Sekolah Perempuan Paya Lebar Methodist (Primari) Pembelajaran Dalam Talian (29 Mac 2016) Darjah 5 Nama: ___________________________
Markah: ______________________
New 2009! P5-Practice 1-04 Imbuhan (10 marks) Section A Pilih imbuhan yang sesuai bagi setiap item yang berikut. Kemudian klik jawapan kamu di dalam ruang bulatan yang tersedia.
Masuri Salikun atau lebih ___(1)___ sebagai Masuri S.N. merupakan tokoh yang termasyhur di dalam dunia sastera Melayu di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Sumbangan beliau amat besar sekali terutama dalam genre sajak. Masuri ___(2)___ kerjayanya sebagai seorang guru. Beliau terus ___(3)___ sehinggalah bersara daripada bidang pendidikan ketika memegang ___(4)___ pengetua sekolah pada tahun 1981. Masuri amat gemar ___(5)___ walaupun sibuk sebagai seorang guru. Dia menulis cerpen, sajak, esei kritikan dan drama. Masuri mula aktif menulis pada zaman pemerintahan Jepun dan sajak awal yang ___(6)___ ialah “Bunga Sakura” dan “Ros Kupuja” yang ___(7)___ di dalam Berita Malai, sebuah akhbar pemerintah Jepun, pada tahun 1944. Masuri juga merupakan salah seorang ___(8)___ Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). ASAS 50 merupakan sebuah badan yang terdiri daripada para penulis ___(9)___. Walaupun orangnya sudah tiada tetapi namanya tetap ___(10)___ negara. Pekerjaan yang dilakukan beliau untuk memajukan masyarakat sebagai seorang guru mahupun penulis tidak hanyut ditelan zaman. Bak pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
_______ (1 mark) A. dikenali B. berkenal C. dikenalkan 1 D. mengenalkan
New 2009! P5-Practice 1-04 Imbuhan (10 marks) _______ (1 mark) A. pemula 2
B. bermula C. permulaan D. memulakan
_______ (1 mark) A. ajaran 3
B. belajar C. mengajar D. pengajaran
_______ (1 mark) A. sejawat 4
B. jawatan C. menjawat D. berjawatan
_______ (1 mark) A. ditulis 5
B. penulis C. menulis D. penulisan
_______ (1 mark) A. berhasil 6
B. dihasilkan C. penghasilan D. menghasilkan
New 2009! P5-Practice 1-04 Imbuhan (10 marks) _______ (1 mark) A. tersiar 7
B. bersiar C. persiaran D. penyiaran
_______ (1 mark) A. asasi 8
B. diasas C. pengasas D. mengasaskan
_______ (1 mark) A. setempat 9
B. bertempat C. menempati D. ditempatkan
_______ (1 mark) A. diharumi 10
B. haruman C. keharuman D. mengharumi
New 2009! P5-Practice 1-07 Rangsangan Grafik (5 marks) Section A Baca dengan teliti grafik di bawah ini. Pilih jawapan yang tepat. Kemudian, tuliskan jawapan kamu di dalam ruang yang tersedia.
New 2009! P5-Practice 1-07 Rangsangan Grafik (5 marks) Puan Rahima Bte Abdul Rahman ialah ____________. (1 mark) A. Pengetua Sekolah Rendah Teck Whye 1
B. Pengetua Sekolah Rendah Macpherson C. Naib Pengetua Sekolah Rendah Teck Whye D. Naib Pengetua Sekolah Rendah Macpherson
Puan Rostinah Mohamad Said akan memberi ucapan tentang ________________. (1 mark)
2
A. pemilihan sekolah rendah B. lanskap pendidikan di peringkat rendah C. membantu anak anda di peringkat sekolah rendah D. perancangan kewangan bagi pendidikan anak anda
Jamuan ringan akan diadakan pada jam ________. (1 mark)
3
A. 2.00 petang B. 2.15 petang C. 3.00 petang D. 3.30 petang
Siri Seminar Pendidikan akan diadakan di_____________. (1 mark)
4
A. SSA Consulting Group B. Maktab Rendah Temasek C. Sekolah Rendah Teck Whye D. Sekolah Rendah Macpherson
Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud berpisah adalah __________. (1 mark) A. bersurai 5
B. pemilihan C. membantu D. pendidikan
New 2009! P5-Practice 1-07 Rangsangan Grafik (5 marks)
New 2009! P5-Practice 1-11 Kefahaman Objektif (5 marks)
Section A Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutinya. Tuliskan jawapan kamu di dalam ruang yang tersedia. Bapa mencampakkan beg kerjanya di atas sofa. Aku melihat wajahnya yang lesu. Badannya dihempaskan ke sofa itu. Aku mendiamkan diri kerana takut kalau aku menyapa nanti bapa akan naik angin. Bapa menghelakan nafas yang panjang sambil membuka stokinnya perlahan. Aku masuk ke dalam bilik dengan senyap. Aku membuka buku lalu memulakan tugasan yang diberi cikgu. Pintu kamar tidur ibu dibuka. Ibu keluar dan menjenguk ke dalam bilikku. “Abang, mengapakah abang kelihatan risau?” tanya ibu kepada ayahku. Walaupun aku sibuk membuat kerja, aku dapat mendengar perbualan mereka. “Saya dibuang kerja. Minggu ini adalah minggu terakhir. Syarikat kami terpaksa ditutup ekoran kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia,” ucap ayah dengan nada yang sedih. Kesunyian mengisi ruang rumahku buat beberapa saat. Tidak ada orang pun yang berani berkata apa-apa. “Jadi, apa yang akan kita buat sekarang?” tanya ibu. “Entahlah, saya rasa saya perlu mencari kerja baru. Mujurlah kami ada wang simpanan untuk digunakan dalam keadaan sebegini,” jawab ayah. Aku melihat tabung di hadapanku. Aku mengangkat tabung itu. Tabung itu sudah berat kerana memang aku juga mengamalkan sikap menabung. Aku keluar daripada bilikku dan duduk bersama ibu dan ayah. Aku membawa sekali tabung tadi. “Ayah, ibu, ini saya ada menyimpan wang dan jika perlu ayah dan ibu boleh gunakan,” kata aku dengan tenang. Ayah dan ibu tersenyum. “Tidak apalah Sofian. Itu wang kamu. Simpan dan gunakan apabila perlu. Buat setakat ini, ayah rasa ayah mampu menampung keluarga kita. Ayah memang ada mengetepikan sedikit jumlah untuk masa-masa seperti ini. Sofian jangan bimbang,” kata ayah sambil mengusap-usap rambutku.
New 2009! P5-Practice 1-11 Kefahaman Objektif (5 marks)
Ayah penulis kelihatan terganggu apabila pulang ke rumah kerana __________. (1 mark)
1
A. akan naik angin B. sibuk membuat kerja C. dia telah dibuang kerja D. penulis membuat tugasan
Penulis memberikan tabungnya kepada ayah dan ibunya untuk __________. (1 mark)
2
A. disimpan di ruang tamu B. disimpan ibu dan ayahnya C. digunakan ibu dan ayahnya D. membuka semula syarikat ayahnya
Pada pendapat kamu, apakah perasaan ibu dan ayah penulis apabila mereka tersenyum kerana penulis memberikan tabungnya kepada mereka? (1 mark)
3
A. Lucu B. Bangga C. Simpati D. Kecewa
Perkataan ekoran di dalam petikan membawa maksud __________. (1 mark) A. sebab B. kerana C. lanjutan 4
D. bermula
New 2009! P5-Practice 1-11 Kefahaman Objektif (5 marks)
Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud bunyi suara yang membayangkan sesuatu perasaan adalah __________. (1 mark)
5
A. lesu B. nada C. tenang D. bimbang