8
Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 8. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sudah hampir empat tahun ibu bekerja di sebuah kilang pakaian di bandar Teluk Intan. Ibu terpaksa bekerja untuk menyara hidup kami berdua. Aku amat menghargai pengorbanan ibu. Jauh di sudut hatiku, aku bertekad untuk membalas segala pengorbanan dan curahan kasih sayang ibu kepadaku. Hampir setiap bulan aku dihadiahi ibu sepasang pakaian yang baharu. Hal ini demikian kerana ibu membeli pakaian tersebut dengan potongan harga yang istimewa di tempat kerjanya. Pengorbanan ibu amat besar dan tidak ternilai olehku. Subuh-subuh lagi ibu sudah bangun tidur dan memasak juadah bagi sarapan pagi dan makan tengah hari untukku. Setiap pagi aku dan ibu menikmati sarapan bersama-sama. Ibu juga menyediakan bekal untuk aku bawa ke sekolah. “Emak, Sham ke sekolah ya. Doakan Sham agar berjaya dalam pelajaran ya mak,” barulah tangan ibu kulepaskan dan aku mencapai basikalku. Aku mengayuh basikalku bagi mencari sinar-sinar gemilang yang amat kuidam-idamkan.
8
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti menghormati jasa dan pengorbanan ibu kita. Kita juga mestilah berterima kasih kerana ibu sanggup menyara kita di samping memberi belaian kasih sayang. Justeru, kita mestilah menghargai segala asuhan dan didikan ibu yang sungguh sempurna kepada kita. Pengorbanan ibu tunggal amat besar kepada keluarganya, kita seharusanya menghargai pengorbanan beliau itu. Kita mesti menghargai jasa ibu yang menyediakan makanan dan minuman untuk kita setiap hari. Oleh sebab itu, kita mesti berusaha untuk membalas jasa ibu dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dengan cemerlang. Kesimpulannya, kita mestilah berusaha untuk mengembirakan hatinya, kita juga perlu berusaha untuk menjadi seorang anak yang berjaya dalam kehidupan dan berhemah tinggi.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR
8
ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
9
Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 9. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Normah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya, perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba, Normah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid membuang sampah melalui tingkap bas. Normah telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan olehnya kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan yang tidak diingini. Dia juga sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya. Budak itu menerima teguran Normah dengan hati yang terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut. Normah tersenyum mendengar pengakuan budak tersebut.
9
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya mencontohi sikap Normah bijak mengurus masa. Kita juga seharusnya peka dan menghargai masa. Justeru, kita juga seharusnya mudah mesra dan sedia memberi kerjasama dan bantuan jika diperlukan. Oleh itu, kita juga disarankan agar senantiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa, berpekerti mulia dan menghormati orang lain. Selain itu, kita mestilah menunjukkan sikap yang baik dan boleh dicontohi oleh rakan-rakan kita yang lain. Kita juga perlu tegas dan berdisiplin. Oleh sebab itu, kita perlu berani menegur kesalahan orang lain dengan cara yang sopan dan berhemah. Lantaran itu, kita juga perlu memberi nasihat dan tunjuk ajar atas kesalahan yang dilakukan oleh sahabat kita.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR
9
ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
10
Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 10. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Zainal mengayuh basikalnya dengan cermat. Kegopohan boleh menyebabkan kuih seri muka dan air oren yang dibawanya terjatuh. Setelah sampai di sawah, Zainal berhati-hati meniti batas-batas bendang yang kecil dan berlubang-lubang itu. “Kenapa lambat sangat? Lihat di sana tu, mereka telah pun siap menuai padi kita,” kata Pak Musa agak separuh merungut dan rasa terkilan. Zainal meminta maaf kepada bapanya. Di tepi batas kelihatan deretan guni yang berisi padi yang baru dituai. Zainal tersenyum melihat deretan padi yang banyak itu. “Syukurlah, tahun ini padi kita menjadi. Tahun ini kita memperoleh 90 guni padi. Tahun lepas kita hanya mendapat kurang satu pertiga daripada hasil tahun ini,” jelas Pak Musa kepada anak tunggalnya dengan nada yang agak ceria. “Tampaknya, rezeki kita lebih sedikit tahun ini,” sampuk Zainal. “Begitulah nampaknya Zainal. Oh, ya! Tolong belikan ayah dua bungkus nasi berlaukkan ikan keli masak pedas dan dua bungkus milo ais di Warung Wak Sarif. Nasi bungkus dan milo ais tersebut ayah nak sedekahkan kepada kedua-dua pemandu jentera penuai itu. Nah, ambil duit sepuluh ringgit ini! Hantar cepat nasi bungkus dan milo ais tu nanti,” pinta Pak Musa kepada Zainal dengan nada yang riang.
10
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti berhati-hati semasa melakukan sesuatu kerja. Justeru, masa itu emas, kita mesti menepati masa kerana masa itu amat berharga, masa penentu kejayaan. Oleh itu, kita mesti sanggup mengakui akan kesalahan kita dan cepat-cepat meminta maaf. Namun demikian, kita perlu bersyukur atas rezeki yang dikurniakan kepada kita. Kita hendaklah melakukan kerja yang disuruh oleh ibu bapa kita dengan segera dan dengan senang hati. Lebih-lebih lagi, suka bersedekah adalah satu daripada amalan yang mulia dan disanjung tinggi. Di samping itu, kita akan berasa gembira jika sesuatu kerja yang telah kita lakukan membuahkan hasil dan mencapai matlamatnya.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR
10
ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
11
Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 11. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sampah sarap bertaburan di merata-rata tempat. Sampah sarap ini bukan sahaja dibuang di tangga, malah di beranda beberapa buah rumah pangsa di situ. Selain itu terdapat segelintir penduduk di tingkat atas turut membuang sampah melalui tingkap tanpa memperdulikan orang yang lalu-lalang di kawasan rumah pangsa tersebut. Perbuatan ini dikhuatiri akan memberi imej yang kurang baik kepada rakyat di negara ini. Bagaimana pula tanggapan pelancong asing apabila melihat keadaan dan situasi yang kotor dan tidak terurus itu. Sudah tentulah pelbagai tanggapan negatif akan dilemparkan kepada penghuni rumah pangsa tersebut. Tambahan pula, keadaan yang kotor itu menyebabkan nyamuk, lipas, tikus, dan lalat membiak serta menimbulkan bau yang sungguh busuk. Hal ini sekali gus mengganggu keselesaan para penduduk di kawasan ini. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan tegas kepada penduduk yang tidak menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal mereka.
11
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti menjaga kebersihan kawasan kediaman dan persekitaran rumah kita. Oleh itu, kita seharusnya membuang sampah sarap di tempat yang disediakan. Tambahan pula, kita disarankan untuk menjaga kebersihan tempat tinggal kita, kebersihan mengambarkan keperibadian kita. Di samping itu, kita sepatutnya tidak membiarkan tempat tinggal kita dicemari oleh sampah sarap kerana kekotoran ini boleh menimbulkan bau yang busuk. Lebih-lebih lagi, kita sepatutnya menjaga imej baik tempat tinggal kita dengan mengutamakan kebersihan tempat tinggal kita. Kawasan yang kotor dan berbau busuk boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat, lipas, dan tikus. Oleh sebab itu, kita juga sepatutnya menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal kita kerana kebersihan menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR
11
ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
12
Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 12. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Semasa Sirajuddin berusia lapan tahun, dia mempunyai masalah lambat dan tidak sukar menguasai kemahiran membaca. Dia tidak dapat membaca dengan lancar seperti rakan-rakan sekelasnya yang lain. Kadang kala dia ditertawakan oleh rakan-rakan sekelasnya. Namun begitu, Sirajuddin tidak pernah berputus asa. Dia berazam untuk belajar membaca sehingga lancar. Setiap hari, dia akan membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang terdapat di rumahnya. Ibu dan bapanya juga sering membelikannya buku-buku cerita dan majalah kanak-kanak. Mereka sentiasa memberikan sokongan yang padu kepadanya. Lama-kelamaan, pembacaannya semakin lancar, akhirnya Sirajuddin berjaya menguasai kemahiran membaca dengan baik. Sejak hari itu, rakan-rakannya tidak lagi mentertawakannya. Dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberinya kekuatan dan semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya. Kini, Sirajuddin telah bergelar mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dia berazam untuk menjadi seorang jurutera yang terkenal.
12
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita sepatutnya peka dengan asam garam kehidupan seharian kita, bukan semua yang kita impikan boleh dicapai dengan mudah. Oleh sebab itu, kita tidak seharusnya berputus asa sekiranya belum mencapai sesuatu yang dihajati. Namun demikian, kita juga perlulah berusaha secara berterusan untuk mencapai kejayaan. Lebih-lebih lagi, kita mesti mempunyai keazaman serta berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan. Justeru, kita mestilah menghargai sokongan Ibu bapa yang memberi dorongan kepada kita untuk berjaya. Dalam pada itu, kita seharusnya tidak mempersenda dan memperkecil kebolehan orang lain, sebaliknya kita perlu memberikan bantuan untuk memajukan dirinya. Kesimpulannya, kita juga harus bersyukur atas kurniaan Tuhan kepada kita sehingga kita berjaya pada tahap yang paling gemilang.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR
12
ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
13
Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 13. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
KUALA KUBU BHARU, 23 Februari – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, secara rasminya melancarkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menegaskan, kerajaan memberi nilai tinggi kepada generasi muda dan mengiktiraf peranan mereka sebagai bakal pemimpin masa depan. Perdana Menteri berkata, golongan muda yang mewakili 60 peratus rakyat negara ini akan berperanan di barisan hadapan membawa negara ke mercu kejayaan. Lebih-lebih lagi, apabila Malaysia mencapai status negara maju 15 tahun akan datang. PLKN, katanya adalah usaha terbaru kerajaan untuk melahirkan generasi muda Malaysia yang baik, berdisiplin, berpekerti mulia, bercita-cita tinggi, malah berkeupayaan untuk berjaya dalam segala bidang yang diceburi. “Kita berharap, mereka yang menjalani Program Latihan Khidmat Negara ini akan menjadi anak muda yang lebih bertanggungjawab, jujur, amanah, berdisiplin, dan berpekerti mulia,” katanya ketika melancarkan program itu di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, semalam. Harapan Perdana Menteri ini juga menjadi satu daripada agenda kerajaan bagi menyediakan tenaga muda yang berkemahiran tinggi, berketrampilan, berilmu, dan berpekerti mulia.
13
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya menyokong Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah direncanakan kerana program ini bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh, dan memperkasa mental serta fizikal generasi muda. Oleh sebab itu, kita perlukan generasi muda yang berilmu kerana mereka bakal dan akan mewarisi pemerintahan negara. Di samping itu, kita perlukan generasi muda yang bersedia berada di barisan hadapan bagi menjayakan hasrat Malaysia sebagai negara maju pada Tahun 2020 nanti. Tambahan pula, pihak kerajaan telah berusaha menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana kepada generasi muda untuk melatih dan membimbing mereka ke arah pembentukkan disiplin yang baik, bertanggungjawab dan berpekerti mulia. Lebih-lebih lagi, jika nilai murni ini dapat kita semai dan praktikkan, nescaya negara kita dapat melahirkan para pemimpin yang berkaliber, berilmu pengetahuan, dan berhemah tinggi.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR
13
ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
14
Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] 14. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Wahai kawan dengarlah pesanan, Agar hidup selamat selalu; Ke mana pergi menjadi teladan, Di sanjung orang setiap waktu. Ke mana pergi menjadi teladan, Disanjung orang setiap waktu; Berbudi bahasa menjadi sanjungan, Jadikan hiasan buat dirimu. Berbudi bahasa menjadi sanjungan, Jadikan hiasan buat dirimu; Penuhkan dada dengan bekalan, Carilah ilmu dari gurumu.
14
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya mendengar akan pesanan orang tua-tua kepada anak cucunya supaya menjaga adat, tutur kata, dan tingkah laku ketika berada di perantauan. Oleh itu, segala perilaku yang baik, tutur bicara yang bersopan serta peribadi yang berhemah haruslah kita jadikan hiasan diri. Justeru, segala tindak tanduk dan perlakuan yang baik haruslah dijadikan teladan dan pegangan hidup. Di samping itu, keperibadian mulia yang dipertontonkan merupakan satu teladan yang amat tinggi nilainya kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi, masyarakat menilai seseorang individu melalui tingkah lakunya, budi bahasanya, dan pergaulannya. Lagipun, ilmu pengetahuan yang tinggi dan gaya hidup yang beradab serta tutur kata yang manis akan menjadi ikutan. Tambahan pula, orang yang berilmu dan beramal dengan ilmu yang baik sungguh disenangi oleh segenap lapisan masyarakat.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR
14
ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C