Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel
HELAIAN MARKAH
Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Kota Putra, Terengganu. Modul ini diadaptasi daripada Modul 4 yang dikeluarkan oleh PPK
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel Nama Modul:
Helaian Markah
Objektif Modul:
Pada penghujung modul ini pelajar akan dapat:
1. Menghasilkan helaian markah individu. 2. Menghasilkan helaian markah kelas. 3. Membina graf markah individu daripada helaian markah.
Pengetahuan dan Kemahiran Excel Yang Dipelajari: 1. Mengubah saiz lajur. 2. Membina helaian markah individu ringkas yang mengandungi border, menggunakan formula SUM, mengira gred dan menggunakan lookup table. 3. Membina helaian markah kelas yang mengandungi jumlah markah, gred dan peratus. 4. Membina graf daripada helaian markah individu.
Ringkasan Modul: Pelajar dapat membina helaian markah sebagaimana contoh di bawah.
Helaian Markah – MS Excel
1/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel
Kemahiran Hidup
Seni Lukis
Sejarah
Geografi
Matematik
Pengetahuan Agama Islam
Markah
Bahasa Inggeris
100 80 60 40 20 0
Bahasa Melayu
Markah
Markah Ujian Bulan Mac
Mata Pelajaran
Aktiviti 1: Menyediakan borang markah pelajar. 1. Membesarkan lajur A dan lajur B a. Gerakkan kursor ke garisan di antara label lajur A dan label lajur B sehingga kursor bertukar menjadi anak panah dwikepala seperti yang berikut.
b. Klik dan seret (drag) tetikus untuk membesarkan saiz lajur A. 2. Masukkan maklumat seperti di bawah pada sel-sel yang ditunjukkan.
Helaian Markah – MS Excel
2/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel Aktiviti 2 : Menyimpan helaian kerja 1. Menyimpan helaian kerja baru yang tidak pernah disimpan
•
Setiap helaian kerja baru yang dibuka akan secara automatik diberi nama book1.xls (atau book2.xls, book3.xls dan sebagainya bergantung kepada bilangan helaian kerja baru yang telah dibuka.)
•
Bila suatu helaian kerja disimpan (Save), satu fail komputer akan diwujudkan dalam komputer anda. Cara menyimpan helaian kerja baru adalah seperti berikut:
1. Klik File pada menu utama
2. klik Save As
Helaian Markah – MS Excel
3/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel Satu paparan kotak dialog Save As muncul. Langkah-langkah yang ditunjukkan dalam rajah-rajah berikut adalah untuk menyimpan helaian kerja semasa sabagai fail Markah.xls. Cara Pertama : Simpan dalam folder C:\My Documents, ikut arahan seperti di bawah :
1. Pastikan anda berada pada folder ‘My Documents’
2. Taipkan nama fail ‘Markah’ di sini
3. Klik butang ‘Save’
Cara Kedua : Simpan dalam cakera liut (Floppy Disk), ikut arahan seperti di bawah :
1. Klik butang ini untuk memaparkan senarai pemacu dalam komputer. 2. Klik pemacu yang akan menyimpan fail. 3. Taipkan nama fail ‘Markah’ di sini. 4. Klik butang ‘Save’
Helaian Markah – MS Excel
4/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel
2. Menyimpan helaian kerja yang pernah disimpan Gunakan satu daripada cara berikut: •
Click File pada menu utama kemudian click Save. Helaian kerja aktif (semasa) akan disimpan (save) secara automatik. ATAU
•
Tekan CTRL + S dan helaian kerja akan disimpan secara automatik.
Aktiviti 3: Memaparkan garis sempadan (Border) borang 1. Klik sel A5 dan seret tetikus hingga ke sel C16. Paparan skrin anda akan kelihatan seperti berikut.
2. Klik pada butang sempadan (Borders) pada bar format (Formatting Toolbar).
Butang sempadan
Nota: jika butang sempadan tidak dipaparkan pada skrin anda, klik View pada menu utama kemudian pilih Toolbars dan klik Formatting supaya satu tanda rait () dipaparkan di sebelah perkataan Formatting. Helaian Markah – MS Excel
5/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel 3. Senarai jenis sempadan akan dipaparkan. Klik pada ikon semua sempadan.
Ikon semua sempadan
4. Paparan skrin akan kelihatan seperti berikut.
5. Simpan helaian kerja anda dengan cara klik pada menu ‘file’, kemudian klik pada ‘save’
Aktiviti 4: Memasukkan formula 1. Masukkan formula tambah (untuk mencari jumlah markah) seperti berikut dalam sel B15 dan tekan kekunci ‘Enter’.
=B6+B7+B8+B9+B10+B11+B12+B13
Perhatian: Selain daripada cara di atas, anda boleh juga gunakan fungsi SUM. Taipkan formula =SUM(B6:B13) di sel B15 akan memberi hasil yang sama.
Helaian Markah – MS Excel
6/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel 2. Masukkan formula seperti berikut dalam sel B16: =B15/800 dan tekan kekunci ‘Enter’. (iaitu jumlah markah di sel B15 dibahagikan dengan jumlah markah maximum bagi 8 mata pelajaran)
3. Klik sel B16 kemudian klik butang peratus pada bar format untuk menukarkan nombor di sel B16 ke format peratus.
Butang peratus
4. Simpan hasilan kerja anda.
Aktiviti 5: Menentukan gred
1. Taipkan nombor berikut dalam sel berkenaan: di sel E5: di sel E6: di sel E7: di sel E8: di sel E9: di sel F5: di sel F6: di sel F7: di sel F8: di sel F9:
taipkan 0 taipkan 40 taipkan 60 taipkan 70 taipkan 80 taipkan E taipkan D taipkan C taipkan B taipkan A
2. Klik sel C6 dan masukkan formula berikut: =VLOOKUP(B6,E$5:F$9,2) dan tekan kekunci ‘Enter’.
(formula tersebut menggunakan markah di sel B6 dan cari nilai gred dari jadual gred dalam kawasan sel E5 hingga F9. Rujuk Help berkaitan penggunaan fungsi VLOOKUP, minta bantuan daripada guru anda jika perlu.)
Helaian Markah – MS Excel
7/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel 3. Menyalin formula dari sel C6 ke sel C7 hingga C13 a. Klik sel C6. b. Gerakkan kursor ke sudut kanan bawah sel C6 supaya kursor bertukar menjadi satu tanda silang (lihat rajah berikut): Tanda silang
c. Klik dan seret kursor hingga ke sel C13. Satu rangka garis sempadan sel C6 akan berkembang seiring dengan gerakan kursor. d. Bila anda lepaskan butang tetikus, kandungan sel C6 akan disalin ke sel C7 hingga sel C13. 4. Cetakkan helaian kerja anda.
Aktiviti 6: Menyediakan borang permarkahan ujian bulanan kelas Dalam Microsoft Excel, satu helaian kerja boleh mengandungi lebih daripada satu halaman (sheet). Dalam aktiviti-aktiviti sebelum ini, anda telah menghasilkan satu borang markah individu dalam halaman pertama (sheet1) helaian kerja anda. Bagi borang permarkahan ujian bulanan kelas, gunakan halaman yang baru.
1. Klik ikon Sheet2 pada bahagian bawah helaian kerja anda (lihat rajah berikut). Satu halaman baru akan dipaparkan.
2. Menukar orientasi (orientation) muka surat dari menegak (Portrait) ke mendatar (Landscape). a. Klik File pada menu bar dan satu menu akan dipaparkan seperti di bawah:
Helaian Markah – MS Excel
8/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel b. Klik Page Setup. Tetingkap Page Setup akan dipaparkan. Klik butang Landscape. Klik OK.
3. Taipkan tajuk berikut pada sel-sel yang di tunjukkan. di sel B1
: taipkan Guru Tingkatan: Pn. Lily Pin
di sel B2
: taipkan Tingkatan : 1 Tanjung
di sel B3
: taipkan Ujian Bulan : MAC 2001
di sel A5
: taipkan Bil
di sel M5
: taipkan SEJ
di sel B5
: taipkan Nama
di sel N5
: taipkan Gred
di sel C5
: taipkan BM
di sel O5
: taipkan LKS
di sel D5
: taipkan Gred
di sel P5
: taipkan Gred
di sel E5
: taipkan BI
di sel Q5
: taipkan KH
di sel F5
: taipkan Gred
di sel R5
: taipkan Gred
di sel G5
: taipkan AG/M
di sel S5
: taipkan Jum
di sel H5
: taipkan Gred
di sel T5
: taipkan %
di sel I5
: taipkan MAT
di sel J5
: taipkan Gred
di sel K5
: taipkan GEOG
di sel L5
: taipkan Gred
Helaian Markah – MS Excel
9/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel 4.
Menukar saiz lajur: a. Ubahkan saiz lajur A dan B supaya bersesuaian dengan saiz kandungan sel. Jika perlu, rujuk aktiviti 1. b. Bagi lajur C hingga T. Lakukan arahan berikut: i. ii. iii.
Klik label lajur C dan seretkan tetikus hingga ke label lajur T supaya semua lajur dari C hingga T diserlahkan. Klik Format pada menu bar. Satu menu akan dipaparkan. Klik Column kemudian klik Width.
iv.
Satu tetingkap akan dipaparkan seperti berikut. Taipkan angka 5 (bagi jumlah aksara dalam satu lajur) dan klik OK.
v.
Saiz lajur yang terserlah akan dikurangkan menjadi 5 aksara.
5. Simpan hasil kerja anda. Aktiviti 7: Memasukkan data. 1. Masukkan data seperti berikut: a. Masukkan nombor baris (1 hingga 10) dari sel A6 ke bawah. b. Masukkan nama 10 orang pelajar dari sel B6 ke bawah. c. Masukkan markah 8 mata pelajaran (gunakan sebarang markah sebagai latihan). Jangan masukkan gred markah. d. Masukkan formula ke dalam sel-sel berkenaan untuk mengira gred, jumlah dan peratus secara automatik. Rujuk kepada Aktiviti 3 dan 4 jika perlu. e. Hasil kerja anda adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di Aktiviti 7 di bawah. Nota: bagi formula untuk menentukan gred, rujukan sel perlu diubah mengikut kedudukan jadual gred 2. Simpan hasil kerja anda. . Klik File pada menu utama kemudian klik Save. Helaian kerja aktif (semasa) akan disimpan (save) secara automatik. Helaian Markah – MS Excel
10/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel Aktiviti 8: Memaparkan garis sempadan sel (Cell Border)
1. Klik sel A5 dan seret tetikus hingga ke sel T15. 2. Lakukan langkah-langkah seperti di Aktiviti 2 untuk memaparkan sempadan sel. 3. Paparan pada skrin anda akan kelihatan seperti berikut.
Jadual gred untuk VLOOKUP 4. Simpan hasil kerja anda.
Aktiviti 9: Membina Graf.
Dalam aktiviti ini anda akan gunakan helaian markah individu untuk membina graf. 1. Klik Sheet1 di bahagian bawah skrin anda untuk memaparkan halaman markah individu.
Helaian Markah – MS Excel
11/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel
2.
Klik sel A6 dan seret tetikus hingga sel B13.
3. Klik Chart Wizard pada bar alat piawai (Standard Toolbar) seperti berikut.
Chart Wizard
Helaian Markah – MS Excel
12/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel 4. Tetingkap Chart Wizard akan dipaparkan seperti berikut. Carta bar akan dipilih oleh Excel secara automatik. Klik Next.
5. Tetingkap berikut akan dipaparkan.
Helaian Markah – MS Excel
13/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel 6. Klik tab Series untuk memaparkan skrin berikut:
Tab Series
Taipkan Markah
7. Taipkan Markah dalam ruangan Name. 8. Klik Next untuk memaparkan skrin berikut:
Helaian Markah – MS Excel
14/15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel 9.
Dalam ruangan Chart title taipkan nama carta: Graf Markah Ujian Bulan Januari. Dalam ruangan Category (X) axis taipkan nama paksi-x: Mata Pelajaran. Dalam ruangan Value (Y) axis taipkan nama paksi-y: Markah. Klik Next untuk memaparkan skrin berikut.
10.
Klik Finish.
11.
Jadual Markah dan Graf yang lengkap akan kelihatan seperti berikut :
100 80 60 40 20 0
Markah
Ba ha s
a M Pe Ba el ay ng ha u et sa ah In ua gg n er Ag is am a Is la m M at em at ik G eo gr af i Se ja ra h Se ni Ke Lu m ki ah s ira n H id up
Markah
Markah Ujian Bulan Mac
Mata Pelajaran
12. Simpan helaian kerja anda. Untuk mencetak graf, klik gambar graf dalam helaian kerja supaya kotak graf terserlah kemudian klik File, Print, OK.
---TAMAT--Helaian Markah – MS Excel
15/15