SULIT
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2016 2 1/2 jam
MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK TINGKATAN 5 TAHUN 2016 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )
BAHASA MELAYU KERTAS 2
MODUL 1 PERATURAN PEMARKAHAN ________________________________________________________________
1
SULIT
1103/2
SKEMA MODUL 1 - BM 2 TAHUN 2016
Markah penuh : 110 markah Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) (b) (a)
Isi Bahasa
-
20 markah 10 markah
Isi [20 markah] Nota: (i) Panduan mengira perkataan: Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan - nama khas - perkataan berganda / berulang - penggunaan kata sendi ‘di’ dan ‘ke’ - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran (ii)
Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.
(iii)
Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
(iv)
Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
Bahagian
Isi
Markah
(i) Pendahuluan
2
(ii) Isi tersurat
4
5
6
7
8
9
10
11
12
(iii) Isi tersirat
12
11
10
9
8
7
6
5
4
(iv) Penutup / Kesimpulan
16
2
Jumlah markah
20
2
SULIT
1103/2
SKEMA MODUL 1 - BM 2 TAHUN 2016 Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan (2 markah) P1
Petikan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab remaja terlibat dengan budaya hedonisme di Malaysia / pada masa ini
2m
P2
Petikan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab remaja terlibat dengan budaya hedonisme dan kesan budaya hedonisme terhadap remaja.
2m
P3
Petikan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab remaja terlibat dengan budaya hedonisme
1m
P4
Petikan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab remaja terlibat dengan budaya hedonisme dan langkah-langkah kerajaan membendungnya
1m
P5
Rumusan ini membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab remaja terlibat dengan budaya hedonisme dan langkah-langkah kerajaan membendungnya.
1m
P6
Rumusan ini membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab remaja terlibat dengan budaya hedonisme
1m
P7
Rumusan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab remaja terlibat dengan budaya hedonisme dan langkah-langkah kerajaan membendungnya.
2m
P8
Rumusan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab remaja terlibat dengan budaya hedonisme.
1m
Isi Tersurat [4 hingga 12 markah] S1 - kekurangan nilai dan pengamalan agama dalam kalangan remaja. S2 - mereka terpengaruh dengan budaya Barat. S3 - pihak media massa sering menyiarkan rancangan hiburan Barat S4 - kurangnya maklumat hedonisme yang diterima oleh mereka S5 - kebanyakan remaja merujuk rakan sebaya tentang persoalan hubungan sosial. S6 - menghadapi tekanan dalam kehidupan mereka S7 - kurang kefahaman tentang keburukan amalan hedonisme S8 - sikap prihatin masyarakat yang semakin luntur
3
2m 2m 2m 2m 2m 2m 2m 2m
SULIT
1103/2
Isi Tersirat [4 hingga 12 markah] T1 - menapis / menghalang filem / penerbitan / dokumentari / program hiburan dari Barat T2 - melancarkan kempen / pameran tentang kesan buruk budaya hedonisme T3 - menyekat / menghalang laman web yang merosakkan akhlak remaja T4 - menambahkan program/ ceramah keagamaan/ kerohanian dalam media massa T5 - menerapkan bahaya budaya hedonisme dalam mata pelajaran T6 - menggubal undang-undang untuk menyekat budaya hedonisme
2m 2m 2m 2m 2m 2m
Penutup K1 - Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menyekat budaya hedonisme agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia. K2 - Kesimpulannya, remaja perlu menjauhi budaya hedonisme agar akhlak/ sahsiah mereka terpelihara. K3 - Kesimpulannya, ibu bapa harus memberi didikan agama kepada anakanak agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya hedonisme.
4
2m 2m 1m
SULIT
1103/2 Soalan 2 Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 2 (a) : 9 markah Soalan 2 (b) : 9 markah Soalan 2 (c) : 8 markah Soalan 2 (d) : 9 markah
Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d) 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna. 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1. Soalan 2 markah:
-
DESKRIPSI Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis Jawapan tidak tepat/salah
MARKAH 2 1 0
2. Soalan 3 markah:
-
DESKRIPSI Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis
MARKAH 3 2 1 0
3. Soalan 4 markah: DESKRIPSI - Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis - Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis - Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis - Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis
5
MARKAH 4 3 2 1 0
SULIT
1103/2
Soalan 2 (a) – Petikan Umum (i)
Jelaskan maksud mengukuhkan jiwa. - ibu bapa meneguhkan/ memantapkan rohani/ pendirian/ kekuatan dalaman/ pegagan anak-anak dengan didikan agama - meneguhkan jiwa anak-anak/ memantapkan rohani - usaha mengukuhkan jiwa anak-anak
(ii) -
2m 1m 0m
Kesan mereka lebih mementingkan diri sendiri bersikap materialistik remaja hidup secara sendiri-sendiri tidak kisah tentang hal orang lain [Maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(iii) -
Cara mempelajari ilmu agama / mendekatkan diri dengan Tuhan tidak melayari laman web / blog berunsur negatif sentiasa bersama-sama / mendampingi keluarga memilih rakan yang baik / berakhlak / bersahsiah mulia mengisi masa lapang yang berkualiti/ berfaedah / membaca / mengulang kaji pelajaran / hobi terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menetapkan matlamat/ cita-cita hidup yang jelas [Maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi tanpa huraian] ATAU [Isi cukup : 2 isi dengan huraian]
6
SULIT
1103/2
2(b) - Petikan Prosa Moden
(i)
Perkara -perkara yang dibayangkan oleh Aiman Aqil: (Isi cukup – 2 isi) -
(ii)
lulus pengajian tinggi mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa takah usia dianjakkan sedekad kehadapan sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya [Maksimum: 2 markah]
Perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah : -
(Isi cukup – 2 isi)
guru-guru memberi kesedaran tentang keburukan ponteng/ kepentingan datang ke sekolah pihak sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa/PIBG memantau lokasi-lokasi yang menjadi tempat pelajar ponteng guru/ kaunselor berkunjung ke rumah murid yang ponteng sekolah memberikan khidmat kaunseling pihak sekolah sentiasa memberitahu ibu bapa perihal kehadiran murid guru memastikan P&P menarik dan berkesan pihak sekolah mempelbagaikan/mengaktifkan aktiviti kokurikulum memberi ganjaran/hadiah kepada pelajar yang sifar ponteng mengamalkan konsep sekolah penyayang mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif [*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] [Maksimum: 3 markah]
(iii)
Satu persoalan yang terdapat dalam petikan: - Persoalan kasih sayang seorang ibu Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya 1+1 - Persoalan tanggungjawab ibu bapa mendidik anak Ayah merotan Aiman Aqil kerana ponteng sekolah 1+1 [Maksimum : 2 markah]
7
SULIT
1103/2
Satu persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen: -
Persoalan adab menuntut ilmu Sikap Aiman yang tidak fokus dalam kelas Cikgu Faridah menyebabkan cikgu hilang sabar 1+1
- Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri Aiman Aqil bangga dengan namanya yang mempunyai makna yang baik 1+1 -
Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah– Aiman cepat-cepat membetulkan jawapan apabila menyedari wajah cikgu Faridah berubah dengan jawapan yang diberikannya 1+1
-
Persoalan kepentingan mempunyai prinsip hidup– Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut 1+1
- Persoalan ketegasan guru dalam mendidik Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan 1+ 1 -
Persoalan sikap memandang rendah terhadap orang lain Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik 1+1
[Maksimum : 2 markah]
8
SULIT
1103/2
Soalan 2(c) :PetikanProsaTradisional
(i)
(ii)
Maksud : - mengikut perasaan / hati / naluri Laksamana
2 markah
Tindakan:( Isi cukup – 2 isi ) - mengumpul sebanyak mungkin senjata seperti lembing, tombak dan kayu - mengatur lembing, tombak dan kayu sekeliling istana - meletakkan suatu hikmat / kesaktian kepada alatan tersebut
[Maksimum : 3 markah] (iii)
Kesan : ( Isi cukup – 2 isi ) -
kestabilan politik ekonomi meningkat /taraf hidup meningkat menarik pelabur asing/ pelancong masyarakat hidup sejahtera/ harmoni keselamatan dalam negara terjamin/ bebas bergerak/ menjalankan aktiviti/ taraf pendidikan meningkat menaikkan imej negara di mata dunia merancakkan pembangunan negara [Maksimum : 3 markah]
Jawapan Soalan 2 (d) : Sajak (i)
2 perkara : -
Mengungkap / melafazkan kalimah suci berasa insaf / timbul keinsafan mengenang dosa-dosanya yang terdahulu [2 markah]
(ii)
Kesan-kesan Positif (Isi cukup- 2 isi ) -
tidak mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam tindakan berazam menjadi orang baik/ mendekati diri dengan Tuhan/ sentiasa bertaubat memperoleh ketenangan jiwa mendapat ramai sahabat / dihormati masyarakat. sentiasa berfikiran terbuka / rasional kesalahan lalu dijadikan teladan [ 3markah ] 9
SULIT (iii)
1103/2 2 nilai : [Isi cukup – 2 (1+1)] - Keinsafan - penyajak menginsafi segala kesalahannya yang lalu (1+1) -
Kegigihan - penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia
(1+1)
-
Keikhlasan - penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata (1+1)
-
Ketaatan - penyajak taat kepada Pencipta dan berharap akan mendapat pengampunan daripada Penciptanya (1+ 1 )
-
Kemaafan - penyajak memohon kemaafan daripada Tuhannya (1+1)
-
Kesedaran - penyajak sedar akan kehidupan di dunia hanya sementara (1+1) [ 4 markah ]
10
SULIT
1103/2 Soalan 3 Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada: Soalan 3 (a) :6markah Soalan 3 (b) :6 markah Soalan 3 (c) :6markah Soalan 3 (d) :6markah Soalan 3 (e) :6markah
Perhatian bagi soalan 3 (a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah 5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah Bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan ( batu oncatan ) sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.
Jawapan 3 (a) (i)
menatang
- membawa sesuatu di atas tapak tangan
(ii)
menjinjing
- membawa sesuatu dengan tangan terhulur ke bawah (menjinjit)
(iii)
mengandar
- meletakkan belakang (bahu, dada dll) pada sesuatu supaya teguh atau selesa.
(iv)
menuntun
- menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, (lembu, basikal, motosikal)
(v)
mengheret
- menarik dengan paksa, menyeret, menghela
(vi)
menyorong
- menolak (menolakkan) ke hadapan, menolak dari belakang, mendorong, menyogok [Maksimum : 6 markah]
11
SULIT
1103/2
Jawapan 3 (b) (b)
Tukarkan dialog di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
1.
Khatijah ingin mengetahui sebab Norhayati tidak datang ke sekolah pada hari sebelumnya. ( 2 markah ) Khatijah meminta maaf daripada Norhayati dan menjelaskan bahawa dia ada hal di rumahnya. ( 2 markah ) Khatijah ingin tahu sebab Norhayati tidak ke sekolah dan meminta Norhayati menceritakan kepadanya. ( 2 markah ) Khatijah menegaskan bahawa sekiranya timbul masalah, mereka akan menyelesaikannya bersama-sama. ( 2 markah ) Norhayati menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit dan sudah seminggu terlantar di hospital. ( 2 markah ) Khatijah terkejut mendengar berita tersebut lalu mendoakan ibu Norhayati agar cepat sembuh. ( 2 markah )
2. 3. 4. 5. 6.
[Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3 (c ) (i)
Kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan
: Kuih muih - Kuih-muih : berhormat - kehormat
(ii)
Kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan
: :
menggembeleng - menggembleng menghadkan - mengehadkan
(iii)
Kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan
: :
balasungkawa - belasungkawa hilang - kehilangan [Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3(d) (i)
dimasyhurkan daripada
- dinobatkan / diisytiharkan - oleh
(ii)
menjelma - menjelang Hasani Pasar Raya - Pasar Raya Hasani
(iii)
jamuan dua setengah jam
- santapan - dua jam setengah [Maksimum : 6 markah] 12
SULIT
1103/2
Jawapan 3 (e) (i) tulang belakang Maksud : punca kekuatan / orang penting (ii) anak buah Maksud : orang di bawah jagaan seorang ketua / anak saudara (iii) mencari jalan Maksud : berikhtiar menyelesaikan masalah. [Maksimum : 6 markah]
13
SULIT
1103/2 Soalan 4 Markah penuh 15 markah
Panduan pemarkahan bagi Soalan 4. (a)
i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap. iii) Aspek permarkahan : - Berikan 1 markah untuk 1 isi pernyataan nilai kemanusiaan - Berikan 1 markah untuk contoh / huraian yang tepat dan jelas. - Markah maksimun setiap isi = 2 markah ( Isi cukup = 2 isi ) iv) Markah bahasa maksimum 3 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada markah isi. v) Markah bahasa diberi seperti berikut: Baik Sederhana Lemah
: 3 markah : 2 markah : 1 markah
vi) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa. vii) Calon tidak menjawab 0 markah. [Maksimum : 7 markah]
(b) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap. iii) Jawapan mesti merujuk kepada peristiwa yang mengandungi unsur saspens bagi setiap novel yang dikaji. iv) Aspek Pemarkahan: - Berikan 1 markah untuk penyataan peristiwa yang mengandungi unsur saspens bagi setiap novel. - Berikan 2 markah untuk alasan peristiwa itu dapat menimbulkan unsur saspens dengan huraian yang jelas / contoh yang lengkap - Berikan 1 markah untuk alasan peristiwa saspens dan contoh / huraian yang tidak lengkap / jelas - Maksimum markah setiap isi = 3 markah ( Isi cukup = 2 isi ) v) Huraian contoh, tanpa menyatakan alasan peristiwa itu saspens dalam novel = 0 markah vi) Markah isi maksimum = 6 markah vii) Markah bahasa maksimum = 2 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada markah isi viii) Markah bahasa diberi seperti berikut: Baik : 2 markah Lemah : 1 markah ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa. x) Calon tidak menjawab, 0 markah [Maksimum: 8 markah] 14
SULIT
1103/2
Soalan 4 4 (a) Nilai Kemanusiaan : Novel Jendela Menghadap Jalan 1. Nilai kasih sayang - Nenek dan datuk melayan Lili dengan penuh kasih sayang semasa Lili bercuti di kampung 2. Nilai keyakinan - Keyakinan Datuk terhadap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng dan Mak cik Lechutmi 3. Nilai bertanggungjawab - Datuk, Lili bersama-sama penduduk kampung bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah. 4. Nilai keprihatinan - Lili prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka. -
Penduduk kampung prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Justeru mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara kekerasan dan kurang sesuai.
5. Nilai ketaatan - Datuk menghabiskan masa selepas solat berjemaah dengan berzikir dan membaca kitab dua tiga halaman. 6. Nilai baik hati - Danel sering datang ke rumah nenek untuk mengganggap masakan nenek sedap. -
membantu nenek masak dan
Datuk menggunakan kepakarannya dalam bidang perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan. Usaha datuk telah berjaya sebagai perubatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden. 15
SULIT
1103/2
7. Nilai keberanian - Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq. 8. Nilai bekerjasama - Penduduk kampung berkumpul di rumah datuk untuk bersolat hajat bagi mendoakan keselamatan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq. 9. Nilai kegigihan - Datuk gigih mempertahankan perubatan tradisional contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya. 10. Nilai kesabaran - Che Jah sabar menghadapi karenah bertanggungjawab terhadap keluarga.
suaminya
Seman
yang
tidak
4 (a ) Nilai Kemanusiaan: Novel Songket Berbenang Emas.
1. Nilai kasih sayang - Embong dan Saleha sangat menyayangi anak-anak mereka walaupun kehidupan mereka miskin . - Dahlia sanggup curi-curi keluar dari asrama dan terus ke Hospital Permai untuk melawat ibu yang sedang dirawat kerana masalah mental. 2. Nilai bertanggungjawab - Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna walaupun hidup dalam kemiskinan. Beliau sanggup bekerja hingga malam untuk menambah pendapatan keluarga. - Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital. 3. Nilai kegigihan - Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa. 16
SULIT
1103/2
4. Nilai kebijaksanaan. - Dahlia bijak menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup dalam kemiskinan . 5. Nilai keberanian - Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk menyelamatkan Said yang lemas . 6. Nilai semangat setia kawan - Kavita dan Najib berkunjung ke rumah Dahlia untuk bertanya khabar Dahlia yang tidak hadir ke sekolah. Kavita juga membuat salinan (fotostat) nota pelajaran untuk Dahlia. 7. Nilai bersimpati - Tauke Lim bersimpati terhadap keluarga Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya,masalah kewangan dan masalah anaknya lelaki tunggalnya yang terlibat dengan gejala sosial. 8. Nilai keprihatinan - Dahlia yang bimbang akan keadaan Nek Kiah yang tidak kelihatan selama beberapa hari terus pergi ke rumah neneknya untuk memastikan keadaan neneknya selamat. 9. Nilai bekerjasama - Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat banjir. 10. Nilai ketabahan - Dahlia tabah menghadapi pelbagai masalah keluarga seperti kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan adik-adiknya yang masih kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
17
SULIT
1103/2
4 (b) Unsur Saspens Novel Jendela Menghadap Jalan 1. Peristiwa kehilangan kubah surau. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu orang yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq tetapi, sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah tersebut. 2. Peristiwa penculikan Lili. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya menyelamatkan Lili. 3. Peristiwa Lili diminta untuk pulang ke kampung oleh ibunya. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tujuan sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang ke kampung datuknya seorang diri. Sebenarnya, Ibu Lili mahu Lili rapat dengan datuk dan neneknya serta belajar hidup berdikari.
4. Peristiwa kehilangan datuk Lili. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang kehilangan datuk pada malam tersebut. Sebenarnya datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat. 5. Peristiwa datuk bercerita tentang jendela menghadap jalan . - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sebab jendela dibina menghadap jalan. Rupa-rupanya jendela menghadap jalan merupakan satu strategi masyarakat Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan tentera Jepun.
6. Peristiwa Che Jah tidak mesra ketika kunjungan Lili ke rumahnya. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sebab Che Jah tidak mesra dengan Lili. Sebenarnya Che Jah bimbang Lili akan membuat laporan polis atas salah laku anak-anaknya.
18
SULIT
1103/2
4 (b) Unsur saspens: Novel Songket Berbenang Emas
1. Peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai 2. Peristiwa Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia. 3. Peristiwa pertemuan Najib dan Azhari di rumah Dahlia. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya peristiwa yang terjadi antara Najib dan Azhari apabila bersua muka pada masa yang sama .Azhari cemburu kepada Najib dan pulang tanpa bertemu dengan Dahlia. 4. Peristiwa Bakar menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang tertanam di bawah rumah. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya orang yang meletakkan bungkusan tersebut dan tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong. 5. Peristiwa hujan lebat telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai ke rumah Embong untuk membawa mereka keluar dari rumahnya. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi kepada Embong sekeluarga jika bot penyelamat tidak sampai ke rumah Embong. Sebenarnya bot penyelamat sampai sebelum paras air meningkat ke paras bahaya. 6. Peristiwa keluarga Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari pertunangan mereka. -Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya punca kelewatan tersebut. Punca sebenarnya ialah kereta mereka rosak. 7. Peristiwa Kiambang hilang terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh. - Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat atau tidak. Sebenarnya Bakar telah berjaya menyelamatkan adiknya apabila dia memegang dan menarik kayu beluti serta menarik naik Kiambang. ( Jawapan lain yang betul dan sesuai diterima ) 19