TERMA DAN SYARAT PROGRAM REBAT TUNAI SMART$ Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB. 1. Program UOB SMART$ Rebates (“Program”) United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) (“UOB”) akan bermula pada 9 Oktober 2006 hingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh UOB mengikut budi bicaranya. 2. Program ini dibuka kepada semua Ahli Kad UOB yang baru dan sedia ada, kecuali kategori-kategori berikut: a) Ahli Kad yang mempunyai Kad Kredit UOB yang tidak sah, digantung atau dibatalkan dan/atau akaunnya di dalam keadaan delinkuen seperti mana yang ditetapkan oleh UOB; b) Ahli Kad yang mempunyai akaun dengan UOBM yang dikira delinkuen atau dikendalikan dengan cara yang tidak memuaskan yang ditentukan oleh UOBM dengan budi bicara mutlaknya; c) Ahli Kad Kredit syarikat dan/atau korporat UOB; d) Ahli Kad Kredit label persendirian UOB. 3. Program ini membenarkan Ahli Kad untuk menerima SMART$ dengan pembelian di mana-mana saudagar SMART$ (kecuali saudagar SMART$ yang dipilih khas oleh UOB untuk Program Kad yang tertentu di mana Kad di bawah Program Kad yang tertentu juga akan menerima SMART$ daripada saudagar tersebut) pada kadar yang ditetapkan. 4. UOB berhak untuk meminda dan/atau mengubah kadar yang ditetapkan tanpa sebarang notis kepada Ahli Kad. Ahli Kad adalah tertakluk kepada segala pindaan dan/atau perubahan tersebut. 5. Semua UOB SMART$ yang diterima akan dibundarkan kepada sen yang terdekat. 6. Ahli Kad boleh memilih untuk mengumpul atau menebus SMART$ di mana-mana saudagar SMART$ kecuali saudagar SMART$ yang dipilih khas oleh UOB untuk Program Kad yang tertentu. Saudagar SMART$ khas ini akan juga dikenali sebagai saudagar SMART$ yang membolehkan Ahli Kad menebus SMART$ tetapi hanya Kad dibawah Program Kad yang tertentu boleh mendapat SMART$ daripada saudagar tersebut. SMART$ tidak boleh ditebus pada hari yang sama ianya diterima dan hanya boleh ditebus untuk transaksi seterusnya pada hari berikutnya. 7. Ahli Kad dinasihatkan untuk menyemak baki UOB SMART$ sebelum membuat penebusan. 8. Tiada pembelian minimum diperlukan untuk Ahli Kad membuat penebusan daripada saudagar SMART$: a) Sekiranya nilai transaksi adalah lebih atau sama dengan SMART$ yang terkumpul, Ahli Kad boleh menebus SMART$ sepenuhnya, tetapi tidak sebahagian daripada SMART$ yang terkumpul terhadap pembayaran penuh atau sebahagian untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan daripada
saudagar SMART$. Nilai SMART$ yang terkumpul akan ditolak daripada nilai transaksi; baki (jika ada) boleh dibayar dengan mencajkan kepada kad kredit Ahli Kad dan bukan melalui pembayaran tunai. b) Jika nilai transaksi adalah kurang atau sama dengan SMART$ yang terkumpul, Ahli Kad layak untuk menebus sebahagian daripada SMART$ yang sama nilai dengan transaksi. c) Pembelian tidak boleh dibuat dengan menggabungkan penebusan melalui SMART$ dan baki tertunggak dengan tunai. UOB tidak akan menerima sebarang pindaan SMART$ atau pertikaian daripada Ahli Kad. 9. Penebusan SMART$ tidak dibenarkan sekiranya Ahli Kad mempunyai Kad Kredit UOB yang tidak sah, digantung atau dibatalkan dan/atau akaunnya di dalam keadaan delinkuen seperti mana yang ditetapkan oleh UOB. 10. SMART$ yang terkumpul dan tersenarai pada draf jualan merupakan jumlah keseluruhan SMART$ terdahulu yang diterima selepas ditolak semua penebusan dan pindaan terkini (jika ada). 11. UOB atau saudagar SMART$ tidak akan bertanggungjawab sekiranya SMART$ tidak dapat direkodkan kerana apa jua sebab (termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan atau gangguan kepada sistem SMART$, gangguan sivil, kebakaran atau diakibatkan oleh faktor alam semulajadi yang di luar kawalan mana-mana pihak yang berkenaan). 12. Jumlah Smart terkumpul yang dicetak pada draf jualan adalah dianggap betul dan tetap pada masa transaksi. 13. SMART$ yang dikreditkan ke dalam akaun Ahli Kad Utama hanya boleh ditebus oleh Ahli Kad Utama. SMART$ yang dikreditkan ke dalam akaun Ahli Kad Tambahan hanya boleh ditebus oleh Ahli Kad Tambahan. SMART$ untuk Ahli Kad Utama dan Tambahan tidak boleh digabungkan. 14. Ahli Kad dibenarkan untuk menggunakan SMART$ yang terkumpul di dalam Akaun Kad Kredit mereka untuk menebus terhadap Kad Kredit Perkhidmatan Yuran Cukai (" Yuran CCST ") untuk Kad Kredit tersebut dengan menghubungi Pusat Panggilan UOB pada 0326128 121 ( Kuala Lumpur) , 04-2401 121 (Pulau Pinang) , 07-2881 121 ( Johor Bahru) , 082-287 121 ( Kuching) atau 088-477 121 ( Kota Kinabalu ). 15. Sekiranya SMART$ yang terkumpul di dalam Akaun Kad Kredit Ahli Kad Utama adalah kurang daripada SMART$ yang diperlukan untuk menebus terhadap keseluruhan Yuran CCST ini, Ahli Kad Utama boleh menggunakan SMART$ terkumpul di mana-mana Akaun Kad Kredit lain yang dia / dia adalah Ahli Kad Utama untuk membayar SMART$ yang dikehendaki . 16. Ahli Kad Tambahan hanya boleh menggunakan SMART$ yang terkumpul di dalam Akaun Kad Kredit Tambahan mereka untuk menebus terhadap Yuran CCST untuk Kad Kredit Tambahan ini. Ahli-ahli Kad Tambahan tidak berhak untuk menggunakan mana-mana SMART$ terkumpul di mana-mana Akaun Kad Kredit lain untuk membayar SMART$ yang dikehendaki .
17. SMART$ yang tidak diguna pakai oleh Ahli Kad dalam masa satu (1) tahun selepas tarikh transaksi terakhir direkodkan akan luput secara automatik dan akan ditolak daripada baki SMART$ di dalam akaun Ahli Kad. Contoh: No 1 2 3 4
SMART$ dikreditkan kepada Akaun Kad Antara Januari – Mac 2014 Antara April – Jun 2014 Antara Julai – September 2014 Antara Oktober – Disember 2014
Tarikh Luput 31 Mar 2015 30 Jun 2015 30 September 2015 31 Disember 2015
18. SMART$ tidak akan dikreditkan untuk tujuan berikut: a) Barangan di bawah jualan istimewa, harga istimewa, promosi atau barangan seperti mana yang ditentukan oleh saudagar SMART$ dari semasa ke semasa ; atau b) Pembayaran di bawah Pelan Pembayaran Ansuran; atau c) Sekiranya berlaku sebarang gangguan atau kerosakan komputer, talian komunikasi terminal atau peralatan lain sama ada dimiliki atau tidak oleh UOB atau saudagar SMART$; atau d) Sekiranya transaksi kad diproses secara manual di atas apa jua sebab sekali pun. e) Sekiranya saudagar SMART$ adalah saudagar SMART$ yang dipilih khas oleh UOB untuk Program Kad yang tertentu sahaja. 19. Saudagar SMART$ tidak boleh melakukan sebarang pindaan SMART$ di atas sebabsebab sekuriti. 20. UOB berhak untuk menolak sebarang permintaan pindaan SMART$ tanpa memberikan sebarang penjelasan. 21. UOB berhak untuk menambah, membatakan atau menarik keluar mana-mana saudagar SMART$ daripada Program ini tanpa memberikan sebarang notis atau penjelasan dan Ahli Kad adalah tertakluk kepada pindaan dan/atau perubahan tersebut. 22. Kadar pertukaran untuk penebusan di luar negara dan/atau seluruh dunia akan ditentukan mengikut budi bicara UOB. 23. Smart tidak boleh dipindah milik dan ditukar kepada wang tunai. 24. SMART$ yang tidak ditebus akan luput dan dibatalkan: a) Pada tarikh tamat kad kredit; atau b) Apabila UOB menerima permintaan Ahli Kad untuk membatalkan kad kredit atau kad kredit tambahan; atau c) Sekiranya Kad Kredit UOB dibatalkan oleh UOB di atas apa jua sebab sekali pun; atau d) Sekiranya berlaku sebarang kehilangan, kecurian, kerosakan, kemusnahan, penipuan atan penggunaan tidak sah Kad Kredit UOB; atau
e) Apabila Program ini dihentikan di atas apa sebab sekali pun. 25. Walaupun UOB akan memastikan bahawa saudagar yang mengambil bahagian menghormati komitmen untuk mengeluarkan SMART$ UOB tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang tindakan atau ketidaklakuan oleh pihak saudagar. 26. Untuk sebarang pertikaian kad kredit, Ahli Kad hendaklah merujuk kepada Seksyen 22 Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB. 27. Untuk sebarang pertikaian transaksi yang berlaku selepas penebusan sepenuhnya SMART$ atau sebahagian daripada pembayaran kad kredit dan SMART$, pindaan sewajarnya akan dilakukan kepada SMART$ yang ditebus dan amaun transaksi yang dipertikaikan. UOB tidak akan menerima sebarang permintaan untuk mengembalikan sebarang SMART$ yang dipertikaikan yang telah ditebus untuk ditukar kepada wang tunai atau pembayaran ke dalam akaun Ahli Kad. 28. Ahli Kad harus berhubung dengan saudagar SMART$ secara terus untuk menyelesaikan sebarang perturaran atau pembatalan pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan tidak melalui UOB. UOB tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan dalam menyelesaikan sebarang permintaan oleh saudagar SMART$ dan sebarang permintaan untuk pindaan SMART$ mestilah dimaklumkan dalam bentuk bertulis oleh saudagar SMART$ dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh pembatalan. 29. UOB berhak untuk mendebit dan/atau menkredit SMART$ daripada akaun Ahli Kad pada bila-bila masa sejurus selepas pembalikan transaksi yang dipertikaikan atau pada masa yang dianggap perlu tanpa sebarang notis kepada Ahli Kad yang terlibat. 30. SMART$ akan didebitkan daripada akaun Ahli Kad sejurus selepas penerimaan sesuatu pertikaian. Jika Ahli Kad bertanggungjawab ke atas amaun yang dipertikaikan, SMART$ akan dikreditkan ke dalam akaun Ahli Kad. UOB berhak untuk melakukan pindaan dan pembetulan sewajarnya ke atas SMART$ di dalam akaun Ahli Kad pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terhadap mana-mana transaksi yang dipertikaikan. 31. Keputusan UOB untuk semua berkenaan Program ini adalah muktamad. 32. Ahli Kad bertanggungjawab untuk membayar cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai lain-lain atau levi dari tarikh Program disediakan kepada Ahli Kad atau di manamana tarikh selepas, yang diperlukan oleh undang-undang (termasuk Akta Barangan dan Perkhidmatan Cukai) untuk dibayar kepada mana-mana badan atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas UOBM, berkenaan dengan sebarang fi dan caj yang dikenakan atau ditanggung oleh UOBM berhubung dengan penyediaan Program kepada Ahli Kad dan penebusan SMART $ di bawah Program oleh Ahli Kad. 33. Ahli Kad membenarkan dan bersetuju bahawa sebarang cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai lain-lain atau levi yang dikenakan oleh UOBM berhubung dengan Program ini (termasuk penebusan SMART$ di melalui Program ini) yang disediakan oleh UOBM kepada Ahli Kad, hendaklah ditanggung oleh dan dikenakan
kepada Ahli Kad dan sekiranya UOBM membuat bayaran bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad bertanggungjawab untuk membayar balik kepada UOBM untuk apa-apa amaun yang dibayar dan UOBM berhak untuk kredit cukai, duti dan levi yang berkaitan kepada Akaun Kad Kredit Ahli Kad. 34. Terma dan Syarat ini adalah tambahan kepada Terma dan Syarat yang termaktub di dalam Perjanjian Ahli Kad UOB. Jika berlaku sebarang konflik, Terma dan Syarat ini akan diguna pakai. 35. UOBM berhak untuk menambah, memotong , menggantung atau mengubah terma dan syarat program, dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberi dua puluh satu 21) hari notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui laman web UOBM, memaparkan notis di mana-mana cawangan UOBM dan / atau memasukkan pernyataan ke dalam penyata Akaun.
36. Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan pemegang kad bersetuju menyerahkan kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah di Malaysia.