|
|
|
|
TERBITAN RASMI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN APRIL/MEI 2010 ISSN 0217-5372 TAHUN KE-36 (03-BIL.18/10) DIEDARKAN SECARA PERCUMA
MB lancar Kaunter Bergerak Kutipan Hasil Tanah
TANGGUNGJAWAB JELASKAN CUKAI
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR SUNGAI PETANI - Majlis Pelancaran Kaunter Bergerak Cukai Tanah berjaya mengutip sejumlah RM6.9 juta cukai tanah yang terkumpul dari pelbagai pihak. Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, pentadbiran tanah negeri memainkan peranan yang cukup agresif dalam mengutip cukai tanah seperti mengadakan siasatan, mengeluarkan Notis 6A kepada pemilik tanah termasuklah kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang tidak membayar tunggakan cukai tanah. Beliau turut menyokong tindakan Pejabat Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah Daerah yang menguatkuasakan undang-undang termasuk tindakan rampasan tanah ke atas pemilik tanah yang enggan membayar tunggakan cukai tanah. “Saya dimaklumkan bahawa sudah ada tanah milik GLC yang sekarang ini di dalam tindakan Pentadbir Tanah Daerah untuk
“
Ahmad I’zzat dilantik Timbalan Speaker DUN Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menerima replika cek bayaran cukai tanah, di kiri beliau ialah Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Muhamad Noor Rofie rampasan dan penguatkuasaan undang-undang ini dilaksanakan tanpa kompromi, adil dan saksama tanpa mengira status pemilik tanah tersebut,” ujarnya. Majlis pelancaran Kaunter Bergerak Kutipan Hasil Tanah Peringkat Negeri Kedah itu
Anggur manis dari Sik
Daerah Sik menjadi pelopor pengeluaran anggur Negeri Kedah. YAB Menteri Besar sedang memetik buah di ladang anggur Beris, Sik. Berita selanjutnya lihat muka 18
diadakan di SP Plaza, di sini. Dengan pelbagai kemudahan yang ada, katanya, tidak ada sebab untuk pemilik tanah tidak membayar cukai tanah dan sekiranya rasa tidak mampu untuk membayar semua cukai tanah, kemudahan ansuran boleh dibuat di pejabat tanah. “Macam-macam kemudahan yang disediakan oleh pentadbiran tanah negeri untuk tujuan memudahkan dan menggalakkan pemilik tanah menjelaskan cukai tanah tetapi segala kemudahan yang ada ini tidak membawa apaapa makna jika pemilik tanah tidak ada kesedaran atau tidak ada rasa tanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri,” jelasnya. Menteri Besar memaklumkan, terdapat kemudahan kaunter bergerak di kampung-kampung di mana penghulu serta ahli jawatankuasa masjid memainkan peranan penting untuk memaklumkan kepada penduduk setempat mengenai kemudahan kaunter bergerak ini. “Menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjelaskan cukai tanah kerana cukai yang menjana
pendapatan negeri ini akan dapat menampung perbelanjaan fizikal seperti pembinaan sekolah, masjid, balai raya dan sebagainya dan sekiranya cukai tidak dibayar, pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya,” katanya. Tambahnya, Kerajaan Negeri juga banyak membelanjakan peruntukan bagi menggalak dan mengingatkan pemilik tanah tanggungjawab untuk membayar cukai melalui pelbagai cara. Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Dr. Abd. Isa Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Hamdan Mohamed Khalib; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Muhamad Noor Haji Rofie dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato’ Abdullah Mat Akhir.
ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, YB Ustaz Ahmad I’zzat Mohamad Shauki, 31, dilantik sebagai Timbalan Speaker bagi menggantikan YB Ustaz Abd Ghani Ahmad. Abdul Ghani telah dilantik sebagai Exco sejak 10 Mac lalu sebagai menggantikan YB Haji Abdullah Jusoh. Pelantikan tersebut telah dilakukan pada Sidang Dewan Negeri dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Kedua Belas di Wisma Darul Aman, di sini. Usul pelantikan YB Ustaz Ahmad I’zzat sebagai Timbalan Speaker dibawa oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan disokong oleh ADUN Pengkalan Kundor, YB Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi dengan mendapat persetujuan daripada Speaker DUN, YB Dato’ Dr. Abdul Isa Ismail. YB Dato’ Dr. Isa berkata, usul melantik Timbalan Speaker boleh dicadangkan oleh mana-mana ADUN dalam tempoh tiga minggu selepas kekosongannya namun sepanjang tempoh itu, hanya YB Ustaz Ahmad I’zzat yang dicalonkan oleh Menteri Besar. YB Ahmad i’zzat merupakan ADUN termuda Negeri Kedah dan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Persidangan DUN kali ini berlangsung selama kira-kira satu jam setengah dan hanya membawa dua agenda sahaja, iaitu lantikan Timbalan Speaker serta pertanyaan-pertanyaan lisan.
02 Editorial
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Lantikan dan persaraan imam ikut peraturan Oleh: AMELIA HASHIM ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak menjadikan anutan politik seseorang sebagai kriteria dalam mengekal dan melantik pegawai masjid di negeri ini. Demikian penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi YB Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul. Menurut Taulan, pegawai masjid termasuk imam-imam yang ada dilantik ketika pemerintahan terdahulu dan dikekalkan sehingga hari ini. Jika terdapat kekosongan kerana kematian, jawatan itu akan diisi mengikut prosedur yang sedia ada. “Mana-mana pegawai masjid termasuklah imam yang sudah mencapai usia lebih daripada 60 tahun serta tidak berupaya lagi menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya maka disarankan supaya bersara. Had umur ini ada dalam syarat-syarat imam iaitu di bawah 60 tahun. “Ini dilakukan kerana terdapat aduan yang dibuat oleh anak-anak kariah di beberapa buah masjid mengenai tingkah laku imam berkenaan yang gagal melaksanakan tugasnya dengan baik disebabkan faktor usia dan lain-lain sebab,” katanya. Mengenai dakwaaan yang
hubungan baik dengan anak-anak kariah. “Imej imam itu sangat penting bukan sahaja untuk mengimarahkan masjid tetapi bagi seluruh masyarakat di dalam kariahnya,” katanya. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan di mana-mana masjid anakanak kariah boleh mencalonkan sesiapa sahaja tidak mengira pegangan politik dan Jawatankuasa Pejabat Agama akan memilih sesiapa layak menerusi temuduga. Datuk Syeikh Uzir Baharom mengatakan kerajaan memaksa pegawai masjid supaya bersara adalah tidak benar sama sekali dan pihak yang mengeluarkan kenyataan itu hendaklah melakukan siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan. Selepas menerima aduan daripada anak kariah Pejabat Agama akan menjalankan siasatan terperinci. Sekiranya didapati aduan tersebut ada asas barulah pegawai berkenaan dipanggil dan diminta tunjuk sebab atau disarankan supaya bersara. Katanya, kedudukan imam pada sesebuah masjid terletak pada
Sementara itu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) Datuk Syeikh Uzir Baharom berkata, institusi itu berada bawah bidang kuasa Tuanku Sultan Kedah dan tidak melibatkan terikat dengan pandangan atau kefahaman parti politik. “Tidak tepat untuk berkata kita main politik. Apa yang kita buat hanyalah keputusan majlis (MAIK) supaya imam yang sudah melangkau umur 60 dan tidak lagi berminat, lebih baiklah mereka pencen. “Semua idelogi politik tidak ada kena mengena dengan kita,” kata Syeikh Uzir.
MINDA EDITOR z KELUARAN APRIL/MEI 2010
Keperluan rakyat terhadap rumah mampu milik perlu dipenuhi KATA orang musang pun ada sarangnya inikan pula manusia. Keperluan memiliki rumah tidak menjadi masalah bagi rakyat yang berpendapatan tinggi dan bagi sebahagian rakyat yang mempusakai harta peninggalan ibu atau bapa mereka. Ini kerana apabila mempunyai tanah sendiri mereka hanya perlu menyediakan kos untuk membina rumah. Menyentuh mengenai tanah pusaka sebahagian besar generasi masa depan tidak berpeluang lagi mempunyai tanah pusaka kerana perkembangan pesat sesebuah keluarga mengikut perjalanan masa. Keperluan tanah adalah menjadi penting sebagai tapak rumah selain untuk aktiviti pertanian. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan YB Dato’ Ir Phahrolrazi Md
Zawawi berkata, mengikut perancangan 2020 kira-kira 60 peratus penduduk akan tinggal dalam taman-taman perumahan manakala 40 peratus lagi akan tinggal di kampung tradisional atau kampung baru Beliau berandaian begitu kerana generasi akan datang kebanyakan tidak mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri tetapi mereka mempunyai pekerjaan yang layak membuat pinjaman membeli rumah. Selain itu katanya trend itu bergantung kepada citarasa generasi itu memerlukan kawasan perumahan yang lengkap pelbagai kemudahan, berdekatan bandar serta pusat perniagaan. Ketika itu berlaku transformasi penduduk yang menyebabkan kampung tradisional mengecil dari segi peratusan penduduk. Selain itu perlu diingat ada segolongan rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak mempunyai sebarang harta
YAB MB meraikan Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
MB terima kunjungan hormat Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Oleh: WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia yang merupakan Barisan Pemimpin Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pemuda Tiong Hua di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia yang sudah berdaftar dengan Pendaftar Belia di Kementerian Belia dan Sukan mempunyai cawangan di 42 daerah serta jawatankuasa peringkat negeri di lapan buah negeri dan jumlah ahli telah mencapai lebih daripada 18,193 orang di seluruh negara. Timbalan Pengerusi Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Ong Leong Chiou berkata, penubuhan persatuan ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan golongan belia berumur di antara 15 hingga 40 tahun di samping memupuk semangat setia kaum, hormat menghormati dan sikap toleransi antara belia pelbagai kaum. “Ia secara tidak langsung mampu menggalakkan belia menyertai kerjakerja pembangunan masyarakat dan negara, menyemai semangat dan keprihatinan belia terhadap nilai-nilai murni dan pembangunan masyarakat, meningkatkan tahap fizikal, jasmani dan rohani serta kedudukan ekonomi golongan belia, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, mempertahan Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” ujarnya. Menurutnya, kunjungan hormat yang diadakan itu bertujuan untuk menyuarakan isu-isu yang dihadapi oleh golongan belia di Negeri Kedah di samping mengetahui aspirasi Menteri Besar terhadap negeri ini serta dapat berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan di Kuala Lumpur.
atau tanah pusaka. Mereka ini akan tinggal di rumah-rumah sewa atau mendirikan rumah-rumah kecil di tanah milik orang atau milik kerajaan tanpa kebenaran. Inilah golongan yang dikategorikan dibawah paras kemiskinan yang perlu difikirkan cara menyelesaikan masalah mereka selaras dengan agenda kerajaan mahu seluruh rakyat memiliki rumah sendiri. Rumah mampu milik berharga antara RM100 ribu sehingga RM150 ribu sama sekali tidak mampu dimiliki oleh golongan ini. Rumah kos rendah berharga antara RM35 ribu hingga RM45 ribu juga tidak mampu mereka miliki kerana tidak layak membuat pinjaman bank. Golongan ini yang mendaftar di Bahagian Perumahan untuk mendapatkan rumah kini menjangkau 23,000 pemohon. Sehubungan itu penghuni yang mendiami perumahan awam dirayu melunaskan tunggakan sewa beli rumah mereka supaya kerajaan boleh membayar hutang perumahan kepada kerajaan Pusat. Dengan itu Negeri boleh meminjam dari Pusat untuk pembinaan rumah mampu milik yang baru. Bagaimanapun bagi memenuhi agenda ke arah memberi keselesaan kepada rakyat Kerajaan negeri giat berusaha membantu golongan ini memiliki rumah sendiri seperti yang telah dilaksanakan di Pokok Sena sebanyak 1,811 unit rumah di Bandar Sejahtera akan dilaksanakan pula di Kubang Pasu dan Baling.
SIDANG EDITOR WARTA DARUL AMAN PENGERUSI DAN PENASIHAT YB. Ustaz Abdul Ghani Ahmad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah KETUA EDITOR MOHD TARMIZI ABDUL RANI Penolong Setiausaha Kerajaan (Penerangan) EDITOR ZULKIFLI YAHAYA Pengarah Urusetia Penerangan PENOLONG EDITOR AMELIA HASHIM WARTAWAN SITI ZALEHA ABD RAHIM WADIASSOFI JAAFAR NIK NADZIROH NIK ZABARI JURUGAMBAR ADI MADILAH REKABENTUK HAFIDZOH MD ARIT PENGEDARAN MOHD AZAM AWANG PENCETAK ANGKATAN EDARAN ENT. SDN. BHD. DITERBITKAN OLEH URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH Aras 1, Blok A, Wisma Darul Aman, Jalan Tunku Bendahara, 05530 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel: 04-7744740
Sidang DUN Kedah 03
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Tiada pelabur ‘lari’ kerana masalah air Oleh AZMAN AHMAD Tiada pelabur yang lari dari Kulim Hi-Tech Park (KHTP) kerana masalah air. Demikian penegasan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah di Sidang DUN. Menjawab soalan lisan dari YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu), YB Dato’ Amirudin menjelaskan bahawa KHTP tidak mengalami masalah bekalan air sebenarnya. “Rekabentuk loji di kawasan tersebut dibuat untuk menampung kapasiti sebanyak 150 juta liter air sehari dan pengeluaran loji tersebut (kini) hanya 137 juta liter sehari,” katanya. Tambah beliau, masalah sementara di Kulim Hi-Tech tempohari berpunca apabila dua buah pam yang berfungsi mengepam air ke kolam simpanan Bukit Jelutong mengalami masalah. Masalah tersebut hanya dikesan apabila kilang terbabit mengalami masalah kekurangan tekanan dan dimaklumkan kepada SADA. SADA telah mengambil tindakan segera dengan menggunakan tiga pam untuk meningkatkan semula tekanan air di kawasan terbabit. Sebagai langkah memantau tekanan air tersebut, SADA telah memasang alat yang dapat memaklumkan keadaan tekanan dengan pantas. “Kerajaan negeri sedang memantau tekanan air di kawasan berkenaan setelah memasang alat baru tersebut dan hanya dengan menghantar SMS, kadar tekanan tersebut dapat di pantau melalui telefon mudah alih,” jelasnya. Menjawab soalan tambahan YB. Dato’ Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak – BN) mengenai gangguan air yang berlaku di KHTP, Dato’ Amiruddin menjelaskan terdapat satu masalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu peningkatan Total Organic Carbon (TOC) atau kadar jumlah kandungan karbon organik di dalam air yang disalurkan ke KHTP. “Kejadian bermula apabila kita mengalami kemarau yang panjang, oleh itu paras air di Sungai Muda berhampiran Kuala Ketil menjadi rendah dan dibawah paras pam. “SADA telah mengambil langkah segera dengan melepaskan air dari empangan Beris dan ketika itulah berlakunya TOC,” ujarnya. Jabatan Alam Sekitar yang melakukan semakan selepas kejadian tersebut memaklumkan kemungkinan tahap TOC di dalam air meningkat kerana pembakaran terbuka dan sisanya telah masuk ke dalam air dan kebetulan kuantiti air di dalam Sungai Muda rendah, maka tahap TOC menjadi tinggi. “TOC adalah parameter yang tidak diukur dan tidak termasuk dalam perjanjian dengan pelabur berhubung bekalan air. Tahap TOC tidak termasuk dalam standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang digunapakai oleh kerajaan negeri di dalam menganalisa kualiti air,” jelasnya. Bagi mengatasi masalah TOC tersebut, SADA telah merawat air dari sumbernya iaitu di Loji Pinang Tunggal dengan menggunakan
Loji air Lubuk Buntar`
Sumber air di Kedah mencukupi
Dato’ Ir Haji Amiruddin Hamzah bahan kimia. Sejumlah RM100 ribu lebih telah dibelanjakan untuk tujuan rawatan tersebut. Bagaimanapun, SADA tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap kilang-kilang terbabit. Seterusnya Dato’ Amiruddin memberitahu, pihak SADA telah menasihatkan kilang-kilang terbabit supaya mengadakan sistem rawatan air sendiri khusus untuk TOC.
KEDAH tidak mengalami kekurangan sumber air, malah mempunyai kapasiti simpanan air sekiranya keadaan terdesak. Jumlah bekalan harian loji seluruh negeri Kedah adalah sekitar 1.2 bilion liter sehari. Pembahagian air di negeri ini dibahagikan mengikut zon atau wilayah di bawah pentadbiran SADA. Terdapat empat zon yang telah dibahagikan iaitu Utara, Selatan, Tengah dan
“
Bagi menampung pertambahan permintaan terhadap bekalan air, tiga buah loji baru yang sedang dalam pembinaan dijangka siap dalam masa terdekat.
Sekitar perbahasan di Dewan Undangan Negeri
Langkawi. YB Dato’ Amiruddin memaklumkan demikian semasa menjawab soalan lisan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid (BN- Pedu). “Rekabentuk loji penapisan air kebanyakannya mempunyai kadar kapasiti simpanan seperti contohnya reka bentuk loji Bukit Pinang yang dibina mampu menampung 145 juta liter air sehari, tetapi loji tersebut hanya beroperasi membekalkan sekitar 136 juta liter air sahaja. “Kadar operasi 136 juta liter air tersebut mengambil kira 20 jam beroperasi, tetapi jika keadaan mendesak, tahap operasi loji akan ditingkatkan kepada 24 jam sehari,” jelasnya. Bagi menampung pertambahan permintaan terhadap bekalan air, tiga buah loji baru yang sedang dalam pembinaan dijangka siap dalam masa terdekat. “Kita telah membina beberapa loji bagi memenuhi permintaan antaranya Loji Padang Sanai Baru yang mempunyai kapasiti 150 juta liter dengan kos pembinaan RM155 juta. Loji ini kini dalam permbinaan dan telah 93 peratus siap dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Februari 2011,” katanya. Seterusnya adalah Loji Jeniang Baru yang mempunyai kapasiti 25 juta liter air yang telah pun 85 peratus siap dan dijangka akan mula beroperasi pada bulan April 2011 dengan kos pembinaan RM 66.5 juta. Satu lagi, katanya, loji yang masih di dalam pembinaan adalah di Lubuk Buntar yang telah hampir siap sepenuhnya, hanya perlu kepada kerja-kerja pendawaian elektrik dan dijangka mula beroperasi pada bulan Mei 2010. Loji ini dapat menampung kapasiti 25 juta liter air sehari dan kos pembinaannya RM 67 juta.
Keselesaan dan kebersihan penjaja diutamakan Kerajaan sentiasa melakukan perancangan bagi mempastikan penjaja makanan diletakkan dalam zon yang selesa, sempurna serta mengutamakan kebersihan. Menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh YB. Dato’ Syed Sobri Syed Hashim (Kuala Nerang – BN), Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi menjelaskan, bahawa penjaja kecil ditempatkan di pusat penjaja mengikut perancangan berikut:
YB. Dato’ Syed Sobri Syed Hashim
i) Mewujudkan pusatpusat penjaja sama ada yang berbentuk medan selera atau kawasan terbuka sebagainya di mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh PBT sama ada di atas tanah milik kerajaan atau tanah bermilik yang bukan kerajaan. ii) Lokasi yang dipilih adalah strategik dan dirancang rapi dan perlu mengambilkira keperluan kehendak peniaga dan penduduk setempat bagi mengelakkan gangguan kepada lalu lintas dan pejalan kaki. iii) Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) mengenakan syarat-syarat yang ketat ke atas setiap peniaga dari segi perlesenan, keseragaman alatan perniagaan seperti kiosk perniagaan, kebersihan keindahan landskap persekitaran dan lain-lain syarat lazim yang ditetapkan oleh PBT-PBT. iv) Penguatkuasaan yang berterusan dan cekap perlu diadakan bagi memastikan semua peniaga mematuhi undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh PBT. v) Penyediaan pusatpusat penjaja yang mencukupi.
04 Sidang DUN Kedah
WARTA DARUL AMANWARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Kuasa Tuanku Sultan sebagai ketua agama adalah jelas Oleh: AMELIA HASHIM
Politik kepartian tidak dibenarkan di JAIK ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul menegaskan politik kepartian tidak dibenarkan sama sekali dalam pentadbiran agama di negeri ini. “Yang dibenarkan cuma politik Islam bukan politik kepartian,” ujarnya. Kerajaan Negeri tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam urusan pelantikan imam dan pegawai masjid. Jabatan Agama Islam Kedah melaksanakan satu prosedur yang telus seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) umpamanya proses pengiklanan kekosongan jawatan, proses temuduga bertulis dan lisan serta melalui tapisan panel pemilihan pegawai masjid yang mengambil kira semua aspek sebagai memenuhi syarat pelantikan berkenaan. Manakala panel pula dipengerusikan oleh YDP Majlis Agama Islam Kedah. Sekiranya ada urusan campur tangan seperti yang didakwa itu, ia tidak mengubah apa-apa keputusan yang diputuskan oleh Kerajaan
Negeri selama ini. Menjawab soalan lisan Mohd Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan), Mohamed Taulan berkata, setiap lantikan dibuat mengikut syarat ditetapkan dan sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak tidak akan mengubah keputusan yang telah dibuat. “Tidak ada politik kepartian dalam pentadbiran. Jika ada, saya akan tubuhkan jawatankuasa siasatan untuk selesaikan isu ini. Apa juga cadangan akan dikemuka kepada MAIK untuk pandangan sebelum dipersembahkan kepada Tuanku Sultan,” katanya. Menjawab soalan tambahan Mohd Nasir mengenai adakah isu pelantikan itu dipolitikkan pihak tertentu, Mohamed Taulan berkata, mengisi borang persaraan N4 adalah tertakluk di bawah perundangan negeri yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. “Imam yang uzur dan tidak mampu jalankan tugas, eloklah bersara. Ini pilihan kepada mereka sahaja. Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan telah membuat perjumpaan dengan mereka bagi menjelaskan isu ini,” katanya.
mendapat punca air daripada loji air Baling Baru yang kelak dapat membantu sebahagian kawasan daripada loji air Sungai Limau, Baling yang sedia ada. Menjawab soalan lisan yang kemukakan YB Johari Abdullah (PAS – Kupang) yang ingin tahu langkah yang diambil oleh SADA untuk mengatasi masalah air di Kedah, khususnya di Kupang, Dato’ Amiruddin menjelaskan, projek naik taraf loji air Sungai Limau, Baling dilakukan oleh
YB Dato’ Haji Mohamed Taulan “Sehingga kini, tidak ada unsur campur tangan daripada Kerajaan Pusat dalam urusan pentadbiran agama Islam di Kedah dan Kerajaan Pusat memang menghormati hak dan kuasa Tuanku Sultan sebagai ketua agama Islam di Kedah ini,” katanya. Katanya, perkara-perkara berkaitan dasar yang melibatkan hak-hak dan keistimewaan mutlak kuasa Tuanku Sultan dalam urusan agama Islam seperti dalam urusan pelantikan, penamatan dan pemecatan imam adalah di dalam bidang kuasa Tuanku Sultan sepenuhnya. Kesemua ini termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Kedah 2008.
Pasar Sungai akan diwujudkan
YB Mohd Nasir Mustafa Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, terdapat segelintir imam yang uzur enggan bersara dengan alasan telah diberi tauliah lantikan oleh Tuanku Sultan dan tidak mahu dianggap derhaka. “Oleh itu, mengisi borang ini adalah alternatif untuk bersara atau sebaliknya. Ini bukan paksaan,” katanya, ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BNBakar Bata).
Masalah air di Baling akan selesai pertengahan tahun ini Masalah air yang dihadapi segelintir penduduk di Baling dijangka selesai pertengahan tahun ini apabila projek bekalan air di Baling yang bernilai RM8 juta siap. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, YB. Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, projek ini melibatkan skop pemasangan paip dan pam yang
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan adalah Ketua Agama Islam di Negeri Kedah Darul Aman seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri (P.U. 32/1959). Demikian diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi YB Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul pada Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Kedua Belas. Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kubang Rotan YB Mohd Nasir Mustafa yang menyoal mengenai sikap Kerajaan Negeri terhadap beberapa tindakan pihak-pihak tertentu yang campur tangan dalam isu perlantikan imam dan pegawai masjid serta pengagihan zakat. YB Dato’ Haji Mohamed Taulan berkata, kuasa Tuanku Sultan juga adalah jelas dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan pengasingan kuasa dalam Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah seperti termaktub dalam Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, telah dilaksanakan pada awal 2010 dan dijangka siap pada akhir tahun ini. “Ini juga akan dapat membantu menyelesaikan masalah air di kawasan Baling dan untuk perancangan jangka panjang, SADA telah menunaikan projek melibatkan skop bekalan air yang melibatkan kawasan Dun Kupang dan Dun Bayu dalam permohonan dalam perancangan ke 10 iaitu tahun 2010 hingga 2015,” katanya.
Kerajaan Negeri merancang untuk mengadakan “River Market” iaitu Pasar Sungai pada bulan Disember 2010 bagi membuka peluang perniagaan kepada orang ramai terutamanya usahawan yang sedia ada untuk menjalankan perniagaan di atas sampan seperti yang dilakukan oleh peniaga-peniaga pasar sungai di Thailand. Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar sebagai menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh YB. Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) yang ingin tahu apakah aktiviti dan produk pelancongan yang
YB S Manikumar melibatkan Sungai Kedah yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
Isi khutbah dikaji supaya lebih berkesan ALOR SETAR – Kerajaan negeri sering mengadakan kajian serta pemantauan secara formal mengenai keberkesanan penyampaian khutbah kepada masyarakat, terutama umat Islam. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul yang menjawab soalan bertulis ADUN Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusof berkata, kajian mengenai keberkesanan khutbah Jumaat dan khutbah dua Hari Raya sering diadakan melalui kursus-kursus pemantapan perkhidmatan pegawai masjid yang diadakan dari semasa ke semasa. Ini kerana khutbah Jumaat dan khutbah dua Hari Raya merupakan salah satu saluran penyampaian maklumat kepada umat Islam. Menurutnya, setiap khutbah yang dikeluarkan adalah bertujuan menyedarkan masyarakat mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah, selain isi kandungannya juga berkisar tentang munakahat, muamalat dan jinayat.
Sidang DUN Kedah 05
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Guna khidmat bank kutip hutang bukan menindas Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Usaha kerajaan negeri untuk menggunakan khidmat bank sebagai langkah memungut hutang tertunggak perumahan awam kos rendah tidak membebankan manamana pihak, terutama penghuni perumahan awam berkenaan. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi ketika diajukan soalan oleh ADUN Bakar Bata, YB. Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pada Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Kedua Belas, di sini. “Jumlah hutang tertunggak perumahan awam di Kedah telah mencecah RM23 juta, bila hutang ini dapat dikutip, sudah tentu banyak rumah mampu milik dapat dibina bagi rakyat yang benar-benar layak menerimanya, jika dapat dihitung sehingga lebih seribu buah rumah dapat dibina,” ujar beliau. Tambah beliau, perumahan awam kos rendah yang dibina kepada rakyat yang
YB Dato’ Ir Haji Phahrolrazi kurang mampu bukannya peruntukan kerajaan negeri, ianya adalah pinjaman daripada kerajaan persekutuan dengan kadar faedah 4 peratus setahun. Oleh demikian, apabila kerajaan negeri hendak meminjam semula daripada kerajaan
persekutuan, sudah tentu permohonan tidak diluluskan dengan alasan hutang lama masih tertunggak. Akhirnya, keengganan penghuni perumahan awam membayar tunggakan menyebabkan rakyat berpendapatan rendah lain dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rumah kos rendah. “Adakah kita dikatakan menindas rakyat dengan meminta bantuan bank? Perumahan awam ini dibina dengan menggunakan pinjaman kerajaan persekutuan, jadi bila hutang kita dengan persekutuan tertunggak, maka hasrat untuk kerajaan negeri meminjam semula adalah mustahil. “Tunggakan penghuni perumahan awam ini bukan perkara baru, ianya sudah berlaku berpuluh tahun dulu, hinggakan kita dapat lihat banyak rumah-rumah ini telah diperbesar, mempunyai kereta, ini sudah tentu mereka adalah mampu. “Jadi di manakah dikatakan kita menindas rakyat? Dengan kutipan yang diperolehi daripada tunggakan perumahan awam, kita boleh bayar kepada persekutuan, jadi kita boleh bina banyak rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh rakyat,” jelas beliau.
Serah bank alternatif akhir
Kutipan rumah meningkat lepas cadang bank kutip ALOR SETAR – Kutipan sewa tertunggak perumahan awam kos rendah di Kedah telah meningkat dua kali ganda selepas kerajaan negeri mengumumkan cadangan alternatif melantik bank melakukan kutipan bulanan. Jika dahulu, hendak dapat RM5,000 sehari amatlah sukar, tetapi kini kutipan hutang tertunggak tersebut begitu memberangsangkan antara RM20,000 hingga RM30,000 sehari. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir Haji Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, alternatif bank merupakan langkah terakhir kerajaan negeri mengutip hutang tertunggak jika penghuni gagal melunaskannya di kaunter-kaunter disediakan. “Tindakan ini tidak bermakna kerajaan negeri melepaskan tanggungjawab untuk memungut hutang, tetapi kita laksanakan tanggungjawab untuk bina lebih banyak rumah mampu milik dengan hasil kutipan
hutang tertunggak ini. “Alhamdulillah apabila kerajaan negeri mengumumkan untuk mengguna khidmat bank untuk kutip hutang, kaunter Bahagian Perumahan Awam sentiasa dikunjungi oleh penghuni-penghuni perumahan awam dengan tujuan membayar sewa RM100 sebulan yang telah ditetapkan. Jika dulu, RM5,000 sehari pun susah untuk dipungut, kini kita dapat kutip sehari hingga RM30,000. “Terima kasih saya ucapkan, ini bermakna mereka telah sedar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai penyewa dan secara tidak langsung membantu rakyat yang lebih memerlukan rumah sebagai tempat berteduh,” jelas beliau. Sehingga hari ini kerajaan negeri telah menanggung hutang tertunggak perumahan awam sehingga RM27 juta. Dengan jumlah tersebut, kerajaan dapat membina lagi 1,277 rumah awam kos rendah bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
ALOR SETAR – Jumlah hutang tertunggak perumahan awam kos rendah di Kedah telah meningkat dari semasa ke semasa hingga kini telah mencecah RM27 juta, keadaan ini telah mendorong kerajaan negeri menggunakan bank sebagai langkah alternatif. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir Haji Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, kerajaan masih tidak menetapkan tempoh untuk memulakan cadangan itu dan masih diperingkat perbincangan dengan pihak bank. Menurutnya, kerajaan juga belum memutuskan mekanisma yang akan digunakan oleh pihak bank apabila menguruskan kutipan hutang tertunggak tersebut. “Menyerahkan kepada bank merupakan langkah terakhir jika mereka (penghuni perumahan awam) masih degil untuk membayar hutang tertunggak. Oleh itu, kita belum pilih bank yang akan mengutipnya. “Kita telah bagi pilihan untuk bayar mengikut jadual ditetapkan, jika berdegil, kita serah kepada bank untuk tindakan selanjutnya. “Sebelum berurusan dengan bank, peringkat awal kita tengok dulu berapa bilangan yang mempunyai jumlah tertunggak yang tinggi serta latarbelakang mereka, adakah mereka betul-betul tak mampu atau miskin, kita akan pertimbangkan, yang kedua, sebelum berurusan dengan bank, kita juga hendak tengok rekod kutipan, jika baik, tak perlu khidmat bank,” jelas beliau.
YB Johari Abdullah
Berunding dengan Taliworks untuk turunkan caj urus air ALOR SETAR – Kerajaan sedang berunding dengan syarikat yang menjalankan projek pengurusan bekalan air di Langkawi iaitu Taliworks Sdn Bhd, untuk menurunkan caj berlebihan yang dikenakan syarikat itu sehingga kerajaan negeri mengalami kerugian setiap tahun. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, langkah penswastaan bekalan air di Langkawi rugi kerana bayaran kos pengurusan air oleh kerajaan negeri kepada syarikat berkenaan lebih tinggi berbanding kutipan hasil air melalui tarif yang dikenakan kepada penduduk kawasan itu. “Perbincangan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga satu keputusan terbaik dicapai dan sekiranya Kerajaan Negeri boleh mengendalikan pengurusan air dengan lebih cekap berbanding syarikat swasta, adakah berbaloi untuk kita terus mengikut kadar yang persetujui sewaktu perjanjian dimeterai?” katanya. Menurutnya, bekalan air di Langkawi diswastakan mulai 7 Oktober 1995 dan perjanjian berkuatkuasa dengan Taliworks selama 25 tahun. Menurutnya, kajian semula kadar air dibuat pada 1 Ogos 2004 menunjukkan perjanjian penswastaan pengurusan air di Langkawi tidak menguntungkan Kerajaan Negeri kerana tarif dikenakan adalah jauh lebih murah berbanding yang perlu dibayar Kerajaan Negeri kepada syarikat itu. “Tarif penggunaan air yang dicaj terhadap penduduk Langkawi adalah sekitar RM0.70 hingga RM0.80 setiap meter padu dengan caj RM0.40 setiap meter padu dikenakan terhadap penggunaan 20 meter padu yang pertama. “Tarif yang dikenakan adalah caj standard terhadap rakyat Kedah, kedua termurah di Malaysia selepas Pulau Pinang. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri terpaksa membayar balik kepada syarikat Taliworks dengan kadar lebih tinggi iaitu RM1.92 bagi satu meter padu air,” katanya pada persidangan DUN. Menjawab soalan lisan Johari Abdullah (Pas - Kupang) yang meminta penjelasan mengenai status penswastaan pengurusan air di Langkawi adakah menguntungkan Kerajaan Negeri, Ir Amiruddin berkata, Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kerugian RM25 juta tahun lalu apabila perolehan hasil air di pulau itu hanya RM14 juta tetapi terpaksa membayar RM39 juta kepada syarikat Taliworks.
06 Sidang DUN Kedah
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Teknologi jalur lebar diberi tumpuan Kerajaan Negeri memberi penekanan dan tumpuan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi. Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, BadanBadan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains & Inovasi, Teknoloji Maklumat dan Komunikasi, Dr. Ismail Salleh sebagai menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh YB. Encik Lee Guan Aik (DAP – Kota Darul Aman) yang bertanyakan soalan berkaitan. “Perkembangan teknologi jalur lebar yang semakin canggih dan cepat memerlukan kepada perancangan yang teliti. “Kerajaan negeri bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam membuat perancangan dan pelan pelaksanaan perluasan liputan jalur lebar di Negeri Kedah melalui Jawatankuasa Kerja Jalur Lebar Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri,” jelas Dr. Ismail.
Kos sebenar loji air lebih murah Oleh : AZMAN AHMAD
YB Lee Guan Aik Menurutnya lagi, melalui jawatankuasa ini, isu-isu dan perkara yang berkaitan jalur lebar akan dibincangkan dan tindakan yang berkaitan akan diambil.
Projek balak di Papua New Guinea belum selesai Menteri Besar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, menjelaskan bahawa projek pelaburan dalam pembalakan dan pembangunan ladang hutan di Papua New Guinea masih lagi diperingkat mendapatkan beberapa kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan khususnya FCA (Forest Clearing Authority). “Sebelum mendapat kelulusan FCA berkenaan, kerja-kerja penebangan tidak boleh dilakukan,” katanya menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB. Dato’ Syed Sobri Syed Hashim (Kuala Nerang - BN) yang mahukan penjelasan berhubung dakwaan kononnya pelaburan sebuah GLC Kedah di Papua New Guinea mengalami kerugian. Kerajaan Negeri, katanya, sedang memantau projek berkenaan beserta projek-projek yang lain yang dikendalikan oleh GLC. “Kerajaan Negeri juga telah melantik sebuah jawatankuasa untuk memeriksa dan mengkaji perjalanan semua GLC serta pelaburan yang dibuat termasuklah pelaburan di Papua New Guinea bagi
Alor Setar – “Kos anggaran pembinaan loji air sebenarnya lebih murah, ianya tidak sebagaimana di nyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Pantai Merdeka. Kos yang sebenarnya hanya RM1 juta untuk loji yang kapasitinya dapat menampung 1 juta liter air,” kata YB Dato’ Amiruddin Hamzah semasa menjawab soalan tambahan dari ADUN Pantai Merdeka YB Haji Abdullah Jusoh (PAS – Pantai Merdeka). Abdullah bangun untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kos pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar. Kapasiti loji berkenaan yang dianggarkan mempunyai kapasiti 50 juta liter air sepatutnya berharga RM100 juta sebagaimana kos anggaran RM2 juta bagi setiap kapasiti 1 juta liter air, tetapi kos sebenar pembinaan loji Padang Sanai memcecah lebih RM150 juta. YB Dato’ Amiruddin kemudian menjelaskan bahawa kos anggaran sebenar bukanlah RM2 juta tetapi hanya RM1juta bagi loji yang mampu menampung kapasiti 1 juta liter air. “Kerajaan tidak dapat memberi penjelasan kenapa kos pembinaan loji Lubuk Buntar meningkat sehingga lebih RM150 juta. Mungkin pihak di sebelah sana (pembangkang) dapat menjelaskannya kerana dahulu mereka yang menjadi kerajaan,” jelas YB Dato’ Amiruddin lagi. Loji berkenaan, katanya, sudah hampir siap dan dijangka akan beroperasi sekitar bulan Mei setelah selesai kerja-kerja elektrik di loji berkenaan. YB Dato’ Seri Mahadzir Khalid sempat mencelah menyatakan ketua kerajaan yang sebelumnya yang terbabit membina loji tersebut.
Pendapatan Kedah 2009 ialah RM368 juta Jumlah pendapatan sebenar Kerajaan Negeri bagi tahun 2009 ialah RM368 juta. Perbandingan mengikut tahun adakah seperti berikut: YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid menentukan hala tuju dan kelicinan perjalanan syarikat serta pelaburan-pelaburan yang dibuat,” ujarnya.
Purata perceraian 317 sebulan Jumlah permohonan cerai permohonan cerai bagi tiga yang diterima bagi bulan pertama tahun 2010 keseluruhan Mahkamah adalah sebanyak 182 kes Rendah Syariah bagi tiga yang mana secara purata bulan pertama tahun 2010 adalah sebanyak 678 kes bagi adalah sebanyak 412 sebulan. permohonan yang mana “Jumlah keseluruhan secara purata adalah Peguam Syarie yang sebanyak 317 permohonan berdaftar dan dibenarkan bagi sebulan. untuk menjalankan amalan Demikian dijelaskan guaman di Mahkamah oleh Pengerusi Syariah di dalam Negeri Jawatankuasa Tetap Kedah sehingga bulan YB Suraya Yaakob Pembangunan Wanita, Disember 2009 adalah Pembangunan Keluarga dan Kebajikan seramai 123 orang dan sehingga bulan Mac Masyarakat, YB. Ustazah Siti Aishah Ghazali 2010 hanya ada 63 orang yang telah bagi menjawab soalan bertulis YB. Suraya memperbaharui semula sijil amalan guaman,” Yaakob (Sungai Tiang – BN) yang ujar Ustazah Aishah. bertanyakan soalan berkaitan. Beliau mengemukakan statistik Menurutnya lagi, jumlah kes keseluruhan kes-kes perceraian dan
Tahun 2007 – RM 361 juta Tahun 2008 – RM 357 juta Tahun 2009 – RM 368 juta
YB Yaakub Hussin
- RM 181 juta - RM 37 juta - RM 150 juta - RM 368 juta - RM 180 juta
Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah sebagai menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh YB. Yaakub Hussin (Bandar Baharu - PAS) Pada tahun 2008 dan 2009 hasil tanah berkurang kira-kira RM50 juta apabila kerajaan menurunkan cukai tanah.
tuntutan nafkah yang masih tertangguh adalah seperti berikut: i) Jumlah kes permohonan cerai yang tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah sebanyak 203 kes. ii) Jumlah keseluruhan kes tuntutan nafkah anak yang masih tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah sebanyak 71 kes. iii) Jumlah keseluruhan kes tuntutan nafkah isteri yang masih tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah sebanyak 18 kes. “Bagi menangani kes-kes tertangguh
pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman telah melaksanakan kaedah SULH (Kaedah perdamaian di luar Mahkamah) sejak tahun 2008 dengan diwujudkan jawatan Pegawai SULH bagai setiap Mahkamah Rendah Syariah. “Di samping itu, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman sedang dalam proses memohon untuk penstrukturan semula perjawatan dengan penambahan jawatan Hakim Syarie bagi lima daerah utama,” katanya.
Manakala jumlah pendapatan mengikut pecahan dari sumber hasil cukai tanah dan pintu, tarif air, konsesi balak dan lain-lain hasil adalah seperti berikut:Hasil Tanah Perhutanan (konsesi balak) Lain-lain hasil Jumlah Kumpulan Wang Bekalan Air
Sidang DUN Kedah 07
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Rakyat digalak sertai ‘contract farming’ Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Bagi meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah, kerajaan negeri menggalakkan mereka untuk menyertai program ‘contract farming’, seperti tanaman jagung dan ternakan ikan keli. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, dana sebanyak RM2 juta disediakan untuk mereka memulakan usaha ‘contract farming’ (ladang kontrak) ini. Dalam tanaman jagung manis, dengan kerjasama Sime Darby, kerajaan telah mewujudkan ladang latihan pengeluaran jagung manis di Bukit Tangga. “Para pelatih diajar cara menanam jagung selama satu pusingan, dan kemudiannya mengusahakan atas plot yang
diperuntukkan untuknya selama dua pusingan sebelum ianya dibenarkan untuk memulakan tanamannya di atas tanah sekurang-kurangnya satu hektar, dan semua hasil pengeluaran dibeli oleh Sime Darby. “Pihak kerajaan sedang berusaha untuk mempertemukan penanam-penanam jagung manis sedia ada agar mereka juga dapat menjadi ‘contract farming’ kepada Sime Darby, kilang memproses jagung manis telah dikenalpasti oleh Sime Darby. “Dalam bidang perikanan, kerajaan menggalakkan ternakan ikan keli, tilapia dan pelbagai jenis ikan laut dalam sangkar atau kanvas,” jelas beliau bagi menjawab soalan bertulis ADUN Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusof mengenai perkembangan pertanian yang telah diusahakan oleh kerajaan negeri dalam usaha membantu mereka yang berpendapatan rendah. Menurut beliau, melalui Jabatan Pertanian, kerajaan negeri juga
YAB Menteri Besar ketika melancarkan Keli-K di Sk baru-baru ini mensasarkan keluasan 4,050 hektar untuk tanaman nenas menjelang 2015. “Sehingga sekarang, terdapat lebih 500 penanam dengan keluasan melebih 1,600 hektar, Jabatan Pertanian juga sedang memperkenalkan tanaman dengan kepadatan tinggi agar jumlah tanaman dapat ditingkatkan sekali ganda atas keluasan yang sama,” jelas beliau.
Krisis ekonomi punca pelabur ikan Patin tangguh Syarikat-syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat kebanyakannya menerima tamparan hebat akibat daripada krisis ekonomi dunia. H & T Seafood Inc yang bercadang melabur dalam ternakan ikan Patin di negeri ini, juga tidak terlepas dari krisis ekonomi. Demikian diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah di Sidang DUN. “Oleh itu, H & T Seafood Inc menangguhkan pelaburan ternakan ikan patin di Tasik Pedu. Syarikat tersebut masih lagi berminat untuk meneruskan pelaburan di Kedah,” ujar beliau. Bagaimanapun, katanya, baru-baru ini Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat telah memperkenalkan peraturan-peraturan baru yang lebih ketat bagi mengimport dan membawa masuk ikan patin yang dibawa masuk dari Negara China dan Vietnam. Pelaburan syarikat tersebut telah tertangguh. “Oleh yang demikian, sebagai alternatif, Kerajaan Negeri sedang berusaha mencari pelaburan-pelaburan lain untuk beroperasi bagi menggantikan H & T Seafood Inc di Tasik Pedu,” katanya.
Ir. Amiruddin menjawab soalan bertulis YB. Dato’ Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak – BN) yang berbunyi: Pada 2 hingga 8 Julai 2008, dalam misi pelaburan Kerajaan Negeri ke Amerika Syarikat yang diketuai oleh seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dua perjanjian telah dimeterai iaitu di antara Kedah Agro Industries Bhd dengan Aquatic Energy LLC (Pelaburan dianggarkan sebanyak RM105 juta) dan Kedah Agro dengan H & T Seafood INC (Pelaburan dianggarkan RM8 juta)? Amiruddin menjelaskan, Semasa menandatangani MOU antara ‘Kedah Agro Industries Bhd’ dengan ‘Aquatic Energy LLC’, paras harga minyak adalah sekitar USD90 hingga USD110, iaitu pada bulan November 2008 hingga menyebabkan kebanyakan negara mencari alternatif bagi penggunaan sumber untuk menggantikan sumber daripada fosil sebagai bahan bakar. “Antaranya sumber ‘biodiesel’ daripada minyak kelapa sawit, ‘biothanol’ daripada pokok jarak, ‘algae’ dan juga tenaga solar. Dalam perjanjian MOU tersebut, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan kawasan sebagai ‘test plot’ untuk projek tersebut di Negeri Kedah bagi mengkaji kesesuaian pembiakan ‘algae’ kerana negara ini menerima liputan cahaya matahari yang
YB Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ismail maksimum barbanding tempat-tempat lain di Eropah dan Amerika,” katanya. Bagaimanapun, semasa projek tersebut bakal dilaksanakan pasaran harga minyak telah jatuh merudum sehingga USD30 hingga USD50 bagi satu tong. Oleh sebab itu, maka projek pengeluaran ‘algae’ bagi kegunaan ‘biodiesel’ adalah sekitar USD60 hingga USD70 satu tong.
Warga asing tidak miliki tanah di Langkawi Tiada sebarang rekod pemilikan tanah oleh warga asing secara rasmi berlaku di Daerah Langkawi. Hal tersebut diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi. “Namun kemungkinan ianya dibeli oleh warga asing ini daripada pemilik asal hanya dengan membuat perjanjian jual-beli di luar bidang kuasa Pentadbiran Tanah dan tidak berlaku sebarang pindah milik ke atas warga asing,” jelas beliau sebagai menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh YB. Mohd Rawi Abdul Hamid (Ayer Hangat – BN) yang bertanyakan soalan berkaitan. Menurut Phahrolrazi lagi, syarat warga asing untuk membeli, menyewa dan memajukan tanah adalah sepeti berikut:i) Bagi tanah pertanian- Warganegara asing tidak dibenarkan. ii) Bagi tanah bangunan kediaman di dalam projek perumahan-
Warganegara Asing tidak dibenarkan bagi membeli tanah bangunan kediaman seperti dinyatakan:a. Rumah Teres Satu Tingkat b. Rumah Kos Rendah c. Rumah Kuato Bumiputera d. Tanah dikeluarkan Perintah Jual dibawah seksyen 258 & 260 KTN e. Tanah Simpanan Melayu melainkan setelah diiktiraf YB Mohd Rawi Abdul Hamid sebagai “Melayu” dibawah Seksyen 19 Undang-Undang No.63 ( TS bagi orang-orang melayu) “Akan tetapi warga negara asing membuat perolehan kediaman yang nilaian kediaman itu melebihi RM500,000.00 bagi satu unit,” jelasnya.
Bakal pengantin tak wajib ujian keturunan Pada masa sekarang Kerajaan Negeri hanya mewajibkan ujian HIV sahaja kepada pasangan Islam yang akan mendirikan rumahtangga manakala bagi ujian berkaitan dengan keturunan, DNA dan genetik, belum ada cadangan lagi. Demikian diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh Encik Abdul Rawi Abdul Hamid (Ayer Hangat – BN) yang bertanya, adakah Kerajaan Negeri bercadang mewajibkan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga menjalankan pemeriksaan ujian darah bagi membuat persiapan awal untuk mengelak penyakit yang berkaitan keturunan, DNA dan genetic yang sekarang semakin meningkat? “Bagi Penyakit Thalassaemia, kemudahan ini disediakan di 48 buah Klinik Kesihatan dan saringan terbuka kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjalaninya termasuklah pasangan-pasangan bakal pengantin. “Bagi penyakit keturunan yang lain, saringan tidak disediakan secara rutin, tetapi ianya dilakukan mengikut keperluan,” jelas Mohamed Taulan. Menurutnya lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Kedah serta Majlis Agama Islam Negeri Kedah, telah mewajibkan semua pasangan pengantin yang beragama Islam menjalani ujian saringan HIV sejak 1 Januari 2008. “Langkah ini bertujuan bagi mengesan kemungkinan jangkitan HIV, memberi khidmat nasihat tentang penyakit HIV dan AIDS memaklumkan langkah pencegahan yang perlu diambil bagi mengelakkan penularan penyakit ini kepada pasangan dan seterusnya anak yang dikandung dan bakal dilahirkan sekiranya pasangan itu hamil. Kemudahan ini boleh didapati dari 48 buah klinik kesihatan di seluruh Negeri Kedah,” ujarnya. Tambahnya, bagi pasangan pengantin dari anutan agama yang lain mereka juga digalakkan menjalani ujian yang sama melalui Perkhidmatan Saringan HIV secara sukarela (VCT) atau Saringan HIV tanpa nama (Anonymous HIV Counselling & Testing. Kemudahan ini boleh didapati dari klinik yang sama.
08 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Gejala sosial membimbangkan Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM POKOK SENA – Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan anak remaja kita didedahkan, secara tidak langsung anakanak remaja kita juga semakin agresif, berani dan liar. Statistik oleh Jabatan Pendaftaran Negara telah mendedahkan peningkatan anak luar nikah yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara. Lebih sedih dan memalukan di kalangan Melayu Islam lebih tinggi pendaftarannya. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB. Dr Ismail Salleh menegaskan bahawa kembali kepada agama mampu memperbaiki tahap sosial anak remaja kita. Islam sebagai agama yang syumul mempunyai garis panduan lengkap kepada umat manusia dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Justeru adalah menjadi dasar kerajaan negeri dalam mengimbangi antara pembangunan fizikal dan pembangunan insan dalam usaha mencapai kesejahteraan dan kemajuan rakyat dapat diteruskan. “Setiap hari kita dengar mengenai masalah sosial yang melibatkan anak-anak kita. Menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat menekankan mereka akan berbincang dengan penggiat seni, iaitu artis dalam memastikan masalah sosial dapat diatasi menerusi Model Sosial Baru. “Apa yang menjadi kemusykilan, beliau langsung tidak menyebut masalah sosial patut diperbaiki dengan cara kembali kepada agama. “Maka, secara tidak langsung, sistem pendidikan dalam negara kita pada hari ini gagal. Kita berjaya membina insan
YAB Menteri Besar menyampaikan bantuan kerusi roda kepada yang memerlukan
Penghulu dan Ketua Kampung mesti lebih berperananan YB. Dr Ismail Salleh yang cemerlang akademik, tetapi dari segi moral mereka ini jauh kebelakang. “Jadi, kita perlu kembali kepada agama, kalau kita menyimpang daripada Al-Quran, sudah tentu terpesong akidah kita. Justeru kerajaan negeri ambil tanggungjawab untuk mendidik anakanak untuk pasti bahawa pembangunan moral supaya apabila betul membangun, ia dapat mencegah daripada gejala yang tidak diingini, InsyaAllah,” jelas beliau pada Taklimat Khas Kemajuan dan Perkembangan Kerajaan Negeri Kedah di perkarangan Masjid An-Nur, di sini. YB. Dr Ismail turut menyatakan bahawa adalah menjadi dasar kerajaan negeri untuk memperbanyakkan rumah mampu milik serta mensasarkan sifar setinggan di bandar. “Kita (kerajaan) telah lancarkan Bandar Sejahtera di Pokok Sena, insyaAllah penghujung April ini akan dilancarkan di Kubang Pasu, Jitra oleh Darul Aman Realty sebanyak 400 biji dan akhir Jun di Kuala Ketil,” ujar beliau.
GUAR CHEMPEDAK – Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru kepada penghulu serta ketua kampung agar lebih bertanggungjawab dalam mendafar penduduk dengan e-Sinar bagi memastikan tiada rakyat terpinggir dalam menerima bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. Katanya, adalah menjadi masalah kepada kerajaan untuk menyalurkan bantuan Kafalah kerana masih ramai penduduk yang tidak berdaftar dengan e-Sinar. Skim Kafalah yang telah diperkenalkan Januari 2010 bertujuan membantu golongan miskin dalam meringankan beban kewangan apabila berlaku kematian di kalangan ahli keluarga. Ketua kampung perlu memastikan penduduk yang miskin telah mengisi borang e-Sinar, kemudian dihantar ke pejabat penghulu serta Pejabat Daerah, dan seterusnya ke Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk dikeluarkan kad. Apa yang mengecewakan beliau, masih terdapat penghulu yang bersikap tidak bertanggungjawab terhadap amanah menjaga kebajikan rakyat. “Dalam syarat Kafalah, penerima mestilah berdaftar dengan e-Sinar, masalahnya sekarang, ramai yang tak daftar.
Penghulu kena pastikan borang e-Sinar yang telah diisi dihantar ke Pejabat Daerah dan proses seterusnya dapat dilaksanakan. “Saya tak mahu macam sesetengah tempat yang borang ini disimpan di pejabat penghulu, maka rakyat yang layak tak berdaftar. Kita perlu amanah dan adil dalam menunaikan tanggungjawab. Ini adalah kebajikan, katakanlah orang itu layak menerima bantuan, tapi kita simpan borang dia, mahukah kita jawab di akhirat kelak? Ini adalah amanah,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Skim Kafalah Daerah Yan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak. Tambah beliau, bagi tiga bulan pertama, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM900,000 bagi pengagihan Skim Kafalah dan ianya telah disalurkan ke setiap akaun wakil rakyat. Pada majlis itu, seramai 210 penduduk daerah Yan menerima sumbangan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah Yan berupa bantuan kewangan, kerusi roda dan basikal. Sementara itu seramai 43 keluarga dari daerah Yan telah menerima sumbangan Skim Kafalah.
Kebajikan untuk semua rakyat, tanpa mengira perbezaan politik GUAR CHEMPEDAK – Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, bantuan yang disampaikan oleh kerajaan negeri adalah terus kepada mereka yang memerlukan dan tiada ‘pilih kasih’ atau diskriminasi. Katanya, adalah menjadi dasar kerajaan negeri memastikan semua rakyat diadili demi mencapai kesejahteraan rakyat. “Dasar kebajikan terhadap rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang ialah memberi kepada yang berhak, tanpa mengira perbezaan fahaman politik, bangsa dan agama,” ujar beliau pada Majlis Penyampaian Bantuan Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Skim Kafalah Daerah Yan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak. Katanya, bagi tahun 2010,
kerajaan negeri memperuntukkan RM14 juta khusus untuk kebajikan dan RM3.6 juta untuk Skim Kafalah. Bantuan yang diterima oleh rakyat bukan sahaja disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi juga daripada lain-lain jabatan dan agensi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan semua rakyat yang memerlukan menerimanya. “Kebajikan bukan sahaja daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita juga ada peruntukkan daripada agensiagensi lain seperti zakat, Tekun, Amanah Ikhtiar, MARA dan sebagainya. “Jadi untuk bersikap adil kepada rakyat, kita perlu memastikan semua rakyat menerima hak mereka tanpa
adapun yang terpinggir. “Kita tak mahu jadi kes, di mana seorang penerima boleh terima bantuan daripada pelbagai agensi, sedangkan seorang lagi yang juga layak dipinggirkan,” ujar beliau. Lazimnya, kata beliau, penerima bantuan perlu datang ke pejabat bagi menerima sumbangan tersebut, tetapi sekarang adalah menjadi hasrat kerajaan negeri memikirkan inisiatif yang mungkin agar mereka tidak perlu bersusah payah datang ke pejabat. “Bagi daerah Yan, Pejabat Daerah telah memasukkan sejumlah amaun ke dalam akaun penerima agar mereka tidak perlu datang ke pejabat lagi. “Kalau boleh kita salur bantuan ke rumah penerima,
kakitangan bertanggungjawab perlu ziarah serta sampaikan sumbangan. Sebagai contoh, seorang penoreh, sehari pendapatan beliau adalah RM20,
jadi bila dia perlu datang ke pejabat, dia perlu cuti, maka hilang RM20, dan tambah lagi dengan tambang teksi menuju ke pejabat,” ujar beliau.
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan menyampaikan sumbangan kebajikan
Pelancongan 09
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
KDYMM Tuanku Sultan rasmi Pantai Merdeka Beach Resort Oleh: AMELIA HASHIM
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR Hembusan bayu laut yang nyaman serta pemandangan menarik Gunung Jerai dan Tanjung Dawai menggamit pengunjung untuk menginap di Pantai Merdeka Beach Resort yang terletak di Pantai Merdeka. Pantai Merdeka bukan lagi nama asing bagi rakyat Kedah kerana ia menjadi destinasi pelancongan terulung sebelum Langkawi dibangunkan lagi. Bunyi ombak di pantai dan sesekali kedengaran kicauan burung membuatkan Pantai Merdeka Beach Resort sesuai untuk dijadikan tempat bercuti dan menenangkan fikiran. Suasananya yang santai dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan membuatkan lokasi percutian di sini juga semakin popular di kalangan pengunjung dari dalam dan luar negara. Menurut Pengarah Pantai Merdeka Beach Resort, Zulkhpli Nayan, penginapan yang mula beroperasi pada 15 Februari 2009 menjanjikan satu pengalaman yang indah kepada pengunjungnya. Sebelum syarikat Zubina Jubilee Sdn Bhd mengambil alih pengurusan kawasan ini, katanya, tidak dinafikan tempat ini kurang mendapat sambutan. Untuk tujuan itu, kos sebanyak RM5.1 juta dilaburkan dan modal ini dikongsi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.
Selepas berwajah baru, Zulkhpli melihat terdapat kemajuan dari segi bilangan pengunjung yang datang menginap di sini. Berkonsepkan tropical, Pantai Merdeka Beach Resort juga menjanjikan keselesaan kepada pengunjung dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan mereka. Pihak Pantai Merdeka Beach Resort turut menyediakan pakej untuk seminar, persidangan, hari keluarga, bulan madu, kerja berpasukan dan kem motivasi, selain pakej perkahwinan dan bulan madu dengan harga yang berpatutan. Selain itu, terdapat juga aktiviti lasak seperti meredah hutan, bola tampar pantai, futsal, aerobik dan menawarkan khidmat bot untuk ke Tanjung Dawai di samping kebersihan dan keselamatan adalah dua aspek yang amat diutamakan untuk keselesaan pengunjung. Pantai Merdeka Beach Resort mempunyai 13 bilik Standard, 20 bilik Deluxe, lapan bilik family, dua unit apartment dan dua unit domitori serta sebuah kafe iaitu Bayu Beach Café. Kafe ini ada konsep selerak (buffet) dan juga hidangan ala-carte (pesanan). Kadar bilik yang dikenakan ialah daripada RM130 hingga RM400 semalam untuk satu bilik. “Kami turut menyediakan hidangan BBQ jika ada permintaan daripada pengunjung dan
disebabkan bilik yang ada terhad, kami bercadang untuk menambahkan lagi tempat penginapan selain menambah kemudahan lain seperti pusat karaoke khusus untuk pengunjung yang gemar menyanyi,” katanya. Kata Zulkhpli, syarikatnya juga bercadang akan membuka sebuah hotel di Terminal Lapangan Terbang Bayan Lepas. Selain daripada kemudahan penginapan, terdapat juga sebuah kolam renang, dua unit dewan seminar yang boleh memuatkan seramai 150 orang. Pantai Merdeka Beach Resort mempunyai seramai 35 kakitangan dan berbagai usaha promosi sedang dijalankan termasuk mengadakan pelbagai pakej dalam usaha menarik pengunjung. Tumpuan khas turut diberikan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta untuk mengadakan aktiviti di sini termasuk sekolah. Berdasarkan rekod untuk tahun 2009, sebanyak 40 buah sekolah telah mengadakan aktiviti mereka di Pantai Merdeka Beach Resort. Bagi mereka yang ingin merasakan sendiri kedamaian serta keindahan Pantai Merdeka Beach Resort, bolehlah melayari laman web: www.merdekabeachresort.com ataupun menghubungi talian 044377555 atau 017-4787589 (Zulkhpli Nayan) atau 019-5753600 (Dini Azima).
SUNGAI PETANI - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berkenan berangkat merasmikan Pantai Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Puan Rozaina Dato’ Paduka Haji Radzi dalam ucapannya memberitahu, pada 2004 kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM5.8 juta bagi membaikpulih, menambahbaik dan menaiktaraf prasarana di Pantai Merdeka ke arah menjadikannya pusat tumpuan pelancong. Katanya, bagi merealisasikan perancangan ini pada tahun 2008 Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mewujudkan satu bahagian khusus berkaitan pelancongan di peringkat majlis dan daerah. “Antara kemudahan yang disediakan ialah kompleks medan selera sebanyak 16 pintu, enam kiosk, tandas awam, hiasan lampu sepanjang pantai dan taman permainan kanak-kanak,” katanya. Puan Rozaina Turut menceritakan mengenai sejarah Pantai Merdeka yang terletak di Mukim Bukit Meriam. Katanya, Kota Bukit Meriam merupakan pusat pemerintahan kerajaan Kedah yang pertama. Sebelum ini sudah ada sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Arung-Arungan. Menurutnya kedua-dua kota ini dahulunya merupakan sebuah Bandar besar yang aktif dengan aktiviti perdagangan sehingga wujud pelabuhan entrepot di situ antara kurun ke-3 hingga 13 masihi.
“Kedudukan Kota Bukit Meriam tidak jauh dari Sungai Babur atau Sungai Qilah yang sekarang terkenal sebagai Sungai Merbok. Ketika itu lebar Sungai Merbok ialah satu kilometer, di muaranya terdapat penempatan penduduk yang ramai dikenali sebagai Tanjung Duai dan sekarang disebut Tanjung Dawai,” katanya. Menyelusuri sejarah Kesultanan Melayu Kedah katanya, Kota Bukit Meriam pernah diperintah oleh empat Sultan Kedah bermula dari Sultan Muzaffar Shah 1 (1136-1179) hingga Sultan Muzzil Shah (1236-1280). Selepas itu pusat pemerintahan Kedah berpindah ke Kota Sungai Emas yang sekarang ini terletak di Pekan Kota Kuala Muda. Beliau mengimbau sejarah lalu kerana, katanya, era kegemilangan mukim ini suatu masa dahulu ada potensi besar dari aspek pelancongan bagi memajukan Pantai Merdeka Resort. Kesan-kesan sejarah itu masih ada dan dipulihara sebagai aset pelancongan dalam dan luar negara khususnya bagi pengkaji sejarah. Turut sama dalam majlis perasmian itu ialah KDYMM Tuanku Sultanah dan Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Lain-lain kenamaan yang hadir pada majlis itu ialah Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Temenggung dan Toh Puan Temenggung, YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, AhliAhli Exco Kerajaan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato’ Wira Rasli Basir. Pantai Merdeka Resort menyediakan bilik-bilik standard, deluxe, family, apartment, suit, dormitory dan a-hut dari harga RM100 hingga RM1500. Selain itu bagi jabatan atau agensi yang ingin mengadakan mesyuarat atau hari keluarga Pantai Merdeka Resort menyediakan bilik seminar muat 100 orang, dewan (200 orang) U-shape (50 orang) dan banquet dengan kapasiti 100 orang. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi talian 04-4377555 atau fax 04-4377550.
10 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Kedah Agro merakyatkan projek pertanian
“
YB Dato’ Ir Amiruddin dan Mohd Anuar Tahir menyaksikan perjanjian usahasama Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Usaha kerajaan negeri merakyatkan projek-projek pertanian mendapat sokongan padu daripada Kedah Agro Holdings Berhad bagi meingkatkan taraf ekonomi rakyat serta meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, dalam usaha memaksimakan penglibatan rakyat dalam program pertanian, kerajaan negeri juga dapat mengurangkan import produk makanan. “Adalah menjadi hasrat Menteri Besar untuk melibatkan rakyat dalam sektor pertanian, tetapi adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan pasaran terlebih dahulu bagi mengelakkan kos pengeluaran yang tinggi serta memastikan rakyat mendapat hasil daripada usaha mereka. “Oleh itu Kedah Agro bukan sahaja membantu meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian, malah mereka (Kedah Agro) juga perlu memastikan penglibatan
rakyat semaksimum yang mungkin dalam projek-projek pertanian negeri,” ujar beliau pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Kumpulan Kedah Agro di Wisma Darul Aman, di sini. Menurut beliau, perjanjian yang ditandatangani pada hari ini adalah sebahagian daripada projek yang dirancangkan melalui Kedah Agro Holdings Berhad dan merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerajaan dalam merakyatkan program ekonomi. Memorandum persefahaman antara Kedah Agro Plantations Sdn Bhd (KAPSB) dengan pemilik tanah terbiar di Kampung Teluk Sera, Sidam Kanan, Kulim membabitkan keluasan tanah 20 hektar yang bakal ditanam kelapa sawit. “Projek usahasama ini merupakan CSR kita, di mana penduduk kampung dikehendaki menyediakan tanah, manakala Kedah Agro menyediakan modal serta pengurusan penanaman kelapa sawit yang mana keuntungan akan diagihkan sama rata, iaitu 50-50. “Penglibatan 24 peserta dalam projek ini telah ditetapkan dalam tempoh 15 tahun, kos pelaksanaan adalah RM220,000 telah dipinjamkan oleh Perbadanan
Peserta dan Kedah Agro Holdings Berhad bergambar kenangan bersama beberapa Exco
Oleh itu Kedah Agro bukan sahaja membantu meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian, malah mereka juga perlu memastikan penglibatan rakyat semaksimum yang mungkin dalam projek-projek pertanian negeri.
Menteri Besar Kedah dan akan memulakan operasi pada 1 Mei. “Melalui projek ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup penduduk kampung, dan merupakan projek perintis sebelum ianya dikembangkan ke tanah-tanah terbiar yang lain,” jelas beliau. Tambah beliau, projek usahasama kedua adalah projek pengumpulan kuarantin dan penjualan lembu daging di Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu antara Kedah Agro Livestock Sdn Bhd dengan Green Agro Sdn Bhd di atas tapak seluas 46.8 ekar. “Kedah Agro Livestock menyewa tapak ini daripada PKNK selama 10 tahun, dan projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Green Agro sebanyak RM2 juta. “Apabila lembu dikuarantin di kampung ini, maka sudah tentu lembu-lembu ini memerlukan makanan, maka ia memerlukan penglibatan penduduk kampung untuk menyediakan makanan tersebut, ianya dicaj, jadi ianya menjadi peluang penduduk kampung meningkatkan pendapatan mereka,” ujar beliau. Projek ketiga merupakan perjanjian usahasama antara Kedah Agro Aquaculture Sdn Bhd dengan syarikat bumiputera Golden Protections Sdn Bhd dari Pulau Pinang bagi penternakan dan pembenihan ikan kerapu harimau. “Projek ini juga akan melibatkan penduduk tempatan dan kos RM10 juta dibiayai sepenuhnya oleh Golden Protections Sdn Bhd, manakala Kedah Agro A q u a c u l t u r e m e n y e d i a k a n kemudahan peralatan serta tenaga mahir dalam bidang ternakan ikan kerapu harimau,” jelas beliau.
Sasaran 1 juta pelancong Satun ke Kedah Oleh: WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah mensasarkan bilangan kehadiran pelancong dari Wilayah Satun, Thailand ke negeri ini akan mencapai angka satu juta orang dalam masa terdekat. Sasaran itu amat realistik berdasarkan anggaran perangkaan semasa yang diberikan oleh delegasi pentadbir Wilayah Satun bahawa seramai 700,000 penduduk wilayah itu melawat Negeri Kedah terutama Pulau Langkawi sepanjang tahun 2009. Kerajaan kini sedang merangka penekanan khusus untuk mencapai sasaran itu termasuk menerusi jalinan hubungan dua hala dengan Kerajaan Satun melalui penubuhan Jawatankuasa Bersama Pelancongan KedahSatun yang bakal membincangkan keadah terbaik untuk memperkenalkan produk pelancongan di dua negeri berkenaan. Menurut Pengerusi Jawatan kuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Pelancongan, YB. S. Manikumar, Kerajaan Negeri mencapai kata sepakat dan mendapat mandat daripada Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak untuk menyetujui cadangan penubuhan Jawatankuasa Bersama Pelancongan KedahSatun yang bakal memberi manfaat ekonomi kepada kedua-dua negeri. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat julung kali Jawatankuasa Bersama Pelancongan Kedah-Satun di Wisma Darul Aman, di sini. Tambahnya, dalam mesyuarat wakil Kerajaan Negeri bersama wakil delegasi pentadbir wilayah Satun pada kali ini, sebanyak tujuh agenda yang dibincangkan dalam menentukan hala tuju kemajuan industri pelancongan yang boleh dikembangkan di kedua-dua negeri. Pada masa sama, katanya, sesi ‘brainstorming’ yang bakal diadakan melibatkan penggiat
industri pelancongan di kedua-dua buah negeri pada awal bulan depan juga akan memberikan nafas baru kepada Kedah dan Satun untuk menjalankan usahasama dalam memperkenalkan produk pelancongan di negeri masing-masing. Manikumar menjelaskan, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk menambah frekuensi perkhidmatan feri untuk mengangkut pelancong Satun daripada tiga kali kepada empat kali sehari, menghubungi Pelabuhan Tammalang, Satun ke Jeti Kuah, Langkawi. “Dalam usaha untuk memudahkan kehadiran pelancong Satun ke Langkawi, beliau berkata, Kerajaan Negeri turut memfokuskan dalam gerak kerja Jabatan Imigresen Malaysia di mana permintaan penguatkuasaan kemasukan ke Malaysia lebih longgar akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya. Kerajaan Negeri Kedah, ujarnya, sedang merangka untuk menyediakan satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Gabenor Wilayah Satun bagi melancarkan lagi usahasama yang telah dibuat. “Bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan meneliti dahulu beberapa perkara sebelum memeterai perjanjian yang dijangka mampu membawa pulangan ekonomi yang besar kepada Negeri Kedah,” jelasnya. Pada 3 Disember 2009, pemerintah wilayah Satun menjemput Kerajaan Negeri Kedah untuk membincangkan hala tuju industri pelancongan di kedua-dua negeri di samping mengajak Kerajaan Negeri untuk mengadakan pertukaran aktiviti pelancongan bagi mempromosikan produk pelancongan kedua-dua negeri. Turut hadir ialah Timbalan Gabenor Satun, Chu Sak Manisayako; Presiden Wilayah Obocho, Satun, Samri Liangprasit; Timbalan Presiden Wilayah Obocho, Norazi Baikadir dan Presiden Sektor Pelancongan Wilayah Satun, Rosni Yok Chom.
Berita Semasa 11
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
MB bantu mangsa ribut di Kuala Ketil YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut KUALA KETIL - Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa ribut dalam satu majlis yang diadakan di pekarangan Pejabat Daerah Baling Cawangan Kuala Ketil, di sini.
Menteri Besar dalam ucapannya berkata, bantuan yang disampaikan itu adalah sumbangan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat yang memerlukan. “Kerajaan negeri cuma menolong sekadar yang termampu
YB Senator Zamri bersama Ahli Majlis Daerah Baling melawat mangsa
sahaja dan saya juga turut mengarahkan Pegawai Daerah Baling untuk membuat siasatan dan laporan serta kajian berhubung kejadian itu,” ujarnya. Beliau meminta mangsa ribut supaya bersabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan yakin bahawa setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Baling, Fisol Md. Noh, Ahli Parlimen Baling, YB. Ustaz Taib Azamuddin dan ADUN Kuala Ketil, YB. Haji Md. Zuki Yusof. Dalam kejadian ribut yang melanda kawasan Kuala Ketil barubaru ini lebih 300 buah rumah terbabit dengan bencana tersebut. “Saya dan dua rakan terpaksa lari masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri apabila mendengar tiupan agin yang kuat,” cerita seorang penduduk Kampung Pekan Lama, Mohd. Muhaimin Azfar. Rumahnya telah dihempap pokok macang yang telah meranapkan sebahagian besar bumbung. “Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku di Kuala Ketil dan saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dan nenek saya, Cik Putih Osman, 62
PUSPANITA hulur sumbangan keluarga Allahyarhamah Asmah
tahun turut selamat dalam kejadian itu,” katanya. Beliau memberitahu, rumahnya turut rosak akibat dihempap pokok. “Ketika kejadian berlaku, saya dan dua rakan berada di luar rumah dan tiba-tiba angin bertiup kencang. Kali pertama tidak begitu kuat tetapi kali kedua agak kuat sekali. Ketika itu air hujan berpusing-pusing. Saya dan dua rakan terus lari masuk ke dalam rumah menyelamatkan diri,” ujarnya. Ketika itu, katanya, dia baru menyedari bahawa rumahnya dihempap pokok macang dan
beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyalurkan bantuan kepada mangsa ribut di Kuala Ketil. Seorang lagi mangsa, Mazni Che Mee, 36 tahun dari Kampung Sisik Lantai, di sini berharap pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membantu keluarganya apabila bumbung bersama alang rumah diterbangkan angin. “Saya memohon agar JKM dapat membantu keluarga saya dengan mendirikan rumah baru dan buku-buku sekolah anak saya juga turut rosak akibat kejadian ribut yang berlaku itu,” katanya.
Exco lawat ‘kawasan hitam’ jalanraya
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
bersabar dan menerima ketentuan ALOR SETAR – Persatuan Suri dan ini dengan redha. “Walaupun usia perkhidmatan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Kedah Allahyarhamah singkat, iaitu selama telah menyampaikan sumbangan tiga tahun, namun jasa dan kepada keluarga Allahyarhamah pengorbanan memberi banyak Asmah Hamid yang telah meninggal perubahan kepada PUSPANITA dunia pada 22 Februari lalu akibat serta perkhidmatannnya dengan kerajaan. barah payudara. “Sepanjang perkhidmatan Sumbangan tersebut disampaikan oleh Penolong beliau, penderitaan daripada Setiausaha PUSPANITA negeri kesakitan yang dialami tidak Kedah, Puan Salehah Azizan di didedahkan kerana beliau sentiasa Wisma Darul Aman. Sumbangan ini ramah dengan orang ramai,” ujar sebagai menghargai jasa baktinya beliau. dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti PUSPANITA . Sumbangan telah disampaikan kepada suami Allahyarhamah, Syed Shahril Anuar Syed Khalid. Menurut Puan Salehah, dengan bantuan tersebut ianya dapat meringankan beban k e l u a r g a Allahyarhamah dan Penolong Setiausaha Puspanita Negeri Kedah, Puan diharap keluarga Solehah menyampaikan sumbangan kepada suami A l l a h y a r h a m a h Allahyarhamah Asmah Hamid
Antara rumah yang menjadi mangsa riubut di Kuala Ketil
YB Tan Chow Kang memeriksa lubang longkang yang membahayakan pengguna jalan raya SUNGAI PETANI – Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Pengangkutan dan Masyarakat Cina, YB. Tan Chow Kang turun padang melawat beberapa lokasi ‘black area’ di Sungai Petani yang dikatakan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya serta penduduk sekitar. Beliau yang baru dilantik sebagai Exco Mac lalu berkata, sehari dalam seminggu akan beliau peruntukkan bagi tujuan melawat kawasan berisiko tinggi mengundang kemalangan jalan raya seterusnya tindakan akan diambil. “Selepas mesyuarat julung kali Majlis Keselamatan Jalan Raya, saya telah putuskan untuk meluangkan masa sehari dalam
seminggu untuk melawat kawasankawasan yang berbahaya kepada pengguna. “Minggu ini saya melawat Sungai Tukang, Sungai Lalang serta Ambangan Heights, minggu depan ke Padang Temusu,” ujar beliau yang turut ditemani Pengarah JKJR, M. Surentharan serta beberapa anggota JKJR. Antara lokasi tumpuan kali ini adalah masalah laluan yang terputus (divider) pejalan kaki di Jalan Sungai Petani ke Sungai Lalang, iaitu di hadapan Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2, Sungai Tukang. Berdekatan lokasi tersebut, iaitu bersebelahan stesen minyak Esso, terdapat juga penutup lubang longkang yang dicuri telah
mengakibatkan beberapa pengguna telah jatuh ke lubang tersebut. “Laluan yang dibuka untuk pejalan kaki telah disalahgunakan oleh penunggang motosikal, laluan ini merupakan laluan utama pelajar sekolah untuk melintas. “Saya sarankan kepada mereka yang bertanggungjawab menutup laluan tersebut bagi menyekat motosikal menggunanya, ataupun ada inisiatif lain yang sesuai, memang belum ada kemalangan jiwa, takkan dah berlaku kemalangan baru tindakan diambil,” jelas beliau. Selain itu, beliau turut melawat jalan yang baru dibuka tetapi tiada papan tanda keselamatan jalan raya di Ambangan Heights, masalah tiada lampu jalan berhampiran taman tema The Carnivall serta jalan lubang yang dalam di Taman Desa Aman dan kedudukan gerai hingga ke bahu jalan yang menjadi gangguan kepada pengguna.
YB Dr. Ismail Salleh merasmikan Telco & Pos cawangan Daerah Pokok Sena
Jemputan dan peserta yang mengikuti Taklimat Penerangan Kerajaan Negeri di Pokok Sena
KDYMM Tuanku Sultan merasm Majlis Perbandaran Sungai Peta
YB. Ustaz Abdul Ghani Ahmad menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk
Chef Yusof Mat Nasir sedang melakukan demonstrasi seni mengukir buah kepada peserta Kursus di UUM
Pensyarah Insaniah, Dr. Aziz Pemahaman Enakmen Keluar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan melawat mangsa ribut di Sungai Petani
KDYMM Tuanku Sultan Kedah bergambar kenangan bersama Menteri Besar dan pemain-pemain bola sepak Kedah
YAB Menteri Besar bersama tetamu di majls sempena lawatan ke ladang anggur Sik
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan berbual dengan penduduk tempatan sambil menikmati keindahan suasana sekitar ladang anggur Beris, Sik
Peserta seminar pemahaman Baling
YB Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah sedang menyaksikan upacara menandatangani perjanjian Kedah AGRO dengan pengusaha industri asas tani
YB Ustaz Izzat Shauki menyampaikan elaun MKK Dun Bukit Lada
YB Dr. Hamdan Mohamed Khalib mengiringi YTM Tunku Intan Safinaz melawat tapak arkeologi Sungai Batu, Merbok
Mangsa ribut di Sungai Petani dalam majlis penyampaian sumbangan oleh YAB Menteri Besar Kedah
mikan Pantai Merdeka Resort sambil diperhatikan oleh YDP ani Puan Rozaina Dato’ Radzi
YB Dato’ Ir. Phahrolrazi berucap pada majlis pelancaran menanam 26 juta pokok peringkat negeri Kedah
Hanafi membentangkan kertas kerja didalam seminar rga Islam (Nusyuz) di Baling
Enakmen Keluarga Islam (nusyuz) yang diadakan di
KDYMM Tuanku menyampaikan imbuhan kepada pemain bolasepak Kedah
Program Royal Heritage Rider di Menara Alor Setar
KDYMM Tuanku Sultan merasmikan bas milik Persatuan Bolasepak Kedah (KFA)
Chu Sak (duduk dua kiri) dan S. Manikumar (duduk tengah) bergambar bersama wakil Kerajaan Negeri Kedah dan delegasi pemerintah wilayah Satun di Wisma Darul Aman
14 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Mahu semua rakyat miliki rumah sendiri Oleh: AMELIA HASHIM Bagi mempastikan keselesaan hidup rakyat, kerajaan berusaha menyelesaikan masalah perumahan dan akan berusaha supaya semua rakyat dapat memiliki rumah sendiri. Demikian diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan YB Dato’ Ir Haji Phahrolrazi Md. Zawawi kepada wartawan Warta Darul Aman. Katanya, keperluan rumah hari ini semakin meningkat berdasarkan jumlah yang mendaftar di Bahagian Perumahan mencecah 23 ribu pemohon. “Jumlah ini adalah permohonan untuk rumah kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah jenis ini dibina oleh GLC dan pihak swasta serta dibina di kawasan-kawasan ikut permintaan,” katanya. Kerajaan menggalakkan pihak pemaju perumahan membina rumah mampu milik yang berharga RM150 ribu ke bawah seperti yang dibuat oleh Syarikat Seri Temin di Bandar Sejahtera di Pokok Sena. Rumah tersebut habis dijual di hari pelancaran lagi. Manakala di Sungai Petani dan Kulim, katanya, bekalan rumah mampu milik ini sudah berlebihan yang telah diluluskan. Selain itu pembangunan perumahan di daerah-daerah adalah mengikut permintaan
“
Selain itu pembangunan perumahan di daerahdaerah adalah mengikut permintaan dan kategori yang diperlukan ialah rumah mampu milik kerana rakyat golongan sederhana mampu membelinya. dan kategori yang diperlukan ialah rumah mampu milik kerana rakyat golongan sederhana mampu membelinya. “Kalau atas permintaan untuk rumah mahal tidak begitu banyak, permintaan mungkin datang dari pemaju yang mahu menjual kepada pembeli dari luar negeri Kedah. Ini berlaku di Bandar-bandar besar seperti Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim,” katanya. Menurut beliau lagi, mengikut perancangan perumahan tahun 2020
JKJR sentiasa pantau atasi masalah kemalangan jalan raya Oleh: WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Kedah sentiasa menjalankan pemantauan dalam usaha mengatasi masalah berlakunya kemalangan di negeri ini. Operasi musim perayaan juga turut diadakan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan mendidik pengguna agar lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya. Pengarah JKJR Negeri Kedah, Surentharan a/l Mathaven berkata, Ops Terminal adalah antara operasi yang dijalankan pada tiap-tiap bulan. Menurutnya, Operasi Anti-JamQ turut diadakan dalam mengesan pemandu kenderaan yang memasuki laluan motosikal dengan mengambil gambar kenderaan berkenaan dan dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah. “Mana-mana pemandu kenderaan yang didapati melanggar lampu isyarat, gambar kenderaan turut diambil dan dihantar ke JPJ Negeri Kedah,” ujarnya. Beliau memberitahu, JKJR Negeri Kedah turut mengadakan operasi penyamaran di mana pegawai JKJR akan menaiki bas ekspress sebagai penumpang biasa dan memeriksa pemandu serta keadaan bas. “Kita juga turun padang meninjau keadaan jalan yang berlubang, jalan yang berbahaya kepada pengguna dan jalan yang selalu berlakunya kemalangan,” jelasnya.
YB Dato’ Ir Phahrolrazi Md Zawawi nanti, 60 peratus penduduk Kedah akan tinggal dalam taman-taman perumahan sementara 40 peratus tinggal di kampung tradisional atau kampung baru. “Ini kerana generasi baru akan datang tidak ada tanah untuk membina rumah sendiri tetapi mereka ada pekerjaan dengan gaji bulanan untuk buat pinjaman membeli rumah. Mereka tidak mampu membeli tanah kerana tanah kampung bergeran besar tidak boleh buat pinjaman untuk tujuan ini. “Rumah kampung tradisional tidak boleh buat pinjaman sebab takkan nak gadai satu geran yang besar libatkan harta orang lain. Hasilnya generasi yang kerja makan gaji dengan pendapatan sendiri akan beli rumah dalam taman,” katanya. Trend ini juga, katanya, bergantung kepada cita rasa generasi akan datang yang suka duduk dalam kawasan perumahan yang ada kemudahan lengkap selain berdekatan dengan bandar dan pusat perniagaan. Ketika ini berlaku transformasi penduduk di mana kampung tradisional dan kampung baru ini akan mengecil dari segi peratus pertambahan penduduk. Membasmi kemiskinan ditekankan kerajaan dalam merealisasikan cita-cita supaya rakyat hidup selesa. Untuk itu di
Pantun
bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan juga Pejabat Daerah menjadi penyelaras kordinator kepada agensi-agensi yang memberi bantuan kepada rakyat terutama golongan miskin tegar. Miskin tegar ini adalah berpendapatan dibawah RM450 dan ketegori miskin pula sebanyak RM 720 seisi keluarga. “Di peringkat ini pendaftaran dilakukan oleh e-Sinar dan kerajaan menyelaras agensi-agensi yang memberi bantuan supaya yang betul-betul layak sahaja menerima. Ini kerana sekarang ini masing-masing agensi memberi ikut permohonan kepada mereka. “Jadi kita nak dapat maklumat permohonan yang belum dapat dan berapa agensi yang bagi bantuan. Agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zakat, Keda, Felcra dan agensi pusat serta Jabatan Pelajaran juga ada bantuan kepada pelajar sekolah. Selain itu bantuan perniagaan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),” katanya. Ini diselaraskan oleh UPEN melalui pendaftaran e-Sinar di mana sehingga kini sebanyak 7,000 telah didaftarkan dan kemungkinan jumlah pendaftaran akan mencecah 20,000 orang. Berhubung isu kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Pusat, beliau menjelaskan bahawa Negeri sentiasa memberi kerjasama erat kepada Kerajaan Pusat demi untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Katanya, mesyuarat sentiasa diadakan bagi mempastikan kelancaran projek-projek peruntukan Pusat yang melibatkan agensi kerajaan negeri. “Seperti projek keretapi ‘double tracking’. Ini projek besar di bawah Kementerian Pengangkutan yang diserah kepada Syarikat Gamuda. Kerajaan Negeri cuma terlibat dalam pengambilan tanah dan masalah sosial seperti pemindahan setinggan, kelulusan pelan bangunan dan jejambat. Kita akan bantu melalui pihak berkuasa tempatan,” katanya.
KEHILANGAN MADU
z Buat pagar berbatang kayu, Tepi perigi pohon beringin; Bunga segar ditiup bayu, Harum wangi dibawa angin. z Tepi perigi pohon beringin, Pokok kuini kepunyaan rani; Harum wangi dibawa angin, Suci murni penuh harmoni. z Pokok kuini kepunyaan rani, Dipanjat menteri buah dilontar; Suci murni penuh harmoni, Membawa seri alam sekitar. z Dipungut menteri buah dilontar, Burung terbang berkepuk sayap; Membawa seri alam sekitar, Kumbang jalang datang merayap.
z Burung terbang berkepak sayap, Terbang menuju pohon keranji; Kumbang jalang datang merayap, Cuba merayu bermadah janji. z Terbang menuju pohon keranji, Keranji pusaka Datuk Bentara; Cuba merayu bermadah janji, Bunga leka terpaut mesra. z Keranji pusaka Datuk Bentara, Hadiah puteri dalam negeri; Bunga leka terpaut mesra, Madu diberi kumbang menyeri. z Hadiah puteri dalam negeri, Negeri hulu orang Melayu; Madu diberi kumbang menyeri, Kumbang berlalu bunga pun layu. -Abdul Halim “R”
Berita Semasa 15
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Plaza Tunku Yaakob dibangun 2011 Oleh: WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR: Bangunan Plaza Tunku Yaakob yang terletak di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini yang sudah 30 tahun terbengkalai akan dibangunkan semula sebagai pusat komersil termasuk sebuah hotel empat bintang. Apabila siap kelak, berbanding keadaan sekarang, Plaza Tunku Yaakob itu akan menjadi mercu tanda baru bagi bandaraya ini. Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato’ Abdul Rahman Ibrahim berkata, projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaakob yang menelan kos RM300 juta akan
dijalankan secara usahasama oleh PKNK dengan anak syarikat Bellview Group, Bellview Bina Sdn Bhd (BBSB) bermula awal tahun 2011. “Buat masa ini, PKNK sedang menjalankan proses pengambilan tanah dan beberapa proses lain, malah proses rekabentuk bagi membangunkan projek itu juga kini sedang dijalankan oleh BBSB,” ujarnya. Bagaimanapun, jelasnya, pembinaan projek itu hanya akan bermula selepas semua proses itu selesai dan ia juga bergantung kepada kelancaran proses itu. Abdul Rahman berkata, kerja pembangunan pusat komersial itu
Forum Rakyat Semua pandangan yang tersiar di ruangan ini bukan pendirian rasmi Warta Darul Aman.
Keruntuhan moral bukan isu kecil KERUNTUHAN moral bukan sahaja berlaku kerana keadaan perkembangan masyarakat itu sendiri tetapi ianya berpunca dari rumah tangga dan ianya ada kaitan dengan persekitaran hari ini dan perkembangan media massa yang tidak terkawal yang dilihat telah mencabar jiwa para remaja. Sehubungan itu juga, sikap masyarakat dan keluarga yang mementingkan keduniaan, mencari pencapaian diri hingga mengabaikan peranan dan tangungajawab terhadap perkembangan anak-anak mereka turut menyumbang peranan. Masyarakat hari ini lebih beranggapan bahawa kekayaan boleh menentukan kebahagiaan tetapi sebenarnya kebahagiaan bukan terletak pada kekayaan harta benda tetapi lebih kepada sikap individu sendiri. Kerana indvidu yang bersyukur dia rasa bahagia walaupun kehidupannya sederhana. Oleh itu pemimpin sewajarnya melihat sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan biarlah menyumbang kepada minda atau mentaliti masyarakat khas remaja yang akan menyambung kegiatan kepimpinan yang ada sekarang. Jika pemimpin melihat pencapaian ekonomi dan pembangunan lebih diutamakan tanpa mengambil kira kesannya atau pengaruh terhadap generasi muda hari ini maka kesan dari pencapaian pembangunan itu akan membawa negara terjerumus dalam perangkap dunia bebas tanpa moral. Kerana remaja hari ini adalah aset masa depan negara.
Bangunan asal yang ada sekarang dijangka mengambil masa lebih tiga tahun kerana ia melibatkan pembinaan berfasa. Menurutnya, projek itu akan dimulakan dengan kerja merobohkan bangunan sedia ada dan membina yang baru disebabkan ketahanan struktur bangunan itu setelah tiga dekad terbengkalai, tidak lagi terjamin.
Seperti yang berlaku di kebanyakan negara maju yang tidak ada batas antara ibu bapa dengan anak-anak di dalam keluarga. Mereka bukan sahaja mencabar dengan perdebatan tetapi bertindak di luar batasan institusi keluarga seperti mencabar ibu bapa dengan sistem kehakiman, isteri mencabar suami dan sebaliknya. Hari ini keruntuhan moral itu bukan semakin menguncup tetapi semakin berkembang dengan mekarnya. Cucu membunuh nenek dan atuk. Cucu merompak nenek sendiri. Bapa merogol anak. Abang merogol adik. Atuk merogol cucu. Kemuncaknya pergaulan bebas di kalangan remaja sehingga melahirkan anak luar nikah dan pembuangan bayi setiap minggu berlaku boleh kita tatap dalam surat khabar. Keruntuhan moral ini dikaitkan dengan institusi keluarga yang sangat rapuh. Apabila ibu bapa mementingkan diri sendiri anak-anak menjadi terabai. Bukan sahaja terabai dalam kasih sayang tetapi yang tersangat penting adalah didikan agama. Asas-asas didikan agama itu terbentuk dari rumah yang kemudiannya diperhalusi lagi di sekolah-sekolah oleh guru-guru. Keruntuhan moral remaja hari ini sudah sampai ke peringkat membimbangkan. Kalau tidak dikawal dan dibendung dari awal dia akan menjadi seperti dadah yang pada mulanya hanya berbentuk ganja dan candu. Kemudian merebak menjadi heroin, ekstasi dan juga akhirnya negara menjadi popular sebagai transit pengedar dadah dunia yang tidak pernah kita fikir dahulu kini telah berlaku. Nampaknya kita bukan popular kerana mahu menjadi negara maju tetapi popular kerana dadah. Ditambah lagi dengan kebanjiran pendatang luar yang tidak sedikit menyumbang kepada penyakit masyarakat. Inilah yang terjadi sekiranya pembangunan yang dirancang tanpa mengambil kira kesannya terhadap masyarakat maka terjadilah apa dikata pepatah orang tua-tua dahulu ‘yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran’.
Cadangan Plaza Tunku Yaakob “Saya yakin dengan adanya usahasama dengan BBSB sebagai sebuah syarikat yang berpengalaman luas dalam bidang pembinaan termasuk membangunkan semula projek terbengkalai di Pulau Pinang, pemandangan bangunan terbengkalai yang usang dan menyakitkan menyakitkan mata di
Mungkin ada segolongan kecil Melayu dikorporatkan dan dijutawankan tetapi jumlah ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah anak Melayu yang menjadi penagih dadah dan jumlah anak Melayu yang runtuh moralnya. Tidak termausk lagi yang jadi ganas sebagai contoh mat rempit dan kutu rayau dan peragut jalanan. Bermula apabila kerajaan meluluskan umur 16 tahun boleh ambil lesen motorsikal. Dengan harapan generasi tersebut iaitu pelajar-pelajar dapat menggunakan motorsikal ke sekolah. Tetapi akhirnya generasi itu kerana terlalu muda masih mentah tidak cukup pengalaman kurang bimbingan agama dan tinggal dalam masyarakat moden kurang didikan ibubapa dan dia mencari kebebasan guna dengan kemudahan ini bukan untuk sekolah tetapi merempit. Kita tidak menyalahkan sesiapa dan kerajaan tidak berniat, bukan matlamat tetapi oleh kerana kurang penelitian dan kurang pengawasan maka pelaksanaan yang tidak dikaji sehalusnya, kesan balik perancangan itu akan merosak masyarakat dan bangsa. Oleh yang demikian rakyat mengharapkan semua pemimpin khasnya mereka yang berkuasa berfikirlah secara positif menerima apa jua pandangan secara positif sama ada datang dari kawan atau lawan andainya pandangan itu baik dan membina. Pena Prihatin, Kedah.
Pakaian remaja zaman sekarang HARI Sabtu lepas Maktam pi makan kenduri. Cucu penakan Maktam kahwin. Kenduri kahwin zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu makan berhidang. Duduk bertimpuh atas tikar. Ada orang nirai. Ada mentara melayan kita makan. Ada bunga telor. Sekarang ini makan duduk atas kerusi. Makan kena ambil sendiri. Bunga telor dah bertukar jadi bunga coklat. Kalau nenek Maktam masih hidup tentulah dia pengsan kerana
tengah-tengah bandar raya itu akan lemyap tidak lama lagi,” tambahnya. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai sejak 1981.
terkejut melihat perubahan ini. Lagi yang Maktam nak sebut di sini tentang pakaian. Dulu kalau pergi rumah kenduri yang lelaki pakai baju Melayu. Sekarang ini hentam pakai apa sahaja. Baju T pun ada. Yang kaum wanita pula selalunya pakai pakaian bersopan. Baju kurung atau baju kebaya. Kenduri dulu anak-anak dara tak nampak muka. Makan di rumah yang dekat dengan rumah kenduri. Hanya kanak-kanak yang berkeliaran berlari ke sana kemari. Tapi anak-anak dara sekarang boleh jadi tetamu duduk depan majlis pula. Inilah perubahan namanya. Anak-anak dara ini yang memakai pakaian bersopan takpalah. Manis dipandang mata. Tapi nampaknya berpakaian seluar jean boleh juga masuk majlis. Bukan sahaja tak manis dipandang mata. Orang-orang tua tak boleh berkata apa-apa. Atau suka tengok sahaja. Tahulah sajalah seluar jean ketat dengan baju kecil singkat. Angkat tangan nampaklah apa yang sepatutnya ditutup kerana bernama aurat. Maka berfikirlah otak Maktam. Kenapalah emak bapa sekarang membiarkan anak-anak perempuannya berpakaian begitu. Bukan lagi kurang manis mata memandang tetapi boleh mengundang pelbagai gejala. Fikirlah siapa pereka fesyen pakaian begitu. Orang yang bukan Islam mencipta fesyen pakaian itu untuk mereka kenapa kita orang Islam memakainya pula. Ditambah sekiranya pereka pakaian itu orang lelaki. Tentulah direkanya fesyen yang menonjolkan tempat-tempat yang dia suka tengok. Tak malukah? Pesan kepada emak bapa sekarang. Jagalah anak-anak bermula dari rumah. Bukan sahaja didikan agama tetapi cara berpakaian. Walaupun sesibuk mana anak-anak adalah amanah Allah. Janganlah jadi bapa dayus pula. Takut untuk menegur anak-anak. Maktam, Kuala Nerang.
16 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Kampus Insaniah jadi projek pendidikan dan kebajikan Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM GUAR CHEMPEDAK – Pendidikan juga adalah merupakan kebajikan. Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil membuktikan kerajaan negeri menitikberat kebajikan rakyat. Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, pembinaan kampus tetap KUIN bukan sahaja dapat mendidik anak bangsa menimba ilmu malah secara tidak langsung rakyat tempatan turut merasai tempias pengaliran wang masuk apabila pelajar luar datang belajar dalam Kedah. “Ramai orang tanya apakah kesan kepada pembinaan Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil? Ingin saya jelaskan disini, apabila
kampus tetap ini siap, ini juga merupakan kebajikan kepada rakyat. “Sebagai contoh, kolej ini mampu tempatkan 10 ribu pelajar, dan kesemuanya adalah pelajar Kedah, maka duit Kedah hanya belanja dalam Kedah, pengaliran wang keluar hanya berlaku dalam Kedah, tapi jika anak kita belajar di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, duit rakyat Kedah perlu dibelanjakan di sana, maka penduduk sana dapat manfaatnya. “Tetapi jika ada pelajar luar belajar dalam Kedah, maka rakyat dapat tempiasnya, mereka akan belanja di Kedah, dan rakyat boleh manfaatkan perbelanjaan tersebut,” jelas beliau pada Majlis Penyampaian Bantuan Pejabat
Kebajikan Masyarakat dan Skim Kafalah Daerah Yan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak. Tambah beliau, kerja-kerja fizikal telah dilaksanakan sejak September 2009 dan dijangka siap pada September 2012 dan bakal dilengkapi banyak pembangunan fizikal kepada kawasan sekitar tapak kampus. “Sepanjang jalan dari Kuala Ketil ke Merbau Pulas, dilengkapi dengan tasik seluas 1.2 kilometer, air jernih lagi bersih, dan selepas ini akan jadi tempat lumba perahu antara universiti di Malaysia, dalam hutan kelapa sawit. “Di sebelahnya kita akan bina masjid seumpama masjid terapung di Terengganu, kita juga telah mendapat penderma untuk
pembinaan masjid tersebut,” ujar beliau. Sehingga kini, sebelum ianya siap sepenuhnya, permintaan untuk melanjutkan pelajaran di kampus ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. “Ini satu kejayaan kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat, iaitu pendidikan. Bagi fakulti perubatan, peruntukkan hanya
bagi 50 pelajar, tetapi sehingga kini kita telah terima 83 permintaan daripada pelbagai kaum untuk belajar di sini. “Universiti Islam Antarabangsa juga telah tempah 44 tempat untuk menempatkan pelajar, ini sahaja sudah hampir 50. Kita juga ada fakulti kejururawatan dan dalam proses mewujudkan fakulti undang-undang,” jelas beliau.
Tiada masalah penggunaan tulisan jawi di papan iklan Oleh: AMELIA HASHIM SUNGAI PETANI – Kerajaan menggalakkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda di negeri ini namun tidak sampai mewajibkannya. Lantaran itu tidak perlu ada pihak yang merasa bimbang sehingga menimbulkan salah tafsir. Tulisan jawi telah digunakan sejak sekian lama, difahami oleh sebahagian besar rakyat negeri ini dan menjadi satu warisan bangsa Melayu. YAB Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan ketika berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan akhbar selepas Majlis Pelancaran Kaunter Bergerak Cukai Tanah. “Tulisan jawi sudah termaktub dalam Perlembagaan dan bahasa Melayu difahami dengan tulisan jawi ataupun rumi. Tiada asas untuk mana-mana pihak berasa budaya yang terdapat di Malaysia melalui aktiviti bimbang. Tulisan jawi adalah yang diadakan seperti ini.
Jambori Pengakap Sedunia di Kedah Oleh: WADIASSOFI JAAFAR PANTAI MERDEKA: Pertubuhan Pengakap boleh diketengahkan kepada masyarakat kerana pertubuhan ini memainkan peranan dalam melatih pelajar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Dato’ Wira Mohd Johari Baharom, pelajar yang menyertai pertubuhan pengakap dilatih untuk menghormati negara dalam usaha membina sebuah negara yang aman damai. “Pengakap merupakan sebuah pertubuhan yang begitu besar di mana terdapat seramai 28 juta orang yang menyertai pertubuhan pengakap di 160 buah negara dan ia merupakan satu aset yang begitu besar,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Jambori Pengakap Sedunia 2010 di sini yang disertai seramai 500 ahli pengakap dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei. Johari memberitahu, program yang diadakan itu diharap mampu menjalinkan kerjasama antara negara yang terlibat di samping mengenengahkan
“Ahli Pengakap juga perlu didedahkan dengan bidang pertanian yang mampu memberi pendapatan kepada mereka melalui kerjasama dari Kementerian Asas Tani dalam usaha membentuk ahli pengakap menjadi seorang petani yang berjaya,” ujarnya. Beliau menjelaskan, Jambori Pengakap Sedunia 2010 yang diadakan itu merupakan satu perhimpunan pengakap antarabangsa yang merupakan program pertama kali dianjurkan di mana ia berkonsep terbuka bersama masyarakat. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Hamdan Mohamed Khalib; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar; Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB. Tan Chow Kang dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia, Kaharuddin Mukmin.
“
Tulisan jawi sudah termaktub dalam Perlembagaan dan bahasa Melayu difahami dengan tulisan jawi ataupun rumi. Tiada asas untuk mana-mana pihak berasa bimbang
untuk mempertahankan warisan orang Melayu dan . Bahasa Melayu dan generasi baru yang sudah tidak kenal tulisan ini,” katanya. Menurut Ustaz Azizan, tulisan jawi tidak menjadi isu kerana jika dilihat di Kelantan, penggunaan tulisan jawi secara meluas sejak sekian lama tidak pernah menimbulkan suasana membimbangkan. “Di Kelantan sudah banyak tulisan jawi digunakan dan semua rakyatnya hidup dalam aman tidak ada apa-apa yang berlaku dan tidak ada bimbang apa-apa,” katanya. Tambahnya, sama juga dengan tulisan Cina yang digunakan secara meluas oleh kaum itu di kedai-kedai atau premis perniagaan milik mereka walaupun majoriti pelanggan dan penggunanya adalah Melayu yang tidak faham tulisan itu. Namun ia tidak menimbulkan apa-apa masalah. Dalam Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan merupakah bahasa Melayu dan tulisan rasmi bagi bahasa Melayu adalah tulisan rumi dan penggunaan tulisan jawi tidak dilarang. Menurut sebuah artikel, tulisan jawi dikesan pada batu nisan makam Syeikh Abdul Qadir Ibnu Husin Shah Alam di Langgar Alor Setar Kedah pada 290 Hijrah bersamaaan 910 Masihi. Manakala 300 tahun kemudian timbul pula tanda awal bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi pada batu bersurat di Terengganu. Tulisan jawi digunakan dalam perjanjian penting antara Raja Melayu dengan pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini termausklah Perjanjian antara Stamford Raffles dengan pihak Diraja Johor, Perjanjian Pangkor 1874 dan Peristiharan Kemerdekaan 1957. Malah tulisan jawi juga digunakan dalam perdagangan antara Sir Francis Light dengan pihak istana dan rajaraja Melayu zaman itu.
Mimbar Darul Aman 17
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Pembangunan insan menurut perspektif Islam Oleh: Ustaz Mohd Isa Haji Abdul Rahman Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman
Muqaddimah Pembangunan insan mengikut acuan Islam adalah sangat berbeza dengan pembangunan-pembangunan yang lain. Pertamanya, Islam menggariskan prasyarat ke arah memelihara dan mementingkan pembangunan rohani kerana ia menjadi asas kepada pembangunan tersebut. Kedua, pembangunan Islam tidak hanya menumpukan kepada kegiatan-kegiatan fizikal dan kuantitatif sahaja kerana pembangunan jenis ini hanya akan melahirkan mereka yang menganggap dirinya sebagai kuasa besar yang lebih banyak mendatangkan bencana kepada alam dan menghakis rasa kemanusiaan, tetapi lebih dari itu menjurus kepada pengabdian mutlak kepada Khaliq (Abu Bakar, 2006). Pembangunan Insan Menurut Naim (2002) pembangunan insan yang menjadi nadi kemajuan yang mampu menggilap tamadun dunia adalah terbahagi kepada dua: a. Pembangunan Jiwa Pembangunan jiwa merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa. Ianya merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan oleh semua umat. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun material. Sebagai hamba Allah, manusia dikehendaki mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariat ayat 56 yang bermaksud: ‘Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku’. b. Pembangunan Mental Pembangunan insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan mental (akal). Akal manusia mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam untuk mempelajarinya. Antara ilmu yang perlu dititikberatkan ialah ilmu berkenaan dengan Fardhu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf serta ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu Sains dan Geografi. Melalui ilmu tersebut, manusia tidak hanya mengenali hakikat sesuatu kejadian berdasarkan kepada sifat tabiinya sahaja, bahkan mereka akan cuba berfikir bahawa di sebalik segala kejadian tersebut, ada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Kesan sampingan yang akan timbul ialah mereka akan berasa takjub atas kekuasaan Allah ini dan seterusnya akan mendorong jiwa mereka untuk tunduk patuh kepada perintah-Nya. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud: ‘Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan
berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk’. c. Pembangunan Fizikal Sekiranya jiwa dan akal sahaja dibangunkan, tetapi fizikal lemah, maka tamadun Islam dan peribadi muslim juga akan terhalang pembinaannya. Kalau diamati, apakah faedah yang dapat diperolehi daripada seorang manusia yang lemah tubuh badannya, tidak bermaya dan lesu? Setiap masa ditimpa dengan pelbagai jenis penyakit. Kita tidak menafikan bahawa sakit itu merupakan ujian dari Allah s.w.t. Namun demikian, seseorang manusia itu tidak boleh menempah maut dengan membiarkan dirinya diselubungi dengan pelbagai jenis penyakit yang mungkin boleh membawa maut. Firman Allah s.w.t di dalam surah alBaqarah ayat 172: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya’. Ciri-ciri pembangunan ummah: 1. Peningkatan Kualiti Masa Kunci penentu kehidupan manusia yang paling bermakna dan memenuhi segenap jenis rantaian kualiti kehidupan sebagaimana dikhabarkan oleh Allah s.w.t dalam firmanya yang bermaksud: “Demi Masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:1-3). Merenung kembali firman Allah s.w.t. memperingatkan dan memperjelaskan kepada manusia betapa pentingnya masa dalam kehidupan. Masa tidak dapat ditukar ganti. Yang datang akan pergi. Setinggi mana harta dilonggokkan tidak mampu menebus sesaat masa yang berlalu. Manusia leka dengan sesuatu yang menyeronokkan dan melalaikan. 2. Peningkatan Kualiti Hubungan Sesama Manusia Kualiti dalam hubungan sesama manusia perlu dikaitkan untuk mencapai standard kehidupan cemerlang. Hubungan ini tidak terbatas kepada hubungan kekeluargaan, malahan boleh dihubung kait hubungan antara majikan dan pekerja, peniaga dan pelanggan, guru dan pelajar, jiran tetangga, sahabat handai dan antara Muslim dengan bukan Muslim. Hubungan yang berkualiti meletakkan kasih sayang sebagai jambatan yang menghubungkan dan mempereratkan ikatan sesama insan. Allah menurunkan kitab-Nya sebagai panduan manusia memenuhi tuntutan kehidupan:
“
“
Masa tidak dapat ditukar ganti. Yang datang akan pergi. Setinggi mana harta dilonggokkan tidak mampu menebus sesaat masa yang berlalu. Manusia leka dengan sesuatu yang menyeronokkan dan melalaikan. “Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan al-Quran itu adalah sematamata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan daripada segala benda dan perkara yang tidak kekal).” Hud : 116) 3. Peningkatan Kualiti Gerak Kerja (Satu Ibadah) Dalam gerak kerja dan ibadah yang berkualiti menjadikan seorang individu Muslim seorang individu yang produktif. Faham dengan tugas dan hak, menunaikan segala tanggungjawab yang diberikan secara profesional, memberi segenap perhatian serta tidak dilupakan setiap apa yang dilakukan, matlamat pengakhirannya ialah Allah s.w.t. adalah prasyarat menjadikan gerak kerja dan ibadah yang berkualiti. 4. Keikhlasan Dan Keesaan Kepada Tuhan: Matlamat Kesempurnaan Peningkatan Kualiti Hidup Kadangkala manusia bergelut dalam persoalan antara ingin mendapatkan gaji dan pangkat yang diidamkan. Mujahadahlah dengan penuh keikhlasan serta berdoa agar hati kita sentiasa tetap kepada Tuhan yang satu. Wang dan pangkat dijadikan alat, bukannya matlamat untuk meneruskan kehidupan sebelum ke akhirat nanti. Peningkatan kualiti hidup perlu bersifat menyeluruh dan memberi penekanan kepada aspek penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal.
Wang dan pangkat harus dijadikan alat semata-mata, untuk meneruskan kehidupan sebelum ke akhirat nanti, bukannya matlamat.
“
“Ambillah peluang lima perkara sebelum kamu dihilangkan (didatangi) oleh lima perkara: Peluang masa mudamu sebelum tuamu. Peluang masa sihatmu sebelum sakitmu. Peluang masa kayamu sebelum fakirmu. Peluang masa lapangmu sebelum kesibukanmu. Peluang masa hidupmu sebelum matimu” (Riwayat Imam Ahmad) 5. Keutuhan Budaya dan Moral Mesej risalah Nabi Muhammad s.a.w. menampilkan signifikan manusia berbudaya positif dan moral yang tinggi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Bahawasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak (budaya dan moral) yang mulia”. Prinsip-prinsip Maqasid Al-Syariah pula menumpukan perhatian kepada penyempurnaan akhlak yang lebih komprehensif termasuk pemeliharaan, keutuhan dan pembaikan agama, akal, nyawa (jiwa), hartabenda dan keturunan (zuriat). Faktor kemunduran umat Islam: Ali Abd Halim Mahmud melihat kemunduran umat Islam disebabkan beberapa faktor, antaranya: i. Penyelewengan umat Islam dari kefahaman Islam yang sebenar terutama dalam bidang akidah. ii. Buruk sangka terhadap pemerintahan dan khalifah yang tidak berfungsi dan tidak berkemampuan mentadbir negara. iii. Tidak mengikuti sistem syariat Islam dalam kehidupan. iv. Perpecahan umat Islam v. Ketiadaan semangat jihad dan kelemahan persiapan serta peralatan. vi. Berfoya-foya secara keterlaluan dengan dunia dan melupakan akhirat. vii. Berleluasanya bid’ah dan khurafat. viii. Kurangnya pendidikan dalam rumahtangga Muslim terhadap anak-anak. ix. Tidak peduli tentang kemajuan ilmu dan sains. Akibat daripada kemunduran ini umat Islam telah berpecah belah dan menghadapi pelbagai krisis didalam kehidupan mereka serta lemah dalam pelbagai bidang kehidupan, lalu musuh dapat menguasai mereka dengan mudah. Penutup Oleh itu, pembangunan yang berjaya adalah pembangunan yang dapat melonjakkan kemajuan tamadun umat itu yang berasaskan kepada nilai-nilai agama sebagai pendorong kepada kemajuan sesuatu bangsa. Hakikat kecemerlangan terletak kepada kualiti dan hakikat kemanusiaan yang ada pada diri masing-masing disamping berupaya untuk membangunkan bangsa dan negara serta masyarakat yang sentiasa berada didalam lingkungan rahmat Allah.
18 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
YAB Menteri BesarDato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan rombongan melawat ladang anggur yang luas dengan diiringi pemilik ladang anggur
Kedah akan jadi pengeluar anggur terbesar Oleh: AMELIA HASHIM SIK - Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berhasrat menjadikan Kedah sebagai pengeluar anggur terbesar di Malaysia. Hasrat tersebut dinyatakan ketika melakukan lawatannya ke ladang anggur di Tasik Beris di sini. “Sebelum ini daerah Sik terkenal dengan ikan pekasam sekarang kita mahu Sik juga dikenali sebagai daerah pengeluar anggur. Bila orang sebut Sik orang akan teringat anggur,” katanya ketika berucap dalam majlis yang diatur sempena lawatan beliau ke situ. Beliau memberitahu telah memaklumkan perkara ini kepada
KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan baginda berasa bangga dengan pencapaian rakyat Kedah dalam bidang pertanian. “Ketika mengiringi Tuanku pada majlis santapan amal Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah di Pusat Konvensyen Sime Darby di Kuala Lumpur semalam saya memaklumkan kepada Tuanku, saya akan balik cepat kerana akan menghadiri majlis di ladang anggur ini, jadi Tuanku tanya anggur Siam ka? Saya kata bukan, ini anggur kita ladangnya di Sik,” ujarnya. Ladang seluas empat ekar diusahakan oleh Excel Agrotech menempatkan 1000 pokok anggur yang subur dan mengeluarkan buah-buah yang sekarang dalam
peringkat matang dan boleh dipetik. Dato’ Seri Ustaz Azizan melahirkan rasa gembira kerana rakyat Kedah telah berjaya mengusahakan ladang anggur, kurma, jagung, betik, nenas dan mempelam serta kolam ikan untuk komersil. Beliau mencadang supaya diwujudkan ladang berkonsep agro-tourisme dengan binaan chalet berdekatan ladang-ladang berkenaan bukan sahaja untuk menarik pelancong datang ke ladang tetapi memikat mereka supaya tinggal lebih dari sehari menikmati suasana ladang dan keindahan alam di situ.
Pengunjung boleh bersantai menikmati keindahan ladang anggur yang terletak bersebelahan Beris Grapes Cafe
Anggur dari ladang Sik lebih manis SIK - Bukan luar biasa apabila anggur berjaya ditanam di negeri berhawa panas seperti Malaysia dan tidak mustahil apabila suatu hari nanti Kedah akan muncul sebagai negeri pengeluar anggur terbesar di Malaysia. Ladang anggur ini dimulakan pada tahun 2007 di atas kawasan seluas 1.6 hektar dengan 1000 pokok terletak di pinggir Tasik Beris di kelilingi kehijauan flora
dan fauna yang belum tercemar keindahan alam semulajadinya telah mengeluarkan hasil pada tahun 2008. Kemudian tanaman anggur ini dikembangkan seluas 12 hektar dengan 7000 pokok di Sungai Senam. Kejayaan ladang di Kampung Ternas ini mendorong Excel Agrotech menambah tanaman jumlah pokok anggur di Sungai Senam. Malah anggur di sini lebih
manis jika dibandingkan anggur yang dieksport dari luar negera. Menurut Pengarah Urusan syarikat, Amiruddin Malik, sebelum memulakan perusahaan ladang ini beliau terlebih dahulu mengkaji dan belajar teknik tanaman seperti kesesuian tanah, pemilihan benih, penjagaan dan sebagainya daripada ladang anggur terdekat iaitu di Perlis dan Thailand. “Selama ini kita menganggap anggur hanya sesuai ditanam di negara yang mempunyai empat musim. Sekarang dengan kemajuan teknologi pertanian anggur boleh ditanam di negeri dua musim seperti Malaysia,” ujarnya. Menurutnya, pokok anggur hidup dengan kitaran mengikut musim iaitu akan luruh daunnya pada musim gugur. “Jadi anggur yang ditanam di sini akan dibantu dengan tenaga manusia untuk membuang semua daun-daun pada musim gugur. Kemudian pokok-pokok ini akan kembali bertunas dan berbunga kemudian berbuah,” terangnya. Anggur boleh ditanam menerusi biji benih, keratan ranting, tunas dan anak-anak hasil tisu kultur yang akan mencapai peringkat matang antara 10 hingga 12 bulan. Jenis anggur yang
Anggur Sik lebih manis dan lazat ditanam di sini terdiri daripada Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite. Oleh kerana ladang ini menjadi tumpuan pelajar institut pengajian tinggi, pelajar sekolah menengah dan pihak swasta beliau akan akan menwujudkan satu pusat penyelidikan dan pembelajaran (R&D) di sini. Amiruddin memberitahu ladang anggur ini dimulakan dengan modal sebanyak RM500 ribu meliputi kos membina bangunan, struktur bumbung, sistem pengairan dan benih. Bagaimanapun, katanya, kos ini tidak termasuk lain-lain keperluan yang dibeli secara tunai. Kini Excel Agrotech menggunakan 15 pekerja anak tempatan untuk dua
buah ladang. Beris Grapes Café bangunan yang disediakan untuk pelancong di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan suasana ladang dan tasik kerana hampir 90 peratus berdinding kaca. Terdapat galeri jualan yang menjual anggur segar, jus, kordial dan produk berasaskan anggur seperti sabun, losyen badan dan mandian. Galeri jualan dibuka untuk orang ramai setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Sesiapa yang berminat untuk membeli atau untuk melawat ladang ini boleh menghubungi talian 04-4620466 atau faks 044620611.
Usahawan 19
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Usahawan kecil sederhana dibantu Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sentiasa mendapat sokongan dari kerajaan negeri dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka. Kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah menyampaikan bantuan kewangan bernilai RM600,000 kepada 25 PKS bagi fasa kedua untuk tahun 2010. Pengerusi Dana Usahawan PKNK, Che Had Dhali berkata, kerajaan negeri telah menambah peruntukan sebanyak RM1 juta bagi tahun 2010 bagi membantu usahawanusahawan mengembangkan perniagaan mereka. “Pada tahun 2009, kita dapati banyak usahawan-usahawan membuat pembayaran
dengan baik, dan permintaan juga bertambah, jadi kita telah tambah peruntukkan RM1 juta kepada RM2 juta bagi memastikan usahawan-usahawan di Kedah dibantu. “Bagi kali pertama, iaitu pada Januari lalu, kita telah meluluskan peruntukan sebanyak RM749,000, fasa kedua sebanyak RM600,000 untuk usahawa-usahawan yang terpilih selepas temuduga,” jelas beliau pada Majlis Penyampaian Cek Dana Usahawan PKNK 2010 di Hotel Regency, di sini. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad serta Ketua Eksekutif PKNK, Dato’ Abdul Rahman Ibrahim.
Sos Zuza tembusi pasaran Benua Amerika Oleh: WADIASSOFI JAAFAR Zubir Haji Zabidi, 40, merupakan seorang usahawan Bumiputera berjaya mengeluarkan 17 produk makanan keluaran syarikatnya sendiri iaitu Only One Zuza Food Industries Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 21 Januari 1994 di kawasan perusahaan Mergong, hasil daripada minatnya yang mendalam dalam industri makanan. Syarikat ini mengeluarkan produk makanan antaranya kuah kacang segera, kuah satay segera, kuah rojak madu, garam belacan, sos cili, sos mangga bercili, sos perisa tiram, sos cili Thai, kicap pekat manis, pencicah buah bermadu, serbuk rempah kari ayam/daging, serbuk rempah kurma, serbuk rempah kari ikan, ketupat nasi bersama kuah satay, kopi kampung campuran dan kuah Yong Tau Fu. Beliau turut merasakan bahawa industri makanan mempunyai potensi untuk dimajukan sehingga ke pasaran luar negara dan pada tahun 2000, Only One Zuza Food Industries Sdn Bhd berpindah dari Mergong ke kawasan perindustrian Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Napoh, dekat Jitra. Zubir yang turut dibantu oleh isterinya, Siti Aishah Ishak, 39, adalah satu-satunya Bumiputera yang berjaya menjadi seorang pengeluar terbesar kuah rojak bermadu di negara ini. Beliau memulakan industri berkenaan secara kecil-kecilan di rumahnya dan bermula dari situ, beliau mendapat bantuan pinjaman daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui KEDA iaitu peralatan mesin dan beliau masih menggunakan resepi cara tradisional
dalam membuat kuah rojak bermadu. Zubir berkata, resepi membuat kuah rojak bermadu itu diperolehi daripada ibunya dan setelah mengkaji produk berkenaan berpotensi dipasarkan secara komersial, maka beliau mula mengorak langkah memprosesnya secara besarbesaran dan sebelum ini, beliau melihat banyak usahawan memproses kuah rojak tetapi cara pembungkusannya tidak menarik. Apabila melihat kepada kelemahan tersebut, beliau mula menyusun strategi untuk mengkormesialkan kuah rojak
YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad menyerahkan sumbangan dana ushawan kepada usahawan PKS
Dana Usahawan untuk menaik taraf para peniaga ALOR SETAR – Dana Usahawan yang diwujudkan sejak 2008 oleh kerajaan negeri bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi membantu para usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Ustaz Abdul Ghani Ahmad berkata, kerajaan negeri bersama PKNK dalam usaha melahirkan usahawan Bumiputera telah melaksanakan program keusahawanan termasuklah mewujudkan dana usahawan PKNK. “Di bawah program ini, usahawanusahawan kecil dapat dibantu menaikkan taraf sedia ada keadaan yang lebih baik. “Selain itu, usahawan-usahawan yang dikenalpasti menghadapi kesukaran di dalam mendapat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan juga akan dipertimbangkan untuk mendapatkan dana ini,” ujar beliau pada Majlis Penyampaian Cek Dana Usahawan PKNK 2010 di Hotel Regency, di sini. Menurut beliau, selain daripada dana usahawan ini, kerajaan negeri dengan PKNK telah merancang untuk menubuhkan sebuah pusat pembungkusan dan pelabelan bagi produk makanan untuk membantu usahawan meningkatkan kualiti pembungkusan produk-
produk menepati kehendak pasaran hypermarket mahupun luar negara. “Seminar mengenai kepentingan pembungkusan dan pelabelan telah dilaksanakan oleh PKNK, insyaAllah terdapat beberapa projek yang akan dilaksanakan pada tahun ini. “Dengan terlaksananya pusat ini, maka pemantapan pembungkusan dan kualiti dapat ditingkatkan lagi ke satu tahap yang membanggakan,” ujar beliau. Tambah beliau, para usahawan yang menerima dana ini diharap memanfaatkannya sebaik mungkin serta berpegang kepada mesra peminjam, iaitu mudah pinjam dan mudah bayar bagi memberi peluang kepada usahawan lain menerima dana tersebut. “Janganlah kita menjadikan masalah kewangan sebagai masalah utama yang akhirnya kita hilang jati diri untuk mula atau berjinak-jinak dengan bidang keusahawanan. “Jadi, saya seru kepada peminjan agar membayarnya agar memberi peluang kepada mereka yang lain untuk sama-sama bangun mengembangkan bidang perniagaan yang secara tidak langsung dapat memartabatkan perniagaan di kalangan umat Islam,” jelas beliau.
bermadu agar kualitinya lebih baik dan sempurna serta mampu menarik lebih ramai pelanggan. Beliau masih memegang pada pepatah ini: “Kalau di Melaka ada cencaluk, Kelantan budu, Kedah ada garam belacan”. Syarikat Only One Zuza Food Industries Sdn Bhd menggunakan bahan mentah tempatan yang boleh didapati secara mudah dan antaranya udang yang digunakan untuk membuat kuah rojak manakala sos cili yang dikeluarkan oleh syarikatnya adalah resepi dari Thailand yang kemudiannya diolah mengikut cita rasa rakyat negara ini. Kejayaan syarikat itu ialah menembusi pasaran Mexico dengan memasarkan Sos Lada Hitam Zuza dan kejayaan itu adalah usaha terawal sebelum memperkenalkan
lebih banyak produk keluaran syarikat berkenaan ke Benua Amerika iaitu Mexico dan buat masa ini, syarikat berkenaan akan menumpukan jualan di pasaran tempatan termasuk menembusi pasaran di tiga buah negara luar iaitu Mexico, Thailand dan Filipina. Untuk pasaran domestik, syarikat berkenaan juga aktif mengadakan promosi di seluruh negara dengan menubuhkan sebuah unit pemasaran dengan program uji rasa kepada orang ramai dan kilang berkenaan menggunakan khidmat seramai 18 orang kakitangan dan Syarikat Only One Zuza Food Industries Sdn Bhd turut mendapat pengiktirafan Sijil ISO 9002 berusaha untuk mencapai taraf Amalan Perkilangan Terbaik. Syarikat ini juga berjaya mendapat Anugerah Inovasi Industri Asas Tani Jaya Peringkat Kebangsaan di MAHA yang diadakan di Melaka baru-baru ini dan Anugerah Belia Negara 2008 Peringkat Negeri Kedah bagi Kategori Keusahawanan.
20 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Ilmu yang membezakan taraf manusia Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Hari Buku Sedunia yang disambut setiap 23 April adalah untuk menggalakkan masyarakat dunia terutamanya golongan muda untuk membudayakan pembacaan dan menyanjungi mereka yang dihormati kerana sumbangan besar kepada masyarakat dunia. Selain itu, ia juga dapat menyedarkan rakyat betapa pentingnya buku dan ilmu dalam setiap aspek kehidupan. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Dr Ismail Salleh berkata, aktiviti membaca sering dikaitkan dengan kecintaan kepada ilmu, melalui pembacaan seseorang dapat meluaskan halaman mindanya berkaitan dengan perkara-perkara baru. Keinginan dan minat membaca perlu dipupuk kepada anak-anak sejak dari kecil agar hasilnya dapat diterap selamanya. “Ilmulah yang membezakan taraf dan tahap kehidupan manusia sama ada di dunia mahupun akhirat. “Malah perkataan pertama yang diajar Junjungan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w adalah Iqrak yang membawa maksud ‘bacalah’.
“Anak-anak yang dididik dengan bahan bacaan yang baik dan bermutu dapat membantu melahirkan generasi membaca yang seterusnya,” jelas beliau pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Buku Sedunia dan Hakcipta Sedunia 2010 Peringkat Negeri Kedah di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, di sini. Tambah beliau, sambutan seumpama ini memberi pendedahan kepada bahan bacaan yang bermanfaat bagi membantu perkembangan minda serta memupuk minat membaca di kalangan masyarakat serta menjadikan ianya sebagai budaya dan gaya hidup masyarakat. “Kepada ibu bapa, masa begini (sambutan pada hari ini) adalah amat sesuai dan perlu mengambil peluang untuk memberi anak-anak kesempatan mengunjungi kedaikedai buku serta membantu mereka memilih bahan bacaan yang baik dan bermutu. “Ibu bapa dan guru-guru juga boleh bekerjasama melaksanakan aktiviti dan program yang bersesuaian dengan sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. “Perlu diingatkan proses pembacaan itu adalah penting dalam melahirkan insan yang
YAB Menteri Besar beramarah mesra dengan penduduk
Menteri Besar segera lawat mangsa ribut di Sungai Petani YB. Dr Ismail Salleh cemerlang dan bagaimana ianya dapat direalisasikan jika tanpa penglibatan pihak sekolah dan ibu bapa sendiri. “Kreativiti dan kesungguhan untuk melahirkan insan cintakan pembacaan dan menyayangi buku perlu dilakukan dari sekarang agar mereka tahu itu adalah satu aktiviti yang berfaedah,” ujar beliau. Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Dewan Negara, YB. Senator Ir Zamri Yusof, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Dr. Zahidi Dato’ Haji Zainol Rashid, Pengerusi Persatuan Sejarah Negeri Kedah, Dato’ Dr. Wan Shamsudin Mohd Yusoff, dan Presiden Persatuan Pesara Malaysia Cawangan Kedah, Dato’ Haji Harun Hashim.
Oleh: AMELIA HASHIM SUNGAI PETANI - Lebih 160 keluarga dari 18 buah kampung dan taman perumahan Sungai Petani mengalami kerugian apabila kediaman mereka rosak dilanda angin kencang. Kawasan berkenaan termasuklah Kampung Tengah, Sungai Layar, Kampung Telok dan taman perumahan Seri Tanjung. Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak melawat ke tempat kejadian bertemu dengan mangsa ribut bagi melahirkan rasa simpati dan menyampaikan bantuan. Katanya, buat permulaan kerajaan sedang memberi bantuan
berupa barangan makanan dan akan disusuli dengan bantuan kewangan bagi memperbaiki rumah-rumah yang rosak. Beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk yang terlibat kerana bergotong royong membantu perbaiki rumahrumah yang rosak. Turut sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat YB Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan YB Tan Chow Kang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Merdeka YB Haji Abdullah Jusoh.
Lagi penemuan bahan sejarah di Sungai Batu, Merbok Oleh: WADIASSOFI JAAFAR MERBOK: Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bantuan Jabatan Warisan Negara (JWN) berjaya menemui satu kompleks baru di Sungai Batu, Merbok yang mempunyai 90 tapak dalam keluasan tiga kilometer persegi. Kompleks ini adalah ‘kunci’ untuk membuka sejarah tamadun awal negara dan kajian saintifik ke atas 10 tapak telah berjaya menonjolkan Malaysia sebagai kawasan tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM, Profesor Madya Dr. Mohd Mokhtar, ekskavasi USM telah menghasilkan kepelbagaian bukti (tidak terhad kepada candi dan artifak sahaja) dan dengan bukti peleburan besi, dewan, bangunan upacara amal, tulisan dan berbagai artifak (batu-bata, atap genting, tembikar, manic, tuyere), kita dapat perolehi interpretasi dan kefahaman sejarah warisan yang lebih komprehensif dan menyeluruh. “Buat pertama kali kajian saintifik dijalankan oleh USM dan
ini telah menghasilkan penceritaan sejarah dan warisan yang kukuh dan mempunyai impak bukan sahaja untuk negara malah untuk tamadun awal Asia Tenggara,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menerima lawatan kerja Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz ke Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu, Taman Sejarah Negara Lembah Bujang, di sini. Dr. Mohd Mokhtar menjelaskan, antara yang terbukti setakat ini ialah monumen tertua di Asia Tenggara adalah di Sungai Batu bertarikh 1,900 tahun dahulu (110 Masehi), Tamadun Warisan Sejarah Negara terawal dibuktikan dengan unsur-unsur keagamaan seperti monumen, tulisan atas batu dan emas, industri besi, keagamaan dan perdagangan, masyarakat tempatan dan hubungan luar. Tambahnya, kepentingan kompleks ini dibuktikan setelah menjalankan ekskavasi dan analisis terhadap 10 tapak dan masih terdapat 80 tapak lain yang belum
dikaji dalam kawasan seluas tiga kilometer persegi. “Maka adalah dicadangkan bahawa penyelidikan diteruskan di kawasan terpilih yang mempunyai potensi untuk memberi pelbagai bukti lain yang belum didapati supaya memperkayakan penceritaan tamadun dan warisan sejarah,” ujarnya. Jelasnya, Taman Warisan Sejarah Negara dicadangkan untuk ditubuhkan bagi menonjolkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kedudukan penting dalam Asia Tenggara sejak tamadun awal lagi dan ini adalah satu fakta baru yang rakyat sendiri belum sedar. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama sebaiknya kepada Jabatan Warisan Negara dalam usaha menjalankan kajian di tapak arkeologi Sungai Batu, di sini. Menurutnya tanah yang menjadi tapak kajian berkenaan adalah milik persendirian.
YTM Tunku Intan Shafinaz melawat bahan sejarah yang ditemui “Kita turut mendapat kerjasama yang amat baik daripada pemilik tanah dan tapak kajian ini akan dibangunkan sebagai pusat arkeologi pelancongan,” ujarnya. Dr. Hamdan memberitahu, tapak kajian arkeologi Sungai Batu adalah seluas 56 hektar dan Jabatan Warisan Negara sudah menjalankan kajian fasa pertama melibatkan 10 tapak seluas 22 hektar. “Terdapat 87 tapak lagi yang belum dibuat kajian dan Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Warisan Negara dalam usaha bersama-sama memelihara khazanah sejarah yang terdapat di sini,” jelasnya. Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Profesor Emeritus
Datin Paduka Zuraina Majid berkata, nilai sejarah yang terdapat di Tapak Kajian Arkeologi Sungai Batu perlu dipromosikan kepada masyarakat agar ianya mampu memberi pengetahuan mengenai sejarah yang terdapat di negeri ini. “Kita turut memberikan tumpuan yang lebih luas melibatkan Kerajaan Negeri Kedah dan Universiti Sains Malaysia dalam membuat kajian menyeluruh di Tapak Kajian Arkeologi Sungai Batu,” ujarnya. Menurutnya, pihaknya juga turut bekerjasama dengan agensi pelancongan dan pihak hotel dalam usaha mempromosikan produk sejarah yang terdapat di sini.
Fokus Daerah 21
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Pusat Bandaraya Alor Setar bakal berubah wajah Oleh: NIK NURUL NADZIRAH ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah menunjukkan kesungguhan untuk membangunkan Pusat Bandaraya Alor Setar dengan penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK). Penyediaan RKK ini disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) berdasarkan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Selain itu, penyediaan ini memperincikan pelan tindakan pembangunan serta program pelaksanaan bagi melaksanakan projek pembangunan yang telah dirancangkan. Demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Haji Phahrolrazi Haji Mohd Zawawi dalam Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar. “Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan lima peringkat. Salah satunya, diperingkat negeri iaitu Rancangan Stuktur Negeri yang memperincikan halatuju dan dasar-dasar pembangunan di peringkat negeri yang diselaraskan dasar,” jelasnya. Menurutnya, kajian ini bertujuan untuk memperbaiki reka bentuk dan susun atur persekitaran Bandaraya Alor Setar agar menjadi sebuah bandaraya yang mesra komuniti, mempunyai identiti serta lestari. Beliau berkata, berdasarkan keperluan tersebut, ciri-ciri pembangunan yang dirancangkan menjurus kepada program pembangunan dan aktiviti persekitaran sungai, perdagangan dan perniagaan,
Kualiti hidup warga bandaraya dipertingkat
Dato’ Khazali sedang memberi taklimat kepada YB. Ir. Phahrolrazi menaiktaraf kawasan, bangunan dan aktiviti warisan, menghijau kawasan bandaraya serta memperkasakan pembangunan dan aktiviti pendidikan. Selain itu, kerajaan negeri juga telah merancang pelbagai cadangan untuk membangunkan keseluruhan kawasan Pusat Bandar Bandaraya Alor Setar ke arah Bandaraya Lestari. Namun sebelum itu, halatuju strategik pembangunan Bandaraya Alor Setar pada masa hadapan perlu mengambil kira perkembangan ekonomi yang sihat, pengukuhan imej Alor Setar sebagai sebuah bandaraya, persekitaran yang selesa dan harmoni, keunikan setempat, pengukuhan perkembangan ilmu pengetahuan kepada penduduk serta pengukuhan sistem jaringan perhubungan yang efisyen demi
kesejahteraan rakyat. Menurutnya, cadangan pembangunan utama ini akan bertumpu di beberapa kawasan persisiran seperti Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit sebagai kawasan rekreasi air iaitu Alor Setar Waterfront, pembangunan semula kawasan Limbong Kapal sebagai kawasan Pusat Tumpuan Perniagaan Utama, menaiktaraf Pekan Rabu. Selain itu MBAS juga akan membangunkan Hub Universiti dalam Bandar di kawasan Pintu Sepuluh dan sekitarnya, pemuliharaan kawasan Warisan Sejarah di kawasan Medan Bandar serta pengukuhannya sistem pengurusan dan lalulintas di kawasan Pusat Bandar.
ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sedang merangka kaedah terbaik untuk meningkatkan imej Bandaraya Alor Setar selaras dengan status bandaraya yang telah dicapai pada tahun 2003 serta status Alor Setar sebagai bandar yang tertua. Demikian dinyatakan oleh Dato’ Bandar Alor Setar, Dato’ Khazali Din dalam Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandaraya Alor Setar di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar. “Selain itu, rancangan ini merupakan suatu rancangan pemajuan terperinci yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan perlaksanaan,” katanya. Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandaraya Alor Setar adalah merupakan kesinambungan dari proses penyediaan rancanganrancangan pembangunan demi meningkatkan lagi ekonomi bandaraya serta kualiti hidup warga
RKK adalah rancangan pemajuan singkat ALOR SETAR – Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu rancangan pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan perlaksanaan. Hasil utama RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan sama ada dalam Pelan Susunatur atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali. Pelan Tindakan Pembangunan ini disokong oleh spesifikasi Pembangunan Terperinci serta jadual tindakan pembangunan. RKK juga menyediakan cadangan program pembangunan yang mengandungi fasa, kos, agensi pelaksana serta pendekatan pelaksanaan. Penyediaan RKK adalah termaktub di bawah peruntukkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di bawah subseksyen 168 (1), (2) dan (3). Justifikasi penyediaan RKK untuk
Pusat Bandar Alor Setar ialah, tiada imej khusus Bandaraya Alor Setar sebagai pusat wilayah negeri, suasana pusat bandar yang tidak selesa dan kurang mesra pejalan kaki. Selain itu , masalah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat letak kenderaan di pusat bandar, kedudukan lot-lot kosong yang terbiar dan bangunan yang menjejaskan imej bandar, kedudukan dan kepentingan bangunan warisan yang perlu dipelihara dan pulihara serta perlunya pembangunan semula di kawasan-kawasan yang kurang efisien. Matlamat rancangan pembangunan ini diketengahkan melalui enam tema utama yang berkait rapat antara satu sama lain. Tema-tema ini mempunyai
objektif masing-masing yang secara langsung memberikan impak dan manfaat positif kepada pusat Bandar secara menyeluruh. Setiap tema menyentuh sektorsektor yang tertentu, secara tidak langsung, atau secara berpengaruh seterusnya menjadikan sebuah matlamat yang menyeluruh. Antaranya, sektor reka bentuk bandar iaitu membaik pulih, menambah serta mewujudkan prasaran dan perkhidmatan yang sesuai supaya sejajar dengan taraf Alor Setar sebagai sebuah bandaraya. Keduanya, sektor landskap yang tujuan utamanya memenuhi keperluan kehidupan selesa dan harmoni masyarakat setempat. Ketiga, keunikan tarikan menyentuh penonjolan keunikan setempat sebagai tarikan
pelancongan, serta keberkesanan persekitaran ini akan menjadi daya tarikan utama pelancong tempatan dan luar negara yang meliputi sektor pelancongan. Manakala pembangunan ilmu menyentuh kepada tamadun masyarakat yang merupakan asas kepada kejayaan sebarang bentuk pembangunan yang menyeluruh. Selain itu, dari sektor pengangkutan dan lalulintas pula, memperbaikidan mengukuhkan sistem jaringan lalulintas, trafik dan pengangkutan serta menyediakan pengangkutan dan kemudahan lebih teratur. Sektor perniagaan pula menyentuh kepada pembangunan ekonomi yang menyeluruh serta melibatkan semua jenis pengagihan komersial dari perkhidmatan sehinggalah perkhidmatan runcit.
Dato’ Khazali Din bandaraya. Menurutnya, sempadan kawasan rancangan ini meliputi Stadium Darul Aman di bahagian Utara, rumah kelahiran Tun Dr Mahathir di sebelah Selatan, Sungai Anak Bukit di bahagian Barat serta landasan keretapi di Timur. Di samping itu, rancangan ini mengetengahkan enam tema utama sebagai hala tuju stategik iaitu; sektor perancangan fizikal, sektor reka bentuk bandaraya, sektor pengangkutan dan lalulintas, sektor perniagaan, sektor landskap, serta sektor pelancongan dan warisan. “Alor Setar Waterfront di persisiran Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit, Pusat Konvokesyen berhadapan restoran Bunga Tanjung, Pusat Rekreasi Wan Mat Saman di Tapak Bekas Pasar Seberang Perak, Medan dan Promenade Limbong Kapal, Hub Pengangkutan Alor Setar Sentral di Limbong Kapal serta R&R Alor Setar sebelah Masjid Zahir antara projek yang telah dirancangkan dalam Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandaraya Alor Setar,” jelas beliau. Beliau berharap dengan rancangan khas ini bandaraya akan terus mambangun dengan peningkatan imej bandaraya yang baharu serta pemeliharaan bangunan warisan akan menarik lebih banyak kedatangan pelancong ke Alor Setar sekaligus meningkatkan ekonomi bandaraya serta kualiti hidup warga Bandaraya Alor Setar.
22 Berita semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
“Menghijaukan Bumi: Satu Warga Satu Pokok” Oleh: WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR - “Menghijaukan Bumi: Satu Warga Satu Pokok” merupakan satu tema yang bersesuaian dalam memupuk kesedaran kepada masyarakat betapa perlunya kita bersamasama memberi sumbangan kepada bumi agar sumber alam semulajadi yang diperolehi dapat dipelihara untuk menjamin kelestariannya. Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, sudah tiba masanya kita memberi perhatian yang serius ke atas kepentingan menjaga alam sekitar sebagai agenda utama dalam kehidupan kita dan bersama-sama berusaha menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai ini daripada terus dimusnahkan. Menurutnya, usaha murni ini, memerlukan sokongan daripada semua pihak sama ada agensi
100 ribu dijangka saksikan belon udara panas Oleh: AMELIA HASHIM ALOR SETAR: Dijangka lebih 100 ribu pelancong akan membanjiri Taman Jubli Emas di sini bagi menyaksikan ‘The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010’ yang julung-julung kali diadakan di sini selepas Putrajaya. Penaung Festival ini Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz dalam sidang medianya berkata, festival ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Festival diadakan selama tiga hari mulai 28 hingga 30 Mei ini akan disertai oleh negara luar termasuklah New Zealand, Jepun, Belgium, Thailand, Perancis dan juga negara tuan rumah Malaysia. Selain warga tempatan adalah dijangka pesta ini akan berjaya menarik pelancong daripada negara jiran seperti Thailand dan Singapura datang ke Kedah. Sebanyak sepuluh buah belon akan melakukan penerbangan bermula seawal jam 6.30 hingga 9.00 pagi manakala sebelah petang dari jam 5.30 hingga 7.30 malam. Kapasiti setiap belon yang naik hanya muat tiga orang termasuk juruterbang. Bagaimanapun kelancaran program ini bergantung kepada keadaan cuaca pada tarikh tersebut kerana belon udara panas ini akan terbang mengikut
arah angin dengan kelajuan tidak melebihi 15 knot dengan ketinggi 50 hingga 100 kaki dan akan mendarat sejauh tujuh kilometre di atas kawasan lapang, padang bola atau jalan raya. Katanya, juruterbang yang akan mengemudi belon udara panas ini didatangkan dari luar dan dalam negara dan mereka adalah penerbang professional dan mempunyai lessen dalam bidang ini. Sepanjang pesta berlangsung sekitar taman Jubli Emas akan diadakan pelbagai aktiviti seperti para glider, payung terjun, go kart, pentas kebudayaan, pameran dan jualan usahawan kecil. Untuk ini khemah-khemah disediakan untuk disewakan kepada pihak-pihak yang ingin mengadakan pameran dan jualan produknya. Program ini anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Rozad Creative. Lain-lain agensi yang terlibat ialah Jabatan Kerja Raya, SADA, MBAS, Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, Yayasan Sultanah Bahiyah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan, Transnasional, Mara
kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), mahupun orang perseorangan. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok Peringkat Negeri Kedah Darul Aman di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, di sini. “Usaha Jabatan Perhutanan menjayakan kempen ini amat baik sekali dalam usaha memelihara alam sekitar dan bersama-sama menjayakan program menghijaukan bumi ke arah mewujudkan persekitaran yang nyaman,” ujarnya. Menteri Besar menjelaskan, bagi Negeri Kedah, kawasan hutan simpanan kekal berkeluasan 342,613 hektar dan 30 peratus daripadanya adalah jumlah keluasan hutan Negeri Kedah manakala 35,677 hektar pula membabitkan kawasan perlindungan hutan. Kerajaan Negeri, katanya, berusaha untuk memelihara kepentingan air dan hutan perlu dijaga sebagai kawasan tadahan air dan Kerajaan Negeri turut mengurangkan penebangan pokok demi menjaga alam sekitar. “Kerajaan Negeri mendapat hasil pendapatan daripada hasil hutan sebanyak RM38 juta dan Kerajaan Negeri juga turut
membantu Negeri Perlis dan Pulau Pinang dari segi keperluan air,” jelasnya. Beliau memberitahu, hutan di Negeri Kedah turut diwartakan dan dipelihara dengan baik oleh Jabatan Perhutanan dalam usaha memelihara alam sekitar di mana kepentingan alam sekitar perlu dipertingkatkan di setiap sekolahsekolah. “Sumber alam semulajadi memberikan kita oksigen dan pemeliharaan perlu diterapkan rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat,” jelasnya. Pada majlis itu juga, Menteri Besar turut menyampaikan anakanak pokok kepada wakil-wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan dan NGO serta menanam pokok. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB. Lim Soo Nee; Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB. Tan Chow Kang dan Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Dr. Abdul Isa Ismail.
Berita baik: Hak milik tanah untuk Felda dan Felcra Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
Liner dan Mada. “Orang ramai terutama rakyat Kedah sendiri diharap datang beramai-ramai menyaksikan pesta belon yang berprestij ini kerana Kedah merupakan tempat kedua diadakan pesta ini di Malaysia,” katanya. Orangramai yang ingin merasai pengalaman naik belon udara ini dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 dan yang berminat boleh menghubungi Tuan Syed Shafulamin Syed Ahmad Fuzi (0136444464) di Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah atau Rozad Crative di talian 019-3301003 (Zulhelmi Salman), 019-6472477 (Abu zarim Abu Talib) dan 0162117350 (Diana Daud).
ALOR SETAR – Kerajaan negeri telah memutuskan untuk menganugerahkan hak milik tanah kepada peserta di sembilan kawasan rancangan Felcra dan tujuh rancangan Felda. Rancangan tanah Felcra yang terlibat adalah Belantik (Sik), Weng, Iboi dan Tiak (Baling), Belimbing, Tolak dan Bukit Tampoi (Padang Terap) serta Bukit Selambau I dan II (Kuala Muda). Rancangan tanah Felda yang terlibat adalah Laka Selatan, Gunung Pongsu (Kulim), Bukit Tembaga, Lubok Merbau (Padang Terap), Teloi Timur dan Teloi Kanan (Sik) serta Bukit Tangga (Kubang Pasu). Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, ini merupakan berita baik kepada peneroka yang telah lama mengusahakan tanah-tanah tersebut lebih daripada 20 tahun. “Ini merupakan ehsan kerajaan atas apa yang telah mereka usahakan selama 20 tahun demi masa depan mereka yang lebih terjamin dan saya berharap keputusan ini menggembirakan para peneroka,” jelas beliau. Menurut beliau, Pejabat Tanah dan Galian Negeri telah diarahkan untuk membuat bancian serta menyemak semula rekod bagi memastikan hak milik itu dikeluarkan secepat mungkin. “Saya tidak pasti jumlah peneroka yang terlibat serta keluasan tanah. Oleh itu, saya telah arahkan Pejabat Tanah dan Galian untuk ambil tindakan secepat mungkin agar proses pemberian hak milik dapat disegerakan,” ujar beliau.
Berita Semasa 23
WARTA DARUL AMAN Keluaran April/Mei 2010
Royal Heritage Ride 2010
Pelancongan ke tempat bersejarah di Kedah Oleh: AMELIA HASHIM ALOR SETAR - Royal Heritage Ride 2010 adalah program yang diusahakan kerajaan bagi mempromosikan tempat-tempat bersejarah di Kedah sebagai produk pelancongan bertaraf antarabangsa. Namun yang lebih penting adalah memberi kefahaman kepada generasi baru terutama para pelajar sekolah mengenai tempat-tempat pelancongan tersebut adalah kesan tinggalan sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Kedah suatu ketika dahulu. Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz berkata demikian selepas mengetuai acara berbasikal bersama para pelajar sekolah menengah dan peminatpeminat basikal tua negeri kedah. Turut sama dalam acara kayuhan itu Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam YB S. Manikumar serta Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Dato’ Bashiruddin Haji Mohd Jamil. Kayuhan ini bermula dari Menara Alor Setar melalui Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Muzium Diraja, Balai Seni Negeri, Masjid Zahir, Rumah Merdeka, Rumah Kelahiran Dr. Mahathir, Pekan Rabu dan Muzium Negeri. Menurut YTM Tunku Puteri Intan Safinaz, kesedaran mengenai asal usul tempat-tempat bersejarah di Kedah khasnya di Alor Setar perlu dipupuk kepada generasi baru supaya mereka tahu dan berbangga dengan warisan negeri sendiri. Dengan cara berbasikal dan singgah di tempat-tempat bersejarah adalah aktiviti yang menyeronokkan dan sekaligus
Pesta Songkran eratkan masyarakat Siam
YTM Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz bersama peserta yang menjayakan kayuhan Royal Heritage
melaksanakan acara bersukan disamping mengutip pengetahuan sejarah di tempat-tempat bersejarah yang disinggahi. “Permulaan acara ini adalah satu acara menghidupkan kesedaran mengenai lokasi bersejarah di Alor Setar seperti yang kita tenguk hari-hari tetapi kita tidak menghayati betapa pentingnya tempat-tempat ini dalam sejarah dan pembangunan Alor Setar selama 260 tahun semenjak Alor Setar sebagai ibu negeri Kedah,” katanya. Dengan berbasikal dari aspek kesihatan menunggang basikal
adalah satu aktiviti yang sihat dan juga berunsur ‘green’ tidak menggunakan tenaga enjin tetapi tenaga manusia. Ini merupakan satu cara beriadah dan berinteraksi antara kumpulan ‘gerek tua’ dengan kumpulan basikal serba moden yang mengangkat minat sukan berbasikal di Kedah. Sukan ini ada banyak potensi bagi warga Kedah untuk menghayati keindahan alam semulajadi di samping menghidupkan kembali penghayatan dan minat kepada sejarah negeri Kedah. Katanya, lokasi bersejarah dan Alor Setar dalam kontek sejarah
yang menyeluruh iaitu sebuah negeri yang pertama bertamadun lebih seribu tahun. YTM Tunku Puteri Intan Safinaz juga berharap acara sukan berbasikal ini dilaksanakan di semua sekolah kerana Kedah berjaya melahirkan pelumba basikal peringkat antarabangsa seperti Maizatukakma. “Sudah sampai masanya sukan berbasikal diaktifkan di sekolahsekolah sebagai sukan menggunakan tenaga stamina mental dan fizikal selain melahirkan olahragawan berbasikal bagi mewakili negeri Kedah ke acara sukan antarabangsa,” katanya.
Dr. Ismail tangani isu penduduk diarah pindah di Gunung Sali Oleh: NIK NURUL NADZIRAH
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR: Pesta Songkran merupakan perayaan tradisi masyarakat Siam yang terkenal dengan acara membasahkan air ke badan dan menyapu bedak antara satu sama lain. Secara tradisinya, pesta ini juga menonjolkan identiti beramah mesra ataupun mengeratkan perpaduan antara muda dan tua, rakan serta keluarga dan juga seluruh pelusuk rakyat. Selalunya, kaum Siam akan pergi ke Wat Buddha untuk menjalankan upacara sembahyang dan memberi makanan bersama sami-sami di wat-wat tersebut. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar, sepanjang upacara Pesta Songkran ini juga, imej Buddha yang berada di dalam wat akan direnjis dengan air bersama bahan wangian dan dipercayai membawa nasib yang baik dan kecahayaan dalam hidup. “Pesta Songkran merupakan tahun baru untuk kaum Siam pada 13 hingga 15 April setiap tahun dan sesetengah masyarakat Siam pada hari yang mulia ini mengambil iktibar untuk membuang sifatsifat negatif,” katanya. Beliau memberitahu, konsep asas Pesta Songkran adalah pembersihan dosa dan pembaharuan hidup seseorang manusia dan adalah dipercayai bahawa dengan merenjis air ini akan membawa satu masa depan yang baru sepertimana air ini direnjiskan atas patung-patung Buddha yang terdapat dalam wat-wat ini. Di peringkat negeri, ujarnya, pesta tradisi ini perlu dikekalkan sebagai perayaan kaum Siam tahunan disebabkan ciri-ciri kepentingannya dan ini secara tidak langsung, mampu mengeratkan lagi perpaduan sesama kaum khususnya bangsa-bangsa lain yang kunjung bersama meraikan pesta yang suci ini. “Ini adalah seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu masyarakat majmuk yang sebenarnya fokus kea rah pengwujudan bangsa Malaysia,” jelasnya. Dengan ini, tambahnya, diminta semua rakyat Negeri Kedah khususnya menghayati kekuatan pertalian antara kaum yang sedia ada dan meneruskan hidup kita dalam satu keluarga berbilang kaum dan agama.
GUNUNG SALI – Kegusaran enam keluarga di Kampung Gunung Sali yang diarah mengosongkan rumah oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS) mendapat perhatian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr Ismail Salleh. Nasib mereka akhirnya terbela apabila Dr Ismail yang membuat tinjauan ke kawasan tersebut berjanji akan berusaha untuk mendapatkan rumah bagi membolehkan mereka berpindah ke rumah baru. Penduduk berkenaan menduduki kawasan petempatan tersebut selama 25 tahun di atas tanah milik kerajaan negeri. “Saya telah turun melawat sekitar kampung ini untuk meninjau keadaan sebenar tentang masalah yang diadukan kepada saya,” jelas beliau. Menurutnya, penduduk ini telah mendapat surat arahan untuk mengosongkan rumah bagi memberi laluan kepada projek tebatan banjir yang dijalankan oleh pihak JPS. Kawasan yang terlibat akan dijadikan laluan sungai. Jelas beliau, projek ini
YB Dr Ismail Salleh melawat rumah keluarga bermasalah bertujuan mengatasi masalah banjir di kawasan setinggan Gunung Sali. Ini kerana kawasan ini sering berlaku banjir apabila hujan turun. Ini bukan sahaja mengakibatkan aliran perparitan tersumbat tetapi ia juga menjadi tempat untuk nyamuk membiak serta menghasilkan bau yang busuk. Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di sini ialah tiadanya sistem perparitan untuk mengalirkan air. Sebahagian rumah dibina dengan menimbus sebahagian sungai yang menyebabkan aliran air tersekat. Jelas Dr Ismail, bagi mengatasi
masalah ini JPS akan mendalamkan serta membesarkan sungai yang tersumbat teruk sejak sekian lama yang merentasi kawasan setinggan ini. “Aliran sungai itu akan dihubungkan daripada Sungai Kampung Mempelam ke Kampung Gunung Sali serta akan menghubungkan alirannya terus ke Sungai Besar. “Selepas ini nanti banyak pihak akan merasa lega kerana masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan ini sejak sekian lama dapat diatasi” katanya. Turut sama dalam tinjauan ialah Ketua Kampung Gunung Sali, Encik Abdul Kadir Ali dan aktivis masyarakat, Haji Adnan Saad.
Perebutan Piala Menteri Besar bermula Dr. Hamdan menjulang Piala Menteri Besar yang akan menjadi rebutan Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Majlis Pelancaran Kejohanan Bolasepak Piala Menteri Besar Kedah telah diadakan di Dewan Seri Mentaloon, di sini dengan penuh gilang gemilang dengan dihadiri oleh lebih 1000 jemputan. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Kejohanan bolasepak ini adalah anjuran Urusetia Belia, Sukan,
MSN Kedah sasar 35 pingat emas Oleh: WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR: Majlis Sukan Negeri Kedah mensasarkan sebanyak 35 pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan di Negeri Melaka dari 10 hingga 19 Jun 2010. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Hamdan Mohamed Khalib, antara acara sukan yang mampu menyumbang emas ialah angkat berat, berbasikal, pencak silat, badminton dan wusyu. “Sejarah Kedah setakat ini yang terbaik ialah ketika menjadi tuan rumah iaitu sebanyak 30 pingat emas pada tahun 2006,” katanya. Beliau menjelaskan, kontinjen Kedah akan menghantar seramai 592 orang melibatkan atlet dan pegawai yang akan menyertai 29 jenis sukan dan Pengurus Kontinjen ialah Dato’ Ghazali Din. Keupayaan terbaik Kedah ialah pada tahun 2008 iaitu sebanyak 29 pingat emas. “Dari sudut persiapan, kita sekarang mengadakan persiapan terakhir untuk temasya sukan berkenaan dan kedudukan antara negeri, kita berada di kedudukan keenam,” ujarnya. Bagi atlet yang berjaya menyumbang pingat emas, mereka akan memperolehi insentif sebanyak RM3,000, pingat perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,000). Majlis penyerahan bendera kontinjen Kedah akan disampaikan oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 7 Jun 2010.
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Encik Musoddak Haji Ahmad melibatkan 36 pasukan yang mana sebanyak enam pasukan mewakili enam zon yang berbeza. Penganjuran ini bertujuan untuk membantu meningkatkan mutu sukan bola sepak di kalangan rakyat di samping melahirkan lebih ramai bakat baru dalam arena sukan ini. Penglibatan belia dalam sukan
dapat melahirkan generasi yang cergas dan sejahtera dari segi fizikal dan mental. Kejohanan ini mensasarkan penyertaan di kalangan golongan belia negeri Kedah berumur 18 sehingga 25 tahun yang mempunyai minat serta berbakat besar dalam arena bola sepak dan bakal menjadi platform terbaik dan melahirkan pelapis dalam sukan bola sepak kerana ianya bakal menjadi acara tahunan. Para pemain yang terlibat
dalam kejohanan ini akan juga turut berpeluang untuk menyambung legasi kejayaan Skuad Kenari apabila lima daripada pemain terbaik kejohanan ini akan diserapkan sebagai pelapis kepada Skuad Kenari. Julung kalinya Piala Menteri Besar Kedah telah dipamerkan pada majlis tersebut. Juara bagi peringkat zon bakal memperolehi RM5,000.
Perlawanan peringkat awal di bahagikan kepada enam zon dan melibatkan semua pasukan yang mewakili setiap DUN. Perlawanan pertama diadakan di Zon 1 pada 24 April 2010, Sabtu di Stadium Mini Jitra yang melibatkan pasukan dari DUN Kuah, Ayer Hangat, Air Hitam, Kota Siputeh, Bukit Kayu Hitam dan Jitra.
Karnival Sukan Pelapis Kebangsaan di Kedah ALOR SETAR: Seramai 2,000 orang melibatkan pegawai dan atlet berkampung di Kedah sempena Karnival Sukan Pelapis Kebangsaan Sesi Satu 2010 yang diadakan dari 21 hingga 25 April 2010. Menurut Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Tuan Syed Khairol Anuar Syed Abidin, carnival yang diadakan itu melibatkan lapan jenis sukan iaitu menembak yang diadakan di Lapang Sasar Pokok Sena, gimrama (Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah) dan olahraga di Stadium Darul Aman. “Manakala ping pong diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Keat Hwa II; memanah, tinju dan sepaktakraw (Stadium Sultan Abdul Halim) serta pencak silat (Dewan Dato’ Syed Omar Alor Setar),” katanya. Beliau menjelaskan, karnival yang pertama kali diadakan itu membariskan pelapis berumur 21 tahun ke bawah dan penyertaan adalah membabitkan semua negeri.
Lawak tepi jalan...
“Tujuan utama karnival sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili negara pada masa hadapan di samping memberi peluang kepada atlet-atlet untuk bertanding pada peringkat kebangsaan serta mewakili negerinegeri ke Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan di Melaka atau pada SUKMA 2012 di Pahang,” ujarnya. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Hamdan Mohamed Khalib akan menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara sepaktakraw di Stadium Sultan Abdul Halim pada 25 April 2010, jam 3 petang. Bagi acara ping pong, penyampaian hadiah kepada pemenang akan disampaikan oleh Pengarah Pelajaran, menembak (Pegawai Daerah Pokok Sena), olahraga (Pengarah Belia dan Sukan), memanah (YB. Johari Abdullah) dan gimrama (Pengarah Unit Sukan Pelapis Sukan Negara). Oleh: MATSEN
Seorang pemain menerima sumbangan dari KDYMM Tuanku Sultan
Pemain Hijau Kuning dapat RM100 ribu ALOR SETAR - Pemain pasukan Hijau Kuning tetap diberikan imbuhan sebanyak RM100,000 walaupun tidak menjuarai Piala FA pada perlawanan menentang Negeri Sembilan. Kedah hanya mampu menjadi naib juara dan pemberian imbuhan ini secara tidak langsung mampu menyuntik semangat pemain-pemain pasukan Hijau Kuning untuk terus memberikan komitmen yang terbaik. Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut menempa satu lagi kejayaan apabila memiliki sebuah bas yang bertitik tolak daripada itu ialah saranan Kerajaan Negeri Kedah untuk berbelanja secara berhemah dengan membeli bas bernilai RM400,000. “Dengan pembelian bas ini, ia secara tidak langsung mampu menjimatkan kos perjalanan pemain-pemain pasukan Hijau Kuning,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada majlis meraikan pemain dan pengurusan pasukan bola sepak Kedah di Istana Anak Bukit, di sini. Pada 2009, jelasnya, pasukan Kedah gagal untuk meraih sebarang piala dan lima pemain pasukan Kedah turut berada pada pasukan bola sepak utama. “Komitmen pasukan bukan hanya terletak pada seorang pemain sahaja tetapi melibatkan semua pemain,” katanya. Untuk para pegawai, ujarnya, galaslah cabaran dan bakti dan memberi hadiah yang paling bermakna untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah yang menjadi penyokong setia pasukan Hijau Kuning. Tambahnya, pasukan Kedah perlu meningkatkan pencapaian untuk meneruskan permainan dalam Liga Piala Super dan Piala Malaysia.