Kepada Lulusan KPLI (SR)Ambilan Jan 2010 Lulusan KPLI (SR) Ambilan Jun 2009 Lulusan KDPM KDC Ambilan Jan 2007 IPG Kampus Ipoh Tuan/Puan, MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH AMBILAN JANUARI 2010 DAN AMBILAN JUN 2009 SERTA KDPM KDC AMBILAN JAN 2007 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa IPGK Zon Tengah akan mengadakan Majlis Konvokesyen bagi para lulusan KPLI DAN KDPM KDC mengikut ketetapan seperti berikut: Tarikh
:
Tempat
:
11 hingga 13 Julai 2011 (09 Syaaban hingga 11 Syaaban 1432H) Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya,
3. Sehubungan dengan itu, pihak institut dengan sukacitanya menjemput tuan/puan untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru pada tarikh tersebut. Tujuan istiadat ini adalah untuk menyampaikan Sijil/Diplpma Perguruan secara rasmi sebagai tanda pengiktirafan institut dan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap kejayaan tuan/puan mengikuti kursus perguruan dan seterusnya diiktiraf sebagai guru terlatih. Untuk memudahkan tuan/puan mengambil tindakan selanjutnya, disertakan bersama-sama maklumat berkaitan majlis tersebut. 3.1
Pendaftaran, pengambilan Jubah Akademik dan Raptai Tuan/puan dikehendaki mendaftar, menghadiri taklimat dan menyertai raptai mengikut ketetapan seperti yang berikut : Tarikh : 11 Julai 2011 (Isnin) Masa pendaftaran : 8.30 pagi Tempat : Kaunter Pendaftaran, Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya Masa raptai Tempat Pakaian
: 10.30 pagi : Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya. : Rasmi (Pakaian Pejabat)
3 3.2
Pakaiian Gradua an 3.2.1
Pakaian Graduan G LE ELAKI:Jubah ak kademik gra aduan (dise ediakan ole eh pihak IPG G IPOH) a. Sepassang baju Melayu hitam/gelap berbutang g lima dan bersamping son ngket dan dipakai ta anpa menggunakan bengkung.(Grad duan Islam)) atau b. Longe e suit terma asuk seluar berwarna b h hitam, atau u c. Baju kemeja be erlengan panjang p be erwarna bebas dan bertali leher serta a berseluarr panjang berwarna b hitam. d. Kasut kulit hitam dan stoking hitam.
3.2.2
Pakaian Graduan G PE EREMPUAN::Jubah ak kademik gra aduan (dise ediakan ole eh pihak IPG G IPOH) a. Baju kurung k mod den/labuh atau a kebay ya bandung/labuh. b. Sarung Kebaya tanpa me enggunaka an belah (sslit) di tepi tetapi boleh memakai m lipatan (p pleat) di bahagian hadapan. c. Kain je enis ‘lace’ boleh dipa akai dengan n syarat ad da ‘lining’. d. Selendang/Mini Telekung adalahya ang berwa arna putih sahaja. e. Warna a pakaian adalah bebas. f. Kasut bertutup bertumit sekurang--kurangnya a 1.5 inci tinggii. g. Gradu uan yang mengand dung boleh h memaka ai pakaian yang bersesuaia an. h. Pakaiian fesyen berseluar b tidak dibena arkan sama a sekali.
Gra aduan yang g tidak memakai pak kaian akade emik yang lengk kap tidak dibenarkan d n menyerta ai Istiadat konvokesye k en. Semua gradu uan tidak k dibenark kan kelua ar dewan sehingga a istiadat konvo okesyen sellesai. Anda a dikehendaki berpak kaian forma al (pakaian n kerja) sem masa hadir hari pendaftara p an dan rap ptai. Pihak k urusetia mungkin tiidak akan membenarkan bakal b grad duan mend daftar sekira anya tidak mematuhi etika berpakaian seorang GURU. G
3.3
Rupa Diri Gradua an 3.3.1
Sahsiah Graduan G LELAKI:Rambut le elaki henda aklah pendek dan kem mas, tidak menjejaki m kolar baju u.
G PE EREMPUAN:-3.3.2 Sahsiah Graduan Kenip pisan dan re eka bentuk k pakaian hendaklah tidak t menc colok mata.
PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPA DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK JAWATAN KUASA PETUGAS KHAS/URUSETIA KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI ISTIADAT KONVOKESYEN. 3.4
Pengambilan Pakaian Akademik IPG IPOH menetapkan supaya semua lulusan mengambil jubah akademik seperti ketetapan berikut. Tarikh Masa Tempat
: 11 Julai 2011 : 8.30 pg – 10.30 pg : Kaunter Pendaftaran, Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya
Urusan pinjaman selepas dari tarikh dan waktu yang telah ditetapkan seperti di atas tidak akan dipertimbangkan. Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 2) dan membawanya bersama semasa mengambilan Pakaian Akademik. Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan mengambil pakaian akademik, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan mengambilnya dengan membawa Borang Kebenaran Untuk Wakil Mengambil Pakaian Akademik (Lampiran 3)
3.5
Pemulangan Pakaian Akademik Anda hendaklah memulangkan pakaian akademik selewatlewatnya pada pukul 5.00 petang pada hari yang sama selepas istiadat konvokesyen.
3.6
Pengambilan Transkrip Dan Sijil/Diploma Pengambilan Transkrip Akademik, graduan boleh menuntut pada bila-bila masa iaitu setelah dua (2) minggu graduan disahkan tamat pengajian oleh Senat dengan membuat permohonan secara bertulis atau datang sendiri ke IPG Kampus Ipoh. Transkrip Akademik dan Sijil/Diploma juga boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian akademik. Para graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil sijil/diploma dan transkrip bolehlah mewakilkan orang lain untuk mengambilnya atau sijil/diploma dan transkrip tersebut dipos oleh IPG Ipoh dengan menggunakan Borang Kebenaran Mengambil Sijil/Diploma dan Transkrip (Lampiran 4) dan dilampirkan salinan slip bayaran yuran konvokesyen.
Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak dibenarkan mengambil transkrip dan sijil/diploma.
3.7
Penggambaran Gambar bersama VIP di atas pentas hanya akan diambil oleh Syarikat Fotografi Professional yang dilantik oleh pihak IPG. Syarikat ini akan berurusan terus dengan graduan selepas majlis konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung.
3.8
Tetamu Tuan/puan dibenarkan membawa dua(2) orang tetamu sahaja masuk ke dalam Dewan Seri Siantan. Oleh sebab istiadat ini merupakan majlis rasmi, tuan/puan tidak dibenarkan membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk ke dalam dewan. Tetamu lelaki hendaklah berpakaian kebangsaan, atau baju batik, atau lounge suit atau pakaian rasmi yang sesuai. (seluar jeans dan kemeja-T tidak dibenarkan). Manakala tetamu perempuan hendaklah berpakaian kebangsaan, atau pakaian rasmi, atau berpakaian sopan (pakaian gaun atau ’skirt’ melebihi paras lutut,’blouse’ tanpa lengan, kemeja-T dan seluar adalah tidak dibenarkan).
Ibu bapa atau ahli keluarga yang tidak dapat memasuki Dewan Perdana semasa istiadat konvokesyen berlangsung dijemput ke dewan berdekatan (akan dimaklumkan pada hari tersebut) untuk menonton siaran langsung upacara istiadat konvokesyen melalui paparan di skrin
3.9
Panduan Dan Tatacara Menerima Ijazah Semua graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian Akademik pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk perarakan masuk graduan ke dalam Dewan Seri Siantan. 3.9.1
Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda (tagging) di Dewan mengikut nombor giliran masing-masing seperti yang tercatat dalam Buku konvokesyen.
3.9.2
Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa istiadat pengumuman penganugerahan.
3.9.3
Semasa istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima Sijil/diploma perguruan. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Sila patuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.
3.9.4
Apabila nama graduan diumumkan;
graduan diminta berjalan terus ke arah Canselor / Pro Canselor. • tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas). • terima Ijazah Sarjana Muda dengan kedua belah tangan. • beri ucapan dan "Terima kasih" kepada Penyampai anugerah. • undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal mengikut laluan yang ditetapkan • bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima sijil/diploma dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan dan akan dimaklumkan kelak. 3.9.5 Panduan dan tatacara menerima sijil/diploma akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai •
3.10
Bayaran Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak seratus lima puluh ringgit (RM150.00). Pembayaran boleh dibuat terus di atas nama PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS IPOH melalui kiriman wang (money order) pada/ tidak lewat dari 20 Jun 2011. Graduan yang tidak dapat hadir ke istiadat konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak lapan puluh ringgit (RM80.00). Sijil/diploma dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran tersebut. Sila bawa bersama salinan slip bayaran/dokumen pengesahan bayaran dari IPG IPOH sewaktu hendak mengambil pakaian akademik.
3.11
Pelekat Kenderaan Pelekat kenderaan akan diberikan semasa pendaftaran pinjaman pakaian akademik. Pelekat ini hendaklah dilekatkan di cermin hadapan kenderaan bagi tuan/puan yang menggunakan kenderaan sendiri. Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat
kenderaan sahaja konvokesyen.
dibenarkan
masuk
ke
kawasan
parkir
4. Bersama-sama ini disertakan Borang Jawapan Kehadiran (Lampiran 1) untuk tindakan tuan/puan. Sila kembalikan borang jawapan yang telah dilengkapkan pada atau sebelum 20 Jun 2011 kepada : Urus setia Majlis Konvokesyen IPG Kampus Ipoh 31150 Hulu Kinta Perak 5. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan untuk menjayakan istiadat konvokesyen ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.
LAMPIRAN 1 BORANG JAWAPAN KEHADIRAN Sila hantar jawapan anda sebelum 20 Jun 2011 NAMA: ALAMAT: TEL.: KURSUS:
------------------- Ambilan -------------------------
BIDANG/ PENGKHUSUSAN: _____________________________________________ KUMPULAN : ____________________________
Tarikh: 20 Jun 2011
Urus setia Majlis Konvokesyen IPG Kampus Ipoh 31150 Hulu Kinta Perak Tuan, MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JULAI 2011 1.
.
Sila tanda ( √ ) pada ruang yang berkenaan 1 2 3 4
2.
Saya tidak akan menghadiri istiadat konvokesyen Saya akan hadir seorang sahaja Saya akan hadir bersama dengan seorang tetamu Saya akan hadir bersama dengan dua orang tetamu
*Bersama-sama ini disertakan bayaran sebanyak RM _____ dalam bentuk kiriman wang (money order) yang bernombor siri ____________________________ .
Sekian, terima kasih. Yang benar, (
)
Catatan : Sila tulis nama anda dan kumpulan kuliah di belakang wang kiriman
LAMPIRAN 2 KONVOKESYEN IPG IPOH 2011 BORANG PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK *Sila lengkapkan borang ini dan bawa bersama semasa mengambil Pakaian Akademik Nama :.............................................................................................................................. No Kad Pengenalan :........................................................... IPG Kampus Ipoh No. Telefon :……………………………………………………………………………... Alamat surat menyurat:…………..................................................................................................... ………………………………………………………………………………………………………… …… Poskod :......................... Bandar :........................................ Negeri :................................................................. Tarikh Pinjaman :............................................ Tandatangan :................................................. **Peringatan Penting * Hanya borang yang telah diisi dengan lengkap dan bercop sahaja yang dibenarkan untuk mengambil Pakaian Akademik * Graduan yang mewakilkan orang lain untuk mengambil Pakaian Akademik hendaklah mengisi borang kebenaran kepada wakil untuk mengambil pakaian akademik. UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Disahkan oleh :.................………………………………………… Tarikh :…………........ Saiz : S/ M/ L/ XL (Bulatkan saiz yang dikehendaki)
LAMPIRAN 3 KONVOKESYEN IPG 2011 KEBENARAN KEPADA WAKIL UNTUK MENGAMBIL PAKAIAN AKADEMIK Nama : ……………………………………………………………………………………..……………... No. K.P : ………………………………………………… IPG Kampus : …………………………………………………………………………………………… Program : ……………………………………………………………… Alamat surat menyurat:…………………………………………….. Tarikh : …………………………………… Urusetia Konvokesyen IPG KAMPUS IPOH 2011 (u.p : Jawatankuasa Jubah) Tuan, KEBENARAN KEPADA WAKIL UNTUK MENGAMBIL PAKAIAN AKADEMIK Dengan hormatnya, saya seperti nama dan alamat di atas tidak dapat hadir untuk mengambil Pakaian Akademik. 2. Sehubungan dengan itu, saya mewakilkan penama di bawah ini untuk mengambil Pakaian Akademik bagi pihak saya. Nama wakil : ……………………………………………………………………………………... No. Kad Pengenalan : …………………………………… Alamat :……………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………………… No. Telefon : …………………………………….……./(H/P) ………….………………………. Hubungan : …………………………………… 2. Saya mengaku akan bertanggungjawab di atas tindakan memberi kebenaran ini dan sedia maklum bahawa pihak IPG akan mengenakan denda sekiranya Pakaian Akademik berkenaan rosak atau hilang. Sekian, terima kasih. Yang benar, ………………………………….……………… ( )
LAMPIRAN 4
KEBENARAN WAKIL MENUNTUT atau DIPOS SIJIL/DIPLOMA DAN TRANSKRIP. Nama : …………………………………………………………………….……………………………… No. K.P : …………………………………… IPG Kampus : …………………………………… Program : …………………………………… Alamat : ……………………………………………..……………………………………………………….. No. Telefon : (R)…………………………………… (H/P)..……………………………………… Tarikh : …………………………………… Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Tuan, KEBENARAN WAKIL MENUNTUT SIJIL/DIPLOMA DAN TRANSKRIP ATAU DIPOS OLEH PIHAK INSTITUT Dengan hormatnya saya seperti nama dan alamat di atas, memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir untuk mengambil Sijil/Diploma dan Transkrip saya. 2.
Sehubungan dengan itu, saya bersetuju supaya * Sijil/Diploma dan Transkrip saya :-
(potong yang tidak berkenaan) *Dipos seperti alamat di atas/Diserahkan kepada wakil saya iaitu :Nama wakil : …………………………………... No. Kad Pengenalan : …………………………………… Hubungan : …………………………………… No. Telefon : (R)…………………………………… (H/P)..……………………………………… 3. Saya sedia maklum bahawa pihak institut hanya mengeluarkan Sijil/diploma dan Transkrip sekali sahaja. Saya mengaku akan bertanggungjawab di atas tindakan memberi kebenaran ini dan tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap IPG sekiranya Sijil/Diploma dan Transkrip berkenaan rosak atau hilang. Sekian, terima kasih. Yang benar, …………………………………………….…………………… ( ) (Beserta Resit Bayaran Yuran Konvokesyen/pengesahan bayaran yuran konvokesyen)