INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1099
MAZHAB ULAMA TERHADAP KEHARUSAN KELUAR ATAU TIDAK DARI PEMERINTAH YANG FASIK DAN ZALIM. ISMAIL OMAR Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Kertas ini menyingkap tentang tersyariatnya pemecatan dan keluar dari pemerintah,serta siapakah yang berhak memecat atau keluar dari mereka.Oleh kerana ada di samping pemerintah yang adil dan kafir, pemerintah yang fasik dan zalim, maka timbul reaksi yang berbeza iaitu sama ada perlu kekal di bawahnya atau keluar darinya.Pandangan yang mengatakan perlu keluar berhujjah dengan Al Quran , Al Sunnah, perbuatan dan kata-kata salaf al salih .Manakala pandangan yang melarang keluar berhujjah dengan beberapa dalil dari al Sunnah.Namun kedua-dua pandangan ini dilihat perlu diselaras dan dirumuskan dengan yang terbaik berdasarkan analisis secara logik dari fakta-fakta sejarah dan maslahah yang lebih besar.
Kata kunci: Mazhab ulama, pemerintah fasik dan zalim, dalil keharusan keluar atau tidak
PENDAHULUAN Pemerintah atau khalifah adalah wakil kepada rakyat dalam menegak agama dan mengurus dunia.Kedua-duanya
merupakan jalan untuk merealisasikan perintah Allah di
bumi dalam bentuk yang disyariatkan. Rakyatlah yang memberikan kepada pemerintah hak ketuanan dan kepimpinan ke atas mereka. Oleh itu mereka berhak untuk menyoal,mengira malah mengaudit secara berterusan ke atas pemerintah mereka kerana mereka merupakan pihak pertama semasa kontrak pemerintahan dibuat. Jika didapati pemerintah terlencong dari landasan yang betul, dan tidak melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan atau mengabaikan syariah, atau melakukan kekerasan dan kezaliman, maka apakah seharusnya pendirian mereka?
SIAPAKAH PEMERINTAH YANG FASIK DAN ZALIM?
MAZHAB ULAMA TERHADAP KELUAR ATAU TIDAK DARI PEMERINTAH FASIK DAN ZALIM
Ulama telah berbeza pendapat terhadap harus keluar atau tidak dari pemerintah yang fasik dan zalim. Reaksi mereka ini bukan semata-mata didorongi oleh sebab-sebab dunyawi atau sentimen-sentimen tertentu namun lebih merujuk kepada dalil-dalil nassi dan
1191
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
ijtihadi yang mereka sandarkan pandangan mereka itu sendiri. Khilaf ini telah berlaku sejak dari zaman sahabat lagi.Masalah ini adalah masalah yang sangat rumit dan perlu dikaji dengan cermat dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Walaupun terdapat dua pendapat utama iaitu harus dan tidak harus keluar dari mereka dengan hujjah masing-masing, namun penyelidik-penyelidik kebelakangan ini menyatakan ia perlu dibuat penyelarasan ke atas kedua-duanya demi mencari maslahah yang lebih besar lagi benar. Risiko besar akibat perbalahan dalam masaalah ini perlu lebih dahulu dielakkan agar ia tidak berpanjangan dan lebih banyak kerosakan yang berlaku, sesuai dengan roh Islam yang menegaskan kebenaran dan kesejahteraan dalam kehidupan.
PANDANGAN PERTAMA : WAJIB KELUAR DARI PEMERINTAH YANG FASIK DAN ZALIM JIKA MAMPU. Pemimpin yang fasik dan zalim sememangnya tidak sah dilantik dari awal-awal lagi. Namun apabila berlaku kezaliman dan kefasikan selepas mereka dilantik, mereka tidak perlu ditaati lagi malah perlu keluar dari mereka jika berkemampuan. Pandangan ini merupakan pandangan sebahagian besar dari kalangan sahabat, tabi`in, imam-imam yang mashur dan juga tokoh Islam yang terkenal. Kalangan sahabat ialah seperti; Ali bin Abi Talib, al Zubair, Talhah, Aishah dan Abdullah bin al Zubair. Kalangan tabi`in ialah seperti: Said bin Jubair, al Hasan al Basri, al Sya`bi, Muhammad bin Abdullah bin al Hasan, dan saudaranya Ibrahim. Di kalangan tokoh-tokoh imam yang mashur ialah seperti Imam Abu Hanifah,Imam Malik, Imam Syafie dalam pendapat lamanya,Imam Daud dan Ibn Hazm al Zahiri, Imam al Haramain, Al Mawardi, al Qurtubi dan al Shahristani. Turut sependapat dengan pendapat pertama ini golongan Khawarij dan Mu`tazilah, melainkan mereka ini
agak keras dan telah mengkafirkan sebahagian dari pemimpin-
pemimpin yang dianggap fasik dan zalim pada pandangan mereka seperti Saidina Ali, Saidina Uthman, wakil-wakil Tahkim dan tokoh-tokoh dalam peperangan Jamal. Hujah-hujjah yang menjadi sandaran pandangan ini adalah seperti berikut;
Dalil-dalil dari; a ) Al Quran
2191
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1) Firman Allah:( maksudnya );
Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu`min berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah.( Al Hujurat : 19 ).
Ayat ini merangkumi semua jenis penginayaan. Oleh itu apa saja bentuk penginayaan (kezaliman)
dan
sesiapa
sahaja
yang
melakukannya
wajib
diperangi.
Walaubagaimanapun pandangan inii tidak terus mengkafirkan mereka.
2) Firman Allah : ( maksudnya );
Dan tolong menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong-tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.( Al Maidah: 2 )
Tidak syak lagi bahawa kefasikan imam dan kezalimannya merupakan dosa dan pelanggaran. Ketiadaaan keluar darinya dan berdiam diri sahaja adalah sebahagian daripada tolong menolong dalam melakukan dosa dan pelanggaran yang dilarang melalui nas di atas.
3) Firman-firman Allah berkaitan dengan perintah berbuat ma`aruf dan pencegahan dari berbuat munkar.Antaranya; a) Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan,
menyuruh
kepada
yang
ma`ruf,
dan
mencegah
dari
yang
munkar.Mereka itulah orang yang beruntung.( Ali Imran : 104 ). b) Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma`ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada perintah Allah dan rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.( Al Taubah : 71 )
3191
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
c) (Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma`ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan bagi
Allahlah
kembalinya segala urusan. ( al Hajj: 41). d) Telah dilaknati orang-orang kafir dari kalangan Bani Israil di atas lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka selalu perbuat itu.( Al Maaidah : 78-79 ). e) (Luqman berkata):Hai anakku dirikan solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang munkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian termasuk halhal yang diwajibkan (Allah). (Luqman: 17).
Ayat-ayat ini mengandungi perintah Allah untuk menyuruh manusia berbuat ma`aruf dan mencegah dari kemunkaran.Alangkah baiknya jika ia dihadapkan kepada pemerintah yang zalim dan fasik, kerana Nabi saw. bersabda: Sebaik-baik jihad ialah kalimah yang adil di sisi pemerintah yang zalim. ( Abu Daud: 4/124 dan Nasai: 4/161 ).
4) Firman Allah:( Maksudnya ) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain dari Alla. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.( Huud : 113).
Kalau cenderung kepada orang-orang zalim pun sudah dilarang, kerana mereka adalah penghuni neraka, inikan pula menjadikan mereka pemimpin yang dipatuhi.
ii ) Al Sunnah. Lafaz-lafaz di dalam hadith-hadith berkaitan dengan tuntutan membantah terhadap pemerintah yang zalim sangat jelas, malahan bilangan hadith-hadith tersebut sangat banyak. Antaranya ialah;
4191
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
a) Daripada Amru bin Aun bin Hashim,Ia berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Mana-mana kaum yang maksiat dilakukan di kalangan mereka, sedangkan mereka mampu mengubah, tetapi mereka tidak mengubahnya, adalah dibimbangi Allah akan menimpa mereka dengan azab yang besar.( Abu Daud: 4/122 ). b) Daripada Ka`ab bin Ajazah, ia berkata: Telah muncul Rasulullah ke atas kami berenam seraya berkata: Sesungguhnya akan zahir selepas dari aku beberapa pemimpin. Sesiapa yang membenarkan mereka dengan kedustaan mereka, maka ia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongan mereka.Sebaliknya sesiapa yang tidak membenarkan kedustaan mereka dan tidak pula membantu kezaliman mereka maka ia adalah dari golongan ku, dan aku dari golongannya.Dia akan mendatangi telaga ku.( An Nasaai : 4/160 ). c) Daripada Said bin Zaid, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesiapa yang dibunuh bukan kerana hartanya maka syahidlah ia, sebaliknya sesiapa yang dibunuh bukan kerana hutangnya maka syahidlah ia, dan sesiapa yang dibunuh bukan kerana keluarganya maka ia memperolehi syahid. ( Al Tarmizi: 4/30 ).
iii) Perbuatan dan Kata-kata Salaf al Salih.
a)Perbuatan Salaf al Salih.
Sebahagian Salaf al Salih telah keluar dari pemerintah yang dianggap zalim. Antaranya ialah: 1) Keluarnya Husain bin Ali r.a dari Yazid bin Muawiyah pada tahun 61 H. 2) Keluarnya penduduk Madinah dan menarik balik bai`ah mereka terhadap Yazid bin Mu`awiyah pada tahun 63H. 3) Keluarnya Abdullah bin al Zubair selepas kematian Yazid bin Mu`awiyah. 5) Keluarnya Ibn al Ash`as dari Hajjaj dan Abdul Malik bin Marwan pada tahun 81H. 6) Keluarnya Ahmad Nasr al Khuza`i dari al Wathiq Billah pada tahun 201H. 7) Keluarnya Abdullah bin Muhammad yang bergelar al Nafs al Zakiyyah pada tahun 145H. Mereka adalah orang yang dilihat lebih arif dalam permasalahan agama berbanding orang yang melarang keluar kemudiannya dari pemerintah yang zalim.
b) Kata-kata salaf al Salih.
5191
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Dinukilkan juga kata-kata Salaf al Saleh dalam perkara ini antaranya:
1) Ibnu Abbas menyatakan : Tidak terikat ketaatan terhadap pemerintah yang zalim.Apabila berlaku kezaliman dari mereka maka batalkanlah kontrak ketaatan tersebut. 2) Abu Bakar al Siddiq menyatakan : Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan rasulnya.Sekiranya aku menderhakai Allah dan rasulnya maka kamu tidak wajib mentaatiku lagi 3) Umar Al Khattab semasa menyampaikan ucapan menyatakan : Wahai
manusia!
Sesiapa melihat aku tersasar hendaklah membetulkannya.Lantas seorang menjawab: Sekiranya kami dapati kamu tersasar nescaya kami akan betulkannya dengan pedang kami yang tajam ini. Lantas Umar berkata: Puji-pujian bagi Allah yang mencipta pada Umat Muhammad orang yang akan membetulkan kesilapan Umar dengan pedangnya. 4) Ibnu Uyainah menyatakan: Orang yang zalim tidak boleh jadi pemerintah selamalamanya. Bagaimana mungkin orang yang zalim dilantik menjadi pemimpin? Sedangkan pemimpin dilantik untuk menghapus kezaliman. Apabila dilantik orang yang zalim memimpin maka benarlah kata perpatah: Sesiapa yang memberi makan serigala maka sesungguhnya ia telah melakukan kezaliman. 5) Ibnu Abi Laila berkata: Wahai orang yang beriman ! Sesungguhnya sesiapa yang melihat perkalahian berlaku,kemungkaran diajak melakukannya, lantaran ia mengingkari dengan hatinya maka bererti ia selamat dan terlepas dari dosa, dan sesipa yang mengingkari dengan lidahnya maka ia beroleh pahla,dan ia adalah lebih baik dari saudaranya. Sesiapa yang membantah dengan pedang supaya kalimah Allah menjadi tinggi,dan kalimah zalim menjadi ke bawah, maka ia adalah orang yang mendapat jalan petunjuk dan cahaya keyakinan.Maka perangilah mereka yang mencabul dan mereka-reka agama, tidak sedar kejahilan mereka, dan terus melakukan permusuhan. 6) Said bin Jubair menyatakan: Perangilah mereka,jangan kamu merasa berdosa kerana memerangi mereka dengan penuh yakin bahawa mereka berdosa, Perangilah mereka kerana kezaliman mereka dalam pemerintahan, kerakusan mereka dalam agama, penghinaan mereka terhadap orang yang lemah dan meninggalkan solat.
6191
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Pandangan mereka jelas sekali menyuruh keluar dari pemerintah yang zalim.
PANDANGAN KEDUA: LARANGAN MUTLAK KELUAR DARI PEMERINTAH FASIK DAN ZALIM.
Rakyat dilarang keluar dari pemerintah yang fasik. Pandangan ini telah disandarkan kepada: para sahabat yang mengelak dari fitnah yang berlaku di antara Ali dan Mu`awiyah ra. Iaitu: Saad bin Abi Waqas, Usamah bin Zaid, Abdullah bin Umar dan Muhammad bin Maslamah. Pandangan ini turut disandarkan kepada Imam Ahmad dan merupakan mazhab Ahlil Hadith. Imam Nawawi pula menyatakan telah berlaku ijmak dalam perkara ini. Walau bagaimana pun pandangannya mengatakan ijmak ditolak .
Dalil-dalil dari beberapa Hadith.
1) Huzaifah bin al Yaman berkata : Aku berkata wahai Rasulullah! Kami sebelum ini dalam kejahatan. Maka Allah mendatangkan pula kebaikan. Maka adakah disebalik kebaikan ini kejahatan ? Jawab Nabi Ya.Seterusnya adakah disebalik kejahatan ini kebaikan. Jawab Nabi Ya.Seterusnya adakah disebalik kebaikan ini kejahatan? Jawab nabi ya. Aku berkata : Bagaimana? Kata Nabi : Akan wujud selepasku pemimpin yang tidak mengambil petunjukku,tidak mengikut sunnahku,dan akan ada penguasapenguasa yang hati mereka adalah hati syaitan yang bertopengkan manusia.Aku bertanya, apa yang perlu aku lakukan wahai Rasulullah jika aku mendapatinya? Jawab Nabi: Dengari dan patuhilah pemerintah itu sekalipun ia memukul belakang kamu dan merampas harta kamu, dengar dan patuhilah ia. ( Muslim: 12/234 ).
2) Auf bin Malik al Ashja`i berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sebaikbaik pemimpin kamu ialah orang yang kamu suka mereka dan mereka menyukai kamu, kamu ber doa untuk mereka dan mereka berdoa untuk kamu, dan seburukburuk pemimpin kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka dan mereka membenci kamu,dan kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Ia berkata, kami berkata : Wahai Rasulullah! Adakah kami boleh menentang mereka ketika itu? Kata baginda jangan, selagi mereka mendirikan solat. Ketahuilah sesiapa yang
7191
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
dilantik keatasnya pemimpin maka didapatinya ia melakukan maksiat maka hendaklah ia membantah maksiat terhadap Allah itu, dalam keadaan tidak menarik ketaatan terhadap mereka.( Muslim: 12/244 ).
3) Ummu Salamah menyatakan: Nabi saw telah bersabda: Sesungguhnya akan dilantik ke atas kamu pemerintah yang kamu mengenalinya lantaran kamu mengingkari mereka, Maka sesiapa yang tidak suka ia boleh berpaling, Sesiapa yang mengingkari maka sesungguhnya ia selamat, Tetapi sesiapa yang meredhai dan mengikuti,apakah boleh kita memerangi mereka? Kata Nabi : Tidak boleh selagi mereka mendirikan solat.( Muslim: 12/ 243-244 ).
Imam Nawawi dalam memberi komentar terhadap hadith-hadith ini merumuskan tidak harus membiarkan pemimpin melakukan kezaliman, Mereka perlu diteguri dan ditegahi.Namun keluar dan memerangi mereka hukumnya adalah dilarang secara ijma. Jawatan mereka tidak terus terlucut melainkan dengan sebab kekufuran yang nyata. ( Al Nawawi :12/229).
PENYELARASAN ANTARA DUA PENDAPAT Kedua-dua golongan ini telah berhujjah dengan hadith- hadith yang sahih.Para Usuliyyin bersepakat mengelakkan dari menggunakan kaedah Tarjih.Sebaliknya penyelarasan antara keduanya telah dibuat: Pertama: Suruhan membantah dan membetulkan pemimpin yang salah di ditujukan ke dalam masalah pembahagian ghanimah dan fai atau sepertinya yang berkaitan dengan hak-hak peribadi. Mereka yang berwajib melakukanya secara khusus pula ialah Ahlul al Hilli wa al Aqd. Sekira pemimpin berdegil dan berterusan dengan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, mereka tidak wajib ditaati lagi dan perlu dipecat, terutama apabila melibatkan hak-hak awam dan bercanggah dengan agama. Kedua: Suruhan agar lebih bersabar terhadap pemimpin fasik adalah apabila mereka dilantik secara sah demi maslahah yang lebih besar.Namun sekiranya mereka bukan dilantik secara sah tambahan pula berterusan dalam melakukan maksiat dan kezaliman maka tidak harus sama sekali mentaati mereka.
8191
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ketiga: Ibn Hazm Al Zahiri menyatakan hadith-hadith yang melarang keluar ke atas pemerintah yang fasik adalah dimansukhkan kerana ia bertentangan dengan hadith-hadith yang menyuruh mengingkari dan keluar dari mereka. Namun cara ini kelihatan masih mirip kepada pandangan pertama.
PENUTUP
Pandangan dalam masalah ini sememangnya akan memberi kesan yang sangat besar dalam kestabilan negara. Impaknya sangat ketara terhadap kehidupan rakyat dan pemerintah itu sendiri. Oleh itu para ulama khususnya usuliyyun telah memilih untuk membuat penyelarasan antara kedua-duanya berbanding memilih satu pendapat sahaja. Pemahaman ala mazhab al Zahiri yang kurang cermat perlu dielakkan agar tidak terjebak dalam fahaman Khawarij dan membuat rakyat menjadi terlalu radikal sehingga sukar untuk dibendung langkah-langkah mereka. Badan permesyuaratan yang mengambil tanggungjawab dalam perlantikan pemimpin hendaklah juga berperanan sepenuhnya dan telus dalam menilai samada pemimpin perlu dipecat atau sebaliknya, bukan hanya diserahkan bulat-bulat kepada rakyat yang adakalanya kurang maklumat untuk menentukannya.
RUJUKAN Abu Daud: Sunan Abi Daud, Beirut, Dar al Ihya` al Turath al Arabi. Arif Khalil Abu `Id : Nizam al Hukm fi al Islam,Al Urdun ,Dar al Nafais,Cetakan Pertama,1996. Abdul Qadir Audah: Al Islam wa Audaina al Siyasah,Beirut,Muassasah al Risalah. Abdul Qahir al Baghdadi:Usul al Din,Matbaah Istanbul 1346H. Abu Bakr Al Jassas: Ahkam Al Quran, Mesir, Dar al Mashaf. Abu al Hasan Ali bin Muhammad al Mawardi: Al Ahkam al Sultaniyyah,Beirut Dar al Kutub al Ilmiyyah. Abu Ya`la Muhammad al Farra`: Ahkam al Sultaniyyah, Mesir,Mustafa al Baby al Halabi. Ali bin Fahid: Azl al Rais al A`la li al Daulah fi Nizam al Hukm fi al Islam,Mesir,Dar al Kutub. Al Tarmizi : Sunan al Tarmizi ,Beirut, Dar al Turath al Arabi. Al Qurtubiyy: Al Jami li ahkam al Quran,Beirut ,dar Ihya` al Turath al Arabiyy. Ibn Hajar al Asqillani:Fath al Bari,Beirut,Dar al Ma`rifah.
9191
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ibn Hazm al Zahiri: Al Fasl fi al Milal wa al Ahwa`wa al Nihal: Baghdad,Maktabah al Muthanna. Ibn Jarir al Tabari: Tarikh al Umam wa al Muluk,Beirut, Dar al Fikr. Ibn Kathir: Al Bidayah wa al Nihayah,Beirut, Maktabah al Ma`arif. Ibn Khaldun: Muqaddimah,Beirut, Dar al Bayan. Muhammad bin Abi Bakr al Shahristani:Nihayah al Iqdam fi Ilm al Kalam, al Farw Jium, Muhammad al Shahristani: Al Milal wa al Nihal, Beirut, Dar Al Marifah. Muhyiddin al Nawawi: Syarh Sahih Muslim,Matbaah al Misriyyah.
10191