MEMBINA AYAT KOHESI LEKSIKAL REPETISI DENGAN KAEDAH „PEMBARIS OATAK ARdiKOOS AJAIB’ Oleh: Tn. Hj. Fauzi Bin Salleh Khirul Amir Bin Abu Hasan IPGK Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. ABSTRAK Kajian ini dirangka dan dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan murid bagi membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar rangsangan. Saya mengesan masalah ini semasa menjalankan sesi praktikum di Sekolah Kebangsaan Ringlet Cameron Highland. Terdapat enam daripada dua puluh dua orang murid dari kelas tahun Lima Ceria telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekaburan dalam membina ayat kohesi secara gramatis kerana murid tidak mempunyai teknik dan kemahiran yang betul. Mereka membina ayat tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul serta tidak gramatis. Kajian ini diwujudkan bagi membantu murid menyelesaikan masalah asas membina ayat yang mempunyai kohesi supaya dapat membantu murid meningkatkan kemahiran dalam membina ayat berkohesi dalam wacana atau penulisan karangan. Kajian ini dijalankan dengan memfokuskan objektif kajian iaitu untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar menggunakan Kaedah ‘Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib’. Data dikumpulkan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, ujian pra, latihan pengukuhan, ujian pasca, senarai semak dan soal selidik. Pendekatan kuantitatif digunakan supaya data yang dianalisis dapat menunjukkan peningkatan penguasaan murid melalui ujian yang telah dijalankan. Melalui hasil analisis yang telah dibuat pencapaian murid meningkat setelah menggunakan Kaedah ‘Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib’. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini perlu ditekankan agar murid lebih mahir untuk membina ayat yang mempunyai kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis khususnya dalam penulisan formal terutama aspek bahasa seperti yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kata kunci : Kohesi, Membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis, Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib.
PENGENALAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas yang mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara umumya dari segi pengaplikasian strategi pengajaran ratarata bersetuju bahawa proses pengajaran seharusnya bermula daripada mudah kearas yang lebih sukar. Bertitik tolak daripada permasalahan ini, penyelidik telah mengambil inisiatif dengan menggunakan satu kaedah inovasi bagi menyelesaikan masalah ini daripada berlanjutan. Tujuannya adalah untuk membantu murid membina ayat yang mempunyai kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis. Hal ini demikian kerana, penguasaan konsep kohesi amat penting dalam penulisan karangan atau konteks yang lebih tinggi iaitu wacana. Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Dengan itu kohesi adalah “organisasi sintaktik”. Organisasi sintaktik merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan padat. Dengan susunan tersebut dapat menghasilkan tuturan iaitu hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana, baik dari segi tingkat gramatikal mahupun dari segi tingkat leksikal tertentu. Dengan penguasaan dan pengetahuan konsep kohesi yang baik, seseorang dapat menghasilkan wacana yang baik. Perkaitan dengan wacana ialah kohesi akan berhubungan dengan konsep wacana sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah. Kajian mendapati murid tidak dapat membina ayat yang mempunyai kohesi secara gramatis dan betul. Hal ini mungkin disebabkan murid kurang memahami makna atau konsep kohesi itu sendiri. Jadi penyelidik telah memikirkan satu kaedah inovasi bagi membantu murid dalam membina ayat berkohesi dengan betul. Setelah memikirkan beberapa perkara, penyelidik telah mengambil keputusan untuk memfokuskan masalah ini kepada kajian kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama bagi membantu murid membina ayat berkohesi. Berdasarkan masalah kajian yang dipilih dapat dijelaskan dengan lebih lanjut seperti di bawah: Ayat: Kohesi:
Leksikal: Repetisi: Perkataan Sama:
Satu perkataan atau serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud atau kalimat. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dalam sesuatu benda yang menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan, perhubungan yang erat atau perpaduan. Bukan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa (makna sesuatu perkataan itu sendiri). Ulangan/ latihan ulangan Satu Perkataan atau dua yang sama tanpa menambah imbuhan pada perkataan tersebut.
Kesimpulan berdasarkan penerangan di atas, dapat disimpulkan bahawa ayat kohesi membawa pengertian kepada ayat yang mempunyai kesinambungan atau pertautan yang baik dalam sesuatu ayat. Dalam kohesi leksikal mempunyai beberapa bidang antaranya, pengulangan perkataan yang sama, sinonim, hiponim dan kolokasi. Penyelidik telah memilih kohesi pengulangan perkataan yang sama (repetisi) sebagai kajian bagi membantu responden memahami konsep asas kohesi terlebih dahulu sebelum menguasai keseluruhan konsep kohesi. Akhir sekali, perkataan yang sama membawa pengertian satu atau lebih perkataan yang terdapat dalam ayat pertama mesti diulang semula dalam ayat kedua tanpa mengubah perkataan tersebut. Maka, terbitlah satu ayat yang dipanggil sebagai ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama melalui kaedah yang dijalankan.
FOKUS KAJIAN Berdasarkan pengalaman dan tinjauan yang telah dijalankan, penyelidik memilih masalah membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berdasarkan gambar yang diberi. Penyelidik telah mengenal pasti beberapa masalah berkaitan pengajaran bagi membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dalam kemahiran menulis. Kemahiran menulis adalah kemahiran yang dianggap paling sukar untuk dikuasai oleh murid. Penyelidik mendapati bahawa murid lebih gemar membina ayat tunggal yang tiada kesinambungan dalam wacana dan kegagalan mereka membina ayat berkohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan baik dalam penulisan. Semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran didapati murid menghadapi masalah dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis jika idea utama dan idea sampingan tidak disertakan. Amalan memberikan murid gambar dan perbendaharaan kata semasa membina ayat dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tetapi murid masih lagi tidak dapat mengembangkan ayat menjadi ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis yang lengkap. Bagi mengesahkan lagi fokus kajian, penyelidik telah memberi soalan ujian pra kepada murid Tahun Lima Ceria untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis. Setelah menyemak soalan pra ujian tersebut, didapati beberapa orang murid tidak dapat mengembangkan idea untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berdasarkan gambar yang diberikan. Murid hanya membina ayat berdasarkan perkara yang dilihat dan bukan menggunakan hukum yang betul mengikut konstituen yang telah ditetapkan. Hasil kajian yang telah dijalankan terhadap murid sememangnya mempunyai masalah besar dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis. Penyelidik akan menetapkan masalah ini iaitu murid tidak dapat membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan betul sebagai fokus kajian penyelidik. Penyelidik akan menggunakan kaedah pengajaran yang lebih mudah iaitu kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib” berbanding kaedah yang telah digunakan oleh guru-guru sebelum ini. Kaedah pengajaran yang dicipta ini dapat memudahkan lagi kefahaman murid tentang cara sebenar untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan betul. Penyelidik akan memastikan dan mengambil langkah yang terbaik untuk membina kaedah yang bersesuaian dengan aras dan potensi murid supaya kaedah yang dirancang dapat diaplikasikan dengan baik dan dapat menyelesaikan fokus kajian penyelidik.
PELAKSANAAN TINDAKAN Bagi mengatasi masalah kajian, penyelididk telah mencipta kaedah “Pembaris OATAK ArdiKOOS Ajaib” bagi memudahkan pemahaman murid sekolah rendah tentang penguasaan membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan betul berdasarkan gambar. Penyelidik telah menjalankan kajian ini mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu selama dua minggu. Tajuk ini dipilih bagi memudahkan murid mengingat kata kunci dalam proses membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara garamatis. Bagi tajuk kaedah ini, “OATAK” bermaksud Orang, Aktiviti, Tempat, Alatan dan Keterangan. Manakala “ARdiKOOS” pula membawa maksud Akar
repetisi, kata sendi „di‟, kata Kerja, kata sendi „oleh‟, Orang, dan Situasi. Secara amnya kaedah ini dapat membantu responden meningkat kemahiran membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama melalui penelitian dan proses pemikiran berikut: Ayat Pertama Orang:
Merujuk kepada manusia atau watak. Murid bebas untuk menggunakan nama atau panggilan gelaran sahaja atau keduaduanya sekali pada item “orang”. Contoh untuk nama, Amir, Haikal, Humaira, Najiha dan Nabila. Contoh untuk gelaran, pak cik, Atok, Ayah, Ibu dan Nenek. Contoh kedua-duanya, Pak Cik Fauzi, Ibu Aisyah, Datuk Hasan.
Aktiviti:
Melibatkan sesuatu kegiatan, atau perbuatan yang sedang dilakukan. Contohnya, bermain, menamam pokok, mencuci tingkap dan sebagainya.
Tempat:
Melibatkan latar tempat, sama ada nama tempat atau lokasi umum. Contoh nama tempat, Kampung Pinang, Melaka dan Daerah Lipis. Contoh umum, dalam kelas, belakang rumah dan atas bukit.
Alatan:
Sejenis alat atau benda yang nampak seperti cangkul, pisau, kain tuala dan penyapu.
Keterangan:
Huraian untuk menerangkan sesuatu atau penjelasan. Tujuan, untuk memantapkan ayat yang dibina.
Ayat Kedua Akar Repetisi:
Perkataan yang sama dalam ayat pertama mesti diambil dan diulangi sekali lagi dalam ayat kedua. Perkataan yang digunakan mestilah sama dan tidak berubah dari segi penambahan imbuhan misalnya. Perkataan ini diambil daripada item “aktiviti” atau pun “alatan”. Perkataan tersebut mestilah terdiri daripada benda, alatan, makanan, tumbuhan dan lain-lain yang dirasakan sesuai.
Kata hubung relatif:
Perkataan “yang” digunakan.
Kata sendi “di”:
Kata sendi “di” digunakan.
Kata kerja:
Kata kerja yang melambangkan perbuatan seseorang seperti berlari, lap, makan dan menanam.
Kata sendi “oleh”:
Kata sendi “oleh” digunakan.
Orang:
Ambil semula watak yang terlibat dalam ayat pertama.
Situasai:
Menggambarkan suasana, situasi, sifat alatan, keadaan dan keterangan yang sesuai mengenai akar repetisi.
Kaedah yang digunakan memboleh murid menulis di atas pembaris tersebut menggunakan “Marker pen” dan pembaris tersebut mempunyai satu ruang lut sinar yang membolehkan responden melihat serta meneliti gambar rangsangan yang ingin difokuskan melalui plastik lut sinar tersebut. Setelah menaakul gambar
rangsangan tersebut responden akan menulis di atas pembaris tersebut ayat yang ingin dihasilkan. Contohnya, gambar sesorang sedang menyapu sampah. Orang
Aktiviti
Tempat
Alatan
Siti
sedang menyapu sampah
di dalam kelasnya
dengan menggunakan penyapu
Akar Repetisi (alatan, benda, tumbuhan, makanan dll) Sampah
Kata Kata Hubung Sendi Relatif “di” “yang” yang
di
Kata Kerja
Kata Sendi “Oleh”
sapu
oleh
Keterangan yang baru dibeli oleh guru kelasnya. Situasi (sifat alatan, Orang keadaan, suasana dan keterangan kelihatan Siti banyak dan berhabuk.
ATAU Penyapu
yang
di
gunakan
oleh
Siti
kelihatan baru dan unik.
Setelah responden menulis di atas pembaris tersebut dan mendapati ayat tersebut betul, barulah responden memindahkan ayat tersebut di atas kertas atau buku yang digunakan. Kesimpulannya, berdasarkan kaedah pembaris tersebut, ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis yang dihasilkan ialah: 1. Siti sedang menyapu sampah di dalam kelasnya dengan menggunakan penyapu yang baru dibeli oleh guru kelasnya. Sampah yang disapu oleh Siti kelihatan banyak dan berhabuk. 2. Siti sedang menyapu sampah di dalam kelasnya dengan menggunakan penyapu yang baru dibeli oleh guru kelasnya. Penyapu yang digunakan oleh Siti kelihatan baru dan unik. METODOLOGI Penyelidik menggunakan model Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) dalam mereka bentuk tindakan yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan di bawah: (1) Mereflek
(4) Memerhati
(2) Merancang
(3) Bertindak Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)
OBJEKTIF Secara khususnya, penyelidikan ini dijalankan untuk membantu murid: 1. Meningkatkan kefahaman sampel dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar dengan menggunakan kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib”. 2. Membandingkan nilai markah yang diperoleh sampel antara ujian pra dan pasca dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar setelah kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib” dilaksanakan. 3. Meningkatkan perhatian sampel terhadap kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib” untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar. KUMPULAN SASAR Seramai 6 orang responden dari Sekolah Kebangsaan Ringlet, Cameron Highlands, Pahang yang telah dipilih. Responden dipilih berdasarkan keputusan ujian pengesanan awal yang telah dijalankan.
INSTRUMEN KAJIAN a) Ujian i. Ujian pra ii. Ujian pasca b) Latihan pengukuhan c) Pemerhatian d) Senarai semak e) Soal selidik
CARA PENGUMPULAN DATA a) Ujian Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis. Terdapat dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan. Jika keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai. Kedua-dua set soalan ujian pra dan ujian pasca mestilah sama ataupun setara untuk membolehkan perbandingan dibuat. b) Latihan pengukuhan Latihan pengukuhan telah dijalankan selepas ujian pra. Latihan pengukuhan dijalankan supaya penyelidik dapat menilai tahap kefahaman responden. Penyelidik telah memberi latihan pengukuhan kepada responden selepas sesi pengajaran. Penyelidik telah memberikan dua latihan pengukuhan kepada responden sepanjang kajian dijalankan.
c) Pemerhatian Pemerhatian ini dilakukan bertujuan untuk melihat adakah perhatian respoden dapat dipertingkatkan dengan menggunakan Kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib” berbanding kaedah pengajaran biasa di dalam kelas dalam proses pengajran dan pembelajaran. Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas para responden sepanjang pelaksanaan Kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib”. Pemerhatian ini dijalankan dengan melihat kepada reaksi serta tingkah laku responden yang dirasakan signifikan serta berkait dengan kajian yang dijalankan yang boleh membantu mengukuhkan lagi dapatan kajian. d) Senarai semak Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan responden dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Kaedah pengumpulan data melalui senarai semak ini sangat penting kepada penyelidik. Hal ini kerana, senarai semak ialah satu dokumen yang telah disenaraikan aspek-aspek pemerhatian dan penyelidik hanya perlu membuat tanda untuk merekod aspek-aspek pemerhatian tersebut. e) Soal selidik Instrumen kajian seterunya ialah soal selidik. Soal selidik dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan Kaedah “Pembaris OTAK ARdiKOOS Ajaib” dalam meningkatkan perhatian dan kefahaman responden terhadaap tajuk pelajaran yang diajar. Soal selidik yang digunakan oleh penyelidik berbentuk soalan tertutup. Responden perlu memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang berkaitan.
DAPATAN KAJIAN Soalan kajian 1: Bagaimanakah kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib” dapat meningkatkan kefahaman responden dalam membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar? Persoalan kajian pertama ini boleh dijawab berdasarkan hasil dapatan analisis borang soal selidik dan latihan pengukuhan. Pertama, hasil keputusan analisis berdasarkan soalan selidik yang dibuat ini telah menunjukkan peningkatan tahap kefahaman responden untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi secara gramatis dengan betul. Rajah 2 di bawah menunjukkan graf hasil dapatan analisis melalui soal selidik yang telah dijalankan.
Peratus %
Graf Analisis Soal Selidik Bahagian B 100 50 0 YA %
S1 67
S2 0
S3 67
S4 100
S5 50
S6 100
S7 100
S8 100
S9 100
S10 100
TIDAK %
33
100
33
0
50
0
0
0
0
0
Rajah 2: Graf analisis dapatan kajian melalui kaedah soal selidik bahagian B
Tuntasnya, hasil analisis soal selidik ini telah membuktikan bahawa berlakunya peningkatan dalam pemahaman responden dalam penguasaan kemahiran membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar rangsangan. Persoalan pertama ini juga boleh dijawab berdasarkan kaedah pengumpulan instrument data yang seterusnya iaitu berdasarkan latihan pengukuhan. Dapatan kajian berdasarkan latihan pengukuhan yang diberikan kepada responden yang mempelajari kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib” telah menunjukkan dan membuktikan berlakunya peningkatan dalam keputusan penskoran markah yang diperoleh oleh responden. Dua set latihan pengukuhan telah disediakan oleh penyelidik dan diberikan kepada responden kajian untuk dijawab dengan menggunakan kaedah kajian yang telah diajarkan iaitu “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib”. Rajah 3 di bawah menunjukkan graf hasil peningkatan markah serta peratusan kajian melalui latihan pengukuhan yang telah dijalankan.
Markah/ Peratus
Peningkatan Markah / Peratusan daripada Latihan Pengukuhan 1 dan 2 100 80 60 40 20 0 MARKAH P1
R1 12
R2 14.5
R3 12.5
R4 13.5
R5 13.5
R6 14.5
MARKAH P2
15
16
14.5
16
15
17
PERATUS % P1
60
73
63
68
68
73
PERATUS % P2
75
80
73
80
75
85
Rajah 3: Graf perbandingan markah antara latihan pengukuhan 1 dan latihan pengukuhan 2. Soalan kajian 2: Adakah berlaku peningkatan nilai markah yang diperoleh sampel antara ujian pra dan pasca dalam kemahiran membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar setelah kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib” dilaksanakan? Berdasarkan keputusan analisis yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib” ini sangat berkesan dalam membantu responden membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan betul. Hal ini dapat membuktikan dengan perbezaan markah responden terhadap ujian yang telah dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pasca. Kesemua responden menunjukkan peningkatan markah penskoran antara ujian pra dan ujian pasca. Sebelum ini responden hanya memperoleh 0-10 markah sahaja semasa ujian pra namun responden telah menunjukkan peningkatan markah 15-18 markah bagi ujian pasca. Rajah 4 di bawah menunjukkan dengan lebih jelas peningkatan yang dicapai oleh responden melalui kaedah kajian ini.
Markah/ Peratus
Peningkatan Markah / Peratusan Antara Ujian Pra dan Pasca
100 80 60 40 20 0
MARKAH UJIAN PRA
R1 6.5
R2 9.5
R3 6
R4 8
R5 7
R6 10
MARKAH UJIAN PASCA
15
17.5
15
17.5
16
18
PERATUS % UJIAN PRA
33
48
30
40
35
50
PERATUS % UJIAN PASCA
75
88
75
88
80
90
Rajah 4: Graf perbandingan markah antara ujian pra dan pasca Soalan kajian 3: Adakah kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib” dapat meningkatkan perhatian sampel untuk membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis berpandukan gambar? Bagi menjawab persoalan kajian ini, analisis terhadap aspek pemerhatian dan senarai semak telah dilakukan ke atas responden yang dipilih. Aspek-aspek pemerhatian telah ditetapkan terlebih dahulu oleh penyelidik sebelum melantik pemerhati untuk menilai pemerhatian tersebut. Hasil dapatan pemerhatian yang dilakukan ke atas responden melalui tiga sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib” berlaku peningkatan perhatian responden. Peningkatan Skor dari Pemerhatian Kali Pertama, Kedua dan Ketiga
Responden
R6 R5 R4 R3 R2 R1 0
10
20
30
40
R1
R2
R3
R4
R5
R6
JUMLAH KESELURUHAN
25
33
25
33
33
36
PEMERHATIAN 3
13
15
13
15
15
15
PEMERHATIAN 2
8
11
8
11
11
12
PEMERHATIAN 1
4
7
4
7
7
9
Rajah 5: Graf perbandingan dapatan keputusan hasil permerhatian kali pertama, kedua dan ketiga Berdasarkan rajah 5 di atas, jelaslah membuktikan bahawa berlakunya peningkatan tahap perhatian responden terhadap pengajaran dan pembelajaran daripada pemerhatian kali pertama, kedua dan kali ketiga. Untuk menjawab persoalan kajian tiga ini juga, instrument senarai semak boleh digunakan bagi membuktikan responden dapat memberi tumpuan yang baik semasa kajian dijalankan. Responden dapat memberi tumpuan ketika aktiviti berlangsung dengan catatan sebanyak 100% dan ini mununjukkan kesemua pemerhati bersetuju dengan pernyataan yang dikeluarkan.
Peratus %
Graf Analisis Senarai Semak 100 50 0 TIDAK % YA %
SOALAN 1 0
SOALAN 2 0
SOALAN 3 0
100
100
100
Rajah 6: Graf analisis hasil keputusan senarai semak. PERBINCANGAN DAN CADANGAN Melalui refleksi kajian ini, penyelidik berpendapat terdapat beberapa cadangan yang perlu dibuat untuk meningkatkan lagi penguasaan responden bagi membina ayat kohesi leksikal repetisi perkataan yang sama secara gramatis dengan betul. Terdapat beberapa perubahan lain perlu penyelidik lakukan dalam meningkatkan penguasaan responden selain menggunakan kaedah “Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib”. Pengkaji boleh menggunakan kaedah ganjaran bagi meningkatkan lagi motivasi responden ke arah yang lebih memberangsangkan. Peneguhan sangat penting dalam membina keyakinan diri responden. Dengan adanya peneguhan seperti ini sekali gus akan dapat meningkatkan minat dan usaha responden untuk berubah. Kaedah yang penyelidik bina ini juga boleh dimurnikan dengan mewujudkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan bahan bantu mengajar secara interaktif. Dengan adanya bahan bantu mengajar secara interaktif ini, PdP dapat dijalankan secara menyeluruh dan holistik kepada seluruh murid di dalam kelas dan bukannya hanya tertumpu pada sebilangan murid sahaja. Malah kaedah yang dihasilkan dapat dimurnikan dengan menghasilkan pelbagai jenis pembaris ayat bagi membantu memudah murid yang mengalamai masalah dalam kemahiran membina ayat seperti pembaris membina ayat majmuk, pembaris membina ayat kohesi, pembaris membina ayat tunggal, pembaris membina ayat songsang dan pembaris membina ayat gramatis. Kesemua pembaris ini boleh digabungkan sekali agar memudahkan murid membina ayat dengan menggunakan alatan bantu mengajar ini apabila diperlukan. Seterusnya, diharapkan juga agar pada masa akan datang, kaedah kajian ini dilaksanakan dan diberi nafas baharu dengan memasukkan elemen-elemen didik hibur seperti yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kesimpulannya, dalam sesuatu kajian itu terdapat banyak kekangan yang akan melemahkan sesuatu kaedah yang dibina. Namun, dengan kekangan jugalah, banyak terbina pembaharuan yang lebih segar dan moden untuk diadaptasikan oleh penyelidik dalam menghapuskan semula kekangan-kekangan yang ada. Semoga kaedah inovatif yang dibina ini mampu memberi sebanyak mungkin manfaat kepada generasi akan datang. SENARAI RUJUKAN Abdullah Hassan. (1986 ). Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman. (2006). Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar. (1987). Bahasa Melayu Saintifik. Kualal Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haliday, M.A.K. dan Ruqaiya Hasan (1976). Cohesion In English. London: Longman. Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof dan Zaridah Yusof. (2014). Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahas Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Khatijah Abdul Hamid. (1996). Wacana Dalam Teks Penulisan: Satu Tinjauan Tentang Pertautan Berdasarkan Analisis Kohesi dan Koheren. Jurnal Dewan Bahasa, 40 (10), 0420 – 2090. Sanat Md Nasir. (2002). Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu Perkataan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu ii. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.