuan tertentu. Berlaku dalam situasi formal. Bersemuka dan terbuka dengan setiap ahli.
Komunikasi Awam • • • • • •
Sumber (pengucap) menyampaikan mesej kepada audiens yangn ramai bilangannya. Pengucap menyampaikan mesej secara teratur dan berstruktur. Saluran-saluran yang lebih jelas spt suara yang lantang, bahasa badan yang lebih nyata. Menggunakan saluran visual tambahan spt slaid, carta singkap, transparensi, power point, poster, model, dsb. Maklum balas amat terhad. Boleh memberikan maklum balas bukan lisan. (tepukan, anggukan, senyuman)
Teori-teori Komunikasi • • • • •
Teori Am Komunikasi Teori Komunikasi Kontekstual Teori Mikro Komunikasi Teori Khas Komunikasi Teori Simbiotik (antara disiplin)
Teori Am Komunikasi • • •
Teori yang menyeluruh. Tidak mempunyai had masa, dapat merancang perkara yang berlaku pada masa dulu, sekarang, dan akan datang (dapat meramal) Dapat mengenal pasti konsep asas dan menjelaskan interaksi komunikasi bagi menerangkan perlakuan manusia.
Teori Komunikasi Kontekstual • • •
Memberi penerangan dalam had media tradisional. Melibatkan interpersonal, kumpulan kecil, dan komunikasi awam. Sentiasa dikaitkan dengan konteks.
Teori Mikro Komunikasi • • •
Menerangkan komunikasi pada tahap yang lebih kecil atau mikro. Memberikan tumpuan khusus kepada satu aspek komunikasi - contohnya mesej, media, komunikator. Mengambil kira kombinasi konstruk yang mudah untuk menerangkan ciri komunikasi.
Teori Khas Komunikasi • •
Dipanggil teori ‘how-to-do’. Memberikan panduan kepada pengamal komunikasi tentang jenis dan bentuk komunikasi.
6
NOTA KULIAH MINGGU 1
•
Lebih berbentuk gunaan seperti untuk menjalankan temu bual, merangka ucapan pemujukan, cara berkomunikasi untuk mendapat kerjasama dsb. Contohnya Pemasaran Sosial.
Teori Simbiotik (antara displin) • •
Berasal dari bidang-bidang yang berkaitan seperti linguistik, ekonomi, pengurusan, sains politik, psikologi, sosiologi, psikologi sosial. Wujud dalam hubungan yang rapat dengan teori dalam bidang komunikasi.
Teori, pendekatan, model-model, prosedur komunikasi •
•
•
Salah satu teori komunikasi klasik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah teori Mathematical Theory of Communication. Teori ini melihat komunikasi sebagai fenomena mekanis, informatif dan matematis Teori ini melihat komunikasi sebagai proses seseorang individu mengembangkan/ mempengaruhi tingkah laku atau ‘state of mind’ individu lain. Jika implikasi/ pengaruh yang dihasilkan tidak sesuai dengan apa yang diharapkan, maka teori ini melihat hal ini dianggap sebagai kegagalan sesuatu komunikasi. Teori ini sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melihat tahaptahap dalam komunikasi tersebut untuk mengetahui di mana letaknya kegagalan sesuatu komunikasi. Selain itu, teori komunikasi ini juga cenderung menggunakan ilmu-ilmu sosial, terutama psikologi dan sosiologi.
Model Komunikasi • •
•
•
•
•
Antara model awal yang telah dibentuk untuk menerangkan maksud komunikasi ialah Model Shannon dan Weaver (1949) dan Model Berlo (1960). Dalam model-model ini unsur-unsur komunikasi yang ditekankan adalah sumber, mesej, saluran, penerima, kesan dan bagaimana proses maklumat disampaikan antara satu sama lain disulami atau dipengaruhi gangguan. Menurut David K. Berlo (1960), komunikasi ialah kegiatan penyampaian dan penerimaan pesan atau idea dari satu pihak ke pihak lain dengan tujuan mencapai kesamaan pandangan atau idea yang ditukarkan tersebut. Unsur-unsur yang terkandung dalam proses komunikasi adalah source (sumber atau penyampai berita), message (pesan), channel (media atau alat) dan receiver (penerima pesan). Keempat-empat unsur harus berperanan agar tercipta komunikasi yang efektif. Apabila ada salah satu unsur tidak menjalankan peranannya, maka komunikasi tidak akan berjalan seperti yang diharapkan. Shannon dan Weaver (1949) melihat komunikasi sebagai proses pemancaran mesej. Model ini juga menjadi asas Teori Komunikasi. Shannon (1945) dalam terjemahan Othman Sharif dan Siti Zaleha Hashim, 1992 menggambarkan tindakan komunikasi ini mendatangkan maklumbalas.
7
NOTA KULIAH MINGGU 1
•
Dalam Model Berlo (1960), beberapa elemen penting dalam menyampaikan mesej untuk memastikan kejayaan komunikasi : punca, mesej, saluran dan penerima
•
Berdasarkan model ini, peranan deria sebagai saluran adalah penting berdasarkan kata-kata ahli falsafah Kung Fu Tze ada menyatakan ‘kalau saya dengar saya lupa, kalau saya lihat saya ingat dan kalau saya buat saya faham’. Dalam konteks yang sama Heinich (1993) menyatakan manusia hafal 10% melalui penglihatan, 20% melalui pemahaman dan 30% melalui pendengaran dan penglihatan. Hal ini menggambarkan keberkesanan komunikasi bergantung kepada kaedah yang digunakan untuk merangsang deria untuk melakukan pemahaman.
• •
Pendekatan komunikasi • • •
Komunikasi dalaman (intrapersonal) – monolog atau berkomunikasi dengan diri sendiri dalam membuat keputusan Komunikasi kumpulan – interaksi di antara individu (3 orang atau lebih). Penting untuk berkongsi maklumat, mendapatkan idea, menyelesaikan masalah. Komunikasi keorganisasian – jaringan kerjasama yang merangkumi semua bentuk komunikasi lain. Jenis komunikasi ini melibatkan struktur, fungsi, hubungan dan budaya organisasi. 8
NOTA KULIAH MINGGU 1
•
• •
•
Komunikasi massa – komunikasi umum atau sehala selalunya menggunakan perantaraan. Oleh itu segala aspek komunikasi antara perseorangan, kumpulan, organisasi amat berkait rapat dengan komunikasi massa. Komunikasi ini menggunakan saluran tertentu seperti media cetak atau elektronik untuk memberitahu, memujuk atau mempengaruhi Komunikasi antara perseorangan (interpersonal)- melihat bagaimana komunikasi berlaku di antara dua individu dalam persekitaran bersemuka, serentak dan sehala Abdullah dan Ainon (1998); dalam Siti Zobidah Omar & Rosmiza Bidin (2001) pelbagai pendekatan berkomunikasi penting untuk memahami orang lain, memahami kejadian yang berlaku dan belajar mengenal diri sendiri. Selain itu berkomunikasi juga perlu bagi menjalinkan hubungan dengan orang lain agar tidak berasa sepi, tersisih dan berkomunikasi juga berlaku kerana hendak mempengaruhi fikiran, perasaan dan tingkah laku orang lain supaya mengikut seperti yang kita mahu.
Komunikasi berkesan •
Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Contoh komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin P&P yang efektif.
Proses Komunikasi Yang Berkesan
9
NOTA KULIAH MINGGU 1 Proses Komunikasi Yang Gagal
Amalan komunikasi berkesan •
•
•
Bersikap positif Bersifat ramah dan mesra Hormat terhadap pandangan pelajar Ketahui latar belakang pelajar Pendengar yang aktif Tunjuk mimik muka berseri - Guna bahasa yang mudah dan difahami Arahan yang jelas dan jitu Bersemangat tinggi dalam pengajaran Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan - Guna nama pelajar ketika berinteraksi Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan
Bentuk-bentuk Komunikasi • • • • •
Komunikasi lisan. Komunikasi bukan lisan. Komunikasi sentuhan Tulisan dan isyarat. Visual.
Komunikasi lisan • • • •
Menggunakan perkataan yang dilafazkan melalui anggota mulut. Bermula dengan bunyi mula keluar dari mulut dan berakhir apabila sebutan berhenti. Ketepatan mesej bergantung pada kebolehan sumber memilih perkataan atau istilah yang dapat mewakili maksud sebenar ideanya. Bergantung kepada ketepatan lafaz atau sebutan.
10
NOTA KULIAH MINGGU 1 Komunikasi bukan lisan • • • •
Merangkumi mimik muka, gerak-geri, nada suara, malah keadaan diam juga dianggap komunikasi. Komunikasi bukan lisan dikatakan lebih berpengaruh daripada komunikasi lisan. Muka ialah bahagian yang paling banyak membawa mesej berbanding bahagian lain. Hal ini berdasarkan keupayaan penghantaran mesej yang diukur melalui • Jelas nampak - bahagian muka lebih jelas kelihatan semasa komunikasi berlangsung. • Masa purata - Lebih lama muka diperhatikan dan dilibatkan dalam komunikasi berbanding bahagian-bahagian lain tubuh badan. • Bilangan isyarat yang digambarkan. Bahagian muka boleh menggambarkan rasa … • sedih, • riang, • marah, • terperanjat, • takut, • jijik, • geram, dsb.
Komunikasi sentuhan • • • • •
Jarak intim - 0.5 hingga 1.5 kaki antara komunikator dan pasangan. Contohnya, suami isteri, semasa memujuk atau melindungi seseorang. Ungkapan-ungkapan hanya berperanan kecil. Suara diubah suai kepada nada rendah. Sentuhan dan belaian lebih penting
11