Siri Rujukan Cepat Tarbiyah
(Mengenal Alam Malaikat, Hari Akhirat & Takdir)
Diringkas & disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani Penyusun: EbookTarbiyah.Com
AKIDAH Siri #5
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
2
KATA PENGANTAR
ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian. Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya jua ebook “Iman kepada Perkara Ghaib: Mengenal Alam Malaikat, Hari Akhirat & Takdir” ini berpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca. Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Kelima daripada beberapa lagi siri ringkasan terhadap Kitab Tauhid az-Zindani. Kitab Tauhid Az-Zindani Kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh Abdul Majid az-Zindani ini memang sesuai dijadikan bahan asas dalam memahami ilmu tauhid (merangkumi akidah dan Rukun Iman) di tahap pemulaan Tarbiyah Islamiyah
Tarbiyah Made Easy!!
3
Kitab Tauhid az-Zindani dibahagikan kepada 3 jilid: • Jilid 1 terdapat 16 Fasal • Jilid 2 terdapat 17 Fasal • Jilid 3 terdapat 14 Fasal Pendekatan Kitab ini. Syeikh Abdul Majid menggunakan beberapa pendekatan dalam mengarang Kitab ini: • Berinteraksi dengan pembaca secara soal jawab dalam membahaskan topik-topiknya. • Soalan-soalan dijawab dengan ringkas, menggunakan contoh-contoh berupa analogi, mengajak berfikir dan merenung penciptaan alam dan diri manusia (dalil ‘aqli), serta dilandasi dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah (dalil naqli). • Melebihkan takwin (pembentukan) daripada taalim (pengajaran). Ini dilihat apabila fakta-fakta tidak terus diberikan, sebaliknya pembaca dibimbing untuk memahami kaedah-kaedah ke arah kesimpulan tersebut. Contoh; Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ was Shifaat Allah SWT, dibentuk melalui jalan berfikir tentang penciptaan alam dan diri manusia. Setelah itu, barulah disimpulkan dengan ayat-ayat Al-Quran atau Hadis. Tarbiyah Made Easy!!
4
Ini selari dengan firman Allah SWT:
ÇÆ ÅÄÃÂÁ À Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È ÔÓ
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fushilat 41: 53) Kenapa Ebook ini Ditulis? Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Tauhid yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama dengan membaca ringkasan. Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.
Tarbiyah Made Easy!!
5
Konsep Istimewa Ebook Ini Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini: • Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada bila-bila masa sahaja. • Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas hati, barulah anda membuat pembayaran. • Meletakkan Tema. Dalam buku asal, tidak dijelaskan tema bagi fasal-fasalnya. Sehingga mungkin agak sukar untuk menentukan tema bagi setiap fasal. Oleh itu, kami cuba menyusun dan menghimpun semula fasalfasal tersebut mengikut tema tertentu, walaupun daripada Jilid yang berbeza. Contoh tema: Ilmu Tauhid, Ma’rifatullah dll. • Menggabungkan fasal-fasal yang hampir sama topik perbahasannya. Di dalam Kitab Tauhid, terdapat pengulangan topik yang sama dalam beberapa fasal. Maka, kami gabungkan fasal-fasal tersebut dalam satu tajuk sahaja. Contoh; fasal “Bagaimana Kita Mengenal Allah” digabungkan dengan fasal “Makhluk Allah: Cerminan Kekuasaan dan Sifat-sifatNya.”
Tarbiyah Made Easy!!
6
• Objektif Khusus. Diawal setiap tema, dijelaskan objektif-objektif khusus (biasanya aspek kognitif) bagi setiap tajuk. • Diskusi Tarbawi & Dakwi. Di akhir setiap tajuk, kami letakkan soalan-soalan diskusi. Diskusi ini sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor. • Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil, soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan sebagainya. • Bergambar. Antara kelebihan Kitab Tauhid az-Zindani adalah banyaknya contoh, analogi dan tadabbur alam. Oleh itu, kami cuba membantu penghayatan anda dengan gambar-gambar yang sesuai. Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada pembaca. Semoga Allah redha. Wallahua’lam. EbookTarbiyah.Com Januari 2015
Tarbiyah Made Easy!!
7
ISI KANDUNGAN Akad Pembelian (#2) Kata Pengantar (#3) Isi Kandungan (#8)
IMAN KEPADA MALAIKAT: (#9)
1. Beriman kepada Malaikat (#10) IMAN KEPADA HARI AKHIRAT: (#26) 1. Beriman kepada Hari Akhirat (#28) 2. Kematian (#40) 3. Kehidupan Alam Barzakh (#53) 4. Hari Kebangkitan (#67) IMAN KEPADA TAKDIR (#103) 1. Beriman kepada Takdir (#104) Sekian (#116) Akad Pembelian (#117) p/s: # ialah mukasurat
Tarbiyah Made Easy!!
8
IMAN KEPADA MALAIKAT TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1.
BERIMAN KEPADA MALAIKAT Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. Menjelaskan hakikat penciptaan malaikat. ii. Menyebutkan beberapa tugasan para malaikat. iii. Mengeluarkan dalil kewajipan beriman kepada malaikat. iv. Menyenaraikan beberapa kepentingan beriman kepada para malaikat bagi seorang muslim.
Tarbiyah Made Easy!!
9
“BERIMAN KEPADA MALAIKAT”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. PENCIPTAAN MALAIKAT
4. KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT
2. TUGAS-TUGAS MALAIKAT
3. KEWAJIPAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Lima Belas (15); Jilid 2: Fasal Kedua (2) Tarbiyah Made Easy!!
10
1. PENCIPTAAN MALAIKAT Soalan: Siapakah itu Malaikat?
Makhluk Nurani
Tidak Makan & Minum
Tidak Tidur atau Rasa Letih
•
Tidak Berjantina
Berada di Alam yang Lain
Malaikat adalah makhluk nurani (diciptakan Allah SWT daripada cahaya). Sabda Rasulullah SAW:
ِ ُﺧ ِﻠ َﻘ ﺖ اﻟ َْﻤ َﻼ ﺋِ َﻜﺔُ ِﻣ ْﻦ ﻧٌـ ْﻮٍر
“Diciptakan malaikat daripada cahaya.” (Riwayat Muslim) •
Malaikat tidak makan dan minum. Al-Quran menceritakan tentang kisah tetamu Nabi Ibrahim AS yang terdiri daripada malaikat utusan Allah SWT untuk menghancurkan kaum Nabi Luth AS dalam (Adz-Dzariyat 51: 24-28) Tarbiyah Made Easy!!
11
Firman Allah SWT:
°¯ ®¬«ª©
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?
¼ » º ¹ ¸ ¶µ ´ ³ ² ±
Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu,” Dia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu, “(Sambil berkata di dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.
ÃÂÁÀ¿ ¾½
Kemudian dia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).
É ÈÇÆÅÄ
Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silalah makan”.
Õ Ô Ó Ò ÑÐ Ï Î ÍÌ Ë Ê
(Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu), maka dia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: “Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)”. Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. Tarbiyah Made Easy!!
12
•
Malaikat tidak berjantina. Orang musyrik Arab Jahiliyah menganggap bahawa malaikat adalah anak perempuan Allah, maka Dia menjelaskan kebohongan mereka itu dalam firman-Nya:
¨ §¦ ¥ ¤ £ ¢ ¡ ﮯ ¯ ® ¬ « ª©
Dan mereka pula mensifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya) (Az-Zukhruf 43: 19)
•
Mereka tidak tidur dan tidak merasa letih dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Firman Allah SWT:
{ z y x w vu t sr q m~}|
Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikatmalaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Tarbiyah Made Easy!!
13
¦¥¤ £¢¡
Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti. (Al-Anbiya’ 21: 19-20) •
Mereka berada di alam lain, hidup tanpa bergantung kepada makhluk lain, serta berbeza fizikal dan jasadnya daripada manusia.
Tarbiyah Made Easy!!
14
2. TUGAS-TUGAS MALAIKAT Soalan: Apakah tugas-tugas para Malaikat?
•
Mengurus Hal Ehwal Alam ikut Kehendak Allah
Bertasbih, Beribadah & Tunduk Patuh kepada Allah
Jibril: Ketua Malaikat & Penyampai Wahyu
Menjaga, Mengawasi & Mencatat Amal Manusia
Mencabut Nyawa
Pelbagai Tugasan Lain
Mereka mengurus hal ehwal alam kehendak dan kemahuan Allah SWT.
ini
mengikut
Allah menugaskan mereka untuk melaksanakan segala perintah-Nya. Mereka tidak akan melakukan apa-apa tanpa perintah-Nya. Firman Allah SWT:
;:98
...Bahkan (malaikat yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.
BA@ ?>=<
Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya. (Al-Anbiya’ 21: 26-27) Tarbiyah Made Easy!!
15
•
Di antara tugas mereka adalah sentiasa bertasbih, beribadah dan tunduk patuh kepada Allah SWT. Perkara ini merupakan sifat asli mereka, seperti yang digambarkan oleh firman Allah SWT sebelum ini. Rujuk (Al-Anbiya’ 21: 19-20)
•
Di kalangan mereka terdapat Jibril, yang menjadi pemimpin di kalangan para malaikat dan bertanggungjawab menyampaikan wahyu kepada Nabi dan Rasul AS, serta petunjuk lainnya seperti yang berlaku kepada Maryam. Firman Allah SWT:
m lkj i
Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,
tsrqpon
Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi, di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
xwv u
Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai. (At-Takwir 81: 19-21)
Tarbiyah Made Easy!!
16
Firman Allah SWT:
LKJI HGFEDC M
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab AlQuran ini perihal Maryam, tatkala dia memencilkan diri dari keluarganya disebuah tempat di sebelah timur.
UT S R QPON YX WV
Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka (untuk beribadah); maka Kami hantarkan kepadanya: Ruh dari Kami (malaikat Jibril), lalu dia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya. (Maryam 19: 16-17) •
Ada pula malaikat yang ditugaskan mengawasi dan mencatat amal perbuatan manusia. Firman Allah SWT:
U T SRQPO
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu). (Al-Infithar 82: 10-11) Tarbiyah Made Easy!!
17
Firman Allah SWT:
9 8 7 654 3 21
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi disebelah kirinya.
BA@? >=<;:
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaaf 50: 17-18) •
Ada pula malaikat yang diserahkan urusan mencabut nyawa. Firman Allah SWT:
×ÖÕÔÓÒÑÐ ÏÎ ÙØ
Katakanlah: “Nyawa kamu akan diambil oleh MalakulMaut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (As-Sajdah 32: 11) Tarbiyah Made Easy!!
18
•
Juga terdapat malaikat-malaikat lain dengan pelbagai tugasan. Antaranya adalah seperti yang diceritakan di dalam firman Allah SWT ini:
` _ ^ ] \ [ Z YX W V
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. (Al-Haqqah 69: 17)
Tarbiyah Made Easy!!
19
3. KEWAJIPAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT •
Dalam Al-Quran, kita telah diberitahu kewujudan para malaikat oleh Allah SWT.
tentang
•
Oleh itu, hukum beriman kepada mereka adalah wajib dan menjadi salah salah satu daripada Rukun Iman. Firman Allah SWT:
p on m l k j i h g zyxwvu tsrq ¤ £ ¢ ¡{| } ~ ﮯ ¦¥
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan RasulRasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-RasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan Kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. (Al-Baqarah 2: 285)
Tarbiyah Made Easy!!
20
4. KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Salah satu dari Rukun Iman
Luaskan pengetahuan tentang Sistem yang ditetapkan Allah
Yakin Pertolongan Allah melalui para Malaikat
•
Ingatkan bahawa Pelaku Maksiat hanyalah Minoriti
Menjaga Diri daripada melakukan Maksiat
Berikut adalah kepentingan dan hikmah kita diwajibkan beriman kepada malaikat: i.
Beriman dan meyakini kewujudan malaikat adalah salah satu daripada Rukun Iman. Iman kita tidak akan sempurna tanpa keimanan kepada malaikat. Allah SWT yang memberitahu kita tentang mereka, dan kita wajib beriman dengan setiap sesuatu yang diberitakan oleh-Nya.
ii. Beriman kepada malaikat meluaskan pengetahuan manusia berkenaan sistem yang telah Allah tetapkan untuk alam ini. Orang beriman akan mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang benar terhadap hakikat alam ghaib, kerana diberitakan melalui ajaran yang sumbernya daripada Allah SWT, Tuhan sekalian alam ini. Tarbiyah Made Easy!!
21
iii. Beriman dan menyakini kewujudan malaikat dan makhluk-makhluk lain yang taat kepada Allah SWT mengingatkan kita bahawa pelaku maksiat kepadaNya di alam ini hanyalah golongan minoriti. Jumlah mereka sangat sedikit berbanding jumlah para malaikat dan makhluk lain yang taat kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Langit telah bersuara dan ia memang berhak untuk bersuara, tidak ada di dalamnya ruang tapak kaki melainkan ada malaikat yang ruku’ atau sujud.” Kemudian baginda membaca:
_^]\ [ ZY
(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): “Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
cba`
“Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
g fed
“Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan).” (As-Saaffat 37: 164-166) Tarbiyah Made Easy!!
22
iv.
Allah SWT mengutuskan malaikat untuk menolong orang-orang beriman. Maka, dengan beriman kepada malaikat, akan sentiasa yakin dengan pertolongan-Nya kepada kita melalui para malaikat. Firman Allah SWT:
a`_^]\[ZY ih g fed cb qponml kj (Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan tetaklah tiap-tiap anggota mereka” (Al-Anfal 8: 12) v.
Beriman kepada para malaikat yang menulis segala amalan kita menjadikan kita sentiasa berhati-hati daripada melakukan kemungkaran kerana sedar ia akan dicatat dalam kitab amalan kita. Sebaliknya, kita akan sentiasa berusaha untuk melakukan segala amalan kebaikan supaya amalan kita dicatat oleh malaikat. Tarbiyah Made Easy!!
23
Firman Allah SWT:
X W V UT S R Q P O N ZY
Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan. (Az-Zukhruf 43: 80) Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya terdapat seseorang (malaikat) bersama kamu yang tidak akan meninggalkan kamu kecuali ketika kamu berada di dalam tandas dan ketika kamu berjimak, maka bersifat malulah serta muliakanlah mereka.” Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
24
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Malaikat merupakan makhluk yang suci dan sentiasa taat kepada Allah SWT, namun manusia beriman lebih mulia daripada mereka. Mengapa? (Ketaatan malaikat adalah semulajadi, mereka tinggalkan maksiat tanpa perlukan kesungguhan kerana tiada nafsu syahwat. Mereka tiada pilihan. Sedangkan manusia terpaksa berjuang melawan hawa nafsu, memerangi bisikan syaitan dan menanggung kesusahan demi mentaati Allah. Jadi, orang beriman layak mendapatkan kemuliaan berbanding malaikat)
ii.
Apakah kesan beriman kepada mencatat setiap amalan kita?
malaikat
yang
(Melahirkan rasa malu untuk bermaksiat kepada Allah SWT ketika berseorangan; Istiqamah melaksanakan amal walau tiada orang lain melihatnya; Sabar dan bermujahadah menghadapi kesusahan dalam mentaati Allah dan menjauhi maksiat)
Tarbiyah Made Easy!!
25
IMAN KEPADA HARI AKHIRAT TAJUK-TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1.
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. ii.
2.
Menjelaskan dua bahagian kehidupan manusia, iaitu di Darul ‘Amal dan Darul Jaza’ Memberikan dalil logik kewujudan Hari Akhirat bagi menjawab persoalan orang yang tidak percaya.
KEMATIAN Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan perbezaan di antara kehidupan dengan kematian. ii. Menerangkan keadaan manusia beriman dan tidak beriman ketika menghadapi kematian berdasarkan dalil-dalil naqli iii. Menyatakan kepentingan bersiap-sedia untuk menghadapi kematian
Tarbiyah Made Easy!!
26
3.
KEHIDUPAN ALAM BARZAKH Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. Menerangkan maksud Alam Barzakh. ii. Menjelaskan keadaan manusia di alam kubur berdasarkan iman dan amal mereka. iii. Menyenaraikan beberapa tempat tinggal ruh selepas hisab di dalam kubur. iv. Menyatakan perbezaan di antara alam kehidupan dengan alam barzakh.
4.
HARI KEBANGKITAN Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. Menerangkan maksud Hari Kebangkitan. ii. Menjelaskan suasana kebinasaan dunia dan beberapa peristiwa di awal Hari Kebangkitan. iii. Memberikan dalil naqli dan aqli tentang penyempurnaan kebangkitan semula manusia di Hari Kebangkitan. iv. Menjelaskan peristiwa-peristiwa seterusnya yang bakal dilalui manusia di Hari Kebangkitan yang menentukan kesudahan terakhir mereka.
Tarbiyah Made Easy!!
27
“BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT” TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. DUA BAHAGIAN KEHIDUPAN MANUSIA
2. HARI AKHIRAT MENUNJUKKAN KEADILAN ILAHI
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Tiga Belas (13) Tarbiyah Made Easy!!
28
1. DUA BAHAGIAN KEHIDUPAN MANUSIA •
Kehidupan manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: KEHIDUPAN MANUSIA
KEHIDUPAN SEMENTARA DI DARUL ‘AMAL
KEHIDUPAN KEKAL ABADI DI DARUL JAZA’
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan Darul Amal itu? •
Darul ‘Amal (Negeri Beramal) ialah bumi yang kita hidup di atasnya pada ketika ini untuk tempoh yang sementara. Iaitu tempoh masa yang diberikan kepada kita untuk melakukan amal yang kita kehendaki.
•
Kita hidup di atasnya untuk tempoh masa yang telah ditetapkan Allah SWT, sepertimana kehidupan umat terdahulu sebelum kita.
Tarbiyah Made Easy!!
29
Firman Allah SWT:
Ø × ÖÕ Ô ÓÒ ÑÐÏÎ ä ã â á à ß Þ ÝÜ Û Ú Ù î í ì ë ê éè ç æ å
(Dan sebagai bukti): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun samada di langit atau di bumi; sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
)('&%$#"! 3 21 0 / . - , + * ;:9 87654
Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (Dia tidak bertindak dengan serta merta bahkan) Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya. (Faathir 35: 44-45) Tarbiyah Made Easy!!
30
•
Tempoh ini semakin hari semakin berkurangan, dan kita semakin menghampiri Darul Jaza’ (Negeri Pembalasan). Apabila tempoh ini akhirnya tamat, kita merasakan bahawa kehidupan yang telah berlalu seolah-olah tidak lebih daripada sesaat sahaja. Firman Allah SWT:
BA@? >=< ;:9 N M L K J I H G F E DC
Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat pertunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia). (Yunus 10: 45)
Tarbiyah Made Easy!!
31
Soalan: Apakah pula yang dimaksudkan dengan Darul Jaza’? •
Darul Jaza’ ialah negeri Akhirat, iaitu tempat manusia mendapat balasan bagi semua amalannya di Darul ‘Amal (dunia ini).
•
Sementara itu, kematian pula adalah titik perpindahan daripada Darul ‘Amal ke Darul Jaza’.
Darul ‘Amal
Kematian
Darul Jaza’
Firman Allah SWT:
RQPONMLK JI
Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.
\ [ Z YX W V U T S edcba`_^] nm l k j i h g f w vutsrqpo Tarbiyah Made Easy!!
32
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasuk, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: “Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?” Mereka menjawab: “Ya, telah datang, tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.”
¡ { | }~ ﮯz y x £¢
(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: “Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.
® ¬ «ª © ¨ § ¦ ¥ ¤ µ ´ ³ ² ± ° ¯ »º¹¸¶
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasuk sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengTarbiyah Made Easy!!
33
alu-alukan mereka dengan kata-kata: “Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya”, (mereka pun masuk)
ÃÂÁÀ¿¾½¼ Í Ì Ë Ê ÉÈ Ç Æ Å Ä
Serta mereka berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orangorang yang beramal”.
('&%$#"! 3 2 1 0 / . - , + *)
Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: “Segala puji memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.” (Az-Zumar 39: 70-75)
Tarbiyah Made Easy!!
34
2. HARI AKHIRAT MENUNJUKKAN KEADILAN ILAHI Kita beriman kepada Hari Akhirat kerana yakin dengan setiap perkara yang diberitakan oleh para Rasul AS yang benar, melalui ajaran daripada Allah SWT, Pencipta manusia, dunia, syurga dan neraka. Soalan: Namun, bagaimana pula jika kita ingin menyakinkan seseorang mengenai kewujudan Hari Akhirat secara logik akal? Apakah hujah kita kepadanya? •
Dalam diri manusia, terdapat perasaan cintakan keadilan. Perasaan inilah yang menjadikan manusia membenci kezaliman dan mencintai keadilan. Pencipta perasaan ini ialah Allah SWT. Sebuah demo di UK, membantah keganasan Israel terhadap penduduk Palestin.
•
Tidak syak lagi bahawa Pencipta tentulah lebih sempurna dan mulia daripada makhluk-Nya, maka keadilan Allah SWT tentu lebih sempurna daripada keadilan makhluk-Nya yang bergelar manusia. Tarbiyah Made Easy!!
35
•
Jika keadilan manusia tidak dapat menerima tindakan menyamakan antara: penzalim dengan yang dizalimi pembunuh dengan yang dibunuh orang yang taat dengan orang yang bermaksiat Pasti keadilan Allah SWT lebih-lebih lagi tidak dapat menerimanya! Firman Allah SWT:
+ * ) (' & % $ # " ! 3 2 1 0 / . -,
Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir, Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.
;:9 87654 A @?> =<
Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertakwa sama seperti orang-orang yang berdosa? (Saad 38: 27-28) Tarbiyah Made Easy!!
36
•
Kita mendapati di dunia ini, tidak berlaku keadilan dan kesaksamaan yang sempurna, atau balasan yang setimpal bagi seluruh manusia.
•
Oleh demikian, kita meyakini bahawa hitungan amalan tidak akan disempurnakan di dunia, sebaliknya akan ditangguhkan ke Hari Perhitungan di akhirat kelak, seperti yang telah diceritakan oleh para Rasul AS. Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
37
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Mengapakah beriman kepada Hari Akhirat boleh dianggap sebagai elemen terpenting selepas beriman kepada Allah SWT? Sehingga ia dijadikan tema asasi dalam ayat-ayat Makkiyah selepas tauhidullah. (Iman kepada Allah merealisasikan ma’rifah terhadap asal penciptaan alam; manakala iman kepada Hari Akhirat pula akan merealisasikan ma’rifah terhadap tempat kembali yang menjadi destinasi setiap yang wujud. Melalui kedua-dua ma’rifah ini, manusia dapat menentukan hala tuju, matlamat hidup dan mengambil langkah yang benar untuk sampai kepada matlamat dan tujuan)
ii.
Hari Akhirat disebutkan dengan pelbagai nama di dalam Al-Quran. Nyatakan nama-nama tersebut.
Yaumul Ba’ath – Hari Kebangkitan; Yaumul Qiyamah – Hari Kiamat; As-Saa’ah – Saat Penentuan; Yaumud Deen – Hari Pembalasan; Yaumul Hisab – Hari Perhitungan; Yaumul Fath – Hari Pembuka Bicara; Yaumut Talaaq – Hari Pertemuan; Yaumul Jam’u – Hari Pehimpunan; Yaumut Taghabun – Hari Kerugian; Yaumul Khulud – Hari Kekal Abadi; Yaumul Khuruj – Hari Keluar dari Kubur; Yaumul Hasrah – Hari Penyesalan; Tarbiyah Made Easy!!
38
Yaumut Tanaad – Hari Panggil Memanggil; Al-Aazifah – Hari Saat Semakin Hampir; At-Thoommah – Hari Bencana; As-Shookhah – Hari Pekikan; Al-Haaqqah – Hari Terbukti Kebenaran kerana pada hari itu jelaslah hakikat setiap perkara; Al-Ghasiyah – Hari yang Meliputi Keadaan Huruharanya; Al-Waqi’ah – Hari yang Benar-benar Berlaku
Tarbiyah Made Easy!!
39
“KEMATIAN”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
1. KEMATIAN & KEHIDUPAN
TAMAT
2. KEADAAN MANUSIA KETIKA NYAWA DICABUT
3. PERSIAPAN MENUJU KEMATIAN
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 2: Fasal Lima Belas (15) Tarbiyah Made Easy!!
40
1. KEMATIAN & KEHIDUPAN Soalan: Apakah yang membezakan antara kehidupan dengan kematian? •
Terdapat perbezaan yang besar di antara kematian dengan kehidupan.
•
Orang yang masih hidup bernafas, makan & minum, mendengar, mampu berfikir, berperasaan, membesar & meningkat usia, berkahwin, berzuriat dan sebagainya. Sedangkan orang mati tidak lagi sedemikian…
•
Semua benda bernyawa bencikan kematian, tetapi mereka tetap akan mati.
•
Ini kerana soal kematian dan kehidupan bukanlah di bawah kuasa mereka, sebaliknya adalah milik mutlak Allah SWT, Tuhan Yang Memiliki setiap sesuatu lagi Yang Mengurus segala makhluk-Nya mengikut apa yang dikehendaki-Nya. Firman Allah SWT:
à  Á À ¿¾ ½ ¼» º ¹ ¸ ÅÄ Tarbiyah Made Easy!!
41
Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan; dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Hadid 57: 2)
a `_ ^ ] \ [ Z Y X cb
Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir? (Al-Mukminun 23: 80)
•
Kematian merupakan titik perpindahan daripada Darul ‘Amal ke Darul Jaza’. Di sanalah setiap manusia diberi balasan bagi amalan yang dilakukannya semasa hidup di dunia. Darul ‘Amal
Kematian
Darul Jaza’
Firman Allah SWT:
v u t s rq p o n { | } ~ ﮯz y xw © ¨ § ¦ ¥ ¤ £ ¢¡ Tarbiyah Made Easy!!
42
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali Imran 3: 185)
Tarbiyah Made Easy!!
43
Soalan: Mampukah manusia lari daripada kematian? •
Setiap hari kita melihat manusia menemui kematian. Semua orang tidak terkecuali menghadapinya, biar seorang Raja, Pemimpin, pakar Sains, orang kaya, orang miskin dan sebagainya.
•
Oleh demikian, tidak syaklah bahawa kematian itu merupakan suatu kepastian, walaupun manusia enggan mengingatinya dan cuba membutakan mata terhadap realiti ini.
Firman Allah SWT:
¶µ ´ ³ ² ± ° ¯ ® ¬
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh… (An-Nisa’ 4: 78) Tarbiyah Made Easy!!
44
¾ ½ ¼» º ¹ ¸ ¶ µ ´ ³ ÇÆÅÄÃÂÁÀ¿
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”. (Al-Jum’ah 62: 8) •
Ketetapan ajal, hidup dan mati tidak berada di tangan manusia. Sebaliknya, Allah SWT yang berkuasa menentukannya, kerana Dia-lah Yang Menjadikan dan Yang Menghidupkan manusia pada awalnya. Firman Allah SWT:
y xw v u t s r qp o n {z
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-A’raf 7: 34)
Tarbiyah Made Easy!!
45
•
Kehidupan kita telah ditetapkan, diketahui dan ditentukan berdasarkan ilmu Allah SWT. Setiap orang mempunyai ajal yang ditetapkan. Apabila tiba ajalnya, tidak akan dapat ditangguh-tangguh lagi.
•
Berapa ramai manusia yang kelihatannya sihat sejahtera, namun tiba-tiba meninggal dunia. Kadangkadang disebabkan kejadian yang ringan sahaja. Firman Allah SWT:
¡ {| } ~ ﮯz y x w v u
(Maka segeralah beribadat dan bertakwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat di tangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)” (Nuh 71: 4) •
Begitulah sebaliknya, berapa ramai orang yang ditimpa penyakit berbahaya atau terdedah kepada kecederaan parah atau dijangkiti wabak pembunuh, tetapi akhirnya sembuh serta dapat meneruskan kehidupan. Firman Allah SWT:
lk j i h g f e d c b
Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu satu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). (Ali Imran 3: 145) Tarbiyah Made Easy!!
46
2. KEADAAN MANUSIA KETIKA NYAWA DICABUT Soalan: Bagaimanakah keadaan manusia ketika dicabut nyawanya? •
Rasulullah SAW telah menceritakan keadaan orang beriman dan orang kafir ketika nyawa mereka dicabut. Sabda baginda: “Orang yang beriman apabila tiba masa ajal mautnya, pembawa berita gembira daripada Allah datang menemuinya. Lalu tidak ada sesuatu perkara yang disukainya melainkan bertemu Allah Taala. Oleh itu, Allah Taala amat suka bertemu dengannya. Manakala orang yang melakukan maksiat atau kafir, apabila tiba ajal mautnya, berita buruk atau keburukan yang akan dihadapinya datang menemuinya. Lalu dia tidak suka bertemu Allah, dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya.”
•
Malaikat rahmat akan turun menemui orang mukmin ketika ajalnya tiba untuk menenangkannya dan menyampaikan berita gembira tentang keredhaan Allah dan berita bahawa Allah telah membuka pintu syurga untuknya.
•
Lalu gembiralah dia melihat kenikmatan dan keharumannya, dengan itu dadanya menjadi lapang dan bergembira untuk bertemu Tuhannya.
Tarbiyah Made Easy!!
47
Firman Allah SWT:
)('&%$#" ! 0/.-,+* 43 21
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
= <; : 9 8 7 6 5 FEDCB A@?>
“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat 41: 30-31)
Tarbiyah Made Easy!!
48
•
Manakala orang kafir pula, mereka akan diazab dengan kematian mereka, dan mereka merasa benci untuk bertemu Allah SWT. Firman Allah SWT:
¨ § ¦¥ ¤ £ ¢ ¡ ﮯ ¯®¬«ª©
Dan (ingatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): “Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar”.
¹¸¶µ´³²± ° º
(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (Al-Anfal 8: 50-51)
Tarbiyah Made Easy!!
49
3. PERSIAPAN MENUJU KEMATIAN Ada orang yang berkata, “Aku masih muda, enjoylah dulu puas-puas. Nanti dah tua, aku bertaubatlah.” Soalan: Apa pandangan anda terhadap orang sebegini? •
Adakah orang ini telah membuat perjanjian dengan kematian, supaya ia hanya datang selepas dia bertaubat? Ataupun dia telah dijamin oleh Allah SWT bahawa dia masih hidup keesokan harinya selepas dia bermaksiat? Firman Allah SWT:
Ó Ò Ñ Ð ÏÎ Í Ì Ë Ê É Û Ú Ù Ø × ÖÕ Ô
Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. (Luqman 31: 34) •
Begitulah, kematian berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Tiada sesiapapun yang mengetahui bilakah saat kematiannya akan tiba. Oleh itu, orang yang bijak hendaklah bersegera beramal soleh, sebelum kematian menjemputnya. Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
50
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Apakah antara doa yang boleh dijadikan amalan seorang muslim dalam menghadapi kematian? Mengapa kita perlu berdoa sedemikian? Doa Nabi Yusuf AS:
ِ ِﺼﺎﻟ ِ ﺗَـﻮﻓﱠﻨِﻲ ﻣﺴ ِﻠﻤﺎ وأَﻟ ِْﺤ ْﻘﻨِﻲ ﺑ ﻴﻦ ﺤ ﺎﻟ ﱠ َ ً ُْ َ َ
“Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.” (Yusuf 12: 101) Doa tukang sihir Fir’an yang telah bertaubat:
ِ ِغ َﻋﻠَْﻴـﻨَﺎ ﺻ ْﺒـﺮا وﺗَـﻮﻓﱠـﻨَﺎ ﻣﺴﻠ ﻴﻦ ﻤ ْ َرﺑﱠـﻨَﺎ أَﻓْ ِﺮ َ ُْ ََ ًَ
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu).” (Al-A’raaf 7: 126) Doa agar terhindar daripada cara kematian yang mengerikan serta diselamatkan daripada godaan syaitan ketika sakaratul maut:
، َواﻟْﻐَ ﱢﻢ، َواﻟ َْﻬ ْﺪِم،ﱠﺮدﱢي َواﻟﺘ َـ،ﻚ ِﻣ ْﻦ اﻟ َْﻬ َﺮِم َ ِاﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ إِﻧﱢﻲ أَﻋُﻮذُ ﺑ ﻚ أَ ْن ﻳَـﺘَ َﺨﺒﱠﻄَﻨِﻲ اﻟ ﱠ ﺸ ْﻴﻄَﺎ ُن ِﻋ ْﻨ َﺪ َ ِ َوأَﻋُﻮذُ ﺑ. َواﻟْﻐَ َﺮ ِق،ْﺤ ِﺮ ِﻳﻖ َ َواﻟ ِ اﻟْﻤﻮ ﻚ أَ ْن َ ِ َوأَﻋُﻮذُ ﺑ.ﻚ ُﻣ ْﺪﺑًِﺮا َ ِ َوأَ ْن أُﻗْـﺘَ َﻞ ﻓِﻲ َﺳﺒِﻴﻠ.ت َْ .ﻮت ﻟَ ِﺪﻳﻐًﺎ َ أ َُﻣ Tarbiyah Made Easy!!
51
“Ya Allah, sunguh aku berlindung kepada-Mu daripada nyayuk, terjatuh dari ketinggian, keruntuhan bangunan, kedukaan, kebakaran, dan tenggelam. Aku berlindung kepada-Mu dari penyesatan syaitan saat kematian, terbunuh dalam keadaan murtad dan aku berlindung kepada-Mu daripada mati kerana tersengat binatang berbisa.” (HR. Al-Nasai dan Abu Dawud) ii.
Berikan tugasan kepada mutarabbi agar menulis artikel atau memberikan tazkirah tentang: Mengingati Kematian (Dzikrul Maut) Adab-adab Menziarahi Kubur
Tarbiyah Made Easy!!
52
“KEHIDUPAN ALAM BARZAKH”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. ALAM BARZAKH
4. BEZA ALAM BARZAKH DENGAN ALAM KEHIDUPAN
2. KEADAAN DI ALAM KUBUR
3. TEMPAT TINGGAL RUH SELEPAS HISAB DI KUBUR
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 2: Fasal Enam Belas (16) Tarbiyah Made Easy!!
53
1. ALAM BARZAKH Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan Alam Barzakh? •
Al-Barzakh dari segi bahasa bermaksud al-Hajiz, iaitu sekatan atau pembatas di antara dua perkara.
•
Kehidupan Barzakh ialah kehidupan yang akan kita alami (selepas kematian) sehinggalah berlaku Kiamat, di mana Allah SWT akan membangkitkan semua manusia untuk menghadapi perhitungan amalan. Firman Allah SWT:
¡ {|}~ ﮯz yx
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)
¯® ¬ « ª ©¨ §¦ ¥ ¤ £ ¢ ¶µ ´ ³ ² ±°
“Supaya aku mengerjakan amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak, Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). (Al-Mukminun 23: 99-100) Tarbiyah Made Easy!!
54
2. KEADAAN DI ALAM KUBUR Soalan: Apakah yang berlaku di alam kubur?
•
Alam kubur dikira sebahagian daripada kehidupan alam Barzakh.
•
Segala amalan yang dilakukan oleh manusia dibentangkan terus untuk dihisab selepas kematiannya. Namun, hitungan amal yang sempurna akan berlaku pada Hari Kiamat.
Soalan: Bagaimana pula keadaan orang yang tidak ditanam dalam kubur? •
Dengan kekuasaan Allah SWT, dia tetap akan melalui segala yang dilalui oleh mereka yang ditanam dalam kubur walaupun badan mereka telah berkecai, berada dalam perut binatang, berada dalam bentuk debu atau sebagainya.
•
Allah SWT menguasai segala ehwal kubur sepertimana Dia menguasai dan menjadikan makhluk-Nya daripada tiada. Tarbiyah Made Easy!!
55
Firman Allah SWT:
d c b a`
Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
ihgfe
(Tidakkah dia memikirkan) dari apakah dia diciptakan oleh Allah?
nmlkj
(Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
rqp o
Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang dia pilih);
v uts
Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya dia dikuburkan;
{ zyxw
Kemudian apabila Allah kehendaki, dibangkitkan (hidup semula). (‘Abasa 80: 17-22)
Tarbiyah Made Easy!!
56
•
Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kita keadaan yang ditempuh oleh si mati di dalam kuburnya. Sabda baginda: Sesungguhnya apabila si mati diletakkan di dalam kuburnya, dia mendengar bunyi tapak kaki orang ramai ketika mereka meninggalkan perkuburan. Jika dia seorang yang beriman: Solat akan berada di sisi kepalanya, puasa di sebelah kanannya, zakat di sebelah kirinya dan amal soleh yang lain seperti sedekah, doa, perkara ma’ruf dan berbuat baik kepada manusia berada di sisi kedua kakinya. Kemudian dia didatangi malaikat dari arah kepalanya. Lalu solat berkata: “Tiada pintu dari arah ini.” Kemudian dia didatangi dari sebelah kanannya, lalu puasa berkata: “Tiada pintu dari arah ini.” Kemudian dia didatangi dari sebelah kirinya, lalu zakat berkata: “Tiada pintu masuk di sini.” Kemudian dia didatangi dari arah kedua kakinya, lalu amal soleh yang lain seperti sedekah, perkara ma’ruf dan berbuat baik pada manusia berkata: “Tiada pintu dari arah ini.” Tarbiyah Made Easy!!
57
Lalu dikatakan padanya: “Adakah kamu melihat orang yang berada di hadapan kamu ini? Apa pendapat kamu mengenainya dan apakah yang kamu saksikan ke atasnya?” Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin solat.” Lalu mereka menjawab: “Sesungguhnya kamu akan melakukannya.” Jawablah soalan kami, “Apakah pandangan kamu mengenai lelaki yang berada di hadapan kamu, apakah pendapat kamu? Apakah penyaksian kamu ke atasnya?” Dia menjawab: “Muhammad. Aku bersaksi bahawa dia adalah Rasulullah SAW dan dia membawa kebenaran daripada Allah.” Lalu dikatakan padanya: “Di atas perkara tersebut kamu hidup, mati dan dibangkitkan, InSyaaAllah.” Kemudian dibuka kepadanya salah satu pintu syurga. Lalu dikata kepadanya: “Ini adalah tempat tinggalmu dan tempat yang Allah janjikan untukmu.” Maka bertambah suka hati dan gembiralah dia. Kemudian dibuka kepadanya satu pintu neraka lalu dikata kepadanya: “Ini adalah tempat tinggalmu dan tempat yang dijanjikan oleh Allah kepada kamu sekiranya kamu derhaka kepada-Nya.” Maka bertambahlah rasa suka dan gembira. Tarbiyah Made Easy!!
58
Kemudian kuburnya diperluaskan sebanyak 70 hasta. Dia disinari cahaya di dalamnya dan jasadnya dikembalikan sepertimana pada permulaannya. Lalu dijadikan hembusan nyawanya dalam angin-angin sepoi bahasa. la adalah burung yang bergantung pada pokok syurga. Demikianlah firman Allah SWT:
DCBA@?>= HG F E
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat… (Ibrahim 14: 27) Sesungguhnya orang kafir apabila didatangi malaikat dari arah kepalanya, tidak ada sesuatu di sisinya. Kemudian didatangi dari sebelah kanannya, tidak ada sesuatu di sisinya. Kemudian didatangi dari sebelah kirinya, tidak ada sesuatu di sisinya. Kemudian didatangi dari arah dua kakinya, tidak ada sesuatu di sisinya.
Tarbiyah Made Easy!!
59
Dikatakan kepadanya: “Duduklah kamu.” Lalu dia duduk dalam keadaan ketakutan. Lalu dikatakan kepadanya: “Apakah kamu melihat lelaki ini yang berada di hadapan kamu? Apakah pendapat kamu tentangnya dan apakah penyaksian kamu ke atasnya?” Lalu dia berkata: “Lelaki mana?” Dia tidak mengenali namanya. Dikatakan kepadanya: “Muhammad.” Kemudian dia berkata: “Aku tidak tahu! Aku tidak tahu!” Dalam satu riwayat dikatakan kepadanya: “Kamu tidak tahu dan tidak dengar. Kamu mendengar manusia menyebut sesuatu lalu kamu menyebut apa yang disebut oleh mereka.” Lalu dikatakan kepadanya: “Di atas perkara tersebut kamu hidup, mati dan dibangkitkan, InsyaAllah.” Kemudian dibuka kepadanya salah satu pintu neraka, dan dikatakan kepadanya: “Inilah neraka tempat tinggalmu dan apa yang dijanjikan Allah kepada kamu.” Lalu bertambahlah penyesalan dan kebinasaan. Kemudian dibuka kepadanya salah satu pintu syurga…
Tarbiyah Made Easy!!
60
Beliau (perawi) berkata: Lalu dikatakan kepadanya: “Ini adalah tempat tinggal kamu dan apa yang dijanjikan Allah kepada kamu jika kamu taat dan patuh kepada-Nya.” Lalu bertambahlah penyesalan dan kebinasaan. Selepas itu disempitkan kubur sehingga berselisih tulang rusuknya. Itulah kehidupan sempit yang disebutkan oleh Allah:
ÍÌË ÊÉÈ Ç ÆÅ Ð ÏÎ
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan pertunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Thaha 20: 124) (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abi Hatim) •
Bagi para Syuhada’ pula, Allah SWT berfirman:
o n m lk j i h g f e d rqp Tarbiyah Made Easy!!
61
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
{zyxwvu t s ¦ ¥ ¤£¢ ¡ | } ~ ﮯ §
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, iaitu (bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Ali Imran 3: 169-170) •
Para syuhada’ hidup di dalam syurga dan mendapat rezeki daripada Tuhan mereka. Sekalipun jasad mereka telah binasa, tetapi ruh mereka hidup seperti ruh semua orang yang beriman.
•
Mereka terus hidup dan mendapat rezeki yang baik daripada Allah kerana jihad mereka di jalan-Nya.
Tarbiyah Made Easy!!
62
3. TEMPAT TINGGAL RUH SELEPAS HISAB DI KUBUR Soalan: Di manakah tempat tinggal ruh selepas dihisab dalam kubur? •
Berdasarkan perkhabaran daripada Rasulullah SAW: Terdapat ruh yang ditempatkan di tempat yang paling tinggi iaitu ruh para Nabi AS. Ada juga ruh yang berada di dalam kantung burung hijau yang terbang di dalam syurga mengikut kemahuannya. Iaitu ruh para syuhada’. Terdapat juga ruh yang ditahan di pintu syurga, seperti ruh para syuhada’ yang belum menjelaskan hutangnya. Terdapat juga ruh yang pintu syurga menjadi tempat penempatannya, seperti ruh sebahagian para syuhada’. Ada juga ruh yang terkurung di bumi. Ada juga ruh yang bersama tiupan angin di tempat yang paling tinggi, seperti ruh orang soleh. Terdapat juga ruh yang berada di tempat pembakaran penzina lelaki dan perempuan. Dan ruh yang berenang di dalam sungai darah dan disumbat dengan batu. Tarbiyah Made Easy!!
63
4. BEZA ALAM BARZAKH DENGAN ALAM KEHIDUPAN Soalan: Adakah kehidupan di Alam Barzakh berbeza dengan kehidupan di dunia? •
Perbezaannya amat ketara, malah sangat berbeza jika dibandingkan di antara kehidupan di alam rahim ibu dengan kehidupan di dunia. Ibarat seperti kehidupan dunia ini diceritakan kepada bayi di dalam perut, pasti dia akan kehairanan dan mungkin langsung tidak mempercayainya.
Dua dunia berbeza, alam rahim dan alam dunia •
Walaupun demikian, orang-orang beriman tetap mempercayai semua perkara ini kerana ia telah diberitakan oleh Nabi Muhammad SAW, utusan Allah SWT yang benar lagi dipercayai.
Tarbiyah Made Easy!!
64
•
Berkenaan azab kubur, kita tidak mengetahuinya kerana alam dunia dan alam kubur itu berbeza.
•
Di antara kedua alam ini terdapat penghalang, yang hanya dapat ditembusi dengan kematian. Ibarat bayi dalam perut ibu, walaupun dia ada bersama kita di dunia, namun di antara kita dan bayi tersebut ada penghalang yang hanya ditembusi dengan kelahiran. Wallahu a’lam.
Tarbiyah Made Easy!!
65
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Apakah isu-isu akidah yang mengancam umat Islam sekitar kematian dan kehidupan alam barzakh. (Meminta hajat kepada kubur-kubur keramat; meminta bantuan daripada si mati; membuat ritualritual ibadat di kuburan; membina bangunan di atas kuburan; tidak mempercayai wujudnya azab kubur)
ii.
Minta mutarabbi menulis artikel atau memberikan tazkirah tentang “Perkara yang dapat meringankan seksa kubur” berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW. (Contoh: Pelihara solat 5 waktu, membaca surah alMulk pada malam hari, mati syahid, mati pada malam atau siang hari Jumaat, mati disebabkan sakit dalam perut, tidak ditangisi mayat seperti perlakuan di zaman Jahiliyah, sentiasa bersedekah, menyempurnakan basuhan wudhu’, menolong orang yang teraniya, sentiasa berlindung dengan Allah daripada azab kubur)
Tarbiyah Made Easy!!
66
“HARI KEBANGKITAN”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. MAKSUD HARI KEBANGKITAN
4. KEADAAN HARI KEBANGKITAN
2. BERMULANYA KEBANGKITAN
3. PENYEMPURNAAN KEBANGKITAN MANUSIA
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal 14; Jilid 2: Fasal 17 Tarbiyah Made Easy!!
67
1. MAKSUD HARI KEBANGKITAN Soalan: Apakah itu Hari Kebangkitan? •
•
Hari Kebangkitan adalah permulaan Hari Kiamat. Pada hari tersebut, ruh dan jasad manusia akan dikembalikan sepertimana di dunia untuk diadili.
Hal ini telah diberitakan oleh para Rasul AS yang diutuskan kepada umat manusia. Firman Allah SWT:
VUTS RQPON ^ ] \ [ Z YX W
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa’ 4: 165)
Tarbiyah Made Easy!!
68
•
Pada hari itu, orang-orang kafir yang dahulu menyangka mereka bebas melakukan apa sahaja di dunia ini, kerana merasa terlepas daripada sebarang hukuman, pasti akan menerima pembalasannya. Firman Allah SWT:
¹¸¶µ´³²± Á À¿ ¾ ½ ¼ » º ÄÃÂ
Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.
Ì ËÊ ÉÈÇÆÅ ÒÑÐÏÎÍ
Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang…. Tarbiyah Made Easy!!
69
…mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (Al-Jatsiyah 45: 21-22) •
Orang kafir berpendapat bahawa mustahil manusia dapat dihidupkan kembali, sedangkan mayat telah reput dan menjadi tanah.
•
Allah SWT telah menyanggah pendapat tersebut di dalam firman-Nya:
n m l k j ih g f e d po
Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulangtulang yang telah hancur seperti debu?”
{ z y x wv u t s r q |
Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
Tarbiyah Made Easy!!
70
§ ¦¥¤ £ ¢ ¡}~ﮯ ©¨
“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohonpohon itu”.
³²± ° ¯ ®¬ «ª » º ¹ ¸ ¶ µ´
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa, Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
ÆÅ ÄÃÂÁÀ¿ ¾½ ¼
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau”, Maka ia terus menjadi.
ÏÎ ÍÌ ËÊ ÉÈÇ
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Yaasin 36: 78-83) Tarbiyah Made Easy!!
71
Firman Allah SWT lagi:
FE D C B A @ ? > = O N ML K J I H G QP
Dan Dia-lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang pelaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia-lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ar-Rum 30: 27)
Allah SWT telah ciptakan alam semesta yang hebat ini daripada tiada kepada ada. Jadi, pasti tidak mustahil bagi-Nya untuk membangkitkan manusia setelah kematian!
Tarbiyah Made Easy!!
72
2. BERMULANYA HARI KEBANGKITAN Soalan: Bagaimanakah kebangkitan ini bermula? •
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran yang menunjukkan kepada kita tentang kebinasaan yang berlaku pada Hari Kiamat: Firman Allah SWT:
wvu t
Sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.
{zyx
Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
|}~ ﮯ
Dan apabila langit terbelah;
¡¢ £¤
Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;
¨ § ¦¥
Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, Tarbiyah Made Easy!!
73
¬ « ª©
(Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?
°¯®
(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.
¶ µ´³²±
Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?
»º ¹¸
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)! (Al-Mursalat 77: 7-15) Firman Allah SWT lagi:
g fe d c b
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
ml kjih
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); Tarbiyah Made Easy!!
74
srqpon
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
xwv u t
Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir. (An-Naba’ 78: 17-20)
Gambaran daripada imaginasi manusia tentang kemusnahan dunia di Hari Kiamat.
Tarbiyah Made Easy!!
75
Firman Allah SWT:
`_^ ]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
d cba
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
g fe
Kejadian hari Kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
lkjih
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sesungguh-sungguh goncangan.
ponm
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan seleburleburnya,
tsrq
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, (An-Waqi’ah 56: 1-6)
Tarbiyah Made Easy!!
76
Firman Allah SWT:
y x wv u t s r q |{z
(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. (Ibrahim 14: 48) Soalan: Apakah yang dimaksudkan tiupan sangkakala (as-Sur) itu?
Gambar Hiasan •
As-Sur ialah tanduk binatang yang mempunyai ruang. Apabila ditiup menggunakannya, suara yang kuat akan keluar daripadanya. Tiupan ini dinamakan tiupan sangkakala.
Tarbiyah Made Easy!!
77
Firman Allah SWT:
*)('&%$#"! 7 6 5 4 3 2 1 0 /. - , + 8
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi; maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masingmasing). (Az-Zumar 39: 68)
•
Daripada ayat ini, kita mengetahui bahawa akan berlaku dua tiupan sangkakala. Di mana tiupan pertama, kebinasaan menyeluruh akan berlaku, seperti firman Allah SWT:
DC B A@?>
Kemudian (ketahuilah bahawa) Sangkakala dengan sekali tiup
apabila
ditiup
KJIHGFE
Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur,
Tarbiyah Made Easy!!
78
ONML
Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat,
U TSRQP
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh) (Al-Haqqah 69: 13-16) Keadaan manusia pada ketika itu adalah sebagaimana firman Allah SWT:
) ( ' & %$ # " ! +*
Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
2 10/.-, : 9876543 B A@?>=<;
Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan. (Al-Hajj 22: 1-2) Tarbiyah Made Easy!!
79
•
Setelah itu, ditiup sangkakala buat kali kedua dan umat manusia dibangkitkan semula untuk menerima kesudahan masing-masing. Firman Allah SWT lagi:
{ z yx w v u t s ¢ ¡ | }~ﮯ
Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.
¯ ®¬« ª©¨ §¦¥¤£ °
Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredhai perkataannya. (Thaha 20: 108-109)
Tarbiyah Made Easy!!
80
Juga seperti dalam firman Allah SWT:
¸¶ µ´³²±°¯® ¹
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
Å Ä Ã Â ÁÀ¿ ¾ ½ ¼ » º ÈÇÆ
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: “Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?” (Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah, dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul”
ÑÐÏÎÍ Ì ËÊÉ ÓÒ
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semua dibawa hadir (untuk menerima balasan). Tarbiyah Made Easy!!
81
ÜÛÚÙØ× ÖÕÔ ßÞÝ
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. (Yaasin 36: 51-54) •
Selepas manusia dibangkitkan oleh Allah, mereka akan menuju ke Padang Mahsyar (tempat perhimpunan). Firman Allah SWT:
U T S R QP O N
Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhlukmakhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.
\[ZY X WV
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi; -
gfedcba`_^ ] ih Tarbiyah Made Easy!!
82
(Serta dikatakan kepadanya); “Demi sesungguhnya, Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)”. (Qaaf 50: 20-22)
Gambar Hiasan
Tarbiyah Made Easy!!
83
3. PENYEMPURNAAN KEBANGKITAN MANUSIA Soalan: Bagaimana kebangkitan manusia disempurnakan? •
Kita mengetahui bahawa Allah SWT mencipta pada permulaannya, dan kita juga akan mengetahui bagaimana berlaku kebangkitan kali kedua. Firman Allah SWT:
@ ? >= < ; : 9 8 K J I H GF E DC B A
(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana Kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya. (Al-Anbiya’ 21: 104)
•
Allah SWT menciptakan kita daripada tiga bahagian utama; iaitu ruh, jasad & tulang ‘ajbuzzanabi (tulang kecil di bahagian bawah tulang belakang) yang diwarisi daripada moyang kita Nabi Adam AS.
Tarbiyah Made Easy!!
84
•
Walaupun tulang ini amat kecil, namun semua baka manusia di dunia ini telah terkumpul dalam tulang belakang Nabi Adam AS.
•
Pakar perubatan berpendapat, sekiranya kita kumpulkan bahagian yang membawa ciri-ciri genetik dalam baka manusia, ia hanya dapat dikumpulkan dalam sebiji alkistiban (iaitu sarung kecil yang tukang jahit letakkan pada hujung jarinya agar tidak tercucuk jarum).
•
Ketika mati, ruh kembali kepada Penciptanya dan jasad kembali menjadi tanah. Manakala tulang ‘ajbuzzanabi ni tetap tidak hancur. Rasulullah SAW menerangkan hal ini dalam sabdanya: “Semua anak Adam dimakan bumi, kecuali tulang ‘ajbuzzanabi, daripadanya manusia diciptakan dan dibentuk.” Lalu baginda ditanya: “Apakah itu ‘ajbuzzanabi wahai Rasulullah?” Jawabnya: “Ia seperti biji benih sawi, daripadanya kamu akan dibangkitkan.” (HR Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud dan An-Nasaie)
Tarbiyah Made Easy!!
85
Soalan: Mengapakah bumi tidak mampu menghancurkan tulang ‘ajbuzzanabi tersebut? •
Sudah menjadi sunnatullah pada biji benih yang menyimpan baka tumbuhan di dalamnya itu terpelihara daripada kerosakan.
•
Lihatlah biji buah-buahan yang kita makan dan masuk ke dalam perut serta usus kita, namun akan keluar semula dalam keadaan asal tanpa mengalami sebarang kerosakan.
•
Begitu juga kita dapati tanah yang dipenuhi tumbuhan dan pokok, apabila ditimpa kemarau panjang, tumbuhtumbuhan itu akan kering, daun-daunnya berguguran ke bumi dan akhirnya mati.
•
Namun, begitu apabila hujan turun dari langit, tanah tersebut akan kembali subur dan ditumbuhi untuk kali kedua dan wujudlah kehidupan di atasnya.
Tarbiyah Made Easy!!
86
•
Demikian jugalah Allah SWT memelihara tulang ‘ajbuzzanabi yang kita dicipta daripadanya, dan akan dijadikan semula daripadanya.
•
Ia tidak akan dirosakkan oleh sesuatu dan tidak akan menjadi lapuk, sehinggalah tiba masanya kita akan dibangkitkan. Firman Allah SWT:
EDCB A@?>= L K J IH G F
Dia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur). (Ar-Rom 30: 19) Rasulullah SAW bersabda: “Kemudian air hujan turun dari langit, lalu mereka tumbuh sebagaimana sayur-sayuran tumbuh. Tubuh manusia semuanya telah hancur kecuali satu tulang, iaitu ‘ajbuzzanabi yang daripadanya semua makhluk akan dibangkitkan pada hari kiamat.” (HR Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud & An-Nasaie)
Tarbiyah Made Easy!!
87
•
Oleh itu, sepertimana Allah SWT memelihara benih tumbuhan untuk tumbuh bagi kali kedua, Dia juga memelihara ‘benih manusia’ untuk dibangkitkan bagi kali kedua.
Tunas yang tumbuh daripada anak benih dari celah-celah rekahan tanah yang kontang. •
Apabila jasad dijadikan semula pada Hari Kiamat, ruh akan dikembalikan semula kepadanya. Firman Allah SWT:
8 76543210
Maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). (Az-Zumar 39: 68) Tarbiyah Made Easy!!
88
Abu Razzin al-Aqili RA bertanya kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah Allah SWT membangkitkan kembali makhluk-Nya dan apakah tanda perkara tersebut pada ciptaan-Nya?” Baginda menjawab: “Pernahkah kamu melalui satu lembah kaummu yang kering kontang, kemudian kamu melalui (sekali lagi) tempat itu dipenuhi oleh tumbuhan hijau?” Aku berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah tanda kebangkitan semula pada makhluk ciptaan-Nya. Begitulah Allah SWT akan menghidupkan benda yang mati.”
Tarbiyah Made Easy!!
89
4. KEADAAN HARI KEBANGKITAN Soalan: Apakah yang berlaku dikumpulkan di Padang Mahsyar?
selepas
manusia
PEMBENTANGAN BUKU CATATAN AMALAN
NERACA TIMBANGAN (AL-MIZAN)
KOLAM AIR (AL-HAUDH)
TITIAN (AS-SIRATH)
SYURGA
NERAKA
Tarbiyah Made Easy!!
90
•
Pembentangan Buku Catatan Amalan Selepas semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat, segala amalan yang tercatit dalam buku catatan amalan akan dibentangkan. Gambar Hiasan Firman Allah SWT:
TSR QP ON \[Z YXWVU g fe d c b a` _ ^ ] kji h
Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orangorang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya,” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (Al-Kahfi 18: 49) Tarbiyah Made Easy!!
91
Lidah, tangan, kaki dan kulit pula akan menjadi saksi ke atas kita dan melaporkan segala perbuatan kita di dunia ini. Firman Allah SWT:
ÔÓÒ ÑÐÏÎÍ ÙØ ×ÖÕ
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
) ( ' &% $ # " ! 2 10/.- ,+ * 43
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah - yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (Fussilat 41: 20-21)
Tarbiyah Made Easy!!
92
•
Neraca Timbangan (al-Mizan) Allah SWT menyediakan neraca timbangan yang adil pada hari Kiamat untuk menimbang segala amalan baik dan buruk manusia. Gambar Hiasan
Firman Allah SWT:
A@?> =< ;: J I H G F E D CB P O N M LK
Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. (Al-Anbiya’ 21: 47)
Tarbiyah Made Easy!!
93
Firman Allah SWT lagi:
ÉÈÇÆÅÄÃ
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
ÐÏÎÍÌË Ê ÔÓ ÒÑ
Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahannam. (Al-Mukminun 23: 102-103) •
Kolam Air (al-Haudh) Setiap Nabi mempunyai kolam air di akhirat kelak. Air dari kolam itu diminum oleh Nabi tersebut serta umatnya selepas berhimpun di Padang Mahsyar. Begitu juga Nabi Muhammad SAW, baginda mempunyai kolam yang airnya lebih putih daripada susu, lebih enak daripada madu dan lebih wangi daripada kasturi. Sesiapa yang meminum seteguk airnya, tidak akan dahaga selepas itu selama-lamanya. Tarbiyah Made Easy!!
94
Gambar Hiasan
•
Titian (as-Sirath) Titian yang dimaksudkan ini ialah suatu jalan yang berada di atas neraka Jahannam. Ia menjadi laluan orang yang terdahulu dan terkemudian selepas mereka beredar dari tempat perhimpunan. Para ahli syurga akan melalui titian tersebut menuju ke syurga, manakala ahli-ahli nereka pula akan jatuh ke dalamnya.
Gambar Hiasan
Tarbiyah Made Easy!!
95
Firman Allah SWT:
j i h g f e dc b a `
Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
sr q p o nmlk
Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa, dan Kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal bertelut di dalam neraka itu. (Maryam 19: 71-72) •
Syurga Syurga adalah perhentian terakhir bagi orang-orang beriman. Ia menjadi aspirasi setiap orang beriman kerana di sanalah mereka akan memperoleh balasan keimanannya yang benar dan amalnya yang soleh.
Tarbiyah Made Easy!!
Gambar Hiasan
96
Firman Allah SWT:
('&%$#"! 2 1 0 / . -, + * ) ?> = < ;: 9 8 7 6 5 43 H G F E DC B A @
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasanganpasangan / isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selamalamanya. (Al-Baqarah 2: 25)
Tarbiyah Made Easy!!
97
•
Neraka Sekiranya Allah SWT membari balasan nikmat kepada mereka yang melakukan kebaikan dengan dimasukkan ke dalam syurga, Dia juga akan memberi balasan nereka kepada mereka yang melakukan dosa-dosa besar dan kejahatan. Firman Allah SWT:
Gambar Hiasan
ONMLK
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya,
R QP
Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”.
WVUTS
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu?
ZYX
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.
(Al-Qaari’ah 101: 8-11) Tarbiyah Made Easy!!
98
Firman Allah SWT lagi:
ÉÈÇÆÅÄÃ
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
ÑÐÏÎÍÌË Ê ÔÓ Ò
Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahannam
Û ÚÙØ ×ÖÕ
Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.
)('&% $#"!
(sambil dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayatayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?”
210/.-,+ *
Mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat. Tarbiyah Made Easy!!
99
:987654 3
“Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.
@? > =<;
(Allah) berfirman: “Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!
JIH GFEDC BA ONMLK
“Sesungguhnya ada sepuak dari hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat”.
VUTSRQ P XW
“Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka. Tarbiyah Made Easy!!
100
a`_^]\[ZY
“Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya”.
ihgfed c b
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): “Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”
rqpo nmlkj
Mereka menjawab: “Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur)”.
} | { z y xw v u t s
Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (Al-Mukminun 23: 102-114) Wallahu a’lam.
Tarbiyah Made Easy!!
101
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Apakah sikap kita setelah mengetahui bahawa anggota badan kita semuanya akan memberi kesaksian atas setiap amalan kita di hadapan Allah SWT di akhirat kelak? (Sentiasa bersyukur dengan nikmat anggota badan yang diberikan Allah serta memperbanyakkan amalan kebaikan dengannya. Sedaya upaya menahan diri daripada menggunakan anggota badan untuk bermaksiat kepada Allah. Jika terlanjur segera bertaubat dan memohon keampunan dari-Nya)
ii.
Apakah yang anda faham tentang konsep Syafaat? (Syafaat bermaksud permintaan kepada Allah SWT agar diberikan kebaikan kepada manusia di Hari Akhirat kelak. Syafaat yang paling besar adalah milik Nabi Muhammad SAW iaitu baginda akan memohon agar makhluk segera dibicarakan dan diberi balasan untuk menamatkan kedahsyatan Hari Perhimpunan. Terdapat juga syafaat-syafaat lain, tetapi hanya setelah diizinkan oleh Allah SWT [Al-Baqarah:255] oleh orang-orang yang diredhai-Nya [Al-Anbiya’:28])
Tarbiyah Made Easy!!
102
IMAN KEPADA TAKDIR TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1.
BERIMAN KEPADA TAKDIR Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: Menerangkan maksud takdir (Qadar) Menyatakan pendirian tehadap takdir baik dan buruk yang telah ditetapkan oleh Allah SWT iii. Menjelaskan beberapa hikmah penetapkan takdir baik dan buruk iv. Menjelaskan kesan-kesan beriman kepada takdir dalam kehidupan seseorang. i. ii.
Tarbiyah Made Easy!!
103
“BERIMAN KEPADA TAKDIR”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. MAKSUD TAKDIR
4. KESAN BERIMAN KEPADA TAKDIR
2. PENDIRIAN ORANG BERIMAN TERHADAP TAKDIR
3. HIKMAH PENENTUAN DALAM TAKDIR BURUK
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal 16; Jilid 2: Fasal 3 Tarbiyah Made Easy!!
104
1. MAKSUD TAKDIR Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan takdir? •
Takdir (qadar) adalah ketetapan tertentu yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada sesuatu perkara.
•
Ketetapan tersebut terlaksana berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk perjalanan alam ini. Firman Allah SWT:
srqpo
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan)
wv ut
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
{ z yx
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhlukmakhlukNya) serta memberikan hidayah pertunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya); (Al-A’la 87: 1-3)
Tarbiyah Made Easy!!
105
Firman Allah SWT:
à  Á À¿¾
Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. (Al-Furqan 25: 2) Firman Allah SWT:
Z YXWV
Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. (Ar-Ra’d 13: 8)
Tarbiyah Made Easy!!
106
2. PENDIRIAN ORANG BERIMAN TERHADAP TAKDIR Soalan: Apakah pendirian orang beriman terhadap takdir? •
Kita beriman serta percaya bahawa takdir baik dan buruk datang daripada Allah SWT.
•
Ini kerana, kita mengetahui bahawa yang menetapkan segala takdir bagi semua makhluk adalah Allah Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui dan Yang Amat Mendalam Pengetahuan-Nya.
•
Takdir baik dimaksudkan dengan semua perkara yang memberi manfaat kepada kita seperti makanan, minuman, ubatan, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
•
Manakala takdir buruk adalah setiap perkara yang memberi mudarat kepada kita seperti lapar, dahaga, sakit, kejahilan dan sebagainya.
•
Kejahilan manusia untuk mengetahui hikmah Allah dalam penentuan takdir adalah berpunca daripada ilmu manusia yang cetek dan sedikit.
•
Walaubagaimanapun, setiap hari ilmu pengetahuan manusia mengenai hikmah yang bijaksana tersebut akan semakin bertambah.
Tarbiyah Made Easy!!
107
3. HIKMAH DALAM PENENTUAN TAKDIR BURUK Soalan: Adakah terdapat hikmah dalam penentuan takdir yang buruk? •
Untuk memahami perkara ini, mari kita melihat analogi di bawah: Analogi 1: Kerajaan menggaji para kakitangannya untuk meletak dan menguatkuasakan peraturan tertentu yang berfaedah kepada rakyat. Dalam masa yang sama, hukuman bagi kesalahan juga ditetapkan dan dilaksanakan. Hukuman bagi kesalahan ini kelihatannya buruk, tetapi sebenarnya ia mempunyai hikmah yang tidak diketahui ramai.
Hukuman kelihatan buruk, tapi ada kebaikan di sebaliknya
Tarbiyah Made Easy!!
108
Analogi 2: Ketika seorang jahil melihat doktor membedah perut pesakit, dia mungkin menganggap doktor tersebut musuh pesakit itu yang cuba menzaliminya. Namun kontra daripada itu, doktor tersebut membedah perut pesakit itu demi menyembuhkan penyakitnya.
Sekiranya manusia tidak ditakdirkan lapar, dia tidak akan berusaha untuk mendapatkan makan. Sekiranya manusia tidak ditakdirkan sakit, tiada siapa yang merasai nikmatnya kesihatan. Sekiranya tidak ditakdirkan kematian, dunia ini penuh dengan manusia daripada zaman dahulu hingga sekarang.
Tarbiyah Made Easy!!
109
•
Allah SWT telah menganugerahkan: i. Pendengaran, penglihatan dan akal kepada manusia ii. Serta menurunkan sebuah kitab yang menjadi petunjuk kepada kebaikan.
•
Semua ini, sepatutnya digunakan oleh manusia untuk mengenali takdir yang baik dan memanfaatkannya. Kemudian mengenali juga takdir buruk, lalu menjauhinya. Manusia wajib memanfaatkan takdir baik dan menjauhi takdir buruk.
•
Manusia juga wajib menolak takdir buruk dengan takdir baik, seperti: i. Menolak takdir lapar dengan takdir makan ii. Menolak takdir sakit dengan takdir berubat dll.
•
Inilah perintah Allah SWT kepada kita dalam kitab-Nya. Sesiapa yang menyalahi petunjuk Tuhannya dan tidak memanfaatkan takdir Allah yang baik, tidak mengambil faedah dengan pendengaran, penglihatan dan akalnya, maka dia adalah musuh dirinya sendiri.
Tarbiyah Made Easy!!
110
4. KESAN BERIMAN KEPADA TAKDIR Soalan: Apakah kesan beriman kepada takdir dalam kehidupan seseorang? •
Di antara kesan keimanan manusia kepada takdir ialah: i.
Orang yang beriman bahawa Allah SWT telah menjadikan alam ini dengan takdir (ketetapan) tertentu, dia akan: berusaha untuk ketentuan Tuhan dimanfaatkannya.
mengenali takdir dan yang bermanfaat untuk
bekerja mengikut tuntutan takdir ini dalam membangun, mengimarah serta mengeluarkan hasil-hasil bumi dan mempergunakan semua ciptaan yang bermanfaat lagi baik yang dikurniakan Allah di alam ini. ii.
Orang yang beriman kepada takdir, mengetahui bahawa setiap yang wujud di alam ini berfungsi menurut hikmah Allah Yang Maha Tinggi.
Apabila ditimpa perkara buruk, dia tidak akan gelisah.
Apabila mendapat kejayaan dan kemenangan, dia tidak akan bongkak.
Tarbiyah Made Easy!!
111
Firman Allah SWT:
ª©¨§¦¥¤£¢ ¡ﮯ ¶ µ ´ ³ ² ±° ¯ ® ¬ « ¸
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
À ¿ ¾ ½ ¼ » º ¹ É È Ç Æ Å Ä Ã ÂÁ
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Al-Hadid 57: 22-23) iii.
Kita tidak takut kepada sesiapapun. Kita berani kerana mengetahui bahawa tidak ada apa-apa yang akan berlaku kecuali jika ia telah ditetapkan dan ditakdirkan oleh Allah. Tarbiyah Made Easy!!
112
iv.
Apabila berpegang kepada takdir yang bersebab, kita menyedari bahawa semua perkara akan berbalik kepada Yang Maha Pencipta. Semua perkara berlaku dengan kehendak-Nya. Berapa ramai manusia yang merancang sesuatu perkara, tetapi mendapati hasilnya tidak seperti yang dirancang. Berapa ramai pula manusia yang bencikan sesuatu dan berusaha menghapuskannya, sedangkan terdapat banyak kebaikan dalam perkara tersebut. Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib seorang mukmin itu, kerana semua urusannya mengandungi kebaikan. Semua ini tidak pernah dimiliki seseorang, kecuali orang mukmin. Apabila diuji dengan kenikmatan, dia bersyukur. Maka, inilah kebaikan baginya. Dan apabila dia diuji dengan kesusahan, dia bersabar. Maka, inilah kebaikan baginya.” (Riyawat Muslim) Dengan keimanan sebegini, in Shaa Allah seseorang itu akan mendapat kebahagiaan diri dan ketenangan hati.
Tarbiyah Made Easy!!
113
Firman Allah SWT:
4321
Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
:987 6 5
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
> = <;
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hambahambaKu yang berbahagia
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
A@ ?
(Al-Fajr 89: 27-30)
Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
114
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Senaraikan antara sifat-sifat Allah SWT yang jika difahami memudahkan kefahaman terhadap Takdir. Allah adalah Pemilik segala kerajaan langit dan bumi, Dia mentadbir dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya. Allah Maha Berkuasa melakukan sesuatu secara mutlak. Dia mencipta dan memilih ketentuan makhluk-Nya seperti yang Dia kehendaki. Allah Maha Mengetahui setiap tindak tanduk makhluk-Nya sejak azali lagi. Dia mengetahui apa yang akan dilakukan oleh setiap hamba-Nya. Apa yang berlaku adalah takdir Allah berdasarkan ilmuNya yang tidak terbatas.
ii.
Nyatakan aliran yang salah dalam memahami takdir Allah SWT Mazhab Jabariah – manusia sentiasa dalam keadaan terpaksa tanpa pilihan. Ibarat kapas yang ditiup angin ke merata-rata tempat, ke kanan dan ke kiri. Mazhab Muktazilah – manusia diberikan kebebasan memilih secara mutlak tanpa sebarang ikatan. Mereka melakukan tindakan berdasarkan kehendak dan keinginannya sepenuhnya.
Tarbiyah Made Easy!!
115
SEKIAN Nantikan siri keenam ebook ini yang bakal membicarakan pula perihal Tauhidullah dan Kufur. Terima kasih. EbookTarbiyah.Com “Tarbiyah Made Easy!!”
Tarbiyah Made Easy!!
116
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
117
Tarbiyah Made Easy!!
118