MAKLUMAT
PESAKIT
Ubat Untuk Merawat
Penyakit Jantung Agen Anti-anginal Nitrates
Medicine To Treat:
Cardiac Diseases
Anti-anginal Agents Nitrates
BERKENAAN UBAT ANDA Doktor anda baru saja mengarahkan ubat nitrate untuk anda, seperti Isosorbide dinitrate (Isobin ® , Isordil ® , Sorbitrate ® ), Isosorbide mononitrate (Imdex CR®, Imdur®, Ismo 20®), Glyceryl trinitrate (GTN) (Angised®, Deponit®). APAKAH KEGUNAAN NITRATES ? Nitrates digunakan untuk mengelakkan serta merawat kesan-kesan angina (sakit dada). Angina selalunya disebabkan oleh kekurangan bekalan darah dan oksigen ke jantung anda. Nitrates berfungsi untuk merehatkan pembuluh darah ke jantung supaya menambahkan bekalan darah serta oksigen ke jantung. Terdapat beberapa jenis Nitrates termasuk pil jenis biasa, pelepasan zat pil yang tunda ataupun pil yang diletakkan di bawah lidah, “transdermal” (dilekatkan) dan semburan di mulut. Nitrates digunakan untuk merawat angina dengan 3 cara bergantung kepada jenis dos dan cara ianya diambil : • • •
Untuk merawat serangan yang berlaku dengan cara menggunakan ubat bila serangan berlaku Untuk mengelakkan serangan daripada berlaku dengan memakan ubat sebelum serangan disyaki berlaku atau Mengurangkan jumlah serangan yang berlaku dengan menggunakan ubat dengan tetap untuk jangka masa yang panjang.
BAGAIMANAKAH SAYA HARUS MENGAMBIL UBAT? Pil Yang dimakan • Isosorbide dinitrate dan mononitrate merupakan bentuk nitrate yang dimakan. • Nitrates boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah serangan angina yang berlaku bila ubat ini dimakan dengan cara menelannya. Mereka tidak dapat bertindak dengan cukup pantas bagi melegakan serangan angina. • Pil nitrate selalunya diambil ketika perut kosong (sekurangnya 1 jam sebelum atau 2 jam sesudah makan) dengan segelas air yang penuh. • Pil biasa diambil setiap 6 hingga 8 jam. • Terdapat pil jenis ‘extended-release’ yang hanya perlu diambil 1-2 kali sehari. Jangan gigit atau pecahkan pil ini. Jauhi semua ubat daripada kanak-kanak
Pil yang diletakkan dibawah lidah atau semburan mulut •
Nitrates jenis “sublingual” iaitu yang diletakkan di bawah lidah ialah isosorbide dinitrate dan glyceryl trinitrate (GTN). GTN juga digunakan dalam semburan mulut yang dijual di farmasi.
•
Isosorbide dinitrate atau pil GTN “sublingual” atau semburan mulut GTN digunakan samada untuk mengurangkan sakit akibat serangan angina atau mengelakkan serangan angina, misalnya bila anda baru mula hendak bersenam.
•
Pil atau semburan seharusnya digunakan pada tanda pertama serangan angina. Jangan tunggu sehingga sakit melarat.
•
Ubat ini selalunya memberikan kelegaan dalam masa 5 minit. Sekiranya sakit tidak berkurangan, gunakan pil kedua atau semburan kedua. Sekiranya sakit berterusan selama 5 minit lagi, pil atau semburan yang ketiga boleh digunakan. Sekiranya anda masih terasa sakit dada selepas 3 pil atau semburan ketiga dalam masa 15 minit, sila berhubungi doktor anda atau pergi ke unit “Kemalangan dan Kecemasan ” di hospital yang berdekatan.
•
Kalau anda menggunakan GTN untuk mengelakkan serangan angina yang dijangkakan, (letakkan pil di bawah lidah sehingga ianya larut) atau semburkan 5 hingga 10 minit sebelum melakukan aktiviti yang mana anda tahu akan menyebabkan serangan.
•
Bagaimana menggambil pil “siblingual” : o Letakkan pil di bawah lidah anda dan biarkan ianya larut sepenuhnya. Anda boleh mengunyah pil supaya senang diserap. o Pastikan anda tidak menelannya.
•
Bagaimana menggunakan semburan GTN di mulut : o Keluarkan tutup plastik. Jangan goncang bekas itu. o Pegang bekas dengan tegak. Dengan meletakkan bekas dekat dengan mulut anda, tekan butang untuk menyembur ke atas atau bawah lidah anda. Jangan menyedut semburan itu. o Lepaskan butang dan tutup mulut anda. Elakkan dari menelannya sejurus menggunakan semburan ini.
Buang kesemua ubat yang telah lama atau tidak diperlukan lagi
Topical (Transdermal Patches) • Apabila diletakkan pada kulit, nitrates selalunya digunakan untuk mengurangi jumlah serangan angina yang boleh berlaku. Satusatunya nitrate yang ada bagi tujuan ini ialah ‘topical’ glyceryl trinitrate. • Jangan cuba mengecilkan atau menggunting plaster untuk mengubah dosnya. Periksa dengan doktor anda sekiranya anda fikir ubat tidak mujarab seperti sepatutnya. • Letakkan plaster itu di atas kulit yang bersih, kering yang tidak mempunyai rambut dan tiada bekas parut, luka atau gegatal. Buang plaster yang lama sebelum memakai yang baru. • Letakkan plaster baru sekiranya yang lama menjadi longgar atau terlepas. • Letakkan setiap dos di daerah kulit yang lain untuk mengelakkan gatal di kulit atau masalah lain. • Dos GTN adalah berlainan bagi pesakit yang berlainan. Ikut arahan doktor anda tentang cara menaruh atau menanggalkan plaster kulit itu. Plaster ini selalunya dibiarkan selama 12 hingga 18 jam sehari dan kemudian ditanggalkan.
APAKAH YANG HARUS SAYA BUAT SEKIRANYA SAYA TERTINGGAL SATU DOS? Ambil dos yang tertinggal itu sebaik saja anda teringat. Namun sekiranya jadual untuk dos yang berikutnya akan hampir, jangan makan dos yang tertinggal itu tetapi teruskan jadual dos biasa anda. Jangan ambil dos yang berganda kerana tertinggal satu dos.
APAKAH KESAN-KESAN SAMPINGAN UBAT INI? Pening kepala, kulit yang kemerah-merahan, pitam, lemah atau pengsan, debaran jantung yang deras, rasa mual atau rasa ingin muntah merupakan kesan-kesan sampingan yang biasa. Selalunya kesan sampingan in adalah buat sementara saja dan akan hilang dengan sendirinya. Hubungi doktor atau ahli farmasi sekiranya ubat itu menyebabkan anda merasa kurang enak atau kesan sampingan masih ada. Jauhi semua ubat daripada kanak-kanak
APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG HARUS SAYA AMBIL? Alergi – Beritahu doktor anda sekiranya anda mengalami kesan luar biasa ataupun kesan alergi pada nitrates or nitrites. Beritahu doktor atau ahli farmasi anda sekiranya anda mengalami alahan pada bahanbahan lain seperti beberapa jenis makanan, bahan-bahan pengawet atau pewarna. Kehamilan – Beritahu doktor anda dan ahli farmasi sekiranya anda hamil, sedang merancang untuk hamil atau sedang menyusukan bayi. Sekiranya terjadi kehamilan semasa pengambilan nitrates, beritahu doktor anda. Orang tua – Rasa pitam atau pusing akan lebih kerap berlaku pada orang tua yang mungkin lebih sensitif kepada kesan-kesan nitrates. Ubat-ubat lain - Beritahu doktor atau ahli farmasi anda sekiranya anda mengambil mana-mana ubat tekanan darah tinggi, ubat jantung atau sildenafil (Viagra®). BAGAIMANAKAH CARA SAYA HARUS MENYIMPAN UBAT INI? Simpan ubat ini dalam bekasnya dan ditutup ketat. Simpan di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari panas serta wap. Hubungi ahli farmasi anda tentang cara yang betul untuk membuang ubat anda. Pil GTN: Komponen ubat yang aktif ini akan hilang dengan cepat daripada pilnya. Maka keadaan-keadaan berikut mestilah diperhatikan untuk memastikan ubat ini tetap berkesan. • Simpan pil dalam bekas gelas yang berwarna coklat dan ditutup ketat dan rapi. Jangan mengalihkan pil ke bekas yang lain. • Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Jangan simpan di peti sejuk. Bawa bersama anda ke mana anda pergi, tetapi jangan letakkan ubat terlalu dekat dengan tubuh anda. Bawa dalam tas tangan atau beg anda. • Tulis tarikh di botol selepas ianya dibuka. Kalau pil tidak dihabiskan dalam masa 2 bulan selepas dibuka, dapatkan bekalan pil yang baru dan buang pil lama itu. Buang kesemua ubat yang telah lama atau tidak diperlukan lagi
APAKAH LAGI YANG HARUS SAYA TAHU? •
JANGAN ambil sildenafil (Viagra®) sekiranya anda mengambil ubat ini. Bila “sildenafil” diambil bersama nitrates, tekanan darah akan menurun dengan cepat menyebabkan pening kepala, pitam-pitam atau rasa ingin pengsan. Dalam setengah kes, terdapat laporan tentang kematian bila sildenafil diambil dengan nitrates.
•
Sekiranya anda telah mengambil ubat ini dengan kerap bagi beberapa minggu atau lebih, jangan berhenti dengan tiba-tiba. Berhenti dengan tiba-tiba akan menyebabkan serangan penyakit “angina”. Periksa dengan doktor bagi cara yang terbaik untuk mengurangkan dos dengan perlahan-lahan sebelum berhenti sepenuhnya.
•
Selepas mengambil satu dos ubat ini anda mungkin mengalami pening kepala buat seketika. Ini merupakan kesan sampingan yang biasa dan akan berkurangan setelah anda mengambil ubat ini buat seketika. Pada mulanya, anda mungkin boleh mengurangkan kesan sampingan ini dengan menggunakan ubat melegakan sakit seperti paracetamol. Sekiranya tindakbalas ini berterusan atau sekiranya anda mengalami pening kepala yang teruk, pergilah berjumpa doktor anda.
•
Pening, pusing kepala atau rasa ingin pengsan mungkin berlaku, terutama sekali apabila anda bangun dengan cepat dari keadaan baring atau duduk. Bangunlah dengan perlahan. Sekiranya anda rasa pitam, duduk ataupun baring.
•
Pening, pusing kepala atau rasa ingin pengsan mungkin berlaku disebabkan anda meminum alkohol, berdiri dengan lama, bersenam atau sekiranya cuaca panas. Semasa anda mengambil ubat ini, berhati-hati dan hadkan jumlah alkohol yang anda minum. Anda juga mesti lebih berwaspada semasa bersenam, pada musim panas atau sekiranya anda harus berdiri selama jangkamasa yang lama.
Printed in 2002